Artikel "Utama" Terkini
Bajet 2018 Akan Lebih Mesra Rakyat
Bajet 2018 yang akan dibentangkan 27 Oktober ini diyakini akan memberi manfaat kepada rakyat secara umum dan lebih mesra rakyat terutama kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, bajet berkenaan secara tidak langsung akan menumpukan kepada keperluan-keperluan sebenar bagi mengatasi masalah kos sara hidup, perumahan termasuk keperluan untuk menjana ekonomi rakyat.Katanya, beliau yakin bajet kali ini amat ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat ekoran negara pada masa ini berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu."Saya percaya YAB Perdana Menteri(PM) akan menumpukan kepada perkara-perkara ini kerana kita yakin dengan kebolehan kita ketika menghadapi keadaan ekonomi meleset tetapi masih bertahan malah untuk meneruskan agenda negara seperti Transformasi Nasional 2050(TN50)...kita perlu asas yang kukuh."Jadi dalam erti kata yang lain, kita berharap YAB PM boleh menumpukan kepada pembangunan meyakinkan rakyat(orang muda khususnya),masyarakat luar bandar sebagai tulang belakang yang menyokong Kerajaan selama ini untuk mengembangkan punca pendapatan dan membangunkan ekonomi mereka,"katanya ketika ditemui Teganukita, malam tadi.Jelas Tengku Putera yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, beliau melihat sumber di kawasan luar bandar berpotensi untuk digembleng bagi meningkatkan pendapatan bukan sahaja melalui insfrastruktur tetapi juga produk-produk yang ada supaya lebih bernilai tinggi."Kita wujudkan bantuan atau sumber supaya penduduk luar bandar terutama belia dapat berniaga atau memproses produk mereka untuk lebih berdaya maju."Kita ada banyak agensi dan saya amat berharap setiap daerah atau Dewan Undangan Negeri(DUN) boleh diwujudkan Pusat Ekonomi Komuniti seperti UTC tapi diperbesarkan sedikit,"katanya.Tambahnya lagi, Pusat Ekonomi Komuniti ini boleh dibangunkan sebagai pusat penempatan bandar baru, pusat pelancongan, pusat pengumpulan segala sumber ekonomi komuniti dan sebagainya.
16 Oct 17
39
Polis, SRS Bekerjasama Tangani Gejala Dadah
Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Skim Rondaan Sukarela(SRS) bagi membanteras jenayah termasuk gejala dadah di kampung-kampung di seluruh negeri ini.Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata,bantuan SRS sangat diperlukan bagi mengenalpasti kawasan 'hot spot' kegiatan penagihan dadah termasuklah jenayah lain sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan dalam mengurangkan beban polis menangani masalah jenayah."Saya lihat SRS merupakan satu langkah yang terbaik dan terbukti mampu mengurangkan kadar jenayah termasuk gejala penagihan dadah di kawasan kediaman penduduk terutama di kampung-kampung."Pembabitan orang kampung dalam pasukan SRS mungkin mampu membantu dari sudut teknikal dari segi rondaan yang dilakukan secara sukarela dan pihak polis mengalu-alukannya bagi sama-sama membantu menjaga keselamatan dan keamanan setempat,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis perasmian Program Jom Ronda SRS 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 di Kampung Padang Setar,Sekayu, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Nik Azman Nik Razak serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional( JPNIN) Terengganu, Burhanuddin Daud.Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian surat penghargaan kepada SRS serta ziarah mesra perpaduan.Sementara itu, Burhanuddin berkata, terdapat 480 SRS di seluruh Terengganu dan 80 peratus daripadanya bergerak aktif mengadakan kawalan keselamatan serta rondaan bagi mencegah jenayah di tempat masing-masing."Kami akan memastikan bakinya sebanyak 20 peratus akan bergerak secara aktif pada tahun hadapan."Menurut Kajian Persepsi Rasa Selamat yang dijalankan pihak jabatan daripada Januari hingga Jun tahun ini, mendapati 96 peratus individu yang tinggal di kawasan yang diwujudkan SRS merasakan keselamatan mereka lebih terjamin,"katanya.
