lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sukan SEA : Sultan Mizan Banggakan Negara, Pecah Rekod Temasya
Sultan Terengganu sebaik tiba ke garisan penamat. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKebanggaan negara dan rakyat! Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.Baginda yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat , meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan enam jam 26 minit. Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam.Lebih istimewa penyertaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah Sukan SEA.Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama selepas selesai acara itu, baginda melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan Malaysia dan menyifatkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak.Sultan Mizan sempat berkongsi keserasian bersama kuda dari Australia itu dan dengan riak wajah ceria baginda menyatakan bahawa keserasian mereka telah wujud sejak lapan tahun lalu hingga mampu melakar beberapa kemenangan dalam pelbagai kejohanan peringkat dunia sebelum ini.Bagi menghadapi kejohanan tersebut baginda telah berlatih setiap hari tanpa mengambil mudah setiap cabaran yang bakal dihadapi walaupun TIEP umpama 'padang permainan' baginda."Untuk memasuki sukan ini ada beberapa mata yang perlu diambil kira sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia, keinginan untuk mewakili negara ini berlaku secara kebetulan ekoran saya juga telah menceburi sukan ini.Sultan Mizan ketika ditemubual wartawan dari Bernama. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Tuanku turut berkongsi 'resipi' sepanjang perlumbaan itu, dengan mengisi masa berbual bersama atlet Malaysia yang lain kerana masing-masing sentiasa seiring sejak awal pelepasan."Saya rasa bersyukur kehadrat Allah kerana semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu, serta mendapat sambutan daripada orang ramai, " titah baginda.Selain itu baginda mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia, pengurus pasukan Che Mat Din Ismail, kesemua penunggang, groom kru, pembantu veterinar, pemasang ladam kuda dan semua yang terlibat bertungkus-lumus untuk memberi kejayaan kepada pasukan baginda.Sultan Mizan bertitah pada Mei tahun depan, Terengganu bakal mengadakan Kejohanan Piala Kuda Lasak Asia dan baginda melahirkan harapan untuk menjadikan Terengganu sebagai lokasi perlumbaan Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia pada masa akan datang.Baginda turut berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana menyokong usaha mewujudkan sukan kuda lasak di negeri ini. -- BERNAMA
19 Aug 17
272
Empty Image
Sukan SEA : Sultan Mizan Beraksi Acara Kuda Lasak
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5 petang ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail  menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Sukan Kuda Lasak Sukan Sea ke 29  Kuala Lumpur, di Lembah Bidong kira- kira 3.00 pagi tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5.00 petang ini.Lebih istimewa dalam acara sama, kesemua penunggang yang mewakili pasukan negara adalah dari Pantai Timur.Mereka adalah Muhammad Fuad Hashim, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Azizatul Asma Abdullah dari Terengganu manakala Mohd Yusran Yusuf dari Kelantan.Sultan Mizan menunggang kuda bernama Rtes Annaversary, Muhammad Fuad pula menunggang Mora Makaka, Mohd Adhwa (Mora Franka), Mohd Bulkhari (JQ Tuan Junior), Mohd Yusran (Castlebar Twilight) dan Azizatul Asma (Mora Tishaka).Penyertaan baginda Sultan Mizan turut melakar sejarah di Terengganu tetapi juga negara berikutan pertama kali menyertai acara kuda lasak dalam Sukan SEA.Lembah Bidong menjadi Venue sukan lasak bertaraf dunia selama dua hari itu dengan penglibatan 25 peserta membabitkan lima negara iaitu Malaysia,  Thailand, Singapura Kemboja dan Brunei.Masing- masing enam peserta dari Malaysia, Thailand, Singapura dan Kemboja manakala Brunei hanya menghantar seorang peserta.
