Artikel "Utama" Terkini
Tabung Untuk Rohingya RM2.2 Juta, Lepasi Sasaran Awal
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Rozi untuk diserahkan kepada Tabung Rohingya bagi membantu etnik yang sedang tertindas itu. Foto Harish Fadzillah KassimUsaha kerajaan negeri mewujudkan Tabung Terengganu Untuk Rohingya - Sekampit Beras Untuk Rohingya sejak September lalu berjaya mengumpul melepasi sasaran, hampir RM2.2 juta berbanding sasaran awal hanya RM1 juta. Tabung hasil cetusan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi membantu etnik yang sedang tertindas di negara sendiri itu, merekodkan sumbangan dan kutipan yang memberangsangkan daripada pelbagai pihak.Antara penyumbang terbesar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (RM1 juta), masjid dan surau seluruh Terengganu (RM391,000), Majlis Daerah Besut (RM34,000), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (RM30,000) dan Kelab India Negeri Terengganu pula menyumbang RM10,000. Ahmad Razif berkata, dana yang dikutip itu akan digunakan untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada ratusan ribu pelarian Islam Rohingya di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh.Katanya, penubuhan tabung adalah atas dasar keprihatinan dan sifat kemanusiaan terhadap penderitaan pelarian Rohingya di 68 pusat pelarian yang menjadi mangsa penindasan di negara sendiri."Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat merangkap ketua sukarelawan sekretariat yang akan ke Bangladesh untuk melihat sendiri penderitaan mereka dan cuba membantu serta menyampaikan sumbangan yang diperoleh.”Kami sedang menunggu kelulusan daripada Wisma Putra kerana untuk ke Cox's Bazar bukan mudah. Ia membabitkan soal keselamatan," katanya selepas Malam Terengganu Untuk Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis yang berjaya menarik lebih 5,000 hadirin itu menampilkan penyanyi lagu ketuhanan terkenal dari Indonesia, Opick.Malah, Ahmad Razif turut menunjukkan bakat mendeklamasikan sajak bertajuk 'Mereka Yang Ku Lihat Asing Di Tanah Sendiri'.Ahmad Razif turut memberitahu, buat masa ini kerajaan negeri belum lagi menentukan jumlah sukarelawan yang akan ke kem berkenaan."Kita akan dapatkan maklumat daripada Mercy Malaysia untuk melihat apa keperluan yang perlu dibawa ke sana, baik dari segi kesihatan atau sumber lain."Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan Mercy Malaysia bentuk bantuan terbaik sama ada penyerahan wang tunai atau berbentuk barangan," katanya.dalam pada itu, orang ramai masih boleh terus menyampaikan sumbangan untuk Tabung Rohingya Terengganu sehingga kerajaan negeri mengumumkan kutipan tabung itu ditutup kelak.
29 Oct 17
42
Banjir : 13 Mangsa Pertama Dipindahkan
13 penduduk di Kampung Alur Damak, Batu Rakit, menjadi kumpulan pertama mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu pada musim tengkujuh, hujung tahun ini.Kesemua mangsa melibatkan lapan lelaki dan empat perempuan dan seorang kanak-kanak daripada lapan keluarga di pindahkan ke Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, kira-kira jam 5.30 pagi tadi selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan yang berterusan sejak kelmarin. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa dinasihatkan berpindah ke pusat perpindahan yang berhampiran susulan kawasan kediaman yang terjejas akibat hujan yang berterusan.“APM akan melakukan pemantauan yang berterusan di bebrapa kawasan tumpuan bagi memastikan bantuan segera diberikan kepada mangsa banjir,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, pagi ini.Menurut Che Adam, paras air laut di negeri ini masih belum kritikal dan aliran air laut juga terkawal.Katanya, hanya beberapa kawasan rendah mengakibatkan air bertakung dan kenaikan air serta limpahan ke perumahan penduduk yang memerlukan mereka berpindah jika kediaman didapati terjejas.Dalam pada itu, menurut kenyataan daripada Jabatan Pengairan Dan saliran Terengganu, sehingga jam 9 pagi ini, semua paras air sungai seluruh Terengganu masih di bawah aras waspada kecuali Sungai Chalok (di Jambatan Chalok) yang merekodkan aras 7.31 meter, melepasi aras waspada pada 7 pagi tadi.
