lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jelajah Beautiful Terengganu Di Mydin Bukit Mertajam 4 Hingga 6 Ogos Ini
Tengku Zaihan (kanan) menerima cenderamata berupa koleksi gambar-gambar menarik negeri ini dari Wan Sufian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri akan menganjurkan Jelajah Beautiful Terengganu di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Ogos ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, penganjuran Jelajah Beautiful Terengganu kali ini menyasarkan pelancong dari dalam dan luar negara di utara tanah air.“Selain pelancong tempatan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, kita turut menyasarkan pelancong luar negara yang memasuki pintu tanah air melalui sebelah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam supaya mengenali dengan lebih dekat lagi keunikan, keindahan dan juga tarikan pelancongan yang ada di negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Wan Sufian Wan Ishak.Menurut Tengku Zaihan, impak Jelajah Beautiful Terengganu yang diadakan sebelum ini cukup besar dalam meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.“Penganjuran program di Dataran Merdeka pada 2015, Johor Bahru dan Singapura pada tahun lepas, telah memberi impak positif dimana kehadiran pelancong khususnya daripada selatan tanah air telah meningkat.“Sebab itu, pada 4 hingga 6 ogos nanti akan diadakan pula Jelajah Beautiful Terengganu di Pulau Pinang dimana akan melibatkan 24 usahawan negeri ini yang akan mempromosikan destinasi pelancongan, keindahan flora fauna, kebudayaan, makanan tradisional dan pelbagai keunikan negeri ini,” ujarnya.Katanya, masih mengekalkan konsep yang sama seperti sebelum ini, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta termasuk Mydin dan tidak bergantung seratus peratus kepada kerajaan.
18 Jul 17
430
Empty Image
Terengganu Sedia Kaji Kadar Tarif Air
A Rahman bersama penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu (Satu) bersedia mengkaji semula kadar tarif air di Terengganu.Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya berkata, kajian semula kadar tarif adalah perkara biasa dan tidak hanya dilaksanakan di Terengganu.Katanya, Terengganu pernah melakukan perkara yang sama dengan membuat semakan pada 1997, bagaimanapun ianya masih kekal dengan kadar tarif lama. “Umum mengetahui, Terengganu adalah negeri yang paling rendah mengenakan kadar tarif air kepada pengguna domestik mahupun industri berbanding negeri lain.“Sekiranya kadar tarif dinaikkan, perkara itu tidak akan membebankan rakyat, maksudnya golongan-golongan pengguna domestik masih lagi menikmati kadar yang lama tapi mungkin kadar ini dikenakan kepada industri."Kenaikan kadar tarif adalah wajar kerana kerajaan tidak mahu secara berterusan menanggung kenaikan kos penyelenggaraan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Seramai 45  kakitangan YPKT dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang dan 15 bekas kakitangan menerima anugerah Jasamu Dikenang. Terdahulu, dalam ucapan beliau, A Rahman menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, mematuhi polisi dan perundangan serta tidak `mempolitikkan' urusan kerja.Menurut beliau, sebagai jentera kerajaan mereka perlu melaksanakan tugas dengan profesional termasuk dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada orang awam.“Penjawat awam harus tahu tanggungjawab sebenar. Kita bekerja di bawah kerajaan yang diperintah oleh satu parti di mana tugas kerajaan yang memerintah adalah membuat polisi yang perlu dilaksanakan dengan lancar dan amanah,”katanya.
17 Jul 17
57
Empty Image
Glosari Dialek Hulu Terengganu Dibukukan
Mohd Zubir (dua kanan) menunjukkan buku Glosari Dialek Hulu Terengganu selepas melancarkan buku tersebut di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam.  Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailGlosari Dialek Hulu Terengganu buat pertama kalinya dilancarkan sebagai bahan rujukan mengenai keunikan bahasa yang terdapat di daerah ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, berkata sebagai bekas pendidik, beliau menyarankan supaya rujukan yang lebih hebat kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebagai satu usaha memartabatkan bahasa tempatan yang boleh dibanggakan. "Sebenarnya bahasa tempatan ini sangat unik dan boleh dibanggakan. Kita boleh tanamkan supaya bila Orang Kuala Berang (OKB) bercakap...semua orang akan tau itu adalah OKB. "Jadi saya puji dan teruja dengan wujudnya glosari ini, jadi teruskan usaha supaya generasi akan datang mengenal khazanah ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku Glosari ini di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam. Glosari tersebut merupakan hasil penyelidikan hampir setahun di bawah satu jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.Beliau turut dibantu oleh guru-guru daripada Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS), beberapa sekolah lain termasuk Pengerusi J3K daripada lapan mukim iaitu Tanggol, Kuala Berang, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Penghulu Diman, Kuala Telemong dan Tersat. Buku siri pertama berkenaan mengandungi 568 patah perkataan dialek Hulu Terengganu yang unik siap dengan terjemahannya dicetak sebanyak 2000 naskah sebagai permulaan. Sementara itu, menurut Jalaluddin, usaha ini akan diteruskan dengan kajian mencari perkataan baru untuk edisi seterusnya. "Terdapat banyak lagi perkataan yang cuba kita kumpulkan dengan apa yang dilihat jadi kita akan teruskan usaha ini di samping hasrat untuk kumpulkan sebanyak mungkin sejarah Hulu Terengganu yang sebahagiannya belum tercatat dalam mana-mana buku. "Contohnya bagaimana seorang Sultan Terengganu terdahulu pernah bermalam di Masjid Kampung Dusun selama beberapa minggu semasa pendudukan Jepun.“Perkara-perkara inilah yang akan kita kumpulkan termasuk asal usul nama kampung yang pelik di Hulu Terengganu seperti Kampung Telaga, Imam Lapar dan Nasi Dingin,"katanya lagi. Jelasnya, keunikan ini akan dibukukan untuk menjadi satu khazanah yang bernilai kepada generasi akan datang.
