lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Tubuh Majlis Petroleum Terengganu
Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) dilihat mampu bertindak sebagai platform bagi kerajaan Terengganu untuk merencana, menyelaras dan memantau urusan yang berkaitan industri minyak dan gas Terengganu.Pada masa sama mampu memberi mandat bagi mengkaji kemungkinan dan mengenalpasti potensi manfaat untuk rakyat dan kerajaan negeri di sepanjang rantaian  dalam industri itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata TPC juga akan melihat isu kelestarian sumber minyak dan gas dalam usaha untuk memaksimakan hayat sumbangan sektor ini secara berterusan kepada hasil negeri.Katanya, di samping itu mampu memberi keutamaan kepada usaha merancakkan penglibatan anak tempatan dalam industri yang berkaitan.“Penglibatan aspek pembangunan sumber tenaga, pembinaan kepakaran teknikal dan pembentukan peluang pekerjaaan untuk penduduk tempatan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Penubuhan TPC, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama,  Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Azhar Abdul HamidAhmad Razif memberitahu, pengumuman itu dibuat kerana TPC adalah entiti penting dalam pembangunan sektor minyak dan gas, selain mampu membukan jalan untuk memulakan operasi dan menjalankan kerja-kerja awal dengan kadar segera.“Penubuhan TPC telah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan pejabatnya akan beroperasi di tingkat 6, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu buat sementara waktu” katanya.
10 Aug 17
131
Empty Image
Empat Koperasi Terima Hampir RM9 Juta Di Bawah Skim TMP-JPK
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan hampir RM9 juta di bawah skim pinjaman Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) kepada empat buah koperasi di negeri ini, bermula Januari hingga Julai lalu.Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong berkata, sebanyak RM5.5 juta diberikan kepada Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad dan RM1 juta untuk Koperasi Kakitangan Risda Terengganu (KOKITAR) Berhad.“Sementara sebanyak RM2 juta diperuntukan untuk Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad serta Koperasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Berhad menerima RM450,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.Menurut beliau, SKM juga telah meluluskan Pinjaman Perniagaan Koperasi sebanyak RM7 juta kepada dua koperasi negeri ini dalam tempoh yang sama.“Koperasi Perwaja Kemaman Berhad dan Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad masing-masing menerima sebanyak RM3.5 juta menerusi skim ini,” ujarnya.Katanya, SKM berharap pembiayaan dana melalui pinjaman TMP-JPK dan pinjaman perniagaan kepada koperasi terpilih akan dapat dimanfaatkan sebaiknya.“Dengan pembiayaan ini diharap dapat memantapkan aktiviti koperasi masing-masing agar berupaya menjana pulangan pendapatan serta menyumbang kepada peningkatan pendapatan ahli koperasi,” katanya.
09 Aug 17
590
Empty Image
Nafi Lesen Rumah Bot Ditarik Balik
Pemilik rumah bot yang menjalankan operasi di Tasik Kenyir menafikan menerima ugutan lesen operasinya akan ditarik balik kerana membawa rombongan dari kumpulan parti pembangkang melawat pulau bebas cukai di Pulau Bayas, Khamis lalu.Pengurus Besar Suria Permata Kenyir House Boat, Azman Zahari berkata, kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tidak pernah menghubunginya untuk mengambil tindakan menarik balik lesen operasi seperti diviralkan melalui laman sosial parti pembangkang.Katanya, dua pekerjanya yang diberi tanggungjawab mengendalikan rumah bot juga tidak menerima sebarang panggilan telefon dari kerajaan negeri dan Ketengah mengenai lesen operasinya akan ditarik balik."Adalah tidak masuk akal kerajaan negeri dan Ketengah untuk mengambil tindakan setegas itu atas kesalahan membawa rombongan, termasuk kumpulan dari parti pembangkang melawat Tasik Kenyir."Saya dan dua pekerja juga menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada media, terutamanya dari parti pembangkang menerima ugutan sama ada melalui telefon atau secara lisan," katanya kepada BH, ketika dihubungi, pagi ini.AzmanAzman berkata demikian ketika mengulas laporan disiarkan melalui laman sosial termasuk Facebook (FB) parti pembangkang yang mendakwa ada menerima ugutan dari kerajaan negeri dan Ketengah lesen operasi botnya akan ditarik balik kerana membawa sekumpulan rombongan melawat beberapa pulau di Tasik Kentyir termasuk di pulau bebas cukai di Pulau Bayas.Beliau berkata, kenyataan dimuatnaikkan melalui laman sosial termasuk FB parti pembangkang yang mendakwa pihaknya menerima ugutan lesen operasi akan ditarik balik adalah fitnah dan tidak sepatutnya dikeluarkan parti berkenaan."Pada Khamis lalu, hanya dua pekerja saya mengendalikan tempahan bot kerana saya berada di Bangkok, Thailand mengendalikan urusan perniagaan."Saya juga tidak dimaklumkan mengenai tempahan untuk membawa rombongan sekumpulan wanita dari parti pembangkang," katanya yang terkejut selepas membaca laman sosial, termasuk mendakwa dia ada mengeluarkan kenyataan menerima ugutan dari kerajaan negeri termasuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).Azman berkata, pekerjanya yang mengendalikan tempahan dan membawa rombongan itu memaklumkan kepada ketua kumpulan itu bahawa pulau bebas Cukai iaitu Pulau Bayas adalah belum siap sepenuhnya"Pekerja yang mengendalikan bot itu sudah memaklumkan Pulau Bayas adalah kawasan larangan,"Demi menjaga hati pelanggan, pengendali bot itu terpaksa memenuhi permintaan dan kehendak ketua kumpulan berkenaan," katanya.Azman berkata, dia juga meminta pemilik akaun laman sosial menarik balik kenyataan dikeluarkan kerana ianya satu fitnah dan ada unsur mencemarkan imej syarikatnya yang sudah mengendalikan perniagaan menyediakan perkhidmatan sewaan rumah bot di Tasik Kenyir.Sumbangan berita: Baharom Bakar, Berita Harian
09 Aug 17
159
Empty Image
Kerajaan Negeri Pandang Serius Kes Buli Di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Kerajaan negeri memandang serius kes membabitkan tiga pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli kira-kira 26 pelajar dalam dua kejadian berlainan yang berlaku di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.Dalam kejadian yang berlaku 7 Ogos lalu, Muhammad Luqman Hakim Mohd Syukri,17, yang kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menjadi mangsa buli kepada 15 pelajar dipercayai akibat salah faham.Manakala, seorang daripada pelajar semester satu Jurusan Teknologi Elektronik, Ahmad Zikrill A’zim Hasbullah,16, ( masih menerima rawatan di HSNZ) yang juga atlet boling Terengganu lebam pada badan dan dua kali pengsan, manakala rakannya, Wan Ahmad Faris Zakaria, 16, cedera di kaki dan calar di badan setelah menjadi mangsa buli 11 pelajar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan  Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff  Awang berkata, beliau amat kesal dengan apa yang berlaku dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut selepas kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh bapa mangsa.“Saya rasa amat kesal perkara ini masih berlaku di kalangan pelajar sekolah dan juga institusi pendidikan di negeri ini.“Walaupun bilangannya agak terpencil berbanding dengan lain-lain kes masalah displin pelajar  tetapi kita tidak mahu perkara ini terus berlaku, justeru kita mengharapkan pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya kepada yang terlibat dan perlu siasatan yang terperinci supaya tidak ada yang teraniaya dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa buli tersebut di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.A.Latiff berkata, pihaknya turut mengharapkan Jabatan Pendidikan Negeri khususnya dan mana-mana institusi pendidikan samada sekolah mahupun kolej-kolej mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kegiatan buli seperti ini tidak terus berulang.Katanya, bermula awal tahun sehingga kini, sebanyak 16 kes buli di kalangan pelajar dicatatkan berlaku di negeri ini.
