lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
SKMM Mahu Tambah Menara Telekomunikasi Di Tasik Kenyir
Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berusaha menambah baik infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi memastikan liputan talian telefon di zon pelancongan itu lebih meluas.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari berkata, beberapa lokasi yang dikenal pasti sebelum ini sudah dipasang menara telekomunikasi termasuk di kawasan Pos Kawalan Santuari Kelah, Sungai Petang dan Air Terjun Lasir.Katanya, SKMM turut bercadang memasang kemudahan sama di lokasi lain namun bergantung pada keperluan berikutan ada di kalangan pelancong tidak mahu sebarang ‘gangguan’ ketika bercuti.“Pada masa sama, kita juga perlu untuk memikirkan berkaitan peruntukan yang tentunya libat kos yang tinggi, apatah lagi perlu mengangkut barang bina ke kawasan tasik.“Kaedah terbaik akan dilaksanakan dengan mengambil kira banyak faktor, sekali gus memastikan bilangan pengunjung ke Tasik Kenyir terus meningkat yang secara tidak langsung merancakkan lagi sosioekonomi setempat,"katanya kepada Teganukita.Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian kepada Teganukita sempena Lawatan Kerja Pejabat Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) di Angkasapuri, Kuala Lumpur, kelmarin. Turut serta, Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat.
08 Nov 17
593
Empty Image
Banjir : Contohi Terengganu, Bangkit Selepas Tragedi
Pengurusan banjir Terengganu khususnya Daerah Kemaman adalah yang terbaik. Ini diperakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu melawat banjir di Pulau Pinang baru baru ini.Sehubungan itu, Saudara FAUZI ADAM yang terbabit secara langsung menceritakan pengalamannya sebagaimana berikut:Semalam (TPM) di Pulau Pinang ada menyebut akan mengguna pakai Pelan Pengurusan Banjir di Kemaman Terengganu untuk diadaptasikan juga di Pulau Pinang dan kawasan-kawasan lain.Saya tertarik untuk sama-sama mengulas kejadian banjir besar di Malaysia.Jika kita imbas, banjir besar yg teruk di Malaysia tidak akan 'menyerang' di satu tempat sahaja. Jika 2013, Kemaman lumpuh akibat hujan lebat yang luar biasa.Tahun 2014, Kelantan pula diserang banjir besar. Sebelum-sebelum itu, pada 2011 kita lihat bagaimana Segamat tenggelam keseluruhannya akibat banjir besar.Tahun 2017, giliran Pulau Pinang menerima ujian besar ini.Ketika banjir ini datang, kita lihat pemimpin mahupun penduduk di tempat yg kali pertama 'diserang' banjir luarbiasa ini akan panik.Bukan sahaja rakyat yang bersedih, namun kita lihat ada pemimpin utama negeri yg menangis meminta pertolongan. Ini kerana tiadanya kesiapsiagaan, persiapan dan pengalaman menghadapinya.Namun yang penting ialah macam mana penduduk & pemimpin setempat bersatu padu untuk bangkit membina pelan menghadapi banjir di kawasan mereka jika ianya berlaku lagi.Ini kerana setiap tempat pasti berbeza cara dan kaedah utk hadapinya kerana geografi dan bentuk muka bumi yang berbeza.Berdasarkan pengalaman & apa yg saya lihat dimata sendiri, berikut saya senaraikan 16 perkara yang dilakukan masyarakat Kemaman iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir. Ini yang terlintas difikiran saya, mungkin ada lagi.1. Penduduk sudah tahu awal di mana pusat pemindahan mereka. Pihak JKKK di Kemaman memberitahu setiap penduduk lokasi mereka akan berpindah jika banjir berlaku.2. Penduduk Kemaman telah diberi arahan 'step by step' bila hujan turun lebih 24 jam. Kad panduan khas diedarkan untuk penduduk tahu macam mana mereka harus bertindak.3. Paras air sungai di hulu, kadar hujan dan paras air laut pasang sentiasa diberitahu kepada penduduk berjaga-jaga bila banjir dijangka sampai ke kawasan mereka.4. Penduduk Kemaman diterapkan dengan budaya 'pindah dulu sebelum banjir'. Ianya lebih mudah kepada penduduk dan pasukan penyelamat.5. Helipad untuk  kecemasan dibina di kampung-kampung untuk mudahkan menghantar keperluan dan mengangkut penduduk sakit ke hospital ketika banjir.6. Jumlah ibu mengandung dan pesakit keperluan khas di seluruh Daerah Kemaman sentiasa dikemaskini kpd semua jabatan. Ini memudahkan pergerakan semasa banjir. Satu pusat pemindahan khas buat ibu mengandung