Artikel "Utama" Terkini
MB, Dua Exco Terima Pengiktirafan Bomba
Ahmad Razif bersama dua Exco Kerajaan Negeri menerima penganugerahan dari jabatan Bomba. Foto Zulkifli C W PutraMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).Manakala dua exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pula menerima anugerah Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba.Pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pengarah jabatan itu, Dato' Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Wan Mohd berkata, penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Ahmad Razif bersama barisan pemimpin lain dalam membangunkan Terengganu.Katanya, anugerah itu juga sebagai menyanjung keprihatinan pemimpin berkenaan yang sering memantau dan turun padang apabila berlaku bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran.“Tidak pernah jemu menyokong kempen keselamatan dan pencegahan kebakaran anjuran jabatan Bomba dengan matlamat menjadikan Terengganu antara negeri paling selamat untuk dilawati atau didiami,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir EmbongKatanya, ia juga bagi menjadikan Ahmad Razif sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan.“Idea dan inisiatif beliau juga akan menjadi inspirasi kepada warga jabatan bomba untuk terus memberikan perkhidmatan kebombaan yang cemerlang,”katanya.
30 Nov 17
502
Skuad Sukarelawan Perwani Muda Komited Bantu Mangsa Banjir
To' Puan Seri Halina dan Roslee bergambar dengan sebahagian wanita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraJabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu menggerakkan skuad sukarelawan muda Perkumpulan Wanita (Perwani) di bawah jabatan itu bagi membantu mereka yang ditimpa bencana banjir.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, skuad yang dianggotai anggota Perwani berusia 40 tahun ke bawah itu aktif turun padang membantu masyarakat memerlukan.“Mereka sangat komited membantu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan termasuklah memberikan kaunseling kepada mangsa yang berdepan dengan trauma akibat bencana itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kira-kira 400 sukarelawan skuad terbabit sentiasa bersiap siaga untuk memberi khidmat di semua pusat pemindahan banjir yang dibuka di negeri ini.Sementara itu, mengulas mengenai Sambutan Hari Wanita yang diadakan Roslee berkata, bertepatan dengan tema ‘Be Bold For Change’, kaum wanita di negeri ini disarankan berani membuat perubahan dan menghadapi cabaran mendatang.“Kita harap wanita-wanita negeri Terengganu boleh meningkatkan lagi prestasi termasuk dalam kerjaya yang mereka ceburi.“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan wanita selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
29 Nov 17
81
Pengamal Media Cetus Inspirasi
Para pemenang bagi Majlis Anugerah Media Kreatif TTB bersama Dato' Zubir di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pengamal media diharapkan membawa khabar yang baik, membina semangat, memberi inspirasi, menyatukan sekali gus mendorong rakyat untuk mencatat lebih banyak kejayaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pada zaman ini, hampir semua orang di dunia mahir dan seronok menggunakan mata pena melalui media sosial.Katanya, pembangkang boleh bercerita apa sahaja selain mereka sebarang cerita seperti kerajaan membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13."Kita (media) harus lawan dan nafikan sebarang fitnah dengan menyerang balas tetapi sekiranya kita mahukan sokongan yang lebih positif dan berkekalan, kita harus serang dengan menceritakan perkara yang baik dengan emosi lebih mendalam, bukan semata–mata kenyataan kaku tanpa sebarang makna."Kita juga sebenarnya telah mencapai banyak cerita-cerita kejayaan. Cerita-cerita begini adalah sangat baik untuk sama-sama kita kongsikan dengan rakyat. Ini kerana, cerita-cerita kejayaan ini adalah datangnya dari rakyat Terengganu sendiri," katanya.Teks ucapan beliau disampaikan oleh yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dalam Majlis Anugerah Karyawan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Unit Transformasi Terengganu Baharu (UTTB), Che Mansor Che Kerma.Dalam majlis anjuran UTTB dengan kerjasama Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman tersebut, pelancaran lagu 'Tranung Molek Doh' turut diadakan hasil ciptaan Ahmad Razif sendiri.Selain itu, majlis tersebut turut meraikan pengamal-pengamal media yang bertungkus lumus menyajikan maklumat kepada orang awam.Empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Berita dan Rencana, Kategori Online Terbaik, Kategori Video dan Kategori Foto.Bagi Kategori Berita dan Rencana, Rosli Zakaria dari New Straits Times muncul johan manakala Kategori Online Terbaik, menjadi milik wartawan Berita Harian, Baharom Che Bakar untuk dinobatkan sebagai johan.Paparan Lokan Kampung Laut oleh Yusof Sobri Awang dan Taufik Adnan dari RTM pula muncul sebagai juara bagi Kategori Video, sementara jurufoto dari Unit Komunikasi Negeri, Harish Fadzillah Abu Kasim memenangi hadiah utama bagi Kategori Foto.Pemenang utama bagi setiap kategori tersebut membawa pulang plak, sijil dan wang tunai.
