lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
JKNT Fokus Kekang Diabetes Di Kalangan Wanita
Dr Mohammad merasmikan sambutan Hari Diabetes Dan Hari Jantung Sedunia Serta Hari Bersama Kospen Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memfokuskan kepada wanita yang menghidap diabetes, pesakit wanita hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitusatau GDM) dalam usaha mengawal penyakit diabetes yang amat membimbangkan di negeri ini.Pengarahnya, Mohammad Omar berkata, JKNT mendaftarkan sebanyak 49,947 kes diabetes bermula Januari 2011 hingga September lalu dalam Registri Diabetes Kebangsaan (NDR) dan daripada jumlah itu, 61.5 peratus adalah pesakit wanita.Katanya, pada 2017 sehingga September, seramai 23,546 pesakit didaftarkan iaitu 14,684 pesakit diabetes wanita dan 8,862 pesakit lelaki. Ini menunjukkan peningkatan kes yang amat membimbangkan bagi kategori penyakit tidak berjangkit terutama di kalangan golongan hawa itu."Sekiranya pesakit diabetes gagal mengawal diabetes mereka, akan berlaku komplikasi diabetes yang boleh menyebabkan penyakit Jantung Koronari, buah pinggang, kebutaan dan kudis di kaki yang boleh berakhir dengan amputasi atau pemotongan anggota badan."Pada  2015, seramai 88 pesakit diabetes menjalani amputasi dan meningkat kepada 226 pada 2016. Sehingga September lalu, bilangannya seramai 222 orang yang berakhir dengan amputasi."Oleh itu, Sambutan Hari Diabetes Sedunia kali ini memfokuskan tema Wanita dan Diabetes:Kesihatan Kita, Hak Kita, Milik Kita (Women and Diabetes : Our Right To A Healthy Future) mengenai akses penjagaan dan pendidikan kesihatan yang cukup supaya wanita mampu mengawal diabetes mereka,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena sambutan Hari Diabetes Dan Hari Jantung Sedunia Serta Hari Bersama Kospen Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,di Kuala Berang hari ini.Menurut Mohammad, bagi penyakit jantung koronari pula terdapat 941 kes baru pada 2016 dan sehingga September 2017 dengan Terengganu mencatatkan seramai 627 kes baru bagi penyakit ini.Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengadakan hari bersama Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) yang dikenali sebagai Gerakan Sihat 1Malaysia (GS1M) dalam menangani permasalahan itu bagi membantu anggota kesihatan membuat saringan tahap kesihatan dan menjalankan aktiviti ke arah cara hidup sihat."Di Terengganu sehingga September 2017, sebanyak 614 lokaliti Kospen berjaya diaktifkan dan seramai 3,104 sukarelawan berjaya dilatih yang terdiri dari kampung tradisi dan kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional."Sukarelawan ini akan membuat saringan kesihatan penduduk setempat dan sehingga kini 46,972 telah melalui proses tersebut manakala 20,263 daripadanya dikesan mempunyai risiko penyakit kardiovaskular.Mohammad juga menyeru agar golongan yang berisiko tinggi seperti mempunyai sejarah keturunan yang menghidap diabetes, berlebihan berat badan,pengidap hipertensi, mempunyai tahap kolestrol yang tinggi,  mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung untuk tampil mendapatkan nasihat doktor serta menjalankan saringan kesihatan secara berkhala.
16 Nov 17
36
Empty Image
Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan
Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkhidmatan yang akan berpusat di Kuala Terengganu akan dilaksanakan bermula awal tahun hadapan.Katanya, daripada keseluruhan bas tersebut, SPAD turut menawarkan lapan buah bas elektrik yang  melibatkan lapan laluan berbeza sebagai projek perintis itu."Jadi laluan-laluan nanti akan kita umumkan. Bas ini akan sampai ke Marang, Hulu Terengganu, Merang (Setiu) dan sekitar Kuala Terengganu."Apa yang amat menggembirakan adalah bas ini juga akan masuk melalui hospital. Jadi ianya memberi kemudahan kepada mana-mana pihak yang ingin melawat hospital," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Putrajaya, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Ahmad Razif berkata, Mara Liner akan menjadi operator perkhidmatan My Bus berkenaan.Katanya, tumpuan akan diberikan ke kawasan-kawasan tumpuan pelancongan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat samada kepada pelancong mahupun masyarakat setempat."Kita akan menumpukan kepada kawasan-kawasan pelancongan dalam usaha memberi kemudahanterutamanya kawasan yang dapat memberi kemudahan kepada rakyat."Contohnya melalui Pasar Besar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam. Kemudian melalui laluan sampai ke Bandar Marang, Bukit Payung dan seterusnya sampai ke Hulu Terengganu," katanya.
