Artikel "Utama" Terkini
Bantuan Mangsa Ribut Akan Disegerakan- Ahmad Razif
Menteri Besar bersama kepimpinan negeri dan kawasan meninjau kesan kejadian ribut petang semalam di sekitar Paya Resak, Marang. Foto oleh Zulkifli CW PutraKerajaan negeri akan memastikan semua rumah yang rosak akibat kejadian bencana ribut melanda beberapa kawasan di negeri ini, petang semalam akan segera diberi bantuan membaik pulih kediaman terlibat.Difahamkan, sebanyak 458 rumah membabitkan 390 rumah di Marang, Kuala Terengganu 61 rumah dan Hulu Terengganu pula membabitkan tujuh buah rumah.Bagaimanapun, jumlah itu dijangka bertambah memandangkan ada sebilangan kecil mangsa yang masih belum membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri untuk tindakan selanjutnya.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau sudah mengarahkan pihak berkaitan khususnya pemimpin setempat dan JKM untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa dan rumah yang terlibat bagi memastikan bantuan diterima dengan tepat dan cepat.“Keutamaannya sekarang adalah menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik, sama ada secara bergotong royong untuk memasang atap, menggantikan dinding, membersihkan kawasan atau sebagainya.“Jumlah kerugian masih dalam tafsiran dan yang pasti tiada mangsa cedera,” katanya selepas melawat beberapa rumah mangsa ribut di Kampung Paya Resak, Marang, hari ini.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah JKM Negeri Zuhami Omar, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, Saiful Bahri Baharuddin dan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Payung, Mohamad Nor Endut.Seorang mangsa kejadian itu, Ramlan Ramli, 36, berkata ribut yang berlaku petang semalam adalah yang paling teruk sepanjang dia menetap di Kampung Pusu Tiga sehingga beranggapan seperti sudah tiba hari kiamat.“Saya ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah hanya mampu mengucap dan lafaz Allahuakbar untuk meredakan kejadian ribut.“Sebaik tiba di rumah hanya mampu melihat isteri Shamsiah Ramli, 35 dan empat anak dalam ketakutan kerana hampir keseluruhan atap rumah kami tercabut, peralatan dan kelengkapan rumah juga basah,”katanya.
22 Oct 17
41
Jalan Berisiko Di Telok Kalong - Bandar Baru Kijal Akan Dibaiki Segera
Kerajaan negeri akan membaik pulih jalan rosak dan berisiko menyebabkan kemalangan di sepanjang Kawasan Perindustrian Telok Kalong ke Bandar Baru Kijal, Kemaman dengan kadar segera.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri Ir. Rosli Othman berkata, pihaknya sedia maklum dengan struktur permukaan jalan yang boleh mengundang bahaya serta memandang serius aduan orang ramai mengenai perkara itu."Kerajaan negeri menetapkan strategi jangka masa pendek dan panjang bagi menaik taraf jalan raya di laluan tersebut bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna."Sebagai langkah jangka masa pendek kita mengarahkan (Syarikat) Roadcare M. Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman untuk membuat pemantauan serta kajian rapi di beberapa lokasi bahaya di sepanjang laluan itu bagi tujuan pembaikan segera," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Terengganu mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Uptown Kemasik semalam.Rosli berkata, sebelum ini ramai pemandu dan pengguna mendakwa terdapat beberapa lokasi di sepanjang laluan berkenaan rosak dan tidak stabil serta menyebabkan berlaku banyak kemalangan termasuk kemalangan maut membabitkan dua anggota polis trafik baru-baru ini.Tambah beliau, laluan tersebut juga merupakan satu-satunya jalan utama menuju ke Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Pelabuhan Bekalan Kemaman (KSB)."Kerajaan negeri sememangnya mempunyai langkah jangkamasa panjang untuk menaik taraf sepanjang laluan berkenaan kepada empat lorong selepas peruntukan yang dipohon melalui Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) diperolehi nanti."Apabila ia siap kelak, Terengganu bakal mempunyai sistem jalan raya empat lorong untuk memberikan perkhidmatan lebih selesa dan selamat kepada pengguna," katanya.Program anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Petronas Berhad, Repsol, Tenaga Nasional Berhad, CJ Bio Malaysia, Bakti Malaysia Sdn.Bhd., Felda Global Ventures, Kemaman Bitumen Sdn. Bhd dan beberapa lagi.Pelbagai acara menarik diadakan seperti senamtari, Enviro Walk, Berjalan 10 Ribu Langkah, Pertandingan Mewarna, Mencanting Batik, Bolasepak, Sukaneka, pameran agensi kerajaan swasta dan sebagainya.
