Artikel "Utama" Terkini
Pasukan Ragbi Terengganu Tunduk Kepada Johor
Ahmad Razif bersama pasukan ragbi Terengganu yang turut diwakili Tengku Muhammad Ismail di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Zulkifli PutraPasukan Ragbi Terengganu terpaksa akur di laman sendiri apabila tumpas dengan Johor 29-32 pada perlawanan akhir di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam. Terengganu turut diwakili Yang diPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.Kejayaan itu membolehkan Johor yang juga naib juara tahun lalu menjulang Piala Agong buat kali kedua selepas pertama kali memenanginya pada tahun 2013.Juara bertahan, Perak pula berpuas hati sebagai pasukan ketiga terbaik kejohanan selepas menang tipis 16-14 terhadap Kedah pada perlawanan tempat ketiga-keempat sebelum ituJuara membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, diikuti RM10,000 bagi naib juara sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM7,000 dan RM5,000.Hadiah disampaikan Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-35 anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia yang membuka tirainya pada 29 Julai lalu di Selangor dan berakhir semalam (26 Ogos) di Terenggganu Ini merupakan kejohanan tahunan peringkat kebangsaan bagi kategori 15 Sebelah Sepasukan dan dikelolakan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku tuan rumah bagi perlawanan separuh akhir dan akhir pada edisi kali ini. Kejohanan Ragbi Piala Agong 15 pemain sepasukan Edisi Ke-35 disertai oleh 11 pasukan negeri (Ahli Gabungan KRM dan Bersekutu) termasuk ATM dan PDRM.
26 Aug 17
874
Jangan Jadi ‘Ikan Keli’-Zahid
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailNaib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO negeri ini agar tidak mengamalkan ‘politik ikan keli, sebaliknya santuni sifat ikan bandaran’.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata jika sikap ikan keli yang suka mengeruhkan keadaan dari dalam parti menjadi amalan dan tradisi dalam kalangan pemimpin UMNO, maka institusi yang telah lama dibina ini akan rebah.“Kita tidak mahu ada sabotaj calon-calon yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi kerana kita (UMNO Kuala Terengganu) khususnya perlu tebus semula maruah dan hilangkan arang yang disapu ke muka oleh kita sendiri.“Budaya ‘ikan keli’ yang mengeruhkan keadaan ini kita tidak mahu ada dalam jentera parti kita, ikutlah budaya ikan bandaraya walaupun kecil tetapi boleh membersihkan segala kotoran.“Walaupun kita dibawah hanya orang-orang kecil, mungkin ikan-ikan kecil, molekul-molekul kecil, tetapi kita sebagai lidi penyapu mustahil dapat menyapu dengan sebatang lidi, tetapi jika sebatang lidi itu kita dapat satukan, kita sapu bersih tempat yang kotor itu untuk menang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato’ Mohd Sabri Alwi serta kepimpinan UMNO negeri.Beliau turut mengingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat supaya tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).“Apabila ada keputusan calon yang akan disampaikan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, kita tidak mahu ada anggota parti yang akan mengeruhkan keadaan dengan mensabotaj calon yang terpilih.“Budaya ikan keli di kolam mana pun diletakkan, pasti kolam itu akan keruh airnya. Ketepikan budaya ini, berikan sokongan kepada calon yang akan ditentukan pesiden parti,” ujarnya.Katanya, proses pemilihan calon sudah lama bermula dan kini terserah kepada pucuk kepemimpinan parti untuk menentukannya. “Saya tidak mahu ada sabotaj terhadap calon-calon yang dipilih. Kita akan pilih calon ikut kriteria dimana calon yang dijangka boleh menang dan disukai rakyat.“Tidak perlu melobi kerana kita lebih tahu siapakah calon yang diperlukan rakyat,” ujarnya.
25 Aug 17
107
UMNO Pusat Sudah Terima Senarai Calon- Ahmad Zahid
Ahmad Zahid bersama kepimpinan Terengganu selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim/ Zulkifli PutraSemua badan perhubungan UMNO negeri, termasuk Terengganu telah menghantar senarai nama kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Adul Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata namun, calon itu bukan muktamad kerana kita akan meneruskan kajian dan tinjauan terhadapnya sama ada boleh menang atau tidak.Katanya, calon yang dipilih semestinya bakal menjadi jenama baik kepada parti untuk menang pilihan raya di peringkat sama ada di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya . Perdana Menteri juga mempunyai orang yang memantau calon ini daripada semasa ke semasa.“Tidak semestinya calon yang diterima itu layak untuk bertanding, kita tetap membuat kajian, selidik dan selami dan saya yakin calon yakin dipilih kelak popular dihati rakyat,”katanyaMenurutnya, kepimpinan tertinggi perlu ingat berada seseorang itu di atas adalah atas pilihan rakyat, oleh itu kita sewajarnya tidak perlu sombong, berbaiklah dengan mereka , selami hati mereka, apa yang diperlukan sebolehnya dibantu.
