lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
7,185 Unit Rumah Untuk Rakyat
Sebanyak 7,185 unit rumah membabitkan 24 projek Rumah Mampu Mililk (RMM) serta Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Terengganu siap dibina dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut Dewan Undangan Negeri bermula tiga tahun lalu.Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu/Kuala Nerus mencatatkan 1,723 unit, Kemaman 1,158 unit, Dungun 1,133 unit, Besut  1,115 unit, Hulu Terengganu 600 unit, Setiu 133 unit dan Marang  291 unit.Manakala sebanyak 880 unit masih dalam pembinanaan iaitu 160 Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Redang dengan peratusan siap 86 peratus dan 500 unit RMM di Teluk Kalong Kemaman ( 99.5 peratus siap) dan 220 unit RMM di Bandar Seri Bandi, Kemaman dengan peratusan 7.43 siap. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, harga rumah yang ditawarkan adalah RM68,000 seunit berserta bayaran deposit lima peratus daripada jumlah itu yang juga bersamaan dengan RM3,400.“Tempoh bayaran telah dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi meringankan beban rakyat, tanpa melibatkan sebarang kos perkhidmatan ataupun faedah.“Ini menjadikan jumlah yang perlu dibayar hanya sebanyak RM189 sebulan secara kadar rata, termasuk insurans selama 30 tahun,” katanya.Mohd Jidin memberitahu, kerajaan negeri melalui Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ada  menerima lebih 100,000 pemohonan bagi mendapatkan RMM/PPR di negeri ini berbanding hanya 8,065 unit yang ditawarkan di semua daerah setakat ini.
15 Aug 17
943
Empty Image
1,000 Helai Baju -T Sukan SEA Diberi Percuma
Tun Ahmad Faisal (kiri) menunjukkan baju yang diagihkan JPNT secara percuma kepada orang ramai sejak semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengedarkan 1,000 helai baju-T secara percuma kepada orang ramai sempena menyemarakkan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pengagihan baju tersebut bukan sahaja mampu mempromosikan Sukan SEA, malah mempromosikan Terengganu yang juga satu daripada lokasi penganjuran sukan itu bagi acara ekuestrian serta destinasi pelancongan untuk komuniti di Asia Tenggara.Katanya, sebahagian daripada baju-baju tersebut sudah mula diagihkan bermula semalam di kawasan-kawasan tumpuan orang awam.“Kita ada mengedarkan baju promosi Sukan SEA pada pengunjung-pengunjung di UTC, Pasar Besar Kedai Payang dan di Kampung Cina.“Tujuannya ialah bagi sama-sama mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur selain sektor pelancongan Negeri Terengganu sendiri,” katanya kepada pemberita.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pancuran Air Bermuzik Sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI), Dato’ Low Wan Cheong.Tambah Tun Ahmad Faisal,selain dari pengedaran baju secara percuma itu, JPNT turut mengadakan Karnival My Setiu untuk mempromosikan daerah tersebut.“Bermula 16 Ogos akan dijalankan Karnival Setiu bagi mengetengahkan produk-produk di daerah ini dan satu daripadanya Taman Bencah Setiu yang unik dimana satu-satunya kawasan di Malaysia yang mempunyai lapan komponen ekologi.“Setiu juga mempunyai pantai menarik seperti Pantai Penarik dan Pantai Rhu 10. Jadi kita cuba ambil peluang untuk memasarkan Terengganu dan daerah Setiu kepada atlet, pegawai serta peminat dan pengunjung Sukan SEA,” katanya.
15 Aug 17
282
Empty Image
Sidang DUN: Bantuan Kerajaan Meliputi Tabung Serangan Binatang Buas
Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman.Komitmen kerajaan memberi bantuan dan peruntukan kepada rakyat yang kurang berkemampuan turut merangkumi Tabung Serangan Mangsa Binatang Buas untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal yang berjumlah RM20,000.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, bantuan kewangan lain yang disalurkan melalui Tabung Darul Iman dan juga Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu seperti Bantuan Kanak-Kanak (RM100-RM450), Elaun Pekerja Cacat (RM350), Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Yang Tidak Berupaya Bekerja (RM200), Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar (RM300) dan Bantuan Orang Tua (RM300).“Selain itu, Bantuan Anak Pelihara (RM250 hingga RM500), Bantuan Latihan Aperantis (RM200), Bantuan Geran Pelancaran (RM2,700), Bantuan Alat Tiruan/Sokongan Mengikut Kadar Harga Sebenar dan Tabung Bantuan Segera (RM300).“Ini ialah antara bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat agar mereka berasa selesa dan terbela seligus dapat meringankan beban mereka,”katanya.Roslee (BN- Bukit Besi) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Dato' Sabri Mohd Noor (BN- Langkap) di persidangan kedua penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, semalam.