16 Oct 17
316
Semua Guru Bertindak Sebagai Guru Disiplin
Ahmad Razif mencanting batik sebagai simbolik merasmikan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKementerian Pendidikan meminta semua guru supaya bertindak sebagai guru disiplin dan tidak menyembunyi sebarang insiden yang berlaku di sekolah daripada pengetahuan kementerian dan pihak berkuasa.Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, konsep semua guru adalah guru disiplin dan mewujudkan sekolah penyayang menjadi asas utama bagi mengurangkan masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajar."Kita tidak boleh memberikan tanggungjawab kepada seorang guru disiplin sahaja. Oleh itu, kita mengambil pendekatan supaya semua guru bertindak sebagai guru disiplin."Namun, guru tidak perlu terlalu memberi fokus kepada tindakan disiplin atau mengenakan hukuman kepada pelajar bermasalah, sebaliknya mereka perlu menggunakan konsep mendekati dan bermesra dengan pelajar," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Sin Woon berkata, sehubungan itu juga kementerian akan menempatkan lebih ramai guru kaunseling profesional di sekolah bagi menangani pelbagai isu dan masalah pelajar pada masa kini.Katanya, kecenderungan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu berpunca daripada akses yang tiada batas di laman sosial, selain didorong oleh kurangnya pendekatan guru kaunseling profesional kepada golongan itu."Kita mahu supaya di setiap sekolah mempunyai kaunselor profesional khusus untuk membantu pelajar yang bermasalah..ini kerana kita tidak mahu pelajar terbabit menerima hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sekolah."Kementerian juga mahu semua pelajar memperolehi akses pendidikan yang sama, cuma mereka perlukan kaunseling yang lebih untuk memastikan disiplin mereka lebih baik dan semua guru perlu meneliti aktiviti atau permainan yang boleh dilakukan oleh pelajar secara serius ketika berada di sekolah," katanya.
16 Oct 17
220
PSUK Terengganu Jalin Kerjasama Dengan UniSZA Perkasa Modal Insan Pegawai Tadbir Negeri
Satu kerjasama strategik khususnya dalam sektor pendidikan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan pegawai tadbir negeri ini diwujudkan di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hasil permeteraian memorandum persefahaman (MoU) di Wisma Darul Iman, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui kerjasama itu, seramai 21 Pegawai Tadbir Negeri akan menjayakan projek perintis bagi mengikuti kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang ditawarkan UniSZA.Katanya, kerajaan negeri akan terus memberi peluang kepada kumpulan pelaksana yang menerajui jabatan-jabatan tertentu di peringkat negeri ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan tahap profesional dan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada mereka.“Ini merupakan kolaborasi yang baik dan merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dimana kita menggunakan kepakaran yang ada di UniSZA untuk menjadikan pegawai kita pemimpin terhebat pada masa akan datang dan secara tidak langsung mereka ini juga akan menjadi duta kepada UniSZA.“Leibh menarik, sepuluh yang terbaik daripada mereka ini kita akan tawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD dimana tiga yang paling cemerlang akan ditaja kerajaan negeri untuk mengikuti PHD di universiti luar negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap di Program Peningkatan Profesionalisme Pegawai Tadbir Negeri 2017 dan MoU antara PSUK Terengganu dan UniSZA di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, 21 Pegawai Tadbir Negeri ini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara separuh masa di UniSZA selama setahun bermula 22 September lalu.
16 Oct 17
127
Dr Zaleha Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Sultan Mizan berkenan menyampaikan pertauliahan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kepada Dr Zaleha. Foto Harish Fadzillah KassimRektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarudin wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang berkuatkuasa hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah perlantikan Dr Zaleha, 56, dari Raub, Pahang di Majlis Penghadapan Dan Upacara Pergurniaan Tauliah di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Hakim Syarie, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Tugas utama Dr Zaleha adalah mengendalikan, mendengar kes rayuan dan mempunyai kuasa untuk membatal serta mengurangkan sabitan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.Dr Zaleha satu-satunya wanita daripada lima individu yang ditauliahkan menerima jawatan sama. Empat lagi adalah Dato' Abdul Rahman Md Yunus, Dato' Mohd Yazid Mustafa, Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan Dato' Abdul Walid Abu Hassan.Manakala selebihnya iaitu seramai 99 penerima lain dari seluruh negeri yang menerima pentauliahan pelbagai jawatan.Bagi jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah ditauliahkan kepada Ahmad Najib Mohd, Muhamad 'Auni Mustaffa, Noor Afzan Adam, Nurul Huda Abd Rahman dan Siti Salwa Mustapa. Manakala, Mohd Nasir Abd Manaf pula dilantik sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.Sementara 10 individu ditauliahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri diikuti Ketua Pendaftar, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (lima penerima) dan Jurunikah Negeri ditauliahkan kepada 26 penerima.Lain-lain pentauliahan jurunikah mengikut daerah, Besut (13), masing-masing dari Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu (7), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (6); Marang (5) serta Setiu dua individu.
