Artikel "Utama" Terkini
Penggiat Pelancongan Perlu Proaktif
Tengku Zaihan bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Matta Familiarisation Trip di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Penggiat pelancongan disarankan agar lebih proaktif dalam merebut peluang yang dibuka kepada mereka dalam membangunkan industri pelancongan khususnya di Terengganu.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata kerajaan negeri sentiasa membuka peluang yang boleh diambil oleh penggiat industri pelancongan.Katanya, penggiat industri perlu melakukan anjakan minda untuk mengambil inisiatif perihal perkembangan semasa yang berlaku di Terengganu seperti penganjuran program serta acara pelancongan."Sudah sampai masanya penggiat-penggiat pelancongan harus berada dua langkah di hadapan dalam mendapat kelebihan kompetitif mendahului rakan niaga lain mendapatkan pelanggan."Inisiatif yang diambil oleh mereka ini secara tidak langsung dapat dimanfaatkan melalui penjualan pakej-pakej pelancongan berdasarkan kepada minat pelanggan terhadap program dan acara yang dianjurkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Meraikan Peserta Matta Familiarisation Trip Ke Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.Dalam ucapannya juga, Tengku Zaihan berharap agar wujud kolaborasi antara kerajaan negeri serta badan-badan NGO pelancongan bagi membolehkan penjanaan industri tersebut lebih mampan, bersepadu dan telus.Program anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Julai lalu telah melibatkan 22 orang peserta.
28 Jul 17
63
Wajar Wajib Suntikan Vaksin - Ahmad Razif
Kerajaan negeri menyambut baik kajian kanak-kanak wajib mendapatkan vaksin penuh sebelum didaftarkan ke Tadika.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata suntikan vaksin wajar dilakukan bagi melindungi anak-anak ketika berada di tadika memandangkan mereka boleh dijangkiti penyakit dengan mudah sekiranya ketahanan imunisasi badan lemah.Katanya, sebelum melaksananya kerajaan perlu meneliti dan memberi penjelasan kepada ibu bapa terlebih dahulu supaya mereka faham kebaikan vaksin." Kita akan melihat kewajarannya terlebih dahulu tetapi sepatutnya vaksin ini memang perlu diambil oleh semua kerana mencegah lebih baik daripada mengubati . Dengan adanya persediaan awal, kita dapat mengelakkan perkara yang boleh menyusahkan kita kelak."Kita juga sudah sedia maklum dan melihat daripada semua aspek termasuk keagamaan yang menyatakan suntikan vaksin ini tidak menyalahi hukum kerana ia membantu mengelakkan kita daripada penyakit yang merbahaya," katanya kepada media selepas Sambutan Hari Raya Guru di Daerah Kuala Nerus, dekat Stadium Tertutup Gong Badak, petang semalam.Katanya, tiada sebab ibu bapa untuk berdegil untuk mengambil vaksin kerana kepercayaan mereka." Bagaimanapun, untuk melaksanakan perkara ini kita perlu melihat undang-undang dan enakmen yang sedia ada, jika tiada masalah kita boleh laksanakan." Selain itu, daripada isu perbelanjaan juga perlu dikaji bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan," katanya.
