Artikel "Utama" Terkini
Bomba Nasihat Pindah Tanpa Perlu Tunggu Arahan- Azlimin
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan banjir segera berpindah ke pusat pemindahan tanpa perlu menunggu arahan demi keselamatan diri masing-masing.Pengarahnya, Azlimin Mat Nor berkata, ini bagi menggelakkan berlakunya masalah mangsa terkandas di kediaman masing-masing sekiranya banjir semakin buruk dan meningkatkan risiko keselamatan terutama pada waktu malam.Jelas beliau lagi, pihaknya tetap bersedia menyelamatkan mangsa walaupun terpaksa menghadapi risiko tinggi seperti arus deras, kayu hanyut dan cuaca yang tidak menentu."Situasi banjir terkini di Negeri Terengganu menunjukkan peningkatan mangsa banjir di dua daerah utama iaitu Hulu Terengganu dan Besut, justeru itu pihak kami ingin memastikan keselamatan mangsa terjamin."Saya juga ingin nasihatkan kepada ibu bapa supaya menjaga keselamatan anak-anak mereka, jangan biarkan terlalu bebas bermain air banjir tanpa pemantauan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit sempena lawatan Menteri Besar ke pusat pemindahan itu,hari ini.Setakat ini, bomba mempunyai kekuatan lebih 1,200 anggota bagi menghadapi situasi banjir di seluruh Terengganu.
28 Nov 17
31
APM Hulu Bawa Guru, Pelajar SPM Terkandas
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu melancarkan operasi membawa empat guru pengawas peperiksaan bersama kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dua calon pelajar SPM yang terkandas di rumah akibat banjir, hari ini.Dua calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jenderis yang terkandas di rumah masing-masing di Kampung Payang Kayu dan Kampung Tok Lawit tidak dapat ke sekolah akibat laluan utama dinaiki air dan terputus hubungan hampir satu meter.Pelajar berkenaan, Mohamad Hafiz Kassim dan Muhammad Hairi Izwan antara 12 calon yang akan mengambil kertas terakhir SPM dalam subjek MPV Menservis Motosikal, hari ini.Turut bersama dalam operasi pagi ini, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt. (PA) Sansuri Yaakob.Sansuri berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada PPD pada jam 9.02 malam tadi berhubung masalah pelajar yang terkandas termasuk empat guru pengawas bersama kertas soalan SPM berkenaan."Setelah itu, pihak kami membuat tinjauan laluan yang boleh dilalui pada jam 2 hingga 3 pagi, pada mulanya laluan Kepah dipilih, bagaimanapun terpaksa diubah saat akhir menggunakan laluan Kuala Pueh kerana paras air semakin naik di situ dan merbahaya ."Alhamdulillah misi kami berjaya pada pagi ini dan setakat ini cuaca masih mendung di Hulu Terengganu dan hujan turun renyai-renyai,"katanya.
27 Nov 17
212
Pelayaran Ehsan APMM Selamat Bawa Dua Calon SPM
Kebimbangan dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat menduduki kertas akhir peperiksaan esok, berakhir apabila mereka diselamatkan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melancarkan operasi 'Pelayaran Ehsan' bagi membawa mereka ke tanah besar, petang ini.Pelajar terbabit Siti Nur Atiqah Azman dan Nor Fadilah Mohd Zaki, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alur Lintang, Besut terkandas di Pulau Perhentian, selepas pulang ke kampung mereka sejak Khamis lalu.Mereka sebelum ini dikatakan tidak dapat ke sekolah untuk menduduki kertas akhir subjek Ekonomi Asas berikutan pengusaha bot menghentikan operasi serta-merta disebabkan cuaca buruk dan ombak kuat.Selain pelajar itu, ratusan penduduk pulau berkenaan juga tidak dapat merentasi laut sejak semalam.Operasi itu berjaya membawa pelajar berkenaan tiba dengan selamat di pangkalan APMM Tok Bali, Semerak, Kelantan kira-kira jam 3.15 petang.Pengarah APMM Kelantan, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah terbabit kira-kira jam 10 pagi tadi yang meminta bantuan membawa dua pelajar berkenaan.Katanya, bagi menyelamatkan pelajar berkenaan pihaknya menggerakkan sebuah bot peronda dan akhirnya misi pelayaran ehsan berjalan lancar dan selamat tiba walaupun pelayaran menghadapi risiko disebabkan ombak besar Laut Cina Selatan.Manakala pengetua sekolah itu, Wan Abdul Razak Wan Din, yang dimaklumkan mengenai nasib pelajar terbabit kemudian bertindak menghubungi phak berkuasa APMM untuk mendapatkan bantuan bagi memastikan dua pelajarnya itu tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan penting berkenaan.Menurut pelajar berkenaan, Siti Nur Atiqah bersyukur kerana ramai pihak tampil membantu dan berusaha membawa mereka dengan bot APMM serta membolehkannya menghabiskan baki peperiksaan esok.Katanya, sebelum ini dia agak risau kerana memikirkan tidak dapat kembali ke sekolah disebabkan ombak besar dan semua pemilik bot juga takut untuk keluar ke laut.