lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jualan Bebas Cukai Tasik Kenyir Fasa 1 Tiada Produk Berduti Tinggi
Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, pelancaran operasi jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir pada hari ini bermula di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas yang dijangka beroperasi pada 1 Ogos tahun depan.Katanya, Ketengah mensasarkan untuk menarik 750,000 orang pengunjung pada tahun ini bagi menyemarakkan lagi pelancongan di Tasik Kenyir."Barangan utama Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, minyak wangi serta bagasi."Dengan bermulanya operasi ini, akan menjadi satu titik tolak kepada pembangunan yang lebih pesat dan berimpak tinggi di Tasik Kenyir," katanya di majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato'  Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli OthmanHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Pengurus Besar Ketengah,Omar Ismail dan juga Timbalan Pengerusi Ketengah, Dato' Din Adam.Beliau berkata, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir juga akan berganding bahu dengan tarikan yang ada  seperti Kenyir Island Hopping, Santuari Kelah dan Perkampungan Konservarsi Gajah Kenyir (KECV) bagi memperkasakan Tasik Kenyir menjadi 'Destinasi Wajib Lawat' di Terengganu."Di samping itu, penduduk tempatan juga akan sama-sama menikmati hasil daripada pembangunan di Tasik Kenyir dengan peluang-peluang perniagaan dalam pelbagai bidang akan terbuka dengan lebih luas."Misalnya dengan pertambahan bilangan pengunjung, di Tasik Kenyir kini mempunyai rumah bot sebanyak 72 buah dan 42 buah bot laju yang memberikan hasil pendapatan kepada pengusaha-pengusaha tempatan,"katanya.
01 Aug 17
1038
Empty Image
Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Bermula Hari Ini
Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. Tg Syamim Tg Ismail.Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir memberi nafas baharu kepada Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan keluarga bertaraf antarabangsa apabila dilancarkan secara rasmi, hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelancaran Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi merupakan pembukaan fasa pertama sebelum fasa kedua bermula tidak lama lagi.Bagi fasa pertama, terdapat lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang akan beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan Ketengah Holding Sdn.Bhd dan Onine Alliance (M) Sdn Bhd."Namun penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol."Mengikut perancangan yang dibuat, fasa seterusnya membabit pembukaan zon bebas cukai di Pulau Bayas yang dijangka dibuka pada pertengahan tahun depan."Kita berharap dengan beroperasinya zon bebas cukai ini,ianya kan setanding dengan zon bebas cukai yang terdapat di Pulau Langkawi, Rantau Panjang dan Padang Besar pada masa akan datang,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi ,Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato'  Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri, Ir.Rosli OthmanHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Pengurus Besar Ketengah,Omar Ismail dan juga Timbalan Pengerusi Ketengah, Dato' Din Adam.Menurut Ahmad Razif, Tasik Kenyir bukan sahaja menjadi hab pelancongan dan pertanian tetapi berpotensi untuk dibangunkan sebagai hab ekonomi Pantai Timur serta destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara.Jelas beliau lagi,pihaknya berharap dengan beroperasinya Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir itu, kedudukan  dan potensi tasik buatan manusia itu dapat dipertingkatkan dari segi infrastruktur pelancongan.Sementara itu, Ahmad Razif turut menyentuh mengenai tambang rumah bot dan bot laju kepada pelancong supaya ianya dapat diseragamkan serta mengenakan kadar berpatutan agar pelancong tidak terbeban.
