Artikel "Utama" Terkini
Bot Penambang Akan Dinaik Taraf Sebagai Teksi Air
Ahmad Razif bermesra dengan pemilik bot penambang dan beca. Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri akan menaik taraf perkhidmatan bot penambang di Terengganu sebagai teksi air, mulai tahun depan.Cadangan melibatkan 18 pengusaha bot di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebagai kumpulan perintis itu dijangka mampu meningkatkan pendapatan, berikutan pada masa kini mereka hanya bergantung kepada pelanggan dari Seberang Takir dan Pasar Payang, selain terlibat dalam program tertentu anjuran kerajaan negeri.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebahagian daripada 18 bot penambang sudah dibaik pulih dan dihias dengan lampu khas membabitkan peruntukan keseluruhan hampir RM600,000 atau RM30,000 bagi setiap bot penambang.“Manakala sebahagian lagi (yang belum dibaik pulih) akan diusahakan secepat mungkin agar dapat beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan. “Langkah seumpama ini pasti menambah daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara untuk terus menggunakan perkhidmatan bot penambang atas pelbagai tujuan, termasuk bagi disewa untuk mengelilingi Sungai Terengganu pada waktu malam,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Kepada Pemilik Beca dan Bot Penambang di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud; Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan meneruskan pemberian insentif RM200 sebulan kepada 51 pemilik beca dan 18 pengusaha bot penambang di Terengganu yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM165,600 setahun.Katanya, walaupun kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan, bayaran insentif secara terus kepada golongan sasar itu tetap diteruskan sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka dalam sektor pelancongan dan ekonomi negeri.“Pemberian insentif secara bulanan yang diperkenalkan sejak 2015 itu merupakan satu langkah kerajaan dalam menghargai jasa golongan itu yang menjadi antara nadi utama sektor pelancongan di Terengganu.“Selain insentif, mereka turut disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi memastikan mereka bersedia menawarkan khidmat yang terbaik kepada pelancong,” katanya.
25 Oct 17
41
Program `Jinak Kelah' JaPen Suntik Suasana Berbeza
Azmee (duduk, dua dari kanan) bersama rakan media yang menyertai Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 di Santuari Kelah, Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen) menganjurkan Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 dengan pengamal media selaku rakan strategik JaPen bagi memperkukuhkan semangat kerjasama dalam suasana berbeza dan lebih santai.Program tahunan itu disertai 25 pengamal media daripada pelbagai agensi media cetak, elektronik dan media dalam talian termasuk pegawai serta kakitangan JaPen.Penolong Pengarahnya, Azmee Mohd Noor berkata Media engagement merupakan acara tahunan bagi menyantuni rakan-rakan media sebagai rakan strategik JaPen Terengganu dan mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin."Pada tahun ini, JaPen mencipta kelainan dengan memilih lokasi kelah santuari sebagai lokasi program dan kelainan itu adalah untuk memberikan suasana lebih santai kepada pengamal media."Dalam pada masa yang sama, kita juga dapat mempromosikan pusat pelancongan ini di Tasik Kenyir melalui kehadiran media yang turut bersama dalam program kali ini,"katanya kepada pemberita di Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 di Santuari Kelah, Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.Sementara itu,wartawan Utusan Malaysia, Rosalinda Md.Said,31, berkata, program tersebut memberi peluang kepada pengamal media untuk mengeratkan lagi hubungan antara media dan warga jabatan Penerangan dalam cara yang lebih santai."Pengalaman bersama kelah tidak pernah menjemukan saya malah memberikan satu kepuasan tersendiri apabila menjejakkan kaki ke sini."Walaupun dah kali ketiga ke sini tetapi saya tidak pernah sekali pun merasa bosan,lebih-lebih lagi dengan telatah kelah yang sangat jinak.. satu pengalaman yang tidak mungkin saya akan temui di tempat lain dan hanya ada di Tasik Kenyir," kata Rosalinda.Bagi Zatini Yan, 34, dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) pula, walaupun dia dan beberapa kakitangan UKOM baru sahaja ke pusat pelancongan itu dengan diketuai Pengarah UKOM, Dato' Muda Mamat pada awal bulan ini, dia tetap teruja untuk menyertainya lagi kali ini bersama lebih 20 rakan media lain."Seronok dan sangat mengasyikkan apabila dapat menjinakkan kelah. Suasana itu sukar ditemui di mana-mana destinasi riadah lain. Penat berjalan lebih satu kilometer menuju ke santuari hilang sebaik sahaja dapat bermain dengan kelah."Pada masa yang sama, program anjuran jabatan Penerangan ini memberi ruang kita merapatkan hubungan sesasama agensi media yang lazimnya kita temui apabila bekerja di satu bidang komunikasi, tetapi pada kali ini dalam suasana yang berbeza lebih santai serta mesra,",katanya.
