Artikel "Utama" Terkini
Kejar'17 Sasar 100,000 Ahli Sahabat Gerah, Sama-Sama Tolak Rasuah
Dzulkifli (dua dari kiri) bersama Marzuki (dua dari kanan) dan Mohd Zaki (paling kanan) menanam pokok sebagai simbolik kempen Sahabat Gerah sempena program Kejar'17 di Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimKira-kira 60,000 rakyat Malaysia menjadi ahli Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) sejak dilancarkan bermula 1 Ogos lalu sehingga kini.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, Sahabat Gerah berperanan sebagai mata dan telinga kepada SPRM untuk melaporkan sebarang perlakuan rasuah kepada SPRM, selain menyumbang tenaga dalam usaha pencegahan rasuah dan menjadi model kepada masyarakat.Katanya, kempen untuk menambah keahlian Sahabat Gerah dipergiatkan menerusi Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar'17) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia sejak 18 September lalu.“Inisiatif kempen sahabat Gerah untuk mendekati masyarakat bagi menggalakkan mereka agar bersama SPRM dengan sasaran Sahabat Gerah dapat mencapai sehingga 100,000 orang."Kita mahu masyarakat menjadikan SPRM sentiasa dekat dan menjadi milik rakyat Malaysia..kerana kita akan sentiasa membela rakyat yang dianiaya oleh mereka yang menyalahguna kuasa dan tamak harta,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar17) dan Program IM4U Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Marzuki Endut dan Setiausaha Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, Maldiana Abd Patah.Program yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Puspanita Terengganu turut menyampaikan bantuan kepada 50 ibu tunggal berupa bekalan dapur dan selimut.Sementara itu, program Kejar'17 berlangsung selama 12 hari disertai 40 motosikal dan sebuah bas yang membawa pegawai kanan SPRM.Dzulkifli berkata, melalui program itu pegawai SPRM akan menjelajah ke setiap negeri untuk mendekati masyarakat dan memberi pendedahan mengenai rasuah serta salah guna kuasa yang sering berlaku sekaligus mahu masyarakat bersama-sama menolak rasuah.
22 Sep 17
113
Jaafar, Bekas Pensyarah KUSZA Dianugerah Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Jaafar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017M Negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh Tg Mohd Syamim Tg IsmailBekas pensyarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Jaafar Hassan diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017M Negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.Penyampaian hadiah dan cenderahati berupa wang tunai RM10,000 beserta pakej umrah bernilai RM10,000 selain sepersalinan RM500; piala iringan dan sijil penghargaan disampaikan Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis tersebut.Jaafar yang dilahirkan pada 17 Februari 1936 di Kampung Daik, Kuala Terengganu berkongsi hidup bersama Afaf Abdul Rahman El-Nagar dikurniakan tiga orang cahaya mata dan kini mempunyai 11 orang cucu dan tiga orang cicit.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Paya Bunga peringkat rendah dan meneruskan peringkat menengah di Madrasah Sultan Zainal Abidin, Ladang.Minat mendalam dalam bidang agama turut membawa pendakwah ini ke luar negara pada tahun 1952 untuk meneruskan pelajaran di Madrasah Al- Mansuriah dan Maahad Al-Ilmi As-Saudi, Mekah malah turut menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir.Beliau merupakan anak Melayu pertama menerima Anugerah Pingat Emas Syahadah Tertinggi di Majlis Idul Ilmi yang disampaikan oleh Presiden Jamal Abdul Nasir pada 1962 di samping berjaya mendapat Syahadah Al-Aliah (BA) ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.Lebih membanggakan apabila, kejayaan KUSZA mendapat pengiktirafan luar merupakan hasil usaha beliau yang berjaya berunding dengan pihak Universiti Al-Azhar bagi pengiktirafan Syahadah Lulusan KUSZA.Jaafar ketika ditemui pada majlis tersebut menzahirkan rasa syukur atas penganugerahan yang diterimanya itu.Beliau berkata, penghargaan ini menjadi satu tanggungjawab dan perangsang untuk beliau meneruskan usaha dalam bidang dakwah.“Saya akan terus menyampaikan dakwah dan mengharapkan generasi muda termasuk para pensyarah turut sama mengembangkan syiar Islam demi kemajuan Islam. “Alhamdulillah, masyarakat Terengganu masih lagi kuat berpegang kepada agama Islam dan diharapkan ianya akan berterusan,” ujarnya yang masih aktif mengadakan kelas pengajaran agama di Masjid Tengku Sulong Padang Negara, Kuala Ibai berhampiran rumahnya pada setiap minggu.Jaafar juga giat menyiapkan buku berkisarkan masyarakat Islam walaupun usianya kian meningkat.