“Saya bersyukur kerana hasrat untuk meneruskan peperiksaan tertunai selepas selamat tiba di tanah besar,” katanya ketika ditemui di Tok Bali, Kelantan, hari ini.Rakannya, Nor Fadilah pula berkata, dia bersama Siti Nur mengambil keputusan untuk pulang ke pulau sejak Khamis lalu kerana mahu bersama keluarga dan menziarahi ahli keluarga yang tidak sihat.Katanya, ketika pulang keadaan laut tidak bergelora dan cuaca baik, tetapi sejak dua hari lalu keadaan berubah apabila ombak besar dan menyukarkan bot kecil keluar ke Kuala Besut.“Saya berharap dapat meneruskan peperiksaan esok dalam keadaan tenang selepas kami diselamatkan oleh pihak terbabit yang membantu perjalanan ke sekolah,” katanya.
27 Nov 17
374
Terengganu Juara Keseluruhan Kapal Layar GP Monsun
Peserta bersedia untuk memulakan pertandingan Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017. Foto Harish Fadzillah KassinCabaran Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017 dikuasai tuan rumah, Terengganu apabila muncul pasukan terbaik keseluruhan dalam kejohanan yang berakhir petang semalam, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.Kejayaan itu membolehkan pasukan negeri membawa pulang wang RM3,000 berserta piala pusingan serta piala iringan.Atlet tuan rumah berbakat besar, Asmawi Azman dinobatkan sebagai pelayar terbaik melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala pusingan dan piala iringan.Anak jati Pulau Duyong itu turut meraih johan kategori Laser Radial Open.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri yang juga Presiden Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA), A. Latiff Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh.Sementara pelayar dari Thailand, Panwa Boonnak menguasai kategori Optimis Overall manakala pelayar Kedah, Muhammad Fauzi Kaman Shah (Laser 4.7 Overall) dan Muhammad Danial Shahidan dari Perak (Laser Standard).Kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama MSNT, Jabatan Pelancongan negeri dan TWSA selama empat hari dengan tawaran hadiah keseluruhan lebih RM60,000 kepada pemenang turut menyaksikan penyertaan pasukan Thailand serta Singapura.
26 Nov 17
924
Dua Calon SPM Terkandas Di Pulau Perhentian
Dua pelajar dari Pulau Perhentian, Besut kemungkinan tidak dapat meneruskan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan esok, akibat terkandas di pulau berikutan cuaca buruk pada masa kini.Pelajar terbabit, Siti Nur Atiqah Azman dan Nor Fadilah Mohd Zaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alur Lintang Besut pulang ke kampung di pulau itu sejak Khamis lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad berkata, pelajar berkenaan pulang ke kampung untuk bersama keluarga sejak Khamis selepas selesai menduduki peperiksaan pada hari itu, bagaimanapun mereka perlu kembali ke sekolah bagi menduduki kertas terakhir subjek Ekonomi.Katanya, pelajar terbabit terpaksa pulang ke pulau kerana tidak ada tempat tinggal dan sanak saudara yang menetap di darat.Zainuddin berkata, usaha untuk menghantar dua pelajar terbabit ke daratan hari ini gagal kerana ombak besar sekali gus menyukarkan semua bot untuk keluar ke Kuala Besut."Jika melihat kepada keadaan cuaca sekarang kemungkinan dalam tempoh seminggu bot tidak dapat keluar dan masuk ke daratan," katanya.Malah, katanya, berpuluh penduduk yang ada urusan penting di darat turut terkandas dan masih berada di jeti bagi menunggu cuaca baik untuk keluar ke bandar.Zainuddin berharap, pihak terbabit dapat membantu membawa keluar nasib dua pelajar terbabit bagi meneruskan peperiksaan demi masa depan mereka.
