Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun
Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Foto oleh tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri membelanjakan RM4.2 juta bagi melaksanakan Program Penghayatan Islam yang dikenali sebagai Pintar Al-Quran di 702 kelas Tabika Kemas seluruh Terengganu, setiap tahun.Pengarah Kemas Negeri, Dr Faridah Mat berkata, program yang dilaksanakan sejak 2005 sudah memberi manfaat dan mampu melahirkan kira-kira 22,000 kanak-kanak yang khatam al-Quran sehingga kini.“Peruntukan itu bagi tujuan pembayaran gaji atau wang sagu hati sebanyak RM500 sebulan kepada guru agama yang dilantik khusus bagi Program Pintar Al-Quran yang mengajar selama dua jam sehari termasuk pada waktu cuti persekolahan.“Dalam ucapan bajet yang lepas, kerajaan negeri sudah bersetuju supaya setiap Tabika Kemas melaksanakan program Pintar Al-Quran dan bersesuaian dengan konsep transformasi Tabika Kemas supaya pusat didikan ini menjadi pilihan utama kepada ibu bapa kerana kita menitiberatkan program penghayatan pendidikan Islam, selain semangat patriotisme dan keyakinan diri di kalangan anak-anak,”katanya kepada pemberita malam tadi.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.Seramai 476 wakil kanak-kanak tabika itu menyertai program sehari yang berkonsepkan sukan dengan mempertandingkan enam acara iaitu futsal, bola jaring, `rounders', `formula one', gerak kreatif dan `sprint hurdles shuttle relay'.Majlis penutup itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Menurut Faridah, sehingga kini, sebanyak 878 Tabika Kemas yang melibatkan 20,200 kanak-kanak sedang mengikuti pendidikan pra sekolah itu di seluruh Terengganu.Tambahnya, hanya 176 tabika yang belum melaksanakan program Pintar Al-Quran akan melaksanakannya segera sebaik sahaja jabatan itu sudah mengenal pasti guru agama yang melepasi syarat dan boleh dilantik sebagai tenaga pengajar .“Program ini telah bermula sejak 2005 dan Terengganu adalah satu-satunya negeri yang melaksanakan program itu dengan sokongan penuh kerajaan negeri yang sanggup melaburkan sebanyak RM4.2 juta bagi menjayakannya saban tahun.
06 Sep 17
658
1,300 Pelumba Basikal Lasak Bakal Sahut Lingai Challenge
Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak menyahut Lingai Challenge 2017 pada 9 September ini yang menawarkan hadiah menarik beserta cabutan bertuah dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000. Perlumbaan sejauh 35 kilometer itu akan berlangsung di Kampung Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana kejohanan itu yang juga Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil, berkata kejohanan itu turut disertai pelumba dari luar negara, termasuk 40 peserta dari Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina.Katanya, setiap pelumba akan meredah denai-denai hutan simpan, kebun buah-buahan, ladang dan laluan berbukit yang pastinya memiliki keunikan tersendiri."Bakal memberikan pengalaman yang tersendiri kepada peserta apabila berkayuh sambil menikmati keindahan alam di samping cabaran mendaki yang mengujakan.“Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu Closed,” katanya.Terdapat juga acara-acara sampingan lain antaranya sukaneka dan pertandingan bola sepak 7 sebelah semata-semata mahu memperkenalkan aktiviti pertama kali anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus.Selain hadiah wang tunai kepada 10 tempat teratas, cabutan bertuah juga disediakan yang keseluruhannya bernilai RM20,000 termasuk hadiah utama iaitu skuter Yamaha Ego Solariz.Ia dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Kayoh Bike Club , Terengganu Heritage Cycyling Team dan Kelab Kebajikan dan Sukan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus (PENERUS).