disediakan berhampiran hospital.7. Satu markas taktikal banjir disediakan. Di situ tempat tidur para tentera, tempat masakan makanan skala besar, helikopter dan aset lain dikumpulkan. Biasanya di IKBN, Kemasik.8. Hotel yang tidak terlibat banjir dikenalpasti dan menyediakan harga khas untuk musim banjir untuk  mangsa yang berminat untuk menginap disitu.9. Segala peralatan telekomunikasi dan eletrik dinaikkan melebihi aras banjir supaya ketika banjir penduduk masih boleh menghubungi satu sama lain.10. Bulan Oktober setiap tahun mereka yang terlibat dengan pengurusan banjir seperti kakitangan kerajaan, pengerusi JKKK, pemimpin dan NGO dilatih khas dan diadakan simulasi di mana mereka perlu bermalam di pusat permindahan banjir mengikut zon masing-masing.11. Stor Pengkalan hadapan dibina di setiap kampung / kawasan yang menghadapi banjir. Bekalan makanan dihantar ke stor terlebih dahulu sebelum banjir berlaku. Makanan ini cukup untuk 7 hari.12. Semua penduduk yang biasa terkena banjir mengambil insurans bencana. Jika rumah mereka banjir terus akan dapat RM1000 dalam tempoh kurang 7 hari. Ini membantu mereka membeli keperluan penting.13. Ketika banjir berlaku setiap pusat pemindahan sudah mempunyai pasukan sukarelawan memasak, mendaftar dan menjaga kebajikan mangsa banjir. Ianya terdiri daripada pemimpin setempat dan badan-badan kerajaan.14. Sukarelawan Pasca Banjir untuk kerja bersih rumah dan kawasan banjir telah ditentukan awal. Apabila banjir berakhir, peralatan dan sukarelawan terus ditempatkan ke rumah orang tua, sekolah dan lain-lain untuk kerja pembersihan.15. Kerjasama baik antara badan kerajaan, NGO, pemimpin politik dipupuk awal bagi menghadapi bencana banjir. Mesyuarat dua bulan sekali diadakan di peringkat pejabat daerah untuk menghadapi kemungkinan banjir setiap hujung tahun.16. Majlis keagamaan di masjid diadakan selain utk memohon dijauhkan dengan bencana banjir, ianya juga digunakan menyampaikan info terkini mengenai banjir. Khutbah khas pun disediakan untuk masyarakat bersiap siaga menghadapi ujian Allah ini.Pengalaman pada 2013 iaitu lebih 20 ribu orang terlibat banjir membuatkan Kemaman hampir lumpuh. Kami bangkit pada banjir 2014 dan seterusnya.Sesungguhnya masih banyak yang boleh ditambahbaik di Kemaman. Namun komitmen warga Kemaman disemua peringkat dalam hal pengurusan banjir ini sentiasa mengagumkan saya. Kerana kami sayangkan Kemaman.Di peringkat nasional, satu langkah paling komprehensif perlu dilaksanakan segera. Pelan siap siaga dan SOP Bencana / Banjir yang sesuai dgn arus semasa dan pengalaman lepas perlu diimplementasikan.Semoga kita semua terus cekal dan ditunjukkan jalan-jalan untuk bersatu hati ketika menghadapi apa sahaja ujian dari Ilahi.Ikhlas daripada : MFMA (7/11/2017)(Penulisan ini adalah atas kapasiti individu yang menjadi mangsa banjir dan pengalaman dengan pengurusan banjir. Ianya bukan mewakili mana-mana jabatan atau NGO)
07 Nov 17
154
Empty Image
Kerajaan Negeri Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang
Kerajaan negeri akan menghantar kira-kira 200 orang Skuad Sukarelawan TTB ke Pulau Pinang bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran bencana banjir di negeri itu pada 9 November ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat berkata, rombongan pertama skuad sukarelawan itu akan berada di Balik Pulau selama tiga hari bagi menjalankan misi kemanusiaan pasca banjir dengan membantu kerja-kerja pembersihan.“Operasi pembersihan akan tertumpu ke kawasan yang terjejas, terutama kawasan sekolah dan jalan raya selepas banjir surut,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Katanya, Skuad Sukarelawan TTB juga akan digerakkan secara berperingkat-peringkat.“Jumlah sebenar anggota sukarelawan yang akan dihantar ke Pulau Pinang tertakluk kepada keperluan.“Skuad sukarelawan sentiasa bersiap sedia membantu agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota keselamatan sekiranya kejadian banjir kembali melanda negeri itu dan kerajaan negeri bersedia menghantar anggota sukarelawan yang diperlukan,” katanya.Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis lalu yang turut menumbangkan puluhan pokok.Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa.