09 Aug 17
1362
Empty Image
Projek ECRL Berimpak Tinggi Siap 2024
Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailProjek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah projek infrastruktur bersejarah berimpak tinggi  bagi rakyat Malaysia bakal disiapkan pada 2024.Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, ECRL akan menjadi  laluan kereta api elektrik terpantas yang menyeberangi Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Selangor serta `Game Changer' (penukar permainan) untuk Malaysia kerana mampu menjimatkan masa perjalanan."Jika sebelum ini perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu mengambil masakereta api dari Gombak ke Kota Baru purata tujuh jam dengan jalan atau 12 jam atau lebih semasa musim perayaan,tetapi dengan ECRL dijangka mengambil masa kurang daripada empat jam."ECRL yang melibatkan jarak 668 kilometer  ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan di mana pengangkutan awam sebagai salah satu agenda utama negara untuk kemudahan infrastruktur negara yang cekap serta menghubungkan bandar dan menaik taraf pengangkutan awam di kawasan pedalaman di pantai timur," kata beliau ketika berucap di Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini.Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Besar Kelantan,Dato' Ahmad Yaakob.Hadir sama, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd,Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Kaunselor Republik Rakyat China,Wang Yong.Beliau berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan Chinese Communications Construction Company Ltd berupaya menjayakan projek untuk manfaat rakyat seperti yang ditetapkan.Menurut Najib lagi, projek pengangkutan ECRL,Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjadi kunci transformasi negara dalam mencapai status negara maju dan menyediakan gaya hidup moden kepada rakyat."Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030."Projek itu akan meningkatkan ekonomi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dari tiga negeri Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus dengan wujudnya ECRL dan kesan sosial yang positif untuk negeri-negeri pantai timur, "katanya lagi.
08 Aug 17
152
Empty Image
ECRL Bukan Retorik, Direalisasikan Demi Manfaat Rakyat- Ahmad Razif
Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL Sentral KotaSAS, Kuantan,Pahang, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailProjek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bukan satu retorik, tetapi projek yang akan direalisasikan demi memberi banyak manfaat kepada rakyat, demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, projek yang akan bermula pada Januari 2018 melibatkan lapan pakej termasuk di Terengganu."Bermakna bermula Januari ini, pelaksanaan ECRL akan bermula dan mengambil masa sehingga tujuh tahun tapi saya difahamkan akan dipastikan supaya dapat disiapkan lebih awal."Sudah pasti ianya (ECRL) akan beri banyak manfaat antaranya memudahkan lagi laluan perjalanan untuk orang Terengganu yang ingin ke Kelantan, Pahang atau Kuala Lumpur dan sebaliknya,"kata Ahmad Razif ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL Sentral KotaSAS, Kuantan,Pahang hari ini.Beliau juga berkata, pelaksanaan ECRL turut memberi manfaat dari segi pengangkutan barangan kargo."Ini memudahkan membawa barangan kargo untuk dihantar ke Kelantan, Pahang atau Kuala Lumpur  melalui pelabuhan Kemaman, Kelantan atau pelabuhan Kelang."Urusniaga pastinya mudah dan berikan satu pertumbuhan ekonomi yang baik kepada negeri,"katanya lagi.Sementara itu, Kaunselor Republik Rakyat China,Wang Yong, berkata ECRL adalah satu lagi projek penting yang menggalakkan pembangunan dan hubungan serantau."ECRL adalah satu contoh kerjasama ekonomi terbaik antara dua negara dan akan memacu kemakmuran Malaysia."Dengan 12 stesen penumpang, tiga stesen fret dan tujuh stesen penumpang dan fret gabungan, ECRL dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar negara-negeri Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus,"kata Wong.
08 Aug 17
37
Empty Image
Kerajaan Akan Pastikan Aspirasi Belia Diambil Peduli
