Artikel "Utama" Terkini
Pertubuhan Berdaftar Diingatkan Agar Tidak Langgar Akta Pertubuhan 1966
Ahmad Zahid ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diingatkan agar tidak melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966.Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pertubuhan yang berdaftar perlu sentiasa menyerah serta menghantar penyata tahunan dan penyata kewangan pertubuhan bagi mengelakkan pertubuhan yang telah didaftar tidak terbatal.“Pada ketika ini terdapat kira-kira 63,846 pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Dan selepas disemak daripada jumlah itu kira-kira 44 peratus pertubuhan yang didaftarkan sebelum ini terpaksa dibatalkan.“Antara faktor yang menyumbang kepada pembatalan itu dilakukan disebabkan tidak menghantar penyata tahunan dan penyata kewangan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha kerajaan Negeri, Dato’ wan Nawawi Wan Ismail serta Ketua Pengarah Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia, Dato’ Mohammad Razin Abdullah.Sementara itu, Ahmad Zahid turut menggalakkan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama supaya bergabung dibawah satu pertubuhan.“Persatuan-persatuan yang didaftarkan dengan pelbagai nama tetapi mempunyai hampir sama aktivitinya digalak agar bergabung untuk mudah kita bantu,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memberitahu semua pertubuhan permotoran sama ada motorsikal berkuasa tinggi, kapchai, dan lain-lain telah dimansuhkan di dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPPM) di mana ahlinya terdiri daripada 2 juta ahli.“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin persatuan permotoran yang pelbagai di seluruh negara dibawah GPPM dimana pergabungan ini banyak memberi manfaat kepada ahli dan ini merupakan antara persatuan terbesar di negara dan perlu dicontohi,” ujarnya.
13 Oct 17
175
8,500 Nelayan Anggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan
Hampir 8,500 nelayan dari seluruh negara menganggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan bagi memantapkan dan meningkatkan sinergi, kecekapan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti keselamatan di kawasan nelayan.Ketua Unit Komunikasi Korporat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Norfajarwati Baharudin berkata, kumpulan gabungan Sukarelawan Perikanan (Super) dan Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) berorientasikan konsep kesukarelawanan sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu misi bencana alam atau misi menyelamat bagi kemalangan di laut dan di darat."Kumpulan ini juga membantu pelaksanaan pengurusan perikanan kepada masyarakat dan industri perikanan negara," katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kumpulan Keselamatan Nelayan di Pocket Stage 3 sempena Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kertih, Kemaman, hari ini.Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Kemajuan Ikan Malaysia, Dato' Mohd Saedon Ab Majid dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Ir Rosli Othman.Hadir sama, 800 nelayan dari seluruh Malaysia di majlis konvesyen Kumpulan Keselamatan Nelayan sempena GNN itu.Norfajarwati berkata, objektif Kumpulan Keselamatan Nelayan antara lain untuk menjadi sebuah organisasi sukarelawan yang cekap dalam misi operasi bencana alam atau misi mencari dan menyelamat bagi kemalangan di laut terutama yangmelibatkan nelayan.Menurutnya, bagi melahirkan anggota kumpulan yang berkemahiran, mereka juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memberi kemahiran secara kursus dan amali."Mereka diberi pendedahan dengan kemahiran keselamatan di laut seperti pengenalan kepada Personal Floating Device ( PFD ), latihan cardiopulmonary resuscitation (CPR), teknik balutan dan teknik-teknik menyelamat mangsa di laut," katanya.Tambahnya, antara aktiviti kumpulan itu seperti menyalurkan maklumat mangsa bencana, membantu dalam operasi pemindahan mangsa bencana, membantu operasi pembersihan kawasan perkampungan nelayan dan melaksanakan pemantauan aktiviti perikanan di kawasan setempat.Katanya, kumpulan itu turut membantu nelayan atau orang yang hilang di laut dan pengagihan bekalan makanan serta barang keperluan semasa kejadian banjir besar pada 2014 yang melanda Kelantan, Pahang dan Perak."Mereka juga sanggup menyabung nyawa dalam membantu tugas mencari dan menyelamat dan membantuan kemanusiaan apabila diminta oleh agensi keselamatan yang berkenaan," katanya.
