lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sedia Berdepan Tun M- Ahmad Puad
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Dr Ahmad Puad Zarkashi menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan tepat apabila bersedia untuk berdebat dengannya pada program Nothing to Hide 2.0 yang bakal dianjurkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)  berkata, medan perdebatan itu satu peluang dan penghormatan buatnya serta tidak sabar lagi untuk berdepan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu. "Saya pun banyak benda untuk dibangkitkan kepada beliau. Kalau beliau sudi untuk berdebat dengan saya ia satu penghormatan dan satu keputusan tepat.“Perdebatan ini satu peluang dan platform kepada kerajaan untuk memperjelaskan pelbagai perkara, bukan membiarkan rakyat percaya melalui media sosial,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis Mesra Aidifitri anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus hari ini. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd RahmanAhmad Puad turut memberitahu, pihaknya akan menggunakan  kewujudan media sosial dan teknologi baharu sebaik mungkin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  dengan memberi penjelasan terus kepada orang ramai" 'Cyber Troopers' Jasa akan membetulkan persepsi negatif rakyat yang telah diracuni pihak pembangkang melalui tular.“Pada masa yang sama akan mengerakkan kakitangan yang ada untuk bersemuka dengan rakyat dalam meyakinkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan sedia ada,”katanya.
24 Jul 17
34
Empty Image
YPU Laksana Program ‘Terokai Pasaran Pasaraya’
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu mengadakan program suaian perniagaan dengan pasar raya dan hipermarket tempatan yang dikenali sebagai “Terokai Pasaran Pasaraya” (T2P) bermula bulan ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Tengku Khairi A. Rahman berkata, YPU mengambil inisiatif mengadakan program yang akan diadakan setiap bulan di Pusat Dagangan Terengganu itu lanjutan daripada isu kesukaran usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasarkan produk mereka kepada pasar raya atau hipermarket.“Program T2P bertujuan membantu produk yang berpotensi untuk dipromosi dan dipasarkan melalui pasar raya dan hipermarket di dalam negeri ini mahupun luar Terengganu. “Program ini turut membantu meningkatkan peratus Stock Keeping Unit (SKU) produk PKS di dalam pasar raya tempatan selaras dengan garis panduan penyertaan asing dalam sektor perdagangan pengedaran di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, antara objektif lain program T2P adalah untuk membuka peluang pasaran kepada produk-produk PKS untuk disenarai tetap di pasar raya.“Selain, mewujudkan kerjasama di antara pasar raya dan pengusaha PKS melalui program yang menemukan kedua-dua pihak dalam persekitaran perbincangan perniagaan serta memperkenalkan dan mengetengahkan produk usahawan PKS yang baru dan berpotensi tinggi untuk maju,” ujarnya.Menurut Tengku Khairi, produk-produk PKS dibantu untuk mampu bersaing dengan produk keluaran syarikat asing yang telah memasuki pasaran pasar raya tempatan dan asing di dalam negara. “Selain itu, ia juga akan meningkatkan daya saing usahawan PKS untuk mengendali dan merancang proses pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar,” ujarnya.Katanya, sebagai permulaan YPU akan mengadakan program suaian perniagaan T2P pada 25 Julai ini dengan sasaran penyertaan seramai 80 orang usahawan.Tambah Tengku Khairi, menjelang akhir tahun 2017, YPU mensasarkan sejumlah 40 usahawan PKS tempatan dengan jumlah 130 SKU PKS akan berjaya dipasarkan ke pasar raya dan hipermarket menerusi pelaksanaan program suaian perniagaan T2P pada tahun ini.
23 Jul 17
63
Empty Image
Projek Kuda Laut, Belangkas Bakal Jana Pendapatan Penduduk Pantai Setiu
Kira-kira 300 penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Setiu bakal memperolehi pendapatan agak lumayan apabila Projek Penyelidikan Translasional Universiti malaysia Terengganu (UMT) melibatkan pemeliharaan kuda laut dan projek lestari belangkas mendatangkan hasil tidak lama lagi.Projek perintis melibatkan 20 peserta yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM6.7 juta termasuk perbelanjaan penyeliaan Hulu Sungai ke muara kawasan terbabit .Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, projek di bawah pemantauan UMT bakal meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu."Terima kasih kepada UMT kerana berjaya mempastikan projek ini bukan hanya satu penyelidikan tetapi ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk Setiu."Ianya juga akan menyelamatkan alam sekitar di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Kampung Gong Batu, Setiu, hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Nor Aeni Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Idris berkata, projek itu dinamakan Penyelidikan Translational kerana ia menterjemah penyelidikan  untuk kebaikan rakyat dengan pemeliharaan kuda laut bakal memberi hasil dalam tempoh tiga bulan manakala belangkas pula dalam tempoh setahun.Idris berkata, darah belangkas boleh dijual untuk tujuan perubatan manakala kuda laut pula dijual untuk hiasan."Institusi harus memainkan peranan untuk membantu rakyat dan InsyaAllah, projek ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan saya mohon kerajaan negeri atau pejabat daerah melebarkan lagi kawasan ini agar lebih banyak benih-benih kuda laut dan belangkas ini akan terpelihara," katanya."Untuk belangkas peserta mampu menperolehi pendapatan sekitar RM4,000 sebulan manakala untuk belangkas bergantung kepada tangkapan," katanya.
