lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Terus Gamit Pengunjung
Tasik Kenyir yang diberi status zon bebas cukai bakal dikenali sebagai satu daripada destinasi membeli-belah dan pelancongan paling popular di Terengganu dan Pantai Timur.Pusat pelancongan itu kini menjadi syurga membeli-belah bagi kaum wanita apabila pelbagai keperluan rumah terutama perkakas pinggan mangkuk ditawarkan dengan kadar lebih murah berbanding di pusat jualan lain.Tinjauan Teganukita mendapati pada hari kelima selepas pelancaran oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dalam dan luar negeri.Bagi seorang pengunjung, Syed Ali Syed Rahman,47, yang menetap di Johor Bahru,dia memilih Tasik Kenyir sebagai pusat percutian terbaru untuk mereka sekeluarga pada kali ini."Pengalaman bercuti di Langkawi memang tidak mudah dilupakan. Kami pernah beberapa kali ke sana tapi dengan pembiayaan sendiri. Walaupun barangan di sana bebas cukai, apa yang kita perlu tahu, kos untuk ke sana tidaklah murah."Banyak perkara yang harus di ambil perhatian. Dari kos pengangkutan, kos makanan, kos tempat tinggal termasuklah kos untuk membeli belah dan memasuki tempat-tempat menarik di sana. Bila pergi dengan duit sendiri, semuanya rasa nak berkira, sayang duit."Jadi, apabila mendapat peluang untuk ke Tasik Kenyir yang melibatkan separuh kos berbanding ke Langkawi, ia memang satu peluang berharga yang tidak patut dilepaskan walaupun tidak banyak pilihan barang jualan seperti di Langkawi,"kata Syed Ali kepada Teganukita ketika ditemui di Pengkalan Gawi, hari ini.Menurut Syed Ali, bukan sahaja dapat membeli- belah malah dapat melihat sendiri tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan kaya dengan keindahan semula jadi serta lagenda masa silam.Nurul Nadwah HussinSementara itu, seorang lagi pengunjung, Nurul Nadwah Hussin,34, berkata dia daripada Kuantan bercuti di Tasik Kenyir semata-mata ingin merasai sendiri tarikan terbaru destinasi itu sebagai Pulau Bebas Cukai terbaru."Nampaknya, di Tasik Kenyir, saya boleh membeli apa saja yang dijual di Pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, beg, hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini." Pendek kata, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini sudah macam 'one stop centre' yang amat berbaloi,"katanya.Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga di sini secara kasar adalah lebih murah dari tempat lain termasuk Kuala Lumpur."Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50 peratus. Memang tak hairanlah kalau saya asyik membeli sampai lupa makan minum hari ini...lepas ni tak perlu lah pergi Langkawi lagi,"kata Nurul lagi.Norhasmida IsmailDalam pada itu, kerani jualan Ketengah Holding(KH SHOPPE), Norhasmida Ismail,32, berkata, dia tidak menang tangan melayan kerenah pelanggan yang datang membeli sejak kiosk jualan dibuka pada 1 Ogos baru-baru ini."Orang ramai mula datang pada jam 9 pagi hingga 6 petang dan kemuncaknya pada hari cuti hujung minggu. Kebanyakan yang datang adalah orang tempatan termasuklah dari luar seperti daripada Johor, Kelantan, Pahang dan sebagainya."Jualan memang tinggi dan banyak barang kehabisan stok seperti coklat sehingga kami terpaksa memesan stok yang lebih banyak supaya pengunjung yang datang tidak pulang dengan hampa,"katanya.