16 Nov 17
87
Empty Image
8,703 Kanak-Kanak Tadika Seluruh Terengganu Khatam Al-Quran Tahun Ini
Terengganu meneruskan kesinambungan melahirkan generasi yang celik al-Quran sejak kecil yang bermula pada 2005, apabila seramai 8,703 kanak-kanak tadika khatam al-Quran sempena Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu, tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri komited menjadi pemangkin melahirkan generasi mencintai al-Quran dan memajukan pembelajaran anak negeri ini melalui sistem pendidikan al-Quran  dengan menyediakan peruntukan yang besar saban tahun.Katanya, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan tahun ini termasuk RM500,000 diperuntukkan untuk majlis khatam bagi zon Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus."Kerajaan negeri amat menekankan kepada pendidikan awal al-Quran kepada anak Terengganu supaya mereka mempunyai asas pendidikan al-Quran yang baik, memudahkan mereka mendalami ilmu al-Quran, pembacaan al-Quran sedari kecil untuk manfaat pada masa akan datang. Ini matlamat kerajaan negeri Terengganu."Walaupun program tahunan khatam dan pintar al-Quran ini melibatkan belanja yang besar, impaknya anak Terengganu dapat dibentuk akhlak dan akal budinya pada masa akan datang, sekali gus membantu meningkatkan kualiti modal insan di masa akan datang serta indeks jenayah negeri juga rendah disebabkan pendidikan agama dan penghayatan al-Quran yang disemai dengan baik dalam diri anak-anak,"katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatam Al-Quran Kanak-Kanak Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 Zon 1 (Kuala Terengganu dan Kuala Nerus), mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Program serentak seluruh Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (1,202 orang) dan Kuala Nerus (1,200), manakala di Marang (857), Hulu Terengganu (839), Setiu (675), Besut (1,552), Dungun (1,080) dan Kemaman membabitkan 1,298 orang kanak-kanak.Mereka  terdiri daripada kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNINT).Ghazali berkata, budaya membaca al-Quran mampu memberi mukjizat dalam kehidupan tanpa kita sedari. "Kepada ibu bapa jangan kita mengabaikan pendidikan berteraskan al-Quran kerana mampu membentuk sahsiah yang baik dalam jiwa anak-anak. tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dengan tidak melepaskan bebanan ini kepada guru semata-mata. "Ibu bapa mesti menanganinya dengan penuh rasa tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang dimulakan oleh para guru,"katanya.Menurutnya, asas yang disemai oleh guru-guru perlu dipupuk dan disuburkan lagi oleh ibu bapa agar kanak-kanak ini terus mekar membuadaya tradisi membaca dalam kehidupannya.
15 Nov 17
695
Empty Image
Lapan Jabatan Kerajaan Negeri Cemerlang Terima Insentif RM20,000
Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri antara jabatan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauantabiliti 2016. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraLapan jabatan dan agensi kerajaan negeri berjaya menerima Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016.Jabatan berkenaan adalah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Setiu, Pejabat Tanah Dungun, Pejabat Tanah Hulu Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kemaman, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif sebanyak RM 20,000 kepada setiap jabatan yang berjaya memperoleh penarafan lima bintang itu sebagai penghargaan kepada kakitangan dan jabatan berkenaan.“Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang diperkenalkan pada tahun 2007 memberi impak yang positif dan menjadi penanda aras ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan pengurusan kewangan bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini.“Saya sangat berbesar hati kerana beberapa jabatan dan agensi di bawah kerajaan Negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang menerima anugerah persijilan ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Indeks Akauntabiliti Jabatan Dan Agensi Negeri Pada Tahun 2016 Dan Pelancaran Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Wan Nawawi berkata, dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada hari ini, pengurusan kewangan secara sistematik, bersepadu dan terkawal, amatlah penting agar perencanaan ekonomi serta pembangunan negeri dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.“Oleh itu, setiap ketua jabatan dan pegawai haruslah memantau pengurusan kewangan organisasi masing-masing agar sentiasa dikendalikan dengan efisien,” ujarnya.Sementara itu, beliau turut memuji Unit Audit Dalam SUK Terengganu kerana berjaya menerbitkan Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti.“Tahniah dan syabas kepada yang terlibat, saya percaya Senarai Semak ini mampu memberikan panduan mudah kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan negeri sekali gus memantapkan pengurusan kewangan sebagai komponen terpenting dalam aktiviti tadbir urus sektor awam,” ujarnya.
