Artikel "Utama" Terkini
AppsJHEAT Peranti Cegah Maksiat
Ghazali (dua kanan) menunjukkan aplikasi AppsJHEAT kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim ketika melancarkan AppsJHEAT Modul e-Maksiat sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraJabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memperkenalkan aplikasi dikenali AppsJHEAT bagi memudahkan masyarakat melaporkan sebarang aktiviti kesalahan syariah yang berlaku di negeri ini.Aplikasi itu boleh dimuat naik secara percuma melalui Google Play bagi telefon yang menggunakan sistem android bermula hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, teknologi telefon pintar itu memudahkan orang ramai membuat aduan sekaligus meningkatkan keberkesanan JHEAT mencegah kegiatan maksiat yang berkaitan dengan jenayah syariah.“Aplikasi AppsJHEAT adalah projek yang dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Alfateh JHEAT pada tahun 2016.“Aplikasi ini merupakan program inovasi penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang dapat memudahkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat aktiviti kesalahan syariah kepada bahagian penguatkuasaan syariah JHEAT,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan AppsJHEAT Modul e-Maksiat sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Pada majlis itu, seramai 71 kakitangan JHEAT diraikan melalui pemberian sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000 seorang berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu.Ghazali berkata, sebelum ini laporan tentang aktiviti kesalahan syariah oleh orang awam hanya melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas sahaja.“Kaedah tersebut dilihat agak menyukarkan kerana ramai yang tidak tahu nombor telefon penguatkuasa syariah dan penyaluran maklumat melalui panggilan juga agak terhad kerana pelapor tidak dapat menghantar gambar aktiviti dan lokasi aktiviti maksiat yang terjadi dengan tepat,” ujarnya.Katanya, dengan adanya sistem pelaporan aktiviti maksiat secara online (e-Maksiat) yang ada di dalam aplikasi mudah alih AppsJHEAT, semua masalah tersebut dapat diatasi.Menurut Ghazali, seramai 120 anggota penguatkuasa JHEAT di seluruh negeri ini sentiasa bersiap sedia dan bertindak ke atas laporan yang diterima berkaitan jenayah syariah termasuk kes khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, berjudi, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak menghormati Ramadhan serta pungutan khairat tanpa kebenaran.
02 Dec 17
1789
Puteri UMNO Besut Anjur Program Di PPS
Idris menyuap pulut kuning kepada peserta bertindik Pada Program Bertindik Beramai-Ramai Pelbagai aktiviti berfaedah diadakan bagi menghilang rasa bosan mangsa banjir ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) yang disediakan pihak berkuasa.PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut dimeriahkan dengan Program Bertindik Beramai-Ramai untuk kanak- kanak mangsa banjir di pusat itu.Seramai 20 kanak-kanak perempuan menyertai program anjuran Puteri UMNO Bahagian Besut dengan kerjasama pejabat Kemas Daerah Besut, semalam.Program itu bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, yang turut melakukan upacara menyuap pulut semangat kepada peserta terbabit.Ketua Puteri UMNO Besut, Erni Salwani Saidi berkata, pihaknya mengambil peluang menganjurkan program itu bagi memenuhi masa lapang mangsa banjir yang tinggal di PPS."Ia juga sebahagian daripada usaha mememenuhi aktiviti berfaedah bagi menghindarkan rasa bosan mangsa banjir sepanjang tempoh berada di situ."Selain itu kami juga nengadakan pertandingan mewarna dan ceramah motivasi kepada ibu bapa," katanya.
02 Dec 17
151
Hakisan Pantai Di Mengabang Telipot Diberi Perhatian Kerajaan Untuk Diatasi
Menteri Besar meninjau hakisan pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri memberi perhatian yang penting terhadap kejadian hakisan pantai di sekitar Mengabang Telipot, Kuala Nerus untuk ditangani.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman petang ini membuat tinjauan kerja ke pantai Mengabang Telipot yang mengalami hakisan.Beliau memberi perhatian khusus untuk memastikan hakisan berkenaan tidak berterusan.Beliau yang diiringi Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail turut disertai beberapa pegawai kanan kerajaan negeri termasuk dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Menteri Besar meminta agar kerja kerja penyelamatan hakisan diselaraskan bersama oleh JPS dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen).Beliau yakin usaha mengatasi hakisan itu dapat dilaksanakan sebaiknya dengan penyelarasan tersebut dan kerjasama semua agensi.
