Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Jadi Lokasi Kejohanan Sukan Kuda Lasak, Satu Pengiktirafan Besar
Pemilihan Terengganu sebagai lokasi acara Kejohanan Sukan Kuda Lasak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 boleh dianggap sebagai pengiktirafan besar terhadap negeri ini.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemilihan itu bakal melakar lagi cerita kejayaan buat Terengganu di samping kejayaan anak jati Terengganu dalam bidang sukan, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Katanya, apatah lagi Sultan Terengganu sendiri merupakan atlet `endurance’ berkelas dunia dan aktif mempromosikan sukan tersebut di negeri ini.“Begitu juga dengan jaguh dunia lain, siapa yang tidak kenal juara dunia kita, Mohd Azizulhasni bin Awang atau dikenali ramai sebagai 'The Pocket Rocketman' Azizulhasni, Fatihah Mustaffa, Mohd Adiq Husainie Othman, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh, semuanya jaguh kelahiran Terengganu dalam sukan Lumba Basikal. "Dalam temasya Sukan SEA kali ini, saya juga dimaklumkan bahawa seramai 73 atlet anak jati Terenggani telah terpilih mewakili negara,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu.Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz dan Tengku Fatimatuz Zahara.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Khairy Jamaluddin dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, Rozi berkata beliau berharap dua sasaran emas daripada bagi acara Endurance dapat dicapai oleh atlet negara berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan mereka."Saya menaruh harapan kepada atlet-atlet endurance Terengganu yang terbaik setakat ini, Insya-Allah," katanya.Seramai lima daripada enam atlet acara Endurance merupakan anak jati Terengganu iaitu Muhammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari
13 Aug 17
256
1,100 Jemaah Program Haji YAB PM Selamat Tiba Di Mekah
Seramai 1,100 jemaah Program Khas Haji Perdana Menteri selamat tiba di Mekah bagi mengerjakan ibadat haji menerusi empat penerbangan.Ramai jemaah haji yang menyertai program ini melahirkan rasa syukur dan bertuahkerana terpilih menjadi tetamu Allah S.W.T serta dapat menjejaki kaki ke Tanah Suci Mekah .EzaruddinMenurut ketua urusetianya, Ezaruddin Abd Rahman, program khas haji yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menghantar seramai 1,100 melibatkan imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh Malaysia.Katanya, program itu berjaya membuktikan komitmen Perdana Menteri dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia."Di samping itu ia juga keprihatinan PM membantu rakyat Malaysia bagi merealisasikan hasrat yang murni dan impian dalam hidup mereka untuk menunaikan haji.Semua jemaah berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan dengan hadiah istimewa itu,"katanya.Ezaruddin berkata , rata-rata jemaah haji turut berharap program ini akan dapat diteruskan pada musim-musim haji akan datang.Selain itu, kemudahan penginapan di Maktab juga amat selesa dan kecekapan kakitangan Tabung Haji menguruskan jemaah haji juga amat dipuji dan perkhidmatan mereka antara yang terbaik di dunia.RUSLAN ABDUL RAHMAN MELAPORKAN DARI MEKAH
13 Aug 17
127
SME Corp, Patut Cantum 4,809 Penutup Botol Jadi Logo Negaraku
Muhammad (depan paling kiri) bersama Dr Hafsah (empat dari kanan) bergambar di depan logo Negaraku. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailPersatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) berjaya menghasilkan logo Negaraku daripada cantuman 4,809 biji penutup botol terpakai sebagai usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-60, tidak lama lagi.Inisiatif julung kali SME Corp Malaysia dengan kerjasama Patut digembleng sejak dua minggu lalu , juga bertujuan menyemai semangat patriotik di kalangan belia.Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Dato' Dr. Hafsah Hashim berkata, semangat patriotik harus dipupuk secara berpanjangan terutama golongan belia agar Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cintakan negara.“Semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan secara berterusan di kalangan masyarakat kita,”katanya.Beliau berkata demikian sempena pelancaran Gimik Negaraku Sempena Bulan Kemerdekaan di SME Corp, Wisma UMNO Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim.Sementara itu, Presiden Patut, Amir Hakimin Che Razali berkata seramai 145 ahli Patut bertungkus lumus mengumpul penutup botol terpakai sekitar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sejak dua minggu lalu.Katanya, logo bendera Malaysia yang diperbuat dengan penutup botol terpakai itu akan tetap utuh di bangunan SME Corp dalam jangka masa yang lama, bukan semata-mata untuk bulan kemerdekaan sahaja.“Patut juga akan mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada semua usahawan-usahawan muda di Terengganu untuk dikibarkan di premis-premis perniagaan masing-masing bagi menyambut bulan kemerdekaan ini.“Saya berharap para usahawan khususnya golongan generasi Y untuk terus memiliki semangat patriotik yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri, perniagaan dan Negara agar dapat mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain,”katanya.