19 Aug 17
703
Empty Image
Terengganu Sasar 1,900 Pelajar Peroleh 6A Dalam UPSR
Terengganu menyasarkan 1,900 pelajar atau 10 peratus daripada 19,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri  Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia yakin sasaran itu dapat dicapaiwalaupun dalam UPSR percubaan lalu, hanya kira- kira 750 pelajar daripada keseluruhan calon UPSR memperoleh 6A.Katanya, kebiasaannya tahun sebelum ini, sasaran untuk mencapai  6A adalah 20 peratus,disebabkan peningkatan lima  kepada enam mata pelajaran UPSR, sasaran  peratusan dikurangkan kepada 10 peratus."Menggunakan format baharu yang dikatakan lebih sukar bukan sahaja bagi murid tetapi juga guru-guru dalam aspek pengajaran, saya yakin pelajar masih mampu  cemerlang."Pelbagai program motivasi dan kelas dianjurkan kerajaan negeri melalui sekolah- sekolah, semata- mata mahu melihat peljar berjaya," katanya.Beliau berkata demikian pada Program Motivasi Perdana UPSR 2017 Kuala Nerus, di Kem Pengakap  Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.Seramai 700 calon UPSR dari sekolah sekitar Kuala Nerus hadir pada program itu.Ahmad Razif turut memberitahu, sebanyak RM37,000 akan diagihkan kepada 37 sekolah di daerah itu untuk menyediakan menu sarapan pagi kepada calon sepanjang peperiksaan UPSR.Menurutnya, peruntukan menerusi Parlimen Kuala Nerus berjumlah RM1,000 setiap sekolah akan diagihkan mulai minggu depan.
19 Aug 17
132
Empty Image
Malaysia Festival 2017 Sydney Promosi Terengganu Di Benua Australia
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mukhtar memotong riben ketika merasmikan Malaysia Festival 2017 Sydney yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.Malaysia Festival 2017 Sydney berjaya mempromosikan Terengganu bukan sahaja kepada penduduk tempatan di Sydney malah di seluruh Australia dan New Zealand.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, festival yang dianjurkan oleh gabungan pelajar-pelajar Malaysia di Sydney berjaya menarik ramai pengunjung ke acara tahunan tersebut dengan persembahanan budaya yang terdapat di Malaysia."Pertunjukan budaya serta muzik-muzik tradisional yang dimainkan di sini membuatkan penduduk tempatan tertarik untuk hadir dan secara langsung memperkenalkan Malaysia khususnya Negeri Terengganu."Pertunjukan tradisional Terengganu seperti Ulik Mayang turut dipersembahkan dan apa yang kita dapat lihat, pengunjung asing amat berminat dengan persembahan tersebut terutamanya muzik yang dimainkan," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Malaysia Festival 2017 Sydney di Sydney, hari ini.Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pelancongan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembok dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Festival 2017 Sydney, Ivan Khor.Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Malaysia Festival 2017 Sydney, Hsiang Lin Tan berkata, acara tahunan yang diadakan pada kali ini bakal berlangsung dua hari, berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya apabila hanya dianjurkan sehari."Tahun ini kita mensasarkan seramai 70,000 pengunjung akan hadir sepanjang dua hari berbanding tahun lalu di mana kita berjaya menarik 30,000 pengunjung dalam masa sehari."Antara tarikan utama yang berjaya menarik pengunjung ialah dengan wujudnya gerai-gerai makanan dan buah-buahan tempatan yang kita sediakan di sini," katanya lagi.Tambah Hsiang lagi, pada tahun ini seramai 16 penganjur terlibat secara langsung dan mengharapkan agar lebih banyak penyertaan di masa hadapan.
19 Aug 17
104
Empty Image
Lebih 100 Bantuan Dari 'Lab Bajet' Idea Rakyat Terengganu
Terengganu menyediakan lebih 100 jenis bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan hasil 'Lab Bajet' yang dilaksanakan di setiap daerah.Pada tahun lalu, 502 input dikumpulkan dalam pembengkelan bajet melalui lontaran idea rakyat dari pelbagai peringkat usia dan profesional itu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, di negeri ini bukan sahaja aman, malah banyak manfaat yang diperolehi daripada lebih 100 bantuan kerajaan untuk pelbagai golongan khususnya yang kurang berkemampuan."Bantuan disediakan dari sejak lahir sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir."Macam tahun ini, bersempena dengan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, kita ada bantuan khas untuk menggalakkan lagi sektor pelancongan. Antaranya ialah yang pertama, bantuan one-off menghias beca dan bot penambang dengan peruntukan sebanyak RM85,000. Kedua, bantuan baju korporat dan kemeja rasmi TMT 2017 sebanyak 1,290 helai kepada frontliners pelancongan dan ketiga bantuan tayar percuma kepada pemandu teksi dengan peruntukan sebanyak RM262,000,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pekan Budaya Peringkat Daerah Kuala Nerus 2017 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Daerah Kuala Nerus di Pentas Terbuka, Pantai Teluk Ketapang, malam tadi.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil dan pegawai kanan kerajaan.Menurut Ahmad Razif lagi, segala nikmat dan bantuan ini hanya dapat dikecapi hasil kemerdekaan negara.Tambahnya, tahun bersilih ganti, pada tahun ini genap 60 tahun negara menyambut kemerdekaan dan mengecap keamanan hasil pengorbanan nenek moyang kita yang terdahulu.Beliau berkata, keamanan yang ada perlu dipelihara sebaik mungkin untuk generasi mendatang dan berusaha mengelak perpecahan serta berhati-hati dengan segelintir pihak yang kurang senang serta mempunyai muslihat."Setiap apa yang terjadi bukan semata-mata untuk berfikir negatif, tetapi ianya sebagai langkah berjaga-jaga."Mari kita lihat dari sudut positif. Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya,"katanya lagi.Beliau seterusnya  menasihatkan semua golongan bersatu padu dalam memelihara negara dan negeri kita yang tercinta sekali gus tidak terpedaya dengan anasir-anasir mahu pun fitnah luar.
