lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Politeknik Ke-34 Di Besut
Hasrat kerajaan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu akan menjadi kenyataan apabila sebuah politeknik baharu akan dibina tidak lama lagi.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  sudah meluluskan pembinaan politeknik di daerah itu dan menjadikan pusat pendidikan kemahiran berkenaan yang ke 34 dibina oleh kementerian terbabit di seluruh negara.Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, politeknik berharga RM180 juta akan dibina di Bukit Keluang membabitkan kawasan seluas 28 hektar yang mempunyai reka bentuk menarik dan mesra alam.Beliau berkata, apabila siap pusat pendidikan itu akan memberi tumpuan kepada program latihan kemahiran dan teknikal.“Politeknik itu yang disediakan dengan pelbagai kemudahan pembelajaran mampu menampung 2,000 pelajar,” Katanya.Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan upacara pecah tanah pada 6 Oktober.Beliau berkata, daerah ini wajar diberikan status hab pendidikan utama negeri ini kerana sudah mempunyai pelbagai pusat pendidikanAntaranya, Kampus Universiti Sultan Zainal Abbidin (UniSZA), Maktab Perguruan Sultan Mizan,Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),Taman Ilmu dan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).Beliau berkata, dengan terlaksananya semua projek pendidikian yang dirancang, daerah ini akan berkembang pesat berikutan pertambahan penduduk dan memerlukan lebih banyak kemudahan asas perlu disediakan kerajaan.
02 Oct 17
1492
Empty Image
Gotong-Royong Bina Rumah Warga Emas Uzur Di Kampung Batu Kelikir
A.Latiff (tengah) bersama sukarelawan melakukan kerja-kerja meroboh rumah lama milik Kelsom untuk pembinaan rumah baharu di Kampung Batu Kelikir, Pengkalan Berangan, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Dua beranak yang tinggal di rumah pusaka di Kampung Batu Kelikir, Marang antara keluarga yang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan bagi menerima bantuan menerusi Program Cakna @ Komuniti.ADUN berkenaan, A. Latiff Awang berkata, nasib Kelsom Salleh, 93, yang dijaga anaknya Saadiah Mat Adam, 80, mendapat pembelaan sewajarnya apabila menerima rumah baharu berikutan keadaan rumah yang didiami sebelum ini begitu daif.Menurut A.Latiff, pihaknya mengambil langkah segera untuk membela nasib keluarga itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.Katanya, pembinaan kediaman baharu bagi warga emas berkenaan menggunakan konsep secara gotong-royong menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), iaitu pengli­batan semua peringkat termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.“Dengan sokongan dan peruntukan kewangan daripada agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kita dapat mengumpul dana sebanyak RM18,000."Ini merupakan satu program NBOS yang disarankan kerajaan yang dapat kita laksanakan dan pada hari ini lebih 50 sukarelawan terdiri daripada anggota RELA, Giat Mara, JKKK dan juga komuniti setempat bergotong-royong meroboh kediaman lama milik Puan Kelsom untuk membina rumah baharu di tapak asalnya,” ujarnya kepada Teganukita selepas meninjau kerja-kerja meroboh dan menziarahi warga emas itu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang, Senator To’ Puan Zaiton Mat Amin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhami Omar.A.Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, pendekatan NBOS cukup berkesan kerana dapat mengurangkan perbelanjaan berikutan menggunapakai kepakaran-kepakaran daripada agensi serta badan yang menyertainya.“Jika menggunakan peruntukan sedia ada untuk membina rumah baharu ini ianya belum tentu mencukupi tetapi dengan konsep NBOS, insyaAllah ia dapat disiapkan dengan sempurna kerana penglibatan agensi-agensi yang akan melaksanakannya secara gotong royong termasuk anggota Rela, Giat Mara, JKM, Maidam, JKKK dan juga komuniti setempat,” ujarnya.Katanya, konsep NBOS ini juga akan diteruskan untuk membina lebih banyak rumah bagi membantu warga miskin dan keluarga yang terlibat dengan bencana alam khususnya di Daerah Marang.