24 Oct 17
852
Kerajaan Negeri Hantar Dua Tan Metrik Bekalan Makanan Ke Pulau Redang
Kerajaan negeri menghantar bekalan makanan sebanyak dua tan metrik bernilai RM11,000 kepada penduduk di Pulau Redang sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi negeri, Bazlan Abd Rahman berkata, bekalan makanan seperti beras, minyak masak, sardin, tepung gandum dan gula dihantar untuk kegunaan 232 ketua isi rumah.Katanya, bekalan yang dihantar itu cukup untuk menampung keperluan penduduk selama seminggu sekiranya banjir melanda pulau itu."Selain kepada penduduk di Pulau Redang, penghantaran bekalan makanan sebanyak 2.9 tan metrik bernilai kira-kira RM13,000 juga turut dihantar kepada penduduk di Pulau Perhentian."Bekalan makanan terpaksa dihantar lebih awal kepada penduduk di dua pulau berkenaan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk laut bergelora," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Raya Pulau Redang, hari ini.Dalam perkembangan lain, Bazlan yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta tahun ini untuk menyediakan bekalan makanan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.Selain peruntukan dari kerajaan negeri, kerajaan pusat turut memperuntukkan sebanyak RM265,000 untuk menyediakan bekalan makanan kepada mangsa bencana."Semua bekalan makanan yang diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dihantar ke 16 mini depoh sebelum dihantar 135 pengkalan hadapan di seluruh negeri."Tahun ini, kerajaan negeri mengenal pasti sebanyak 531 pusat pemindahan yabg boleh memuat kira-kira 131,920 mangsa," katanya.
24 Oct 17
192
Dua Sekolah Terengganu Menang Anugerah SLAAS
Dua buah sekolah di negeri ini telah memenangi tiga anugerah dalam Program Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS) 2017.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Kemaman memenangi kategori utama iaitu Anugerah SLAAS manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin memenangi Anugerah Khas (Keusahawan). “Lebih membanggakan apabila Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin iaitu Hajah Zah Mohamed telah menerima Anugerah Khas Kepimpinan,” ujarnya.Shafruddin berkata, penyampaian anugerah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis yang diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan, kelmarin.Katanya, anugerah yang dimenangi itu sangat bererti buat semua yang terlibat samada di peringkat sekolah mahupun jabatan.“Ianya adalah rezeki yang sangat bernilai selepas 10 tahun menanti kerana setiap tahun kita tidak pernah ketinggalan untuk menghantar penyertaan dan kali ini adalah tahun yang paling bermakna.“Berkat doa, kesungguhan peserta dan kerjasama semua pihak Terengganu berjaya memperoleh kejayaan membanggakan dalam pertandingan berkenaan,” ujarnya.Shafruddin turut mengharapkan, kemenangan tersebut menjadi pendorong kepada sekolah lain untuk turut mencapai kecemerlangan dalam pelbagai pertandingan.Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
23 Oct 17
527
Perjuangan UMNO - Pas Sama, Tegakkan Agama - Ahmad Razif
