lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Wan Nawawi Dilantik Pengerusi TDM Berhad Baharu
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dilantik sebagai Pengerusi TDM Berhad baharu berkuatkuasa 29 Ogos lepas.Pelantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar yang meninggal dunia 29 Julai lalu.Pengarah Urusan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, beliau serta Ahli Lembaga Pengarah mengalu-alukan perlantikan Wan Nawawi dan akan memberi kerjasama di bawah pimpinannya.“Kami yakin, beliau dapat membawa TDM ke tahap yang lebih tinggi untuk mencapai matlamat seperti yang dibentangkan dalam Model Transformasi TDM 2022,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. Wan Nawawi sebelum ini pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di bahagian Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu termasuk sebagai Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Setiu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Projek Khas), Timbalan Pengarah Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu Unit (SEPU) dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan TerengganuWan Nawawi yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Bandar Oklahoma, Amerika Syarikat memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Terengganu pada tahun 1981 dan mempunyai pengalaman luas dalam sektor awam setelah berkhidmat dalam pelbagai peranan yang besar untuk negeri.Beliau telah dinaikkan pangkat dengan memegang jawatan kanan dan kini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sejak Ogos 2016.
12 Sep 17
253
Empty Image
Terengganu Nekad Rampas Juara Sukma 2018
Rozi bersama sebahagian daripada atlet yang bakal bertanding dalam kejohanan Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kontinjen Terengganu menggunakan formula tersendiri bagi mengembalikan gelaran juara keseluruhan yang pernah dimenangi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008, 2010 dan 2012 lalu.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, semua atlet sudah menjalani latihan dan melakukan persiapan awal bagi menghadapi cabaran Sukma 2018 di Perak.Katanya, ketika ini, semua atlet memasuki persediaan fasa kedua dan akan memulakan fasa ketiga pada Disember nanti."Untuk fasa kedua, kita mempunyai hampir 700 atlet dan apabila bermulanya fasa ketiga pada Disember ini hanya akan tinggal lebih kurang 500 atlet (selepas ujian saringan)."Apabila masuk fasa ketiga iaitu fasa 1:1 kita akan pastikan persediaan yang lebih mantap dan kemas," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Himpunan Kontinjen Sukma Terengganu Menjelang Kira Detik Setahun Sebelum Sukma 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Tambah Rozi, kerajaan negeri tidak bergantung sepenuhnya kepada sukan-sukan yang memberi kelebihan kepada kontinjen Terengganu."Setakat ini dimaklumkan kayak dan kanu tidak dipertandingkan dan kita tidak bergantung harap hanya kepada sukan-sukan tersebut."Sebab itu kita buat persediaan awal untuk mencapai sasaran sebagai juara keseluruhan. Maka kita telah mengenal pasti beberapa sukan yang baru meningkat naik kepada atlet Terengganu antaranya judo, berbasikal, memanah dan menembak," katanya.Bagi Sukma 2018, sebanyak 29 acara sukan akan dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan acara sebanyak 430.
11 Sep 17
232
Empty Image
Hasrat Mahu Mati Di Mekah Jadi Kenyataan
Allahyarham Siti Esah"Saya tidak sangka selepas bersama emak menunaikan fardu haji kali ini, emak pergi buat selamanya di Tanah Suci Mekah ini, " luah Norasiah Tahir, 48, anak tunggal Allahyarham Siti Esah Mohd atau lebih dikenali 'Ustazah Esah' yang berasal dari Kampung Sungai Ular, Hulu Terengganu.Norasiah bersama emaknya seorang guru al-Quran dan fardu ain yang dikenali ramai di kampungnya Sungai Ular dan sekitar berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji awal Ogos lalu.Oleh kerana ibunya bersungguh-sungguh hendak pergi juga tunai haji buat kali kedua pada kali ini, beliau sebagai anak tunggal perlu menemani emaknya, kata Norasiah seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Berang.Arwah ibunya meninggal dunia sewaktu sedang berzikir di bilik penginapan mereka kira-kira 7.20 malam (7 September) lalu yang tidak jauh dari Masjidil Haram.“Emak yang sedang berbaju sembahyang tiba-tiba rebah dan saya ajarkan arwah mengucap dan kelihatan bibirnya bergerak seperti melafazkan sesuatu sebelum badannya terbujur kaku keseluruhan," cerita Norasiah kepada penulis yang mengunjung maktab penginapan beliau kelmarin (Ahad).Turut sama rakan-rakan semaktab arwah antaranya Cikgu Che Gayah Che Hak dari Tok Dor Besut yang mengatur wawancara ini.Jenazah arwah ibunya itu diuruskan oleh pihak Tabung Haji jam 11.30 malam berkenaan, di bawa ke hospital dan keesokannya (Jumaat) selepas solat Subuh disembahyangkan oleh para makmun di Masjidil Haram sebelum disemadikan di sebuah perkuburan di Tanah Suci Mekah.                        