lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Warga Singapura Teruja Sertai Ibadah Korban Di Terengganu
Ketika masyarakat Islam berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga, saudara dan sahabat handai, seramai  50 warga Singapura memilih untuk meraikannya di Terengganu.Mereka adalah peserta Program Ibadah Korban dan Aqiqah Bersama Penduduk memilih untuk berada di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit bagi merasai kelainan sambutan Aidiladha di sini berbanding di Singapura.Pengurus Sektreatariat  program itu, Wan Rafiah Wan Mohd Mustafa, berkata program tahun kedua  anjuran  bersama UniSZA Holding Sdn Bhd,  JKKK Kampung Bukit Wan dan Pejabat Daerah Kuala Nerus itu mendapat sambutan sangat menggalakkan.Katanya, kebanyakan warga Singapura yang menyertai program itu adalah peserta ulangan, mereka teruja  untuk kembali menyertai program sama, melihat  kerjasama dan semangat bergotong-rotong penduduk mengadakan kenduri."Mereka berpeluang menyaksikan bagaimana ibadah korban dilaksanakan dan melihat sendiri lembu disembelih serta menikmati juadah gulai daging.“Pengalaman ini cukup berharga buat peserta program,  yang sebelum ini tidak berpeluang mengalaminya di negara asal dimana diberi baucer untuk mendapatkan daging korban,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita pada program itu hari ini.Perasmian penutup disempurnakan Ahli Dewan Undagan Negeri, Bazlan Abd Rahman.Seorang peserta program itu, Maniseh Abd Siray, 50 berkata, pengalaman pertama menyambut Aidiladha di Terengganu dengan suasana kampung amat dirasai, lebih-lebih lagi menyaksikan ibadah korban."Kalau di Singapura, kita selalunya bagi nama sahaja dan ibadah korban itu diuruskan oleh pihak masjid dan kita tidak dapat melihatnya."Harga satu bahagian lembu korban di Singapura di antara RM1,500 hingga RM1,800,"  katanya.
31 Aug 17
274
Empty Image
Sultan Mizan Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Al Muktaffi Billah Shah
Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Ismail berkenan bersama dengan rakyat jelata mengerjakan solat sunat Aidiladha pagi ini. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, pagi ini.Keberangkatan baginda turut diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail.Baginda yang tiba pada jam 7.40 pagi tadi disambut oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Speaker Dewan Undangan negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Solat sunat Aidiladha dan khutbah disampaikan Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Selesai menunaikan solat, Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Ismail berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelataSebelum berangkat pulang, baginda berdua sempat menziarahi makam diraja.
31 Aug 17
270
Empty Image
50 Warga Singapura Sertai Korban Perdana Di Terengganu
Tun Ahmad Faisal bersama ketua rombongan, Rogayah dan sebahagian dari peserta yang akan menyertai ibadah korban esok. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Seramai 50 pelancong muslim dari Singapura dijangka akan menyertai ibadah korban sempena Aidiladha di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit pada 1 September ini.Ketua rombongan dari Singapura, Rogayah Abdullah, 62, berkata kunjungan itu adalah yang kedua disertai olehnya.Katanya, kerjasama dan layanan baik kerajaan negeri dan Unisza Tourism Sdn Bhd menyebabkan pihaknya meneruskan kunjungan ke Terengganu pada tahun ini.Rogayah"Saya amat berbesar hati apabila dapat mengerjakan ibadat korban di Terengganu buat kali kedua memandangkan pada tahun lepas semuanya berjalan dengan lancar."Untuk tahun ini, sebanyak lima ekor lembu dan empat ekor kambing akan dikorbankan manakala lima ekor kambing akan dibuat akikah," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Meraikan Peserta Korban Perdana Dari Singapura di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Abdul HamidSeorang lagi peserta, Abdul Hamid Abdul Manan, 70, berkata ibadat korban di Malaysia khususnya di Terengganu amat berbeza dengan di Singapura."Amalan korban di sini amat cepat jika dibandingkan di Singapura. Ianya mengambil masa hanya dua jam untuk lapan ekor lembu dan enam ekor kambing hasil kerjasama yang dilakukan oleh penduduk setempat."Selain itu, pembahagian daging korban juga berbeza kerana di sini setiap bahagian diambil untuk diagihkan tidak seperti di Singapura," katanya.Tambah Hamid, jika diberi kesempatan beliau akan turut menyertai ibadat korban di Terengganu pada tahun-tahun akan datang.
