Artikel "Utama" Terkini
Lebih 4,000 Peserta Dijangka Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
Gambar hiasanLebih peserta 4,000 daripada 175 pasukan mewakili pelbagai jabatan dan agensi swasta dijangka menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat negeri di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 31 Ogos ini (Khamis) .Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu seawal jam 6.30 pagi.Acara akan dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa untuk pejuang kemerdekaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan membacakan perutusan Hari Kebangsaan dan mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali.Perarakan akan bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah melalui Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah, simpang Batu Buruk dan berakhir di Dataran Batu Burok.Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat menyaksikan perarakan dan perbarisan itu.
29 Aug 17
466
Kerajaan Negeri Komited Keluarkan Usahawan Wanita Dari Perusahaan Mikro
Kerajaan negeri komited membantu usahawan wanita yang mengusahakan perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, mengikut kajian yang dibuat masih ramai usahawan wanita negeri ini berada di tahap mikro atau mengusahakan perniagaan kecil-kecilan.“Daripada keseluruhan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, hanya satu perempat adalah syarikat Bumiputera dan 88 peratus daripadanya adalah usahawan wanita yang menjalankan perusahaan mikro.“Syarikat yang menjalankan perusahaan mikro hanya mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM250,000 atau lima orang kakitangan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Transformasi Usahawan Wanita 2017 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Dr Tengku Khairi A. Rahman.Katanya, seminar yang diadakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dibuat kerajaan negeri dengan membawakan usahawan wanita berjaya untuk berkongsi rahsia dan ilmu perniagaan.Menurut Roslee, kerajaan negeri menerusi YPU dengan kerjasama agensi terlibat telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan bagi wanita yang berminat menjadi usahawan dan juga membangunkan usahawan wanita yang telah lama berkecimpung dalam dunia keusahawanan.“Pelbagai skim juga diwujudkan khas bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing,” ujarnya.
29 Aug 17
44
Kejayaan Azizulhasni Hadiah Emas Ke111, Pengiktirafan Besar Buat Rakyat Dan Negeri- MB
Negara kita telahpun berjaya mencapai sasaran 111 pingat emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekali gus menjadi juara keseluruhan dalam temasya tersebut.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut berbangga dengan pencapaian atlet-atlet yang menyumbang kejayaan kepada negara khususnya atlet dari Terengganu.Katanya, emas ke-111 Sukan SEA disumbangkan oleh anak Terengganu, Azizulhasni Awang dalam acara pecut individu lelaki di Velodrom Nasional, malam tadi.Malah, beliau juga turut berbangga apabila seorang lagi anak Terengganu, Fatehah Mustapa turut merangkul emas ke-110 dalam acara pecut individu wanita.Tambahnya, kejayaan anak Terengganu merupakan satu pengiktirafan besar buat rakyat dan Negeri Terengganu."Dengan pencapaian itu, Terengganu bukan sahaja dikenali sebagai kuasa besar pendidikan negara malah juga kuasa besar sukan Negara.“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni dan Fatehah, serta seluruh atlet Terengganu yang mewakili Malaysia diatas kejayaan menyumbangkan pingat emas kepada Negara sehingga kita berjaya mencipta sejarah buat negara kita.“Perjalanan kita tidak terhenti setakat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sahaja. Teruskan perjuangan dan ciptalah lebih banyak cerita-cerita kejayaan sehingga ke persada antarabangsa. Rakyat Negeri Terengganu khasnya, dan Malaysia amnya sentiasa mendoakan kejayaan atlet-atlet kita,”katanya.
