lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018
Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan. Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdepan masalah tempat niaga yang terhad bakal dipindahkan ke Jertih Square.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi  Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek berharga RM30 juta dilengkapi 130 ruang niaga itu sedang giat dibangunkan.Katanya, apabila siap kelak, ruang perniagaan itu akan diagihkan kepada peniaga sedia ada yang berniaga di merata tempat di sekitar Bandar Jertih."Ketika ini peniaga kecil menghadapi masalah menjalankan perniagaan masing-masing kerana berada di lokasi yang tidak strategik menyebabkan peniagaan terjejas berikutan kekurangan pelanggan. "Malah, apabila berlaku banjir gerai perniagaan yang terletak di tepi sungai turut ditenggelami air menyebabkan peniaga rugi apabila ditenggelami air,” katanya ketika melawat tapak projek Jertih Square, Jertih, Besut hari ini.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, satu lagi projek pasar berharga RM6 juta untuk peniaga barang basah seperti sayur, daging, ikan dan hasil pertanian lain juga dibina di kawasan Jertih Square ini.Katanya, apabila siap kelak, premis perniagaan itu akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada peniaga malah kepada pelanggan.Selain itu, beliau berkata, menerusi pelan penyusunan semula bandar itu kerajaan akan membina terminal bas berbumbung dan kawasan letak kereta bawah tanah untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Jertih.
08 Oct 17
94
Empty Image
Felcra Akan Baik Pulih, Bina Semula Rumah Generasi Kedua
Felcra Berhad bersedia untuk membaik pulih rumah atau membina semula rumah generasi kedua anak peserta menerusi Rumah Bina Negara di penempatan sedia ada.Pengerusi Felcra Berhad,Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata,setakat ini sebanyak 30 ribu unit rumah generasi kedua telah dibina diseluruh negara bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri.Menurutnya,Felcra Berhad akan bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam menyediakan Rumah Bina Negara kepada generasi kedua ini."Malah di Terengganu, program rumah generasi kedua telah pun dilaksanakan di Felcra Seri Bandi, Kemaman sebanyak 100 buah dan Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu(100 buah)."Felcra juga akan membantu peserta-peserta ini dalam membaik pulih rumah yang  agak uzur bagi memberikan keselesaan menjalani kehidupan seharian bersama keluarga mereka,"kata Bung Moktar.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pemimpin Bersama Peserta Felcra Berhad Hulu Berang Dan Dialog Transformasi Nasional(TN50) Belia Felcra Wilayah Timur di Perkarangan Pejabat Felcra  Berhad Kawasan Hulu Berang,hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil,Ghazali Taib.Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad,Zulkarnain Mohd Usoup;Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad,Dato' Najmil Fais Mohamed Aris dan Pengurus Besar Felcra Berhad,Saipudin Omar.Menurut Bung Moktar,bagi pembinaan rumah generasi kedua di Hulu Terengganu bergantung kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah tanah."Lagi cepat selesai masalah tanah untuk tapak rumah ini,maka lagi cepatlah urusan pembinaan rumah baru,"ujarnya.Sementara itu,Felcra Berhad Wilayah Timur Terengganu memperuntukan lebih RM 21 juta bagi bayaran bantuan sara hidup peserta melibatkan 24 projek tanam semula sehingga September 2017.Bung Moktar Radin juga berkata bayaran bantuan sara hidup ini diperolehi daripada tabung tanam semula,jualan kayu getah dan termasuk pendahuluan daripada Felcra Berhad.Bagi Mohamad Awang,78,Ketua Peserta Merchang Dan Rangkaian yang telah menjadi peserta Felcra selama 30 tahun berkata bantuan sara hidup merupakan satu insentif terbaik daripada pihak kerajaan.Bapa kepada lima orang anak dan moyang 20 cicit mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Felcra Berhad kerana sentiasa menjaga kebajikan peserta."Bantuan sara hidup ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian,pelbagai kegunaan lain termasuk bantuan untuk anak yatim,ibu tunggal dan sebagainya..saya akan berbincang bersama-sama pengurus-pengurus peserta dalam kawasan kami tentang pengurusan bantuan sara hidup yang diterima sebanyak RM 232,176 ribu."Saya juga ingin menyeru kepada mereka yang mempunyai tanah-tanah kosong ,menyerahkannya kepada Felcra untuk diusahakan kerana Felcra adalah satu agensi Kerajaan yang menitikberatkan kebajikan peserta mereka,"katanya.