UMNO sudah lama membuka pintu rundingan untuk bekerjasama dengan Pas. Malah pucuk pimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak juga sudah beberapa kali menawarkannya, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, UMNO sejak sekian lama menghulurkan tangan kepada Pas bagi mengukuhkan hubungan silaturahim di antara sesama Islam."Kita tidak nampak apa perbezaan antara UMNO dengan Pas kerana perjuangan kita sama, iaitu menegakkan agama yang membawa kepada kebaikan. Tiada sebab untuk kita tidak boleh bekerjasama dan soal bekerjasama itu ditentukan oleh peringkat pimpinan tertinggi..Presiden Parti (UMNO)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Turun Padang Menteri Besar Terengganu Ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, hari ini.Menteri Besar mengulas demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Lembaga Penasihat Pas, Dato' Mustafa Ali, dalam satu sidang media khas, dua hari lalu yang meminta Pas menyambut cadangan rundingan yang dibuat oleh UMNO demi kepentingan negara ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan Pas dan tiada masalah untuk menyertai sebarang rundingan dari parti itu."Kita sedia berunding. Malah kita juga sedia bertolak ansur kepada Pas untuk mengadakan sebarang program sepertimana penganjuran Himpunan Fastaqim di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, (30 September) baru-baru ini,"katanya.Dalam laporan sebelum ini juga, Mustafa yang juga bekas pengarah pilihan raya Pas berkata parti itu wajar berunding dan menyambut tangan dihulurkan UMNO dan kenyataan itu juga sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa sebelum ini.Bagi veteran Pas itu lagi, partinya tidak semestinya masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan UMNO.
23 Oct 17
76
Ketua Jabatan Negeri Jadi Duta Kecil Promosi Tasik Kenyir
Ketua-ketua jabatan dan agensi negeri ini bakal menjadi duta kecil bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai satu destinasi pelancongan utama di Terengganu dan Malaysia khasnya.Melalui program lawatan kerja sehari ke Tasik Kenyir, kerajaan negeri mahu supaya ketua-ketua jabatan turun padang untuk melihat, mendengar, merasai, mengalami dan menghayati sendiri keunikan produk serta destinasi pelancongan negeri ini agar mendapat informasi dan engalaman terbaik destinasi masing-masing.Program cetusan idea Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi melonjakkan sektor pelancongan sebagai penjana pendapatan ekonomi negeri dengan pelbagai produk ekopelancongan yang ditawarkan.Seramai 147 ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan, pihak penguasa tempatan negeri, persekutuan, universiti, institusi negeri dan jabatan anak syarikat negeri menyertai lawatan kerja sehari melalui lapan siri program.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, program hasil cetusan idea terbaik Menteri Besar bagi memperkenalkan Tasik Kenyir kepada orang ramai."Saya sendiri telah beberapa kali mengadakan program-program bersama pegawai-pegawai kanan di Tasik Kenyir di samping menunjukkan keindahan yang ada di sini."Setakat ini, ianya berjaya mempromosikan Tasik Kenyir sebagai lokasi terbaik untuk pelbagai aktiviti dan mendapat tindakbalas positif daripada mereka yang telah mengikuti program yang pihak bomba adakan,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Program Lawatan Kerja Ketua-ketua Jabatan ke Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.Bagi Azlimin, mungkin kerajaan negeri dapat melakukan sedikit penambahbaikan dari segi tarikan sepanjang perjalanan ke Tasik Kenyir termasuk mengadakan hentian-hentian di sepanjang laluannya."Mungkin kita boleh buah hentian-hentian seperti gerai-gerai makanan atau buah-buahan,kraftangan dan lokasi bergambar dengan pelbagai permandangan bagi menarik perhatian pelancong sepanjang perjalanan mereka ke destinasi seperti laluan ke Santuari Kelah,"katanya lagi.Menurutnya lagi,program seperti ini harus diperkembangkan lagi supaya semua pihak akan menjadi duta kecil bagi mempromosi pelancongan di Terengganu pada masa akan datang.
