Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Muncul Naib Juara Piala Tun Abdul Razak
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif ( lima dari kanan) dan Dato' Rozi meraikan kejayaan pasukan THT yang muncul naib johan di pentas final Piala Tun Abdul Razak, malam ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPasukan Hoki Terengganu (THT) gagal mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak edisi ke-55 apabila tewas di tangan Perak 3-2 di Stadium Azlan Shah, Perak, malam ini.Dalam perlawanan yang turut disaksikan pleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas asakan.Namun demikian, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-30 melalui pukulan kencang Muhammad Najib Abu Hassan.Lima minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh kembali memberi kelegaan apabila menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari.Pada minit ke-52, Perak sekali lagi kembali di depan apabila pukulan kencang Muhammad Haziq Samsul berjaya membolosi gol Terengganu.Semangat juang yang tinggi, THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari pada minit ke-56.Seminit sebelum tamat perlawanan, Hafifihafiz Hanafi meranapkan impian THT untuk mengekalkan kejuaraan apabila menyempurnakan pukulan sudut penaltinya untuk menjadikan kedudukan akhir 3-2.Selaku juara, Perak membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 manakala Terengganu menerima wang tunai RM7,000.Dalam kejohanan tersebut, pemain THT, Faizal Saari telah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak dengan jumlah keseluruhan sembilan gol.
12 Nov 17
100
Jangan Sesekali Putus Asa Anakku - Ahmad Razif
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini memberi kata-kata semangat kepada pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa.Fatehah dilaporkan terbabit dalam kemalangan pada final keirin di siri kedua Piala Dunia yang berlangsung di Manchester awal pagi tadi.Memetik dalam akaun Twitter, Ahmad Razif turut mendoakan agar Fatehah cepat sembuh selepas terbabit dalam kemalangan tersebut."Jangan sesekali putus asa, anakku. Kejayaan tidak datang bergolek. Doa saya sentiasa mengiringi Fatehah," katanya.Susulan kejadian tersebut, Fatehah dibatalkan penyertaannya pada final keirin siri kedua Piala Dunia kerana didakwa menjadi punca kejadian pelanggaran itu di Manchaster, United Kingdom.Fatehah kemudiannya dilihat bangkit meneruskan kayuhan ke garisan penamat mendapat tepukan gemuruh penonton.
12 Nov 17
53
Hoki Piala Tun Abdul Razak: Perak, TERENGGANU.. Siapa Juara Malam Ini?
Malam ini Terengganu berdepan dengan tuan rumah Perak dalam perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2017 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.Terengganu berjaya mara ke perlawanan akhir hoki selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di stadium yang sana, malam tadi.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat yakin pasukan Terengganu yang memiliki ramai ayam tambatan dan pemain berpengalaman akan terus komited untuk mara walaupun Perak memiliki kelebihan barisan pemain yang mewakili skuad negara.Dato' Rozi berharap para peminat sukan Terengganu mendoakan kejayaan pasukan Hoki Terengganu (THT) malam ini sebagaimana kejayaan menuumpaskan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir sebelum itu.Beliau yang berada di Ipoh sejak semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan itu, berharap kemenangan berpihak kepada Terengganu walaupun bertarung di tempat lawan selaku tuan rumah."Saya berharap rakyat Terengganu yang ada di ibu kota dan berdekatan bandar Ipoh datang memberi sokongan beramai- ramai."Bertarung bukan di tempat sendiri membuatkan kita lebih bersungguh dan mahu membuktikan tiada halangan melainkan peluang," kata Rozi kepada Teganukita, hari ini.Malah, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menzahirkan nada serupa dan berharap pasukan Terengganu mampu melakar kejayaan cemerlang sebagaimana rekod dalam arena sukan sebelum ini sekali gus mempertahankan kejuaraan piala berprestij negara itu.Ahmad Razif berharap para pemain memberi tumpuan sepenuhnya untuk 'moving foward' dan mencipta kecemerlangan untuk pasukan bagi menaikkan lagi nama negeri sebagai kuasa baru sukan negara. '