02 Oct 17
641
Empty Image
Usaha Hantar 50 Sukarelawan Ke Bangladesh Di Peringat Perbincangan
Hasrat kerajaan negeri untuk menghantar skuad Sukarelawan TTB (STTB) ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya masih di peringkat perbincangan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, STTB masih melakukan rundingan bersama MERCY Malaysia dan Wisma Putra bagi memperincikan perkara itu.Katanya, buat masa ini,  kerajaan negeri masih belum dapat memberi komitmen dan kata putus sama ada dapat menghantar 50 orang daripada skuad STTB ke Bangladesh sebagaimana perancangan terdahulu."Kita sedang menunggu kata putus daripada pihak MERCY dan Wisma Putra untuk kita melaksanakan misi ini kerana ia melibatkan keselamatan dan hubungan antarabangsa."Ini bergantung kepada keputusan mereka kerana permohonan ini kita minta dengan Kerajaan Bangladesh untuk bawa masuk..Saya yakin perkara ini bukan suatu yang mudah," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' Peringkat Perantau Lembah Kelang, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Ketua Urusetia Tabung Terengganu For Rohingya Samiun Salleh dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu (Pesat, Mohd Sham Aziz Ismail.Kerajaan negeri secara rasmi melancarkan Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' bermula pada 19 September lalu.Sehingga hari ini, nilai kutipan yang sudah diterima melebihi RM600,000.
01 Oct 17
64
Empty Image
Saran Pilih Resort Dan Hotel Miliki Sijil Halal
Kerajaan negeri menyarankan agar jabatan kerajaan, agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negeri ini agar memilih  resort atau hotel  yang memiliki sijil  halal untuk mengadakan pelbagai  program dan aktiviti.Langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan  ekonomi pengusaha Islam malah membantu masyarakat miskin setempat melalui pembayaran zakat harta.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas- Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata berdasarkan rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu  (JHEAT) , sebanyak 126 premis perniagaan di Terengganu, termasuk 26 dapur hotel dan resort di negeri ini memiliki status halal sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.Katanya, jumlah ini tidak memberangsangkan dan berharap lebih banyak pemilik premis makanan, pengusaha hotel dan resort akan memohon sijil halal.“Sijil halal yang diperoleh akan tamat dalam tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh tersebut, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan (Bahagian Pengurusan Halal) JHEAT  akan membuat pemeriksaan mengejut.“Sekiranya gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan diambil,”katanya.
01 Oct 17
80
Empty Image
Kutipan Tabung Rohingya Dijangka Melebihi Sasaran RM1 Juta
Kutipan amal tabung kemanusian `Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' dijangka mampu melebihi sasaran awal RM1 juta berdasarkan sambutan luar biasa orang ramai sejak dillancarkan pada 19 September lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tabung itu kini sudahpun mengumpul lebih RM600,000 dalam tempoh kurang dua minggu.Katanya, sasaran awal tabung berkenaan RM1 juta sehingga hujung bulan ini namun berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima daripada penyumbang, pihaknya tidak menolak jumlah kutipan akan melebihi jumlah berkenaan."Program ini mendapat sambutan luar biasa dan kreativiti sekretariat ini yang telah mengajak keseluruhan rakyat Terengganu baik yang berada di Terengganu mahupun di luar."Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan serta kreativiti yang telah dilaksanakan oleh sekretariat ini sudah pasti kita dapat mencapai sasaran lebih dari itu," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' Peringkat Perantau Lembah Kelang, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Ketua Urusetia Tabung Terengganu For Rohingya Samiun Salleh dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu (Pesat), Mohd Sham Aziz Ismail.Tambah Ahmad Razif, kempen yang dijalankan tersebut akan diperluaskan ke tempat-tempat lain memandangkan sambutan yang memberangsangkan itu.Katanya, beliau amat yakin kerajaan negeri mampu menambah kutipan memandangkan masih lagi banyak masa dibuka untuk penyumbang, iaitu sehingga akhir bulan Oktober ini."Kutipan ini tidak termasuk lagi kepada korporat-korporat, GLC serta usahawan-usahawan yang akan menyampaikan sumbangan dijangkakan pada akhir bulan Oktober nanti,"katanya.