Dato' Din Adam ketika memberi respon kepada tetamu dalam Program Tautan Budi Siri Kedua anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Sura, Dungun, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan akan memastikan suara dan aspirasi belia terutama kehendak mereka supaya diadakan platform beriadah seperti litar lumba dan gelanggang sukan dapat dipenuhi, namun semua kemudahan itu hanya akan dilaksanakan selepas mengambil kira semua aspek serta kepentingan ramai.Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam berkata, sebagai individu yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri pada 2004 hingga 2008 lalu, beliau sangat memahami pandangan dan impian yang dizahirkan golongan itu bagi memenuhi masa dan jiwa muda mereka.“Kerajaan sentiasa bersama belia kerana menyedari hakikat golongan itu pada hari ini adalah cerminan negara pada masa depan dan mereka perlu diberi peluang mencorak kehidupan dengan lebih baik dan cemerlang mengikut landasan yang betul. “Bagaimanapun, kita perlu juga melihat kesan sampingan daripada apa yang kita mahu laksanakan itu. Sebagai contoh, jika kita bangunkan litar lumba, apa kesannya kepada masyarakat sekitar kerana kita mahu hidup dalam keadaan selesa dan menjamin kesejahteraan semua pihak,”katanya sebagai mengulas permintaan seorang belia yang mahu supaya Dungun dibangunkan satu lokasi bagi litar lumba motosikal.Beliau berkata demikian  ketika menjadi ahli panel di Program Tautan Budi Siri Kedua anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Sura, Dungun, malam tadi.Turut sama bertindak sebagai panel pada majlis itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat dan Pegawai Agama Kepada Menteri Besar, Kamalrudin Omar.Seramai 250 belia dari sekitar Dungun turut hadir sebagai tetamu di majlis dialog itu.Menurut Din, ketika menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebelum ini, beliau turut berdepan dengan masalah remaja yang berlumba secara haram di jalanan sehingga menggugat ketenteraman awam.Beliau bersama pasukan penguatkuasa dan Polis Diraja Malaysia turun padang bagi melihat sendiri masalah itu dan tindakannya pada ketika itu lebih kepada memberi pengajaran berbanding mengenakan hukuman kepada pesalah yang ditahan.“Ketika zaman saya (Exco) dahulu, lebih 1,000 motosikal berhimpun dan berlumba terutama di jalan Kuala Berang, Jalan Chendering dan Taman Semarak (Kuala Terengganu). Saya bersama ketua polis ketika itu turun bagi memberi pengajaran kepada mereka yang bersalah dan mahu mereka tahu bahawa perbuatan mereka sangat menyalahi undang-undang, mengundang kejadian yang buruk serta menjejaskan kesejahteraan awam,”kata beliau lagi.Tambahnya lagi, segala keperluan dan kehendak semua belia juga hanya akan dapat dipenuhi jika kerajaan yang mentadbir itu mendapat mandat ketika pilihan raya, selain perlunya penyatuan dari pucuk pimpinan sehingga ke akar umbi bagi merealisasikan setiap impian yang mampu memberi manfaat bersama.“Kekuatan masa depan apabila orang belia bersama dengan saya dan kita cuba hindari masalah, sebaliknya bersatu untuk menyelesaikan masalah dan mencari jalan positif. Saya yakin dan sangat memahami, pengaruh belia cukup besar dalam kita bersama-sama mencorakkan pembangunan negeri mahu pun negara,”katanya. 
08 Aug 17
43
Empty Image
Lebih 100,000 Penduduk Mohon Rumah Mampu Milik
Kerajaan negeri menerima lebih 100,000 permohonan bagi mendapatkan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini berbanding hanya  8,065 unit yang ditawarkan di seluruh Terengganu setakat ini.Permintaan yang melebihi penawaran itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberhentikan sementara proses permohonan dan pendaftaran rumah secara dalam talian dan hanya akan dibuka semula apabila perumahan yang dirancang itu siap dibina.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sehingga kini, sebanyak  7,185 unit rumah siap dibina dan mula diagihkan secara peringkat-peringkat sejak tiga tahun lalu,  manakala 880 unit membabitkan tiga projek masih dalam pembinaan.“Memandangkan kerajaan melalui Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah menerima lebih 100,000 permohonan, jadi buat masa ini kita tutup dahulu pendaftaran bagi menyelesaikan keperluan tersebut.“Rakyat tidak perlu bimbang kerana masih ada peluang untuk memiliki rumah kerana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah menyatakan persetujuan untuk membina 2,151 unit rumah di seluruh Terengganu  menerusi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) dalam tempoh tiga tahun dari sekarang,” katanya.Mohd Jidin berkata, projek  itu melibatkan sejumlah 1,403 unit RIR di Kertih, Kemaman, diikuti  Kuala Ping, Hulu Terengganu (248),  Tok Jembal, Kuala Nerus (271) dan Santong, Dungun sebanyak  229 unit RIR.Menurut beliau lagi, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan tanah disediakan oleh kerajaan, manakala SPNB membangunkan RIR berkenaan.“Langkah itu sebagai usaha untuk mencapai hasrat Kerajaan Terengganu membina kira-kira 10,000 unit perumahan rakyat untuk golongan sasar terutama yang berpendapatan rendah dalam tempoh lima tahun,”katanya
08 Aug 17
68
Empty Image
ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur
Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailProjek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangkakan memberi mempunyai kesan pengganda kepada ekonomi negeri Pantai Timur khususnya dan negara secara keseluruhannya.ECRL sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion merupakan satu projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) yang akan menghubungkan Lembah Kelang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.Sebagai projek infra rakyat,  ECRL akan memendekkan masa perjalanan di samping melengkapkan penggabungan pelbagai mod pengangkutan dengan mewujudkan perhubungan dua hala Pantai Timur yang lebih lancar dan efisien.ECRL bakal merangsang pelaburan dan aktiviti komersial, mencipta peluang pekerjaan, menyediakan pendidikan berkualiti serta meningkatkan sektor pelancongan di negeri terlibat.Dijangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tiga negeri Pantai Timur akan meningkat sebanyak 1.5 peratus dengan wujudnya ECRL.Tinjauan Teganukita di sekitar Majlis Pecah Tanah ECRL di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang mendapati projek gergasi ini mendapat sambutan baik dan mengujakan penduduk termasuk golongan pelajar serta belia.Wan Muhammad Saifullah Wan Abdul Aziz,21, dari Jerantut yang merupakan penuntut Pahang Skill College berkata, ECRL akan memudahkan perjalanan terutama kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi untuk pulang ke destinasi masing-masing."Saya sebagai anak muda dan masih lagi belajar merasakan ini satu kemudahan besar kepada golongan pelajar dari segi masa dan jarak perjalanan..tak perlu lagi nak fikir pasal perjalanan jarak jauh dan masa yang perlu dihabiskan,"katanya.Bagi Muhammad Azizi Shariff,18, yang merupakan anak jati Kuantan berkata, setelah ECRL siap nanti, kadar kemalangan akan menurun dan tidak perlu lagi menempuhi kesesakan jalan terutama pada musim perayaan.Menurutnya lagi, ECRL juga meningkatkan pembangunan yang sedia ada dan menggalakkan pertumbuhan bandar baru malah mengurangkan penghijrahan anak muda ke luar. Sementara itu Safariah Awang ,49, Paya Besar berkata, ECRL akan membuka peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk sekitar terutama anak muda dan secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi setempat."Orang kampung terutamanya menyambut baik pembangunan projek ini kerana ianya membuka peluang perniagaan dari segi pembangunan berorientasikan transit masuk pusat perniagaan dan membeli belah."Dari segi peluang pekerjaan juga akan meningkat apabila banyak pusat perindustrian dan lojistik akan tumbuh malah membantu kontraktor tempatan dengan menjadikan mereka sebagai pembekal utama seperti pasir,"katanya lagi.
08 Aug 17
297
Empty Image
Bertuah Terpilih Tunai Haji
Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra“Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah S.W.T dan disenaraikan oleh Kerajaan Terengganu untuk menunaikan haji pada tahun ini.“Tiada apa yang boleh diungkap melainkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa dan terima kasih buat  kerajaan dan Menteri Besar kerana hadiah ini dapat menunaikan hajat saya sejak 30 tahun lalu,” kata Pesara Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd  Ariffin Muda, 60.Arifin antara individu yang terpilih menunaikan haji selepas memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  Peringkat Negeri Terengganu 2015.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama isterinya, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Ariffin turut memberitahu,  jika bukan kerana hadiah dari APC yang diterima pada 2015, mungkin dia sukar untuk ke Tanah Suci Mekah kerana gilirannya mengambil masa berpuluh tahun lagi.“Lebih terharu pemergian ke Mekah pada 10 Ogos ini,  ditemani isteri, Zuraidah Ismail, 59, “ katanya yang tinggal di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.Pesara guru Tadika Kemas, Zaini Yahya, 59, penantian lebih 10 tahun untuk menunaikan haji bersama suami, Mohd Shafie Jusoh, 60, akhirnya dimakbulkan Allah S.W.T.“Dalam tempoh itu, banyak kali saya membuat rayuan, mungkin berkat kesabaran, doa dan solat hajat, apa yang diimpikan selama ini diizinkan Maha Esa,” katanya yang tinggal di Gong Badak, Kuala Nerus.Sementara itu Ahmad Razif berkata, jemaah haji Malaysia khususnya Terengganu ke Tanah Suci Mekah diminta supaya tidak melupakan kesejahteraan negara dan tanahair dalam doa mereka.“Lakukanlah ibadah haji dengan sebaiknya, dan jangan lupa untuk berdoa semoga Allah akan sentiasa memberikan rahmat-Nya kepada kita, untuk menjadi negara yang berjaya dan sejahtera,” katanya.    
06 Aug 17
124