Artikel "Utama" Terkini
Pegawai Media Perlu Guna Saluran Efektif Tonjol Imej Pemimpin
Pegawai media di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen memainkan peranan sangat efektif dan berpengaruh bagi memberi imej positif kepada pemimpin setempat menerusi saluran media sosial masa kini.Pegawai Media Strategik Komunikasi kepada Dato’ Din Adam, Nurul Izzatee Md. Yusoff berkata, media massa `online' pada masa kini memberi impak cukup besar kepada masyarakat dan sepatutnya dijadikan sebagai platform utama oleh kumpulan pegawai media dengan bantuan pengendali teknologi maklumat masing-masing bagi menonjolkan pemimpin kawasan masing-masing, apatah lagi menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi."Unit media di setiap kawasan perlu memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab mereka agar dapat menjadi perantara antara pemimpin dan masyarakat secara langsung."Ini kerana, media merupakan satu kelompok yang utama dalam menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan ahli politik, kerajaan dan sebagainya, bergantung kepada kaedah dan cara penyampaian maklumat berkenaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat di Bengkel Penanda Aras kepada Pegawai-Pegawai Media Yang Berhormat, Pegawai Pembangunan Parlimen dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permai Hotel, hari ini.Program sehari anjuran Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) yang turut menampilkan tiga fasilitator lain termasuk Ketua Biro NSTP, Rosli Zakaria; Ketua Biro Bernama, Zalina Maizan Engah dan Presiden Kelab Media Wartawan Terengganu, Ayob Mamat.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.Nurul Izzatee yang menyampaikan pembentangan mengenai Peranan Pegawai Media, Fungsi dan Tanggungjawab dalam bengkel tersebut, berkata program itu berupaya memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh pemimpin, selain menyelesaikan pelbagai isu berkaitan setempat dengan lebih efektif dan menepati sasaran dalam musim pilihan raya tidak lama lagi.Selain itu, beliau yang juga mantan Pegawai Media Kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, program itu juga antara lain dapat mengeratkan hubungan antara media-media di DUN dan juga Parlimen untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta berkongsi maklumat sebagai rakan strategik.
23 Aug 17
252
Terengganu Incorporated Lakukan Penjajaran Semula Bersama Agensi Kerajaan Negeri
Terengganu Incorporated Sdn Bhd berjaya melakukan Penjajaran Semula (RE) bersama agensi-agensi kerajaan negeri yang terpilih dalam menjayakan transformasi ekonomi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, RE tersebut merupakan gerak kerja fasa kedua dan satu kesinambungan daripada 'Reorganization Exercise' iaitu gerak kerja fasa pertama yang telah dilaksanakan serta ditandatangani pada 1 Mac lalu.Katanya, RE peringkat pertama tersebut melibatkan enam agensi negeri iaitu Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Menteri Besar Incorporated, Terengganu Inc, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu (YT), dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)."Dalam konsep ini, kita akan lakukan pertukaran dalam kepakaran masing-masing dan juga melakukan transformasi sekaligus dapat saling bantu membantu kerana ingin memaksimumkan pulangan daripada pelaburan yang dilakukan."Kepada jabatan-jabatan lain, kita akan lihat dari semasa ke semasa kerana RE ini akan dibuat secara keseluruhan kerana buat masa sekarang kita sedang membuat analisa untuk gabungkan syarikat-syarikat ini supaya mereka akan berada dalam kapasiti yang lebih besar," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani 'Heads of Agreement' diantara Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Sementara itu, Razif ketika berucap berkata 'Head of Agreement' dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara agensi dalam memastikan RE itu berjaya seterusnya merealisasikan transformasi ekonomi negeri.Tambahnya, perlaksanaan RE tersebut akan memberi ruang proses kluster mengikut industri itu dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan sinergi antara industri serta memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
23 Aug 17
662
Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong Buka 1,000 Peluang Pekerjaan
Projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman mampu membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak Terengganu.Ahli Lembaga Pengarah Urusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata pihaknya sentiasa meneroka peluang agar dapat dimanfaatkan bersama-sama kerajaan negeri, terutama penduduk negeri ini.Katanya, pada masa sama dapat membantu menambah lagi inisiatif tertentu khususnya dalam bidang perniagaan bersesuaian dengan kemajuan industri Terengganu.“Langkah besar syarikat dalam memperkasakan perniagaan lain adalah berkaitan bidang kejuruteraan marin yang mana EPIC Berhad telah berjaya mengembangkan peluang perniagaan dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan kapal.“Selain itu, Epic juga telah berjaya membuka lembaran dalam bidang kejuruteraan marin melibatkan perkhidmatan penyelenggaran pelantar gerudi yang sebelum ini di dominasi Syarikat Limbungan Keppel Corporation di Singapura,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, kelmarin..