28 Jul 17
33
Bakal Jemaah Perlu Peka Kadar Perayauan Bagi Elak Kerugian- Jailani
Bakal jemaah haji negara ini dinasihatkan agar sentiasa mendapat informasi tepat dan terkini mengenai kadar perayauan antarabangsa bagi mengelakkan membayar caj yang terlampau tinggi.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata kebanyakan orang ramai termasuk jemaah haji yang ke luar negara tidak menyedari hal ini kerana tidak mengetahui tarif sebenarnya perayauan antarabangsa.Jelasnya, kerana kecuaian itu, mereka sentiasa mengaktifkan penggunaan panggilan dan data secara berterusan."Nasihat saya kepada semua pengguna telefon agar menyemak dahulu,pastikan yang mana sesuai kalau tak pasti tanya pihak yang berkenaan, kerana nanti kalau kita tersilap guna dan had yang dibenarkan oleh sesuatu kad itu habis digunakan dalam masa singkat.. jadi rugilah."Mungkin ramai bakal jemaah haji tidak tahu tentang caj ini dan bila pulang ke Malaysia,mereka terpaksa membayar harga yang tinggi malah boleh menyebabkan kerugian."Syarikat Komunikasi telah menyediakan pelbagai pakej perayauan antarabangsa dalam negara termasuk di Tanah Suci dan para jemaah boleh merujuk kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas di sana sekiranya mempunyai masalah berkaitan pakej atau sebagainya,"kata JailaniBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan bakal Jemaah Haji Parlimen Hulu Terengganu, Meraikan Pelajar-pelajar cemerlang PT3 2016 serta Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Teksi Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.Dalam majlis itu,seramai 171 bakal jemaah haji dari daerah Hulu Terengganu diraikan dan menerima sepasang kain ihram untuk lelaki,sepasang telekung untuk wanita serta wang tunai RM100.Menurutnya,para petugas Tabung Haji juga membuka kiosk bagi menjual kad sim berdekatan hotel penginapan bagi memudahkan para jemaah bberkomunikasi dengan keluarga di Tanahair tanpa sebarang masalah.Tambah Jailani lagi,pihaknya juga akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi utama di negara ini menyediakan pelbagai pakej murah bagi mempermudahkan para jemaah haji berhubung dengan keluarga di Malaysia.Antara yang menawarkan perkhidmatan ini ialah celcom dan TM i-talk dengan pelan yang menarik dan tidak membebankan bakal haji untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia."Kerjasama ini dilaksanakan bagi kemudahan jemaah haji agar lebih mudah berkomunikasi dengan keluarga dari Tanah Suci dengan tarif terbaik dan tidak membebankan pengguna."Celcom misalnya menawarkan pakej iaitu RM138 untuk satu minggu dengan 3GB panggilan tanpa had ke Saudi Arabia dan Malaysia.Ini termasuklahperayauan antarabangsa dengan syarikat komunikasi Saudi seperti Mobily,Zain dan STC..dan untuk kemudahan para jemaah,saya syorkan langgan di Malaysia sebelum bertolak untuk kemudahan bersama,"kata Jailani.
28 Jul 17
36
Perkenal Kembali Tabung Perumahan Negeri
Kerajaan negeri akan memperkenalkan semula Tabung Perumahan Negeri dalam pembentangan Bajet 2018 akan datang bagi membantu rakyat Terengganu mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah sendiri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tabung perumahan itu pernah dilaksanakan kira-kira empat tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM50 juta disalurkan untuk rakyat Terengganu yang layak.Jelasnya lagi, sebelum ini rakyat Terengganu yang layak mendapat pembiayaian dari tabung tersebut mendapat pinjaman maksimum RM50,000 dan ansuran bayaran balik selama 30 tahun tanpa caj."Kita tak tahu apa punca bantuan perumahan itu terhenti,mungkin faktor kewangan namun kerajaan negeri akan meneruskan semula bantuan tabung untuk bajet tahun depan."Keutamaan akan diberi kepada golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap dan belum memiliki rumah sendiri... namun jumlah pinjaman terbaharu dan tempoh bayaran balik belum dimuktamadkan lagi," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun hari ini.Sebelum itu,dalam ucapan perasmiannya,Ahmad Razif berkata beberapa mekanisme telah dicadangkan kepada kerajaan pusat untuk pembayaran semula wang pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT 2)."Antara mekanisme yang dicadangkan termasuklah pembayaran RM740 juta dalam bentuk projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu."Dengan duit ini,kita dapat membina dengan segera kira-kira 10,000 unit RMM apabila dapat bayaran tersebut,"katanya.