21 Sep 17
353
Sultan Mizan Seru Masyarakat Perkukuh Perpaduan
Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru masyarakat negeri ini khususnya supaya memperkukuh perpaduan, berusaha mencari titik persefahaman dan berhijrah ke arah hidup yang lebih sempurna berlandaskan ajaran Islam sebenar.Baginda bertitah, jadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang perselisihan. "Al-quran melarang umat Islam dari berpecah belah sebaliknya menuntut semua ahli masyarakat bersatu padu dan berusaha menjadikan negara kuat dari segala aspek. "Dengan itu, kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan,"ujar baginda dalam titah ucapan sempena Majlis sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M peringkat negeri di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Titah ucapan baginda dibacakan Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut mengiringi Tengku Sri Temenggong Raja, isteri beliau To' Puan Seri Nabilah Dato' Mahmud Khan. Turut hadir, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To ' Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Mohd Zubir Embong dan isteri To' Puan Ramizah Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan isteri To’ Puan Hanis Hamid, ahli-ahli pangkuan diraja dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.Titah Sultan Mizan, tugas menjaga kesejahteraan negara dari dicerobohi musuh Islam sama ada secara terang-terangan atau halus adalah tanggungjawab umat Islam.“Justeru, jadikan tahun baru hijrah ini sebagai titik tolak penigkatan amal kebaikan dan berhijrah ke arah hidup bermatlamat dan berlandaskan ajaran Islam sebenar,” ujar baginda.
21 Sep 17
1296
Umat Islam Disaran Kekalkan Kesatuan Ummah
Dato' Mohd Zubir membacakan ucapan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 2017 di Masjid Sultan Ismail, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Umat Islam di Malaysia disarankan agar mengekalkan kesatuan ummah di negara ini bagi mengelakkan peristiwa yang berlaku di negara-negara lain sesuai dengan tema Sambutan Ma’al Hijrah ' Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tema tersebut sebenarnya merupakan salah satu gagasan usaha yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sewaktu peristiwa hijrah.Katanya, beberapa langkah boleh diambil bagi mengekalkan kesatuan ummah di negara ini supaya peristiwa yang berlaku di Syria, Iraq mahupun penganiayaan yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya."Antara langkah yang boleh kita ambil ialah pertama mengutamakan maslahah ummahmengatasi kepentingan dan maslahahperibadi dan yang kedua asas-asas kenegaraan dan prinsip-prinsip utama Islam yang disepakati hendaklah dipelihara dan dihormati."Seterusnya, berpegang teguh dengan Mazhab Shafie dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab rasmi negara. Keempat, solat berjemaah di masjid dan surau hendaklah dijadikan satu amalan dan budaya kita bagi memupuk kesatuan ummah di negeri ini."Terakhir, kita hendaklah menjauhi sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, buruk sangka, mengadu domba dan memfitnahsesama sendiri yang boleh mengakibatkan perbalahan sesama kita," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Ucapan tersebut dibacakan dalam Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim.Dalam majlis tersebut, bacaan doa akhir tahun hijrah terlebih dahulu dibacakan sebelum memulakan solat Magrib berjemaah.Selesai solat magrib, majlis diteruskan dengan bacaan doa awal tahun, solat sunat hajat dan bacaan surah Yasin.Majlis tersebut diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz.
