Artikel "Utama" Terkini
90 Peratus Pengundi Cina Kemaman Pilih BN
Hampir 90 peratus daripada 3,816 pengundi Cina di Parlimen Kemaman dijangka memihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14( PRU4) nanti.Pengerusi Penganjur Program Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Masyarakat Cina Kemaman, Dato' Soh Kok Hiang berkata, kerjasama dan sokongan daripada 27 ketua-ketua persatuan dan badan bukan kerajaan(NGO) yang ada, pihaknya yakin pengundi Cina di Parlimen Kemaman akan kembali menyokong BN pada PRU tidak lama lagi."Kami tidak akan lupa budi baik kerajaan negeri dalam membantu masyarakat Cina walaupun peratusan pihak kami(masyarakat Cina)di Terengganu adalah amat sedikit."Kami juga yakin di bawah pentadbiran Barisan Nasional, Negeri Terengganu akan lebih cemerlang dengan muafakat dan kerjasama antara semua pihak lebih baik dalam segala urusan,"katanya.Kok Hiang berkata demikian kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Masyarakat Cina Kemaman anjuran Kelab Kemaman Dan NGO Kemaman di Dewan Komuniti Tionghua di Chukai,Kemaman, malam tadi.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir Rosli Othman yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Dato’ Mohamad Awang Tera dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Mohd Azahar.Hampir 3,000 masyarakat Cina pelbagai lapisan hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pimpinan Menteri Besar dan Kerajaan BN.Sementara itu, Ir.Rosli dalam ucapannya, memaklumkan kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih Dewan Komuniti Tionghua.Beliau yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran ramai serta sambutan penuh gemilang berkata, dengan adanya sokongan yang begitu baik, ia satu petanda positif yang akan membantu kemenangan BN serta memastikan kemakmuran yang berterusan di Kemaman khasnya di Chukai.Bagi Pengerusi Persatuan Kelab Cina Kemaman, Dato’ Alex Teck Hwa pula berazam akan terus bekerja kuat dan membantu memenangkan BN bagi DUN Chukai dan Parlimen Kemaman khasnya."Selama ini Kerajaan BN yang banyak membantu masyarakat cina di Kemaman...kita boleh menilai yang mana intan yang mana kaca, kita tahu yang mana menolong ketika susah dan datang ketika senang."Saat kami susah atau dilanda masalah, hanya BN yang banyak bantu berbanding pembangkang," katanya.
22 Nov 17
296
Tangisan Gembira Iringi Kepulangan Nelayan Ditahan Di Indonesia
Zaidi dan Firdaus dikelilingi keluarga masing-masing sejurus tiba di kampung halaman petang ini selepas hampir lapan bulan ditahan pihak berkuasa Indonesia. Foto oleh Zulkipli C W PutraTangisan gembira mengiringi pembebasan dua daripada tiga nelayan yang selamat pulang ke kampung halaman hari ini, selepas hampir lapan bulan ditahan di Indonesia.Mohd Zaidi Mohammad, 23, dari Seberang Takir dan Firdaus Mohamad, 27, dari Kemaman ditahan sebagai saksi perbicaraan tekong bot, Abdul Rashid Nik, 52, yang kini masih ditahan pihak berkuasa Indonesia.Kepulangan Zaidi dan Firdaus disambut dengan penuh kesyukuran dan gembira oleh ahli keluarga serta rakan rapat masing-masing di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, petang ini."Terima kasih kepada YAB MB (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) sebab tolong usahakan kami bebas dan dapat balik ke pangkuan keluarga selepas hampir lapan bulan ditahan.Zaidi"Memang perit dan trauma dengan apa yang kami lalui, tapi syukur sebab akhirnya kami bebas,"kata Zaidi.Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, sepanjang ditahan, dia sentiasa berdoa dan berharap dapat dibebaskan segera yang mungkin kerana tidak sanggup untuk terus menanggung kerinduan berjauhan dengan keluarga terutama ibunya, Rukiah Mustafa, 52.Sementara Firdaus pula berkata, dia masih sempat menghubungi keluarga dan isteri Erna Abd Rashid, 21, bagi bertanya khabar dan melepas kerinduan menerusi telefon yang dipinjam daripada penduduk kampung sepanjang ditahan."Saya sangat bersyukur sebab dapat jumpa semula isteri dan keluarga. Tempoh lapan bulan itu cukup berat ujian dan membuatkan saya serik.. bimbang peristiwa malang ini berulang lagi.Firdaus"Saya sentiasa memikirkan bagaimana kesudahan proses perbicaraan itu.. Malah ketika hari pertama ditahan, saya juga membayangkan akan mati. Saya turut dimaklumkan orang Indonesia, mungkin penahanan boleh memakan masa yang sangat lama sehingga beberapa tahun..Tidak tahu berapa lama perlu tunggu,"katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas inisiatif mengusahakan pembebasan mereka.Pada 27 Mei lalu, dua daripada lima nelayan yang ditahan itu, iaitu Mohd Fadly Jaafar, 40 dan Abdul Halim Nik, 43, masing-masing dari Seberang Takir berjaya dibebaskan selepas sebulan ditahan.Dalam insiden, 8 April lalu, lima nelayan terbabit bersama seorang awak-awak warga Thailand ditahan pasukan Tentera Laut Indonesia ketika berada pada jarak lima batu nautika melepasi sempadan perairan antarabangsa kira-kira 11.30 pagi.Pembebasan nelayan berkenaan adalah hasil saluran rasmi dan usaha peribadi penyelaras misi, Badrul Hisham Zaki bagi membawa pulang mereka dengan kerjasama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif.Turut serta menguruskannya bagi pihak Menteri Besar, Setiausaha Politik beliau, Dr. Rozailan Mamat.
22 Nov 17
230
Darul Iman Xpress Kini Beroperasi Di Terengganu
Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya dengan membuka syarikat baharu Selesa Transit Sdn Bhd membabitkan pelaburan awal berjumlah hampir RM4 juta.Laili yang juga Pengarah Urusan bagi kedua-dua syarikat itu berkata, Selesa Transit Sdn Bhd akan bertanggungjawab sebagai pengendali perkhidmatan bas ekspres Darul Iman Xpress yang berpangkalan di Terengganu.Katanya, untuk permulaan perkhidmatan Darul Iman Xpress beroperasi dengan dua bas melibatkan laluan Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Shah Alam, Klang dan Kajang dan sebaliknya.“Perkhidmatan bas ini mempunyai beberapa kelebihan dan tarikan tersendiri antaranya tahap kelajuan maksimum hanya dihadkan kepada 90 kilometer sejam."Kita sentiasa mengambil kira aspek keselamatan penumpang, jadi had kelajuan ditetapkan hanya 90 kilometer sejam dan kelajuan bas ini akan dipantau atau dikawal oleh petugas di bilik operasi kami," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Darul Iman Express di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh.Menurut Laili, bas Darul Iman Express yang mempunyai 45 kerusi itu juga bukan sahaja dikendalikan semua pemandu muda yang berpengalaman dan terlatih malah mereka juga dipastikan bebas daripada penyalahgunaan dadah dan bersedia memberi layanan terbaik kepada penumpang."Kita sentiasa mementingkan keselamatan serta keselesaan penumpang dan atas sebab itulah, setiap bas baharu yang kita beli hanya perlu beroperasi selama lima tahun, selepas itu kenderaan ini akan dijual untuk kita beli bas baharu dan begitulah seterusnya," tambahnya.