13 Oct 17
519
Jentera Siber Sampaikan Perkara Positif Dibuat Kerajaan - Ahmad Maslan
Peserta-peserta BTM Negeri Terengganu bergambar bersama Dato' Ahmad MaslanBiro Informasi dan Teknologi meminta semua Jentera Siber Barisan Nasional (BN)dan UMNO menyampaikan perkara positif yang dilaksanakan Kerajaan Pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi UMNO, Dato' Ahmad Maslan berkata, jentera siber dan media sosial UMNO dan BN perlu menyampaikan perkara positif dan cuba memerangi fitnah media sosial yang dibuat oleh pihak pembangkang menggunakan teknologi yang terkini.Jelasnya lagi, ianya sangat perlu kerana kerajaan mempunyai pelbagai perkara yang boleh disebarkan menerusi media sosial, kaedah yang cepat, berkesan dan efektif kerana segala gajet sentiasa di tangan penggunanya."Mereka boleh menularkan segala aktiviti pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing untuk diketahui oleh anak-anak muda terutama peminat media sosial."Saya juga nak maklum kepada jentera siber (cyber troppers) UMNO supaya tidak menyebarkan fitnah dan mereka juga harus maklum apabila semakin hampir dengan PRU14... jumlah fitnah yang disebarkan itu akan bertambah,"kata Ahmad.Beliau berkata demikian di sidang media di Bengkel Teknikal Maya (BTM)Negeri Terengganu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, hanya tinggal empat negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang akan menyelesaikan BTM sebelum November ini.Sementara itu,beliau turut memaklumkan tentang Tweet yang dilaporkan oleh Malay Mail online dua hari lalu yang menyebut bahawa pengguna Facebook yang menyokong BN dan UMNO mempunyai penyokong dua kali ganda lebih ramai dari penyokong pembangkang."Ini perkara yang menarik kerana ia dibuat oleh pihak ketiga iaitu Poli Tweet yang tidak ada kaitan dengan parti politik dan ia disiarkan oleh Malay Mail yang memberitahu hasil kajian terhadap pengguna facebook bahawa sokongan terhadap UMNO dan Pakatan Harapan berjumlah 4.4 juta sementara pembangkang pula angkanya separuh daripada itu."Untuk kali pertama kajian seperti ini meletakkan UMNO di hadapan pembangkang dalam perang media sosial..mungkin usaha membuah hasil tapi jangan terlalu selesa dan tak buat kerja nanti lain jadinya,"tegas Ahmad.
12 Oct 17
28
Jangan Bebankan Murid Dengan Berat Buku Ke Sekolah - Mahdzir
Mahdzir ketika menyempurnakan Majlis Graduasi Pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish fadzillah Abu Kassim.Murid sekolah rendah tidak seharusnya dibebani dengan berat buku yang perlu dibawa ke sekolah setiap hari, kata Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.Menurutnya, berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan, terdapat murid di sesetengah sekolah terpaksa membawa buku yang banyak dan terlampau berat sehingga membebankan mereka.“Jangan bagi terlampau banyak beban kepada mereka sebaliknya bagi mereka rasa seronok untuk ke sekolah.“Cukuplah dengan buku teks sahaja untuk buat kerja-kerja latihan di sekolah. Apabila dibebani dengan buku latihan tambahan adakalanya membuatkan anak-anak ini rasa tertekan,” ujarnya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi 390 Pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai bebanan buku latihan tambahan yang terpaksa dibawa murid sekolah rendah di negara ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman; Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Sulaiman, Dato’ Sabri Alwi dan Pengetua SMK Sultan Sulaiman, Samsudin Ismail.Sementara itu, Mahdzir mengharapkan majlis graduasi berkenaan akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan SPM dan STPM bermula 6 November hingga 4 Disember ini.