29 Nov 17
105
JaPen Ceriakan Sesi Baru Persekolahan 73 Pelajar
Mazli bersama pelajar SK Jongok Batu yang menerima barangan sekolah. Foto oleh JaPen Dalam usaha mengurangkan tanggungan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baru, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu mengadakan Program Engagement Bersama Pelajar Sekolah Angkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jongok Batu, Dungun, semalam.Seramai 73 pelajar terpilih menerima barangan seperti beg sekolah, baju, seluar, kasut dan stokin. Penolong Pengarah JaPen, Mazli Hamdan berkata, setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk memiliki barang serba baru semasa memasuki sesi persekolahan namun tidak semua mampu memilikinya disebabkan faktor keluarga yang kurang berkemampuan.“Jadi inilah peranan kita untuk membantu mereka sekali gus memberi semangat kepada pelajar terutama bagi mereka yang baru memasuki Tahun Satu,” katanya.Turut hadir ialah Guru Besar SK Jongok Batu, Abd.Razak Jusoh.Sekolah itu terpilih berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga pelajar yang kebanyakannya bekerja kampung, petani, buruh dan penoreh getah.Dalam pada itu, hari ini JaPen akan ke SK Kampung Nail untuk menggerakkan program sama. Kedua-dua sekolah berkenaan adalah sekolah angkat JaPen
29 Nov 17
800
Terengganu Inc Bayar Dividen RM5 Juta Kepada Enam Agensi Pemegang Saham
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraAnak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM5,004,016.18 kepada enam agensi pemegang sahamnya bagi tahun kewangan berakhir 2016.Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu itu membuat pembayaran kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Menteri Besar (Terengganu) Incorporated.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan disebabkan situasi semasa ekonomi global, ianya tidak menghalang pembayaran dividen tersebut dilaksanakan.Katanya, agihan dividen itu disifatkan sebagai pencapaian memberangsangkan dan akan turut dirasai oleh rakyat negeri ini.“Sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga tahun lalu, Terengganu Inc telah membuat bayaran dividen sebanyak RM59,893,128.19 kepada pemegang sahamnya.“Ia adalah salah satu daripada lakaran cerita kejayaan daripada ratusan cerita kejayaan yang dicapai oleh negeri ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya.Agihan dividen itu menyaksikan sebanyak RM3,745,426.51 akan dibayar kepada Menteri Besar (Terengganu) Incorporated, RM956,024.99 (PMINT), RM89, 318.50 (Yayasan Terengganu), RM75,181.41 (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu dan RM138,064.77 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu.Ahmad Razif berkata, Terengganu Inc sedang melaksanakan beberapa pelan strategik bagi memastikan prestasi kewangan dan pelaburan kumpulan kekal kukuh bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa.“Antara pelan strategik itu meliputi penyelarasan semula aktiviti di bawah agensi kerajaan negeri, penstrukturan semula Kumpulan Terengganu Inc dan pelaksanaan Strategic Business Pelan 2018 -2020 secara menyeluruh bagi Kumpulan Terengganu Inc.“Kita yakin usaha itu akan membuahkan hasil serta memberi pulangan lumayan kepada rakyat negeri ini," ujarnya.