06 Aug 17
1028
Empty Image
PTG Terima 23,000 Permohonan Lot Tanah
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu menerima kira-kira 23,000 permohonan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sehingga pagi ini, selepas dilancarkan kerajaan negeri dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat memiliki lot tanah untuk pembinaan rumah kediaman.Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) PTG Negeri, Jahani Ismail berkata, sejak skim berkenaan diiklankan bermula 2 Ogos lalu, permohonan yang diterima amat memberangsangkan.“Walaupun hebahan secara manual iaitu dengan menampal iklan di semua PTG daerah dan tempat tumpuan umum belum dibuat, tetapi kita telah menerima sebanyak 23,000 permohonan secara online.“Berdasarkan sambutan yang luar biasa tidak sampai seminggu diiklankan, saya yakin jumlah permohonan akan terus meningkat sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Ogos ini,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Menurut Jahani, sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dibuat terhadap borang permohonan yang telah diisi secara online termasuk maklumat peribadi, pindaan lot tanah pilihan dan sebaginya, pemohon boleh mengemaskini borang permohonan masing-masing sebelum tarikh tutup.Jahani berkata, beliau turut mencadangkan pemohon meletakkan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan untuk melancarkan proses mengemaskini atau mengisi borang permohonan.Katanya, sepertimana yang diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman baru-baru ini, orang ramai boleh memohon lot tanah di luar daerah masing-masing asalkan mereka sudah berdaftar sebagai pemilih.“Contohnya, pemohon dari daerah Kuala Nerus boleh memohon lot tanah di Kuala Terengganu ataupun daerah-daerah lain,” ujarnya.Berdasarkan laporan media sebelum ini, rakyat Terengganu yang belum memiliki tanah atas nama sendiri boleh memohon Skim Khas RTB Tapak Rumah melibatkan 5,939 lot tanah di seluruh negeri ini.Ianya meliputi Setiu (3,362), Dungun (1,332), Kemaman (928), Kuala Terengganu (109), Marang (71), Besut (69) dan Kuala Nerus dan Hulu Terengganu masing-masing 34 lot.Permohonan tersebut boleh dilakukan secara atas talian melalui https//tanahrtb.terengganu.gov.my dan http://pttrg.terengganu.gov.my.Sebanyak 50 peratus daripada 5,939 lot tanah yang ditawarkan dibuka kepada golongan belia berusia 21 hingga 40 tahun manakala selebihnya pula untuk mereka berkelayakan yang berumur 41 tahun ke atas.Antara syarat yang perlu dipenuhi bagi memohon skim Khas RTB tersebut ialah anak jati Terengganu, berkahwin, berpendapatan isi keluarga tidak melebihi RM3,500 sebulan, berdaftar sebagai pemilih pilihan raya di negeri ini dan belum pernah memiliki tanah serta rumah.
06 Aug 17
1235
Empty Image
Jelajah Visit Terengganu Akan Diteruskan
Program Jelajah Beautiful Terengganu akan diteruskan pada masa akan datang bagi mempromosikan keunikan Terengganu di mata pelancong dalam dan luar negara.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, sehingga kini, tiga siri jelajah diadakan setiap tahun.Katanya, untuk tahun ini juga, tiga siri jelajah dirancang dan dua daripadanya berjaya membuka mata masyarakat setempat mengenai keunikan Terengganu."Jadi tahun ini kita sudah mengadakan satu jelajah di Singapura dan sekarang di Pulau Pinang manakala satu lagi akan diadakan di Melaka. Melaka akan dijadikan sebagai penutup bagi siri jelajah pada 2017."Kita sekarang sudahpun merancang Visit Beautiful Terengganu (VBT) sebagai sebahagian daripada Visit Malaysia Year  2020. Kita akan masih kekal dengan VBT hakta dalam Visit Malaysia Year 2020," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, hari ini.Tun Ahmad Faisal berkata, walaupun siri jelajah baru pertama kali diadakan di Pulau Pinang namun respon yang diberikan amat memberangsangkan.Tambahnya, siri jelajah di negeri tersebut lebih bertujuan kepada memperkenalkan Terengganu kepada rakyat di sebelah Utara Semenanjung khasnya Pulau Pinang."Berbeza dengan siri jelajah di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura di mana meletakkan jualan sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) namun di Pulau Pinang kami lebih kepada misi membuka mata kesedaran masyarakat tentang kehadiran Terengganu sebagai satu lagi destinasi penting."Namun begitu, kutipan yang diperolehi sehingga hari ketiga sudah melebihi RM100,000. Pada hari pertama kita mencatakan kutipan sebanyak RM48,000 begitu juga pada hari kedua manakala untuk hari ketiga, kami menjangkakan kutipan lebih tinggi," katanya.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
06 Aug 17
26
Empty Image
Taman Barangan Terpakai Terpanjang Bakal Dipamer Sempena Hari Koperasi Negara
Taman barangan terpakai terpanjang di Malaysia antara program menarik yang akan dipamerkan pada Hari Koperasi Negara 2017 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu bermula 10 hingga 12 Ogos ini.Aktiviti yang diusahakan dengan kerjasama  28 koperasi  di Terengganu dan  SW Corp Malaysia (SW Corp)  itu akan  menampilkan taman sepanjang 150 meter yang dibina menggunakan pelbagai barangan terbuang termasuk botol minuman, akhbar lama, tayar, tin kosong dan  bekas makanan.Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mohd Ruslan Awang, berkata tema dan bentuk persembahan taman  bergantung kepada kreativiti setiap koperasi.Katanya, penyertaan mereka akan diadili sehari sebelum Hari Koperasi Negeri bermula, iaitu 9 Ogos kemudianya akan dipamerkan sepanjang tiga hari program berlangsung.“Apa yang dirancang ini bagi mendidik masyarakat menghargai barangan terbuang dan mengelak pembaziran.“Masyarakat boleh mengambil contoh dengan melakukan sendiri di halaman rumah masing-masing,”katanya kepada Teganukita.Menurutnya, SKM menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung akan hadir pada program yang turut diselitkan pelbagai program menarik lain, antaranya pertunjukan cating batik, persembahan kebudayaan, mencari harta karun dan bicara tokoh koperasi.“Ini merupakan kali kedua Hari Koperasi peringkat negeri diadakan yang bertujuan mendedahkan kepada orang awam berhubung peranan sebenar SKM iaitu untuk memastikan setiap koperasi yang ditubuhkan dapat dibangunkan dengan sempurna bagi meningkatkan ekonomi,”katanya.