22 Oct 17
92
Sultan Mizan Seru Umat Islam Hati-Hati Gerakan Menongkah Arus Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sultan Mizan bertitah merasmikan Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini agar berhati-hati dengan pelbagai aliran pemikiran dan gerakan yang menongkah arus fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dalam diam cuba menyelinap masuk dan menjadi barah dalam masyarakat Islam.Baginda bertitah, segelintir masyarakat Islam seolah-olah cuba untuk memperbesarkan jurang perbezaan dan menyalahkan pengamalan ibadat seharian yang tidak sealiran dengan mereka. “Penularan ini merupakan satu cabaran baharu dan jika dibiarkan ianya boleh merungkai pegangan akidah, amalan syariah serta akhlak umat Islam di rantau ini.“Sebagai umat Islam yang menjunjung perintah Allah S.W.T dan rasul, kita hendaklah menjernihkan kembali kekeliruan dan kekusutan yang ditimbulkan oleh mereka yang cuba memporak-porandakan agama Islam yang mulia ini,” ujar baginda dalam titah ucapan sempena Majlis Perasmian kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Titah baginda, penjernihan kekusutan dan kecelaruan ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah kecuali umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah yang diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W untuk dipegang selamanya.“Oleh itu, beta menyeru kepada para ulama dan pendidik intelektual Islam , Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Agama dan semua pihak agar dapat menangani isu ini dengan lebih bijaksana serta dengan semangat permuafakatan secara ilmiah, halus dan berhikmah.“Beta juga mengharapkan agar masyarakat bukan Islam sewajarnya diberikan kefahaman yang jelas tentang Islam bahawa Islam adalah agama berkasih sayang dan mencintai keamanan dan keharmonian.“Diharapkan agar kolokium yang diadakan pada hari ini dapat memberi impak yang besar dan kefahaman yang jelas demi memperkukuh lagi pegangan rakyat negeri ini kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah,” titah Sultan Mizan.
21 Oct 17
318
Peguam Negara Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UniSZA
Sultanah Terengganu berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang kepada Mohamed Apandi di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPeguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kesembilan di UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Mohamed Apandi, 67, sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan beliau yang tidak berbelah bahagi dalam perundangan negara.Mohamed Apandi berasal dari Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London, Britain pada 1972 sebelum memperoleh Bar-At-Law dari Inner Temple London (1973).Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Pengarah Biro Bantuan Guaman Kota Bahru, sebelum dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, seterusnya Penasihat Undang-Undang Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, peguam dan Pesuruhjaya Kehakiman, diikuti Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan serta seterusnya dilantik sebagai Peguam Negara sejak 27 Julai 2015 sehingga kini.Mohamed Apandi berkata, penganugerahan Ijazah Kehormat itu merupakan penghormatan tinggi terhadap bidang kehakiman khususnya Jabatan Peguam Negara."Anugerah ini mengembalikan nostalgia saya kerana perkhidmatan saya dalam bidang perundangan dan kehakiman bermula di Terengganu, sebagai majistret di Mahkamah Kuala Terengganu pada tahun 1973. "Enam tahun saya di Terengganu.. tiga tahun sebagai majistret dan tiga tahun lagi sebagai Timbalan Pendakwa Raya ," katanya.
