lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Sedia Pilih Calon Wanita Pada PRU14
UMNO Negeri Terenganu bersedia meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, UMNO negeri tiada masalah mengenai calon wanita kerana ada individu yang layak untuk memegang jawatan itu."Setakat ini untuk jumlah yang bakal diletakkan sebagai calon..kita belum putuskan tapi kita akan lihat dengan segera dan nilai sebelum buat keputusan," katanya pada kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu supaya calon Barisan Nasional (BN) diperuntukkan kepada calon wanita pada PRU14 nanti.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian ,Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Menurut Ahmad Razif, Kerajaan UMNO dan BN sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita, malah menetapkan sasaran penglibatan yang tinggi untuk wanita dalam kerjaya termasuk menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan GLC.Beliau juga mengakui dari segi keupayaan, sememangnya terdapat golongan itu yang berwibawa dan berkemampuan untuk diketengahkan bagi memastikan kemenangan BN kelak."Sebagai contoh, kita sekarang ada tiga Menteri Kabinet wanita, enam orang Timbalan Menteri wanita dan 14 Senator dari kalangan wanita."Malah dalam Pilihan Raya Ke-13 yang lepas, peratus pengundi wanita lebih sedikit dari pengundi lelaki iaitu 50.23% dan ini jelas menunjukkan peranan wanita sangatlah besar malah boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan di Malaysia,"katanya
04 Aug 17
41
Empty Image
UMNO Perlu Diyakini Juarai Nasib Rakyat
UMNO perlu menggunakan kaedah komunikasi terbaik bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu yang benar-benar menjuarai nasib rakyat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kita tidak boleh terlalu memberi tumpuan kepada fakta dan data untuk menyakinkan rakyat bahawa kita berada di jalan yang benar,  sedangkan pada masa yang sama pembangkang memainkan emosi untuk meyakinkan rakyat bahawa kita di tempat yang salah."Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa fakta dan data itu penting, tetapi kebanyakan manusia membuat keputusan dan membentuk pemikiran berdasarkan emosi. Otak manusia lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding logik."Justeru itu,tidak hairanlah jika emosi marah,emosi benci, emosi menyampah, emosi meluat,emosi putus harapan, khuatir akan masa hadapan dan emosi jelek...jika emosi sebegini dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional, maka rakyat mungkin tidak akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu Dan Pelancaran Jalinan Rakyat(JR)& JR Plus Peringkat Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Ahmad Razif berkata,  pada masa yang sama, di saat yang sangat kritikal bagi UMNO, usaha harus dilipatgandakan untuk turut sama menggunakan faktor emosi dalam meyakinkan rakyat bahawa  UMNO benar-benar menjuarai nasib rakyat."Bukan emosi kebencian, kemarahan atau rasa jelik dan penyesalan. Tetapi emosi kasih dan sayang, emosi gembira dengan apa yang ada,emosi syukur bahawa 'molek doh lening'."Emosi yakin akan masa hadapan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Emosi sukakepada yang indah, yang cantik dan yang positif.Emosi dihargai, Emosi kebersamaan dan disinilah wanita yang mempunyai daya pujuk boleh berperanan dengan pendekatan yang menyentuh emosi,"kata Ahmad Razif.