22 Nov 17
3346
Media Diharap `Cerna' Isu Bantu Kemenangan Selesa PRU14 - Pengarah UKOM
Sebahagian media yang memeriahkan program Kolaborasi UKOM-Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) berharap pengamal media di Terengganu `mencerna' segala isu dan perkembangan dalam negeri dengan sebaik-baiknya supaya dapat menghasilkan berita yang mampu membantu menaikkan imej serta mempromosikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus memberi kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ) nanti.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, peranan media sangat penting khususnya jika berpaksikan pengolahan berita yang tepat, bertanggungjawab dan juga benar sebagai pegangan utama. Beliau yang juga Pengerusi Biro Penaziran UMNO Terengganu berkata, kerajaan negeri menerusi kepimpinan utama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengotakan pelbagai janji dan juga perancangan menerusi manifesto pilihan raya yang lalu apabila 90 peratus daripadanya sudah dilunaskan demi manfaat rakyat Terengganu keseluruhannya."Apa sahaja kebaikan dan kemajuan yang dilaksanakan Kerajaan BN ini adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat. Malah projek dan juga inisiatif yang dilaksanakan pada era kepimpinan terdahulu juga diteruskan kepada golongan sasar ini. Oleh yang demikian, YAB MB sendiri juga mahu setiap perkara positif itu dicerna dengan sebaik mungkin oleh golongan media supaya nanti dapat menguar-uarkan kebaikan itu kepada rakyat."Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan segala keperluan dan menjaga kebajikan rakyat, bagaimanapun jika tidak diceritakan dan diolah sebaik mungkin perkara itu tidak sampai serta difahami dengan jelas oleh rakyat terutama di peringkat akar umbi," katanya.Beliau berkata demikian ketika meraikan rakan media di Majlis Kolaborasi UKOM - Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) UKOM, Ruslan Abdul Rahman dan ketua-ketua biro agensi media Terengganu.Majlis berkenaan turut meraikan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) bagi penggal 2017/2019 yang baru dilantik sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kelab itu, pada 16 November lalu.Muda turut memberitahu, UKOM bersama kerajaan negeri dan Pejabat Menteri Besar akan menyelaras pelbagai program bersama Kawat serta media lain bagi memastikan golongan sasar itu sentiasa mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan negeri dan agensi kerajaan supaya dapat membantu menaikkan imej negeri menerusi liputan menyeluruh dan positif menggunakan saluran media masing-masing.Tambahnya, program tahunan pengamal media bersama Menteri Besar seperti Retreat Media dan Berbuka Puasa Bersama Media juga akan diteruskan sebagai meraikan golongan itu yang sudah banyak memberi kerjasama dan membantu melonjakkan negeri serta mencorak pemikiran rakyat selama ini.
21 Nov 17
51
Penjenamaan Baharu Pasukan Bola Sepak Terengganu
Ahmad Razif bersama barisan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di Hotel Primula.Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju membuat pembaharuan dengan menjenamakan semula skuad bola sepak Terengganu sebagai Terengganu FC (TFC) I dan TFC II yang akan beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Perdana musim depan.Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT yang dipengerusikan Presiden persatuan itu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar sekali gus menamatkan persoalan mengenai pasukan berstatus kelab T-Team sebelum ini sama ada kekal di Liga Super atau sebaliknya musim depan.Katanya, Liga Super 2018 hanya akan disertai skuad Terengganu yang akan dikenali sebagai TFC di bawah kendalian ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.“Pasukan TFC I ini akan dibarisi gabungan pemain terbaik daripada kedua-dua pasukan Terengganu dan T-Team, selain diperkuat dengan khidmat lima awang import berbanding empat musim ini.“Manakala pasukan TFC II pula bertindak sebagai pasukan ‘feeder’ kepada skuad TFC I di mana pasukan ini pula bermain untuk Liga Perdana. Mereka dibarisi seratus peratus pemain kelahiran Terengganu melibatkan gabungan pemain T-Team dan Terengganu serta dua pemain import,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di Primula Beach Hotel , Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, selain TFC I dan TFC II, penstrukturan semula itu turut melibatkan kesemua pasukan pembangunan bola sepak Negeri Terengganu termasuk skuad Piala Presiden (TFC III), Piala Belia (TFC IV) dan Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) B-17 (TFC V).Dalam perkembangan yang sama, badan induk bola sepak Terengganu itu turut menubuhkan syarikat Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang bakal bertanggungjawab mengkomersialkan pasukan dari Terengganu sekali gus mampu bergerak sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri pada masa akan datang.“Jadi dengan langkah penjenamaan semula ini, ia sedikt sebanyak mampu mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan negeri terhadap kedua-dua pasukan melibatkan Terengganu dan T-Team sebelum ini.“Saya yakin dengan inisiatif yang dilakukan ini bukan sahaja mampu menambah kekuatan pasukan, malah berpeluang mencapai sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim depan,” katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut memaklumkan jawatan pengendali TFC II akan ditentukan dalam masa terdekat selepas perbincangan diadakan dengan jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan.