29 Oct 17
40
UniSZA, UMT Iktiraf Peranan J3K
Dua institusi pengajian tinggi tempatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengiktiraf tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) apabila memberi penarafan bintang kepada pengerusi organisasi itu.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, dua universiti terbabit diberi tanggungjawab membentuk kepemimpinan J3K khususnya di Daerah Besut menerusi Neuro Linguistic Program (NLP) yang diperkenalkan awal tahun ini.Katanya, NLP memberi penekanan menerusi kursus, seminar dan bengkel kepada Pengerusi J3K dalam pembentukan jati diri berasaskan Program Firdaus 2050.Beliau berkata, konsep Firdaus 2050 satu model yang direka khas untuk kepemimpinan J3K di Daerah Besut yang kini sudah menampakkan hasil apabila pengurusan organisasi itu bergerak membentuk komuniti secara bersepadu.“Menerusi beberapa siri perbengkelan, peserta dinilai oleh pensyarah universiti terbabit mengenai keaktifan mereka berinteraksi dan memmberi iden kepada pembangunan insan,” katanya pada majlis ramah mesra dengan Pengerusi JKKK Daerah, di Besut malam tadi.Pada majlis itu 27 Pengerusi J3K berpotensi dipilih untuk pepenarafan bintang berdasarkan sepanjang mereka mengikuti lima siri kursus anjuran universiti terbabit dengan kerjasama Kemnterian Pendidikan Tinggi (KPT).Idris berkata, berikutan kejayaan itu KPT sedia memberi kerjasama menggunakan modiul NLP universiti terbabit kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melatih pengerusi JKKK di seluruh negara.“Ketika ini UniSZA dan UMT mempunyai pensyarah terlatih untuk membantu melatih pesera menerusi NLP kepada organisasi berkenaan,” katanya.
29 Oct 17
309
Terengganu Terima RM3.2 Juta Bagi Program Susu 1 Malaysia
P Kamalanathan dan A. Latiff bersama sebahagian daripada pelajar yang menerima bantuan Program Susu 1 Malaysia di SK Jerong, Marang, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM3.2 juta bagi Program Susu 1 Malaysia melibatkan 49,843 pelajar di 353 sekolah rendah seluruh Terengganu.Timbalan Menteri Pendidikan 1, Dato' P Kamalanathan a/l P. Panchanatan berkata program bermula Julai lalu hingga Disember depan itu akan diperluaskan ke sekolah menengah namun kajian secara terperinci sedang dilakukan bagi melihat beberapa aspek penting dalam program itu.Katanya, pihaknya ada menerima cadangan dan sedang memperlihatkan bagaimana penglibatan kos serta keperluannya. Sekiranya kos dapat dimasukkan sekali, kita akan beri pertimbangan sewajarnya."Kita kena lihat dari segi penghantaran, stok dan banyak benda lain. Jadi kita dalam proses melihat semua benda, segala keperluan sebelum dapat dilaksanakannya."Mungkin, kita akan menggunakan struktur yang sama. Namun ini terpulang kepada sumber kewangan pada masa itu," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Susu 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Sekolah Rendah Jerong, Marang, hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Kamalanathan berkata, di seluruh Malaysia, program tersebut melibatkan 757,439 murid daripada 7,780 buah sekolah rendah dengan kos yang dibelanjakan sebanyak RM49.3 juta.Tambahnya, dengan kejayaan program tersebut pada sebelum ini, ianya akan diteruskan pada masa akan datang.