29 Nov 17
529
Makanan Di Pusat Pemindahan Banjir Bagai Di Restoran
Biarpun berstatus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi makanan yang disediakan untuk mangsa banjir hampir sama dengan restoran.Begitulah pandangan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut yang mendapat layanan makan minum sama seperti disediakan di mana-mana kedai makan.Penyediaan pelbagai menu menarik dan lazat mulai sarapan pagi, makan tengahari dan malam menyebabkan mangsa banjir tidak pernah merungut mengenai aspek itu, malah berasa gembira walaupun terpaksa tinggal beramai-ramai sementara waktu.Mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan mengikut kesesuaian waktu yang ditetapkan oleh pengurusan PPS.Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pihaknya menyediakan 20 tukang masak khas yang bertugas mengikut giliran bagi menyediakan makanan dengan mencukupi dan bersih kepada mangsa banjir.Katanya, petugas memasak dianggotai Wanita dan Puteri UMNO serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut"Apabila cukup waktu minum dan makan petugas akan menyembunyikan loceng dan mangsa beratur untuk mendapatkan makanan," katanya.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kasim yang kebetulan melawat pusat itu turut dibawa melawat ke bahagian dapur.Shahidan turut memuji cara penyediaan makanan yang turut dianggap sama seperti di restoran dan disajikan dalam keadaan cukup bersih." Mangsa banjir di sini sememangnya istimewa dan jarang berlaku ditempat lain, katanya.
29 Nov 17
1294
Nasi Dagang, Keropok Lekor Terengganu Tembusi Pasaran London
Sebanyak 10,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memasuki pasaran London bermula 30 November ini.Pengurus Besarnya, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, daripada jumlah tersebut, 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor akan dihantar terus melalui penerbangan tanpa henti Maskargo.Katanya, ianya bakal melakar sejarah di mana makanan tradisi Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor bakal diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage yang juga merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar Kota Raya London."Kita yakin penghantaran pertama ke pasaran di United Kingdom ini bakal menjadi titik tolak kepada penetrasi potensi pasaran-pasaran lain termasuk kotaraya Dubai, Mekah dan Madinah di Asia Barat."Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom dan Eropah serta di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa," katanya dalam satu kenyataan kepada media.Tengku Zulkarnain berkata, penyediaan dua makanan tersebut yang amat mudah dan ringkas merupakan antara faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London.“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan.“Dua makanan tradisional ini secara tidak langsung mampu menonjolkan imej Terengganu sebagai salah satu daripada makanan tradisi turun temurun yang sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja di samping ianya juga merupakan antara produk pelancongan yang mampu menggamit masyarakat di United Kingdom untuk mengenali lebih dekat produk dan destinasi pelancongan di Terengganu,” katanya.Beliau berkata, keunikan pembungkusan produk sejuk beku tersebut juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi negeri cantik budaya menarik yang menerujakan, malah Terengganu juga terkenal sebagai destinasi makanan tradisi yang berjaya menambat hati setiap pengunjung.
29 Nov 17
942
Talian Hotline 24 Jam Pejabat MB
Ahmad Razif melancarkan Talian Hotline Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKerajaan negeri memperkenalkan Talian Hotline 24 Jam Pejabat Menteri Besar Terengganu bermula hari ini untuk memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang aduan.Talian Hotline berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Ahmad Razif, talian tersebut berperanan menerima maklumat, aduan dan bertindak menyalurkan kepada jabatan atau agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dilaporkan.“Selain membantu pihak kerajaan mengenalpasti isu-isu semasa dan kritikal melalui aduan yang diterima, dengan khidmat kemudahan komunikasi 24 jam yang ditawarkan secara tidak langsung akan membantu kerajaan negeri mendapatkan dan menyalurkan maklumat kepada pihak bertanggungjawab secara lebih bersepadu,” ujarnya.Katanya, orang awam boleh boleh mengutarakan apa sahaja isu, permasalahan serta aduan di talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat).“Berpegang kepada tagline ‘Mudoh Sokmo’, orang ramai kini boleh mengemukakan sebarang aduan samada melalui panggilan telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp dan sebagainya dengan lebih sistematik,” ujarnya.