07 Nov 17
27
Empty Image
Sekolah Seluruh Terengganu Bersedia Hadapi Banjir
Sekolah di seluruh Terengganu diminta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelak kerosakan harta benda dan peralatan sekolah."Kita sudah mengenal pasti sekolah berisiko dilanda banjir dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu bersedia dari semua aspek termasuklah berpindah ke pusat peperiksaan tumpangan."Pada masa yang sama calon SPM pula akan tinggal di asrama atau sekolah bagi memastikan tumpuan kepada peperiksaan tidak terjejas," katanya.A. Latiff berkata, semua sekolah diharap membuka sekretariat banjir dan bilik gerakan."Sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah ada info agensi yang akan membantu dan mereka perlu memaklumkan status cuaca dan perkembangan banjir dari semasa ke semasa," katanya.Menurutnya, ibu bapa dan calon pula diingatkan perlu sentiasa mendapatkan info terkini banjir dari media massa rasmi atau berita media massa arus perdana sahaja.
06 Nov 17
29
Empty Image
MB Terengganu Rakam Simpati Mangsa Banjir Pulau Pinang
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan simpati kepada penduduk Pulau Pinang yang dilanda banjir besar.Beliau meminta agar mereka yang terbabit bertenang dan bersabar menghadapi ujian Tuhan itu."Dalam keadaan sekarang yang penting ialah menyelamat dan membantu mangsa tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan parti."Biasanya pada masa sekarang (November), banjir melanda Pantai Timur tetapi ketentuan Tuhan mengatasi kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Beliau yakin, kerajaan Barisan Nasional(BN)  sentiasa membantu negeri negeri dilanda banjir kerana BN adalah kerajaan yang adil, prihatin rakyat dan sentiasa membantu rakyat.Keadaan hujan yang berterusan sejak jam 12 tengah hari semalam menyebabkan banyak kawasan di Pulau Pinang terjejas berikutan banjir yang melanda.Banjir tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan lumpuh akibat jalan utama di negeri tersebut ditenggelami air.Selain itu, sejumlah 1,968 mangsa banjir ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir di empat daerah di negeri tersebut.
05 Nov 17
52
Empty Image
ADUN Pengkalan Berangan Biayai Kos Pengurusan Jenazah Empat Sekeluarga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang menzahirkan rasa dukacitanya terhadap tragedi empat bersaudara yang terkorban dalam kemalangan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin, petang semalam.Beliau yang kini berada di Jerman atas urusan kerja turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.“Saya telah mewakilkan pegawai khas saya untuk menziarahi keluarga mangsa bersama-sama dengan Pengerusi JKKK dan wakil daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, malam tadi. “Berita mengenai kemalangan ini amat menyedihkan. Takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi ujian Ilahi. InsyaAllah, segala perbelanjaan untuk pengurusan jenazah akan kita tanggung,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.A.Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, kesemua jenazah dijangka akan dikebumikan selepas waktu Zohor, hari ini.Menurut laporan sebuah akhbar, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang semalam itu, Mhd Sari Muda, 52, isteri, Mizah Mamat, 56, dan anak perempuannya, Saerah Saari, 18, serta anak saudara mereka, Nur Adibah Ramli, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila kereta Proton Saga Aeroback dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah bas persiaran di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhadapan Penjara Marang.Sebelum kejadian, kereta dinaiki Mhd Sari dan tiga ahli keluarganya itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jerung Surau, Marang daripada menghadiri kenduri perkahwinan di Kerteh, Kemaman.Manakala bas persiaran yang membawa rombongan murid sekolah rendah terbabit pula dikatakan dalam perjalanan pulang ke Cherating, Kuantan dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu.