16 Jul 17
1189
Empty Image
Laluan Jabor-Kijal Di LPT1 & LPT2 Ditutup Sementara Pada 22 Julai
Laluan di antara kilometer (km) 250 dan 305.9 di antara Jabor dan Kijal yang meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditutup sementara pada 22 Julai (Sabtu) ini bermula jam 5:00 pagi hingga 2:00 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De’ Perasing Ride@LPT2.Pengurus Besar LPT2 Sdn Bhd, Husni Md Yusuf berkata, penutupan laluan Jabor-Kijal tersebut juga membabitkan Persimpangan Bertingkat Cheneh dan Persimpangan Bertingkat Chukai di LPT2.“Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut. “LPT2 akan menggunakan pelbagai saluran untuk menghebahkan penutupan sementara tersebut kepada orang ramai termasuk media elektronik dan media cetak, media sosial, papan tanda elektronik, laman web, Twitter LPT2Trafik dan lain-lain lagi,” jelas Husni.Katanya, orang ramai dari arah Kuala Lumpur yang ingin ke Pantai Timur dinasihatkan supaya keluar dari Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor. “Sekiranya mereka ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan Kelantan menerusi Lebuh raya LPT2, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya masuk semula ke Lebuh raya LPT2 menerusi Plaza Tol Kijal,” kata Husni. Tambah beliau, bagi kenderaan dari arah Kuala Terengganu yang menghala ke Kuala Lumpur, mereka perlu keluar di Plaza Tol Kijal di Lebuh raya LPT2 sebelum masuk semula ke Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Menurut Husni, LPT2 juga bekerjasama dengan pihak polis dan pihak-pihak lain dalam memastikan kelancaran trafik dan membantu orang ramai sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut.“Laluan di antara Jabor dan Kijal dijangka dibuka semula kepada orang ramai mulai jam 2:00 petang pada 22 Julai sejurus berakhirnya acara berbasikal tersebut,” ujarnya.
16 Jul 17
570
Empty Image
Kerajaan Negeri Tetap Teruskan Agenda Pembangunan - MB
 Ahmad Razif memotong kek sebagai simbolik meraikan mahasiswa dan mahasiswi Permata di majlis sambutan hari raya di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri  tidak akan mengurangkan sebarang program agenda pembangunan negeri terutama bagi memperkasakan bidang pendidikan, walaupun negeri berdepan kekangan kewangan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, biarpun begitu, kerajaan masih berada di landasan sebenar dan akan meneruskan program kerajaan sebagaimana yang dirancang berdasarkan perolehan negeri.“Kita belanja mengikut apa yang kita rancang. Jadi tiada masalah. Apabila kita mengalami kekurangan hasil, maka banyak perkara yang kita perlu perbetulkan balik. Antaranya program-program seperti  Permata sebelum ini banyak kita laksanakan, tetapi untuk tahun ini kita cuba menggunakan konsep baru sebagaimana malam ini,  biasa kita laksanakan (majlis hari raya) di hotel tetapi malam ini kita buat di Kediaman Seri Iman, jadi secara tidak langsung kita dapat melaksanakan program seperti biasa dan perbelanjaan yang lebih murah.“Ini suatu transformasi ekonomi yang kita lakukan, dalam kita hendak memastikan agenda pembangunan dan program-program kerajaan yang kita laksanakan tidak akan berkurang sebagaimana sebelum ini,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media di Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Siswa/Siswi Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Kediaman Seri Iman, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN),  Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya.Hadir sama, Yang Dipertua Permata Induk, Kamaruzaman Jusoh.Di majlis itu, kira-kira 1,200 anak Terengganu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Permata dari dalam dan luar negara turut hadir.Ahmad Razif menjelaskan, pembiayaan pelajar ke luar negara atau mengikuti A-Level juga diteruskan dengan memilih pelajar terbaik serta sudah mendapat tempat melanjutkan pengajian masing-masing, berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.“Mereka yang berjaya mendapat tempat (pengajian) dan memenuhi syarat-syarat kita, jadi mereka ini akan kita teruskan pembiayaan. Tiada masalah dan ini sebagai langkah penjimatan dengan kaedah ini kita akan menanggung mereka tiga hingga empat tahun sahaja berbanding hingga enam tahun sebelum ini,”katanya.Dalam laporan sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM29.7 juta untuk menaja 468 pelajar Terengganu ke universiti luar negara termasuk lima yang melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman Mac lalu.Menteri Besar berkata, penajaan itu diteruskan demi masa depan rakyat meskipun kerajaan negeri berdepan kekangan ekonomi dan keutamaan penajaan diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Matrikulasi.Setakat Mac lalu, seramai 17 pelajar ditaja YT untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan aeroangkasa ke universiti terkemuka di Jerman dan United Kingdom.