26 Nov 17
112
Serikandi Pertahan Classic Plate Kali Kedua
Ahmad Razif turut meraikan kemenangan Serikandi dalam kejohanan PTIWRBNM 2017 di Melaka.Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) berjaya mempertahankan gelaran juara bagi kategori Classic Plate dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di MITC, Melaka yang berakhir hari ini.Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, kemenangan tersebut adalah hasil tunjuk ajar oleh jurulatih selain kesungguhan oleh ahli Serikandi sendiri ketika bersaing."Syukur kali ini di Melaka kami (Serikandi) sekali lagi menjadi juara untuk kategori Classic Plate buat kali kedua. Ini adalah berkat tunjuk ajar daripada jurulatih kami ditambah pula dengan kesungguhan, semangat kerjasama dan kesukanan yang kuat serta jitu antara kalangan ahli-ahli Serikandi menyebabkan kami dapat menggenggam sekali lagi piala ini."Walaupun ahli-ahli Serikandi ini terdiri daripada kalangan isteri-isteri yang berkhidmat serta sibuk dengan tugas masing-masing mengikut suami ke sana sini tetapi Alhamdulillah kami dapat merealisasikan sekali lagi untuk menggenggam piala Classic Plate buat kali kedua," katanya kepada pemberita.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Penutup PTIWRBNM di MITC Ayer Keroh, Melaka, hari ini.Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron dan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor.Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang medal serta piala iringan.
25 Nov 17
36
Jangan Sebar Khabar Angin Berkaitan Banjir - Jailani
Jailani melihat demontrasi yang dilakukan oleh pihak bomba dalam operasi menyelamat ketika banjirOrang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak benar melalui media sosial seperti 'Facebook' dan 'Whatapps' berkaitan banjir yang dijangka berlaku di beberapa negeri berikutan musim tengkujuh.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dato' Seri Jailani Johari berkata, penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi di laman sosial dijadikan medan menyebarkan fitnah yang menimbulkan rasa panik masyarakat adalah dilarang sama sekali.Katanya, SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir yang akan turut menjejaskan operasi pasukan keselamatan terlibat."Saya nasihatkan jangan sesekali terima bulat-bulat tentang apa yang disiarkan dan disebar dalam media sosial, jangan percaya terus maklumat diterima, sebaliknya kena buat pengesahan dan rujukan kepada pihak yang berkaitan."Sebagai pengguna yang terdedah kepada akses internet, setiap individu perlu bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.. rujukan boleh dibuat sama ada dengan pihak pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah atau pihak keselamatan dan berwajib seperti polis atau bomba,"katanya.Jailani berkata demikian kepada pemberita di Pelancaran Skuad Sukarelawan Bencana P038 & Penyampaian Vest CDERT di Dataran Lubuk Bayas, Sungai Kampung Menerong, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu(JPNT), Nasrudin H.Mahmud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA, Che Adam A Rahman.Jailani mencuba sistem radio amatur yang akan ditempatkan di semua pusat pemindahan banjir di Hulu TerengganuJailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut berkata, Hulu Terengganu menjadi parlimen pertama yang melancarkan Skuad Sukarelawan Bencana di Terengganu.Berhubung khidmat telekomunikasi, beliau berkata pihak kementerian turut mengambil perhatian serius dan memantau setiap masa aspek perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara terutama di kawasan dinaiki air bagi memastikan tidak terputus hubungan.Sebagai persediaan, syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi turut melaksanakan program kesiapsiagaan menghadapi bencana secara fizikal seperti penyelenggaraan tapak menara, penyediaan genset mudah alih, telefon satelit Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), bot, peralatan komunikasi radio amatur dan pasukan gerak bencana.Sementara itu, Che Adam A Rahman berkata, semua jabatan, agensi penyelamat dan pejabat daerah berada dalam 'mood' kesiapsiagaan menerima sebarang kemungkinan."Kita juga lakukan adakan rondaan berkala turut di kawasan rendah atau berisiko. Hebahan maklumat atau nasihat akan dibuat melalui media massa dan media sosial,"katanya.