30 Sep 17
48
Empty Image
Tidak Pernah, Tidak Akan Sertai Pas
Bekas Ketua Hakim Mahmakah Syariah, Dato' Ismail Yahya Bila pulak. Dini hari tadi saya terbaca beberapa WhatsApp yang saya gi ke Fastaqim. Walhal saya di KL sejak 26 September lagi. Ada program UU dan Syariah hingga 28 September.Pada 28 September itu juga anak kedua saya masuk wad di Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, kerana masalah batu karang.Sabtu kelmarin operation membuang hempedunya telah dijalankan. Saya masih di KL menunnggu dia ‘discharge’. Ikut orang tak ada akhlak menfitnah rosak binasa kita. Pembuat fitnah mereka tak takut dosa.Berbohong dah jadi asam garam kehidupan mereka.Tanpa asam garam mereka tidak boleh hidup. Buruk sangka juga tetap di dada mereka.Mereka perlukan itu semua semata-mata nak kan kekuasaan, jelasnya dalam satu kenyataan.Bekas Pengurus Besar Ketengah, Dato' Wan Mat Amin Wan DaudSaya menafikan sama sekali dakwaan bahawa menyertai Pas atau akan menyertai Pas.Peliklah, bagaimana pihak itu boleh menyatakan saya menyertai Pas dan akan muncul dalam program anjuran Pas itu.Saya cukup kesal dan menafikan sekeras-kerasnya fitnah itu.Macam mana saya hendak ke Fastaqim sedangkan saya dan keluarga sedang bercuti di Indonesia iaitu sejak Rabu lalu lagi sudah bertolak ke Indonesia, jelasnya kepada wartawan Teganukita/TIT.Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato' Dr Aziz DeramanSaya menafikan sama sekali khabar itu dan ia suatu fitnah ke atas saya yang tersebar dalam laman sosial bahawa saya akan menyertai Pas.Tidak ada sebab untuk orang ramai mempercayai fitnah kerana ia sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat tidak baik untuk hangatkan program parti itu.Semua khabar angin itu tidak benar. Saya mengutuk sekeras-kerasnya orang yang memulakan viral fitnah besar itu.Ia sangat tidak betul dan kerja ‘orang gila', katanya kepada wartawan Teganukita/TIT.Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Zakaria HussinSaya menafikan sama sekali pembabitan dalam sebarang parti politik Pas.Saya kini hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan peluang untuk beribadat di tempat tinggal kami sekeluarga di Mak Lagam Kemaman dan amat bahagia dengan kehidupan kini selepas bersara pada 25 April 2015 yang lepas.Saya terkejut dengan tular berkenaan yang diterima sendiri melalui aplikasi WhatsApp malam tadi, sehingga ada rakan yang menghubungi saya perihal perkara itu. Pada mulanya saya terkejut, namun dalam dunia teknologi maklumat kini manusia sewenang-wenangnya melontarkan fitnah tanpa batas, saya rasa ianya tidak perlu dilayan.Bagaimana pun saya segera memberi respon balas untuk membela diri saya dalam kumpulan whatsapp malam tadi bahawa saya tidak berhasrat pun menyertai parti politik. Saya lebih tenang melayan cucu-cucu di rumah selain membuat tumpuan kepada amal ibadat harian, katanya kepada wartawan Teganukita/TIT.Demikian respon yang diberikan susulan penularan fitnah menerusi media sosial yang membariskan mereka sebagai antara nama-nama tokoh besar negeri yang bakal menyertai Pas sempena Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September lalu.
30 Sep 17
89
Empty Image
Aktiviti Gotong-Royong Baiki Rumah Sempena GNN 2017
Program sayangi komuniti sempena Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang bakal diadakan di Kemaman selama tiga hari mulai 12 Oktober depan, turut diadakan aktiviti gotong-royong membaiki rumah nelayan di beberapa lokasi terpilih di daerah itu pada 2 Oktober ini.GNN 2017 yang dicetuskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dijadualkan akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Kuala Kerteh, pada 14 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, selain menerapkan semula budaya gotong-royong, GNN juga bertujuan mentransformasikan sikap dan minda di kalangan komuniti nelayan selain menonjolkan aspirasi mereka kepada masyarakat umum.“Malah, sempena GNN kali ini juga, banyak aktiviti dan pertandingan diatur termasuk himpunan 300 bot nelayan, simfoni nelayan, dam aji nelayan kebangsaan, demostrasi menyelamat oleh pasukan bomba dan Tentera Laut DiRaja Malaysia, pertandingan (wau, memancing, dikir barat, busker) dan pelbagai acara menarik yang lain,” ujarnya.Menurut Muhammad Pehimi, sebelum bertolak ke Kemaman untuk program gotong-royong dan ziarah GNN pada 2 Oktober ini (esok), beliau akan bersiaran di Studio Radio Terengganu FM bagi membincangkan topik Gelombang Nelayan Nasional pukul 8.30 pagi.