18 Aug 17
54
Empty Image
Kerajaan Negeri Putuskan Tempoh Pajakan Tanah Kini 99 Tahun
Kerajaan negeri bersetuju untuk menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan bangunan perniagaan di negeri ini kini adalah selama 99 tahun.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco minggu lalu."Dalam mesyuarat Exco lepas, kita telah bersetuju tanah kediaman, bangunan termasuk perniagaan tempoh pajakannya semua 99 tahun."Justeru tidak ada lagi pajakan selama 30 mahu pun 60 tahun bagi mana-mana tanah baharu yang ditawarkan kepada rakyat,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, petang tadi.Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Dato' Basir Ismail serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus Khairuddin Abd Majid.Katanya, antara tujuan dilaksanakan perkara tersebut adalah untuk membantu rakyat bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman daripada agensi lain."Kebiasaannya, jika tempoh pajakan panjang maka pinjaman yang bakal diterima lebih tinggi," ujarnya.Menurut Ahmad Razif, pemilik tanah sedia ada juga boleh menyambung tempoh pajakan menerusi permohonan di pejabat tanah yang secara tidak langsung dapat menyeragamkan tempoh pajakan bagi mana-mana pemilik tanah di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, beliau telah mengarahkan pengambilan langkah pencegahan susulan kes-kes kematian akibat disengat tebuan, dan terbaharu mengorbankan seorang lagi kanak-kanak, Puteri Nur Aisya Azahar, 8, di Kampung Lay Out, Tok Has, Besut kelmarin.
Kanak-kanak itu merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia  akibat disengat serangga berbisa itu di negeri ini sejak awal bulan ini.
“Saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud untuk mengambil langkah pencegahan termasuk memberi makluman kepada pihak bertanggungjawab untuk mengenal pasti tempat-tempat berisiko.
“Di samping itu, perlu ada penerangan kepada masyarakat supaya mereka lebih peka kerana kanak-kanak mungkin tidak tahu bahaya tebuan dan sarangnya.
“Kalau dapati ada sarang, kita minta tindakan segera diambil termasuk minta bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.
18 Aug 17
49
Empty Image
Senarai Calon BN Terengganu Pada PRU-14 Diserah Kepada PM
Senarai semua calon yang berpotensi dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti, kata Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Bagaimanapun, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN."Kita telah menyenarai pendek dan merujuk calon-calon yang terpilih daripada bahagian masing-masing sebelum nama mereka diberikan kepada pucuk pimpinan parti,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, petang tadi.Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Dato' Basir Ismail serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Khairuddin Abd Majid.Ahmad Razif menjelaskan bahawa terdapat beberapa muka baru dan calon wanita telah disenaraikan.Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai jumlah dan peratusan muka baru dan calon wanita yang dicalonkan itu."Peratusan muka baharu atau sama ada berapa calon daripada kalangan wanita (yang akan disenaraikan sebagai calon) hanya akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti kelak," katanya.
18 Aug 17
55
Empty Image
Pemilik Premis Perniagaan Disaran Kibar Jalur Gemilang
Ahmad Razif (tengah) bersama pemimpin negeri mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Pemilik premis perniagaan digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Terengganu di premis masing-masing sebagai usaha memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh daerah telah diminta mengeluarkan arahan kepada premis perniagaan di kawasan masing-masing supaya mengibarkan sekurang-kurangnya dua bendera tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.“Hari ini bermulanya kempen mengibar Jalur Gemilang, kita telah mengarahkan PBT untuk meminta semua premis di setiap daerah masing-masing mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri Terengganu sebagai tanda sokongan kepada hari kemerdekaan.“Kita juga memberi galakan kepada semua Dewan Undangan Negeri untuk melaksanakan pertandingan yang menunjukkan kreativiti masing-masing sempena bulan kemerdekaan ini dan mengharapkan setiap rumah, premis, pejabat dan semua bangunan dan juga kampung-kampung dimeriahkan dengan kibaran jalur gemilang,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail serta Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Perayaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.Ahmad Razif berkata, dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara tidak langsung akan menimbulkan rasa cintakan negara dalam diri setiap masyarakat dan menyanjungi pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk memperoleh kemerdekaan bagi negara ini yang membolehkan kita hidup aman harmoni.
