Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Lancar Tabung Rohingya Demi Kemanusiaan, Saudara Islam - MB
'Ini soal kemanusiaan sejagat, bukan sahaja soal umat Islam. Asas kemanusian apatah lagi membabit umat Islam, menggerakkan hati saya untuk mencadangkan penubuhan Tabung Kemanusiaan Rohingy. Malah ia selaras dengan perjuangan Perdana Menteri untuk membantu dan pertahankan nilai kemanusiaan yang universal ini, " demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.Menurutnya, selaku Menteri Besar dan atas nama Kerajaan Negeri Terengganu tabung itu akan dilancarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ahad ini. "Langkah membantu orang yang menghadapi musibah dan penderitaan ini bukan baru bagi Terengganu, malah satu masa dulu orang Vietnam pernah kita bantu dan berikan Pulau Bidong sebagai transit untuk mereka hidup dengan selamat sebelum berpindah ke negara tertentu yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, " katanya.Kata beliau lagi, jika orang bukan Islam kita bantu atas nama kemanusiaan sejagat, inikan pula masyarakat Rohingya memanglah wajar Negeri Terengganu yang bergelar Darul Iman mengambil daya usaha serupa.Beliau yang diwawancara dalam pertemuan khas di Melaka dengan ketua editor, selepas merasmikan suatu kursus, turut menyatakan rasa puas hatiatas sambutan awal yang diberi oleh semua pihak bagi mengisi tabung itu."Sehingga ini sambutan luar biasa, ada persendirian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, swasta dan sebagainya, malah tabung turut diadakan di Jom Heboh anjuran TV3, untuk orang ramai menderma atau mengisi tabung Kemanusiaan Rohingya itu," katanya.Menteri Besar berkata, kaedah saluran bantuan yang diperolehi itu nanti akan disalurkan dengan cara untuk melalui pertolongan Mercy Malaysia yang berpengalaman, tetapi kita akan berusaha membawa bersama wakil kerajaan dan rakyat Terengganu dan Malaysia untuk bersama-sama menyerahkan bantuan dan melihat sendiri kehidupan pelarian Islam Rohingya di kem atau tempat tempat perlindungan.Tambah Ahmad Razif lagi, atas nama kemanusiaan sejagat, huluran bantuan adalah tanpa mengira perbezaan bangsa, parti dan agama kerana ia adalah bersifat 'universal'.
29 Sep 17
159
Rakyat Terengganu Sambut Baik Wujud Tabung Rohingya
Beberapa penduduk di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan negeri melalui Skuad Sukarela TTB (SSTTB) menubuhkan Tabung Kemanusian Rohingya, baru-baru ini.Tabung yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kuala Lumpur pada Ahad ini, mula diperkenalkan di Kuala Terengganu sejak 20 September lalu dan sehingga kini sudah mengumpul sumbangan kira-kira RM600,000.Ia juga adalah sebagai kesinambungan kempen 'Terengganu For Rohingya, Sekampit Beras Untuk Rohingya' yang bertujuan membantu etnik minoriti Islam yang dalam kesengsaraan di Myanmar.Seorang pemuda, Wan Yusma Wan Razali dari Besut berkata, program itu amat bagus dan satu usaha yang baik dalam membantu saudara sesama Islam oleh kerajaan negeri."Salah satu cara untuk mendidik rakyat bersifat dermawan, sesuai dengan salah satu hadis yang mengatakan bahawa tangan memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima, tahniah skuad sukarela TTB," katanya.Imam Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Che Baharom Yassin pula berkata, membantu masyarakat Rohingya yang tertindas dan hidup menderita menjadi kewajipan umat Islam."Sebagai orang Islam kita wajib membantu rakyat Rohingya yang tertindas termasuk mendoakan keselamatan dan menghulurkan bantuan kewangan."Mereka (rakyat Rohingya) sepatutnya diberikan hak kerana mereka sudah berabad tinggal di negara itu."Tabung yang bakal dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu itu adalah satu usaha yang murni dan kepada umat Islam yang berkemampuan diharapkan dapat sama-sama menyumbang kepada tabung itu," katanya.Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu, Suhaimi Endut berkata, mengucapkan tahniah kepada kerajaan Terengganu kerana amat perihatin kepada nasib umat Islam Rohingya di Myanmar."Usaha kerajaan Terengganu yang amat murni wajar diberi perhatian oleh seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman."Membantu umat Islam yang ditindas adalah tanggungjawab semua. Mereka adalah saudara kita. Ayuh warga Terengganu yang budiman marilah kita memberi sokongan kepada usaha murni ini," katanya.Seorang lagi pendudukKampung Pelong, Setiu, Abdul Rahman Abu Bakar berkata keprihatinan kepimpinan negeri di bawah Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta badan-badan yang terlibat melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya amat membanggakan semua."Dengan pelancaran ini juga diharapkan akan membuka mata masyarakat untuk turutsama membantu mereka."Sikap perihatin ini juga boleh diberi contoh terbaik dan Terengganu sering mendahului dalam hal-hal kebajikan serta keagamaan," katanya.Bagi penggiat seni dari Kuala Terengganu, Mohd Salim Salleh pula mahu rakyatdi Terengganu bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada Rohingya dan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusian yang akan dilancarkan itu mengikut kemampuan masing-masing.