28 Jul 17
25
Pastikan Penglibatan Sayap Parti Dalam J3K-Ahmad Razif
Kerajaan negeri akan melihat kembali kes-kes terpencil mengenai isu mana-mana ketua ketua pergerakan pemuda, wanita dan puteri di negeri ini yang tercicir daripada menganggotai Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif *Abd* Rahman berkata,perkara itu mungkin salah satu kes terpencil kerana pemilihan jawatankuasa J3K telah ditetapkan daripada pemimpin-pemimpin sayap parti."Setiap J3K ,ahlinya memang terdiri daripada ketua pemuda,wanita dan 7puteri."Dan jika ada yang tercicir,boleh kita bagi ingatan semula kepada J3K,"kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun di Dewan Majlis Perbandaran Dungun hari ini.Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Arlina dalam ucapannya memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk melantik ahli Puteri bagi menganggotai J3K.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam dan Timbalannya, Roslee Daud serta Ketua Puteri UMNO bahagian itu, Arlina Rosli.
28 Jul 17
35
Kerajaan Negeri Harap Terengganu Inc Terus Berkembang, Tingkat Ekonomi Negeri
Kerajaan negeri mengharapkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) terus berkembang dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekaligus akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri itu telah banyak menyumbang terhadap pembangunan negeri dalam pelbagai sektor walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.“Alhamdulillah, selama ini Terengganu Inc banyak bantu rakyat. Diharapkan Terengganu Inc terus berjuang bagi memastikan bahawa apa yang kita belanjakan untuk pelaburan, akan pulang balik kepada rakyat.“GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang kita bina oleh kepimpinan terdahulu, adalah untuk kita hasilkan keuntungan bagi dipulangkan balik kepada rakyat."Malah, pada bulan puasa lalu, Terengganu Inc banyak memberi bantuan barangan keperluan asas kepada orang miskin,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jalinan Mesra Terengganu Inc di Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut meminta kakitangan Terengganu Inc bersama dengan pengurusan bekerjasama demi rakyat dan negeri Terengganu. “Dan paling penting, semua kakitangan Terengganu Inc mesti bersama dengan pengurusan, bersama saya (kepimpinan), kerana apa yang kita ingin lakukan adalah demi untuk rakyat Terengganu dan negeri Terengganu,” katanya.
27 Jul 17
35
Pengunjung Tasik Kenyir Meningkat
Pengamal media turut dibawa ke Santuari Kelah. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan terus mempromosikan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang terkenal dengan pelbagai produk ekopelancongan, bagi memastikan jumlah pelancong ke kawasan itu terus meningkat pada masa depan.Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail, berkata pihaknya menolak andaian sesetengah pihak bahawa kedatangan pelancong semakin berkurangan di kawasan berkenaan sebaliknya jumlah pengunjung ke lokasi itu cukup memberangsangkan.Katanya, seramai 269,512 pelancong tempatan dan luar negara dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama berbanding 247,089 pengunjung bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan 8.32 peratus"Andaian bahawa kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir semakin berkurangan adalah tidak benar kerana kedatangan pelancong sangat positif hasil promosi pelbagai kaedah antaranya melalui media massa, media sosial, pengiklanan dan promosi melalui penganjuran pelbagai program bersama kerajaan negeri di luar Terengganu mahupun peringkat antarabangsa. “Antara produk yang menjadi tarikan pengunjung adalah Santuari Kelah, kawasan air terjun Lasir, Gua Bewah, Kenyir Elephant Conservation Village (KEV), Kenyir Island Hopping dan Kenyir Water Park.”katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Kenali Kenyir Bersama Media, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.Seramai 13 pengamal media pelbagai agensi yang dikelola Pengurus Promosi Dan Korporat Ketengah, Ahmad Fathil Abd Ghani menyertai program selama dua hari satu malam yang bertujuan merapatkan hubungan baik antara pihak media dan Ketengah. Omar berkata, jumlah pengunjung ke Tasik Kenyir di jangka terus meningkat apabila projek pulau bebas cukai Tasik Kenyir akan mula beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.“Pada masa sama merancang pelbagai program, antaranya Kembara Kenyir, Festival Kenyir, Kenyir Lake International Triathlon, Asean Monsoon Casting dan Pertandingan Memancing Santai Tasik Kenyir.“Program yang dirangka dan dirancang bersama kerajaan negeri dan pihak berkaitan itu dijangka bermula Ogos sehinggan akhir tahun ini,”katanya.