28 Nov 17
111
Kerajaan Negeri Mahu JPS Kaji Punca Banjir
Menteri Besar menyapa sekumpulan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan Kampung Kepah, Telemong. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri mahu Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) melaksanakan kajian terperinci punca banjir di beberapa daerah di Terengganu walaupun hujan dalam tempoh hanya dua hari.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kajian itu bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan banjir besar dan usaha bagi menangani banjir besar berulang."Biasanya banjir akan berlaku jika hujan lebat turun dalam tempoh lima hingga enam hari, ini tidak..baru dua hari dah berlaku banjir besar."Jadi saya minta pihak JPS melihat apa permasalahan yang menyebabkan perkara ini berlaku dan mengenal pasti punca dan mencari penyelesaiannya,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit,Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.Terdahulu, beliau turut melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Seri Budiman, Kampung Kepah dan di Tengkawang.Hadir sama, isteri Menteri Besar To' Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat, ADUN Ajil, Ghazali Taib,Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, Azlimin Mat Nor.Ahmad Razif juga bimbang jika punca berlakunya banjir disebabkan projek pembangunan yang sedang dijalankan termasuklah sistem perparitan yang tidak sempurna.Beliau seterusnya meminta JPS mempercepatkan urusan yang berkaitan rekabentuk dan teknikal sistem pengairan negeriWalau bagaimanapun, beliau berkata situasi banjir di Terengganu masih terkawal walaupun berlaku peningkatan kawasan terlibat banjir dan mangsa yang berpindah di beberapa daerah.Sehingga tengahari tadi, sebanyak 35 tempat pemindahan dibuka di seluruh negeri melibatkan seramai 1,748 mangsa di enam daerah terlibat.
28 Nov 17
31
Pelajar Raih 10A PT3, Mangsa Pertama Banjir Di Besut
Seorang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi mangsa lemas pertama banjir di Besut, petang ini.Mangsa, Zulfaiz Zukarmi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) ditemui di sungai kira- kira 150 meter dari rumahnya, di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut.Kejadian berlaku kira- kira jam 5 petang ketika mangsa bersama enam rakan lain sedang melintasi sebuah jambatan di kampung itu.Datuknya, Hashim Seman,61, berkata sebelum kejadian arwah beberapa kali meminta izin untuk keluar bermain air bersama rakan.Bagaimpun, katanya, beliau bertanya arwah sama ada pandai berenang atau tidak tetapi arwah menjawab tidak pandai.Katanya, beliau kemudian melarang arwah supaya tidak meneruskan hasratnya tetapi arwah merayu beberapa kali dan dia memberi izin.Beliau berkata, tidak lama selepas arwah keluar rumah beliau menerima berita cucunya ditemui mati lemas.Katanya, arwah dipercayai tergelincir ketika melalui jambatan itu dan air sedang naik di atas jambatan." Mayat arwah ditemui bapa saudaranya kira-kira dua meter dari tempat dia tergelincir" katanya ketika ditemui di Hospital Besut, malam ini.Hashim berkata, arwah yang menduduki peperiksaan kertas akhir subjek Kimia kelmarin sebelum ini banyak membantu mengemas barang rakan- rakan untuk dibawa pulang ke rumah.Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdul Halim Hassan berkata, mengikut rekod arwah adalah pelajar cemerlang sekolah itu dan mendapat 10A dalam penilian Penaksiran Tingkatan 3 (PT3).Katanya, arwah adalah antara pelajar harapan peperiksaan SPM sekolah itu tahun ini.Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
28 Nov 17
229