06 Sep 17
564
My Ehsan Bantu Pelajar Miskin
Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia TerengganuUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru yang kurang berkemampuan membayar yuran pendahuluan ketika proses pendaftaran kemasukan mereka.Antara bantuan yang disediakan UMT menerusi My Ehsan itu termasuk wang saku, bantuan wang pembiayaan yuran pengajian dan dermasiswa.Naib Cancelor UMT Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mohktar berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi memastikan calon yang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan dapat mendaftar seperti yang ditawarkan.Katanya, penuntut yang tidak mampu menyediakan bayaran yuran pendahuluan kemasukan, tetapi ditawarkan melanjutkan pengajian diminta melaporkan diri mengikut surat tawaran.“ UMT bersedia memberi bantuan sewajarnya untuk menyedia pendidikan terbaik kepada penuntut yang layak serta ditawarkan melanjutkan pengajian ke UMT.“Jumlah sebenar pelajar yang tidak mampu membayar yuran hanya akan diketahui selepas selesai mereka membuat pendaftaran bermula kelmarin (Isnin) dan berakhir Sabtu ini,” katanya.Dato’ Dr Nor Aieni, berkata bagi sesi kemasukan kali ini, seramai 2,782 tawaran dikeluarkan berbanding hanya 2,485 tawaran pada tahun 2016, dan sepanjang tiga hari bermula hari ini, pelajar baharu (ijazah sarjana muda) akan hadir mendaftar diri.Katanya, penawaran peluang melanjutkan pengajian meliputi 27 program pengajian yang ditawarkan iaitu 76 peratus bidang sains dan 24 peratus bidang sains sosial.“Tahun ini UMT turut menerima lima pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), pasangan kembar , Nur Fatma Hasni Majid dan Nur Fatma Husna yang juga pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Belara.“Di samping itu, seramai 17 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar bagi program pengajian sarjana muda, kebanyakannya dari Timur Tengah,”ujarnya dalam dalam satu kenyataan
05 Sep 17
108
SKMM Kuatkuasa Akta Khas Kawal Laporan Berita Berunsur Fitnah
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta khusus bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online bagi menangani aduan berkaitan kandungan jelik di internet.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari berkata namun pengamal media dalam talian harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuatnaik diportal mereka."Bezakan antara langit dan bumi antara kandungan yang mengkritik dan kandungan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu."Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet."Peruntukan dibawah Seksyen 211(Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas pelaku kesalahan tersebut,"katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu di Kuala Telemong, hari ini.Turut hadir, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu,Tengku Haphiz Tengku Putera.Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata,sebuah pusat sehenti iaitu portal SEBENARNYA.MY telah dibangunkan oleh pihak SKMM bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian disamping membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.Jelasnya lagi,sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang 'Laporkan Pada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau whatapps kepada 016-2206262 atau emel ke aduan skmm@cmc.gov.myBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman pada 2 September dalam satu kenyataan di media perdana iaitu kerajaan harus memperkenalkan akta bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan oleh portal atau media sosial.Sementara itu,Jailani turut mengesyorkan agar kementerian pendidikan sepatutnya menambah satu sukatan khusus tentang peranan media masa kini untuk disampaikan kepada golongan pelajar seluruh negara.Katanya, langkah ini mampu mengubah persepsi negatif generasi muda yang dilihat sebagai aset penting negara di samping melahirkan aset yang baik kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.
05 Sep 17
173
523 Pemandu Teksi Di Terengganu Terima Bantuan Tayar
Kerajaan negeri mengagihkan RM262,000 melalui Program Tayar Percuma kepada 523 pemandu teksi yang berdaftar di seluruh Terengganu.Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program itu, setiap pemandu teksi yang aktif layak menerima RM500 bertujuan membantu golongan itu menukar tayar rosak bagi menjamin keselamatan penumpang dan pelawat sempena Visit Beautiful Terengganu.Katanya, bantuan tayar percuma hasil permohonan yang dikemukakan Persatuan Teksi Negeri Terengganu menerusi Lab Bajet anjuran Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu tahun lalu."Sebagai permulaan, kerajaan bersetuju mengagihkan lebih RM73,000 kepada 147 ahli Persatuan Pemandu Teksi Stesen Jerteh dan Persatuan Pemandu Teksi Kuala Besut pada hari ini."Bantuan seumpamanya akan diteruskan ke daerah-daerah lain dengan nilaian sama rata untuk setiap pemandu teksi, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Terengganu dan Pekan Budaya Besut, di Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman.Pada majlis itu, lima penerima di kalangan petani, penternak dan peladang dan satu pertubuhan mendapat anugerah khas di atas kecemerlangan perusahaan masing- masing.Penerima berkenaan adalah Tengku Ahmad Azuddin Tengku Mohamad, Lukmanul Hakim Dzulkafli, Muhammad Nazmi Yusof, Wan Norshiha Wan Embong, Muhd Hafezzudin Mamat dan Pertubuhan Peladang Kawasan Gerai.
05 Sep 17
35
Sedia Inisiatif Bantu Peladang, Penternak Dan Nelayan
Keprihatinan kerajaan terhadap peladang, penternak dan nelayan menyediakan inisiatif dalam bentuk bantuan, projek dan program bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya mempunyai dasar khususnya dalam sektor pertanian.Katanya, apa yang dilaksanakan bukan tertumpu kepada produktiviti hasil pertanian sahaja malah turut menjurus kepada jaminan keselamatan makanan."Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk bekalan yang mencukupi, mudah diperolehi, harga munasabah dan keselamatan kualiti," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Terengganu dan Pekan Budaya Besut, di Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman.Ahmad Razif berkata, Terengganu memperkenalkan 18 inisiatif atau bantuan utama bertujuan meningkatkan ekonomi golongan sasar dalam sektor berkaitan.Antaranya, peruntukan RM500,000 bagi meningkatkan pendapatan 40 pengusaha madu, projek melon manis (RM200,000 untuk 20 usahawan) dan projek Terengganu golden corn pula diperuntukkan RM900,000, bakal memberi peluang kepada 10 belia tempatan."Inisiatif lain, program dana usaha tani, My Farm Outlet, pasar ternakan dan pembinaan 40 tukun tiruan, " katanya.