21 Oct 17
427
Penuntut Cemerlang Perubatan UniSZA Tidak Sempat Rawat Ayah Sendiri
Fauzan (kanan) dan Farid meraikan kejayaan selepas masing-masing menerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Konvokesyen UniSZA kesembilan, di UniSZA Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHasrat seorang graduan terbaik Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk merawat ayahnya yang menghidap penyakit buah pinggang, tidak kesampaian apabila ayahnya itu meninggal dunia penghujung tahun lalu.Graduan itu, Muhammad Fauzan Abdul Hamid, 25, adalah penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Majlis Konvokesyen UniSZA kali ke-9, di Dewan Al- Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Muhammad Fauzan berasa terkilan kerana tidak sempat merawat penyakit yang dihidapi arwah ayahnya, Dr Abdul Hamid Salleh, selepas bekas Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kuala Lumpur itu dikesan mengidap penyakit buah pinggang kira-kira empat tahun lalu."Saya mahu mencapai cita-cita bergelar doktor pakar buah pinggang dan mahu merawat ayah sendiri, namun ajal ayah lebih cepat apabila arwah meninggalkan kami sekeluarga pada Disember 2016 akibat komplikasi buah pinggang," katanya.Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, ayahnya yang mendapat PhD dua tahun lalu dan ibunya, Umi Suraiya Wahab adalah pendorong utama kepada kejayaannya sehingga mendapat anugerah tertinggi di kalangan graduan di UniSZA kali ini.Tambahnya, dia amat berterima kasih kepada semua pendidik dan pensyarah yang banyak merangsang kejayaan beliau sejak dibangku sekolah rendah sehingga di menara gading termasuk sepanjang menyambung bidang perubatan di UniSZA.Bekas Yang Dipertua Persatuan Pelajar Perubatan UniSZA itu juga mahu menyambung pengajian sarjana kepakaran dan sub kepakaran di luar negara bagi mencapai impian sebagai doktor pakar nefrologi serta berhasrat untuk berkhidmat di Hospital UniSZA sebaik pusat perubatan itu beroperasi kelak.Selain Muhammad Fauzan, seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin), Mohammad Farid Abdul Talib.Seramai 2,359 graduan menerima doktor falsafah (PhD), sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing di majlis konvokesyen yang disempurnakan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof. Emeritus Dato' Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Turut serta, Peguam Negara yang juga penerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Tan Sri Dato' Sri Mohamed Apandi Ali serta penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dan Kepimpinan, Dr. H. Syahrul Yasin Limpo.
21 Oct 17
885
J3K Jangan Jadikan Laman Sosial Tempat Luah Ketidakpuasan Hati - Azmi
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan barisan jawatankuasanya diminta tidak menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati mengenai pemimpin mahupun isu-isu berkaitan kepimpinan setempat atau negeri.Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata,sebagai J3K yang merupakan mata dan telinga kerajaan, sepatutnya mereka mempertahankan, menyokong hasrat serta aspirasi kerajaan.Jelasnya lagi, mereka seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk bersuara dan bukannya menggunakan laman sosial seperti Facebook bagi meluahkan ketidakpuasan hati."Saya lihat ada sesetengah kepimpinan J3K ada yang bertindak demikian dan ini jelas menunjukkan sikap tidak matang mereka termasuk menghentam kepimpinan yang ada."Setiap kali perjumpaan dengan barisan kepimpinan J3K daerah, saya selalu ingatkan tentang tanggungjawab mereka sebagai penggerak dasar kerajaan dan tegaskan bahawa ianya tidak diulangi lagi atau tindakan akan diambil,"kata Azmi.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Jaringan Komuniti Tautan Kasih Bersama Orang Asli Sungai Berua, baru-baru ini.Tambahnya lagi, jika barisan kepimpinan J3K dalam daerah ini terutama pengerusinya didapati masih mengulangi perbuatan tersebut, tindakan tegas akan diambil dan bakal berdepan sama ada ditukarkan atau pelantikan ditarik balik walaupun memberikan perkhidmatan yang terbaik."Sekali lagi saya tegaskan bahawa sebagai mata dan telinga kerajaan, J3K harus bekerja mengembalikan keyakinan rakyat..pikul tanggungjawab bersama dan pastikan kerajaan yang ada kekal memerintah,"kata Azmi.