23 Oct 17
124
J3K Perlu Baiki Segera Rumah Rosak Akibat Ribut
Sabri meninjau kerja-kerja bantuan di sebuah rumah yang mengalami kerosakan di Sungai Derhaka sejurus kejadian ribut petang semalam. Foto oleh Hasmizi HamidJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diminta bertindak segera membaiki segera rumah penduduk yang rosak akibat kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, petang semalam.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, kebanyakan rumah penduduk mengalami kerosakan atap selepas diterbangkan angin serta dihempap dahan pokok.Katanya, di Kuala Terengganu, sejumlah 80 rumah melibatkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang (23) dan Wakaf Mempelam (57) rosak akibat kejadian itu."Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu menganggarkan kerugiaan dialami penduduk berikutan kerosakan itu kira-kira RM177,500."J3K di DUN Ladang dan Wakaf Mempelam sudah diarah membaiki segera termasuk menukar atap yang pecah," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan meninjau kediaman yang rosak di Kampung Sungai Derhaka, Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Sabri yang juga Pengerusi Penyelaras DUN Ladang berkata, sehingga kini, kerajaan negeri tidak mengehadkan peruntukan untuk membaiki kediaman yang rosak akibat kejadian ribut.Katanya lagi, J3K juga sudah diarah mengenal pasti pokok yang dahannya mudah merekah di kawasan kediaman penduduk supaya tidak tumbang dan membahayakan orang ramai."Pelbagai agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga akan bekerjssama untuk melakukan kerja mencantas dahan pokok bagi mengelakkan menghempap atap kediaman penduduk," katanya.
23 Oct 17
286
Bekas Guru Dirai Dalam Majlis Jasamu Dikenang
A.Latif menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas pengarah pada Majlis Jasamu Dikenang. Foto oleh Zulkifli C W Putra.Seorang guru cemerlang tidak pernah mengenal erti berputus asa dan penat lelah dalam menabur bakti mendidik anak bangsa menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, guru cemerlang sanggup berkorban apa sahaja, masa hatta wang ringgit bagi melaksanakan pelbagai program demi memastikan anak didiknya beroleh kejayaan.Katanya, komitmen tinggi guru cemerlang inilah yang menyaksikan ramai pelajar di Terengganu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama setiap tahun, sehingga membolehkan pelajar terbabit melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kadangkala mengatasi guru mereka sendiri."Menyedari sumbangan besar guru-guru, golongan itu perlu dirai dan dihargai sewajarnya, "katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Jasamu Dikenang di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, petang ini.Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.Dalam majlis itu seramai 1,569 bekas guru dan kakitangan kumpulan sokongan yang telah bersara bermula 2014 hingga 2017 dirai dalam dua majlis berasingan.Pada sebelah pagi program sama yang bertujuan menghargai jasa mereka yang telah menamatkan perkhidmatan pula dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.
