Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Lancar Misi Bantuan Untuk Rohingya
Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya mula dilancarkan hari ini sehinga 10 Oktober ini oleh kerajaan negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri mensasarkan kutipan sehingga RM1 juta dalam kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ bagi membantu etnik yang kini berada di kem pelarian Bangladesh.Ketua Urusetia kempen tersebut, Samiun Salleh berkata, kempen yang digerakkan oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) itu mula dilancarkan hari ini sehingga 10 Oktober melibatkan semua jabatan, agensi kerajaan, GLC dan NGO.Katanya, kempen yang bertemakan sekampit beras untuk Rohingya itu adalah bermaksud sumbangan dari segi wang ringgit daripada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membeli sekampit beras bagi setiap mangsa pelarian etnik Rohingya.“Pemilihan kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah kerana kini lebih 400,000 pelarian etnik Rohingya berada di sana dan jumlah tersebut adalah antara yang teramai.“Kempen Terengganu for Rohingya yang melibatkan semua jabatan, agensi kerajaan, GLC, NGO, badan swasta dan individu untuk mengumpulkan dana yang diperlukan dengan sasaran RM1 juta,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Samiun berkata, beberapa tempat turut terlibat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.“Tabung ini juga akan diletakkan di beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara terus dengan pelanggan seperti UTC dan sebagainya.“Selain itu, SSTTB dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui tabung Terengganu for Rohingya yang akan diletakkan di setiap masjid di negeri ini dan penglibatan kempen tabung sumbangan dalam setiap program-program rasmi kerajaan negeri,” katanya.Tambahnya, diharapkan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya.
19 Sep 17
99
Peranan JPP Tidak Bertindih Dengan Tugas JKKK
Datuk Halimah bersama anggota JPP selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini- Tengku Syamim Tengku Ismail Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan majlis PBT atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata penubuhan JPP yang berlandaskan undang-undang adalah kaedah terbaik dalam mengukuhkan interaksi antara penduduk dan kerajaan.Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga adalah satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.Add caption"Soal pertindihan kuasa atau pengambilalihan peranan tidak timbul lebih-lebih lagi anggota (JPP) yang dipilih terdiri daripada kepimpinan masyarakat di zon masing-masing dan syarat utama ialah anggota terbabit mesti bermastautin di kawasan itu."Di kampung, JKKK rapat dengan penduduknya dan selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah mereka. Konsep JPP sama seperti JKKK,”katanya.Halimah berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, setiap ahli JPP yang dilantik akan menjadi wakil rakyat 'kecil' untuk membawa suara masyarakat bandar dalam isu-isu perbandaran dan mencadangkan sesuatu untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.“Segala aduan atau masalah yang disuarakan masyarakat bandar akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan akan dipanjangkan kepada PBT bagi mencari jalan penyelesaian,”katanya. Di Terengganu seramai 1,414 anggota JPP telah dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun iaitu mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019. Pelantikan menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap mengikut zon.
19 Sep 17
211
YPKT Tawar Pinjaman Kepada 2,246 peserta Program Jati Diri
Seramai 2,246 peserta Program Jati Diri (PJD) aktif membuat pinjaman membabitkan RM2.8 juta melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata kebanyakan peminjam menjalankan perniagaan jualan makanan, kedai runcit, jahitan, penternakan, salun kecantikan, kedai pengantin, jualan langsung dan pertanian.“Mana-mana isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak membuat pinjaman sehingga RM20,000 atau bergantung kepada jenis peniagaan yang diusahakan.“Syarat pinjaman cukup mudah iaitu mengutamakan suri rumah dan ibu tunggal. Golongan belia dan kaum lelaki dipertimbangkan jika bersesuaian,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.Menurutnya, syarat lain, peminjam perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri empat peserta yang akan berperanan sebagai penyokong, pemerhati dan penasihat.“Kaedah ini (berkumpulan) berjaya mengurangkan risiko kegagalan projek dan juga pembayaran balik pinjaman,”katanya.