20 Oct 17
548
Kos RM80 Juta Ambil Balik Tanah Bandar Baru Bukit Besar
Projek Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar melibatkan peruntukan kira-kira RM200 juta merangkumi kawasan seluas 556 hektar di Bandar Raya Kuala Terengganu sedang berjalan lancar.Menurut sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), sehingga kini, sebanyak RM80 juta dilaburkan bagi kos keseluruhan pengambilan balik tanah di kawasan terlibat.“Antaranya melibatkan penempatan dan pengambilan tanah di beberapa kampung iaitu Kampung (Kg) Pak Pa, Kg Pak Bang, Kg Padang, Kg Tok Jamal, Kampung Gelugor, Kg Wakaf Mempelam, Kg Bukit Bayas dan Kg Sungai Derhaka,” ujarnya.Katanya, inisiatif Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar merupakan cadangan pembangunan bandar baharu yang melibatkan komponen institusi kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, perumahan, komersial dan kemudahan awam.Malah, sehingga kini sebanyak 13 agensi jabatan Persekutuan selesai membuat pengambilan balik tanah dengan tiga projek pembangunan sedang dalam pelaksanaan.“Sehingga Ogos, kerja-kerja untuk projek pembinaan Jabatan Kimia Malaysia Terengganu telah mencapai kemajuan sehingga 99 peratus dan Jabatan Audit Negara (Negeri Terengganu) pula siap 89 peratus sementara projek membina Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak 4 Oktober 2016 pula sedang giat dijalankan,” ujarnya. Menurutnya, tidak dinafikan projek mega seumpama itu akan mengalami beberapa rintangan, bagaimanapun, halangan itu sedang diatasi sebaiknya bagi memastikan ia dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut spesifikasi serta jadual ditetapkan.Katanya, kerja-kerja untuk projek pembinaan sistem rawatan kumbahan berpusat di bandar baharu ini dijangka akan dimulakan awal tahun hadapan dengan kos di bawah Kerajaan Persekutuan.Selain itu katanya, cadangan pembangunan terminal bersepadu (merangkumi stesen keretapi dan pengangkutan awam lain) oleh Kerajaan Pusat berhampiran kawasan berkenaan juga secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kesesakan di pusat bandar serta menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya kepada penduduk setempat.
19 Oct 17
1984
Nilai Pokok Untuk Manfaat Pelbagai Pihak- Ahmad Razif
Kerajaan negeri bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) bagi menilai kesemua pokok di sekitar jalan utama dan kawasan rekreasi supaya tindakan yang bakal diambil memberi manfaat kepada semua pihak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penilaian itu dibuat bagi mengambil kira keselamatan orang awam dan faedah pokok yang ditanam itu kepada persekitaran."Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan FRIM akan berkerjasama untuk membuat penilaian terhadap kesemua pokok yang berisiko kerana kita tidak boleh mengambil tindakan drastik dengan terus menebang."Beberapa orang pegawai daripada FRIM juga telah datang ke sini (Terengganu) untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat."Ini kerana, kita perlu faham bahawa ada sesetengah pokok yang memberi manfaat kepada persekitaran termasuk membekalkan oksigen dan sebagainya."Bagaimanapun, buat masa ini PBT sedang giat mencantas dan membersihkan pokok-pokok di jalan utama supaya keselamatan awam lebih terjamin, selain menceriakan kawasan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kacau Sura Perdana Daerah Kuala Nerus di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari iniMenurut Ahmad Razif, sekiranya pokok-pokok yang dinilai memberi risiko tinggi kepada orang awam ia akan ditebang secara berperingkat, manakala bagi yang kurang berisiko ia akan dirapikan dengan mencantas dahan yang tidak diperlukan.Sementara itu, sebanyak 117 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan memasak bubur asyura yang bertemakan cara lama dimensi baharu itu.Penyertaan itu terdiri daripada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (J3K) dan agensi kerajaan yang lain.