28 Aug 17
119
Terengganu Mahu Wujud Hab Nangka Madu
Ahmad Razif menunjukkan nangka madu milik peserta RTB Pelong Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kawasan seluas 32 hektar di Kampung Pelong, Setiu sebagai menjadi hab pertanian pengeluaran nangka madu di Terengganu.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat penduduk setempat, peruntukan Bajet 2018 akan ditambah.Katanya, kerajaan turut meluluskan tanah terbiar seluas 250 hektar berdekatan di RTB itu bagi membuka ladang nangka baharu sekaligus mampu memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai pendutuk setempat termasuk golongan siswazah menganggur. “Pada peringkat permulaan, kita akan berikan mereka Lesen Menduduki Sementara seterusnya akan menjadi hak milik dengan bersyarat jika tanaman berjaya diusahakan. “Jabatan Pertanian Negeri Terengganu turut bersedia membantu peserta RTB dengan menyediakan infrstruktur, bimbangan, anak benih dan pemasaran nangka, “ katanyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian RTB Nangka Madu di Kampung Pelong, Setiu, semalam.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Dato’ Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi mengenal pasti industri hiliran yang sesuai dihasilkan daripada pengeluaran nangka madu."Ini termasuk kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin dalam menyediakan nangka dalam 'vacum pack', menghasil kerepek dan penjualan produk secara dalam talian.“Tanaman nangka madu di RTB berupaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kini ada di antaranya berjaya meraih pendapatan lumayan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan,”katanya.
28 Aug 17
786
TDM Berhad Sasar Capai Pasaran RM2 Bilion
Mohamat (dua kanan) bersama Ahmad Razif melihat model Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti pada Majlis Perasmian Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailTDM Berhad menyasarkan mampu mencapai permodalan pasaran RM2 bilion dengan pengagihan dividen tahunan RM100 juta dan keuntungan sebelum cukai RM200 juta apabila menjelang 2022.Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad, Mohamat Muda, berkataModel Transformasi TDM Baharu yang sudah dibukukan mempunyai 36 Entry Point Projects (EPP).Katanya, apa yang sudah dicapai adalah bagi EPP 28 dan EPP 31."EPP 28 adalah penubuhan Akademi TDM manakala EPP 31 adalah perlaksanaan Pusat Timbang Komuniti."Kini daripada 36 Entry Point Projects (EPP), bahagian perladangan mempungai 24 EPP dan 57 projek," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Ahmad Razif berkata, suku pertama 1 EPP dan 11 projek telah dicapai manakala suku ketiga 1 EPP dan 13 projek telah tercapai bagi bahagian plantation."Manakala bahagian kesihatan pula terdapat 12 EPP dan 20 projek. Suku pertama 1 EPP 11 projek telah dicapai, suku ketiga 1 EPP dan 13 projek mampu dicapai dalam bidang sama," katanya.Semua projek progres mengikut jadual bagi memastikan kesemua EPP menjadi kenyataan.
27 Aug 17
66
Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah Konsortium TI Hotel & Resort
Ahmad Razif ketika sesi sidang media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailTerengganu akan menggabungkan lima hotel di bawah konsortium dikenali TI (Terengganu Inc) Hotel & Resort, tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah penggabungan hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan industri pelancongan negeri di bawah satu bumbung pengurusan yang lebih efisien dan langkah penjimatan tenaga kerja.Katanya, konsortium berkenaan akan dipantau dan dipengerusikan oleh beliau sendiri."Langkah penggabungan ini sebagai usaha yang lebih agresif dalam memastikan pelancongan negeri terus maju."Konsortium ini sedang digerakkan dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja apabila proses penggabungannya selesai,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda.Dalam pada itu, menurut Ahmad Razif, Akademi TDM adalah penjenamaan semula dalam era transformasi dan satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan, khususnya kepada warga TDM serta amnya kepada syarikat perladangan dan juga pekebun kecil di Terengganu mahupun Pantai Timur.Beliau berkata, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan mampu memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari kawasan mereka,” ujarnya.
27 Aug 17
318
MB Rasmi Akademi TDM Dan Pusat Timbang Komuniti Setiu
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu.Menurut Bahagian Komunikasi Korporat TDM Berhad, Akademi TDM adalah penjenamaan semula dalam era transformasi yang di bawa oleh pentadbiran baru di bawah naungan Dato’ Mohamat Muda, Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad.“Perlaksanaan Akademi TDM adalah satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan, khususnya kepada warga TDM dan juga amnya kepada syarikat-syarikat perladangan dan pekebun-pekebun kecil di Terengganu mahupun pantai timur,” ujarnya.Katanya, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan kini memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari kawasan mereka,” ujarnya.