18 Sep 17
67
271 Pasangan Kahwin Serentak Catat Dalam MBOR
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan program Perkahwinan Perdana yang dirintis tahun lalu dengan 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Berdasarkan jumlah itu, Dungun mencatatkan bilangan paling ramai iaitu 48 pasangan, diiikuti Kemaman (42 pasangan), Marang (39 pasangan) , Kuala Nerus (36 pasangan), Kuala Terengganu (34 pasangan), Setiu (25 pasangan), Besut ( 24 pasangan ) dan Hulu Terengganu pula 23 pasangan pengantin.Program bertujuan meringankan beban pasangan dan keluarga mereka di samping mempermudahkan urusan melangkah ke fasa baharu kehidupan itu dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR)Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu adalah cadangan daripada rakyat, disampaikan kepada kerajaan negeri melalui bengkel Belanjawan atau “Lab Bajet.Katanya, tahun lalu, seramai 217 pasangan telah diraikan, manakala pada hari ini, YPKT berjaya menambah bilangan pasangan kepada 271 pasangan di seluruh Terengganu. “Ini adalah sebahagian kecil daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban di kalangan rakyat akibat peningkatan kos sara hidup,”katanya ketika berucap pada majlis itu.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud. Roslee berkata , inisiatif itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang kurang berkemampuan mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos perkahwinan yang semakin meningkat.“Pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menaikkan peringkat umur pemohon kepada 18 tahun hingga 35 tahun berbanding 30 tahun pada tahun lepas."Begitu juga dengan pendapatan pasangan dikurangkan kepada RM3,000 berbanding RM3,500 manakala pendapatan ibu bapa pemohon dikekalkan RM5,000 kebawah,”katanya.Selain majlis perkahwinan mereka di taja, pasangan juga akan turut menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuk Pakej Bulan Madu dalam usaha membimbing mereka mencorak keluarga bahagia.
16 Sep 17
165
Beberapa Pihak Pohon Jadi Pengendali Kemudahan Pelancongan Di Tasik Kenyir
Menteri Besar bersama kenamaan lain melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri sedang menimbang permohonan daripada beberapa pihak sebagai pengendali kemudahan pelancongan di Tasik Kenyir termasuk hotel dan Taman Tema Air, di Pulau Poh.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya menilai tawaran yang mampu diberikan dan memilih yang terbaik bagi melancarkan operasi dan pengurusan di pusat peranginan itu nanti.“Jika tawaran mereka sesuai dengan kehendak, kita tiada masalah untuk menimbangkannya dan dapat bersama-sama memastikan kemudahan yang ada di Tasik Kenyir mampu menjadi katalis bagi menarik minat pelancong ke pusat pelancongan ini,”katanya.Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail.Menurut Menteri Besar, hotel yang baru dibangunkan dengan kos RM100 juta dilengkapi 150 bilik itu dijangka siap dalam tempoh 13 bulan lagi.Tambahnya, kemudahan penginapan setinggi lapan tingkap yang turut dilengkapi 1,000 lot parkir itu bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018 bagi memenuhi keperluan pelancong yang semakin bertambah.Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai prasarana dan kemudahan baharu akan dibangunkan kerajaan negeri bersama Ketengah di Tasik Kenyir yang merangkumi Pengkalan Gawi , Pulau Bayas dan juga Pulau Poh dalam masa terdekat ini.“Selain pulau bebas cukai di Pengkalan Gawi, kerajaan negeri menyerahkan kepada TTITC (Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu) supaya dapat membuat reka bentuk membangunkan kiosk di kawasan ini dengan bercirikan tradisional dan signifikan dengan Tasik Kenyir,”katanya.Ahmad Razif berkata, pihaknya turut mengenal pasti satu lokasi yang sesuai di Pulau Bayas untuk mewujudkan `night market’ atau pasar malam eksklusif bagi memberi peluang peniaga tempatan memasarkan produk tempatan mereka kepada pelawat.Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mahu supaya hospitaliti kepada pelancong dititik beratkan dalam usaha menarik lebih ramai pelawat ke tasik berkenaan dan juga pusat pelancongan di Terengganu keseluruhannya.“Kita mahu supaya `frontliner’ dihantar menjalani kursus untuk melayani dan berinteraksi dengan pelanggan sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh T-TAS (Skim Latihan Perantisan Pelancongan Terengganu) sebelum ini, kepada pengusaha restoran dan kedai makan."Selain infra dan kemudahan, kita juga mahu menekankan layanan kepada pelanggan kerana kita mahu supaya pelawat merasakan mereka mahu datang lagi dan mengulangi kunjungan ke Terengganu hasil layanan dan aspek hospitaliti yang terbaik itu,'' katanya.