02 Dec 17
254
1,200 Jemaah Bakal Sertai Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB 2018
Jailani dan barisan kepimpinan negeri Terengganu bersama alumni program Khas Haji Perdana Menteri - Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Seramai 1,200 calon bakal dipilih untuk menyertai program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB untuk siri ke-8 pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa program tersebut, Dato’ Jailani Ngah berkata beberapa kelaianan turut ditonjolkan bagi musim haji pada tahun hadapan itu.Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, jemaah yang bakal dipilih tersebut turut melibatkan media serta pemimpin mahasiswa untuk dijadikan sebagai urusetia program."Jemaah ini nanti akan terdiri daripada para imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K). Kita juga akan lantik barisan urusetia untuk bertugas di Tanah Suci nanti. Urusetia ini akan terdiri daripada media atau wartawan serta dua orang lagi daripada kalangan pemimpin mahasiswa untuk kuota Terengganu."Jumlah urusetia yang akan dilantik adalah 50 orang pada tahun hadapan. Bermakna 1150 orang terdiri daripada imam, Pengerusi J3K dan 50 orang terdiri daripada yang saya sebutkan tadi," katanya.Beliau ditemui pemberita Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB Dan Pelancaran Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri serta kepimpinan setempat.Dalam pada itu, Jailani berkata buat masa sekarang, terdapat seramai 5,711 alumni bagi program yang telah bermula sejak 2011 itu.Katanya, tujuan alumni tersebut ditubuhkan adalah untuk menjadi penggerak untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang selain benteng hadapan untuk jentera Barisan Nasional."Apa yang kita buat sekarang ini adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa Dato Seri Ahmad Najib Abd Razak selaku Perdana Menteri."Masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Peringkat J3K mempunyai peranan di peringkat Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya manakala para imam mempunyai peranan sebagai pensyarah agama dan sebagainya," katanya.
02 Dec 17
248
YDSM Kerah 250 Ahli Sudi Bantu Mangsa Banjir
Dato' Mohd Fadzli menyampaikan cenderahati sambil memberi kata-kata semangat kepada seorang peserta khatan. Foto oleh Zulkifli CW PutraYayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mengerahkan Skuad Sukarelawan YDSM (Sudi) yang dianggotai 250 ahli bagi membantu mangsa banjir di seluruh Terengganu.Sudi yang diwujudkan sejak 2015 dari kalangan pelajar universiti seluruh Terengganu memfokuskan kepada operasi pasca banjir dan membantu mengagihkan barangan keperluan seperti selimut dan makanan kepada mangsa banjir.Ahli Lembaga Pengarah YDSM, Dato' Mohd Fadzli Yusof berkata, pada kali ini sebanyak 500 bungkusan keperluan disediakan untuk diagihkan kepada ketua isi rumah mangsa banjir di pusat pemindahan banjir."Kita menunggu arahan pada bila-bila masa sahaja untuk digerakkan bersama agensi kerajaan dan sukarelawan lain untuk turun padang ke pusat pemindahan banjir."Pada kali ini YDSM menyediakan 500 bungkusan barang keperluan termasuk makanan ringan dan kering serta selimut untuk kegunaan mangsa banjir,"katanya kepada pemberita, hari ini.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatan Perdana meraikan 70 kanak-kanak dari golongan miskin sekitar Kuala Terengganu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Perniagaan BSN Cawangan Terengganu, Mohammad Khasnieddy Khasimi.Majlis tahunan itu anjuran YDSM, Bank Simpanan Nasional dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Menurut Fadzli berkata, pada tahun lalu, sebanyak 2,000 bungkusan barangan keperluan disediakan kepada ketua isi rumah mangsa banjir yang berjaya diagihkan di kebanyakan pusat pemindahan banjir seluruh Terengganu.Katanya lagi, Sudi juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir terutama mereka yang berdepan banjir teruk dan mengakibatkan kehilangan harta benda serta ahli keluarga."Kita bukan sahaja mengerahkan sukarelawan membantu operasi pasca banjir melibatkan kerja pemulihan selepas bencana itu, malah khidmat kaunselor juga disediakan kepada mangsa-mangsa yang perlu menjalani sesi kaunseling," katanya.