23 Jul 17
148
Empty Image
Capaian Internet Di Terengganu Akan Dinaik Taraf
Dr Salleh beramah mesra dengan tetamu Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 anjuran Umno Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalamSistem capaian internet di Terengganu akan dinaiktaraf bagi memastikan semua masyarakat setempat khususnya di luar bandar dapat menikmati kemudahan tersebut dalam tempoh dua tahun lagi.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, bagi merealisasikan hasrat itu pegawainya menilai kekurangan yang wujud supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera.Menurutnya, usaha itu selaras dengan dasar kerajaan yang mahu 95 peratus kawasan di negara ini dapat menikmati perkhidmatan internet menjelang tahun 2020.“Saya akan arahkan pegawai saya buat penilaian supaya Terengganu dapat menikmati internet kerana Perdana Menteri maklumkan tahun ini adalah tahun digital ekonomi.“Bila kita berbicara tentang digital ekonomi, ia bukan hanya bermaksud di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur sahaja tapi negeri-negeri lain juga harus merasai nikmatnya dan kita akan usahakan agar kemudahan ini dapat dinikmati semua,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 anjuran Umno Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Kuala Terengganu.Mengulas mengenai kempen 'Jom Bina Negara Semula' yang dilancarkan pembangkang,  Salleh yang juga Bendahari Umno berkata ia  membuktikan mereka sentiasa mencari jalan untuk cuba memburukkan kerajaan di mata rakyat.Namun hakikatnya kata beliau, Malaysia bukan sahaja sedang menikmati keamanan, keharmonian dan kestabilan politik, tetapi juga kemakmuran ekonomi yang menyebabkan pembangkang tidak senang duduk."Sudah tentu mereka ini cuba cari jalan bagaimana hendak mempamerkan seolah-olah kita ada masalah sedangkan semua angka petunjuk sama ada angka ekonomi, keamanan, kestabilan menunjukkan bahawa malaysia dalam keadaan yang sangat baik.“Jadi kita kena hati-hati dengan tohmahan segelintir pemimpin ini yang tujuannya politik semata-mata. Kita apabila tiba masanya pilihanraya kita boleh berpolitik kerana rakyat diberikan kuasa untuk menentukan parti mana yang harus menjadi parti pemerintah,” katanya.
22 Jul 17
40
Empty Image
Pembangkang Cemburu Kejayaan BN
Tindakan pembangkang melabelkan Malaysia bakal menjadi negara bankrap bukan sahaja berniat jahat malah satu strategi mensabotaj ekonomi negara.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional (BN) kerana cemburu dengan perpaduan ahli UMNO.Katanya, pelancaran projek pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan kemampuan negara menghadapi ekonomi semasa. Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, beliau sendiri yang berpeluang menaiki MRT amat bangga kerana sistem pengakutan itu lebih baik dari negara maju."Penyediaan kemudahan sistem pengakutan ECRL untuk penduduk pantai timur seperti yang dirancang kerajaan satu lagi kejayaan negara," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita  UMNO Bahagian Besut, hari ini.Idris berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada tahap lima peratus pada suku tahun pertama tahun ini membuktikan tindakan kerajaan mengurus negara pada landasan betul.Oleh itu, katanya, ahli UMNO termasuk Puteri jangan mudah termakan hasutan pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO yang kini bersama pakatan pembangkang.
22 Jul 17
48
Empty Image
FAM Minta FMLLP Kaji Semula Jadual Perlawanan Musim Depan - TMJ
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya mengkaji semula kepadatan jadual perlawanan liga Malaysia (Liga-M) musim ini supaya pemain dan pasukan tidak dibelenggu isu yang sama pada musim depan.Presidennya, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, FAM tidak mahu masalah berulang pada masa depan apabila sesetengah pasukan negeri sukar untuk melepaskan pemain menyertai skuad kebangsaan akibat kepadatan jadual perlawanan."Pihak FMLLP  diminta kaji semula jadual pertandingan-pertandingan kita supaya memberi lebih ruang kepada pasukan kebangsaan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua EksekutifFAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat bersama delegasi FAM yang lain.TMJ menambah, selain FMLLP perbincangan berkaitan penyusunan semula jadual perlawanan itu juga akan melibatkan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bagi memberi ruang dan masa kepada pasukan kebangsaan yang menjadi keutamaan FAM.Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat pada kali ini turut membincangkan inisiatif  untuk mendapat penajaan berikutan kekangan sumber kewangan yang dihadapi badan induk bola sepak negara itu."Menerusi pengarah teknikal yang baru, sepertimana yang semua tahu FAM tiada duit, jadi kita berbincang untuk mendapatkan penajaan dengan Astro dan sesetengah syarikat berkaitan supaya dapat membantu setiap pasukan yang bertanding dalam liga tempatan,"katanya lagi.