28 Oct 17
773
KMI-PNBC Jalin MoU Bina Hospital Baru Di Sri Petaling, KL
Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam menandatangani MouU bagi pembinaan hospital baru di Sri Petaling, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Anak syarikat TDM Berhad, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI) yang berkecimpung dalam industri kesihatan menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) bagi menambah bilangan hospital sedia ada.Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilakukan antara kedua-dua syarikat tersebut hari ini adalah bagi merealisasikan hasrat pembinaan hospital baharu di sebidang tanah milik PNBC di Sri Petaling, Kuala Lumpur.Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, KMI merangka satu pelan perniagaan jangka panjang yang mantap dalam usaha untuk menjadi satu pemain atau institusi utama dalam sektor perkhidmatan kesihatan di masa hadapan negara ini."Pada masa kini, KMI telah mempunyai empat buah hospital iaitu di Kuantan Medical Centre, Kuala Terengganu Specialist Hospital, Taman Desa Medical Centre dan Kelana Jaya Medical Centre yang mempunyai kapasiti 297 katil."Antara matlamat KMI ialah menambah jumlah hospital dan bilangan katil dari 297 kepada 1,000 katil dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani MoU Antara KMI Dan PNB Commercial Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.Majlis itu turut disaksikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam Zainordin.Turut hadir, Pengerusi TDM Berhad, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ketua Pegawai Operasi PNB Commercial Sdn Bhd, Raja Nazirin Shah Raja Mohamad.Tambah Wan Abdul Hakim, bentuk kerjasama itu amat baik dan berstrategik."Sri Petaling akan menjadi projek pertama bagi kerjasama ini. Sekiranya berjaya, model ini akan diperkembangkan di tempat-tempat lain seluruh negara di masa-masa yang akan datang."KMI mempunyai pengalaman yang luas dalam mengurus dan menjalankan perniagaan hospital swasta, tetapi mempunyai had dalam mendapatkan tapak-tapak yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian hospitalnya," katanya.Bagi kerjasama pertama tersebut, KMI dan PNBC bakal membangunkan sebuah hospital swasta yang berkapasiti 100 buah katil di atas sebidang tanah milik PNBC bersebelahan dengan Hotel Sri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur.PNBC akan membina hospital tersebut mengikut reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KMI dengan modal pelaburan hospital itu dianggarkan sekitar RM100 juta dan dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada 2020.Sementara itu, Tan Sri Abdul Wahid dalam ucapannya melahirkan rasa gembira apabila KMI telah memilih tanah milik PNBC bersebelahan Hotel Sri Petaling sebagai lokasi baharu hospitalnya.Katanya, dengan adanya hospital tersebut, kadar penginapan Hotel Sri Petaling, yang juga dimiliki oleh PNBC, dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan bilik penginapan daripada keluarga pesakit yang menerima rawatan di hospital tersebut."Apabila siap kelak, KMI bakal menjadi hospital pertama di Sri Petaling yang merupakan satu kejiranan matang dengan penduduk sekitarnya berjumlah lebih 600,000."Dengan kemudahan akses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Jalan Jaringan Tengah 2 (MRR2), saya yakin pusat rawatan KMI ini bakal menjadi hospital tumpuan bagi penduduk di sekitar Sri Petaling," katanya.
28 Oct 17
253
3,200 Skuad Sukarelawan TTB Sedia Bantu Mangsa Banjir
Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan kekuatan 3, 200 orang ahli kini lebih bersiap sedia menghadapi banjir melalui kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan yang diadakan dari semasa ke semasa di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, setiap minggu kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan dibuat dengan kapasiti 100 orang dari setiap Dewan Undangan Negeri(DUN)yang bersedia digerakkan jika diperlukan pada bila-bila masa."Kursus pertama adalah di Besut yang merupakan satu kursus tahap yang lebih tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir."Setiap minggu proses ini berjalan melibatkan 100 orang setiap DUN dengan bantuan sukarelawan lain termasuk daripada pihak bomba, Polis Diraja Malaysia(PDRM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain ...dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada kita,"kata Rozi kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Ekspresi Telemongku di Dataran Padang Kachong, Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.Rozi yang juga ADUN Telemong berkata Skuad Sukarelawan TTB bersiap sedia bukan sahaja kepada banjir tetapi juga meliputi semua bencana yang berlaku.Mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir di DUN Telemong, Rozi menjelaskan peringkatnya juga telah pun bersiap sedia seperti tahun sebelumnya."Kita ada skuad di peringkat DUN dan jawatankuasa bencana di peringkat cawangan yang akan saya panggil dalam masa terdekat untuk memberi peringatan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung(J3K) dan jawatankuasa bencana tentang perkara ini."Malah kita dah punyai skuad radio amatur yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan saya dah beri sebahagian peruntukkan untuk membeli kelengkapan radio amatur sejak tahun lepas sebagai salah satu langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir di DUN Telemong,"kata Rozi.