21 Sep 17
101
50,000 Peserta Bakal Sertai LAJSM Sabtu Ini
Seramai 50,000 peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 Sabtu ini.Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato’ Wan Hisham Bin Wan Salleh berkata, LAJSM kali ini merupakan platform untuk mempromosi pelancongan negeri ini yang diberi tema “Vacay-Run” iaitu mempromosi pelancongan sukan “Sporst Tourism” sempena Tahun Melawat Terengganu. Katanya, LAJSM yang menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai lebih RM204,000 menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 5 kilometer dan 3 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’.“Buat pertama kalinya pada tahun ini, Persatuan Olahraga Amatur Terengganu diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk mengurus dan menjayakan LAJSM dengan tema “Vacay Run 2017” iaitu berlari dan melancong sempena LAJSM2017,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, namun kali ini terdapat kelainan masa pelepasan.
“Ia akan bermula pada pukul 12 malam dan dijangka berakhir pada pukul 10 pagi,”katanya.
20 Sep 17
84
Pengusaha Madu Kelulut Peroleh Pendapatan Lumayan
Majlis Penyampaian Sijil Madu Kelulut ExxonMobil-YDSM 2017 di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu, semalam- Foto: Tg Syamim Tg IsmailHanya bermodalkan RM300, seorang ibu tunggal dari Kampung Binjai, Kemaman berjaya mengembangkan perusahaan madu kelulutnya sehingga produk yang dihasilkan mampu meraih pendapatan bulanan mencecah RM3,000.Mula menternak kelulut secara kecil-kecilan pada 2014, Norhamiza Mohd Nor, 42 pernah mempunyai 80 sarang madu kelulut di sekitar kawasan rumahnya iaitu kelulut dari jenis Itama dan Thoracica.Penglibatannya dalam perniagaan itu setelah melihat potensi madu kelulut yang sangat positif di pasaran tempatan dan luar negara.Katanya, apa yang menarik madu kelulut mempunyai khasiat tiga kali ganda berbanding madu lebah-lebah yang lain.“Mungkin ramai yang beranggapan ternakan madu kelulut ini satu perusahaan yang mudah tetapi jika tidak mempunyai ilmu tentang penjagaannya, ia akan menjadi kerja yang sukar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Madu Kelulut ExxonMobil-YDSM 2017 di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.Penyampaian sijil kepada 26 peserta, termasuk Norhamiza yang diumumkan sebagai peserta terbaik disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd. Fadzli Yusof.Program selama tiga hari yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif ExxonMobil dalam usaha meningkatkan peluang dan penglibatan golongan wanita di bidang ekonomi melalui usaha pembangunan kemahiran di samping penyediaan program sokongan.Sementara itu, Dato’ Fadzli, berkata program terbaharu itu dilaksanakan susulan kejayaan program sama membabitkan projek perusahaan cendawan dalam kalangan ibu tunggal dan beliawanis yang dirintis Exxonmobil dan YDSM sejak 2008.Katanya, kali ini ExxonMobil menyumbangkan kira-kira RM70,000 bagi program perusahaan madu kelulut dan pihaknya proaktif untuk memantau peserta terutama dalam tempoh tiga bulan pertama, “Diharap latihan dan sokongan yang disediakan dapat memberi rangsangan kepada mereka terutama dalam memajukan diri sekali gus meningkat pendapatan masing-masing.“Inisiatif di bawah program latihan keusahawanan khas itu secara tidak langsung bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga. ,” katanya.