01 Dec 17
147
Bantuan Persekolahan Diagih Mulai Pertengahan Bulan Ini
Ahmad Razif menyiram air sebelum memulakan Program Berkhatan Beramai- Ramai DUN Seberang Takir. Foto Tg Syamim Tg IsmailDana Bantuan Persekolahan sesi 2018 yang membabitkan peruntukan mencecah RM14 juta bagi menampung keperluan lebih 120,000 pelajar akan diagihkan mulai pertengahan bulan ini.Peruntukan mencatatkan jumlah peruntukan terbesar dan bilangan pelajar teramai sejak dana itu diperkenalkan pada 2014.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peningkatan kira-kira RM 3 juta berbanding sesi 2017 itu sebagai keprihatian kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya sesi baharu persekolahan." Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan sebanyak RM100 kepada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah berbanding RM2,000 sebelum ini dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga agar lebih ramai berpeluang mendapatkannya, " katanya.Beliau berkata demikian pada Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perkarangan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To' Puan Halina Zakaria.Program itu disertai 380 peseta termasuk 187 kanak-kanak bertindik. Peserta berkhatan diraikan dengan siraman air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai tanda simbolik sebelum diarak beramai-ramai menuju ke bilik berkhatan.
01 Dec 17
53
54 Bayi Lahir Sempena Maulidur Rasul
Seramai 54 bayi 'Permata Maulidur Rasul' dilahirkan di negeri ini bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiul Awal.Daripada jumlah itu, seramai 37 bayi iaitu 22 perempuan dan 15 lelaki dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.Bagi meraikan kelahiran bayi berkenaan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria meluangkan masa hampir setengah jam melawat mereka di PRIBA.Menurut Ahmad Razif, bayi bertuah itu merupakan antara bayi yang akan dihadiahkan RM100 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk tahun ini.“Ia sebagai jaminan pembelajaran dan persiapan awal pendidikan pada masa depan. Selain itu, ia bagi menggalakkan ibu bapa menabung bagi memberi jaminan kepada anak-anak mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program ‘Permata Maulidur Rasul’ sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1439H/2017M di PRIBA, Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang tadi.Menurut Ahmad Razif, lebih menggembirakan apabila setiap kelahiran di Terengganu pada tahun hadapan bakal mendapat insentif sebanyak RM300."Sebanyak RM100 pemberian kerajaan negeri dalam bentuk SSPN-i dan RM200 adalah hadiah daripada kerajaan persekutuan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 sebelum ini," katanya.
01 Dec 17
266
Sultan Terengganu Minta Maidam Tangani Isu Cabar Kesucian Ajaran Islam
Sultan Mizan berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini dapat melipatgandakan kekuatan dan semangat dengan mengamalkan suruhan agama bukan sahaja amalan wajib malahan juga amalan sunat secara sempurna dan yakin.Titah baginda, mutakhir ni kedegaran suara- suara yang mencabar kesucian ajaran Islam dan mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara kita."Perkara- perkara negatif seumpama ini jika wajar dibiarkan kerana akan menimbulkan kecelaruan orang ramai khususnya umat Islam serta menjejaskan keharmonian beragama."Justeru itu, beta menyeru Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) supaya mengambil tindakan dalam menangani perkara ini, " titah baginda.Sultan Terengganu bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang bertemakan `Kesatuan Ummah Kesejahteraan negara’ di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.Sultan Mizan mencadangkan setiap kali bangkitnya isu semasa yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam beragama, masyarakat awam di negeri ini perlu diberi pencerahan ilmiah dengan mengadakan kuliah, seminar, kursus, kutbah dan edaran risalah."Pada masa sama beta mengesa agar memperbanyakan majlis zikir supaya cahaya kebaikan zikrullah akan menghapuskan kegelapan kejahatan di samping mendapat keberkatan dari Allah, " titah baginda
30 Nov 17
90
Kesejahteraan Negara Perlu Dijaga- Ahmad Razif
Sultan Terengganu berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailKesejahteraan negara sudah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan ummah tidak dapat dijaga dan dipupuk dengan baik. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata oleh itu, untuk memupuk kesatuan ummah maka wajarlah ia dilakukan melalui penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni dengan menghindari perasaan permusuhan dan benci-membenci.Katanya, sebaliknya perlu menanam sikap saling maaf-bermaafan sebagaimana yang diabadikan dalam sirah kehidupan baginda Rasulullah S.A.W.“Umat Islam di Terengganu khasnya, hendaklah menghidupkan suasana saling kasih mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.“Sama–samalah kita ingat mengingati, bahawa keamanan dan kesejahteraan Terengganu dan negara yang kita kecapi selama ini adalah kerana perpaduan dan ikatan persaudaraan, bukan setakat sesama kita umat Islam malah perpaduan dengan kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan sambutan yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.