07 Oct 17
636
Empty Image
Belanja RM900 Ribu Baik Pulih Masjid Kristal
Samiun meneliti bahagian kerosakan Masjid Kristal pada kertas kerja sebelum mengadakan sidang media khas petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri  meluluskan peruntukan hampir RM900,000 bagi membaik pulih kerosakan dan kebocoran Masjid Kristal, di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dengan kadar segera.Kerja-kerja pembaik pulih dijangka mengambil tempoh lapan hingga 10 minggu itu dijadualkan akan selesai menjelang hujung tahun ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR)  sudah mengemukakan anggaran kos sebanyak RM584,485 yang melibatkan kerja-kerja lapisan kalis air pada keseluruhan bumbung rata, pembaikian siling dan saluran air.Tambahnya, permohonan itu diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) pada 26 September lalu.“Sebelum ini  iaitu pada Ogos lalu Taman Tamadun Islam (TTI) diberi peruntukan RM305,000 bagi menggantikan 28 keping cermin kristal yang dikesan pecah sejak akhir tahun lalu."Kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan membaiki kecacatan besar seperti pemasangan semula sistem pandawaian elektrik, sistem bunyi, dan penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan semua kerja-kerja itu telah dilaksanakan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas, di perkarangan masjid itu, petang semalam.Samiun berkata, pihaknya berterima kasih atas kepekaan Sinar Harian melaporkan isu kerosakan Masjid Kristal, yang dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia."Sebenarnya, kerja-kerja semakan awal bagi pembaikian kerosakan masjid telah dimulakan minggu lalu sebelum isu ini keluarkan."Kita telah memeriksa di tapak bina dan penyediaan pelan. Secara keseluruhan, kerja-kerja menggantikan cermin baharu ini dijangka akan siap pada akhir tahun ini," katanya.Walaupun ikon utama pelancongan negeri ini mengalami kerosakan, Samiun berkata, ia tidak menjejaskan kunjungan pelancong ke situ.“Saban tahun kita masih mnerima purata kunjungan seramai 500,000 hingga 600,000 pengunjung."Jadi isu kerosakan dan kebocoran ini tidak memberi kesan pada sektor pelancongan di sini walaupun kita ada menerima beberapa rungutan dan aduan sejak tahun lalu," katanya.
07 Oct 17
825
Empty Image
TI Sumbang RM200 Ribu Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA
Dr. Wan Ahmad Rudirman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMASZA, Aziz Muda dan disaksikan oleh Shafruddin.Terengganu Incorporated (TI) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Kuala Terengganu, hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, sebagai sebuah syarikat GLC milik kerajaan negeri, TI terpanggil untuk membantu bagi menambah dana pembangunan masjid berkenaan melalui inisiatif tanggungjawab korporat (CR).Katanya, sumbangan itu diharap dapat mempercepatkan pembinaan masjid untuk digunakan dengan segera oleh pelajar-pelajar SMASZA dan komuniti setempat."Sumbangan moga menjadi pemangkin syarikat-syarikat korporat yang lain untuk turut sama menyumbang kepada tabung pembangunan Masjid Al-Muttaqin ini."Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah orang Islam tetapi merupakan lambang kepada perkembangan syiar Islam. Melalui masjid, Rasullullah s.a.w membina masyarakat, menyebarkan ilmu dan melahirkan ahli suffah di seluruh dunia," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Pembangunan Tabung Pembangunan Masjid al-Muttaqin di SMASZA, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Timbalan Pesuruhjaya (Kewangan dan Pengurusan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Azhar Jusoh.SMASZA merupakan sekolah agama yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah memulakan operasi pada tahun 1925 dan merupakan antara sekolah agama terawal ditubuhkan pada ketika itu.Berikutan pertambahan pelajar saban tahun, SMASZA telah memulakan inisiatif bagi membina sebuah masjid yang boleh menampung 850 orang sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 878 meter persegi.Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA diwujudkan bagi membantu pengumpulan dana bagi pembinaan masjid berikutan kekurangan dana sejak ia mula dibina pada 2016.Selain daripada TI, sekolah tersebut turut menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat persendirian dan individu lain.Di majlis tersebut, sekolah berkenaan juga menerima RM50,000 sumbangan syarikat milik persendirian dan RM20,000 dari Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang menjadikan keseluruhan sebanyak RM270,000.