11 Nov 17
558
THT Bakal Pertahan Piala Tun Abdul Razak Malam Ini
Terengganu selaku juara bertahan menepati ramalan mara ke pentas final bakal bertemu Perak dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak Edisi ke-55 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam ini.Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi separuh akhir.Biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi Dangerous Lee Mathew yang memanfaatkan gerakan pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama, ayam tambatan THT, Faizal Saari mengesahkan kemenangan apabila meledak dua jaringan dalam tempoh tiga minit untuk membawa Terengganu ke perlawanan akhir.Manakala Perak pula mara selepas menundukkan Melaka 2-1 melalui penalti 'sudden death'.Perlawanan pada malam ini akan bermula jam 8.30 malam yang dijangka turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
11 Nov 17
57
15,000 Pelajar KAFA Khatam Al-Quran Serentak
Ahmad Razif menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar. Foto Zukipli C W PutraSeramai 15,000 pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) membabitkan lapan daerah di Terengganu selesai khatam al-Quran secara serentak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Berdasarkan jumlah itu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencatatkan bilangan 4,958 pelajar, diikuti Setiu (2,179 pelajar), Kemaman (1,906 pelajar), Besut (1,746 pelajar), Hulu Terengganu (1,741 pelajar).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang merasmikan majlis di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu sempat mengadakan sidang video bersama perasmi-perasmi majlis yang sama di daerah-daerah berkenaan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Rosli Othman dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Pengarah Pembangunan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad, Pengarah YT, Dato’ Dr. Alias Abdullah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafrudin Ali Hussin.Ahmad Razif berkata, pihaknya bangga dengan kesedaran yang ditunjukkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mengikuti pengajian di kelas KAFA. Ini dapat dilihat kepada penambahan pelajar KAFA setiap tahun.“Pada tahun ini, jumlah pelajar yang mengikut kelas KAFA telah meningkat kepada 74,856 orang yang mengikuti pengajian di 389 pusat pendidikan membabitkan 3,138 kelas,”katanya.
11 Nov 17
160
GPMS Perlu Bantu Kerajaan Rancang Strategi Untuk Anak Muda
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu boleh membantu kerajaan merancang pelbagai strategi serta memberikan idea untuk membantu meningkatkan pencapaian anak-anak muda Melayu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata perkara itu amat penting bagi memastikan anak-anak muda Melayu tidak ketinggalan terutama ketika dengan zaman teknologi maklumat yang semakin canggihKatanya, budaya bergantung harap kepada kerajaan juga harus ditransformasikan kepada budaya kreatif dan berdikari yang tinggi untuk lebih berjaya.“Kerajaan sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus memperkasakan agenda orang Melayu dan GPMS sangat terkenal dengan kelas bimbingan yang menjadi satu kegiatan tradisi yang telah memberi manfaat dan berjasa kepada masyarakat.“Jadi, saya berharap agar GPMS terus memperkasakan kembali kelas bimbingannya supaya menjadi medan untuk memupuk kesedaran, malah dapat membantu keluarga berpendapatan rendah,” katanya.Beliau berkata demikian Konvensyen Gen-Y Terengganu Dan Mesyuarat Agung GPMS Negeri Terengganu di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.