23 Oct 17
43
Pemohon Skim Khas RTB Akan Ditawar Tanah Mulai Disember Ini
Menteri Besar ketika berucap di depan pemimpin dan ketua jabatan sempena program turun padang ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Rakyat yang memohon Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk pembinaan rumah kediaman dijangka akan menerima tawaran tanah itu pada penghujung tahun ini.Lebih 45,000 permohonan atas talian menerusi laman sesawang http://tanahrtb.terengganu.gov.my diterima kerajaan negeri sejak ia dibuka kepada orang ramai mulai 2 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua permohonan itu sudah selesai ditapis dan proses memanggil pemohon bagi menjalani temuduga akan dilaksanakan dalam masa terdekat.“Kita sudah selesai membuat penapisan dan dalam masa terdekat proses temuduga akan dibuat. Jadi, selepas ini mana-mana pemohon yang berjaya dalam temuduga akan terus dibawa ke mesyuarat majlis daerah sebelum ke Mesyuarat (Mingguan) Exco untuk kelulusan.“Saya jangka pada Disember ini kita akan membuka tawaran kepada pemohon yang berjaya memohon program tanah kosong (RTB) kediaman baru-baru ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Turun Padang Menteri Besar Terengganu Ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Terengganu, Dato’ Mohd Akil Mat dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Yasim Awang.Ahmad Razif berkata, PTG juga akan mengenal pasti tanah kosong yang baharu memandangkan permohonan yang diterima lebih 45,000, berbanding tanah kosong yang dikenalpasti serta ditawarkan sebelum ini hanya lebih 5,000 lot.Tanah kosong berkenaan melibatkan Setiu (3362), Dungun (1332), Kemaman (928), Kuala Terengganu (109),Marang (71), Besut (69), Hulu Terengganu dan Kuala Nerus masing-masing, 34 lot. “InsyaAllah dalam masa terdekat kita juga akan mengumumkan tanah-tanah yang kosong yang boleh dipohon oleh rakyat yang memerlukan kerana kita membuka Skim Khas RTB dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah lot tanah baharu yang dikenal pasti,”katanya. Menurut Menteri Besar lagi, PTG dengan Pejabat Perhutanan Negeri juga juga akan mengenal pasti kawasan pembalakan yang sudah dikosongkan sebagai hasil negeri dan lokasi yang berdekatan dengan akses jalan raya untuk dijadikan RTB bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak Terengganu memiliki satu lot tanah kediaman.Dalam pada itu, Ahmad Razif dijadualkan akan mengadakan program turun padang ke setiap daerah pada setiap Isnin bagi bersemuka dan mendapatkan maklum balas dengan pegawai di seluruh jabatan negeri dan daerah serta pemimpin masyarakat mengenai permasalahan rakyat serta projek `touch point’ yang boleh membantu rakyat di seluruh Terengganu.Tambahnya, program turun padang akan datang juga akan ditambah baik termasuk mewujudkan `free market’ atau tabbaruk supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan dan memupuk amalan bersedekah di kalangan rakyat yang berkemampuan.
23 Oct 17
423
250 Warga JHEAT Dan Maidam Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Seramai 250 warga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) sekali gus menyatakan komitmen untuk memerangi rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Lafaz ikrar diketuai Pesuruhjaya JHEAT, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim dan kesemua IBR yang ditandatangani itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, Zainal Ayop.Perjanjian itu turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pegawai JHEAT dan Maidam di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ketika berucap dalam majlis itu, Wan Mohd berkata, ikrar dilafaz itu menjadi satu perjanjian di mana ia turut mengingatkan semua warga kerja JHEAT dan Maidam supaya jangan sesekali mengamalkan budaya rasuah.“IBR merupakan satu langkah yang patut dipuji kerana ia mampu meningkatkan rasa tanggungjawab pemimpin dan warganya dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada melakukan perlakuan rasuah selama mana mereka menjawat jawatan yang disandang.“Malah, secara tidak langsung memberi mesej kepada masyarakat bahawa jabatan kita ini samada JHEAT dan Maidam berjanji menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak prejudis ke atas mana-mana warganya yang melibatkan perbuatan rasuah,” ujarnya.Katanya, semuanya perlu bermula daripada pembudayaan intergriti dalam penjawat awam terutamanya warga JHEAT dan Maidam kerana ia merupakan satu batu asas untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.“Justeru, elemen amalan positif berteraskan nilai murni yang dikenalpasti dalam pelan integriti nasional seperti jujur serta ikhlas perlu dihayati dan sentiasa diamalkan oleh semua pihak.“Hal ini amatlah penting apabila kita mempunyai kesedaran, serta menjadikan integriti sebagai amalan harian maka akan wujudlah satu persekitaran kondusif ke arah pembudayaan nilai integriti dalam organisasi,” katanya.
22 Oct 17
137