29 Sep 17
128
Maidam Agih Bantuan RM64 Ribu Kepada 47 Keluarga Asnaf Di Pulau Redang
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan peruntukan RM64,000 kepada 47 keluarga asnaf di Pulau Redang.Agihan RM1,500 hingga RM3,000 sekeluarga atau bergantung kepada bilangan isi rumah yang masih dalam taggunggan itu disalurkan melalui Program Tautan Mahabbah Bersama Penduduk Pulau Redang, hari ini.Turut serta dalam program itu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pesuruhanjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd IbrahimBazlan berkata penerima dipilih berdasarkan bilangan isi rumah yang masih bersekolah yang melibatkan 101 pelajar daripada 47 keluarga asnaf.Katanya, bantuan tahunan yang disalurkan melalui Maidam itu pastinya dapat membantu meringankan bebanan keluarga, termasuk berkaitan perbelanjaan sekolah."Boleh juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Penilaian Malaysia."Saya berharap penerima menggunakan wang tunai yang diagihkan sebaik mungkin, elak membeli barangan yang tidak berkaitan, " katanya ketika ditemui selepas program itu.Penerima bantuan yang juga bekas nelayan Nordin Ahmad Ibrahim berkata, bantuan yang diterima RM2,000 itu cukup besar nilainya dan akan menggunakannya sebaik mungkin."Saya mengutamakan perbelanjaan sekolah anak- anak selain barangan keperluan dapur," katanya.Ibu tunggal, 43 Atimi Ripin, berkata perbelanjaan keluarga kini hanya bergantung kepada anak sulung yang bekerja sebagai pemandu bot selain mendapat upah memasak sekiranya ada program di kampung itu.Katanya, kehidupan dia sekeluarga agak susah sejak kematian suami akibat kemalangan pada 2013."Bagaimana tetap bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Maidam kerap menghulurkan sumbangan, " katanya
29 Sep 17
167
Tabung Rohingya Kumpul RM600,000
Kerajaan negeri berjaya mengumpulkan hampir RM 600,000 melalui Tabung Kemanusian Rohingya sejak dilancarkan pada 20 September lalu sehingga kini.Tabung berkenaan disasarkan mampu mencapai RM1 juta sehingga 10 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, program kerajaan negeri menerusi skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)kini bergerak ke seluruh daerah melalui pejabat daerah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) dan badan bukan kerajaan (NGO) ke peringkat bawahan bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk turut sama menyumbang."Di samping itu juga, kita sedang mengatur melalui kedutaan dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia(Mercy) Malaysia serta NGO dalam negara bagi mencari kaedah yang terbaik untuk menghantar sendiri sumbangan rakyat Terengganu kepada masyarakat Rohingya."Kita akan hantar bantuan ini dengan skuad sukarelawan TTB pada akhir Oktober ini dan tarikhnya akan dimaklumkan kelak setelah kesemua proses selesai."Sumbangan bukan berbentuk wang tunai tetapi dalam bentuk barangan keperluan seperti bekalan makanan,ubat-ubatan dan pakaian,"kata beliau.Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong berkata kepada pemberita di Majlis Pelancaran Tabung "Bantu Rohingya"Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong di tapak Pasar Tani Kuala Ping, Telemong, hari ini.Dalam pada itu,beliau turut berkata, tabung kemanusiaan ini juga akan dilancarkan kepada anak-anak Terengganu di perantauan pada 1 Oktober ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya lagi, program ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan kekitaan, kasih sayang dan kemanusiaan di kalangan rakyat Terengganu untuk membantu masyarakat Rohingya mengikut kemampuan masing-masing.