07 Oct 17
209
Empty Image
Jualan HPPNK Cecah RM270 Juta
  Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK17) berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan mencecah hampir RM270 juta sekali gus membuktikan kejayaan penganjurannya.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, HPPNK17 yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 1 Oktober lalu di MAEPS Serdang itu menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada golongan berkenaan."Hasil jualan itu hampir menyamai rekod jualan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) sedangkan kapasiti HPPNK hanyalah kira-kira 20 peratus berbanding MAHA. "Saya amat teruja dan bangga melihat lebih ramai generasi muda menceburkan diri dalam bidang penyediaan makanan yang berasaskan hasil pertanian."Bukan itu saja, saya juga yakin masa hadapan bidang pertanian dan penghasilan produk makanan dalam negara ini amat cerah melalui sumber-sumber baharu daripada sektor pertanian," Katanya.Pihak wartawan bertemu ramah Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek ketika di Majlis Santai Bersama Menteri MoA sempena penganjuran Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh baru-baru ini.Menurut Shabery, HPPNK17 penuh dengan generasi muda berpakaian seorang ‘chef’ dan terlibat dalam penyediaan makanan sempena pesta' Terokai Dunia Makanan' sepanjang program itu."Lebih 15 ribu nelayan dari seluruh negara dijangka akan berkampung di pantai berkenaan sempena GNN 2017 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober ini."Program GNN dijangka melibatkan himpunan lebih 300 bot nelayan dari seluruh negara disamping pelbagai acara menarik diadakan seperti Forum Perdana, Pertandingan Wau dan Pesta Sukan Air," Katanya.
06 Oct 17
40
Empty Image
MBKT Perkenal Laluan Bebas Kenderaan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganjurkan Program Pagi Bebas Kenderaan di bandar raya ini secara bulanan pada Sabtu  minggu kedua, setiap bulan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pelaksanaan program  membabitkan laluan dua kilometer bermula dan berakhir di tapak Pasarnita, Tanjung Kuala Terengganu itu  melalui  Jalan Pantai, bangunan baru MBKT dan sekitar bandar Kuala Terengganu.Katanya, selain berbasikal, orang ramai turut berpeluang berjalan kaki di sekitar laluan yang disediakan di kawasan pantai di samping melakukan aktiviti riadah seperti senamrobik, joging dan pertunjukan kesenian.“Saya percaya ada ramai peminat sukan berbasikal di bandar raya ini sama ada dalam kalangan persendirian mahupun agensi kerajaan atau swasta.“Insya-Allah pada masa depan, kita berhasrat mengumpulkan kesemua kumpulan berbasikal yang ada di sini untuk bersama-sama terlibat dalam kayuhan sekali gus menikmati keindahan persekitaran dan udara nyaman di bandar raya Kuala Terengganu,” katanya.Menurut  Mohd Zulkifli, jalan yang terlibat akan ditutup buat sementara waktu antara jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi  dan dalam tempoh itu dijangka dapat mengurangkan kira-kira 200 kenderaan di jalan raya.“Laluan sama  akan diperkemaskan dari semasa ke semasa di samping mempertingkatkan penguat kuasa bagi kawalan lalu lintas di lokasi terlibat.“Sehubungan itu, orang ramai terutama yang ingin ke Pasar Besar Kedai Payang atau kawasan berdekatan diminta menggunakan laluan alternative,”katanya
06 Oct 17
50
Empty Image
5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun
Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTimbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu politeknik melahirkan sehingga 5,000 graduan setahun dalam bidang berkaitan Latihan Kemahiran dan Vokasional (TVET) di negara ini.Menurutnya, ini berikutan statistik menunjukkan 85 peratus graduan politeknik di Malaysia dapat memiliki pekerjaan dalam tempoh enam bulan sebaik menamatkan pengajian."Seramai 500 graduan setahun dapat dilahirkan dalam bidang Industri Kreatif dan IT."Jumlah itu tidak cukup, saya mahu 5,000  bukan setakat 500 dilahirkan oleh pelajar-pelajar yang belajar di politeknik," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut Terengganu (PBT) di Bukit Keluang, Besut, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.Hadir sama,Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohamad Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad.Zahid berkata, sebanyak 50 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak dan memberi keutamaan memilih TVET di politeknik setiap tahun.Katanya, sistem pendidikan negara memberi tumpuan kepada TVET berikutan mampu memberi pulangan terbaik terutama bagi pasaran kerja, berbanding graduan dari bidang-bidang lain.Dalam pada itu, politeknik ke-34 di Malaysia dibangunkan di kawasan seluas 24 hektar yang bernilai kira-kira RM180 juta itu sebagai memenuhi saranan kerajaan dalam RMK-11 yang menggalakkan lebih ramai penduduk Malaysia mendapat pendidikan berbentuk TVET.PBT yang dijangka siap pada 11 Januari 2021 itu juga  selaras dengan wawasan negara (2020 dan TN50) serta memenuhi permintaan tenaga kerja mahir  dalam Revolusi Industri 4.0 (4IR).