04 Nov 17
104
Empty Image
Pelajar Terengganu Lakar 70 Kejayaan
 Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (dua dari kiri)  menyampaikan hadiah  Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) . Foto Zulkifli C W Putra Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyifatkan 2017 sebagai tahun kemenjadian murid di Terengganu  apabila  melakar lebih 70 kejayaan serta pencapaian terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata antara kejayaan besar yang berjaya dicapai melalui pertandingan inovasi menerusi Program Sains Teknologi Matematik (STEM).“Jika dikira sekali dengan penyertaan dalam bidang sukan, kita berjaya capai lebih 70 kejayaan dengan lebih 10 pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.“Tahun ini hasil inovasi pelajar dalam STEM juga menunjukkan peningkatan ketara berbanding dua tahun lalu iaitu pada 2015 dan 2016 malah boleh dikatakan STEM sekolah di Terengganu telah merangkul  lebih 30 kemenangan di kebangsaan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Program Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, semalam.Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang Shafruddin berkata, kejayaan dalam kemenjadian murid serta melahirkan sekolah berkualiti sejajar dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) serta bertepatan dengan falsafah pendidikan dan hasrat Transformasi Terengganu Baharu (TTB).“Bukan mudah untuk melakar kejayaan di peringkat antarabangsa, dan usaha ini dibuktikan dengan kejayaan pelajar kita mencapai lebih 10 kemenangan di peringkat antarabangsa menerusi pertandingan inovasi dan sukan.“Faktor ini mendorong ExxonMobil bersetuju menaja RM50,000 kepada satu pasukan inovasi dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit bagi pertandingan STEM di Beijing, China November ini,” katanya.Selain itu, Shafruddin berkata, kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM20,000 bagi dua buah sekolah yang akan menyertai pertandingan robotik di World Robot Olympiad di Costa Rica pada 10 hingga 12 November ini.“Setiap sekolah akan menghantar lima wakil termasuk seorang guru bagi pertandingan itu, kesemua mereka perlu dapatkan dana sehingga RM35,000 bagi menampung perbelanjaan termasuk kos pengangkutan dan tempat tinggal sepanjang di sana.“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini, mereka akan berjaya menyertai pertandingan itu dan kita harap membawa khabar gembira bagi perkembangan teknologi dalam inovasi STEM di negeri ini yang mana merupakan negeri terbanyak menghantar penyertaan,” katanya.
04 Nov 17
118
Empty Image
Tingkatkan Penguatkuasaan, Elak Dera Kanak-Kanak Berulang
Dato' Basir dan Dato' Seri Ismail beramah mesra dengan peserta Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di Quinara Al Safir, Kuala Nerus, semalam. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan Pusat akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan setiap pengambilan pengasuh di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) benar-benar memenuhi kriteria supaya kejadian  pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak berulang.Sikap memikirkan keuntungan, mengambil pengasuh tidak terlatih, mempunyai masalah kesihatan dan mengambil ramai kanak-kanak, antara penyumbang kes pengabaian serta penderaan kanak-kanak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri Ismail Abd Muttalib, berkata walaupun kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di taska tidak serius, namun kerajaan mahu memastikan kes di tahap sifar.Katanya, justeru mengingatkan pemilik taska mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk mengekang pelbagai kejadian buruk di taska.“Sebelum mengambil pekerja, pengusaha Taska sewajarnya  memastikan individu sihat mental dan fizikal, selain berpendidikan, penyabar, kental spiritual serta emosi."Pelbagai kursus dan garis panduan dirangka kementerian dalam memastikan semua Taska, berada pada tahap memuaskan," katanya selepas Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di Quinara Al Safir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, pengusaha juga tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja, sebaliknya memastikan jumlah kanak-kanak memadai dengan kekuatan kakitangan."Memang ada kes Taska tidak berdaftar mengambil kanak-kanak dalam kuantiti ramai dan JKM sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berkaitannya."Justeru, semua Taska yang tidak berdaftar segera mendaftar bagi membolehkan mengikuti kursus dan latihan dianjurkan kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,”katanya