18 Oct 17
73
Pemuda Yakin Ahmad Razif Pemimpin Berjiwa Mulia Mampu Meraih Kejayaan
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu amat yakin di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, BN akan meneruskan mandat rakyat dengan majoriti kerusi yang lebih baik berbanding 17-15 sekarang ini.Kepimpinan Ahmad Razif yang dilihat begitu cakna rakyat dan meneruskan agenda pembangunan rakyat yang dipelopori oleh pimpinan sebelumnya membuktikan keikhlasan Menteri Besar itu dalam memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri.Ketuanya, Johari Abu Bakar ketika ditemui penulis berkata, Pergerakan Pemuda tiada masalah untuk berganding tenaga dengan Ahmad Razif selaku Pengarah Pilihanraya Negeri bagi memastikan kemenangan selesa BN Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti. Ahmad Razif katanya, berjaya membawa pendekatan perpaduan dan saling mempercayai antara satu sama lain dengan meneruskan agenda mantan-mantan menteri besar sebelum ini, misalnya pembangunan Tasik Kenyir yang dipelopori Dato’ Seri Ahmad Said, begitu juga Taman Ilmu yang dirintis oleh Dato’ Seri Idris Jusoh dan pembangunan luar bandar dan keagamaan yang menjadi tumpuan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, semuanya diadunkan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) oleh Ahmad Razif.Johari yakin sikap teladan murni yang ditunjukkan oleh Ahmad Razif telah membuatkan Umno dan BN Terengganu amat stabil sekarang dan sudah bersedia untuk menghadapi PRU 14.Bahkan, berbekalkan falsafah “kecil bagi kita pemimpin, besar bagi rakyat’ yang dipraktikkan oleh Ahmad Razif amat menyukai hati rakyat masa kini.“Ada musibah, ada orang sakit, kematian, kemalangan dan sebagainya- termasuk ke pasar dan kedai-kedai kopi semuanya Ahmad Razif sampai tanpa mengambil kira protokol dan sebagainya,” kata Johari yang menyifatkan sikap pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu perlu dicontohi oleh pemimpin muda di masa akan datang.Bahkan, kata Ketua Pergerakan Pemuda Negeri itu, Ahmad Razif sebagai ‘anak Ustaz’ mempunyai ciri keagamaan yang sungguh disenangi, sentiasa menganjurkan solat Subuh berjemaah, solat sunat Dhuha di masjid-masjid dan surau dan beliau sendiri turun bersama.(wawancara penuh dalam akhbar Suara Transformasi akan datang)
16 Oct 17
137
Sultan Terengganu Dijadual Berangkat Ke Kolokium Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 22 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia itu bakal menghimpunkan cendiakawan Islam dalam semua bidang dan kepakaran masing-masing bagi membicarakan tentang kemaslahatan di kalangan masyarakat khususnya umat Islam.Katanya, kolokium yang menyasarkan seramai 2,500 peserta daripada pelbagai agensi itu antara lainnya bertujuan memberi pendedahan secara eksklusif kepada peserta mengenai peranan dan kedudukan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya di Terengganu dan Malaysia amnya.Ghazali berkata, selain para ilmuwan Islam dalam negara, pakar-pakar yang diundang untuk membicarakan dan mengupas isu-isu serta permasalahan semasa termasuk para ilmuwan dari Brunei dan Indonesia.“Antaranya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Wan Zahidi Wan Teh yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia: Sumbangan dan Cabaran Masa Kini.“Sementara Prof. Dr. Sudirman M. Johan dari Universiti Sultan Syarif Kasim II, Pekan Baru, Indonesia pula akan membincangkan mengenai Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah : Sumbangan Kearifannya di Asia Tenggara,” ujarnya.
16 Oct 17
174