10 Nov 17
39
Pusat Rehabilitasi Di Hotel Permai
Pelajar dan guru mengaminkan doa sebaik selesai Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) . Foto Zukifli C W PutraKerajaan negeri akan mewujudkan pusat rehabilitasi berkonsepkan Pelancongan Penjagaan Kesihatan di bangunan lama Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan menumpukan rawatan perubatan fisioterapi.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat dibawah selian TDM Berhad dan akan dikendalikan Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) itu akan diubahsuai dalam tempoh terdekat. Katanya, apa yang dilaksanakan itu sebagai daya tarikan orang ramai ke Terengganu dengan menonjolkan keunikan perkhidmatan kesihatan, kemudahan fasiliti dan tempat yang menarik.“Dengan adanya hospital KTS yang akan beroperasi tidak lama lagi, apa yang mahu ditonjolkan itu amat bersesuaian.“Pelancong atau orang ramai yang mendapat rawatan di hospital atau pusat rehabilitasi boleh menginap di Hotel Permai tanpa perlu membuang masa untuk berulang alik dari kediaman masing-masing,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2017 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus hari ini.Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Dato’ Othman Mutapha .Seramai 15,000 pelajar KAFA seluruh Terengganu, termasuk 4,958 peserta di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berjaya khatam al- Quran secara serentak dalam majlis yang disiarkan secara langsung yang melibatkan tujuh daerah.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri juga mencadangkan satu lagi lokasi pusat rehabilitasi iaitu di Tasik Kenyir kerana kawasan itu mampu memberi keselesaan, ketenangan dan bersifat kondusif kepada pesakit ketika menjalani rawatan fisioterapi.“Kami sudah melihat model yang ada di Munich, Jerman untuk membuat konsep sama di kawasan itu,” katanya.
10 Nov 17
210
Terengganu Lancar Pelan Induk Pelancongan Negeri 2018-2025
Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU dengan Dato’ Dr Amin Khan sambil disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Razif dan Dato' Seri Idris Jala. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri melalui Unit Transformasi Negeri Terengganu (UTEN-T) melancarkan Pelan Induk Pelancongan Negeri Terengganu 2018-2025 untuk mentransformasikan industri pelancongan di Terengganu ke arah kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelan tersebut akan dikaji dan disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).Katanya, Terengganu kaya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan khususnya yang berteraskan kepada kekayaan alam semulajadi, keunikan budaya, kesenian dan warisan."Terengganu mempunyai pantai yang terpanjang di Malaysia, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, pulau-pulau pelancongan yang antara tercantik di dunia, keunikan biodiversiti di Setiu Wetland, warisan budaya yang unik dan sebagainya."Limpahan ekonomi dari kewujudan produk-produk pelancongan ini perlu dimaksimakan untuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Produk-produk pelancongan ini perlu dipakejkan dan dikembangkan secara lebih efektif."Kita perlu bergerak ke arah re-positioning secara total sektor pelancongan Terengganu, penjenamaan destinasi dan “rebranding”, berkerja bersama dengan semua pegawai daerah dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang akan bertanggungjawab membangun ekonomi tempatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Kajian Pelan Induk Pelancongan Terengganu - Transformasi Pelancongan Untuk Kemakmuran Ekonomi di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Dato' Seri Idris Jala dan Ketua Pegawai Eksekutif UTEN-T, Dato' W. Mohd Albakri Md. Nor.Tambahnya, kaedah penyediaan pelan induk itu adalah mengambilkira pandangan-pandangan dan input-input dari pemain-pemain pelancongan, suara komuniti dari akar umbi dan dari pihak sektor swasta serta NGO."Ini selaras dengan konsep inklusif yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri dalam merancang masa depan rakyat dan pembangunan Negeri."Saya melihat pendekatan seperti ini amat perlu kerana 'bottom line' matlamat kerajaan negeri adalah untuk kesejahteraan rakyat."Oleh itu, kita perlu berkongsi perancangan negeri dengan rakyat yang akhirnya apa yang dirancang serta dibangunkan akan memenuhi aspirasi dan keperluan mereka," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata sektor pelancongan adalah salah satu tumpuan kerajaan negeri, di samping beberapa sektor lain lagi seperti bioteknologi, perkilangan, industri mineral dan ekonomi digital.Katanya lagi, kerajaan negeri mensasarkan aktiviti yang berteraskan kepada sektor pelancongan samada di dalam bidang perhotelan, pengangkutan, peruncitan, restoran, industri kreatif dan sebagainya akan menjadi aktiviti ekonomi utama di Terengganu."Ini kerana, berdasarkan kajian yang lepas, pelancongan membawa kepada kesan pengganda (multiplier effect) sebanyak tiga kali ganda kepada perkembangan ekonomi dan 2.5 kali ganda kepada mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.