27 Oct 17
62
BAJET 2018 : Negara Berada Di Landasan Yang Betul
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO' SERI AHMAD RAZIF ABD RAHMANBAJET 2018 - NEGARA BERADA DI LANDASAN YANG BETUL1. Alhamdulillah, kita amat bersyukur dengan Bajet 2018 yang inklusif, yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana MenteriMalaysia dengan senyuman dan penuh yakin.2. PERTAMA, sekali lagi YAB Perdana Menteri membuktikan bahawa beliauseorang yang sangat berani dan sentiasa mencabar kelaziman. Saya sangatgembira kerana YAB telah membuat huraian tentang pelaksanaan pembangunan negara yang merujuk dan berasaskan kepada Maqasid Syariah. Ini sesuatu yang sangat besar ertinya.3. KEDUA, sebagai rakyat Malaysia, saya melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,Barisan Kabinet dan semua penjawat awam khasnya, yang telah membantumenguruskan ekonomi negara dengan sangat baik. Jelas sekali, di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang jatuh di pasaran dunia, ekonomi negara kita diurus dengan sangat baik sehingga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan agensi – agensi penarafanantarabangsa. Mesej saya di sini ialah, negara kita adalah negara yang hebatdan berjaya. Malaysia bukan negara gagal sepertimana tohmahan pembangkang. Malah Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YABDato’ Sri Mohd Najib, mempunyai perancangan, halatuju dan wawasan yang jelas untuk masa hadapan negara dan rakyat, melewati 2050. Kita di landasan yang betul.4. KETIGA, jelas penyediaan Bajet ini sangat terperinci dan menyeluruhterutamanya memberi manfaat kepada golongan B40, berdasarkan 8 petunjangyang digariskan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana dua kelompokutama iaitu pertama usahawan mikro termasuk usahawan wanita dan kelompokkedua iaitu para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah mendapat perhatian besar dalam Bajet ini. Setengah billion melalui TEKUN dan tambahan RM200 juta lagi kepada AIM serta RM6.5 billion untuk para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah ini adalah luar biasa dan meningkatkan pembinaan daya kapasiti mereka untuk berdikari dan berjaya.5. KEEMPAT, bagi pihak rakyat dan kerajaan Negeri Terengganu, saya juga ingin ucapkan terima kasih di atas perancangan projek fizikal dan peruntukan oleh Kerajaan Pusat untuk Negeri Terengganu sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Ini termasuk pelaksanaan Projek ECRL, rumah-rumah MyBNHomes, Pusat Cardiology dan Cardio-thoracic di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Terima kasih kita ucapkan.6. Bajet ini adalah bajet yang sangat terperinci, realistik dan bertanggungjawab. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.MALAYSIA MOLEK DOH!27 OKTOBER 2017
27 Oct 17
48
Yayasan Terengganu Perkukuh Hubungan Dengan IPTA
Mohd Zubir menyampaikan anugerah Quranik kepada pelajar cemerlang Muaz Mohd Radzi. Foto Zulkifli C W Putra Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperkukuhkan hubungan dengan beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara bagi memastikan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti ituMenteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata antaranya IPTA berkenaan termasuk Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam MalaysiaKatanya, kecemerlangan pelajar Imtiaz sememangnya diakui dan diberi pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, perubatan, keusahawanan dan al-Quran.