31 Aug 17
150
Empty Image
Zainab Lahir Bayi Merdeka Ke-60 Yang Pertama Di Terengganu
Roslee bersama bayi merdeka dan keluarga masing-masing di Priba, HSNZ, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra"Sepatutnya anak ketiga kami lahir dua minggu lagi. Tapi dah tersurat dia menjadi bayi merdeka. Tepat 12.01 malam anak lelaki ketiga saya ini selamat dilahirkan," kata Zainab Yusof, 42, ketika ditemui di Pusat Rawatan Ibu dan Anak (Priba) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.Zainab dari Batu Tiong, Dungun, mula dimasukkan ke Wad Priba HSNZ sejak 27 Ogos lalu, melahirkan bayi merdeka pertama di Terengganu secara normal seberat 3.6 kilogram (kg) dengan ditemani suaminya, Ahmad Ridhwan Mohd @ Sidek, 42.Kelahiran bayi itu diraikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud bersama isteri dan petugas di Priba HSNZ.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus.Seramai 34 bayi merdeka lahir sehingga jam 11 pagi tadi di seluruh Terengganu dengan Priba merekodkan jumlah tertinggi iaitu 21 orang, diikuti Hospital Kemaman (6), Besut (4) dan Dungun 3 orang.Daripada jumlah itu, 20 daripada mereka perempuan dan 14 bayi lelaki.Sementara itu, seorang lagi ibu yang melahirkan bayi merdeka, Fadilah Zahidi, 36, dari Kampung Seberang Baroh, juga teruja dengan kelahiran anak perempuan pertama keluarganya itu.Fadilah yang berkhidmat sebagai guru Kafa dengan suaminya, Mohd Sofian Jusoh, 35, sudah mempunyai dua anak lelaki berusia 8 dan 5 tahun, melahirkan bayinya lima hari lewat dari tarikh jangkaan sebenar."Alhamdulillah, anak saya sihat dan selamat dilahirkan secara normal kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mula mengalami kesakitan yang kuat sejak semalam."Gembira sangat dan tidak sangka turut diraikan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-60 ini,"katanya.
31 Aug 17
1083
Empty Image
Atlet Terengganu Sumbang Pingat Sukan SEA Bakal Peroleh Ganjaran
Ahmad Razif cuba memandu kenderaan ATV ketika merasmikan tapak dan stable Kuda bagi  Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Awasan Pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada 59 atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-29 baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jumlah insentif itu belum diputuskan buat masa ini bagaimanapun, pengagihannya akan dibuat berdasarkan skim yang ditetapkan."Penyertaan atlet anak Terengganu dalam Sukan Sea kali ini merupakan yang paling berkualiti, jadi sebagai penghargaan dan untuk meraikan kejayaan mereka maka kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas serta pemberian insentif kepada para pemenang.“Bagaimanapun jumlahnya tidak boleh diumumkan sekarang," katanya kepada sebelum merasmikan Tapak dan Stable Kuda bagi  Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Awasan Pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Ahmad Razif,  jumlah pingat yang disumbangkan atlet negeri ini adalah 26 emas, 13 perak dan gangsa (10).Katanya, pemenang pingat berganda adalah ratu trek negara, Fatehah Mustapa yang memperoleh empat emas; Azizulhasni Awang (2 emas); Khairul Anuar (1 emas, 2 perak); Nur Aliya Ghapar (1 emas, 1 perak, 1 gangsa); Irwandie Lakasek (2 emas); Mohd. Safarudin Abu Bakar (1 emas, 1 gangsa); Mohd. Hanafiah Dolah (1 emas, 1 gangsa) dan Zul Bahrin Mat Asri (2 perak). "Yang paling manis, apabila Azizulhasni meraih pingat emas ke-111, iaitu jumlah sasaran emas negara," katanya.Seramai 75 atlet anak negeri ini merupakan antara 844 atlet negara yang akan beraksi dalam Sukan SEA Ke-29 dan jumlah itu merupakan penyertaan tertinggi bagi atlet Terengganu berbanding 50 atlet dalam temasya sukan yang sama di Singapura dua tahun lalu.