15 Oct 17
585
MSNT Sedia Tawar Jurulatih Sambilan Kepada Che Azrol
Ibni bersama beberapa pegawai MSNT melawat Che Azrol yang mendapat rawatan di HSNZ. Foto oleh Zulkifli C W PutraMajlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersedia menawarkan jawatan sebagai jurulatih sambilan kepada bekas wira angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat, 38, sebaik selesai mendapat rawatan masalah buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).Che Mohd Azrol yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih angkat berat MSNT selama tiga tahun dan berakhir 2015, turut dikesan mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru, hati dan limpa.Pengarahnya, Ibni Amin Busu berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib Che Mohd Azrol dan akan berusaha untuk membolehkannya kembali berkhidmat sebagai jurulatih sambilan.“Pada masa sama, berusaha sebaik mungkin dan membawa perkara ini kepada pengetahuan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri (Datuk Rozi Mamat) untuk tindakan selanjutnya, terutama berkaitan bantuan kesihatan.“Berkemungkinan akan dipanjangkan kepada unit Tabung Darul Iman atau mana-mana pihak bagi membantu meringankan beban Che Asrol,”katanya ketika ditemui selepas melawat bekas wira angkat berat itu di HSNZ, hari ini.Dalam laporan Harian Metro Khamis lalu, pemenang dua pingat emas di Sukan SEA 2003 di Vietnam dan 2005 di Filipina dalam acara angkat berat kategori 105 kilogram itu meluahkan rasa terkilan seolah-olah tidak dipedulikan apabila terlantar sakit di HSNZ hampir dua minggu lalu.Atlet itu mendakwa, beliau kini hanya bergantung hidup kepada orang tuanya yang bekerja kampung yang mampu menyediakan RM2,000 sebulan bagi menampung kos perubatan kerana tiada sumber pendapatan lain.Sementara itu, Che Mohd Azrol, berkata dia cukup terharu di atas kecaknaan kerajaan negeri dan MSNT sudi menghulurkan bantuan dan apa yang penting menjanjikan pekerjaan untuk meneruskan sisa-sisa hidup.“Saya kini perlu mendapat rawatan hemodialisis sebanyak empat kali seminggu dan pekerjaan yang bersesuaian cukup penting bagi menampung kos perubatannya,”katanya
14 Oct 17
184
Kontijen PMINT Juara Keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017
Samiun (tengah) bersama wakil kontijen PMINT yang muncul juara keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKontinjen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) muncul juara keseluruhan selepas berjaya mengutip 29 mata dalam temasya Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 yang melabuhkan tirainya hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 disertai 10 daripada 14 buah Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia (Gemaputera) yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan UDA Holdings Berhad.“Kejohanan kali ini disertai 400 peserta dimana menyaksikan PMINT menjadi tuan rumah dan acara-acara yang dipertandingkan telah berlangsung di PB Square dan Pantai Batu Burok, pada 14 Oktober.“Lima jenis sukan tradisional dipertandingkan iaitu Golek Nyior, Sepak Raga Bintang, Dam Aji, Batu Selambut dan Cokok,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Samiun berkata, matlamat penganjuran sukan tradisional tersebut adalah bagi mengangkat kembali sukan-sukan tradisi lama yang dimainkan oleh generasi terdahulu agar ia terus hidup dan kekal terpelihara.“Malah secara tidak langsung, penganjuran Sukan Tradisional Mini Gemaputera ini juga dapat menghimpunkan seluruh warga PKEN dan UDA Holdings Berhad dibawah satu bumbung yang sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara mereka,” ujarnya.