22 Aug 17
509
14 Pasukan Berentap Di Kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship 2017
Tun Ahmad Faisal mendengar penerangan daripada seorang peserta yang bakal menyertai kejohanan tersebut. Foto oleh Harish Fadzillah KassimSebanyak 14 pasukan mengesahkan penyertaan di kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship di PulauWarisan, Kuala Terengganu, bermula 24 Ogos ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, kejohanan selama tiga hari itu merupakan siri pertama dalam sirkit kejohanan powerboat kebangsaan.Katanya, penganjuran kali pertama oleh Kelab Sukan Powerboat F3000 Malaysia di Terengganu itu turut melibatkan lima pasukan dari luar negara termasuk dari New Zealand, Brunei, Singapura dan Brazil."Untuk kejohanan powerboat di Terengganu, sebanyak 14 pasukan akan turut serta yang terdiri daripada lima pasukan luar negara yang menampilkan enam pelumba antarabangsa berserta sembilan pasukan tempatan."Yang menariknya, antara sembilan pasukan tempatan ini, terdapat satu pasukan dari Terengganu iaitu kumpulan D’Dalima Racing yang telah menyertai kejohanan lain di peringkat kebangsaan," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Terengganu F3000 Powerboat International Championship di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengurus Kelab Sukan Powerboat F3000, Mohd Glenn Abdullah.Tun Faisal berkata, penganjuran perlumbaan itu menjadi satu daripada acara yang mampu menarik kumpulan penggemar sukan ekstrim itu sempena Visit Beautiful Terengganu."Kita melihat powerboat ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan mampu untuk menjana industri pelancongan di Terengganu."Ini adalah permulaan awal untuk Terengganu, insyaAllah saya akan berusaha mengembangkan acara perlumbaan bot ini menjadi satu komponen tarikan dalam mempromosikan Visit Beautiful Terengganu dalam menarik segmen-segmen pelancongan daripada kumpulan berlainan," katanya.
22 Aug 17
79
Syarikat Alam Dingin Guna Kepakaran Tempatan
Ahmad Razif meninjau keadaan kilang milik Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd.Perkembangan dan pembangunan alaf baru syarikat Alam Dingin yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman bermula selepas 2010 dengan menyediakan dan melaksanankan perkhidmatan Kejuruteraan, Pembekalan, Pembuatan dan Pemasangan sepenuhnya.Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd Azan Sulaiman berkata, penglibatan guna tenaga kepakaran tempatan dan kesemua 100 peratus pekerja mereka adalah dari kalangan Bumiputera dan mahir dalam pelbagai peringkat kemahiran dan pengetahuan."Sehingga kini syarikat Alam Dingin mempunyai lebih kurang 150 orang kakitangan pekerja tetap dan lebih kurang 105 orang pekerja kontrak dan sementara," katanya pada Majlis perasmian kilang syarikat itu, semalam.Seramai 1,000 orang terdiri daripada kakitangan Alam Dingin hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan dan Operasi Kilang Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Penggunaan Negeri, Nawi Mohamad, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Cukai ( ADUN ), Dato' Mohamed Awang Tera dan Pengurusi Syarikat ADAE Sdn Bhd, Ishak Sulaiman.Perasmian kilang syarikat berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, daripada jumlah tersebut lebih 75 peratus pekerja kami adalah dari selurug Terengganu."Syarikat Alam Dingin dibina sejak 2008 dan dipindahkan pejabat urusan dan operasi kami di Kemaman dari Jakar ke kawasan Perindustrian MIEL ,Teluk Kalung," katanya.Menurut Azan, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (Upen)dan Pejabat Daerah Kemaman kerana menyediakan tanah tapak kilang baru untuk meluaskan operasi mereka."Tidak lupa juga kami ucapkan kepada ECER dan TERAJU yang membantu kami mendapatkan geran pembinaan kikanh kami."Terima kasih juga kepada CKJ Engineering & Service Sdn Bhd atas kejayaan membangunkan membina kilang syarikat Alam Dingin ini," katanya.