11 Oct 17
57
Pesona Tasik Kenyir
Dato' Muda (lima dari kanan) bersama sebahagian peserta lawatan kerja ke Tasik Kenyir, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil inisiatif menganjurkan lawatan kerja dua hari satu malam di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi melahirkan solidariti di kalangan pengamal media dan memperkasakan bidang komunikasi.Program julung kali itu melibatkan kakitangan yang mewakili semua unit di UKOM dengan pelbagai pengisian dan aktiviti termasuk melawat Santuari Kelah, Air Terjun Lasir dan Taman Herba bagi meninjau lebih dekat tarikan pelancong dan keistimewaan yang terdapat di tasik buatan manusia itu.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, destinasi itu menjadi antara pusat rekreasi dan riadah terbaik yang terdapat di negara ini dan Terengganu khasnya.Katanya, sebagai peneraju unit media rasmi kerajaan negeri, lawatan kerja itu amat relevan sebagai platform untuk UKOM menyebar luas dan mempromosikan tarikan yang ada di Terengganu berdasarkan pengalaman sendiri.''Lawatan yang disertai kakitangan saya dengan menaiki dan bermalam di rumah bot di tengah-tengah tasik buatan terbesar itu cukup mengujakan dan memberi pengalaman berbeza ."Ianya memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk saya dan juga kepada kakitangan UKOM yang turut serta. Lawatan sambil belajar tanpa gajet cukup bermakna kerana dapat mengeratkan silaturahim antara saya dan mereka yang turut serta dalam program yang santai ini,"katanya.Muda berkata, lawatan itu memberi peluang untuk meneroka keindahan alam yang belum tercemar, mengenali spesies tanaman herba dan mencuba minuman herba yang disediakan secara percuma kepada pengunjung di Taman Herba.Tambahnya, selain bermalam, rombongannya turut dibawa mandi-manda di kawasan Air Terjun Lasir dan bermain dengan ikan kelah di Santuari Kelah, Sungai Petang." Walaupun terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk sampai ke destinasinya rasa penat itu hilang apabila dapat melihat ribuan spesies kelah jinak mengerumuni ,” ujarnya yang kagum dengan flora dan fauna di tasik itu.Seorang peserta, Zatini Yan 35, yang pertama kali menyertai program berkenaan berkata, kemudahan asas seperti tandas, penyediaan makanan dan tempat tidur yang ringkas namun lengkap sudah memadai untuknya sepanjang dua hari satu malam di rumah bot.“Kemudahan serba lengkap seperti set karaoke, televisyen dan saluran Astro di rumah bot Arowana yang dilengkapi lapan bilik tidur seumpama berada di rumah sendiri serta amat memuaskan hati saya. InsyaAllah saya akan kembali lagi ke sini jika diberi peluang dan akan membawa keluarga untuk turut sama menikmati pesona Tasik Kenyir ini,” ujarnya.
11 Oct 17
658
30 Masjid Utama Diiktiraf Masjid Pelancongan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) merekodkan 30 masjid utama di negara ini disenaraikan sebagai masjid pelancongan. Antara masjid berkenaan adalah Masjid Abidin dan Masjid Kristal di Kuala Terengganu; Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur; Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya; Masjid Zahir di Alor Setar dan Masjid Selat Melaka di Melaka.Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata menyedari hakikat itu pihaknya memperluaskan sektor pelancongan masjid dengan menganjurkan pelbagai program riadah agar bertepatan dengan Malaysia sebagai negara Pelancongan Islam di dunia.“Pada masa sama, memberi peluang pelancong Islam dan bukan Islam untuk melihat keunikan dan keistimewaan masjid-masjid yang terdapat di negara ini sekali gus merancakkan pelancongan Islam.“Tahun lalu mencatatkan seramai 5.5 juta pelancong Islam ke Malaysia sama ada dari negara Islam ataupun pelancong Islam dari negara bukan Islam seperti China,” katanya.Beliau berkata demikian pada Persidangan Meja Bulat Kebangsaan di Grand Hotel Puteri, Kuala Terengganu, semalam.Ermieyati berkata, usaha itu bukan sahaja memberi peluang pelancong Islam dan bukan Islam untuk melihat keunikan dan keistimewaan seni bina masjid di negara ini sekali gus merancakkan pelancongan Islam.