20 Sep 17
168
Marang Bersedia Lebih Awal Berdepan Kemungkinan Banjir
A. Latiff turut menyokong kempen Tabung Kemanusiaan Rohingya selepas Majlis Makan Malam Bersama A. Latiff Awang, ADUN Pengkalan Berangan Bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marang Tahun 2017/1438H di Dewan Utama, Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW PutraMarang satu-satunya daerah yang giat mengadakan persiapan awal bagi menghadapi musim tengkujuh memandangkan kedudukannya di pesisir pantai bermula dari Pantai Rantau Abang hingga ke Pantai Chendering yang lebih terdedah kepada bencana banjir besar dan luar jangka.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, persiapan awal termasuk memastikan 53 pusat pemindahan sementara dan 13 pangkalan hadapan di seluruh daerah itu bersiap sedia jika banjir melanda serta memerlukan pemindahan segera penduduk.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, persiapan lain termasuk pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan melibatkan semua agensi dan badan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marang seperti Pejabat Daerah Marang, Majlis Daerah Marang (MDM), Polis, Bomba Dan Penyelamat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah serta badan bukan kerajaan termasuk Jawatankluasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan penghulu mukim di kawasan terdedah banjir supaya dapat meminimumkan risiko kejadian itu.“Kita mahu semua agensi terlibat peka dengan persekitaran dan cuba meminumkan risiko banjir di kawasan yang terdedah dan kritikal.“Seperti sebelum ini, pada 2015 kira-kira 2,000 penduduk di sekitar Bukit Payong berpindah, jadi kita tidak mahu masalah itu berulang dan punca kejadian itu juga perlu kita selesaikan supaya masalah yang sama tidak timbul lagi,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Makan Malam Bersama A. Latiff Awang, ADUN Pengkalan Berangan Bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marang Tahun 2017/1438H di Dewan Utama, Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, malam tadi.Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed dan Yang Dipertua MDM, Rozali Salleh.A. Latiff juga berharap pertemuan semua JPBD itu dapat melicinkan dasar dan juga strategi bagi mengendalikan sesuatu bencana di daerah itu dan bukan hanya tertakluk kepada tragedi banjir sahaja, sebaliknya bersedia dalam sebarang kejadian lain seperti kebakaran, tanah runtuh serta lemas.
20 Sep 17
59
Isteri, Wanita Kakitangan Awam Kuala Nerus Digesa Sertai Puspanita
Isteri dan kakitangan awam wanita dalam daerah Kuala Nerus digesa menyertai Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) bagi memperkukuhkan cawangan baharu itu.Penasihat Puspanita Cawangan Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jawatankuasa yang dilantik diharap melipatgandakan usaha untuk meramaikan ahli-ahli Puspanita cawangan Kuala Nerus.“Dalam memperkukuh Puspanita yang paling bongsu ditubuhkan ini, semua pegawai-pegawai wanita yang berkhidmat serta isteri-isteri kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat di Kuala Nerus diseru mendaftar sebagai ahli,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kuala Nerus Kali Pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Kuala Nerus, Datin Nor Zaini Abd. Latiff.Kira-kira 200 isteri dan kakitangan awam daerah Kuala Nerus hadir pada mesyuarat agung tersebut.Tengku Farouk Hussin yang juga merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus berkata, penglibatan kaum wanita dalam Puspanita bukan sahaja dapat menambah ilmu pengurusan dan kepimpinan, tetapi mereka akan terlibat secara langsung dari segi perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti persatuan.Katanya, peranan setiap ahli amat penting bukan sahaja bagi mengukuhkan persatuan tetapi juga memastikan setiap pelaksanaan aktiviti dapat mencapai matlamatnya.“Malah, mereka juga perlu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan setiap perancangan dan aktiviti persatuan dapat berjalan lancar,” ujarnya.