21 Aug 17
1446
MoU Epic Mushtari -Stork Technical Wujudkan Perkongsian Teknologi, Kepakaran Rakan Niaga
EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd (EME) dan Stork Technical Services Holding B.V hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan perkongsian teknologi dan kepakaran dengan rakan niaga antarabangsa.Pengerusi EME, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata MoU itu akan memberi manfaat yang sangat besar kepada kedua-dua pihak dalam menjana keuntungan secara efisyen dalam menghadapi persaingan industri dan ekonomi pada masa akan datang.Katanya, EPIC Mushtari ditubuhkan pada 1985 dan menjadi sebahagian daripada keluarga EPIC Berhad bermula Oktober 2007."Berkecimpung dalam bidang fabrikasi umum, khidmat pemulihan loji, penyelenggaraan tangki, peningkatan dan pengubahsuaian paip serta membaik pulih kapal."EPIC Berhad pula merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang bertanggungjawab menerajui industri gas dan minyak di Pantai Timur yang sentiasa meneroka peluang baharu untuk menambah mutu industri minyak dan gas di negara ini," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis MoU itu di Resort World Awana Kijal Kemaman, hari ini.Hadir menyaksikan Mouitu Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong .Tengku Zaihan berkata, Termenterainya perjanjian persefahaman itu adalah satu anjakan ke arah fasa baru EPIC Mushtari dalam mempergiatkan usaha dan aktiviti perniagaan terutamanya perkongsian teknologi serta kepakaran dan rakan niaga antarabangsa."Pada masa sama membantu mempertingkatkan taraf syarikat ke arah lebih aktif, agresif dan produktif dalam mencipta peluang dalam bidang pemulihan dan pembaikan loji," katanya
21 Aug 17
346
Projek Tenaga Solar Di Teluk Kalong Dijangka Tarik Pelaburan RM262 Juta
Kerajaan negeri melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyasarkan mampu menarik pelaburan sehingga RM262 juta hasil projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman.Jumlah itu hasil penjanjian bagi tempoh tiga fasa atau 21 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).Fasa pertama iaitu setahun hingga lima tahun dijangka mampu meraih pelaburan RM6 juta hingga RM 7 juta, fasa kedua (enam hingga 10 tahun) (RM64 juta) dan 11 hingga 21 tahun (RM131 juta).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang membabitkan peruntukan RM80 juta di kawasan kira-kira 28.3 hektar itu mampu membuka peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk tempatan.Katanya, kejayaan itu menjadi perintis untuk projek solar bagi kawasan Pantai Timur seterusnya menarik minat pemaju tenaga solar baharu untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor itu."Pembangunan sistem solar berskala utiliti ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik di mana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pengendalian sistem penjanaan yang kompleks."Ini kerana pihak utiliti tidak perlu bergantung sepenuhnya terhadap sistem penjanaan yang konvensional seperti loji kuasa menggunakan bahan api gas dan minyak sebagai bahan bakar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Epic, Dato' Mohamed Awang Tera.Ahmad Razif turut memberitahu, projek itu turut dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi Terengganu dan penduduk."Inovasi dalam bidang ini bukan sahaja dapat diguna pakai oleh industri itu sendiri malah membawa manfaat kepada kilang, bangunan komersial, pentadbiran dan perumahan penduduk," katanya.
21 Aug 17
613
‘Rumah Terengganu’ Bakal Dibuka Di China Awal Tahun Hadapan
Presiden OSTeC 16/17 Satria Asyraf (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Razif sempena Majlis Makan Malam OSTeC (Persatuan Pelajar Terengganu Luar Negara) 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu malam tadi. Foto Oleh: Zulkifli C.W.PutraKerajaan negeri bakal membuka sebuah pusat pelancongan Terengganu di Shanghai, China awal tahun hadapan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek pembinaan 'Rumah Terengganu', sebuah pusat pameran untuk mempromosikan produk dari Terengganu, di daerah Huaxi (kampung terkaya di China) itu akan dimulakan Oktober ini.“Proses reka bentuknya sudah siap, Insya-Allah bulan 10 ini kita akan mula projek untuk bina ‘Rumah Terengganu’ di Huaxi dimana pelancong yang berkunjung di kawasan tersebut tidak kurang daripada 50,000 orang seminggu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam OSTeC (Persatuan Pelajar Terengganu Luar Negara) 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu malam tadi.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah YT, Ishamudin Hashim.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan membuka cawangan Chicken Cottage baharu di Jerman.“Setakat ini, kita mempunyai 92 buah rangkaian Restoran Chicken Cottage seluruh dunia.“Insya-Allah, bulan depan kita akan membuka cawangan yang ke 93 di Jerman,” ujarnya.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut mengingatkan pelajar yang hadir pada majlis tersebut supaya fokus dengan apa yang dilakukan terutamanya melibatkan pembelajaran masing-masing.“Jangan ada rasa kurang yakin dengan kewibawaan diri, letakkan sasaran apa yang ingin kita capai dan usah terpengaruh dengan unsur-unsur yang cuba mengadu domba dan cuba memburukkan sesama kita yang akhirnya akan merugikan kita dan negeri,” ujarnya.