10 Oct 17
43
555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC
Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini.Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC disempurnakan oleh Canselornya, Tan Sri Ir. (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaakob.Abdul Rahman berkata, daripada jumlah keseluruhan graduan, 422 adalah pemegang diploma dan selebihnya adalah graduan program ijazah sarjana muda."TATiUC berharap para graduan sudah bersedia untuk menempuh alam kerjaya yang semakin mencabar pada era ini."Saya percaya peningkatan jumlah graduan dari semasa ke semasa adalah kerana mutu dan kualiti pengajian serta bidang kemahiran selain jaminan kerjaya sebaik tamat pengajian," katanya.Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib yang juga Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri.Menurut Abdul Rahman, kekuatan yang dibekalkan kepada graduan selama menuntut ilmu menjadi senjata utama bagi meneruskan kecemerlangan di bidang yang diceburi.Selain itu, tambahnya, keunikan sistem pembelajaran yang di universiti itu yang berkualiti, mengguna pakai sistem yang pintar dan cekap juga dapat memenuhi keperluan serta pasaran guna tenaga pekerja yang tinggi mendorong ramai mahu mengikuti pengajian di situ.Beliau berkata, terbaru, pihak pengendali East Cost Rail Link ( ECRL ) projek laluan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai Timur melalui Technology Depository Agency ( TDA ) di bawah Kementerian Kewangan Malaysian bercadang juga mahu menjadikan TATiUC sebagai Pusat Latihan Pekerja."Latihan tersebut meliputi enam sub-sektor antaranya rolling stock, track work, signalling communication, automated fares collection, electrification tunneling dan E-locomotive."Mereka juga berhasrat untuk mengambil graduan-graduan TATiUC sebagai tenaga kerja dalam lokomotif tersebut," katanya.Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang konvokesyen bermula 8 hingga 10 Oktober ini yang juga bersempena sambutan 10 tahun penubuhan pusat pengajian itu.
10 Oct 17
348
Bot Penambang Makin Cantik, Jadi Tarikan Penumpang
Beberapa pemilik bot penambang Seberang Takir, Kuala Nerus yang mendapat peruntukan membaik pulih bot berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bantuan itu membolehkan mereka memulih dan menambah baik pengangkutan air yang menjadi sumber utama rezeki masing-masing itu.Rata-rata yang ditemui Teganukita gembira dan bersyukur kerana bot masing-masing yang dahulu uzur, malah ada yang rosak kini sudah berubah wajah, kelihatan cantik serta dilengkapi beberapa kemudahan baharu.HashimSeorang pemilik bot, Hashim Ibrahim, 58 dari Kampung Seberang Takir mengakui tanpa bantuan itu dia tentunya tidak mampu membaik pulih botnya kerana kos peralatan masa kini yang begitu mahal"Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan kerana perihatin dengan kami kerana menghulurkan bantuan yang agak banyak itu."Bot saya memang sudah lama dan uzur serta mengalami beberapa kerosakan kerana usia hampir 50 tahun."Dengan siapnya bot ini, saya mengharapkan jumlah penumpang akan bertambah terutamanya pelancong selain penduduk Seberang Takir, " katanya yang mula terbabit dengan pekerjaan itu sejak berusia belasan tahun.WahabSeorang lagi pemilik bot, Mohd Abd Wahab dari Kampung Jeram berkata, botnya kini berubah wajah dan kelihatan kemas serta menarik."Jika nak baiki dan ubah suai sendiri memang saya tidak mampu kerana kosnya yang mahal tetapi dengan bantuan ini segalanya berubah dan saya semakin bersemangat untuk meneruskan pekerjaan ini, terima kasih kerajaan," katanya yang membeli bot itu lebih 20 tahun lalu.Manakala seorang lagi yang ditemui Teganukita, Harun Ismail, 66 dari Teluk Ketapang juga berpuashati dengan keadaan botnya itu."Terima kasihlah kepada kerajaan atas bantuan itu dan program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.LatifSementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Bot Penambang Terengganu, Latif Yusof berkata, semua 18 pengusaha bot yang mendapat bantuan membaik pulih bot berjumlah RM600,000 itu berpuas hati dengan keadaan bot masing-masing."Mereka boleh membaiki semula kerosakan jika ada dalam tempoh satu tahun dari tempoh penyerahan," katanya.Khairul AzhanDalam pada itu, Ketua Setiausaha Pelancongan Terengganu, Khairul Azhan Mohd Yusof berkata, dengan keadaan bot yang selamat dan menarik itu diharap dapat menarik minat lebih ramai mengunakanya terutamanya pelancong."Usaha ini adalah cetusan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) sendiri selepas mendengar rungutan dan rintihan pengusaha bot penambang itu."Kesan daripada ini, kita yakin semakin ramai akan menjadi pengusaha dan ini secara tidak langsung akan memeriahkan lagi industri pelancongan di Terengganu," katanya.Pada akhir tahun lalu, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan kira-kira RM600,000 bagi membaiki dan menambah baik bot penambang termasuk dari sistem pencahayaan serta papan tanda sempena Tahun Melawat Terengganu.Sebanyak 20 bot penambang ditambah baik menerusi empat fasa, yang melibatkan lima bot setiap fasa dengan setiap bot mendapat bantuan RM30,000.