15 Aug 17
43
Empty Image
Galeri Antartika Akan Dibangunkan Di PSKT
Sultan Terengganu berkenan merasmikan program Malaysian International Seminar on Antarctica (MISA) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kassim  Kerajaan negeri bercadang membuka galeri Antartika di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dalam tempoh terdekat dengan menempatkan pelbagai bahan pameran dan contoh kelengkapan bahan kajian sains Antartika.Usaha itu bukan saja mampu menarik minat orang ramai terutama pelajar mendalami ilmu sains biologi, sains fizikal dan alam sekitar Antartika malah berupaya berkongsi ilmu antara penyelidik dari pelbagai negara.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata inisiatif itu akan diusulkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya mampu direalisasikan tidak lama lagi.Katanya, keyakinan ke arah itu sangat tinggi kerana pihak berkaitan sedang berusaha dengan menaja beberapa  pelajar cemerlang mendalami ilmu astronomi, kejuruteraan, al-Quran di beberapa universiti di United Kingdom.“Pelajar sama juga mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dan menguasai serta kebijaksanaan emosi menerusi Program Saintis Islam Terengganu.“Segala ilmu dan kepakaran mereka kelak akan dikumpul di PSKT sebagai bahan rujukan untuk  generasi akan datang,”katanya. Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas program Malaysian International Seminar on Antarctica (MISA) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis yang dihadiri 100 peserta terdiri daripada saintis tempatan dan luar negara.Turut hadir , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madius Tangau. Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar.Sementara itu, Madius berkata, MOSTI melalui Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan UMT akan terus bekerjasama erat dengan penyelidik dari pelbagai institusi serta negara berkaitan penyelidikan di Antartika dan Artik sekali gus membuktikan kemampuan para saintis Malaysia setanding saintis-saintis global.“Pada kali ini, seramai 100 penyelidik dari dalam dan luar negara terlibat untuk berkongsi pengalaman serta idea pada program MISA anjuran UMT,”katanya.
15 Aug 17
139
Empty Image
Sultan Mizan Kembali Beraksi Sukan SEA 2017
Sultan Mizan berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu lalu. Foto Harish Fadzillah KassimSultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.Menurut Low, MOM telah menerima surat daripada Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) yang memaklumkan perkara berkenaan hari ini.Katanya, pihak persatuan memberitahu seorang daripada atlet dalam skuad kuda lasak mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri."Pihak persatuan memaklumkan bahawa penggantian perlu dibuat dan hanya ada seorang lagi atlet iaitu Sultan Mizan,” kata Low.Sultan Mizan sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada temasya itu kerana kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong pada 20 Ogos ini.Sultan Mizan adalah antara empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI). Baginda pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia di Lembah Bidong pada 2008.Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Petaling Jaya, yakin keputusan baginda itu akan menambah semangat dan kekuatan pasukan kuda lasak atau endurance negara.Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad ekuestrian Malaysia ialah pada edisi 2001 dengan mengutip lima pingat emas dalam acara kuda lasak individu, individu dan berpasukan showjumping serta individu dan berpasukan dressage.Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, skuad negara meraih tiga emas iaitu dua dalam acara individu dan berpasukan kuda lasak 80km, dan satu emas dalam acara dressage individu.-Bernama
14 Aug 17
128
Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Lulus Bajet Tambahan RM100 Juta
Menteri Besar ketika berucap menggulung usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini meluluskan bajet tambahan sebanyak RM100 juta untuk perbelanjaan bekalan tambahan Bajet 2017 bagi memastikan kelancaran pembangunan serta pentadbiran negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata tambahan peruntukan itu diluluskan daripada Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negeri bagi tahun ini.ADUN Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang turut mengambil tempat dan menunjukkan berita muka hadapan akhbar rasmi kerajaan Suara Transformasi berhubung kemudahan perumahan kepada rakyat pada sesi penggulungan usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini."Kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan ini bagi tujuan meneruskan pelbagai projek kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai perancangan pembangunan negeri, " katanya ketika berucap menggulung usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau menjelaskan, kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan tambahan itu merangkumi 10 projek termasuk pembangunan pelancongan Tasik Kenyir; Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir; Laluan Berkembar Fasa II  di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; Rumah Mampu Milik (RMM) Seri Bandi, Kemaman dan juga pembinaan istana baharu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.Selain itu, peruntukan juga diperlukan bagi Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat; projek menaik taraf Kompleks Sukan Daerah-Daerah; pembangunan saliran Negeri Terengganu; sistem saliran Sungai Buaya dan Sungai Seluang, Marang dan pembangunan projek kecil seluruh DUN.Pada November lalu, Menteri Besar membentangkan bajet defisit sebanyak 10 peratus pada pembentangan Bajet 2017 dengan perbelanjaan dianggarkan berjumlah RM1.867 bilion berbanding anggaran hasil yang bakal diperoleh RM1.697 bilion.