21 Nov 17
168
Peluang Bantu Ekonomi Keluarga - Ibu Peserta TGTP
Shalia Adiela (kanan) bersama empat rakan menunjukkan surat tawaran yang diterima. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail “Terharu dan sangat bersyukur kerana anak makcik, Nurliana Atikah Awang, 25, turut terpilih mengikuti Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) dan berpeluang bekerja..kutip pengalaman di sektor pelancongan mulai Disember ini.Fatimah Idris“Peluang itu sangat membantu ekonomi keluarga makcik kerana ayah Nurliana hanya bekerja kampung dengan gaji yang tidak seberapa," kata Fatimah Idris, 56 mewakili anaknya, Nurliana yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur menerima surat tawaran pada pada TGTP di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Hadir merasmikan program perintis itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Nurliana antara 275 siswazah menganggur yang terpilih mengikuti program itu selama enam bulan dengan bayaran elaun RM1,000 sebulan di pelbagai pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai Disember ini.Graduan Universiti Malaysia Kelantan dari Manir , Shalia Adiela Wahab, 24, berkata dia akan melaksanakan tugasan dan tanggunjawab sebaik mungkin seperti apa yang diarahkan majikan kelak.“Peluang yang diterima ini menjadi motivasi buat diri saya untuk berusaha melakukan yang terbaik seterusnya mendapat pekerjaan tetap,” katanya.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, graduan yang terpilih akan menjalani latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka di agensi dan syarikat berkaitan selama enam bulan sehingga Mei tahun depan."Kesemua pelatih akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000. Sekiranya mempamerkan prestasi cemerlang, tempoh latihan mereka di bawah TGTP akan dilanjutkan selama enam bulan lagi seterusnya berpeluang diserapkan sebagai kakitangan tetap di agensi dan GLC negeri tersebut."Antara agensi dan GLC negeri yang mengambil bahagian ialah Terengganu Incorporated, Jabatan Pelancongan negeri, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Yayasan Pembangunan Pembangunan Usahawan," katanya.
21 Nov 17
228
Kerajaan Negeri Perkenal Dasar Baharu, `1 Jabatan 1 Inovasi' Tahun Depan
Kumpulan Strikers XVI mengungguli pertandingan KIK sempena Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu 2017, di Wisma Darul iman, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan memperkenalkan satu dasar baharu, `1 jabatan 1 inovasi' dalam pentadbiran negeri bagi memastikan agenda inovasi menjadi keutamaan di Terengganu, bermula tahun depan.Bagi merealisasikan dasar ini, program inovasi akan dijadikan sebagai satu kriteria Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sehubungan dengan itu, bagi memastikan semua jentera pentadbiran negeri mempunyai satu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun hadapan, setiap jabatan hendaklah menyediakan satu Pelan Inovasi Jabatan yang perlu dihantar kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk dilaksanakan pemantauan secara berterusan.“Saya percaya melalui pertandingan ini kumpulan KIK dan agensi akan berpeluang untuk mendapat pengiktirafan dan ganjaran. Ini merupakan `pulling factor' kepada penjawat awam supaya lebih aktif dalam KIK kerana ia satu mekanisma penting bagi warga perkhidmatan awam untuk menganalisis dan mengenal pasti kaedah penyelesaian yang kreatif dan inovatif. Ini terbukti dengan pelbagai contoh kejayaan projek KIK yang terdahulu,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu Bagi Tahun 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Wan Nawawi berkata, kepimpinan negeri sudah dan sedang melakukan yang terbaik dalam usaha untuk membawa Terengganu ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya seperti memperkenalkan inisiatif baru seperti Agenda Transformasi Terengganu Baharu, penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T), penubuhan Unit Transfromasi Ekonomi Negeri Terengganu (U-TENT) dan yang terbaru rasionalisasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kumpulan Terengganu Inc.Menurutnya, semua inisiatif berkenaan `new game changer’ dalam memberi suntikan dan nafas baru ke arah Terengganu yang lebih berdaya saing, sekali gus sebagai contoh atau benchmark untuk membuktikan kerajaan juga memerlukan inovasi untuk berubah.Beliau berkata, inovasi pada hari ini melalui pelbagai penambahbaikan dan pemantapan sehingga menjadi penanda aras baharu globalisasi yang pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan bukan sahaja bersifat baharu dan dinamik, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta negara.“Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan telah menggariskan modul penjanaan kekayaan melalui inovasi sebagai salah satu daripada enam teras strategi Rancangan Malaysia Ke-11. Penekanan ini akan meningkatkan ekosistem inovasi nasional yang membolehkan Malaysia memasarkan produk dan perkhidmatan yang kreatif serta berkongsi sumber secara optimum melalui konsep Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).“ Lantaran itu, Pentadbiran negeri melihat bahawa pelaksanaan KIK adalah amat kritikal untuk ditambah baik bagimemanfaatkan sepenuhnya pengembangan produk-produk KIK ke tahap pengkomersialan, replikasi dan penyertaan ke pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia dapat menambah kemahiran penjawat awam, malah ia pastinya dapat tingkatkan produktiviti serta keberhasilan kerja sektor awam.Dalam konvensyen dua hari itu, sebanyak 24 kumpulan terdiri daripada jabatan kerajaan negeri dan persekutuan seluruh Terengganu membentangkan ciptaan serta mengetengahkan idea mencakupi pelbagai bidang serta perkhidmatan masing-masing.Kumpulan Ogeh dari Pejabat Tanah Marang memenangi Anugerah Pegawai Kewangan Negeri sempena Persada Inovasi Peringkat Negeri Terengganu 2017.Kumpulan Strikers XVI dari Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKT) muncul juara bagi Anugerah a Setiausaha Kerajaan Negeri dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000, piala iringan dan juga piala pusingan menerusi ciptaan bahan inovasi `ME2 BOARD’ .Ciptaan unik bagi kemudahan pensyarah dan pelajar menjalankan amali kursus `Embedded System Application' di PKT hasil sesi percambahan minda dan idea kreatif menggunakan kaedah Design Thinking dan NBOS bagi mengenalpasti sasaran projek dan mengaplikasikan teknik kawalan kualiti seperti Rajah Matriks Berkriteria, `Force Ranking', Analisa Data dan Analisa Keupayaan Penyelesaian Masalah.Sementara Anugerah Pegawai Kewangan Negeri yang menyediakan hadiah RM5,000 pula menjadi milik kumpulan Ogeh dari Pejabat Tanah Marang. Kumpulan itu turut memenangi kategori persembahan terbaik dan menerima wang tunai RM500.
20 Nov 17
345
MB Ziarah Jenazah Isteri Anggota PGA Gong Badak
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menziarahi Allahyarham Zizah Cik Hassim, isteri anggota Pasukan Gerak Am (PGA), di Kuaters PGA, Gong Badak, Kuala Nerus yang meninggal dunia pagi tadi. Allahyarham dikatakan meninggal dalam tidur dan kejadian itu disedari jiran mangsa sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.Ahmad Razif yang diiringi pegawai-pegawai dari PGA serta beberapa penduduk tiba kira-kira jam 2 petang tadi di rumah Allahyarham. Difahamkan suami Allahyarham, berada di Johor dan dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Susulan itu, dalam kunjungan berkenaan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap keluarga terbabit bersabar menghadapi ujian itu.
20 Nov 17
506
Saran Peniaga Nasi Bajet Di Terengganu Daftar Niaga
Mohd Jidin menyampaikan dokumen pada Majlis Penyerahan Panduan Permohonan dan Peraturan Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSemua peniaga jalanan terutama yang menjual nasi bajet dan minuman di Terengganu disaran mendaftarkan perniagaan masing-masing agar urusniaga lebih terkawal dan aspek kebersihan dapat dipantau.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, langkah itu penting bagi memastikan lokasi perniagaan selamat daripada gangguan lalu lintas dan perlu mendapatkan suntikan secara berkala.Katanya, kerajaan tidak menghalang mereka berniaga, sewajarnya mengikut saluran betul untuk memastikan kawasan perniagaan mereka selamat dan bersih.“Pihak kami mengakui kebanyakan peniaga nasi bajet yang tumbuh bagai cendawan di Terengganu tidak mempunyai lesen.“Melihat keadaan itu, kerajaan tetap memantau dan tidak jemu menasihatkan agar peniaga mendapat lesen yang sah,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Panduan Permohonan dan Peraturan Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu BakarMohd Jidin memberitahu, peraturan terdahulu banyak menyekat peluang peniaga kecil namun menerusi program itu dapat mempercepatkan proses kelulusan, menambah baik prosedur perniagaan serta mengurangkan kos penyampaian perkhidmatan.“Kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dengan mengutamakan rakyat dan memanfaatkan PBT untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti,”katanya.