01 Aug 17
394
Empty Image
JHEAT Pergiat Kempen, Galak Pengusaha Dapatkan Sijil Halal
Ghazali (tengah) menyerahkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia  kepada Yasir yang mewakili TGG Manufacturing di Chendering, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mempergiatkan kempen untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha makanan, kosmetik serta perubatan tradisional dan moden negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kempen yang akan dilaksanakan bermula September ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan membantu dari segi khidmat nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada para pengusaha yang ingin memohon sijil halal. “Adalah penting untuk pengusaha-pengusaha ini memiliki sijil halal kerana produk mereka bukan sahaja untuk kegunaan orang Islam di negeri ini malah untuk negara luar sekiranya mereka menembusi pasaran antarabangsa.“Malah, sijil halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim telah diperakui oleh seluruh negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada TGG Manufacturing di Chendering, hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengurus Besar TGG Manufacturing Yasir Che Abdullah.Menurut Ghazali, sehingga bulan lalu jumlah premis pemegang SPHM di negeri ini yang masih sah tempoh adalah 128 buah yang terdiri daripada premis makanan (34), produk makanan dan minuman (78), barang gunaan (11), kosmetik dan dandanan diri (1) dan rumah sembelih (4). Ghazali berkata, antara faktor yang menyebabkan ramai pengusaha tidak memohon sijil halal adalah disebabkan tanggapan salah berkenaan tempoh masa yang terlalu lama bagi mendapatkan sijil halal sebelum ini.“Hakikatnya, sekarang ini prosesnya semakin mudah dan kebiasaan hanya mengambil masa 30 hingga 90 hari sahaja,” ujarnya.
01 Aug 17
297
Empty Image
2,548 Individu Dari Terengganu Terpilih Tunai Haji
Seramai 2,548 bakal jemaah haji dari Terengganu, termasuk mereka yang terpilih melalui Program Khas Haji Perdana Menteri akan berlepas ke tanah suci Mekah secara berperingkat- peringkat  mulai 9 ogos ini.Jumlah itu bertambah berbanding tahun lalu yang membabitkan 1,327 jemaah.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kuota haji Terengganu bertambah hampir setiap tahun di mana pada 2014, pihaknya dapat menghantar 631 jemaah, 832 jemaah pula pada 2015.Katanya, pertambahan kuota haji membolehkan kerajaan negeri dapat menghantar 200 penjawat awam yang memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari 2014 hingga 2017."Sebanyak enam penerbangan terus disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus ke Jeddah bermula 9 hingga 12 Ogos."Melihat keadaan itu membuktikan hubungan baik Lembaga Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab sentiasa erat, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Saguhati Bawah Program Khas Haji PM, di  Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari iniAhmad Razif turut memberitahu, semua bakal haji dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubatan ke tanah suci." Mereka yang terlibat perlu mengikuti arahan pihak tabung haji dan tidak sesekali menimbulkan sebarang provokasi termasuk sentimen politik ketika berada di sana," katanya.
31 Jul 17
30
Empty Image
ExxonMobil Sumbang RM462 Ribu Untuk Perkasakan Program STEM, BI
Mohd Zubir melihat replika cek di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan  ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017, di Hotel Primula Beach, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangunan dana insan di Terengganu terutama di bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris terus dilihat sebagai inisiatif penting apabila Subsidiari-Subsidiari  ExxonMobil di Malaysia (ExxonMobil) menyampaikan sumbangan RM462,000 kepada kerajaan negeri, hari ini.Sumbangan kewangan itu melibatkan program Anugerah Pelajar cemerlang STEM yang dilancarkan sejak tahun lalu kepada pelajar Tingkatan Lima dan sekolah menengah berjumlah RM80,000, Pertandingan Inovasi Matematik ExxonMobil Terengganu (TExMIC) (RM40,000), Spark Your Creativity (SYCC) (RM42,000), ExxonMobil-UKM Club @ Terengganu (RM250,000) dan Bengkel English Bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) (RM50,000).Sementara bantuan 24 unit komputer riba turut diagihkan untuk program Terengganu-ExxonMobil Resource Information Centre (TERIC) dan program Children Cyber Corner di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Pelantar Bestari di Besut, Setiu serta Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang  berkata, sumbangan besar itu mampu memperkasakan lagi pendidikan negeri serta membangunkan modal insan yang cemerlang  di bidang STEM khasnya.“ExxonMobil menyediakan peruntukan  kepada kerajaan negeri yang sebahagian besar disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, selain kepada Pusat Sains Dan Kreativiti Negeri, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu selain berkolaborasi dengan pusat pengajian awam seperti  Universiti Kebangsaan Malaysia  dalam merealisasikan hasrat kita menerusi program STEM.“Kerajaan negeri amat berterima kasih dengan komitmen ExxonMobil sejak puluhan tahun lalu yang tanpa jemu mahu memastikan bidang pendidikan Terengganu sentiasa meningkat maju,”katanya.Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017 itu, disaksikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Hotel Primula Beach, hari ini.Sementara Pengerusi Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Edward Graham berkata, pembangunan dana insan penting untuk memastikan semua sektor industri, perniagaan dan kerajaan mempunyai bekalan bakat-bakat STEM baru yang berkebolehan secara berterusan untuk memenuhi keperluan peredaran masa serta persekitaran semasa yang mencabar.Katanya, Exxonmobil membina hubungan yang rapat dan produktif dengan komuniti diTerengganu sejak empat dekad lalu apabila syarikatnya berusaha untuk meningkatkan manfaat sosio ekonomi dari operasinya menerusi pelaburan strategik dalam komuniti.