15 Nov 17
71
Empty Image
100,000 Spesies Ikan Habuan Pemancing Di Tasik Kenyir
Ahmad Faisal bersama barisan penaja  Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2017. Foto oleh Harish Fadzillah KassimKira-kira 100,000 pelbagai spesies ikan air tawar bakal dilepaskan ke Sungai Leban, Tasik Kenyir Hulu Terengganu sempena Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2017 pada 30 November ini.Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM65,000 berupa enjin bot, bot aluminium, bot fibre, motor elektrik, produk dan aksesori memancing itu diadakan selama empat hari, berakhir pada 3 Disember.Lebih 350 pemancing  termasuk peserta dari Indonesia, Australia, Amerika Syarikat dan Singapura sudah mengesahkan diri menyertai pertandingan yang bertujuan membina rangkaian sosial melibatkan pelbagai negara, selain memperkenalkan lokasi memancing terbaik di rantau ini.Peserta yang akan bergerak menggunakan perkhidmatan  14  rumah bot dan 150 bot fiber itu anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Pengarah JPNT, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pihaknya menyumbang kira-kira 10,000 ikan sebarau dan masih mengalu-alukan pihak lain untuk berbuat demikian bagi menjayakan program tahunan yang berkonsepkan tangkap dan lepas.“Mereka  tidak dibenarkan  sama sekali membawa pulang hasil tangkapan sebaliknya  hanya dibenarkan untuk mengambil gambar sebagai kenangan. “Apa yang diperkenalkan sejak awal penganjuran bertujuan bagi menjaga kelestarian ekosistem marin dan konservasi  habitat di Tasik Kenyir,”katanya Majlis Penyerahan Penajaan sempena AMCT di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Pelancongan Ketengah, Ahmad Fathil Abd Ghani.Ahmad Faisal berkata, hasil kolaborasi bersama penganjur, empat pemancing terbaik daripada program AMCT bakal mewakili negara menyertai International Bass Fishing di Andong Lake, Korea Selatan pada pertengahan tahun depan.“Peserta yang mahu ke pertandingan itu perlu melepasi beberapa ujian kelayakan Program Anglers Exchange, selain memiliki enjin bot Mercury, “katanya
15 Nov 17
90
Empty Image
Maidam Sumbang Bantuan Modal Perniagaan Kepada 127 Asnaf
Shaikh Harun beramah mesra dengan seorang penerima bantuan mesin jahit selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf Zakat Maidam di Kompleks Seri Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyumbang sebanyak RM115,998 kepada 127 orang asnaf miskin dalam bentuk bantuan modal berdikari dan perniagaan.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, bantuan tersebut merupakan agihan daripada wang zakat yang disalurkan oleh Maidam kepada kesemua penerima sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka menerusi aktiviti perniagaan sekali gus mengeluarkan golongan berkenaan daripada kepompong kemiskinan.Katanya, setiap asnaf menerima antara RM3,000 hingga RM10,000 bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan.Menurut Shaikh Harun, daripada jumlah itu seramai 120 orang menerima modal pusingan tidak kurang dari RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada keperluan perniagaan masing-masing, sementara selebihnya menerima motosikal roda tiga, enjin bot, bot (fiber), peti sejuk, mesin jahit.“Antara perniagaan yang dijalankan oleh asnaf yang menerima bantuan ini termasuklah perniagaan makanan, jahitan, menangkap hasil laut dan lain-lain lagi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf Zakat Maidam di Kompleks Seri Iman, hari ini.Katanya, golongan asnaf yang ingin memohon mendapatkan bantuan modal perniagaan perlu membuat permohonan dengan pihak Maidam dan semakan serta bancian akan dibuat bagi memastikan mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.“Pemantauan juga akan dibuat oleh pihak kami dari semasa ke semasa agar penerima tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan,” ujarnya.
14 Nov 17
722
Empty Image
SMK Lembah Bidong Juara Kali Keempat Perkiss
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu berjaya mengekalkan johan buat kali keempat berturut-turut, manakala SMK Kerteh pula memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Perkiss) 2017.Dalam pertandingan anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kementerian Pendidikan Malaysia itu juga, SMK Lembah Bidong turut memenangi Anugerah Khas Pembudayaan Amalan Kitar Semula Terbaik.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, kejayaan SMK Lembah Bidong dan Kerteh itu suatu rekod yang membanggakan kerajaan negeri khususnya sektor pendidikan negeri dan warga pendidik khasnya."Bagi pihak JPNT dan seluruh warga pendidik, saya amat berbangga dengan lakaran kejayaan di peringkat nasional ini."Kerja berpasukan dan komitmen semua pihak dalam memastikan persekitaran terjaga dan bersih selain amalan kitar semula bahan terpakai dipupuk di peringkat sekolah membawa kepada pengiktirafan ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.Penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar di Anjung Floria Putrajaya oleh  sempena Hari Kitar Semula Negara 2017 pada 18 November ini.