Ditanya adakah tanda-tanda pelik arwah ibunya seorang ibu tunggal sebelum berangkat ke tanah suci, Norasiah beritahu arwah ibunya hendak pergi ke semua tempat dia mengajar untuk bertemu muridnya termasuk di Masjid Matang dan Surau Pulau Kudat selain Masjid Sungai Ular dan kelas di rumahnya."Suami saya yang merupakan menantu arwahlah yang menghantar ke tempat-tempat berkenaan bagi tidak menghampakan arwah, cerita Norasiah.Yang paling terkesan ialah arwah pernah memberitahu cucunya iaitu anak Norasiah, Ahmad Faiz Rashid,19 bahawa, “Tok nak gi Mekoh kali ni nak mati dinun”.Norasiah berkata arwah cukup rapat dengan Faiz dan keluarganya mengajar al-Quran sejak berzaman lagi dan arwah mempunyai pertalian keluarga dengan Hajah Rogayah Sulong.Menurut Norasiah, dia bersyukur arwah ibunya sempat wukuf di Arafah dan bermabit di Mudzalifah dan Mina dan beliau telah melakukan ibadat melontar untuk arwah ibunya yang berusia hampir 80 tahun itu. "Arwah emak ada beritahu saya, ibadat haji yang dilakukan kali ini adalah untuk emak awrah yakni nenek saya, kerana emak sudah pun bergelar hajah sebelum ini,” jelas Norasiah mengakhiri perbualan.    Laporan Eksklusif Dari Mekah: Ruslan Abdul Rahman                     
11 Sep 17
1258
Empty Image
Kolam Renang Kanak-Kanak Di Batu Buruk Dibuka Mulai Esok
Kolam Renang Kanak-kanak di Kompleks Akuatik, Batu Buruk, Kuala Terengganu akan beroperasi mulai esok (12 September), manakala dua lagi kolam untuk lelaki dan wanita pula dibuka sepenuhnya bulan hadapan.Pemangku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, kolam itu mempunyai empat kategori iaitu kolam untuk kanak-kanak, lelaki, wanita dan kolam papan anjal akan dibuka secara berperingkat-peringkat sebaik sahaja selesai kerja membaik pulih kerosakan.“Kolam kanak-kanak boleh beroperasi mulai esok, manakala kolam lelaki dan wanita akan beroperasi bulan hadapan setelah selesai kerja membaik pulih. Hanya kolam papan anjal sahaja tidak dibuka waktu terdekat ini, kami akan maklumkan semula pada masa akan datang.“Kolam itu ditutup beberapa tahun lalu atas sebab kebocoran dan keretakan, sekarang masih dalam proses membaik pulih dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan keselamatan kepada orang ramai yang menggunakannya,”katanya ketika kepada media selepas Program “Town Hall” di Menara PMINT, Kuala Terengganu, hari ini.Sebelum ini, kemudahan kepada orang ramai itu mengenakan yuran RM2 (bagi kanak-kanak) dan RM4 (dewasa).Waktu operasi pada hari biasa bermula 2.30 petang hingga 6.30 petang, manakala pada hari minggu melibatkan dua sesi iaitu 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 6.30 petang.
11 Sep 17
425
Empty Image
Terengganu Sasar 2,027 Calon UPSR Peroleh 6A
Calon UPSR mencium tangan Ahmad Razif bagi memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Terengganu mensasarkan jumlah calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini seramai 2,027 daripada 20,273 calon negeri ini yang menduduki peperiksaan itu, bermula hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sasaran pada tahap 10 peratus itu lebih realistik berbanding 20 peratus tahun lalu, bersesuaian dengan keupayaan murid berikutan peperiksaan yang menggunakan format baharu, di samping pertambahan satu lagi mata pelajaran.“Dulu kita mempraktikkan konsep 201052, tetapi apabila format UPSR bertukar daripada 5A kepada 6A bermula tahun lalu, kita turunkan sasaran kita daripada 20 peratus menjadi 10 peratus berdasarkan perkembangan keseluruhan pelajar yang diakui lebih sukar untuk mendapat semua A dengan format baru ini.“Justeru, kita sasarkan hanya 10 peratus dan kita yakin ianya tidak mustahil untuk dicapai oleh pelajar Terengganu dengan kesungguhan pelajar serta komitmen dan kerjasama semua pihak,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah bagi meninjau pelajar yang menghadapi UPSR di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin. Ahmad Razif berkata, sepanjang peperiksaan berlangsung beliau akan mengadakan lawatan di sekolah terpilih untuk memberi motivasi dan semangat kepada murid sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.Katanya, sasaran Gred Purata Negeri pula pada tahap 2.8 dan diharap seramai 15,742 calon atau 80 peratus lulus dalam semua mata pelajaran atau sekurang-kurangnya D.Sementara itu, menurut Ahmad Razif, terdapat enam orang calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan iaitu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (2) dan masing-masing seorang di Kuala Terengganu Specialist Hospital, Hospital Dungun, Hospital Kemaman dan Hospital Daerah Hulu Terengganu.Di Terenggganu, sebanyak 363 pusat ujian disediakan untuk murid Tahun 6 menduduki UPSR yang bermula hari ini hingga 14 September dan berakhir pada 18 September ini.