25 Aug 17
34
Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus `Luar Biasa'
Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus hari ini boleh dianggap sebagai majlis luar biasa dan lain daripada yang lain.Katanya sambutan yang diberikan ini boleh diibaratka sebagai satu "pakej" lengkap dan sangat istimewa baginya dan jarang dibuat pada persidangan perwakilan UMNO bahagian di tempat lain."Saya berharap majlis sama di Bahagian Kuala Terengganu petang ini mendapat sambutan yang sama atau lebih baik daripada Bahagian Kuala Nerus.“Mengapa luar biasa, antaranya semua memakai pakaian sama warna iaitu biru dengan pimpinan peringkat atasan, selain perasmiannya di dalam stadium, biasa hanya di dalam dewan sekolah majlis bandaran,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.Beliau berkata demikian ketika mengakhiri ucapan pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu yang dihadiri lebih ahli UMNO termasuk daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Nerus.Ahmad Zahid berkata, sambutan itu menggambarkan semangat gelombang biru masih kuat di Terengganu walau apa pun cabaran yang dihadapi UMNO hari ini.“Oleh itu, suka saya mengingatkan ahli UMNO agar kekal berjuang dalam UMNO walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang melanda."Zaman gerhana di Terengganu pernah kita lalui dan masih segar dalam ingatan, sebab itu bila kita berhimpun ketika ini, amat penting untuk kita kuatkan iltizam kita, semangat kita bahawa dalam apa jua keadaan, yang penting perjuangan UMNO pasti kita pertahankan,”katanya
24 Aug 17
815
Ahli UMNO Perlu Pasak Mentaliti Kemenangan- Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah KassimNaib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mentaliti kemenangan perlu dipasak ke dalam seluruh kepimpinan ahli UMNO sama ada di peringkat atasan atau akar umbi kerana mampu menangkis cubaan pihak luar yang menafikan keyakinan dan keupayaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum PRU (Ke-14).Katanya, kita boleh menggunakan peumpamaan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional seperti pelari jarak jauh sepanjang tempoh 60 tahun ini, dengan kejayaan berterusan bersandarkan daya tahan dan daya juang yang diperkasakan.“Mereka dari kalangan parti-parti serpihan boleh diibaratkan seperti pelari pecut, akan pecut dalam tempoh yang singkat, apabila hilang nafasnya mereka akan kecundang, InsyaAllah pelari marathon akan menang.Tetapi kita harus mempunyai mentaliti kemenangan,”katanya. "Apabila kita berada di padang kita mesti ada keyakinan..kemenangan itu perlukan stamina yang tinggi, dan stamina itu adalah istiqamah siasah, iaitu kestabilan politik yang diperkasakan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Idris Jusoh dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungn UMNO Negeri, Dato’ Jailani Johari.Lebih 7,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO menghadiri persidangan itu.Sebaik selesai, Zahid kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
24 Aug 17
37
TPM Selamat Tiba Di Terengganu Sempena Lawatan Kerja Sehari
Ahmad Zahid selamat tiba di LTSM sempena lawatan kerja sehari di Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraTimbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi sempena lawatan kerja sehari hari ini.Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan exco kerajaan negeri di LTSM.Turut serta, pegawai kanan kerajaan, mantan exco, pemimpin politik dan skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu.Ahmad Zahid kemudiannya ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka menghadiri program itu.Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang
24 Aug 17
244
Lawatan Sehari TPM Ke Terengganu Esok
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu esok (Jumaat).Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi.Ahmad Zahid kemudiannya akan ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan menghadiri program itu.Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang
24 Aug 17
45
Kerajaan Negeri Galak Lebih Banyak Persatuan Penduduk Daftar Dengan JPPM
Mohd Jidin menyampaikan replika cek kepada persatuan penduduk di Majlis Perasmian Program Ekspresi Pertubuhan dan Geran Penduduk Tahun 2017 di Dewan Mandalika Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Kerajaan negeri menggalakkan pertubuhan terutamanya persatuan penduduk dan keselamatan di negeri ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Kementerian Dalam Negeri dan memohon Geran Persatuan Penduduk 2017.Dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperuntukkan Geran Persatuan Penduduk sebanyak RM40 juta kepada persatuan penduduk berdaftar seluruh negara dengan nilai permohonan maksimun sehingga RM10,000.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata,setakat ini hanya sembilan kampung yang berdaftar dengan JPPM.“Mungkin masih ramai persatuan penduduk yang tidak tahu mengenai geran ini. Justeru, kita amat menggalakkan mereka mengambil peluang ini dengan membuat pendaftaran selewatnya 31 Oktober dan layak menerima ‘one- off’ sebanyak RM10,000.“Pemberian geran ini bertujuan memastikan kawasan kejiranan selamat dan tenteram kerana persatuan penduduk lebih kepada menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung dan tidak termasuk pembangunan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Ekspresi Pertubuhan dan Geran Penduduk Tahun 2017 di Dewan Mandalika Muzium Negeri, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JPPM Dato’ Mohammad Razin Abdullah. Katanya, terdapat lebih 1,000 kampung di negeri ini dan bilangan yang berdaftar dengan JPPM masih rendah.“Justeru, amat digalakkan persatuan penduduk untuk berdaftar dengan JPPM bagi membolehkan menikmati faedah daripada kerajaan termasuk bantuan membiayai peralatan kawalan keselamatan serta pembersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.