06 Aug 17
63
Empty Image
Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji
Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini.Mohamad Nordin Tahir,62, bersama isterinya, Zaharah Ibrahim, 52, akan berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada 11 Ogos ini.Ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Penyerahan Pakej Haji kepada beliau dan isteri di Dewan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir hari ini, Mohamad Nordin melahirkan rasa syukur dengan ‘hadiah istimewa’ yang diterimanya dan menyifatkan itu semua adalah kerja Allah S.W.T Yang Maha Kaya dan Pemurah.“Apabila kita memberi sedikit sumbangan dan kita tidak pernah ingat pun akan sumbangan itu, nescaya pada satu masa walaupun berpuluh-puluh tahun, akan ada orang yang mencari kita dengan izin Allah S.W.T."Seperti tidak menyangka pun ada, tapi saya percaya pada konsep rezeki dan Allah telah murahkan rezeki saya hari ini,” ujarnya yang mengetahui perkhabaran gembira itu sebelum bulan puasa lalu.Mengimbas kembali jasa mulia seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Seberang Takir (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri) pada waktu itu yang sanggup menyimpan 10 sen sehari daripada wang perbelanjaan sekolahnya demi mencukupkan jumlah RM1 untuk diderma kepada dana pembinaan UKM pada1968, universiti itu berjaya menjejaki wira tidak dicanang itu sejak April tahun lalu.Berbekalkan  hanya sepotong keratan akhbar pada tahun 1960an dalam arkib UKM, misi mencari Mohamad Nordin yang dilancarkan berjaya membuahkan hasil apabila insan berjasa itu dapat ditemui.Mohamad Nordin yang turut berucap di majlis tersebut terharu kerana pengorbanan kecil yang dilakukan beliau hampir seabad lalu akhirnya dihargai oleh UKM dan kerajaan negeri.“Terima kasih kepada UKM kerana mencari dan masih mengingati saya walaupun bagi saya sumbangan yang diberikan suatu ketika dahulu tidaklah terlalu besar.“Terima kasih juga kepada kerajaan negeri dengan penganjuran majlis ini yang memberikan peluang kepada saya untuk bertemu dengan penduduk di sini dan membolehkan saya memohon kemaafan dari mereka semua sebelum berangkat ke tanah suci,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali.Bekas kakitangan Kilang Perwaja, Kemaman yang menetap di Kampung Air Lilih, Batu Enam, Kuala Nerus itu sudah mendaftar haji sebelum ini tetapi masih belum berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sehinggalah UKM menggerakkan tabung dan mengumpul sumbangan bagi menghantar beliau bersama isteri untuk menunaikan ibadat haji sebagai menghargai jasanya.
05 Aug 17
146
Empty Image
Keropok Laris Di Program Jelajah Beautiful Terengganu Pulau Pinang
Gerai Niya Serunding yang menggunakan konsep seperti di Pasar Kedai Payang.Makanan tradisional Terengganu seperti keropok, manisan dan serunding mendapat sambutan di luar jangkaan pada Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang bermula 4 Ogos lalu.Pengusaha makanan tradsional yang juga pemilik Niya Serunding, Robaniyah Adawiyah Abdullah berkata, jualan makanan tradisionalnya terutama Keropok Pengkalan Setar, selain manisan serta serunding antara yang laris terjual di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung karnival itu.Robaniyah, usahawan yang dibimbing Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) itu berkata, dia tidak menjangkakan produk yang dibawa ke negeri utara itu mendapat tarikan dan diterima baik pelanggan."Pada awalnya, saya takut untuk mengambil risiko dengan menyertai program jelajah ini kerana bimbang sekiranya gagal mendapat sambutan."Namun, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh masyarakat di Pulau Pinang, memberi saya keyakinan untuk terus menyertai siri jelajah seterusnya di masa depan," katanya kepada Teganukita.Robaniyah berkata, sepanjang dua hari berada di Pulau Pinang, hasil jualan yang diperolehinya mencecah hampir RM15,000.Tambahnya, lebih 300 kilogram (kg) keropok keping yang dibawa olehnya hampir kehabisan berikutan sambutan menggalakkan oleh masyarakat setempat."Pada awalnya, saya ingin membawa 500 kg keropok keping namun bimbang jika tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun,  dengan menggunakan konsep longgok seperti yang diamalkan oleh peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, makanan yang dibawa oleh saya akhirnya laris dan hampir tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ramai," katanya.Niya Serunding antara 23 peserta yang menyertai program jelajah pada kali ini selama tiga hari bermula 4 Ogos lalu di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.