10 Sep 17
699
Empty Image
Trek Lingai Challenge Paling Mencabar
“Trek Kejohanan  Lingai Challenge 2017 paling mencabar berbanding enam perlumbaan berbasikal lasak yang disertai sebelum ini berikutan banyak kawasan berbukit perlu dilalui.“Paling mencabar terpaksa meredah Bukit Menara Gong Lingai, kawasan semak, selain perlu menempuh alur sungai,” kata pemenang kategori  Heavyweight  Tuan Aminuddin Tuan Ngah, 31, dari Bukit Payong, Marang.Katanya, bagaimanapun, nasib menyebelahinya  kerana tidak mengalami  kemalangan dan sebarang kecederaan ketika melalui pelbagai laluan berliku.“Bukan mudah untuk menghabiskan trek perlumbaan sejauh 35 kilometer dengan jarak masa tidak kurang 4 jam.“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan berlatih, pantang ada masa terluang, pasti akan bersama beberapa peminat basikal lasak mencari lokasi sesuai untuk berlatih,”katanya.Tuan Aminuddin turut memberitahu, dia tidak pernah mengenal erti penat, yang penting nekad berusaha mendapat kedudukan terbaik  dalam setiap kejohanan yang disertai. “’Alhamdullilah, apa yang diusaha itu berbaloi pada perlumbaan kali ini, selain mampu mencapai catatan masa terbaik sejak menyertai  beberapa siri kejohanan basikal lasak sebelum ini.“Saya akan terus menyertai kejohanan seterusnya, sekiranya diberi peluang,”” katanya selepas menerima hadiah kemenangan pada  Kejohanan  Lingai Challenge 2017 di Gong Lingai Batu Rakit, hari ini.Majlis penyampaian hadiah  disempurnakan Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Manakala  Flag Off disempurnakan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil kira-kira jam 8 pagi.Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi bagi  menyahut  kejohanan itu yang  menawarkan  hadiah menarik beserta cabutan bertuah  dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000. Berdasarkan jumlah itu, 40 peserta adalah dari  Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina. Sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu ClosedBagi kategori Men Open, Saufi Mat Senan memenangi tempat pertama  dikuti Muaz Abd Rahim (tempat kedua) dan Anuar Manan ditangga ketiga
09 Sep 17
235
Empty Image
Setiap DUN Perlu Cari Inisiatif Adakan Program Gaya Hidup Sihat Dan Tangani Kos Sara Hidup
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan semua pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan program ke arah gaya hidup sihat serta mampu mengurangkan bebanan hidup rakyat yang menepati satu daripada konsep tiga P iaitu menangani peningkatan kos sara hidup.Katanya, terpulang kepada inisiatif dan kreativiti pemimpin untuk mengatur program yang mampu memberi manfaat dan melibatkan semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia serta peringkat."Ada sesetengah DUN yang mengadakan program 'free market' dan lawatan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan dan meringankan bebanan masyarakat setempat."Di Jertih Besut pada minggu lepas sempena Hari Peladang dan Penternak dengan kerjasama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa di pasaran serta ini satu cara membantu masyarakat, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Sihat Merdeka Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar.Program kempen gaya hidup sihat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena Karnival Sukan DUN Seberang Takir sepanjang tiga hari bermula Khamis lalu, melibatkan acara gegar 10, 000 langkah merdeka dan juga senamrobik menangani kos sara hidup.Menurut Ahmad Razif lagi, inisiatif mengadakan cabutan bertuah berupa bekalan asas seperti minyak, beras dan pelbagai keperluan dapur melalui acara senamrobik itu sekali gus sebagai meringankan bebanan hidup masyarakat dan langkah penyelesaian kos sara hidup jangka pendek.