14 Aug 17
48
Empty Image
Sidang DUN: Tambahan Peruntukan RM32 Juta, Mampu Bina 800 Rumah PPRT
Sebanyak RM32 juta peruntukan tambahan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat bakal memberi manfaat kepada 800 keluarga miskin untuk membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, jumlah tersebut berdasarkan kepada harga  RM40,000 seunit PPRT yang berkeluasan 680 hingga 700 kaki persegi.Katanya, kadar purata pembinaannya pula dianggarkan  20 hingga 25 unit rumah di setiap DUN termasuk di kawasan pembangkang.“Manakala sebanyak 2,900 rumah dapat dibaiki di seluruh Terengganu dengan nilaian RM10,000 hingga RM11,000 setiap unit. “Selain kerajaan negeri, kita mendapati beberapa agensi lain turut menghulurkan bantuan rumah secara percuma kepada rakyat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan agensi-agensi kerajaan persekutuan lain termasuk  Risda, GiatMara dan beberapa anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan berhubung tambahan peruntukan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Iskandar berkata, sekiranya diselaraskan,  sebahagian daripada masalah perumahan terutamanya kepada golongan yang tidak mampu membina kediaman sendiri akan dapat kita atasi setiap tahun.“Dalam tempoh satu penggal pemerintahan empat hingga lima tahun, kita mampu menyediakan 100 buah rumah dengan purata dua hingga tiga buah rumah di setiap kampung,” katanya.
14 Aug 17
49
Empty Image
Sidang DUN: Kerajaan Negeri Lulus Permohonan UniSZA Guna Blok Bangunan Di Taman Ilmu
Kerajaan negeri meluluskan permohonan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menggunakan dua blok bangunan asrama di Taman Ilmu di Tembila, Besut dengan kemasukan kumpulan pelajar pertama adalah pada 5 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri Ir Rosli Othman berkata, berdasarkan persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak, UniSZA diberi pengecualian bayaran sewa bangunan selama 10 tahun dengan syarat pusat pengajian itu menanggung kos membaik pulih dan pembaikian dua buah asrama tersebut.“Pihak UniSZA perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak Unit perancangan Ekonomi negeri (Upen) bagi kerja-kerja pembaikian yang akan dilaksanakan dan kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk kos-kos pembaikian tersebut.“Adalah menjadi tanggungjawab UniSZA untuk membaik pulih atau membaiki mengikut kesesuaian dan spesifikasi yang diperlukan. UniSZA juga tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang jenis barangan perabot selepas tamat tempoh yang dipersetujui,” ujarnya.Ir Rosli (BN-Kemasik) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat(Pas-Paka) di mesyuarat kedua penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Satiful Bahri mengemukan soalan berhubung status terkini Taman Ilmu di Besut dan usaha pemulihan pembangunan yang sedia ada serta peruntukan yang dijangka terpaksa dikeluarkan.Taman Ilmu yang dibangunkan menerusi Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai 2004.Bagaimanapun, projek tersebut terbengkalai setelah beberapa tahun dibina dan pada 2012 projek pembinaannya disambung semula dengan menyediakan kelengkapan asrama, kompleks pusat pelajar, dewan konvokesyen dan kompleks sukan serta mini stadium.Katanya, dalam masa yang sama, kerajaan negeri menerima banyak cadangan daripada pelbagai pihak yang mana antaranya ingin membangunkan semula Taman Ilmu ini.“Jadi pihak Upen masih lagi mengkaji untuk memastikan cadangan yang dikemukakan adalah yang boleh dilaksanakan dan memberi faedah kepada masyarakat setempat,” ujarnya.Ir Rosli berkata, kos yang telah dibelanjakan untuk membangunkan Taman Ilmu setakat hari ini adalah sebanyak RM340 juta.“Kerajaan negeri setakat hari ini tidak bercadang untuk mengeluarkan kos tambahan untuk membangunkan Taman Ilmu tersebut kecuali ada cadangan-cadangan daripada pihak berminat untuk membangunkan pusat pendidikan tersebut,” ujarnya.Tambah Ir Rosli, pihak UniSZA akan menanggung kos baik pulih dua blok tersebut sehingga ke tahap bersesuaian yang memenuhi spesifikasi untuk diduduki oleh pelajar-pelajar mereka.“Anggaran kos untuk baik pulih adalah RM10 juta di mana sebahagian besarnya untuk membawa bekalan elektrik dan air ke kawasan tersebut.“Segala kos yang akan ditanggung oleh pihak UniSZa ini akan diganti balik oleh sewa tapak selama 10 tahun dan untuk keselamatan tempat itu pula, akan diwujudkan pagar untuk memastikan ada kawalan keselamatan,” ujarnya.