30 Jul 17
548
Empty Image
Kerajaan Negeri Adakan Himpunan Bantah Kekejaman Israel
Kerajaan negeri akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin di perkarangan Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man pada 11 Ogos ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, himpunan itu sebagai tanda protes terhadap Israel yang sengaja menyekat rakyat Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, baru-baru ini.Katanya, ia juga bagi menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.“Kita berhasrat untuk mengadakan perhimpunan di perkarangan monumen Masjidil Aqsa di TTI untuk melahirkan bantahan dan juga sebagai tanda solidariti dan permuafakatan antara orang-orang Islam di Terengganu dalam membantah penindasan dan pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.“Ianya akan dimulakan dengan program solat Maghrib, Isyak dan solat Hajat secara berjemaah di Masjid Kristal terlebih dahulu dan dianggarkan seramai 2,000 orang yang akan hadir pada malam tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Bakal Haji Parlimen Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.
30 Jul 17
32
Empty Image
T-Team Perlu Baiki Segera Mutu Permainan
“Diharapkan T-Team boleh berubah dan memperbaiki mutu permainan ke arah yang lebih baik,” itu peringatan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat kepada skuad T-Team susulan prestasi yang semakin merosot.Menurutnya, kerajaan negeri cuma memantau pasukan itu dari luar sahaja dan menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan T-Team untuk membuat sebarang tindakan bagi memulihkan segera mutu permainan pasukan itu.“Saya kurang berpuas hati dengan persembahan T-Team sekarang ini, saya tidak tahu apa masalah kerana mutu permainan pasukan ini sangat merosot dan perlu diatasi segera.“Sekarang ini kita tidak masuk campur, cuma pantau daripada luar sahaja dan serah seratus peratus kepada jurulatih serta pihak pengurusan pasukan dan berharap mereka boleh ambil tindakan segera,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Rozi berkata, kerajaan negeri memenuhi segala keperluan dan menyediakan kemudahan untuk pasukan T-Team, sekali gus mengharapkan pemain dapat menghasilkan prestasi terbaik dan berbaloi.“Jangan jadi pasukan belasahan, sebab kita telah sediakan semua kehendak mereka. Saya tidaklah memberi kata dua, tetapi saya mengharapkan mereka boleh berubah dan memperbaiki mutu permainan ke arah yang lebih baik.“Mungkin jurulatih ada perancangan tersendiri dan apa yang dirancang saya tidak tahu. Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan termasuk jurulatih untuk mengetahui apa masalah sebenar,” ujarnya.