20 Aug 17
58
Sukan SEA : Skuad Ekuestrian Kebanggaan Negara - MB
"Saya mewakili seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Terengganu amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi oleh skuad ekuestrian negara khususnya kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kejayaan menjuarai pingat emas dalam acara individu.“Ini adalah satu kehebatan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah skuad ekuestrian negara kerana dapat mencipta sejarah dalam Sukan SEA di bumi Terengganu dan juga Lembah Bidong, hari ini," kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Setiu.Beliau sebelum itu mengiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada semua pemenang acara kuda lasak di TIEP.Menurut Ahmad Razif, kejayaan gemilang itu sudah pasti akan memberikan semangat kepada atlet negeri yang lain sekali gus membuktikan Terengganu berupaya meneruskan kesinambungan sebagai pusat kecemerlangan bidang sukan dan juga pendidikan di Malaysia.Tambahnya, beliau juga amat berbangga kerana sebahagian besar atlet negara yang mewakili sukan SEA ini merupakan atlet dari Terengganu."Ini merupakan satu kejayaan yang telah disumbangkan oleh (atlet) negeri kita (kepada negara). Saya berharap dengan kejayaan ini, Malaysia akan menjadi juara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,"katanya.Ahmad Razif sebelum itu turut mengucapkan tahniah kepada skuad negara yang dibarisi empat anak Terengganu termasuk Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menghadiahkan emas kedua buat Malaysia bagi acara kusa lasak.Selain itu, beliau juga berbangga dengan pencapaian Mohd Bukhori Razali yang meraih pingat perak untuk negara, selepas ditinggalkan Sultan Mizan dalam acara individu.Sultan Mizan yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit dan 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia yang meraih emas Sukan SEA 2013 Myanmar, Mohd Sulaiman Muda dengan catatan masa enam jam 26 minit.Seorang lagi atlet ekuestrian negara, Mohd Bulkhari Rozali meraih pingat perak dengan catatan masa 03:48:40 diikuti gangsa, Warit Khuntaraporn dari Thailand (04:16:05).Emas kedua pula disumbang dalam acara berkumpulan menerusi trio negara Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.Malaysia mendahului 4 jam 37 minit dan 52 saat di hadapan meninggalkan pasukan Thailand yang membawa pulang pingat perak menerusi Wipawan Pawitayalarp, Kitikorn Nongbeung dan Kanapos Taytaisong.Sementara pingat gangsa menjadi milik Kemboja dengan catatan masa 16 jam 38 minit 39 saat oleh trio Sovanchandara LY, Sopheaktra Lon dan Visal Phay.
20 Aug 17
524
Sukan SEA : Sultanah Terengganu Kalungkan Emas Buat Tuanku Mizan
Sultan Terengganu berjaya meraih emas dan mencipta rekod baru Sukan SEA. Tengku Syamim Tengku IsmailSultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara kuda lasak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, di Lembah Bidong, Setiu, petang ini.Lebih magis, apabila baginda yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengalungkan pingat emas buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang unggul menjuarai acara individu kuda lasak itu.Sultan Mizan yang menguji kuda ‘ Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih emas tetapi juga mencipta rekod baru Sukan SEA kali ini.Baginda mengenakan jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3.00 pagi tadi berjaya membenam rekod apabila menamatkan persaingan tiga jam lebih awal.Sultan Mizan yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit dan 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia yang meraih emas Sukan SEA 2013 Myanmar, Mohd Sulaiman Muda dengan catatan masa enam jam 26 minit.Seorang lagi atlet ekuestrian negara, Mohd Bulkhari Rozali meraih pingat perak dengan catatan masa 03:48:40 diikuti gangsa, Warit Khuntaraporn dari Thailand (04:16:05).Emas kedua pula disumbang dalam acara berkumpulan menerusi trio negara Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.Malaysia mendahului 4 jam 37 minit dan 52 saat di hadapan meninggalkan pasukan Thailand yang membawa pulang pingat perak menerusi Wipawan Pawitayalarp, Kitikorn Nongbeung dan Kanapos Taytaisong.Sementara pingat gangsa menjadi milik Kemboja dengan catatan masa 16 jam 38 minit 39 saat oleh trio Sovanchandara LY, Sopheaktra Lon dan Visal Phay.
20 Aug 17
1157