13 Aug 17
338
75 Atlet Terengganu Sahut Cabaran Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur
Sultan Terengganu berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto Harish Fadzillah KassimSeramai 75 atlet anak Terengganu daripada keseluruhan 845 atlet negara bakal membawa cabaran negara pada temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 pada 19 hingga 31 Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, jumlah itu merupakan antara penyertaan tertinggi atlet dari Terengganu berbanding dalam sukan sama dua tahun lalu di Singapura dengan penglibatan lebih 50 atlet dalam pelbagai acara sukan.Katanya,peningkatan atlet yang menyertai temasya terbesar anjuran negara itu secara tidak langsung memberi impak positif dalam perkembangan sukan di Terengganu sekali gus membuktikan bahawa atlet negeri ini mampu bersaing di persada antarabangsa.“Jadi saya harap mereka dapat bertanding dengan bersungguh-sungguh dan mampu mengharumkan nama negara menerusi sasaran 111 pingat emas dalam 398 acara yang dipertandingkan nanti.“Malah kita juga berbangga apabila Terengganu turut terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada sukan kuda lasak yang akan memulakan saingan pada 20 Ogos nanti di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz dan Tengku Fatimatuz Zahara.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
12 Aug 17
134
Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Juarai Perang Siber
Pemuda dan Puteri UMNO perlu lebih menguasai perang siber berbanding pembangkang bagi menangkis dan menyerang balas fitnah yang dilakukan.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sangat penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang kerana media sosial menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat serta untuk melancarkan serang balas setiap fitnah dilontarkan pembangkang."Dalam dua pilihan raya lepas saya nampak pembangkang lebih ke depan dari segi kuasai perang siber berbanding kita...sebab Pemuda dan Puteri harus memjuarai perang siber."Kini orang muda lebih bergantung untuk mendapatkan maklumat daripada media sosial dan jentera Pemuda dan Puteri UMNO harus kuasainya dan mendahului pembangkang."Fitnah pembangkang di media sosial kalau tidak digempur maka akan menjadi persepsi baru kepada orang muda,"kata Ismail Sabri.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Menurut Ismail Sabri lagi, sebagai pemimpin,kita mesti mempertahankan serangan dan pada masa sama perlu jadi macam mereka dengan mendedahkan segala kepincangan mereka kerana pembangkang juga tetap ada kelemahan."Dedahkan keburukan dan kepincangan pihak pembangkang, pertahankan dan lakukan serang balas supaya rakyat tidak terus terpengaruh dengan fitnah dilemparkan pembangkang,"katanya.
12 Aug 17
363
Hulu Terengganu Bakal Jadi Wilayah Ketengah
Hulu Terengganu bakal menjadi daerah pertama di Terengganu sebagai wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bawah operasi penuh agensi itu.Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, perluasan kawasan operasi Ketengah di seluruh Daerah Hulu Terengganu akan dibentangkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri(Upen) bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) dalam masa terdekat."Selepas diluluskan MMKN, kita akan bawa ke kabinet pula untuk urusan seterusnya, bagaimanapun ia bergantung kepada kos dan implikasi tetapi saya percaya tidak timbul masalah besar di peringkat negeri sebab Pengerusi Ketengah adalah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman."Perluasan ini akan melibatkan sembilan mukim iaitu Tanggul, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Kuala Berang, Kuala Telemong, Penghulu Diman, Tersat dan Hulu Terengganu."Ianya akan meliputi kawasan seluas 387,462 hektar dengan merangkumi 122 kampung dengan jumlah penduduk yang terlibat seramai 77,582 orang,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Dalam ucapan perasmiannya, sebanyak RM40 juta diluluskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)bagi Projek Infrastruktur Perumahan Bandar Baru Gawi.Ianya melibatkan keluasan 38 hektar tanah di Kampung Basung, Hulu Telemong yang merupakan lokasi utama di laluan masuk ke Tasik Kenyir."Konsep kali ini adalah pembangunan bercampur yang melibatkan rumah teres(179 buah, rumah berkembar(92 buah), rumah sesebuah(119 unit), rumah kedai(15 lot) dan sebuah stesen minyak," katanya lagi.Ismail Sabri juga meluluskan kemudahan perkhidmatan bas luar bandar dua hala secara henti-henti dari Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada penduduk di Hulu Terengganu.Katanya, kerjasama antara Ketengah dengan Mara serta Mara Liner itu kini dalam proses permohonan permit daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD).
12 Aug 17
448
Terengganu Jadikan Ogos Bulan Memperingati Masjid Al-Aqsa
Bulan Ogos bakal dijadikan sebagai bulan memperingati Masjid Al-Aqsa peringkat negeri Terengganu mulai tahun depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemilihan Ogos merupakan simbolik kepada kebakaran yang menimpa masjid di Palestin itu pada bulan sama tahun 1969, hampir 50 tahun lalu.Katanya, langkah memperingati kejadian menyayat hati itu diyakini dapat membangkitkan semangat rakyat negeri ini untuk bersama-sama berjihad membantu nasib saudara Islam di sana."Saya ingin mencadangkan kepada pihak sewajarnya terutama Taman Tamadun Islam (TTI) agar monumen Masjid Al-Aqsa yang terdapat di situ dapat dijadikan asas semangat orang Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Malam Puisi Palestin di TTI, Kuala Terengganu malam tadi.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwardan Imam jemputan Palestin, Imam Ziad M. M. Shehada.Terdahulu, beliau turut mendeklamasikan puisi bertajuk Jeritan Palestin di samping melancarkan Tabung Bantuan Palestin dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada MyCare.