06 Oct 17
146
Empty Image
Cari Keberkatan Dalam Bekerja-SUK
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan semua penjawat awam agar mencari keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Katanya, pendapatan yang diterima tidak membawa erti sekiranya ianya tidak berkat.“Jumlah pendapatan atau gaji yang kita terima tidak akan membawa apa-apa makna kalau ianya tidak ada keberkatan.“Jadi sekarang ini yang perlu kita cari ialah keberkatan. Dan untuk mendapat satu keberkatan yang optimum adalah dengan mensyukuri dan redha dengan apa yang kita perolehi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.Wan Nawawi turut mengajak kakitangan awam muhasabah diri dan menilai sejauhmana keberkatan gaji yang diterima sebelum ini. “Tanya balik diri kita, adakah gaji yang kita terima berkat dan sejauh mana gaji yang kita dapat yang betul-betul boleh manfaatkan.“Redha dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan sentiasalah bergerak ke hadapan untuk memacu kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya kita sebagai seorang penjawat awam,” ujarnya.
03 Oct 17
291
Empty Image
Permohonan Bantuan Persekolahan Mula Dibuka Pada 5 Oktober Ini
Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 akan dibuka secara atas talian  mulai 5 sehingga 31 Oktober ini melalui laman sesawang danattb.terengganu.gov.my.Syarat permohonan bagi pendapatan keluarga daripada RM2,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM2,500 ke bawah dan setiap pelajar layak menerima RM100 dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang, berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM14 juta untuk diagihkan kepada lebih 120,000 pelajar pada Disember atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.Katanya, peruntukan yang berjumlah RM12 juta tahun lalu (melibatkan 109,880 pelajar) meningkat kepada RM14 juta tahun ini antara usaha kerajaan Terengganu membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya  musim persekolahan yang baharu.“Manakala sebanyak RM9.5 juta  diperuntukkan kepada 94,966 pelajar pada 2014, RM10.2 juta, 101,984 pelajar (2015) dan sejumlah RM10.4 juta diagihkan kepada 104,021 pelajar pada 2016.“Bantuan yang akan diagih mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat itu memasuki tahun ke-13 pelaksanaan sejak 2005 hingga tahun lalu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Wima Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, dia berharap ibu bapa menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin dengan membeli kelengkapan sekolah, alat tulis dan bukannya berbelanja kepada perkara yang tidak berfaedah.“Seboleh-bolehnya saya mahu melihat anak-anak yang mendapat bantuan ini mengenakan pakaian baru pada sesi persekolahan akan datang. “Sebaliknya, tidak wajar sekiranya ibu bapa memberi alasan tidak berduit untuk beli pakaian baru kerana duit sudah diberi,”katanya.  
02 Oct 17
42
Empty Image
Sasar 100,000 Pelancong Ke Terengganu Hasil Joyful Malaysia
Tuan Ahmad Faisal menunjukan poster promosi Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA2, sepanjang Oktober ini. Foto oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyasarkan kira-kira 100,000 pelancong tempatan dan luar negara ke Terengganu hasil promosi Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA 2, sepanjang Oktober ini.Acara itu akan diadakan mulai Jumaat hingga Ahad setiap minggu iaitu 6 hingga 8 Oktober, 13 hingga 15 Oktober, 20 hingga 22 Oktober dan 27 hingga 29 Oktober.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Razak, berkata program kolaborasi kerajaan negeri dengan Malaysia Airports Berhad (MAB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  bertujuan memperkenal serta mempromosikan produk serta destinasi pelancongan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA 2."FAMA melalui premis Agrobazaar di lot kedai KLIA 2 akan memberi kerjasama mempromosikan produk daripada 15 usahawan tempatan."MAB pula menyediakan pentas utama dan ruang legar di KLIA dan KLIA 2, selain tayangan iklan secara percuma di layar skrin di terminal serta media," katanya pada sidang media, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, pemilihan KLIA dan KLIA 2 sebagai lokasi program adalah bertepatan berikutan terminal penerbangan itu menjadi pintu masuk utama pelancong ke Malaysia dan berupaya mengendalikan sehingga 25 juta penumpang setahun."Ia dapat menyampaikan secara terus kepada masyarakat dan pelancong luar maklumat sebenar mengenai prasarana, perkhidmatan dan pembangunan industri pelancongan di negeri ini, sekali gus menjadikan mereka tertarik untuk mengunjungi Terengganu," katanya.
02 Oct 17
126