Artikel "Utama" Terkini
17 Petani Tuai 31,267 Pokok Cili Secara Serentak Di Terengganu Untuk MBOR
Che Wan Mohd. Saidi memetik cili di kebun miliknya sempena Program Penarafan Penuaian Cili Tersebar Oleh MBOR di Kampung Raja, Tepoh hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Seramai 17 petani negeri ini turut serta dalam program penuaian pokok cili terbanyak secara serentak untuk rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.Ketua Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Terengganu, Noaini Mamat berkata, penyertaan peserta dari 15 lokasi di seluruh daerah negeri ini untuk program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu adalah bagi menjayakan rekod MBOR yang menyasarkan satu juta pokok cili dituai secara serentak di seluruh negara.“Sebanyak 31,267 pokok cili pelbagai variasi seperti cili kulai, minyak dan solok milik 17 petani bimbingan Jabatan Pertanian Terengganu berjaya dituai pada hari ini.“Hasilnya akan dikumpulkan dan di bawa ke sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang untuk pengiktirafan MBOR," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses penuaian 3,567 pokok cili di kebun cili milik Che Wan Mohd. Saidi Che Wan Sulong di Kampung Raja, Tepoh, hari ini.Noaini berkata, Jabatan Pertanian Terengganu juga dalam usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai antara pengeluar cili utama negara.“Penanaman cili dipilih kerana permintaan terhadap hasil pertanian ini sangat tinggi dan kita menggalakkan peserta menaman cili untuk meningkatkan pengeluaran negara sekali gus berusaha mengurangkan kebergantungan kepada import cili dari negara luar,” ujarnya.
26 Sep 17
759
Bangunan Bijih Besi Dijadikan Muzium Kemaman
Bekas ibu pejabat bijih besi dalam daerah Kemaman kini menjadi bangunan yang unik dan dijadikan Mini Muzium Kemaman.Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, bekas bangunan ibu pejabat bijih besi tersebut dibeli oleh Malayan Banking ketika dahulu dan ia merupakan satu daya tarikan pelancong yang terletak di Kapung Dusun Nyoir, Bandar Chukai."Malayan Banking membeli bangunan itu yang berjumlah kira-kira 1 juta pada waktu dahulu dan beliau berhasrat untuk dijadikan muzium yang menempatkan gambar tokoh-tokoh tersohor di negeri ini," katanya. Menurut Yusof Abdullah, muzium yang terletak di Kemaman itu sudah mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai tahun lalu dan majlis perasmian dijangka dilakukan oleh bekas Menteri Besar dalam masa terdekat."Selain itu, muzium berkenaan merancang untuk mengadakan tiga pameran utama iaitu Khazanah Kampung China, Pameran Inovasi dan Pameran Haiwan Berbisa Antarabangsa," katanya.Menurut Yusof Abdullah, penubuhan Muzium Daerah Kemaman yang menfokuskan kepada individu-individu yang terbilang di negeri Terengganu dirancang dan dicetuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Muzium Daerah Kemaman dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu."Memandangkan negeri Terengganu memiliki ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa namun penubuhan Muzium Jasa Mu Dikenang ini dianggap perlu bagi mengenang jasa serta memberikan pengiktirafan yang sewajarnya.kepada mereka yang berkenaan."Insan yang mana dirinya ditonjolkan di dalam muzium ini merupakan antara jutaan rakyat negeri Terengganu yang amat berjaya di dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan,"katanya.Katanya, diharapkan agar muzium yang mempamerkan tentang biadota, pengorbanan, jasa serta perjuangan insan yang gemilang ini bakal memberikan 1001 maklumat yang berguna terutamanya kepada generasi baru."Selain itu, agar generasi baru dapat mencontohi, menjiwai dan seterusnya mencontohi kejayaan tokoh-tokoh ini dalam bidang masing-masing dalam mengharumkan nama negeri dan juga Negara," katanya,"katanya.