14 Sep 17
269
MB Rakam Takziah Buat keluarga Mangsa Kebakaran Tahfiz
Menteri Besar ketika berucap sempena pelancaran Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran yang mengorbankan nyawa lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar tahfiz di Kuala Lumpur, awal pagi ini.Beliau yang turut terkejut dengan kejadian itu berharap perkara itu menjadi ikhtibar kepada semua pihak khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta pejabat daerah dalam meningkatkan aspek keselamatan bangunan sebelum diduduki."Saya bagi pihak seluruh kerajaan negeri dan rakyat Terengganu melahirkan rasa sedih dan meminta pihak yang bertanggungjawab sentiasa memastikan bangunan pelajar tahfiz, pelajar swasta dan juga kelas tuisyen sentiasa dalam keadaan selamat."Saya harap pemeriksaan dan pemantauan dipertingkatkan dan dijalankan dengan teliti terutama di Terengganu supaya bangunan mengikut peraturan ditetapkan agar tragedi ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,"katanya.Beliau mengulas kejadian kebakaran yang mengorbankan 25 pelajar dan tenaga pengajar dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, jam 5.30 pagi tadi.Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail.Beliau berkata, peristiwa menyayat hati seperti itu boleh dielakkan jika semua pihak sentiasa peka dan mengutamakan tahap keselamatan penghuninya.Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur kebakaran dipercayai berlaku bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan tiga tingkat itu.
13 Sep 17
35
Penjawat Awam Perlu Utamakan Kesihatan Untuk Tingkat Produktiviti Kerja
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menasihatkan semua penjawat awam negeri ini agar memberi keutamaan kepada kesihatan diri supaya dapat meningkatkan produktiviti dalam melaksanakan kerja dan tugas yang diamanahkan.Katanya, mereka perlu membudayakan gaya hidup sihat antaranya dengan mengamalkan pemakanan seimbang serta membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelak daripada menghidap pelbagai penyakit.“Pada November tahun lepas, Menteri Kesihatan Dato’ Dr. S. Subramaniam telah menyatakan bahawa tahap kesihatan rakyat Malaysia amat membimbangkan, justeru penjawat awam perlu melihat kembali tahap kesihatan masing-masing. “Di Malaysia, ada tiga penyakit yang sering dihidapi masyarakat kita iaitu buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi serta termasuk juga diabetes dan obesiti,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.Katanya, kerajaan negeri turut mengambil beberapa langkah untuk memastikan kakitangan awam berada dalam tahap kecergasan dan kesihatan yang baik.“Kita telah mulakan dengan semua pemandu dimana mereka ini dibekalkan dengan kad kesihatan agar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap gula dalam air kencing dan kolestrol sebulan sekali.“Kita juga bercadang untuk memastikan penjawat awam lain melaksanakan pemeriksaan sama khususnya yang berumur 35 tahun ke atas,” ujarnya.Katanya, penjawat awam sebenarnya cukup beruntung kerana keadaan kesihatan setiap individu diambil cakna oleh pihak jabatan termasuk di peringkat negeri mahupun persekutuan.“Justeru, saya harap kita lakukan apa yang sepatutnya untuk jaga kesihatan dan bebaskan diri kita dari sebarang penyakit,” ujarnya.
13 Sep 17
131
Kerajaan Negeri Laksana TGTP Oktober Ini
Ahmad Razif ketika berucap di Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri melalui Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) akan melaksanakan program Terengganu Graduate Transformation Programme (TGTP) sebagai usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, selewatnya Oktober ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perlaksanaan TGTP adalah penambahbaikan Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) dengan memberi ruang kepada siswazah menganggur menimba pengalaman berkhidmat di agensi dan syarikat terpilih.Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco hari ini dimana buat permulaan skim ini akan ditawarkan kepada 500 siswazah yang belum bekerja.“Dalam mesyuarat Exco tadi, kita telah membuat keputusan untuk melaksanakan TGTP untuk siswazah menganggur dan bercadang dapat laksanakan Oktober ini.“Sebagai permulaan, kerajaan negeri bersetuju untuk mengambil 500 orang siswazah menganggur dalam pelbagai bidang termasuk pelancongan, perladangan, perniagaan dan sebagainya bagi memberi ruang kepada mereka menimba pengalaman yang mungkin membuka peluang untuk diserapkan di tempat mereka menjalani latihan.“Elaun bagi mereka yang dipilih mengikuti program latihan sambil kerja selama enam bulan ini adalah sebanyak RM1,000 sebulan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim.Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga berusaha memastikan pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.Katanya, menerusi program sifar pelajar lepasan tingkatan 5 tidak ke pusat pengajian, Yayasan Terengganu akan dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan data-data anak Terengganu yang tidak berjaya ke pusat pengajian.“Mereka ini kita akan bantu dengan diberikan latihan kemahiran dan teknikal menerusi penawaran mengikuti kursus-kursus kemahiran yang diminat di tiga institusi kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti TATi (TATiUC), Tesdec dan Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC),” ujarnya.