29 Jul 17
76
Empty Image
Senarai Hitam Kontraktor Gagal Siap Projek Sekolah
A Latif menanam pokok sebagai gimik merasmikan tapak pembinaan SMK Tok Jembal. Foto Harish Fazillah Kontraktor  yang gagal menyiapkan projek pembinaan sekolah  mengikut tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tegas, termasuk disenarai hitam bagi mendapat projek pembangunan kerajaan yang lain.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang  berkata, kerajaan tidak boleh bertolak-ansur terhadap kontraktor yang cuai melaksanakan tanggungjawab kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri, selain terpaksa menanggung kerugian dalam pelbagai aspek.Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga mengesan terdapat bangunan yang retak dan pecah walaupun baru dibina kerana penggunaan bahan-bahan pembinaan yang tidak berkualiti atau mengikut spesifikasi.“Ini merupakan kelemahan dari pihak kontraktor yang kerajaan terpaksa tanggung.“Saya menyarankan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya supaya sentiasa memantau setiap projek berkenaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya pihak kontraktor melanggar syarat yang ditetapkan,”katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita ketika mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman. Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.A. Latiff turut memberitahu, SMK Tok Jembal  yang membabitkan peruntukan RM45 juta itu akan dibina mulai Januari tahun depan bagi menampung lebihan pelajar di sekolah berdekatan.“Sekolah yang dijangka siap 2020, lengkap dengan 30 bilik darjah, pejabat guru, makmal, dewan dan surau pastinya pelajar akan melalui pembelajaran yang lebih kondusif,”katanya,
29 Jul 17
147
Empty Image
Kerajaan Negeri Perkenal Sukan Woodball Kepada Pelajar Sekolah
Rozi (tengah) memukul bola woodball sebagai gimik perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri mengambil inisiatif memperkenalkan acara sukan woodball kepada pelajar sekolah bagi menarik minat generasi muda mengenali sukan yang agak asing bagi rakyat negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permainan woodball adalah satu sukan yang sesuai untuk semua peringkat usia termasuk mereka yang agak berumur dan anak-anak muda.Katanya, bagi menarik minat orang ramai menyertai sukan yang sudah lama bertapak tetapi kurang biasa bagi rakyat Terengganu, kerajaan negeri telah menetapkan setiap daerah mempunyai satu sekolah sebagai tempat mencungkil bakat atlet dalam sukan woodball.“Antara insiatif kerajaan negeri untuk menarik minat orang ramai menyertai sukan woodball adalah dengan memperkenalkan sukan ini ke peringkat sekolah di semua daerah negeri ini.“Buat permulaan ini, kita ambil satu daerah satu sekolah dan sudah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dan sambutan agak memberangsangkan. Mungkin selepas ini akan diperluaskan ke setiap agensi kerajaan kerana permainan ini cukup sesuai untuk semua lapisan usia,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu Rozi berkata, dengan adanya kejohanan sukan woodball peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan di Terengganu, selain dapat menaikkan industri pelancongan negeri, ianya secara tidak langsung menimbulkan minat serta rasa ingin belajar terutamanya kepada seluruh masyarakat Terengganu untuk mengenali dengan lebih dekat, apa itu sukan woodball.“Apa yang membanggakan, dalam kejohanan Sukma lepas Terengganu ada menghantar atlet dalam sukan ini dan kita dapat pingat. “Walaupun dalam kejohanan kali ini kita tidak meletakkan sasaran utama untuk bergelar juara, apa yang lebih penting saya mengharapkan atlet-atlet kita dapat menimba pengalaman dengan atlet luar negara untuk memantapkan lagi kemahiran.Kejohanan Woodball Terbuka Malaysia Antarabangsa yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Dataran Taman Awam Batu Burok menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM26,050.Ianya disertai 252 atlet dan pegawai dari sembilan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Nepal, Pakistan dan Uganda.
29 Jul 17
585
Empty Image
JPNT Perkenal Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menganjurkan Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan dalam usaha menyemarakkan rasa kecintaan terhadap seni dan warisan gamelan negeri.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata bengkel tersebut diadakan sempena Festival Gamelan Sedunia yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 Ogos nanti.Katanya, usaha tersebut dijalankan bagi mencari serta memupuk bakat-bakat baru dalam seni gamelan selain menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik tarian gamelan."Penglibatan lebih 30 pelajar berusia dalam lingkungan 10 hingga 16 tahun dari tiga sekolah di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berdasarkan kepada minat mereka dalam seni gamelan ini."Selain itu, kita juga ingin menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik dan tarian gamelan kepada mereka seawal usia agar mereka dapat menghayati emosi persembahan muzik gamelan ini sendiri," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pra Perasmian Festival Gamelan Sedunia di Warisan Sari, Kuala Nerus, hari ini.Tambah Tun Faisal, pengajuran Festival Gamela Sedunia diharapkan dapat menjadi platform dalam meningkatkan jalinan interaksi serta pertukaran idea dan pengalaman ke arah kemantapan penghayatan pengetahuan seni.Katanya, festival tersebut juga bakal menonjolkan dimensi baru dalan memartabatkan persembahan muzik dan tarian gamelan.Dijangkakan seramai 220 peserta akan melibatkan diri dalam festival tersebut termasuk empat kumpulan dari luar negara.Antara kumpulan yang akan melibatkan diri adalah dari Istana Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
29 Jul 17
162