29 Sep 17
61
Terengganu Lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya Di Kuala Lumpur 1 Oktober Ini
Kerajaaan negeri melalui Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya di perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 1 Oktober ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadual akan merasmikan program berkenaan.Setiausaha Kerja tabung itu, Raja Faisal Raja Haron berkata, acara berkenaan sebagai kesinambungan kempen ‘Terengganu For Rohingya, Sekampit Beras Untuk Rohingya’ bertujuan membantu etnik minoriti Islam yang berdepan dengan kesengsaraan akibat penindasan yang sedang memuncak di Myanmar.Katanya, pelbagai jabatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Terengganu dan juga luar Terengganu termasuk Lembah Kelang akan berganding bahu mengumpul dana yang disasarkan mampu mencapai RM1 juta itu."Antara agensi yang bekerjasama erat dan mendukung aspirasi kerajaan negeri bagi menjayakan kempen ini seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), SUKTRA Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Unit Komunikasi Negeri Terengganu. Semua jabatan berkaitan akan menyediakan tabung bagi memastikan bantuan dapat disalurkan di pelbagai tempat dan peringkat. "Sebagai contoh, JPNT menganjurkan dalam program-program kutipan di semua sekolah dan MBKT menyediakan tabung di tempat tumpuan awam seperti Taman Awam Batu Burok, Pasarnita dan Pasar Payang. Manakala Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin pula berkolaborasi melaksanakan program bersama universiti lain di negara ini,"katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Menurutnya, seramai 50 sukarelawan TTB dijangka ke kem pelarian di Bangladesh untuk membantu kerja-kerja kemanusiaan bersama doktor-doktor sukarelawan daripada Mercy Malaysia yang akan memberi khidmat perubatan dan rawatan kesihatan.“Diharap pelbagai pihak dan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen ini, malah kita turut mengalu-alukan komitmen mana-mana pihak untuk menjalin kerjasama dalam membantu mencapai sasaran RM1 juta,” katanya.
28 Sep 17
201
Perubahan Aliran Trafik Di Kawasan TTC, McD Bermula 1 Oktober Ini
Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu akan menambah baik sistem aliran trafik di kawasan Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan sekitar bagi mengatasi kesesakan lalu lintas khususnya pada waktu puncak.Jurutera Awam Kanan (Jalan), JKR Negeri Terengganu, Suhaimi Mokhtar berkata, perubahan aliran trafik di kawasan tersebut akan bermula pada 1 Oktober ini.Katanya, antara punca berlaku kesesakan di kawasan terbabit disebabkan jumlah kenderaan pengguna yang menggunakan laluan ‘Drive Thru Mc Donald’ yang meningkat mendadak.“Justeru, laluan jalan Padang Hiliran (hadapan Giant) akan ditukar dari dua hala ke satu hala bagi melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
28 Sep 17
397
Sukan 7S1M1S Cungkil Bakat Pelajar
SK Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor menjadi juara kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) Kesungguhan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) di bawah 11 tahun berjaya mencungkil bakat muda dan pelapis sukan negara.Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata kejohanan yang memasuki tahun ketiga itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Katanya YBR telah memperuntukkan sebanyak RM671,280 bagi penganjuran 7S1M1S."Kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk mencungkil bakat pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan."Pada kejohanan tahun lepas, seramai lima orang peserta telah ditawarkan untuk menyertai akademi JDT (Johor Darul Ta'zim) bagi mengembangkan lagi bakat sedia ada," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan 7S1M1S di Stadium Gong Badak, petang semalam.Majlis penutup kejohanan itu, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bazlan Abd Rahman. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor mengondol juara apabila berjaya menewaskan SK Cochane (WP Kuala Lumpur), manakala tempat ketiga SK Seremban 2A (Negeri Sembilan).Kejohanan yang memasuki Tahun ke-3 itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori NBOS (National Blue Ocean Strategy) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025 melalui kerjasama di antara pihak swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kejohanan itu merupakan salah satu program Pembangunan Pendidikan YBR dengan objektif utama penganjurannya adalah bagi memberikan galakan dan dorongan kepada atlet remaja di sekolah-sekolah supaya bergiat aktif dalam kegiatan sukan serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.