26 Jul 17
589
Kekal Imej Baik Jemaah Haji Malaysia- Jailani
Jailani (tengah) bersama beberapa barisan urusetia Program Haji Khas Perdana Menteri. Foto oleh Haris Fadzillah Abu KasimJaga nama baik Malaysia dan berilah tumpuan kepada ibadat haji serta bantu-membantu satu sama lain, kata Pengerusi Program Khas Haji Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.Menurutnya, jemaah haji Malaysia memang terkenal dan diperakui sebagai jemaah yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan. Oleh itu kata beliau lagi, nama dan imej yang baik itu seharusnya dipertahankan oleh semua jemaah sampai bila-bila.Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Taklimat dan Kursus Pengukuhan Urusetia Haji, Program Khas Haji Perdana Menteri di Dewan Persidangan ICU, Aras 1, Blok Timur, Pejabat Perdana Menteri, hari ini.Seramai 49 daripada 1,100 jemaah haji Program Khas Perdana Menteri dilantik sebagai urusetia yang diketuai Azaruddin Abd Rahman.Manakala penulis selaku Ketua Editor Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu pula dipertanggungjawab sebagai Ketua/Pengerusi Media.Sementara itu, penceramah khas, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam UiTM Shah Alam, Mohd Sirajuddin Siswadi Putera berkata, bakal haji hendaklah mendalami ibadat haji dengan lancar dan tepat melalui pembelajaran serta kursus di samping persiapan diri dengan persediaan yang sewajarnya.
25 Jul 17
553
Warga Felda Di Terengganu Syukur Dengan Enam Insentif Bela Kebajikan Peneroka
Warga peneroka dan generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melahirkan rasa teruja kepada Perdana Menteri ,Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberikan enam insentif khas secara serentak baru-baru ini.Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata peneroka dan warga Felda termasuk generasi kedua mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana nasib peneroka sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan.Yaakob MusaKetua Peneroka Felda Bukit Bading, Yaakob Musa,67, berkata pengumuman itu merupakan satu berita gembira yang akan meringankan bebanan termasuk insentif pelupusan hutang yang mampu memberi kelegaan kepada peneroka."Sepanjang saya jadi peneroka, rasanya ini adalah kali pertama dapat enam insentif sekaligus. Bila dengar Perdana Menteri umum pada hari tu, saya rasa macam bermimpi...saya hanya mampu menadah tangan mengucapkan rasa syukur sebab dapat pemimpin yang cukup prihatin dengan peneroka Felda ni."Sebab itu sokongan kami tetap bersama Perdana Menteri dan kerajaan yang sentiasa mengambil berat dan cakna tentang suara hati, permasalahan dan kebajikan kami,"katanya ketika dihubungi Teganukita.Yaakob berkata, selepas pengumuman itu dibuat, terdapat sebahagian kecil peneroka yang ingin kembali menjual hasil ke Felda Global Venture Holding Berhad (FGV)dengan hadir sendiri ke pejabat untuk menandatangani borang yang disediakan.Mohd Khairil SabriSuara yang sama turut disampaikan oleh anak generasi kedua,Naib Pengerusi 1Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu Mohd Khairil Sabri, yang melihat pengumuman itu ibarat bonus yang tidak terjangka, selain dari dana hari raya, pemberian insentif ini dilihat dapat melegakan para peneroka."Saya melihat kelulusan membina rumah kedua dalam satu tapak amat melegakan warga generasi baru Felda yang sememangnya mahu membina rumah di atas tanah yang sedia ada dan membantu meringankan kos untuk kami membina rumah."Ini termasuklah pelupusan lebihan hutang yang melebihi kos operasi akan melegakan peneroka yang selama ini terbeban dengan hutang yang tidak jelas ini. Dengan penetapan baki RM40,000 ini, Felda dilihat lebih telus dalam menyelenggara hutang peneroka secara