14 Oct 17
471
Perlu Lebih Tegas Kekang Pencerobohan Perairan Negara - Zahid
Zahid melancarkan GNN 2017, di Kuala Kertih, Kemaman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Agensi penguatkuasaan diarah lebih serius bagi mengekang masalah pencerobohan nelayan asing di perairan negara yang mengakibatkan kerugian hasil laut sehingga RM6 bilion setahun, kata Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurutnya, arahan itu membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)."Beberapa langkah sudah diambil oleh agensi penguatkuasaan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan menerusi program 'Eye In The Sky' sama ada di Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut China Selatan bagi mengelak insiden pencerobohan." Oleh kerana kita tahu bahawa hasil laut ini adalah sumber protein utama untuk rakyat negara kita dan kita cuba mengelakkan pengimportan dilakukan daripada negara lain sedangkan hasilnya daripada Malaysia..dan ini tidak adil kepada rakyat Malaysia terutama kepada para nelayan. Sebab itu saya memberikan penekanan supaya agensi-agensi penguatkuasaan ini mengambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas,"katanya.Zahid berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kertih, Kemaman, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Mohd Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Ahmad Said.Zahid juga meminta supaya nelayan tempatan memasang Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada bot ketika menangkap hasil laut terutama di kawasan berhampiran sempadan perairan negara bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini."Kita juga menyeru nelayan supaya memasang AIS sama ada yang diperolehi secara percuma (bantuan kerajaan) ataupun dibeli sendiri."Ia perlu dipasang bukan sahaja bagi memantau kegiataan yang dilakukan kumpulan nelayan untuk tujuan penguatkuasaan, malah untuk keselamatan nelayan ketika di zon-zon tertentu lautan termasuk nelayan yang didakwa memasuki sempadan negara asing sebagai bukti siasatan sama ada berlaku pencerobohan atau tidak,"katanya.
13 Oct 17
41
Program MyBN NBOS 'Touch Point' Secara Langsung Kepada Penduduk Setempat
Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN)Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) Gotong Royong 2017 melibatkan 98 parlimen seluruh negara diyakini mampu memberi 'touch point' yang akan meninggalkan kesan secara langsung di kawasan kediaman penduduk setempat.Setiausaha Bahagian, Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK)Terengganu, Jusman Ibrahim berkata, peruntukan NBOS MyBN sebanyak RM30,000 setiap parlimen merupakan peruntukan khas kerajaan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan(ICU), Jabatan Perdana Menteri.Jelasnya, ia melibatkan kerjasama antara Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta sukarelawan yang memfokuskan kepada aktiviti gotong royong."Program ini lebih memfokuskan kepada aktiviti pembersihan, pengindahan dan keceriaan kawasan oleh penduduk setempat dan sukarelawan secara kerjasama di kalangan mereka yang terlibat."Kita berharap melalui program ini, ia mampu mengubah persekitaran kejiranan yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat, bersih dan indah secara mampan,"kata Jusman kepada Teganukita selepas Program (MyBN)NBOS Peringkat Negeri Terengganu di PAKR Taman Desa Permai, Kampung Darat Pok Chan, Marang hari ini.Jusman mengecat pintu gerbang sambil diperhatikan Rozali dan Rohaya.Turut hadir, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Terengganu, TPr . Rohaya Abd Kadir dan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Rozali Salleh.Tambahnya lagi, paling penting program itu mampu mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan dan mengeratkan ukhwah di kalangan penduduk setempat.
13 Oct 17
110
Kembali Kepada Agama Untuk Pembangunan Seimbang Dunia dan Akhirat- Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengacau bubur asyura Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini. Foto Zulkifli Putra Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat negara ini kembali kepada pegangan agama dan kepercayaan masing-masing supaya masalah dan gejala sosial di negara ini dapat dibendung secara berperingkat-peringkat.Katanya, pembangunan yang mampan tidak mungkin dapat dicapai sekiranya negara terumbang-ambing dengan masalah sosial. “Oleh itu, saya mahu semua pemimpin masyarakat memainkan peranan bagi membentuk akhlak yang baik di kalangan rakyat Malaysia, sekaligus pembangunan yang seimbang dunia dan akhirat dapat dizahirkan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini.Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong;Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi MamatAhmad Zahid turut memberitahu, Ekspresi Negaraku merupakan program yang mempamerkan kesatuan dan kesepaduan sesama rakyat pelbagai kaum di negara ini.“Penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia penting dalam menghidupkan semangat 'Negaraku'; yang cuba ditonjolkan menerusi penganjuran program Ini."Saya amat gembira atas sambutan yang telah diberikan oleh masyarakat di Terengganu, khususnya penduduk Dungun pada program Ekspresi Negaraku yang kelima hari ini," katanya.Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Dewan Merdeka, Dungun seawal 6.00 pagi untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat.Antaranya Larian Bendera Negaraku, senamrobik, gerai-gerai pameran, sukaneka, kayuhan santai, silat, taekwando , car boot sale dan agihan bubur asyura yang dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk sebanyak 18 kawah.
13 Oct 17
142