04 Nov 17
146
Empty Image
Bawa Politik Bermoral-PM
Musuh kita adalah pembangkang, jangan cemburu sesama sendiri dan jangan menyerang sesama kita walaupun kita tak suka kepadanya dan saya paling tidak suka perkara ini, tegas Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak."Saya Perdana Menteri, saya kena jaga, saya adalah Perdana Menteri untuk Malaysia... saya kena bawa politik bermoral, politik yang ada tata susila, sopan santun dan saya lebih suka kalau nak pukul... pukul dengan sindiran, cuit, tak pukul tegak cara kasar atau 'brutal',orang kata secara biadab."Sebab itu kita jangan ajar rakyat Malaysia politik macam ini...kita ni pemimpin, kita ni orang tua, kena tunjuk teladan yang baik...kalau berbeza pendapat pun tak apa, tak setuju dengan dasar pun tak apa, tetapi jangan sesekali burukkan peribadi orang, ini bukan politik orang Malaysia."Dan ini tak sepatutnya datang daripada bekas seorang pemimpin negara, ini bukan caranya, saya tak mahu anak muda belajar politik seperti ini kerana kita mahu membina sebuah negara yang berjaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Dalam pada itu, Najib memuji Biro IT UMNO Malaysia dalam menjadikan media sosial sebagai gerak kerja bafi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Satu usaha yang amat penting kerana PRU14  sangat-sangat dekat dan terbukti bahawa sumber yang paling berpengaruh alaf ini ialah dari media sosial. Kita kalah dalam peperangan media sosial dalam PRU12 dan PRU13... jadi kita harus menang dalam PRU14."Sudah terbukti bahawa berita benar atau tidak boleh tersebar luas ..boleh ditular sekelip mata kalau tidak bertindak cepat. Gunakan media sosial sebagai lidah kita yang akan memberi impak yang cepat dalam penyampaian berita,"katanya lagi.Beliau juga meminta jentera media sosial lebih kreatif berbanding pembangkang bagi menarik pembaca di laman sosial.Konvensyen Media Sosial diadakan untuk memberi penerangan tentang kepentingan,etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada setiap penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU14.Ia juga merupakan rumusan kepada usaha Biro IT yang telah menyelesaikan gerak kerja utama seperti penubuhan Ahli Jawatankuasa dan whatsapp Biro IT 191 Bahagian,Bengkel Penggerak Maya(BPM),Bengkel Teknikal Maya(BTM) dan Seminar Media Sosia(SMS).
04 Nov 17
60
Empty Image
MB Tanggung Kos Bawa Balik Jenazah Mangsa Tangki Meletup
Saya bersedia menanggung segala kos bagi membawa jenazah dua anak Terengganu yang terlibat dalam kebakaran sebuah tangki simpanan diesel di sebuah kilang di Jalan Kuang Kuala Garing, Rawang, semalam, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dua dari tiga mangsa adalah anak Terengganu iaitu Norhafizam Ab. Rahman, 28 dari Kampung Batin Seberang Takir dan Zamri Adenan, 37 dari Kampung Surau Haji Daud.Menurut Ahmad Razif, beliau menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memohon supaya ahli keluarga mangsa bersabar dengan musibah yang menimpa."Saya merasa sedih dan terharu apabiladimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh wakil perantau di Lembah Klang yang mana melibatkan anak Terengganu dalam kejadian itu,"katanya.Beliau berkata demikian dari Jerman kerana mengadakan lawatan rasmi ketika dihubungi hari ini.Beliau berharap, ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan itu selain mengarahkan wakil perantau menguruskan segala keperluan yang berkaitan dalam pengurusan jenazah kedua-dua anak Terengganu terbabit."Segala kos berkaitan pengurusan jenazah berkenaan akan ditanggung oleh saya sendiri', ujarnya.Mengikut satu laporan media atas talian,dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, tiga pekerja warga tempatan sedang melakukan kerja penyelenggaraan atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh.Susulan itu, 750,000 liter diesel dalam tangki berkenaan dipindahkan sejak malam tadi bagi membolehkan pasukan bomba mencari mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
04 Nov 17
32