sistematik,"katanya.Beliau juga menyambut baik peluang untuk peneroka yang tidak bersama Felda apabila kerajaan memberi ruang dalam tempoh enam bulan untuk mereka menghantar hasil kepada FGV kembali."Peluang ini tidak harus dipersiakan namun dalam masa yang sama Felda harus membuktikan kesungguhan dan komitmen untuk menjaga kebun peneroka yang menyerah hasil kepada Felda dengan baik, teratur dan rapi,"ujarnya lagi.Zurina Abdul RahmanSementara itu bagi seorang peguam, Zurina Abdul Rahman,41, merupakan anak jati Felda Bukit Bading melihat pemberian insentif sebagai tanda kerajaan pimpinan Najib sentiasa mengambil berat serta berusaha memakmurkan negara serta rakyat."Para peneroka sepatutnya berterima kasih di atas insentif itu dan tidak seharusnya menggunakannya untuk tujuan lain yang boleh merugikan mereka sendiri."Bagi saya kerajaan serius dalam membantu masyarakat peneroka dan tiada sebab untuk menggagalkan segala usaha tersebut,"kata beliau.Pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya baru-baru ini, Najib mengumumkan enam insentif bagi warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas, geran khas dan juga insentif perumahan.
25 Jul 17
150
Program Tautan Budi Dekatkan Anak Muda, Akar Umbi Dengan Pemimpin Setempat
Roslee ketika memberi jawapan balas kepada peserta Program Tautan Budi Asiri pertama anjuran UKOM di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail. Program Tautan Budi bakal menjadi satu platform terbaru yang membuka peluang untuk anak muda dan golongan akar umbi berbicara secara langsung dengan pemimpin mengenai kehendak golongan sasar serta pembangunan setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud berkata, program yang pertama kali diperkenalkan oleh Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu menjadi wadah terbaik untuk mendekatkan anak muda di peringkat akar umbi dengan pemimpin di kawasan masing-masing."Anak muda bebas untuk menzahirkan apa jua pandangan mereka dalam program bicara ini bagi memastikan kawasan DUN mereka berada di satu tahap yang boleh dibanggakan."Kebanyakan yang hadir adalah dari kepimpinan peringkat cawangan, jadi kita boleh dengar apa yang mereka mahu daripada kerajaan dan pemimpin mereka untuk direalisasikan demi kebaikan semua pihak."Saya ucapkan tahniah kepada UKOM kerana berjaya mengadakan program seperti ini dan juga memilih DUN Bukit Besi sebagai perintis bagi Tautan Budi,"kata Roslee kepada Teganukita di Program Tautan Budi di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Terengganu, Yuseri Isa selaku moderator jemputan.Program Tautan Budi sebanyak 24 siri yang dianjurkan oleh UKOM mensasarkan golongan belia yang berusia 21 tahun ke atas untuk menyampaikan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada generasi muda, meneruskan kelangsungan agenda pembangunan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam semua aspek melalui bicara dua hala bersama pemimpin.Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Cawangan Kampung Minda, Jerangau, Mohd Asmadi Khalid,36, berkata, program itu amat baik untuk pendedahan kepada generasi muda dan forum mendekatkan pemimpin dengan akar umbi."Ini adalah salah satu platform kepada anak muda daripada kerajaan negeri terutamanya mendengar isi hati mereka mengenai kehendak untuk diri sendiri dan pembangunan akan datang." Saya harap program ini dapat diadakan lebih kerap,mungkin dua kali setahun atau lebih supaya orang muda tahu tentang apa yang pemimpin dan kerajaan telah laksanakan dalam pembangunan setiap kawasan yang mana mungkin ada golongan tidak nampak selama ini...dan mereka boleh bersuara dari hati ke hati bersama pemimpin dalam majlis yang santai seperti hari ini,"katanya.
24 Jul 17
154