25 Sep 17
1003
Terengganu International Bike Meet Antara Terbesar Di Asia
Terengganu International Bike Meet (TIBM) Volume 2 2017 yang akan berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 29 September ini dijangka menjadi antara himpunan motor yang terbesar di Asia.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, pada tahun lepas, seramai 5,200 peserta menyertai program anjuran bersama kerajaan negeri dan Kelab Penunggang Motosikal Negeri Terengganu itu.Katanya, tahun lalu, lebih 20,000 pengunjung membanjiri tapak program sepanjang himpunan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu berkenan."Pada kali ini, kita adakan program ini di Dataran Shahbandar dan penganjur mensasarkan 7,000 peserta termasuk dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia."Penganjuran acara bermotosikal ini memang kerajaan negeri amat mengalukan kerana ia mensasarkan satu kumpulan yang mempunyai ramai pengikut. Jadi tahun ini penganjur meletakkan tidak kurang dari 25,000 pengunjung hadir ke program itu," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Terengganu International Bike Meet Volume 2 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, penganjuran TIBM tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan platform untuk melonjakkan Terengganu di mata masyarakat luar terutamanya kepada penggiat sukan permotoran.Tun Ahmad Faisal berkata, ianya juga dapat menyumbang kepada ekonomi negeri melalui aktiviti pelancongan.Dalam pada itu, presiden Kelab Penunggang Motosikal Negeri Terengganu, Ahmad Fanizar Bani Mat Taha berkata, untuk edisi kali kedua itu, penganjur memberi suntikan kelainan untuk memberi lebih peluang kepada anak Terengganu beraksi."Pertamanya, aksi lasak bermotosikal kebiasaannya di lakukan oleh pelagak ngeri dari luar namun kali ini kita gunakan anak Terengganu sendiri sama juga bagi persembahan pentas dimana Falah Bassim dan Purnama Band bakal beraksi di sini."Tahun ini juga, kita akan adakan konvoi ke Sekolah Pondok Iktifar, Langkap Baru yang mana program ke sana sambil menderma," katanya.
25 Sep 17
98
22 Trak Makanan Sertai Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan menghimpunkan 22 peniaga trak makanan dengan sajian lebih 100 menu menarik sempena Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu di perkarangan Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu.Mereka yang terlibat pada program selama dua hari dan berakhir 30 September itu akan menjual pelbagai menu antaranya, kambing bakar, burger bakar, minuman berjus dan makanan barat. Apa yang pasti, konsep dan menu yang disajikan itu tiada di kedai atau restoran lain.Aktiviti lain, gerai jualan dan pameran, seminar keusahawanan penyediaan sijil halal, pembelajaran, motivasi dan perkongsian ilmu serta pelbagai lagi acara sampingan sepanjang program tersebut. Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Noorul Husna A Rashid berkata, pihaknya komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan menggunakan trak atau Business on Truck khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.Katanya, dahulu, jika ingin membuka perniagaan, mereka memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai, malah perlu mencari lokasi sesuai untuk memulakan sesuatu perniagaan."Namun, konsep Business on Truck ini, selain tidak perlu memeningkan kepala memikirkan kos sewa bulanan premis, konsep ini juga membolehkan perniagaan ini dipromosikan kepada masyarakat di pelbagai tempat dan kawasan.“Inisiatif kreatif itu wajar diketengahkan sebagai pilihan kepada golongan muda yang ingin memulakan perniagaan,”katanya Menurut Noorul Huda, pihaknya juga mahu menggalakkan orang ramai khususnya golongan belia menyertai perniagaan seumpama itu sejajar dengan ikutan ramai pada masa kini."Konsep perniagaan menggunakan trak kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia di negeri ini.“Ia menjadi trending yang bukan hanya makanan yang diniagakan, malah beberapa produk lain juga sesuai dengan peredaran masa,” katanya.
25 Sep 17
250
Ahmad Nadzarudin CEO Baharu Golden Pharos Berhad
Golden Pharos Berhad (GPB), sebuah syarikat berasaskan pembalakan mengumumkan pelantikan Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa mulai 13 September lalu.Pelantikan Ahmad Nadzarudin yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University Of Houston, Amerika Syarikat dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University Of Warwick, England bagi menggantikan Mohd Adawi Ton Omar.Sebelum menyertai GPB, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Panglima iaitu syarikat yang terlibat dalam sumber asli berpoerasi di Malaysia, Laos dan Indonesia.Beliau pernah memegang pelbagai jawatan kanan di konglomerat Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan.Pada 2011, Ahmad Nadzarudin dilantik Ketua Bahagian Perkhidmatan di DRB-Hicom Berhad yang bertanggungjawab terhadap Puspakom dan Alam Flora.Sebelum itu, beliau adalah Ketua Pegawai Operasi PosLaju Courier Nasional, Pengurus Besar Perancang Korporat di Pos Malaysia Berhad dan Ketua Hal Ehwal Korporat di Prolink Development, sebuah subsidiary Renong Berhad.Mengulas mengenai pelantikan itu, Pengerusi GPB Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, beliau mengalu-alukan pelantikan seorang pemimpin yang berpengalaman dan berharap Kumpulan GPB akan memulakan aliran pertumbuhan di bawah kepimpinan baharu ini.Untuk rekod, GPB adalah anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia terlibat dalam pengurusan konsesi hutan; pembalakan dan pengagihan; pengilangan papan dan pemprosesan tambah nilai barangan berasaskan kayu; pengilangan serta penjualan panel kaca seni binaan.