30 Aug 17
342
Empty Image
Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Meriah, Penuh Semangat Patriotik
Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail (kanan) menyaksikan perarakan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Burok hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri  Terengganu di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu  berlangsung dalam suasana meriah dan penuh patriotik dengan kehadiran luar jangkaan  pengunjung yang mula membanjiri lokasi itu sejak dari awal pagi.Seramai 6,992 peserta daripada 142 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 2017, peringkat negeri Terengganu yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.Mereka terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (J3K) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Yang di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu.Turut berkenan berangkat, kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah serta Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat negeri, Dato’  Tengku Putera Tengku Awang.Sebelum memulakan perarakan semua peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,  seawal  jam 6.30 pagi.Acara dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa untuk pejuang kemerdekaan.Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman membacakan perutusan Hari Kebangsaan dan mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali.Perarakan sejauh 4.01 kilometer  itu bermula Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah menghala ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Pantai Batu Batu Burok, Hadapan Warung Pak Maidin dan tiba di Taman Awam Batu Burok  kira- kira jam 8.45 pagi.Perarakan dengan pasukan terakhir Pasukan Tindakan Cemas Malaysia berakhir kira- kira jam 11.45  pagi.
30 Aug 17
1088
Empty Image
Hargai Kemerdekaan dan Keamanan Negara- Ahmad Razif
Peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu  sebelum menuju ke Taman Awam Batu Burok. Foto Zulkifli C W PutraMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat agar tidak lalai dan mengambil mudah kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara selama 60 tahun ini.Katanya, ramai dalam kalangan rakyat lalai dan mengambil mudah kemerdekaan serta keamanan tanpa mengetahui pencapaiannya bukanlah mudah.“Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam suasana aman, damai dan tenteram.  “Inilah yang kita sedang nikmati sekarang di bumi Malaysia. Dan inilah yang kita perlu pertahankan sampai bila-bila,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 2017, peringkat negeri Terengganu yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pagi tadi.Yang di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu.Turut berkenan berangkat, kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah serta Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.Hadir sama To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.Ahmad Razif berkata, banyak negara yang mencapai kemerdekaan sezaman dengan negara kita.“Tetapi tidak ada satupun yang dapat mencapai tahap kejayaan dan pembangunan sepertimana yang sedang kita di Malaysia kecapi sekarang ini.“Kita berjaya membuktikan disebalik kepelbagaian bangsa dan agama, adanya kesatuan. Malah kepelbagaian inilah yang menjadi sumber dan tunjang kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang mahu dan kita  perlu mempertahankannya.
30 Aug 17
1076
Empty Image
UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing
Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZAUniversiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm.Naib Canselornya, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata, lima produk yang dikeluarkan daripada susu kambing segar ialah aiskrim,yogurt, keju, karipap dan samosa.Katanya, lima produk berkenaan mula dipasarkan kepada orang ramai sempena perasmian kiosk UniSZA di hadapan pasar raya Pantai Timur di Jertih.Beliau berkata, pelancaran kiosk yang pertama di negeri ini yang menjual produk berkenaan dihasilkan Pengusaha Komuniti Tenesu Kambing Besut ( PKTKB) di bawah bimbingan universiti itu."Kiosk berkenaan akan diperluaskan bukan sahaja di Daerah Besut,malah akan dibuat di bandar utama negeri ini, katanya selepas majlis perasmian kiosk perintis itu hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof.Katanya, Program Ladang Kambing Tenesu (UDGF) dan kiosk berkenaan bertujuan memindahkan ilmu keusahawanan dalam bidang ternakan kambing tenusu kepada penternak tempatan.Beliau berharap kejayaan perusahaan itu akan meningkatkan sumber ekonomi berasaskan penternakan apabila pengeluarannya menjadi yang terbesar di negara ini.