30 Nov 17
38
560 Murid 6A UPSR Tetap Diraikan
Terengganu akan membelanjakan RM280,000 sebagai insentif kepada 560 murid yang memperolehi 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.Sepanjang tempoh tiga tahun, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.7 juta bagi menyediakan insentif RM500 kepada setiap murid berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, insentif RM500 kepada setiap murid cemerlang UPSR akan diteruskan sebagai tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya sebagai mengiktiraf kejayaan mereka.Katanya, sejumlah RM1.3 juta dibelanjakan kepada 2,558 murid (2015), RM135,500 kepada 271 murid (2016) dan RM280,000 pada tahun ini.“Peningkatan 107 peratus calon mendapat semua A berbanding tahun lalu membuktikan prestasi semasa UPSR negeri masih kekal di tahap terbaik dan membanggakan.“Jadi kita meneruskan majlis menghargai kecemerlangan mereka pada awal 2018 sebagai suntikan semangat untuk mereka meneruskan kejayaan pada peperiksaan awam seterusnya dan menggunakan insentif itu untuk membeli keperluan persekolahan sesi baru,”katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui sejurus mengadakan pertemuan dengan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Keputusan mengadakan majlis kepada murid cemerlang itu juga menghentikan spekulasi kononnya insentif tersebut kemungkinan tidak diteruskan berikutan saranan Kementerian Pendidikan agar kejayaan dalam akademik di peringkat sekolah rendah itu tidak diraikan berlebihan selain prestasi semasa tidak lagi dijadikan perbandingan.Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai arahan Kementerian Pendidikan itu, A.Latiff turut bersetuju dengan keputusan itu dan mahu pelajar yang kurang cemerlang serta tidak bernasib baik tidak terus luntur semangat sebaliknya mampu mengubah keputusan pada peperiksaan seterusnya.Tambahnya, perbandingan hanya dibuat di peringkat negeri tanpa melibatkan negeri lain dan di peringkat Pusat, selain hanya memfokuskan prestasi secara keseluruhan dalam peperiksaan itu.Katanya, prestasi baik itu juga membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited di bidang pendidikan negeri bagi membentuk modal insan berkualiti selaras prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Menurut beliau lagi, selain kelebihan kepada murid yang mendapat semua A, pelajar yang tidak memperolehi semua A termasuk minima 3A, 3B masih mempunyai peluang sama rata untuk memohon mana-mana Sekolah Berasrama Penuh, Imtiaz dan sekolah terpilih lain kerana mereka perlu menjalani ujian khas kemasukan selain syarat-syarat kelayakan lain.Malah, A. Latiff berkata, sebagaimana digariskan kementerian, laporan Pentaksiran Sekolah Rendah Khamis lalu, bukan berdasarkan keputusan UPSR semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Berbeza berbanding tahun sebelum ini, keputusan UPSR 2017 juga mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).Selain itu, keputusan itu juga tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan. Berdasarkan statistik 2017 di seluruh negara meningkat kepada 8,958 orang berbanding 4,896 orang pada 2016.Hanya 2.1 peratus calon atau 8,958 calon memperolehi semua A, bertambah sekali ganda berbanding tahun lalu. Daripada 443,794 murid Tahun Enam yang mengambil UPSR di seluruh Malaysia tahun ini, 20,273 calon adalah dari Terengganu dengan 2.83 peratus mendapat 6A berbanding 1.33 peratus pada 2016.
30 Nov 17
65