25 Sep 17
1813
Pengunjung Festival Kenyir 2017 Lepasi Sasaran
Festival Kenyir 2017 yang diadakan selama empat hari bermula 14 September lepas berjaya melepasi sasaran apabila mencatat kedatangan seramai 75,751 orang sepanjang program itu berlangsung Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, sasaran asal kedatangan pengunjung ke festival berkenaan adalah seramai 60,000 orang.“Festival Kenyir 2017 merupakan salah satu acara yang berjaya memperkenalkan lagi Tasik Kenyir kepada pelancong dan keunikan penganjuran kali ini merangkumi 30 acara dalam air, darat mahupun di udara telah disusun atur bagi menarik minat pengunjung.“Malah, penganjuran festival ini juga menjadi pemangkin kepada kedatangan lebih ramai pengunjung ke Tasik Kenyir yang kini jadi tumpuan segenap lapisan terutamanya selepas beroperasinya jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir pada 1 Ogos lalu,” ujarnya.Katanya, antara aktiviti yang diadakan sempena festival itu termasuk ;heli ride’, persembahan kebudayaan, malam kesenian Islam, Kenyir auto fest, pertandingan sukan air dan sukan rakyat, mari mencuba permainan tradisional, pameran dan juala agensi dan usahawan serta hasil pertanian dan pelbagai lagi.
24 Sep 17
46
Pengamal Media Terengganu Bakal Tawan Gunung Latimojong, Indonesia
Sebahagian dari pendaki yang akan memulakan pendakian ke Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan pada 3 Oktober nanti.Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah APM Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua kerajaan ini.Katanya, secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan. "Ini adalah satu lagi transformasi yang berlaku di negeri ini di mana misi yang akan membawa nama Terengganu ini pertama kali dianjurkan dan menariknya aktiviti ini melibatkan peserta dari kalangan media."Kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik langkah yang dilaksanakan khususnya oleh pengamal media Terengganu dalam sama-sama membantu kerajaan menaikkan imej Terengganu menerusi pelbagai inisiatif."Semoga kembara Terengganu De Latimojong ini dapat menjadi wadah dan memberi impak yang positif dalam jalinan dua hala ini dan mengingat pendaki supaya sentiasa mementingkan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti itu.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Larian Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjayakan misi ini dengan pembabitan anak-anak syarikat kerajaan negeri di bawah Terengganu Incorporated dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.Ahmad Razif berkata, kumpulan pendaki ini bukan berpaksikan kepada pendakian sahaja malahan turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu penduduk di desa berkenaan.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman, Rozainah Zakaria berkata ekspedisi ini bertujuaan mewujudkan integrasi silang budaya di antara wilayah Sulawesi Selatan dan Terengganu."Menerusi ekspedisi pendakian gunung luar negara ini sekaligus mendukung satu daripada lapan prinsip TTB yang berteraskan komitmen tinggi dalam misi dan visi," katanya.Beliau berkata selain itu menerusi aktiviti seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan prestasi, mental dan fizikal sejajar dengan keperluan profesion sebagai wartawan.Che Adam yang juga Chief De Mission berkata kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut."Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.Katanya, kumpulan pendaki akan turut melakukan pertukaran logo Visit Beautiful Terengganu dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.Tambahnya lagi, penglibatan media dalam program ini secara tidak langsung memberi kecergasan melalui siri latihan sebelum ini sesuai dengan tugas wartawan yang memerlukan persediaan kekuatan mental dan fizikal pada bila-bila masa.