“Bagi melahirkan ulama masa depan yang berpengetahuan tinggi, luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi pula, kerajaan turut memperkenalkan Program Pengajian al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab. “Program ini telah bermula sejak Januari 2016 dan kini mempunyai seramai 100 pelajar yang sedang menjalani program selama dua tahun di SMIYT Besut. Bagi pelajar yang berjaya akan meneruskan pengajian peringkat asasi sains sehinggalah peringkat ijazah doktor falsafah (PhD),” katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong pada Majlis Graduan dan Anugerah Hafazan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Seramai 364 pelajar cemerlang, termasuk 310 hafiz dan hafizah yang akan menamatkan pengajian di SMIYT dirai dalam majlis itu.Menurutnya, pada masa sama, kerajaan negeri turut memperkenalkan program Saintis Islam bertujuan melahirkan golongan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran.“Selain mampu mendalami ilmu-ilmu islam dalam penerokaan bidang aero angkasa, perubatan dan kejuruteraan sebagai perintis kepada lahirnya Saintis Islam terulung bertaraf dunia.“Kini seramai dua orang pelajar telah terpilih melanjutkan pengajian dengan diberi penajaan biasiswa sepenuhnya bermula di peringkat Ijazah hingga Phd dan tamat pengajian seterusnya berkhidmat di Terengganu,”katanya.
26 Oct 17
164
Terengganu Belanja RM2.1 Juta Untuk Pelajar STPM 2017
Ahmad Razif menyampaikan Bantuan Pendidikan STPM 2017 kepada salah seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tersebut pada November ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan pendidikan berjumlah RM2.1 juta kepada 2,107 pelajar yang bakal menghadapi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bermula 15 November ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sepanjang Bantuan Pendidikan STPM diperkenalkan sejak 2008, kerajaan negeri sudah membelanjakan RM18.8 juta.Katanya, Terengganu sememangnya mempunyai rekod terbaik sejak kebelakangan ini dalam peperiksaan tersebut."Kita sudah mencapai tiga tahun berturut-turut keputusan STPM terbaik di mana dalam keputusan STPM 2016, kita telah mencatat bilangan A meningkat dari 50 orang (2015) kepada 70 orang."Untuk tahun ini, kita meletakkan sasaran seramai 90 orang mencatatkan bilangan semua A," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2017 Yayasan Terengganu Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Dalam pada itu, Ahmad Razif, berharapagar prestasi baik STPM pada tahun sebelumnya dapat diulangi pada tahun ini."Kalau kita berjaya ulanginya pada tahun ini kita akan dapat (terbaik) untuk tahun yang keempat berturut-turut."Kita yakin tahun ini. InsyaAllah kita berkeyakinan penuh dapat kekalkan sebagai juara," katanya.
26 Oct 17
161
459 Kanak-kanak Dirai Dalam Majlis Konvokesyen Kemas
Ahmad Razif bersama kanak-kanak yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 459 orang kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir melalui detik bersejarah hari ini bagi memulakan alam baharu kehidupan.Kanak-kanak daripada 21 kelas di DUN itu telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Mereka merupakan kumpulan pertama yang diraikan daripada 20,010 orang kanak-kanak Tabika Kemas dari 32 DUN yang akan bergraduasi tahun ini.Majlis perasmian konvokesyen itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir.Turut hadir, Pengarah Kemas Terengganu, Dr. Faridah Mat.Ahmad Razif dalam ucapannya berkata, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti sejak dari awal.“Kalau kita dapat mencorak mereka mulai sekarang, InsyaAllah suatu hari nanti mereka akan menjadi seorang individu yang berjaya,” ujarnya.Katanya, majlis graduasi yang diadakan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada mereka.“Dengan meraikan mereka melalui majlis graduasi seperti ini, ia secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
25 Oct 17
1405