16 Jul 17
37
Empty Image
PM Promosi Nasi Dagang Terengganu Di PWTC
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tertarik untuk singgah bagi menghidangkan nasi dagang dan keropok lekor kepada tetamu, di Gerai Terengganu sempena sambutan Hari Raya UMNO Malaysia, di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.Sumber Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) memberitahu, Presiden UMNO itu tiba di gerai UMNO Terengganu kira-kira jam 12 tengahari dan sempat mengagihkan nasi dagang kepada pengunjung termasuk Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Turut sama mengiringi Mohd Najib ialah Pemangku Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussien (Menteri Pertahanan dan Tugas-Tugas Khas).
15 Jul 17
572
Empty Image
Setiausaha Politik PM Tunai Janji Bawa GurunyaTunai Ibadat Haji
Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri,  Dato' Jailani Ngah hari ini menunaikan janjinya untuk membawa bekas gurunya, Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali, 58 tahun menunaikan ibadat haji tahun ini.Hadiah istimewa diberikan di bawah kuotanya selaku Pengerusi Yayasan 1 Ummah.Jailani berkunjung sendiri ke rumah bekas guru agama dan bahasa Arabnya di Telok Ketapang  bagi menyerahkan cek tajaan kepada pesara guru itu yang telahpun mendaftar dengan Tabung Haji.Abd Hamid menyifatkan inilah hadiah paling bermakna dalam hidup apabila hasratnya ingin menunaikan ibadah haji tercapai dengan perkhabaran gembira semasa hari guru 16 Mei baru-baru ini yang dibawakan bekas pelajarnya yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Bekas guru berkenaan bersyukur dan berterima kasih kerana Jailani  yang sanggup hadir  ke rumahnya bagi menyampaikan cek tajaan menunai haji di samping kuota yang diberikan oleh bekas muridnya itu. "Sebelum ini pada mulanya saya hanya berbual dan menyatakan hasrat untuk menunaikan haji, dan saya tidak menyangka beliau terus menawarkan saya untuk menunaikan ibadah haji dengan menggunakan kuotanya pada tahun ini serta tajaan Yayasan 1 Ummah yang menganjurkan haji dan umrah setiap tahun kepada golongan yang difikirkan layak, "katanya.Sementara itu, Jailani berkata, sumbangan yang diberikan itu kecil berbanding jasa gurunya tidak dapat dibalas kerana ia cukup besar dan bermakna buat dirinya dan baginya Abd Hamid cukup istimewa kerana mendidik secara mudah, pandai dan kelakar dalam menyampaikan ilmu menyebabkan pelajar tidak rasa jemu.Sekolah Menengah Agama Batu Rakit  kini telah dijadikan oleh kerajaan negeri sebagai Sekolah Pondok Moden.Hadir sama bersama Jailani ke rumah bekas gurunya itu ialah rakan sekelasnya yang juga murid kepada Abd Hamid,Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Mohd Zaki Yakim dan  Jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Haris Fadzillah Abu Kasim.