29 Aug 17
300
Empty Image
TDM Berhad Tubuh Akademi TDM
Ahmad Razif  hadir pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin. Tg Syamim Tg Ismail.Penubuhan Akademi TDM, di Pelong, Setiu  antara komitmen  TDM Berhad bagi  menyediakan pusat latihan untuk penduduk setempat,  kakitagan syarikat perladangan dan pekebun kecil di pantai timur.Akademi itu merupakan rentetan proses penjenamaan semula dalam era transformasi syarikat di bawah pentadbiran baharu yang diterajui Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda.Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serentak dengan perasmian Pusat Timbang Komuniti bagi memudahkan pekebun kecil di kwasan setempat memasarkan hasil mereka.Bagi membantu mengukuhkan peranan dan perjalanan akademi, TDM turut mementerai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Dato’  Sabri Mohd Nor; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Ahmad Zubaidi A. Latif; Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’  Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd Rashid dan Pengarah Eksekutif, International Institute of Plantation Management (IIPM),Halid Hasbullah Boestaman.Ahmad Razif dalam ucapannya mengalu-alukan kewujudan Akademi TDM yang dapat dijadikan salah satu saluran terbaik kerajaan dalam memperkasa modal insan bagi menyediakan tenaga mahir untuk keperluan banyak entiti swasta di negeri ini.“Latihan dan seminar di Akademi TDM melibatkan penekanan ke arah mewujudkan warga kerja berintegriti kerana intergriti adalah satu sikap yang harus menjadi budaya sebagaimana yang termaktub dalam Prinsip Tranasformasi Terengganu Baharu (TTB); Integriti, Bersih Dalaman dan Luaran.“Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada TDM kerana memperoleh Standard Emas dalam pengurusan ladang dan kilang yang lestari sejak tahun 2014 lagi,”ujarnya.
29 Aug 17
231
Empty Image
Terengganu Anjur Solat Hajat Merdeka Di Lapan Masjid
JohariPemuda UMNO Terengganu akan menganjurkan Solat Hajat Kemerdekaan dan Doa Untuk Palestin di lapan buah masjid terpilih di seluruh negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke- 60 tahun, malam esok (30 Ogos).Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, program itu akan diadakan selepas solat Isyak bagi memohon keamanan dan kemakmuran supaya Malaysia terus subur serta kedaulatan Islam terus dipelihara oleh semua masyarakat.Katanya, program itu dirancang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di seluruh Terengganu. Lapan masjid berkenaan adalah Masjid Ulul Albab, Jertih, Besut; Masjid Kg. Apal, Jabi, Setiu; Masjid Kg Bukit Tunggal, Kuala Nerus; Masjid Kg. Durian Burung, Kuala Terengganu; Masjid Kg. Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu; Masjid Kg. Merchang, Marang; Masjid Al Azim, Felda Kerteh 3, Dungun dan Masjid Kg. Payoh, Kijal, Kemaman."Pada program sama, kita turut memanjatkan doa keamanan untuk rakyat Paletin yang mempertahankan tanah air mereka dan Masjid Al-Aqsa, bangsa Rohingya yang berada Myanmar mahupun yang menjadi pelarian serta keselamatan untuk seluruh dunia Islam,"katanya dalam saru kenyataan kepada media, hari ini.Dalam pada itu, Johari berharap agar masyarakat sekitar turut serta sekali gus dapat melahirkan rasa cinta kepada negara.Tambahnya, aktiviti dan amalan itu merupakan sebahagian tuntutan dalam Islam iaitu cinta kepada negara.
29 Aug 17
99