23 Sep 17
27
Terengganu Lantik 1,414 Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
Terengganu merekodkan seramai 1,414 ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019.Pelantikan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap dilantik mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata penubuhan JPP itu melibatkan semua kawasan PBT termasuk yang di bawah pemerintahan kerajaan dan pembangkang dan mereka akan diberikan elaun.Katanya, keanggotaan JPP sama seperti lantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang melibatkan 10 ahli yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan lapan ahli jawatankuasa.“Walaupun bidang tugas seakan sama, peranan jawatankuasa ini tidak akan bertindih dengan tugasan JKKK di mana JPP lebih menumpu tanggunjawab di kawasan bandar dan JKKK pula lebih menumpu perihal kampung.“Untuk pemberian elaun bulanan hanya pengerusi dan setiausaha yang akan menerimanya iaitu RM800 untuk pengerusi bagi kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran manakala bagi pengerusi Majlis Daerah, jumlah yang akan diterima adalah sebanyak RM500 sebulan,”katanya dalam satu majlis baru-baru ini..Menurutnya, JPP bukan jentera kita. Ada orang tuduh sengaja tubuh JPP sebagai jentera parti dan politik sedangkan itu adalah jentera yang membawa harapan melalui suara masyarakat bandar.“Ini bukan makanisme kepartian yang diwujudkan untuk kepentingan politik. Cuma persepsi mereka yang tidak bertanggungjawab yang tidak berpuas hati,” katanya.
23 Sep 17
143
LAJSM 2017 Catat Kejayaan Tersendiri
Peserta LAJSM 2017 mengambil kesempatan bergambar dengan pemimpin nombor satu Terengganu, Dato, Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah KasimLarian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 mencatatkan impak dan kejayaan tersendiri apabila merekodkan 50,130 penyertaan termasuk hampir 4,000 daripadanya adalah peserta dari luar Terengganu.Selain itu, peningkatan sebanyak lima kali ganda bagi kategori ‘Full Marathon’ 42 kilometer melibatkan seramai 350 peserta termasuk dari United Kingdom, Great Britain, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand, Singapura dan Indonesia.Untuk tahun ini juga, sebanyak 23 kategori dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang berjumlah RM204,000.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia LAJSM 2017, kerajaan negeri akan merancakkan lagi acara dan aktiviti larian sebegini bagi mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat.Dengan kejayaan penganjuran acara tahunan LAJSM sebagai acara ‘pelancongan sukan’ terbesar di Terengganu juga memberi makna yang cukup besar kepada kerajaan negeri khususnya kepada penggiat industri pelancongan Terengganu.“Dengan hadirnya puluhan ribu peserta ke LAJSM ini, ianya memberikan senyuman kepada penggiat industri pelancongan khususnya di Kuala Terengganu sama ada premis penginapan, kedai makan dan pusat-pusat perniagaan lain.“Kehadiran mereka ini juga terutamanya dari luar Terengganu memberikan impak ekonomi kepada seluruh pelusuk destinasi pelancongan di negeri ini memandangkan mereka semua hadir bersama keluarga, sambil berlari sambil melancong,” katanya.Pada LAJSM 2017 itu, majlis pelepasan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.
23 Sep 17
100
Gesa Pelbagai Pihak Jadi Ahli Gerah- Ahmad Razif
Kerajaan negeri menggesa semua pihak, terutama kepimpinan negeri, penjawat awam, kakitangan syarikat milik kerajaan negeri dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) bagi membanteras gejala rasuah secara serius.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyertaan dibawah seliaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu mempertahankan nilai integriti dalam setiap urusan yang dijalankan."Saya turut bersama- sama barisan kepimpinan negeri dan beberapa pihak lain yang dianggarkan mencapai bilangan puluhan ribu akan menjadi ahli Gerah."Kita mahu ia dilakukan segera agar dapat mempercepatkan lagi pembasmian gejala rasuah di negeri ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 2017) di Pantai Teluk Ketapang, SeberangbTakir, petang semalam.Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, Dzukifli berkata, peranan Sahabat Gerah adalah sebagai mata dan telinga kepada SPRM di samping menyumbang tenaga, masa dan idea dalam usaha pencegahan rasuah."Kita mahu sekurang-kurangnya 50 peratus kakitangan awam di negeri ini menyertai Sahabat Gerah supaya dapat menjadi ejen SPRM menyebar luas imej anti rasuah dalam masyarakat."Ahli mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai tangkapan atau kejayaan SPRM menangani jenayah rasuah, " katanya.
22 Sep 17
35