13 Aug 17
121
Empty Image
Sidang DUN : Pendapatan Negeri Daripada Bayaran Royalti TNB Akan Terus Meningkat
Ir RosliKerajaan negeri menjangkakan pendapatan daripada bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Hulu Terengganu, akan terus meningkat pada masa depan.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, sepanjang 1987 sehingga kini,  pendapatan yang direkodkan terus bertambah berdasarkan kemajuan pembangunan infra stesen janaelektrik yang baharu Stesen Janaelektrik Hulu Terengganu (Tasik Tembat dan Tasik Puah).Katanya, perjanjian bayaran royalti berkenaan akan tamat pada 23 Ogos ini dan proses perbincangan untuk meneruskan kontrak berkenaan termasuk tambahan kepada SJSM berkenaan.“Jumlah tahunan bayaran royalti (SJSM) RM11,637,000 setahun. Mengikut pecahannya sebanyak RM8 juta adalah untuk royalti air dan lesen takungan air pula RM3,673,000 setahun.“Perjanjian sedia ada akan tamat pada 23 Ogos 2017. Sejak tahun lepas, kerajaan negeri dalam perbincangan dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad) belum memuktamadkan lagi tentang penyambungan kontrak  royalti air dan bayaran lesen takungan. Bagaimanapun, proses itu sedang berjalan,”katanya di mesyuarat kedua penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Rosli (BN-Kemasek) berkata demikian sebagai mengulas soalan Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) mengenai status penyambungan kontrak bayaran royalti dan usaha menaikkan bayaran royalti sebagai hasil tambahan kepada pendapatan negeri.Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa proses menandatangani perjanjian baharu yang turut merangkumi tambahan stesen janaelektrik juga tidak akan merugikan mana-mana pihak yang terbabit.Mengulas saranan Abdul Wahid mengenai keterlibatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Azman Mohd sebagai anak jati Terengganu terhadap pembangunan negeri, beliau memberi jaminan Azman akan memberi komitmen demi kebaikan, manfaat serta kesejahteraan negeri yang melibatkan pelaburan dari syarikat bekalan elektrik terbesar negara itu. Untuk rekod, bayaran royalti ini dibuat berdasarkan perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan TNB yang sebelum ini dikenali Lembaga Letrik Negara (LLN) pada 24 Ogos 1987.Perjanjian tambahan pertama telah ditandatangani pada 19 Julai 2000 manakala perjanjian tambahan kedua pula pada 18 November 2008.Sepanjang ia dimeterai, pihak TNB sudah membayar keseluruhan RM195 juta kepada kerajaan negeri.
13 Aug 17
33
Empty Image
Sidang DUN: KTS Dijangka Beroperasi Januari 2018
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) milik syarikat berkepentingan kerajaan negeri, TDM Berhad di Batu Burok, Kuala Terengganu dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2018.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata,pembukaan hospital pakar yang mula dibina pada 2012 itu bergantung kepada keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).“Permohonan daripada KTS kepada CKAPS telah dibuat pada 21 Jun lalu,” ujarnya.Roslee (BN-Bukit Besi) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) di mesyuarat kedua penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Syed Azman mengemukakan soalan mengenai bilakah dijangka Pusat Perubatan Baru KTS-Kuala Terengganu Specialist Hospital di Batu Burok akan dibuka dengan rasminya.Ketika mengulas mengenai masalah mendapan dan wujudnya tumbuhan kulat (fungus) yang semakin merebak di dalam hospital berkenaan bagi menjawab soalan tambahan oleh Syed Azman, Roslee berkata beliau tidak menafikan perkara tersebut dan menyebabkan berlaku kelewatan pembukaan hospital berkenaan yang sepatutnya memulakan operasi pada 2014.“Oleh kerana dengan beberapa masalah yang dihadapi itu, kita telah membuat beberapa penangguhan, tetapi permasalah-permasalahan ini telah dikenalpasti dan kerajaan negeri akan cuba menyelesaikannya dengan sedaya upaya pada kadar segera,” ujarnya.Katanya, diharap dengan langkah penyelesaian yang dibuat KTS akan dapat beroperasi awal tahun hadapan serta memberi perkhidmatan yang terbaik di sektor kesihatan dan perubatan negeri .
13 Aug 17
34