04 Aug 17
43
Empty Image
Tamatkan Polemik Asal-Usul Tun M- Annuar
Polemik mengenai asal usul Tun Mahathir  perlu ditamatkan dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan percubaan untuk memanjangkan isu itu oleh pihak tertentu,tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa.Jelasnya,ada usaha yang mahu memanjangkannya dengan cara melemparkan tuduhan yang salah kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM)sedangkan apa diungkapkan oleh TPM itu tenggelam kerana kita cuba polemikkan isu asal-usul."Yang sepatutnya ditekankan ialah TPM menyatakan pejuang parti termasuk Tun M mudah lupa perjuangan, pentingnya kita berjuang untuk orang Melayu termasuk dengan menjaga parti UMNO, jangan khianati parti,jangan bawa perpecahan dan jangan kita ambil musuh menjadi kawan..musuh-musuh yang nyata kepada orang melayu,orang Islam terutamanya DAP."Dan cuma yang disebut secara sepintas lalu, kemungkinan kepada Tun M itu ada elemen asal usul tidak Melayu tetapi hanya bercakap tentang Melayu masa dia berkuasa tapi bila tidak berkuasa, dia tidak lagi bercakap tentangnya..saya melihatnya begitu,"kata Annuar.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Johari Abu Bakar;Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat;Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam;Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib;Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Rozita Ismail.Hadir sama,Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Jelasnya lagi,seeloknya jentera parti terleka dengan tindakan musuh-musuh parti yang sengaja mahu kita kita bercakap perkara yang remeh."Kerana kalau pemimpin-pemimpin politik beretorik, rakyat akan jadi mangsa..sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada membela rakyat, menyusun agenda-agenda selari dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri(PM)."Cukuplah berpolemik tentang individu kerana individu itu tidak penting  dan kita jangan tersasar daripada tugas utama kita menjaga rakyat,"katanya lagi.Beliau juga berkata sebagai kerajaan, sebarang teguran atau kritikan terutama dalam media sosial daripada rakyat perlu dilihat dari satu sudut positif."Rakyat yang menulis negatif dalam media sosial, dia tidak akan tinggalkan kita selagi ada dua perkara iaitu jangan berpecah-belah dan terus membela rakyat."Biar rakyat tegur sekarang sebab kalau rakyat asyik bagi pujian kepada kerajaan kemudian secara senyap ketika mengundi, tidak bagi mandat kepada kita..itu lebih bahaya,"kata Annuar lagi.Baginya lagi, jentera UMNO harus mencontohi PM, apabila diserang tidak hilang fokus malah memulihkan ekonomi, menjaga hubungan diplomatik dan meneruskan bantuan kepada rakyat yang memerlukannya.
04 Aug 17
93
Empty Image
Annuar Tidak Berhasrat Sambung Kontrak Pengerusi Mara
Saya tidak berhasrat untuk menyambung kontrak sebagai Pengerusi Mara dan hasrat ini telah nyatakan dalam satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri(PM), Dato' Seri Nohd Najib Razak, demikian jelas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa.Menurutnya, selepas memegang jawatan tersebut lebih dari empat tahun ,satu surat agar pelantikan semula jawatan itu tidak disambung telah dihantar  kepada PM  pada hari Rabu baru-baru ini."Saya juga mencadangkan kepada PM agar memberi peluang kepada rakan-rakan pemimpin lain untuk menjawat jawatan tersebut,"katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Johari Abu Bakar; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jika dilantik semula untuk jawatan tersebut, Annuar berkata Perdana Menteri harus melihat dan meneliti rekod tugasnya sepanjang memegang jawatan tersebut bermula 19 Ogos 2013 itu."Namun alasan yang saya bagi untuk tidak meneruskan kontrak sebagai Pengerusi Mara ialah kerana ingin memberi peluang kepada pemimpin lain dan ini terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk melantik siapa yang dia mahu sebagai pengerusi,"katanya
04 Aug 17
175
Empty Image
Program Jelajah Beautiful Terengganu Siri Keempat Di Utara Semenanjung
Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 selama tiga hari bermula hari ini di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang memasuki siri keempat sejak diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian tarikan di Terengganu.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata program tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan jelajah sebelum ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2015, Johor Bahru dan Singapura (2016).Katanya, pemilihan lokasi pada kali ini amat bersesuaian memandangkan ianya merupakan lokasi tumpuan masyarakat setempat di Utara Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang."Sebelum ini kita memberi tumpuan di sebelah  Wilayah Tengah dan Selatan Semenanjung iaitu di Kuala Lumpur serta Johor dan juga di Singapura."Jadi pada kali ini, kita melakukan promosi di Pulau Pinang bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu terutama dari Utara untuk mengenali negeri ini dengan lebih dekat," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Tengku Zaihan berkata, selain menjadi platform kepada Visit Beautiful Terengganu 2017, program jelajah itu juga akan meneruskan sinergi pencetus kesedaran baharu kepada transformasi pembangunan sosio-ekonomu negeri Terengganu.Tambahnya, siri jelajah kali ini juga membawa sedikit kelainan kepada masyarakat di Utara Semenanjung."Pada kali ini, kita juga mempromosikan sub sektor pelancongan yang menjadi teras kepada pelancongan negeri iaitu eko pelancongan, agro pelancongan, pelancongan sukan, pelancongan pendidikan, pelancongan budaya dan pelancongan makanan."Ini juga secara tidak langsung akan merangsang kemasukan pelabur ke Negeri Terengganu agar kita lebih berdaya saing dalam meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Terengganu secara khususnya," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
04 Aug 17
216
Empty Image
Dr Fauziah Dianugerah Tokoh NGO Wanita
Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada Dr Fauziah pada Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu KasimAnak jati Terengganu, Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan menerima pengiktirafan apabila diumumkan Tokoh NGO Wanita pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.Sebelum ini, usaha aktivis dan doktor perubatan negara yang mengikuti misi 'Women's Boat To Gaza' itu, pernah mendapat pengiktirafan Kerajaan Terengganu yang menganugerahkan beliau Tokoh Serikandi Khaulah Al-Azwar pada 23 Oktober lalu.Di majlis itu juga Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman.Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menerima anugerah Tokoh NGO Lelaki.Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa diumumkan Tokoh NGO Belia.Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan piala, sijil dan tajaan menunaikan umrah kepada semua tokoh terbabit.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.