09 Oct 17
481
MBKT Serius Tangani Isu
Kerja-kerja menebang pokok jenis 'khaya' di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Kerja-kerja menebang pokok yang berisiko dan boleh membahayakan pengguna jalan raya mula diberi perhatian lebih serius oleh pihak berkuasa tempatan.Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar berkata, usaha itu dilaksanakan melibatkan pelbagai unit dan agensi berkaitan bagi memastikan laluan jalan raya terutamanya di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu lebih selamat berikutan insiden yang berlaku Sabtu lalu.Katanya, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama dari pihak Majlis Daerah Setiu (MDS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan-jabatan lain juga menyediakan anggota dan peralatan yang mencukupi bagi memulakan kerja menebang serta mengalihkan pokok berkenaan."Kita berharap dapat selesaikan perkara secepat mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini selamat dari sebarang bencana."Jadi buat masa sekarang ini kita perlukan kerjasama daripada orang ramai yang melalui jalan ini agar mengikuti lencongan disediakan semasa kerja-kerja menebang dan pembersihan dilakukan," katanya kepada Teganukita, hari ini.Tambah Zulkifli, dijangkakan kerja-kerja itu kan mengambil masa selama sebulan.Namun demikian, beliau berkata pihaknya akan menambah jentera serta anggota agar ianya dapat dipercepatkan selain dapat memberikan keselamatan kepada pengguna jalan raya di kawasan itu.Dalam pada itu, pihak MBKT turut telah mengenal pasti kawasan-kawasan ylain yang terdapat pokok berisiko serta membahayakan pengguna jalan raya.Zulkifli berkata, selain dari pokok jenis 'Khaya' yang berada di Mengabang Lekar, Batu Rakit tersebut, terdapat beberapa laluan lain turut terdapat pokok spesies yang sama antaranya di Jalan Sultan Sulaiman dan berhadapan Pasar Bukit Besar, Kuala Terengganu."Walau bagaimanapun pokok-pokok lain juga perlu diberi perhatian terutama pokok-pokok besar yang mana dahannya merimbun di atas jalan raya."Kita telah mengambil iktibar dari apa yang terjadi untuk memastikan bukan sahaja pokok jenis ini yang pada umumnya boleh dikatakan pokok kayu keras. Tapi ianya (insiden) di luar jangkaan kerana apa yang terjadi itu kehendak Ilahi jua," katanya.
09 Oct 17
31
YDSM, MSO Anjur Program Hari Penglihatan Sedunia 2017
Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Eloklah kita menjaganya dengan sehabis baik bagi memastikan penglihatan mata kita terpelihara hingga akhir hayat, agar dapat kita melihat wajah orang-orang tersayang, melihat kebesaran Tuhan melalui kehebatan alam ini, serta menggunakan kedua-dua mata untuk kebaikan.Justeru Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) meneruskan program khidmat masyarakatnya menganjurkan Program Hari Penglihatan Sedunia 2017 (“World Sight Day 2017”) , program kerjasama Malaysian Society Ophthalmologist (MSO) pada 14 dan 15 Oktober ini di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Ia memberi fokus kepada penyaringan dan rawatan mata untuk golongan miskin di Terengganu dengan sasaran penglibatan seramai 1,000 golongan tersebut yang mempunyai masalah berkaitan mata.Menurut sumber YDSM, antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata secara percuma oleh kira-kira 15 Doktor Pakar Mata dari MSO, di samping 17 orang Optometrist dari Persatuan Optometrist Malaysia (AMO).Lain-lain aktiviti yang diselitkan ialah khidmat nasihat guaman percuma kerjasama YDSM dan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, juala dan pameran serta kaunter khidmat pelanggan PTPTN serta BSN.Menurut sumber itu lagi, pada 14 Oktober (Sabtu), program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, manakala pada 15 Oktober (Ahad) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari/petang.
09 Oct 17
154