23 Nov 17
92
Potensi Pelajar Kurang Cemerlang UPSR Terus Digilap
Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 apabila merekodkan peningkatan murid yang memperolehi semua A berbanding tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, pencapaian di seluruh Terengganu itu amat membanggakan hasil komitmen jitu semua pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua warga pendidik."Tahniah kepada yang berjaya mendapat semua A dalam UPSR tahun ini. Kepada yang kurang cemerlang, perlu buang jauh rasa kecewa kerana perjalanan untuk mencipta kejayaan di masa depan masih jauh."Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk belajar lebih tekun dan mampu menghasilkan keputusan yang pasti membanggakan semua pihak dalam peperiksaan awam seterusnya,"katanya kepada Teganukita, hari ini.A. Latiff berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan pelajar yang kurang cemerlang, malah potensi mereka sentiasa digilap supaya mampu seiring rakan cemerlang lain.Tambahnya, ibu bapa dan guru juga perlu memainkan peranan memberi motivasi berterusan agar pelajar kurang cemerlang mempunyai semangat untuk membaiki prestasi dalam pelajaran dan bangkit semula untuk membuktikan mereka juga mampu berjaya.
23 Nov 17
41
Terengganu Bakal Bina Pusat Rehabilitasi Serba Lengkap
Ahmad Razif meninjau kemudahan yang berada di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri akan berkolabarasi dengan Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka bagi membina pusat kesihatan yang sama di Terengganu dengan kemudahan serba lengkap.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kecanggihan dan kehebatan prasarana serta fasiliti di Pusat Rehabilitasi Perkeso itu menjadi contoh untuk mewujudkan kemudahan serupa di Terengganu.Katanya, dua lokasi sedang dikenal pasti bagi pembinaan pusat itu iaitu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu serta di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu."Sebagai permulaan kerajaan negeri bercadang untuk membukanya terlebih dahulu di Hotel Permai Inn berhadapan dengan Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) dan di samping itu kita juga berhasrat untuk buka pusat yang lebih besar dengan fasiliti lebih lengkap iaitu di Tasik Kenyir."Dalam seminggu atau dua minggu lagi pihak dari Pusat Rehabilitasi Perkeso ini akan berkunjung ke Terengganu bagi mengenal pasti dan juga memberikan nasihat selain sebagai konsultan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek ini," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka, hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengurus Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso, Dr Hafez Hussain.Ahmad Razif, pusat rehabilitasi yang akan dibina itu akan memberi fokus kepada atlet Terengganu yang mengalami masalah kesihatan."Kita akan memberi fokus terutamanya kepada atlet-atlet disebabkan Terengganu merupakan salah satu negeri yang mengeluarkan atlet-atlet berkualiti."Jadi kerana memikirkan sosial kepada mereka, kerajaan negeri akan memastikan atlet-atlet kita yang cedera ataupun menghadapi masalah kesihatan serta sebagainya dijaga kerana sumbangannya kepada negeri."Di samping itu juga, kita akan memberi perkhidmatan dan fokus kepada rakyat-rakyat kita, rakyat negeri Terengganu," katanya.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata pusat rehabilitasi di Permai Inn akan dibina secepat mungkin.Katanya, ia mungkin akan boleh memulakan operasinya pada Januari atau Februari tahun hadapan.
23 Nov 17
2150
Serikandi Pertaruh 27 Peserta Di Kejohanan Sukan Melaka
Wakil Serikandi yang menyertai PTIWBNM di Melaka pada tahun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Seramai 27 peserta termasuk jurulatih mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017 di MITC, Melaka selama tiga hari bermula hari ini.Serikandi diketuai oleh Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria.PTIWRBNM di Melaka pada kali ini disertai 558 peserta membabitkan 14 negeri dan mereka akan bertanding dalam perlawanan badminton serta tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.Majlis perasmian PTIWRBNM disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron.Majlis penutup program tersebut dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 November ini di MITC, Melaka.
22 Nov 17
40