03 Aug 17
358
Empty Image
Maidam beri khidmat peguam percuma kepada asnaf
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan asnaf di negeri ini sebelum akhir tahun.Yang Dipertua Maidam, Dato’  Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata ia adalah hasil kerjasama strategik Maidam, Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan perkhidmatan berkenaan."Hasil perbincangan awal ini, Maidam akan membiayai kos guaman golongan asnaf itu, namun peguam syarie juga bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran itu."Ia sebagai khidmat sosial peguam syarie untuk bersama-sama membantu meringankan beban kewangan golongan asnaf terbabit dan menyelesaikan proses pendakwaan di mahkamah secepat mungkin," katanya.Setakat akhir jun lalu Maidam membelanjakan RM1.9 juta untuk keperluan golongan mualaf di Terengganu termasuk pembayaran bil hospital, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain.Beliau berkata ketika ini, khidmat guaman percuma ada disediakan oleh Biro Bantuan Guaman, namun kes mahkamah semakin lama semakin bertambah dan pihaknya mengambil inisiatif ini untuk membantu mempercepatkan proses di mahkamah syariah pula."Keutamaan akan diberi kepada golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk membayar khidmat guaman untuk proses perceraian mereka yang jumlahnya melebihi RM1,000 dan ke atas (bergantung kepada kes),”katanya.
03 Aug 17
219
Empty Image
Houseboat Tasik Kenyir Dapat Sambutan Tinggi
Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara seluas 2,600 kilometer persegi dan memiliki 340 pulau kecil.Sebelum ini, ia menjadi tarikan kepada pelancong kerana mempunyai 14 air terjun, jeram, hutan simpan dan gua yang mempunyai sejarah tersendiri.Terkini dengan pelancaran Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir kelmarin, ia menjadi nilai tambah kepada produk sedia ada di destinasi pelancongan berkenaan yang sudah mempunyai keunikannya tersendiri.Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Mohd Rafi Abd Wahab berkata, dalam tempoh Zon Bebas Cukai yang baru membuka tirai dan beroperasi bagi fasa satu, pengusaha-pengusaha bot mendapat permintaan tinggi secara mendadak daripada pelancong  yang datang untuk membeli-belah sambil berehat di rumah bot (houseboat)."Rasanya untuk bulan Ogos ini, tempahan dah penuh namun masih ramai yang datang untuk bertanya sekiranya masih ada yang kosong. Ada yang terpaksa pulang dengan hampa dan ada yang terus menempah tarikh bagi menikmati keindahan tasik itu tidak lama lagi."Kami sediakan pakej-pakej yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak para pengunjung tanpa membebankan mereka,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, hari ini.Rafi berkata, pelbagai pakej menarik ditawarkan bagi setiap rumah bot, ada juga pakej selama dua hari satu malam dan tiga hari dua malam dengan tawaran harga yang menarik."Pakej yang ditawarkan kepada pengunjung memang berpatutan dengan pengisian yang di buat dan setakat ini kami tidak menerima rungutan bahawa harga yang dikenakan mahal."Harga bergantung kepada rumah bot..ada yang menawarkan pakej serendah RM1,300 untuk satu malam dan ada juga pakej yang bertaraf mewah mencecah RM2,600 untuk satu malam."Pilihan pakej bergantung kepada para pengunjung sama ada mahukan yang sederhana ataupun mewah dan pengusaha rumah bot yang menguruskan segalanya mengikut permintaan,"katanya lagi. Menurut Rafi lagi, tasik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri seperti Gua Bewah yang menjadi penempatan manusia Zaman Mesolitik iaitu kira-kira 16,000 tahun lalu."Termasuklah dengan penemuan fosil dan pisau batu dipercayai tinggalan manusia Zaman Mesolitik di Gua Taat baru-baru ini,"ujarnya lagi.                        