24 Aug 17
131
Pegawai Media Perlu Bijak Guna Media Sosial
Mohd Iskandar bersama peserta Bengkel Penanda Aras Pegawai-Pegawai Media Wakil Rakyat anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Pihak berkepentingan terutama pegawai media kepada wakil rakyat perlu bijak mengolah dan merungkai berita untuk dimuatkan melalui laman sesawang atau terbitan tertentu agar mudah difahami masyarakat setempat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Mohd Iskandar Jaafar, berkata sekiranya setiap olahan berita atau sesuatu isu itu nampak menarik pastinya masyarakat mahu mengetahui secara lebih terperinci.Katanya, langkah itu pastinya akan diketahui umum secara menyeluruh sekiranya dihebahkan berita mengenai pembangunan, kebajikan dan bantuan yang dilaksanakan kerajaan.“Oleh itu, saya sarankan pihak yang bertanggungjawab perlu menggunakan peluang dan ruang di mana-mana ruang media sosial sebaik mungkin,” katanya. Beliau berkata demikian pada Bengkel Penanda Aras Pegawai-Pegawai Media Wakil Rakyat anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Muhd Aimin Mohd Tahir.Kira-kira 60 peserta hadir pada program yang diselitkan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk `Peranan Pegawai Media, Fungsi Dan Tanggungjawab’.Iskandar mengakui pengamal media sosial pembangkang lebih ke depan dalam penggunaan laman sesawang sama ada melalui Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Katanya, mereka bijak memutar belit isu dan mengolah fakta untuk mendapat `like’ dan pengikut."Berkaitan perkara ini, pihak sama iaitu pengawai media kepada wakil rakyat sewajarnya celik untuk manangkis apa yang dihebahkan pembangkang dengan mencari maklumat tepat.“Mereka boleh merujuk mana-mana pihak yang boleh dipercayai termasuk Unit Komunikasi Negeri atau mendapat maklumat sahih dengan pengamal media arus perdana,”katanya.
23 Aug 17
182
Kunjungan Hormat Ukom Ke SKMM Dapatkan Khidmat Nasihat Media
Kakitangan Ukom dan kakitangan SKMM bergambar kenangan ketika Majlis Kunjungan Hormat. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) mengadakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya,Selangor, hari ini bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan pelbagai aspek terutama berkaitan komunikasi dan media secara keseluruhannya.Kunjungan hormat yang diketuai Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak membincangkan isu-isu berkaitan yang boleh membantu menaikkan imej kerajaan di mata masyarakat melalui saluran media dan penggunaan teknologi maklumat.Muda berkata, Ukom akan terus mendapatkan khidmat nasihat SKMM dan berkemungkinan akan mengadakan satu kolaborasi untuk menjayakan program berkaitan media.“Langkah itu perlu agar Ukom dilihat setaraf dengan agensi media arus perdana lain dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium antara kerajaan dengan masyarakat,”katanya dalam perbincangan itu.Turut hadir, Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Bahagian Pemantauan Dan Pematuhan SKMM,Sharizan Abdul Aziz; Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan SKMM,K Jusly Elis dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Muhd Aimin Mohd Tahir.Zulkarnain berkata, pihaknya yakin satu transformasi baharu boleh dipertingkatkan Ukom terutama membabitkan bidang komunikasi seperti penggunaan media sosial, siaran berita menggunakan grafik,video dan sudut penceritaan.“Apa yang penting sumber maklumat yang mahu disampaikan adalah sahih dan tepat.“Sama seperti Ukom, SKMM turut mewujudkan portal khas iaitu sebenarnya.my untuk menyebar luas pelbagai isu yang sahih berkaitan kerajaan dan pihak yang berkepentingan,”katanya.
23 Aug 17
105