27 Aug 17
400
Contohi Terengganu, Wujud Pasarnita Tapak Kekal-Shahrizat
Shahrizat (tengah) dan Ahmad Razif menghidangkan makanan dari 'food truck' kepada tetamu pada Majlis Perasmian Food Truck@ Pasarnita di Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraDalam usaha menggalakkan wanita terbabit dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, Pasarnita tapak kekal kedua bakal dibuka di Kuala Lumpur Oktober ini.Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program di bawah JPM itu pada masa kini telah berjaya dilaksanakan di Terengganu.“Terengganu menjadi negeri pertama yang menyahut seruan Perdana Menteri untuk mewujudkan pasarnita di tapak kekal dimana satu tapak perniagaan tetap yang dikhususkan untuk golongan wanita menjalankan perniagaan yang beroperasi di Kampung Tanjung Kuala Terengganu.“Dalam sebulan dua ini Perdana Menteri akan lancarkan tapak kekal Pasarnita di Kuala Lumpur dan kita sasarkan tiap-tiap negeri ada tapak kekal pasarnita, mencontohi negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Food Truck@ Pasarnita di Shahbandar, Kuala Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.Menurut beliau, dengan adanya Pasarnita ini akan menjadi satu platform kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka serta memberi ruang dan peluang untuk mempromosikan produk masing-masing.
27 Aug 17
217
TPM Lulus RM4.3 Juta, Naiktaraf Masjid Dan Padang Bola
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan RM4.3 juta untuk kerja-kerja menaik taraf masjid dan padang bola di negeri ini.Kelulusan itu melebihi daripada permohonan sebenar kerajaan negeri yang berjumlah RM3.9 juta.Ahmad Zahid berkata, peruntukan itu akan disalurkan untuk membaiki Masjid Al Ansar 18 RAMD, Seberang Takir, Kuala Nerus membabitkan kos RM3.8 juta dan membaik pulih padang bola Tepoh dengan kos RM500,000.“Saya berbesar hati meluluskan perutukan itu kerana menyedari penduduk memerlukan masjid yang selesa untuk mengadakan pelbagai aktiviti, selain padang bola untuk kegunaan orang ramai terutama golongan belia,” katanya.Hadiah itu diumumkan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO ketika mengadakan lawatan kerja ke Terengganu, kelmarin.Katanya, buat masa kini, kerajaan masih mampu menampung keperluan rakyat walaupun keadaan ekonomi sedikit menyukarkan.“Sekiranya rakyat mahu menikmati keselesaan sedia ada, cukup wajar mengekalkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional.“Ini kerana minta apa saja, inshaAllah Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak akan meluluskan,”katanya.
26 Aug 17
45
Terengganu Bakal Buka Pavilion Pelancongan Di Bandar Huaxi, China
Menteri Besar bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria mencuba menyediakan masakan tradsional masyarakat peranakaan Cina di Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi. Foto oleh Zulkifli CW PutraKerajaan negeri bakal mewujudkan Pavilion Terengganu di bandar Huaxi, daerah terkaya di Wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan pavilion sebagai hab pelancongan yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu di kawasan seluas 0.4 hektar itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta. Katanya, kerajaan negeri sudahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan wilayah berkenaan dan proses pembinaan akan berjalan pada bila-bila masa dari sekarang."Pembinaan pavilion ini bertujuan memasarkan produk dan tarikan yang ada di Terengganu. Malah, ia juga akan dijadikan hab atau tapak kepada kerajaan negeri untuk mengadakan promosi tarikan serta pelancongan Terengganu di China."Kita juga akan mengadakan beberapa lagi usahasama dengan beberapa agensi di negara berkenaan," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi.Ahmad Razif berkata, menerusi kerjasama antara dua negara itu kerajaan negeri yakin dapat menarik lebih 80,000 pelancong dari China untuk ke Terengganu pada tahun hadapan."Pembinaan pavilion berasaskan rumah tradisional Terengganu ini dijangka mengambil masa selama enam hingga 12 bulan. Jika proses pembinaannya boleh berjalan secepat mungkin jadi kerajaan negeri yakin sasaran 80,000 pelancong ke Terengganu akan dapat dicapai," katanya. Tambahnya, Terengganu menjadi negeri pertama yang membangunkan pavilion dengan lokasi yang terletak di kawasan yang menempatkan mercu tanda pelancongan terkenal dari seluruh dunia seperti London Bridge.
26 Aug 17
87