05 Aug 17
347
Empty Image
Bijak Rebut Peluang Jana Pendapatan Dari Zon Bebas Cukai- Rozi
Masyarakat tempatan perlu bijak mengambil kesempatan bagi menjana pendapatan dan merebut peluang pekerjaan menerusi pembukaan fasa satu Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, kelebihan produk pelancongan yang ada perlu diterokai serta dimanfaat oleh masyarakat terutama golongan belia memandangkan pembangunan pesat seumpama itu tidak berlaku di mana-mana daerah mahupun negeri lain."Sebaik sahaja Zon Bebas Cukai dirasmikan, pelbagai peluang kerja akan muncul...kita kena cepat dan bijak untuk merebut peluang ini,jangan biarkan orang lain(orang luar) menguasainya dan kita hanya berputih mata melihat ini berlaku."Banyak peluang dan kerja akan wujud dalam pelbagai aspek seperti perniagaan makanan, pelancongan dan perkhidmatan contohnya menjadi pemandu pelancong."Ini semua boleh menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat di kawasan berhampiran Tasik Kenyir,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui.Rozi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong berkata, kini Tasik Kenyir bakal menjadi hab pelancongan Pantai Timur dan peningkatan kehadiran pelancong akan meningkat secara mendadak dari semasa ke semasa."Belia terutamanya perlu bijak dan adalah menjadi tanggungjawab mereka pada hari ini untuk terus berusaha agar dapat bersaing dalam apa jua bidang yang diceburi bagi menambah baik taraf kehidupan mereka,"kata beliau.Bagaimanapun, tambahnya, ia bergantung kepada usaha gigih dan kreativiti sendiri untuk mengubah segala sesuatu itu menjadi berharga atau mampu mendatangkan pulangan.Beliau menegaskan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir antara bukti usaha kerajaan dalam menambah baik taraf hidup dan merancakkan lagi pembangunan masyarakat setempat terutama di Hulu Terengganu."Bantuan pun sudah banyak diperkenalkan, ambil peluang ketika punyai ruang dan masa..jangan hanya duduk di rumah dan dengar hujah pembangkang, salahkan kerajaan, peluang sudah ada cuma inisiatif perlu diambil," katanya.
05 Aug 17
141
Empty Image
Jelajah Beautiful Terengganu Catat Kutipan Memberangsangkan
Hari pertama Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang mencatatkan kutipan yang amat memberangsangkan.Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pelancongan & Kebudayaan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak berkata, untuk hari pertama, jumlah hasil daripada ruang pameran dan jualan peserta pameran mencecah hampir RM50,000.Katanya, melihat situasi positif itu, tidak mustahil program tiga hari berkenaan mampu memberi pulangan menggalakkan kepada peserta yang terlibat terutama usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)."Niya Serunding yang menyediakan makanan tradisional Terengganu seperti keropok keping dan serunding mencatatkan jualan tertinggi sepanjang semalam bagi Consumer Show dengan kutipan sebanyak RM5,050."Manakala bagi Travel Mart, Kenyir Travel yang menjanjikan keindahan semula jadinya telah berjaya menjual pakej pelancongan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16,500," katanya kepada Teganukita.Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang bermula semalam selama tiga hari di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang kini memasuki siri keempat sejak ia diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian di Terengganu.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
05 Aug 17
91
Empty Image
Wanita UMNO Dituntut Manfaat Kemajuan Teknologi
Wanita UMNO mesti menerima cabaran dan mendakap perubahan bersama kemajuan teknologi untuk meletakkan parti itu di kedudukan yang terbaik melalui rangkaian media sosial.Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari berkata, Wanita UMNO perlu menggunakan  medium media sosial ini untuk memberi penerangan yang jelas kepada golongan wanita dan surirumah mengenai isu-isu yang menjadi viral."Beri mereka ini penerangan sebenar agar tidak keliru dan tertipu dengan dakyah-dakyah pembangkang yang memanipulasi maklumat. Kita perlu mendidik masyarakat di luar sana agar meneliti dahulu sesuatu berita yang mereka terima dan jangan sesekali kongsi berita-berita yang palsu atau fitnah."Kita perlu sentiasa berwaspada dan beringat kerana bukan semuanya benar di internet. Jika tidak pasti jangan kongsi ataupun kita boleh layari portal SEBENARNYA.MY bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung sesuatu isu semasa,"kata Jailani ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang dihadiri lebih 1,200 perwakilan dan Jalinan Rakyat(JR)& JR Plus daripada 130 cawangan di Bahagian Hulu Terengganu.