22 Jul 17
52
Empty Image
Pengamal Media Mampu Pengaruhi Pemikiran Rakyat - Pengarah UKOM
Pengamal media di negeri ini diminta sentiasa menyokong program anjuran kerajaan negeri menerusi penyebaran berita yang tepat, berintegriti dan terkini.Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat berkata, sokongan media amat ditagih apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya dapat membantu kemenangan Kerajaan Barisan Nasional mempertahankan pentadbiran."Rakan-rakan media massa, elektronik mahupun cetak dan media sosial masa kini amat berpengaruh memberi info dan sebaran berita yang tepat untuk rakyat."Kita yakin dan percaya kelangsungan pemerintahan kerajaan banyak dipengaruhi oleh pengaruh media massa kerana dapat mencorak pemikiran rakyat menerusi maklumat yang tepat dan terkini,"katanya.Beliau berkata demikian di majlis perjumpaan bersama media anjuran UKOM sempena sambutan Aidilfitri 2017, di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Lebih 200 tetamu termasuk ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri serta rakan media daripada pelbagai agensi di seluruh Terengganu turut memeriahkan majlis.Acara yang bermula jam 11 pagi turut diserikan dengan pelancaran album mini yang pertama, kugiran anak Terengganu, Herow Band.Herow Band yang ditubuhkan pada 2012 terdiri daripada lima anak muda Syahidin, Salam dan Salihin Mohd Salim yang juga anak kepada pemain gitar bass, Mohalim daripada kumpulan Iklim. Sementara dua lagi,  Aiman Hakim dan Shahriman Sulaiman.
21 Jul 17
147
Empty Image
Kerajaan Hantar 19,000 Dos Vaksin Penyakit Anjing Gila Ke Sarawak
Ahmad Shabery meninjau keadaan kilang milik PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food). Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan Pusat melalui  Jabatan Perkhidmatan Veterinar  menghantar kira-kira  19,000 dos vaksin penyakit anjing gila atau rabies ke Sarawak termasuk 6,000 dos vaksin itu pada hari ini.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek  berkata,  langkah itu sebagai  usaha untuk mengekang penularan penyakit yang setakat 18 Julai lalu telah mengorbankan empat nyawa dan seorang lagi dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.Katanya, penghantaran 13,000 dos vaksin dengan tambahan 6,000 lagi pada hari ini meliputi keseluruhan kawasan di bawah pengawasan termasuk di Serian, yang turut dikesan menular penyakit itu."Bagi saya, saya sendiri secara peribadi tidak boleh menerima hakikat kalau di zaman moden ini ada manusia meninggal kerana penyakit rabies. Rabies ini adalah penyakit  yang terlalu lama iaitu sewaktu perang dunia ketiga."Kalau tak terkawal kerana sistem pengawalannya tidak sempurna dan ini amat menakutkan apabila beberapa orang sudah meninggal kerana masalah sebegini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Perasmian Kilang Padi milik PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food) Bukit Kor, Marang, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga mengerahkan semua agensi terbabit untuk melihat perkembangan itu sebagai satu tindakan pencegahan yang perlu diselesaikan dengan segera.
20 Jul 17
122
Empty Image
Media Rakan Strategik KKMM
Pengamal media merupakan rakan strategik  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menyampaikan maklumat atau berita yang tepat kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sekiranya informasi yang disampaikan tidak betul, sudah tentu akan memberi impak tidak baik dan menimbulkan persepsi berlainan.“Justeru, interaksi dan berkongsi maklumat dari semasa ke semasa dengan media adalah wajar bagi mengetahui perkembangan terbaru  program yang dilaksanakan,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Meraikan Rakan Strategik, di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.
19 Jul 17
28
Empty Image
50 PKS Disenarai Sebagai Zon Perdagangan Bebas Digital
Kerajaan negeri melalui SME Corp Terengganu  mengenalpasti 50 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu untuk disenaraikan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, berkata pihaknya yakin melalui platform itu bakal menjadi pemangkin  bagi melonjakkan sektor PKS di Terengganu dalam usaha menembusi pasaran luar. perniagaan di atas talian. Katanya, usahawan PKS  harus melihat pasaran bukan lagi di Malaysia malah di seluruh  di dunia. “Oleh itu PKS perlu memastikan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang mereka promosikan adalah berbeza dengan pesaing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan. “Antara sektor yang diberikan fokus adalah seperti bidang makanan dan minuman, percetakan digital dan tekstil,” katanya.Beliau berkata demikian  ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu, di Pusat  Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, pengerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPUT), Roslee Daud.Katanya, salah  satu kriteria yang dititikberatkan untuk disenaraikan dalam DFTZ, syarikat mestilah bertaraf 3 bintang ke atas mengikut Penarafan Daya Saing (SCORE).“SCORE adalah kaedah penilaian diagnostik bagi mengukur dan meningkatkan daya saing syarikat PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan yang dikendalikan oleh juruaudit terlatih untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap syarikat,” katanya.
19 Jul 17
51