15 Jul 17
606
Empty Image
Elak Jadi Mangsa Penipuan Aktiviti Perniagaan Dalam Talian - Jailani
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) menasihatkan kepada orang ramai khususnya pembeli supaya lebih berhati-hati dalam urus niaga atas talian bagi menggelakkan mereka menjadi mangsa penipuan aktiviti perniagaan pihak tidak bertanggungjawab.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, pembeli perlu berwaspada ketika melakukan sebarang bentuk urus niaga atas talian dan jangan mudah mempercayainya tanpa usul periksa."Jika merasa curiga dengan urus niaga berkenaan,laporkan segera kepadapihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan."Jangan buat pembelian daripada orang yang tidak boleh dipercayai dan juga jangan mudah percaya serta lakukan bayaran untuk sebarang iklaneka yang ditemui di mana-mana platform," kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengajian Tahseen Al-Quran Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.Jailani turut berkata jika orang ramai ingin berurus niaga atas talian,mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesahihan status perniagaan bagi menggelakkan menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab."Pastikan peniaga atas talian ini berdaftar telah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kalau rasa di tipu,pembeli boleh buat laporan kepada pihak berkuasa dan ini memudahkan polis, KPDNKK untuk melakukan siasatan jika berlakunya sebarang kes penipuan." SKMM sedia membantu mereka dari segi teknikal. Jadi, jika ada yang rasa terpedaya jangan malu untuk tampil buat laporan," jelasnya.Semalam, beliau mendedahkan sejak Januari 2016 hingga bulan lalu,SKMM menyekat 1,990 laman web yang menipu pelanggan.
14 Jul 17
36
Empty Image
Penjawat Awam Boleh Buat Pemotongan Gaji Untuk Tambah Saham Akhirat
Ghazali Taib (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pesara JHEAT. Foto oleh Harish Fadzillah KassimPenjawat awam dinasihat supaya terus melakukan ibadat dan amalan kebajikan dengan cara bersedekah sebagai saham yang akan memberi keuntungan di hari akhirat kelak.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata penjawat awam juga boleh bersedekah dengan cara membuat pemotongan gaji tidak lebih dari RM5 setiap orang sekali gus dapat menambah saham akhirat“Dengan cara seperti ini, jumlah potongan tersebut dapat dimanfaatkan dengan membina sesuatu yang dapat dijadikan sebagai saham akhirat dengan menubuhkan madrasah, masjid ataupun surau di setiap daerah.“Saya menyeru agar semua dapat melakukan ibadah ini untuk dijadikan saham akhirat tetapi tiada paksaan yang akan dibuat, terpulang kepada individu untuk memberi sedekah mengikut keikhlasan masing-masing.“Saya berharap agar perkara ini dapat disambut baik oleh kakitangan kerajaan negeri dalam melakukan ibadah di masa akan datang,”katanya.Beliau berkata demikian di majlis meraikan persaraan 32 Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Tahun 2017 di Dewan Auditorium Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Ghazali turut menasihati kepada pegawai dan kakitangan yang bersara agar mengisi masa yang terluang dengan perkara yang lebih berfaedah khususnya berkaitan dengan agama.Sementara itu, Wan Mohd berkata Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menubuhkan satu unit wakaf tunai bagi memudahkan kakitangannya untuk turut menambah saham akhirat dan membuat amal jariah.Katanya, Maidam telah menetapkan kadar bayaran mengikut jawatan.Bagaimanapun, terpulang kepada individu sama ada untuk membuat bayaran dengan kadar yang telah ditetapkan ataupun tidak.Katanya, bagi imam dan bilal kadar bayaran hanya RM2 sahaja, manakala penjawat awam dan kakitangan pula, jumlah minima RM5 sahaja.“Maidam menjangkakan dapat memungut jumlah wakaf tunai sehingga RM 1 juta untuk setahun bagi membina empat buah surau di setiap daerah. Sekiranya ingin membina masjid, masa untuk peruntukan pembinaan mungkin selama dua tahun.“Kita juga telah lama membuat pemotongan gaji kakitangan. Saya berharap agar kakitangan awam yang lain turut melakukan hal yang sama agar kita dapat membina masjid ataupun surau bagi saham akhirat kita,” katanya.
13 Jul 17
92
Empty Image
Puas Hati dengan Perkhidmatan Wakil Rakyat Terengganu- Ahmad Razif
Ahmad Razif melayan tetamu Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Terengganu, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim  UMNO Terengganu berpuas hati dengan perkhidmatan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang ditempatkan untuk menjaga kawasan masing-masing.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BUPNT), Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan mampu mengagihkan peruntukan untuk keperluan sepatutnya khususnya untuk kebajikan masyarakat setempat.Katanya, pelbagai program dilaksanakan sejak dulu lagi  untuk  rakyat di kawasan masing-masing dan jumlah kehadiran masyarakat setaip kali penganjuran program juga sangat memuaskan. “’Melihat keadaan itu, saya yakin dan menaruh harapan tinggi bahawa UMNO Terengganu tidak ada masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya berlaku pada bila-bila masa.“BN  sentiasa bersiap sedia menghadapi tentangan sengit  PAS dan  pendatang baru iaitu Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya turut bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menhadiri Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Terengganu, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, hari iniTurut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir EmbongHadir sama,  Setiausaha BUPNT, Dato' Muhammad Pehemi Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar.Kira-kira 10,000 pengunjung hadir pada majlis yang bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang.Pelbagai juadah disajikan, termasuk nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, sate, laksa Terengganu dan beberapa menu istimewa lain.
13 Jul 17
42