05 Sep 17
29
Taman Ilmu, Tembila Besut Mula Beroperasi
Kediaman yang menempatkan pelajar UniSZA dibuka secara rasmi hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTaman Ilmu, di Tembila Besut yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, ketika menjadi Menteri Besar pada 2004, kini mula beroperasi dengan perasmian Kolej Kediaman UniSZA, hari ini.UniSZA bakal menggunakan dua blok bangunan asrama bagi menempatkan 500 pelajar perintis di kawasan itu.Bagaimanapun, pengurusan universiti akan memastikan satu blok asrama dibaik pulih secepat mungkin bagi penempatan 250 pelajar lelaki mulai 10 September ini, berikutan keperluan penginapan pelajar yang sangat mendesak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu mula memberi nafas baharu kepada masa depan projek yang melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM340 juta di kawasan seluas 280 hektar yang sebelum ini banyak menimbulkan persoalan kepada masyarakat mengenai status pembangunannya.Katanya, kerajaan negeri meluluskan permohonan UniSZA dengan pengecualian bayaran sewa bangunan selama 10 tahun."Kelulusan diberikan dengan syarat pusat pengajian itu menanggung sepenuhnya kos membaik pulih dua buah asrama tersebut dengan anggaran RM10 juta"Selain itu, kerajaan masih menimbangkan cadangan beberapa pihak untuk beroperasi di Taman Ilmu dan kini permohonan masih di peringkat penelitian bagi memastikan pelaksanaannya kelak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kolej itu di Tembila, Besut, hari ini.Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato' Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dato' Dr Mortaza Mohamad; Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.Difahamkan UMK, UMT dan Aswara juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk turut beroperasi di Taman Ilmu.
04 Sep 17
1709
Pusat Hemodialisis RM1.4 juta Dibuka Di Telaga Daing Oktober Ini
Pusat Hemodialisis bernilai RM1.4 juta yang dijangka mampu menampung 144 pesakit sepanjang seminggu, bakal dibuka di Telaga Daing, Oktober ini.Kemudahan perubatan dilengkapi dengan 24 mesin dialisis yang dibangunkan 100 peratus sumbangan korporat dan orang persendirian akan diuruskan pihak kesihatan negeri menerusi Perjanjian Persefahaman dengan Kementerian Kesihatan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat rawatan yang berkonsepkan permuafakatan dan kebersamaan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) badan korporat dapat membantu kerajaan negeri yang berdepan kekangan kewangan.“InsyaAllah pusat kesihatan itu akan beroperasi bulan hadapan, sebahagian daripada mesin akan disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan sebahagian lagi adalah derma dari pihak-pihak tertentu.“Berharap dengan penubuhan pusat Hemodialisis ini, dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan tersebut dan saya menyeru agar masyarakat dapat menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya kepada media selepas Majlis Korban Perdana dan Pengagihan Zakat Dun Seberang Takir, baru-baru ini.
04 Sep 17
94
Hotel Di Pulau Poh Dijangka Siap Hujung 2018
Hotel lapan tingkat di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang sedang dibina bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hotel dilengkapi 150 bilik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.Katanya, hotel tersebut bakal diletakkan di bawah konsortium dan dikelola oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd."Semua hotel yang ada di Terengganu (milik kerajaan negeri) berada di bawah satu konsortium dan hotel ini juga akan diletakkan bawah konsortium."Saya rasa ia tiada masalah kerana Terengganu Incorporated ini mempunyai pengalaman dalam menguruskan hotel," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Tasik Kenyir, hari ini.Ahmad Razif berkata, hotel dengan kos yang RM100 juta tersebut dibina berdasarkan permintaan oleh pengunjung Tasik Kenyir.Tambahnya, dengan sambutan yang semakin bertambah, infrastruktur juga turut akan ditambah di kawasan itu."Saya difahamkan akan ada banyak lagi pemaju akan mendirikan resort di Tasik Kenyir memandangkan pengunjung di sini semakin hari semakin bertambah."Selain daripada memberi fokus kepada pelancong domestik kita juga akan tumpukan kepada pelancong asing terutamanya dari Eropah dan China," katanya.
03 Sep 17
469
220 Lembu Dikorbankan Di Kuala Nerus
Sebanyak 220 ekor lembu dikorbankan serentak melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerus iaitu DUN Seberang Takir, Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepuh, semalam.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata lembu korban itu adalah sumbangan daripada beberapa agensi kerajaan, badan korporat, kontraktor dan orang persendirian.Katanya, sumbangan itu bersempena sambutan Aidiladha di daerah itu yang mana menerima banyak tajaan hingga boleh mengagihkan jumlah daging yang besar kepada golongan yang kurang bernasib baik."Alhamdulillah, program ini sudah tiga tahun berturut-turut diadakan dan saya amat berbangga kerana ada masyarakat yang bermurah hati untuk berkongsi rezeki bagi menyambut Aidiladha dengan penuh rasa syukur."Ibadat korban ini membantu kita mendekatkan diri kita dengan Allah. Malah, ia juga memberi peringatan kepada orang ramai terutama mereka yang beragama Islam mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengekalkan keamanan negara."Kami berharap dengan pembahagian lembu ini, kita dapat menyempurnakan ibadat korban pada tahun ini sekali gus membuat pengagihan kepada semua pihak terutama kepada mereka yang memerlukan," beliau berkata demikian Majlis Korban Perdana di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.
02 Sep 17
22