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Menurut Jailani yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, pada alaf ini media sosial menjadi medium komunikasi utama di kalangan masyarakat, tidak terhad kepada golongan muda sahaja malahan pelbagai peringkat umur menggunakannya untuk memberi penjelasan pelbagai isu dicetuskan parti pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan."Penyebaran berita palsu dan fitnah semakin berleluasa kini dengan pihak pembangkang sering mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan.Tapi saya yakin sayap Wanita kini dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar dapat bertindak pantas membantu dalam situasi yang memerlukan," katanya.Tambahnya lagi, Wanita UMNO merupakan tulang belakang, golongan yang paling setia, rajin dan sentiasa menjaga maruah parti sejak dahulu lagi ketika memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu."Di Parlimen Hulu Terengganu,untuk terus relevan di hati rakyat, kita mesti sepakat, sepadu, sehati, sejiwa dan seperjuangan bagi memastikan kita kekal di Parlimen dan di tiga Dewan Undangan Negeri(DUN) iaitu Telemong, Ajil serta Kuala Berang... InsyaAllah kita akan menawan kembali DUN Manir yang menjadi kubu pembangkang." Kita perlu pastikan kemenangan kita kali ini adalah dengan majoriti yang lebih besar. Kita gempur habis-habisan dan saya yakin kita pasti berjaya dengan gerak gempur yang dilakukan oleh Wanita UMNO di bawah Jalinan Rakyat(JR)," ujarnya lagi.
05 Aug 17
101
Empty Image
Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Mangsa Bot Terbalik Di Muara Kuala Dungun
Kerajaan negeri akan membantu keluarga mangsa yang kehilangan ketua keluarga akibat lemas dalam kejadian bot terbalik di muara Kuala Dungun, Rabu lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya memahami kesukaran yang sedang dihadapi keluarga kesemua empat mangsa yang seorang daripadanya ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang serta akan memastikan mereka dibantu segera." Kerajaan memahami keperitan yang sedang keluarga mangsa hadapi. Jadi kita akan bantu sedaya upaya dengan kadar termampu untuk meringankan kesengsaraan mereka," katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada isteri dan waris kesemua mangsa kejadian.Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau tugas menyelamat oleh agensi terlibat di muara Kuala Dungun, petang ini.Ahmad Razif turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih dengan komitmen serta kekuatan anggota penyelamat yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan dibantu persatuan nelayan sejak insiden malam Rabu lalu.Sehingga kini, tiga mangsa, iaitu Mohd Zawawi Mohamad, 24, Che Mohd Afendi Ismail, 34 dan Abd Wahab Zakaria, 44, belum ditemui dan gerakan mencari terus giat dijalankan termasuk mengesan menerusi unit udara.Mayat seorang daripada empat mangsa yang hilang, Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui 8.50 pagi semalam, 300 meter dari kawasan bot dipercayai karam itu.Dalam laporan sebelum ini, empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka ke Kuala Dungun terbalik dalam kejadian 10 malam 2 Ogos lalu.Seorang lagi mangsa, Mohd Shahrin Yaccob, 33, selamat selepas berjaya berenang ke daratan.Mereka dikatakan dalam perjalanan masuk ke Kuala Dungun selepas pulang dari menangkap ikan.Sebelum kejadian, lima nelayan itu menaiki bot besar dan gagal memasuki Kuala Dungun berikutan keadaan sungai yang cetek.Mereka kemudiannya melabuhkan bot besar yang dinaiki di luar kuala berkenaan sebelum menggunakan bot gentian kaca untuk memasuki Kuala Dungun.Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan itu, bot mereka dikatakan dipukul ombak besar dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam laut.
05 Aug 17
63