30 Sep 17
456
Empty Image
Terengganu Sasar 1,352 Calon SPM 2017 Dapat Semua A
A. Latiff dan warga pendidik bergambar bersama calon-calon SPM di Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraTerengganu mensasarkan 5.34 peratus atau 1,352 pelajar bakal memperolehi semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017 tidak lama lagi.Peperiksaan yang dijadual berlangsung pada 5 November hingga 6 Disember ini akan melibatkan 20,528 calon peperiksaan awam itu di seluruh  Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) optimis mencapai sasaran itu berdasarkan kayu ukur dan prestasi dalam peperiksaan awam berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan kesungguhan, persediaan dan perancangan melalui gerak kerja yang dilaksanakan sejak awal tahun lalu oleh seluruh warga pendidikan khususnya pegawai dan kakitangan JPNT, pengetua, guru-guru serta pelajar dan keluarga masing-masing bagi memastikan calon SPM dapat mencapai sasaran berkenaan."Saya yakin jika tidak 100 peratus daripada 1,352 pelajar mampu mencapai semua A, setidak-tidaknya menghampiri 100 peratus."Kita tidak meletakkan sasaran ini secara suka-suka, sebaliknya ia bersandarkan prestasi semasa dan ukuran pencapaian dalam peperiksaan yang terdahulu,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah Unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Che Mansor Che Kerma.A. Latiff berkata, kerajaan juga konsisten untuk memperkasakan bidang pendidikan sepertimana prinsip kelapan TTB dan sanggup memperuntukkan pelanjaan yang besar dan meningkat saban tahun demi kecemerlangan bidang itu.Katanya, pada 2015 kerajaan negeri memperuntukkan RM1.3 juta, manakala tahun lalu RM2.7 juta dan tahun ini bertambah kepada RM4 juta."Terengganu berada pada kedudukan pertama yang memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan."Jika pada 2015 sebanyak RM1.3 juta kerajaan 'top up' kepada JPNT, 2016 sejumlah RM2.7 juta dan 2017 kerajaan negeri menyediakan RM4 juta untuk JPNT. Semua peruntukan itu sebagai 'top up' daripada bajet sedia ada oleh Kementerian (Pendidikan  Malaysia),"katanya.
30 Sep 17
60
Empty Image
26 Hotel Dan Resort Di Terengganu Diiktiraf Halal
Sebanyak 26 premis makanan milik hotel dan  resort di Terengganu adalah halal selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tahun ini.Jumlah itu termasuk Redang Mutiara milik Redang Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd di mana satu- satu resort di Pulau Redang yang diiktiraf memiliki sijil halalPengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas- Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, bilangan itu meningkat berbanding hanya 17 premis pada tahun lalu.Katanya, semua hotel dan resort yang disenaraikan halal berjaya mematuhi standart, syarat dan prosedur yang ditetapkan  Jheat."Pemilik menggunakan bahan halal dalam setiap masakan, kebersihan dapur dan perkakas pengendalian serta penyediaan makanan," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kepada  Redang Mutiara di Delima Resort, Pulau Redang hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman danPesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd IbrahimKatanya, tidak dinafikan memiliki sijil halal  mempunyai banyak kelebihan antaranya menjadi keutamaan bagi pelancong beragama islam dari pelbagai pelusuk dunia untuk membuat pilihan sekaligus menikmati makanan tanpa rasa ragu."Oleh itu, saya menyarankan pengunjung Islam, mana- mana jabatan kerajaan, agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negeri ini agar memilih resort atau hotel halal untuk mengadakan pelbagai  program dan aktiviti."Langkah itu bukan sahaja dapat meningkat ekonomi pengusaha islam malah membantu masyarakat miskin setempat melalui pembayaran zakat harta,"  katanya
29 Sep 17
111
Empty Image
TUDM Juara Kejohanan Payung Terjun ATM 2017
Pasukan payung terjun Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan lima kali berturut-turut pada Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 Cabaran Terengganu Ketiga.Pertandingan selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 September yang dianjurkan oleh Malaysian Armed Forces Parachute Association (MAFPA) dan Malaysian Parachute Association (MyPA) dengan kerjasama kerajaan negeri itu berjaya menarik penyertaan 250 peserta dari dalam dan luar negara.TUDM menjadi johan keseluruhan edisi kali ini yang mempertaruhkan empat kategori iaitu Accuracy Sport, Accuracy Military, Formation Skydiving dan Canopy Formation Skydiving.Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang yang berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Pengerusi Payung Terjun TUDM, Mejar Mohamad Ijas Zubir berkata, hasil usaha dan sokongan padu yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan dan pengurusan TUDM, berjaya mengekalkan momentum pasukan untuk mempertahankan kejuaraan buat lima kali berturut-turut."Sebenarnya, untuk mengekalkan kejuaraan memang susah daripada mendapat kemenangan."Tetapi kami bertuah kerana mendapat sokongan padu dan begitu hebat dari pucuk pimpinan sendiri kerana seperti yang kita sedia maklum sukan payung terjun memerlukan platform udara, ternyata pucuk pimpinan memberi sepenuh sokongan apabila kami memerlukannya," ujarnya.Katanya, meskipun pasukan utama TUDM tidak dapat beraksi pada kejohanan kali ini disebabkan tugasan menjaga keselamatan negara yang lebih penting, ianya tidak mematahkan semangat pasukan kedua untuk mempamerkan kehebatan."Walaupun tanpa pasukan utama kami bersyukur apabila 30 ahli pasukan berjaya menunjukkan aksi yang terbaik pada kejohanan kali ini sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan," katanya.
29 Sep 17
407