20 Sep 17
460
Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Terengganu 29-30 September Ini
Acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh (KJH) bakal membuka tirai di Persiaran Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 hingga 30 September ini.Menerusi karnival ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon serta personaliti yang membintangi drama serta program-program yang bersiaran di TV3 dan TV9 antaranya ialah Ika Nabella, Afzan A Rahman, Anis Al Idrus, Zul Huzaimy, Shah Sulaiman, Zee, Acap, Faiz, Encik Mimpi, Taleep Mizad dan Majalah Gila Gila (Kartunis) dan sebagainya.Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan dan Strategi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin berkata, KJH sebelum ini bermula dari Kuala Lumpur, Kedah dan Melaka.Katanya, siri jelajah KJH pada kali ini membawa konsep meriah, bertenaga dan lebih klasik.“Kami merasa amat berbesar hati dengan sambutan hangat yang kami terima di lokasi sebelumnya. Kini tiba masanya untuk pihak kami memberikan penghargaan kepada penduduk pantai timur melalui Karnival Jom Heboh atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada program-program kami.“Kami turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu di atas kerjasama mereka dalam menjayakan Karnival ini, serta sentiasa mengalu-alukan kehadiran kami ke negeri yang serba aman damai ini. Oleh itu, kami mengundang kesemua warga Terengganu, dan juga warga negeri-negeri jiran seperti Kelantan dan Pahang untuk hadir beramai-ramai ke Karnival Jom Heboh di Kuala Terengganu ini,”katanya.Ujarnya, KJH kali ini akan dimeriahkan dengan lebih 20 gerai penaja yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Dua program bual bicara popular TV3 bakal bersiaran secara langsung di tapak Jom Heboh, pada pagi Jumaat iaitu Malaysia Hari Ini (MHI) dan Wanita Hari Ini (WHI).Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan pada KJH kali ini iaitu peraduan mewarna, kegiatan sukan, booth kesihatan, aktiviti khidmat masyarakat dan booth yang memberikan kelainan dalam pengisian yang lebih kepada kerohanian dan berkonsep islamik, sesuai untuk seisi keluargai iaitu Raudhah, bakal dikendalikan oleh Da’i Syed dan Da’i Luqman.“Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilkan selebriti popular, mereka akan menjual pelbagai jenis produk keluaran mereka yang dibawakan khas untuk para pengunjung.“Selain acara padang yang padat dengan pelbagai keseronokan, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan hebat oleh barisan penyanyi di Konsert Jom Heboh pada sebelah malam,"katanya.Konsert Jom Heboh akan menampilkan para peserta kelahiran Mentor Milenia seperti Fareez Fauzi, Qody, Zetty, Along, Syeera serta penampilan istimewa daripada Black pada malam hari Jumaat, manakala pada malam Sabtu pula, Konsert yang dianjurkan oleh radio Hot FM dan Kool FM bakal menampilkan Nastia, Neon, Akim & The Majistreet dan Siti Nordiana.
19 Sep 17
842
250 Peserta Sahut Cabaran Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017, 22-30 September Ini
Kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Armed Forces Parachute Association (MAFPA) serta Malaysia Parachute Association (MYPA) bakal menganjurkan Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rd Terengganu Challenge 2017) yang akan berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula 22 hingga 30 September ini.Sekretariat program, Kapten Amar Abd Aziz berkata, penganjuran melibatkan beberapa kategori itu turut disertai negara luar termasuk pasukan-pasukan tentera.“Seramai 250 peserta yang terdiri daripada anggota Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut Malaysia termasuk 40 peserta daripada Bahrain, China dan Indonesia.“Pada kejohanan kali ini, empat kategori dipertandingkan iaiatu ‘Accuracy Sport’, ‘Accuracy Military’, ‘Formation Skydiving’ dan ‘Canopy Formation Skydiving’ dengan menawarkan anggaran hadiah keseluruhan berjumlah USD10,000,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rd Terengganu Challenge 2017) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Amar berkata, selain daripada memperkenalkan sukan payung terjun di kalangan rakyat setempat, ia juga dijadikan sebagai salah satu platform memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan.Tambahnya, pelbagai acara sampingan turut dijalankan bagi menarik orang ramai dan peminat sukan ekstrim itu sepanjang kejohanan di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu nanti.“Pada 22 dan 23 September, kami mengadakan pertunjukan tempur tanpa senjata manakala pada 28 dan 29 September pula diadakan kawad senyap oleh pasukan tentera.“Selain itu, kami turut mengadakan pameran statik aset Tentera Darat, pameran kerjaya bersama Angkatan Tentera Malaysia serta sesi pengambilan perajurit muda Tentera Udara,” katanya.Dalam pada itu, Amar berharap agar orang ramai dapat meluangkan masa mengunjungi tapak kejohanan untuk menyaksikan sendiri kelainan serta kejutan yang bakal dipertontonkan nanti.
19 Sep 17
580