09 Nov 17
751
Terengganu - Huawei Jalin Kerjasama Transformasi ICT
Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU bersama Abraham Liu sambil turut disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Ahmad Razif. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Satu kerjasama antara kerajaan negeri dan Huawei akan menyaksikan Terengganu menerima teknologi digital yang terkini serta penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri ini.Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilakukan dalam program Hari Inovasi Asia Pasifik pertama Huawei di Kuala Lumpur itu bagi merangka bersama hala tuju transformasi digital negeri.Dengan MoU tersebut juga, Huawei akan menyediakan kepakaran teknikal dan sokongan perniagaan dalam melaksanakan pelan transformasi.Pelan ini akan memanfaatkan empat pemboleh ICT utama iaitu infrastruktur jalur lebar, infrastruktur awam, inovasi dan modal insan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerjasama itu penting dalam pembangunan sosio-ekonomi Terengganu di samping memupuk bakat digital dan merangsang pembentukan minda digital."Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Huawei dalam merealisasikan aspirasi Terengganu untuk diperkasakan dengan portfolio penyelesaian ICT 'end-to-end' yang menyeluruh, terutamanya dalam bidang e-dagang."Kami mengalu-alukan sokongan dari Huawei dalam membangunkan lagi infrastruktur IT negeri dan memudahkan orang ramai untuk menerima e-dagang sebagai alat untuk berkembang maju dalam era digital," katanya dalam satu kenyataan.Pertukaran MoU tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu.Turut hadir menyaksikan pertukaran tersebut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif berputar Huawei Technologies Sdn Bhd, Guo Ping.Melalui inisiatif yang dilakukan itu, Terengganu bakal memanfaatkan 'Internet of Things' (IoT) serta penggunaan platform aplikasi pintar bagi melaksanakan penyelesaian digital ke semua industri menegak seperti pendidikan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, peruncitan, keselamatan, kilang industri , rumah pintar, grid tenaga dan lain-lain.Projek ini juga merangkumi perkongsian pengetahuan ICT secara terbuka melalui program latihan ke seluruh negara dengan harapan ia dapat memacu pembangunan sosio-ekonomi.
08 Nov 17
290
Skuad Sukarelawan TTB Lancar Misi Bantuan Ke Penang
Rozi bersama Skuad Sukarelawan TTB bergambar sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) dengan kekuatan 200 tenaga kerja bertolak ke Pulau Pinang pagi ini, bagi membantu mangsa bencana banjir di negeri itu.Penghantaran kumpulan pertama terdiri daripada sukarelawan dari Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Persatuan Anak Terengganu (Permata) Zon Timur diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, bergerak dengan menaiki empat bas dan empat pacuan empat roda.Turut menyertai kumpulan itu, Timbalan Pegawai Eksekutif SSTTB, Armi Irzan Mohd dan Penolong Pegawai Khas Operasi SSTTB, Mohd Rosdi Mohd Zain.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka turut serta pada hari terakhir operasi pembersihan.SSTTB turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dengan menyediakan peralatan seperti waterjet dan lori untuk mengangkut keperluan logistik.Rozi berkata, mereka akan berada di Pulau Pinang selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membersihkan kemudahan awam yang terjejas banjir melibatkan sekolah, balai raya, dewan orang ramai, masjid, surau, klinik dan kemudiannya ke rumah-rumah mangsa.“Kekuatan 200 tenaga kerja ini akan dipecahkan mengikut kumpulan untuk menyelesaikan misi membersih kawasan di Tasik Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau.“Sebahagian ahli SSTTB lain akan menyusul secara berperingkat-peringkat sehingga selesai misi amanah yang dipertanggungjawab,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan SSTTB Ke Pulau Pinang di Dataran Tembesu, Kuala Nerus, pagi ini.Rozi turut memberitahu, umum sedia maklum bantuan seumpama itu bukan kali pertama malah banyak kali, termasuk misi bantuan terbesar iaitu di Kelantan dan di negeri sendiri melibatkan Kemaman, Dungun, Setiu serta Kuala Nerus.“Sebaik selesai misi di Pulau Pinang, berkemungkinan akan ke Bangladesh untuk membantu pelarian Rohingya,”katanya.
08 Nov 17
93