16 Aug 17
351
Empty Image
Terengganu Bakal Wujud Dua Lokasi Hab Digital
Ahmad Razif ketika berinteraksi dengan peserta Program Wacana Intelektual Transformasi Terengganu Baharu ke arah Transformasi Nasional 2050 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan mewujudkan pembangunan Hab Digital Terengganu yang menawarkan jualan produk, ruangan pembelajaran dan ruang kerja bagi syarikat baharu terlibat dalam ekonomi digital.Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah meluluskan dua lokasi bersesuaian bagi melaksanakan projek dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), bermula Januari depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata bangunan kedai di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu akan dijadikan sebagai pusat jualan produk digital dan ruang kerja.Katanya, manakala bangunan di Kampung Telaga Papan dijangka akan dijadikan sebagai ruangan pembelajaran dan kerja-kerja pembaikian komponen elektronik untuk pelajar yang keciciran ke institut pengajian tinggi.“Bagi tujuan itu, pihaknya diberi tempoh tiga bulan untuk kerja-kerja pengubahsuaian bangunan dengan kelulusan RM17 juta dari Kementerian Kewangan.“Sekiranya kita mewujudkan dua lokasi itu sebagai Hab Digital, Terengganu bakal diiktiraf sebagai negeri pertama yang melaksanakannya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Wacana Intelektual Transformasi Terengganu Baharu ke arah Transformasi Nasional 2050 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus  malam tadi.Ahmad Razif turut memberitahu kerajaan negeri akan mewujudkan kembali Pusat Animasi Terengganu bertempat di  Top-It Industries Sdn Bhd Gong Badak, Kuala Nerus.“Perkara yang sudah mendapat kelulusan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri itu akan diperincikan termasuk peruntukan, kelengkapan, kemudahan pembelajaran dan fokus penglibatan pelajar,”katanya.
16 Aug 17
48
Empty Image
Sambutan Bulan Kebangsaan Dimeriahkan Dengan Acara Baharu
Tengku Putera (kiri) ketika mengadakan sidang media Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan menganjurkan beberapa acara utama bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 yang signifikan dengan tema tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.Pengerusi Jawatankuasa Agungnya, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, sambutan pada tahun ini bakal disambut meriah dengan pelbagai acara baharu sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.Beliau berkata, antara acara baharu yang akan dianjurkan ialah Majlis Tahlil dan Solat Hajat-Doa Untuk Malaysia pada 24 ogos ini.“Program Doa Malaysia adalah platform untuk semua masyarakat berbilang kaum mendoakan kesejahteraan Malaysia khususnya dan negeri amnya,” ujarnya.Katanya, di peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 12 Ogos lalu dengan memberi pilihan kepada semua negeri memilih tarikh masing-masing dan Terengganu akan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat pada tarikh tersebut dimulakan dengan solat magrib berjemaah, bacaan yasin serta doa di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun.“Keharmonian dalam kepelbagaian kaum sangat mustahak untuk kesefahaman dan tanggungjawab untuk membawa kejayaan kepada negara bangsa adalah tanggungjawab semua.  “Walaupun di Terengganu majoriti 97 peratus adalah muslim, kita turut menggalakkan kaum lain mendoakan kesejahteraan negara mengikut kepercayaan masing-masing,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Tengku Putera, antara acara lain yang akan dianjurkan adalah Program Negaraku Sehati Sejiwa, Program Amanat Merdeka, Sambutan Malam Ambang Merdeka serta Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2017.Selain itu, katanya, perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan menampilkan kelainan apabila 32 Dewan Undangan Negeri turut mengambil bahagian.“Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dan 106 pasukan yang akan mengambil bahagian termasuk pasukan sekolah, jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, institut pengajian tinggi dan pelbagai lagi,” ujarnya.Dalam pada itu, Tengku Putera turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran acara sempena sambutan tersebut dan menyeru semua rakyat menunjukkan semangat cintakan negara  dengan mengibarkan jalur gemilang di kediaman dan premis masing-masing.
16 Aug 17
35