11 Aug 17
59
Pemimpin, Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa- Jailani
UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari.Menurutnya, parti itu tidak boleh mendabik dada dan terus dibuai dengan mimpi yang panjang kerana berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri( DUN)."Kita semua harus bersama, terus kerja keras dalam menjuarai hati rakyat. Jangan hirau apa pembangkang buat tapi yang penting apa kita buat untuk rakyat. Tonjolkan kisah-kisah kejayaan UMNO dan Barisan Nasional."Jangan sibuk fikir hal pembangkang tetapi lupa apa patut kita lakukan untuk rakyat. Ingat pesanan Yang Amat Berhormat Presiden Parti bahawa ini bukan masa menjala undi tetapi memancing setiap pengundi,"kata Jailani.Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.Jailani berkata, kesetiaan, keikhlasan dan kerjasama merupakan elemen utama yang menjadi resipi jika mahu terus menjuarai hati rakyat."Kesetiaan rakyat berdasarkan kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin parti. Kita mahukan rakyat setia pada kita, tetapi adakah kita setia pada parti dan adakah kita setia berkorban untuk rakyat."Sebagai pejuang dan srikandi bangsa, kita mesti mempunyai semangat yang kental berani, tabah dan kuat dalam menghadapi ranjau politik yang semakin hari semakin menguji ketabahan kita,"katanya lagi.Menurut Jailani, kebanyakan ahli UMNO kini ada yang telah terpesong daripada matlamat asal perjuangan parti."Mereka sibuk mencari jalan untuk menjadi calon sama ada dalam parti dan pilihan raya." ‘Cah Keting’ dan cantas mencantas masih menjadi virus dalam parti kita. Mungkin mereka lupa perjuangan parti bukan untuk kepentingan sendiri dan jawatan, sebaliknya perjuangan parti sebenarnya untuk rakyat,"ujar Jailani.Beliau turut berkata, pemimpin dah ahli UMNO dinasihatkan jangan sibuk bersaing untuk mendapatkan jawatan dalam UMNO sehingga lupa cabaran yang lebih besar supaya dapat menjuarai hati rakyat."Jangan jadi jaguh kampung, menang di (dalam) parti kalah di hati." Kita sepatutnya bersama-sama menyokong siapa sahaja wakil yang akan dipilih oleh parti dan sama-sama mengatur strategi untuk kekal Parlimen (Hulu Terengganu) dan tiga DUN serta rampas kembali DUN Manir,"ujarnya.
11 Aug 17
219
Sultan Terengganu Saran Bakal Jemaah Jaga Kesihatan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar bakal jemaah haji menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh Tabung Haji dan pegawai kesihatan di Tanah Suci.Baginda bertitah, walaupun dalam kesibukan melakukan ibadah aspek kesihatan perlu dititikberatkan."Beta difahamkan bahawa cuaca pada musim haji ini agak panas."Bakal jemaah juga perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit penyakit yang boleh mengganggu ibadah. Jika ada masalah kesihatan segeralah ke klinik klinik Tabung Haji di Mekah atau Madinah untuk mendapatkan rawatan," titah baginda.Titah ucapan baginda yang dibacakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan. Tengku Muhammad Ismail berkenan berangkat ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji Tahun 1438H/2017M di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, hari ini.Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah serta adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz' Zahra.Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Dalam titah baginda juga menyeru, bakal jemaah haji dapat melaksanakan kesemua rukun dan wajib haji dengan sempurna seperti yang dipelajari semasa kursus-kursus haji yang dianjurkan sebelum ini."Hanya dengan perlaksanaan ibadat haji yang sempurna di samping akhlak yang baik tuan-tuan dan puan-puan akan memperolehi haji yang mabrur."Beta juga ingin menasihati para jemaah untuk menggunakan kesempatan menjadi tetamu Allah S.W.T. dengan sebaiknya. Elakkan pembaziran masa serta perkara-perkara yang tidak berfaedah yang boleh mengganggu tumpuan dan ibadat," titah baginda.Seramai 2,548 bakal jemaah haji dari Terengganu, termasuk mereka yang terpilih melalui Program Khas Haji Perdana Menteri akan berlepas ke tanah suci Mekah secara berperingkat- peringkat mulai 9 ogos lalu.Sebanyak enam penerbangan terus disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus ke Jeddah bermula 9 hingga 12 Ogos.
10 Aug 17
446
Tengku Muhammad Ismail Ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah
Tengku Muhammad Ismail berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada salah seorang jemaah yang bakal mengerjakan haji. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji Tahun 1436H/2017M di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, hari ini.Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah serta adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz' Zahra.Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Pada majlis tersebut, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji.Seramai 287 jemaah terlibat dalam penerbangan kedua yang berlepas ke Makkah pada 3.30 pagi tadi.
10 Aug 17
820