20 Nov 17
37
Impian Ketika Kecil Pemandu Lori, Kini Pemegang PhD
Seorang guru yang ketika bersekolah dahulu pernah bercita-cita menjadi seorang pemandu lori, kini bergelar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya di bidang Sains Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Dr. Mat Rahimi Yusof, 45 dari Putera Jaya, Setiu adalah pemenang Anugerah Pro Canselor (Sains Sosial) sempena Konvokesyen UMT, kelmarin.Rahimi berasal dari Kampung Banggol, Setiu itu, berkata, minatnya untuk menjadi pemandu lori masih ada sehingga kini walaupun sudah bergelar guru malah dia memiliki lesen kelas kenderaan itu."Mungkin rezeki saya menjadi guru dan memperolehi PhD kerana sebenarnya masa sekolah dulu saya hanya bercita-cita mahu menjadi pemandu lori kerana minat."Bagaimanapun cita-cita saya itu terpaksa saya lupakan kerana mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan Ipoh dan mengajar di Sabah selepas tamat SPM," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.Penerima pertama PhD dari Setiu bagi jurusan Sains Sosial dan juga pemegang PhD kedua dari daerah yang sama mendapat Anugerah Pro Canselor itu juga mengakui menyambung pelajaran sehingga ke peringkat PhD bukanlah sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan dan canaran yang tidak berbelah-bahagi."Saya terpaksa korbankan sebahagian kehidupan saya terhadap pelajaran selain tumpuan terhadap pekerjaan dan keluarga, selama tiga tahun untuk menamatkan pengajian PhD."Dalam sehari lebih kurang lima ke enam jam saya tumpukan kepada pengajian untuk menyiapkan tesis bagaimanapun saya tetap memberi tumpuan terhadap keluarga dan pekerjaan sebagai guru," katanya anak kedua daripada lima beradik itu.Beliau yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Penarik (SMKP), Setiu itu membuat kajian bertajuk 'Pembinaan Model Hubungan Kepimpinan Instruksional Maya, Pola Komunikasi Dan Kompetensi Pengajian Guru Sekolah Menengah Di Malaysia.Rahimi berkata, beliau begitu gembira dengan kejayaan itu dan bersyukur kerana diberi oleh Allah SWT kekuatan untuk menyiapkan tesisnya."Alhamdulillah, walaupun cita-cita untuk mendapat PhD ini bukan bermula di awal pengajian saya iaitu beberapa tahun selepas mendapat ijazah tetapi akhirnya saya tercapai juga untuk menamatkan pengajian ini," katanya yang pernah berkhidmat sebagai guru di Sabah itu.Selain mendapat dorongan dan semangat dari isteri, Nurhafizah Yusof, 43 dan tiga anaknya, Rahimi juga menerima sokongan serta kerjasama dari Pengetuanya, Zahari Ahmad dan juga bekas Pengetua SMKP, Maznah Razali."Saya juga berterima kasih kepada Penyelia Tesis, Dr Mohd Yusri Ibrahim dan pensyarah kerana banyak mengajar saya serta rakan-rakan satu pengajian di UMT," katanya.Seramai 2,717 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima diploma dan ijazah pada Majlis Konvokesyen Ke-15 universiti itu selama tiga hari yang berakhir hari ini.Di majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan itu, seramai 41 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, 163 graduan sarjana, sarjana muda (2,384) dan diploma seramai 129 orang.
20 Nov 17
756