09 Sep 17
29
Empty Image
UMNO Terengganu Mampu Kekal Pentadbiran
UMNO Terengganu masih kuat dan mampu kekal memerintah negeri ini bersandarkan perpaduan di kalangan ahli serta semua pemimpin terutama Menteri Besar dan mantan-mantannya.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persengketaan lalu adalah manisfestasi sejarah silam yang sudah berlalu dan perbezaan perlu diketepikan demi kepentingan UMNO serta  Barisal Nasional (BN)."Saya ingin beritahu kepada seluruh kepimpinan jangan pernah usik-usik UMNO dan BN Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini (Menteri Besar (MB), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan mantan MB, Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said). InsyaAllah Terengganu masih milik BN dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) nanti," katanya.Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kemaman  di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.Hadir sama,  Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said dan Timbalannya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Shaheda Jusoh.Ahmad Zahid berkata, beliau juga kagum dengan kesungguhan UMNO Bahagian itu yang melakukan transformasi selaras matlamat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak."Saya percaya perwakilan yang hadir pada hari ini merupakan terdiri daripada seluruh UMNO Kemaman," katanya.Menurut Ahmad Zahid lagi, segala permasalahan yang berlaku di kalangan parti pembangkang adalah satu peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula kerusi yang ditawan pembangkang sekali gus mengekalkan kemenangan serta pemerintahan."Bukan hanya kelemahan dan perpecahan musuh politik tetapi yang utama perpaduan dan kekuatan kepimpinan serta keahlian jika kesatuan dapat dikukuhkan maka kita dapat rampas semula kerusi kalah."UMNO dan BN tidak mahu kehilangan kuasa dalam PRU ini kerana dari sejarah yang kita pelajari akibat kehilangan negeri yang pernah kita alami dulu. Kita tidak akan pernah sanggup untuk tinggalkan kepentingan rakyat," katanya.
08 Sep 17
137
Empty Image
Kesepaduan Tiga Pemimpin Pastikan Kemenangan BN Dalam PRU-14
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Persidangan  Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Daerah Kemaman, hari ini. Foto oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail"Jadikan kesepaduan tiga pemimpin ini sebagai contoh dalam membentuk perpaduan khususnya kepada pemimpin dan anggota parti," kata Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, gandingan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif bersama bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said dilihat mampu memastikan UMNO terus menang di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gandingan kerjasama dalam membangunkan parti dan negeri itu juga berupaya melenyapkan segala kontroversi yang pernah timbul sebelum ini."Realitinya adalah Ahmad dan Idris bukan lagi Menteri Besar Terengganu tetapi duduk diatas pentas bersama-sama Ahmad Razif. Ini menunjukkan sejarah silam telah berlalu. Perbezaan sudah diketepikan demi kepentingan UMNO."Jangan pernah usik UMNO dan Barisan Nasional(BN) Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini. Insyallah Terengganu masih milik BN pada PRU-14 nanti," ujarnyaBeliau berkata demikian ketika berucap me­rasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua UMNO Bahagian Kemaman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Ahmad Said; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.Ahmad Zahid berkata, beliau yakin dengan pencantuman idea ketiga-ketiga pemimpin itu bagi menzahirkan pelbagai pembangunan untuk kebaikan rakyat negeri ini dapat direalisasikan berdasarkan pengalaman masing-masing dalam menangani era dan politik di Terengganu.
08 Sep 17
67
Empty Image
16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut
Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut.Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, penemuan hasil kajian inventori spesies ikan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan taburan spesies ikan darat di negeri ini.Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu yang diberi tanggungjawab menjalankan kajian itu selama tiga hari mulai 10 Julai lalu di Sungai Besut.Menurutnya, hasil kajian itu turut membuktikan banyak ikan darat termasuk ikan kelah, lampam, baung dan sebarau membiak dengan baik di sungai berkenaan.Oleh itu, katanya, kerajaan memerlukan penguatkuasaan yang lebih kerap bagi membendung aktiviti menuba secara haram yang boleh menyebabkan spesies hidupan laut berkenaan pupus.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata demikian selepas majlis pelepasan benih ikan ke perairan umum di Empangan Jajar Gong Duek, Jertih, hari ini.Pada majlis itu sebanyak 61,000 ekor  benih ikan lampam sungai dan 5,000 ekor benih ikan baung bernilai RM20,000 dilepaskan di perairan berkenaan.“Benih ikan yang dilepaskan itu diharapa dapat membiak dan bergerak menuju Sungai Besut iaitu sungai utama di daerah ini,” katanya.Muhammad Pehimi berkata, kerajaan melalui Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sudah melepaskan 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama seluruh negeri sejak 2008.Beliau berkata, ketika ini terdapat 240 nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan mereka turut diberikan elaun bulanan RM200 sebulan sebagai bantuan sara hidup.
07 Sep 17
372