14 Nov 17
877
Empty Image
UniSZA Bangunkan Ekosistem Bahasa Inggeris
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah proaktif dalam membangunkan ekosistem bahasa Inggeris di kampus itu menerusi pelaksanaan program perdana Enrich My English Language atau EMEL.Timbalan Naib Canselornya (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad berkata, pendekatan itu merupakan satu manifestasi kepada program flagship bahasa Inggeris yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua universiti awam di negara ini dengan seramai 120 pelajar prasiswazah dari tujuh fakulti terpilih untuk menyertainya.Katanya, pelaksanaan EMEL mampu melahirkan golongan pelajar yang boleh menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin dalam kedua-dua sektor akademik dan pekerjaan di samping dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam masyarakat."Sokongan penuh daripada pengurusan universiti serta kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) serta Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) membolehkan empat modul dihasilkan bagi meningkatkan bahasa Inggeris pelajar di UniSZA."Modul ini adalah pengucapan awam, bahasa Inggeris di kampus, English for fun dan English in Action dengan kesemuanya dilengkapi dengan pelbagai aktiviti," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan program tersebut di sini baru-baru ini.Program yang berlangsung selama 12 minggu, bermula dari 21 September hingga 14 Disember depan itu diadakan pada setiap petang Khamis selama tiga jam.Mahadzirah memberitahu, sepanjang tempoh tersebut peserta EMEL dilatih oleh 64 fasilitator yang sangat cekap dan terlatih terdiri daripada pelajar semester tiga dan lima jurusan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari FBK UniSZA.Katanya, kesemua fasilitator itu telah menjalani program Training of Trainers (ToT) yang ketat dan komprehensif bagi memperincikan kandungan dan aktiviti yang perlu dilakukan dalam situasi sebenar bersama peserta Emel."Untuk melihat peningkatan peserta, penilaian juga diberikan pada akhir setiap sesi yang dijalankan kerana ia penting untuk pihak universiti melaksanakan program yang sama pada masa akan datang”."Harapan kita agar peserta program dapat memainkan peranan sebagai ejen perubahan untuk menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di UniSZA," katanya.
14 Nov 17
386
Empty Image
Sokongan Terhadap BN Kian Meningkat
Ahmad Razif sempat bermesra dengan masyarakat setempat sebelum menyempurnakan penyerahan bantuan kepada warga India dalam program di SK Lembah Jabor, Kemaman, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di seluruh Malaysia terutama di Terengganu semakin meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.Pengerusi BN Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kesungguhan dan gerakan yang dilakukan oleh parti-parti komponen membuatkan masyarakat lebih faham serta mengetahui perkara yang sebenarnya sedang berlaku dan semakin menerima parti itu."Saya berkeyakinan penuh untuk negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat kita akan dapat mengekalkan kuasa serta memastikan majoriti kita akan perolehi dalam pilihanraya akan datang," katanya.Menteri Besar berkata demikian pada Majlis Penyerahan Wang Dana Khas Deepavali di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Kemaman, semalam.Turut hadir, Pengerusi MIC Terengganu, Dr Dayal Krishnan dan Pegawai Daerah Kemaman, Zahari Md Azahar.Dalam majlis tersebut, seramai 140 orang penerima menerima bantuan itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM52,400 bagi Daerah Kemaman.Manakala 107 orang lagi penerima adalah dari Kuala Terengganu melibatkan peruntukan RM36,600 menjadikan keseluruhan bantuan oleh kerajaan negeri berjumlah RM89,000.Ahmad Razif dalam pada itu juga berkata bahawa pelbagai usaha sedang direncanakan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional di Terengganu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terutama untuk menarik undi masyarakat India."Kita akan buat (kerjasama) bersama dengan MIC negeri, tapi kita tidak boleh beritahu lagilah."Strategi kita tidak boleh beritahu orang. Itu adalah antara pihak Barisan Nasional yang akan kita gandingkan dengan semua parti-parti komponen," katanya.
13 Nov 17
127
Empty Image
Terengganu Bersiap Siaga Hadapi Banjir
Kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersiap sedia dengan persiapan rapi kelengkapan logistik dan keanggotaan bagi menghadapi musim tengkujuh.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, simulasi banjir diadakan di lokasi-lokasi yang biasa berlaku bencana selain tindakan secara manual sudah dikeluarkan kepada jentera pengurusan banjir di setiap daerah.Katanya, agensi penggerak utama seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa bersedia sepanjang tahun baik dari segi kekuatan keanggotaan dan kelengkapan bagi berdepan sebarang bencana alam atau kemalangan."Kita berpengalaman dua tiga kali menghadapi banjir besar di beberapa daerah di negeri ini dan paling teruk di Kemaman pada akhir 2015 dan Hulu Terengganu pada Disember tahun lalu.“Berdasarkan pengalaman itu, Terengganu matang dalam menghadapi situasi banjir sehingga Terengganu dinobatkan negeri paling bagus dalam pengurusan banjir, jadi kita kekalkan dan pastikan pengurusan tahun ini akan lebih baik," katanya dalam satu majlis baru-baru ini.
13 Nov 17
127