27 Sep 17
196
Terengganu Perkenal JOBSTTB Untuk Graduan
Kerajaan Negeri akan memperkenalkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) bermula 1 Oktober ini khusus untuk graduan anak Terengganu yang mempunyai minat dalam bidang pengkhususan tertentu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata graduan yang mengikuti program tersebut akan ditempatkan di bawah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.Katanya, terdapat tujuh bidang latihan akan diperkenalkan dalam program yang boleh dipohon secara atas talian."Tujuh bidang latihan yang ditawarkan adalah pengurusan, pembuatan/pembinaan, pertanian, perikanan, veterinar, pelancongan dan usahawan berdasarkan minat serta kelulusan bersesuian."Ianya terbuka kepada semua anak Terengganu yang mempunyai kelayakan ijazah atau diploma daripada pelbagai bidang pengkhususan dan berumur 20 tahun ke atas," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Tambahnya, graduan yang menyertai program tersebut akan diberi elaun sebanyak RM1,000 seorang sepanjang tempoh enam bulan.Katanya, permohonan akan mula dibuka bermula 1 Oktober ini dan graduan yang berminat boleh melayari laman sesawang http://tgtp.terengganu.gov.my.
27 Sep 17
29
Ekspedisi 'Terengganu De Latimojong' Promosi Sektor Pelancongan Negeri
Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) menganjurkan kembara ‘Terengganu De Latimojong’ dalam usaha membantu kerajaan negeri mempromosikan sektor pelancongan Terengganu khususnya sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia bermula pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Katanya, ekspedisi julung kali diadakan itu merupakan inisiatif Karyawan yang dilihat mampu mengeratkan hubungan antara kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua negara ini.“Terima kasih semua penaja program ini. Semoga misi ini berjaya memberi satu impak besar kepada para peserta yang membawa nama Terengganu dan ianya akan diteruskan lagi dengan pendakian ke gunung-gunung yang lebih mencabar pada masa akan datang.“Kita juga berharap ekspedisi ini dapat membantu kerajaan negeri mempromosikan produk-produk pelancongan termasuk keindahan pantai, pulau , tasik disamping tinggalan sejarah termasuk warisan Melayu tradisi serta bangunan-bangunan lama yang terdapat di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis penyerahan Penajaan Dan Sumbangan Projek ‘Terengganu De Latimojong” di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman yang akan mengetuai pendakian tersebut berkata, kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut."Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.Menurut beliau, kumpulan pendaki akan turut melakukan pertukaran logo VBT 2017 dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.
27 Sep 17
30
TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta
Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peningkatan dalam prestasi kewangan didorong terutamanya dari bahagian perladangan dan penjagaan kesihatan.Katanya, dengan nilai peningkatan hasil pendapatan tersebut, TDM Berhad melakukan bayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan negeri berjumlah RM7.01 juta."Jumlah pembayaran dividen bagi agensi-agensi kerajaan negeri adalah berjumlah RM4.72 juta iaitu kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd."TDM Berhad juga membayar keuntungan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan RM249,277 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahama," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Ahmad Razif berkata, bahagian perladangan mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM245.9 juta berbanding jumlah tahun sebelumnya RM215.6 juta.Katanya, bagi bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM182.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016.Tambahnya, seiring dengan prestasi kewangan bagi tahun kewangan berakhir 2016, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham."Dasar dividen TDM Berhad adalah membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta seteah mengambil kira kepentingan pihak minoriti," katanya.
27 Sep 17
221