13 Sep 17
90
Terengganu Belanja RM644,700 Elaun Guru Khidmat Masyarakat Di Dua Parlimen
Kerajaan negeri membelanjakan RM644,700 bagi membayar elaun bulanan kepada 768 guru khidmat masyarakat Yayasan Islam Terengganu (YIT) di Parlimen Kuala Terengganu dan Marang.Penyampaian elaun bagi tempoh tiga bulan bermula April lalu berjumlah RM300 setiap bulan turut termasuk guru dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit dan Manir.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri melalui YIT membelanjakan kira-kira RM700,000 sebulan bagi membayar elaun guru pengajian agama dan al-Quran di seluruh Terengganu."Khidmat guru agama bersama-sama kerajaan negeri dalam memenuhi tuntutan Islam di Terengganu amat dihargai."Sebagai penghargaan kerajaan negeri membelanjakan RM644,700 untuk semua yang hadir hari ini,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Elaun Guru Khidmat Masyarakat YIT, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah YIT, Dato' Dr. Alias Abdullah.Menurut Dr Alias, sehingga kini terdapat 2,444 kelas pengajian agama dan al-Quran melibatkan 1,942 guru di seluruh Terengganu.Daripada jumlah itu, 1,428 kelas al-Quran kampung melibatkan 1,430 orang guru, 651 kelas al-Quran dewasa (317 ), 28 kelas al-Quran belia (24), 60 kelas berzanji (29) dan 275 kelas agama dewasa melibatkan 144 orang guru.
13 Sep 17
269
Kerajaan Negeri Belanja Lebih RM3 Juta Hantar Enam Pelajar Ke UK
Ahmad Razif (tengah) berbual dengan pelajar cemerlang yang bakal melanjutkan pengajian di UK pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke United Kingdom (UK) di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKerajaan negeri membelanjakan lebih RM3 juta bagi menghantar enam pelajar mengikuti Program Berkembar Nottingham University, UK tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kesemua pelajar akan berlepas minggu depan bagi mengikuti pengajian dalam bidang farmasi, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik dan elektrikal, nutrisi serta pengurusan akaun dan kewangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun.“Sehingga September 2017, seramai 308 pelajar sedang menyambung pengajian di luar negara melibatkan tajaan RM22.3 juta. “Daripada jumlah itu, seramai 92 pelajar menyambung pengajian ke Rusia, 72 (Jordan), 53 (Mesir), 41 (UK), 26 (Mesir), 17 (Jerman), dua (Australia) dan masing-masing seorang di Amerika Syarikat dan Maghribi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke United Kingdom (UK) di Wisma Darul Iman,hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim.Sementara itu, penerima biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (program Saintis Islam Terengganu), Muhammad Nur Irfan Mohd Zameri, 20, menzahirkan kesyukuran atas tajaan yang diterima.Beliau yang menyimpan hasrat menjadi saintis Islam pertama Terengganu akan melanjutkan pengajian dalam bidang aeroangkasa di Universiti Manchester, United Kingdom (UK) turut berkongsi rahsia kejayaan sehingga berjaya sampai ke tahap itu.Katanya selain fokus, seimbangkan aktiviti luar dan dalam kelas beliau mengamalkan amalan membaca al-Quran setiap hari.“Saya akan membaca sekurang-kurangnya satu helaian al-Quran setiap hari dan ia menjadi amalan saya dari dulu hingga kini,” katanya.Muhammad Nur Irfan yang berasal dari Kampung Sungai Kerak, Marang ditemani bapanya, Zameri Abdullah, 55 dan ibu, Norbaini Mohamed, 42 ketika menerima penyerahan wang pendahuluan diri pelajar yang disampaikan Ahmad Razif.Sebagai permulaan, bekas pelajar cemerlang (10A) Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu itu mendapat tajaan biasiswa sebanyak RM854,000 merangkumi pengajian di peringkat A-Level dan ijazah pertama selama empat tahun bermula September 2017.Muhamad Nur Irfan sebelum ini telah mengikuti program persediaan (A-Level) selama dua tahun di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Perak dengan mendapat keputusan cemerlang AAA* serta berjaya mendapat tawaran dari Manchester University bagi mengikuti kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Aero Angkasa selama empat tahun.
13 Sep 17
241