02 Aug 17
3173
Empty Image
50 Penjawat Awam Cemerlang Terima Hadiah Pakej Menunaikan Haji
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama penjawat awam yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Foto Zulkifli PutraPerkhidmatan awam kini menjadi  fokus utama rakyat sekalu ejen pelaksana bagi menjayakan pelbagai program pembaharuan baik di peringkat persekutuan mahupun  negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehubungan itu, penjawat awam perlu sentiasa mempertingkatkan pecapaian masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan memenuhi aspirasi rakyat secara keseluruhannya.Katanya, pada sama sama, kita perlu sentiasa bermusahabah diri untuk terus menerus memperbaiki sistem pencapaian perkhidmatan ke arah lebih cekap dan berkesan.“Kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan akan menjadi teras bagi menjayakan agenda Tranformasi Terengganu Baharu (TTB).“Harapan saya, setiap penjawat awam perlu menanam  sikap ingin menjadikan kecemerlangan bagi mencapai matlamat dalam menyempurnakan amanah yang diberi,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Seramai 50 penjawat awam pelbagai jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.Setiap penerima anugerah  memperoleh ganjaran pakej menunaikan haji atau umrah, wang tunai RM5,000 beserta plak Sementara itu, Wan Nawawi berkata hasil daripada kecemerlangan dalam pekerjaan itu akan memberikan kepuasan dan kegembiraan bukan sahaja kepada diri sendiri dan kerajaan malahan keada rakyat secara keseluruhannya.Katanya, dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam di negeri ini yang perlu  diberi tumpuan ialah meningkatkan dan memantapkan proses penyampaian perkhidmatan.“Langkah itu penting bagi  memastikan dasar-dasar dan program kerajaan yang dilaksanakan mencapai sasaran yang ditetapkan secara terus kepada rakyat,” katanya.
02 Aug 17
53
Empty Image
Skim Khas RTB Dibuka Mulai Hari Ini, Pemohon 21 Tahun Ke Atas
Ahmad Razif menunjukkan lamang sesawang permohonan skim khas RTB yang turut boleh diakses melalui telefon pintar. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailRakyat Terengganu khususnya golongan kurang berkemampuan menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk pembinaan rumah kediaman dilaksanakan secara terbuka dan tanpa had usia.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jika sebelum ini syarat permohonan kepada yang berumur antara 21 hingga 40 tahun, bagaimanapun hasil mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, permohonan dibuka kepada 21 tahun ke atas tanpa had umur.Katanya, pada masa ini sebanyak 5,939 lot tanah kosong sudah dikenal pasti dimana Setiu (3362), Dungun (1332), Kemaman (928), Kuala Terengganu (109),Marang (71), Besut (69), Hulu Terengganu dan Kuala Nerus masing-masing (34) dan jumlahnya tidak bersifat statik kerana ianya akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. “Pejabat Tanah dan Galian Negeri berjaya mengenal pasti setakat ini sebanyak 5,939 lot tanah.“Terdapat daerah contohnya Kuala Nerus dan Hulu Terengganu yang menawarkan jumlah lot tanah yang lebih kecil berbanding daerah lain berikutan daerah tersebut belum lagi membuka RTB.“Justeru, saya sudah minta pentadbir tanah mulai sekarang mengenalpasti mana-mana tempat yang boleh kita jadikan RTB di kawasan masing-masing,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Skim Khas RTB  Tapak Rumah 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan Pusat yang belum digunakan untuk ditukarkan kepada lot-lot tanah supaya boleh diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.Ahmad Razif berkata, semua rakyat Terengganu yang memenuhi syarat akan berpeluang memiliki tanah sendiri apabila permohonan skim khas RTB ini dibuka  secara online mulai jam 5 petang ini menerusi laman sesawang http://tanahrtb.terengganu.gov.my
02 Aug 17
181