Artikel "Utama" Terkini
Bajet 2018: Bonus RM1,500 Untuk Penjawat Awam
Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM1,500 kepada 6,230 penjawat awam di negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan keseluruhan kira-kira RM3.1 juta itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.Katanya, pembayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan Januari tahun depan manakala RM500 akan dibayar menjelang Aidilfitri.“Pembayaran secara terus itu turut melibatkan 1,326 imam dan bilal serta 1,701 untuk mereka yang bergelar guru pintar quran” katanya.www.Terengganu.news
10 Dec 17
51
Bajet 2018 : RM1.996 Bilion Untuk Terengganu
Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1.996 bilion untuk Bajet 2018 yang bertemakan 'Masa Hadapan Yang Lestari'.Pada pembentangan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 itu, Terengganu menganggarkan hasil sebanyak RM1.815 bilion sekali gus menjadikanya sebagai bajet defisit iaitu sebanyak 10 peratus (RM181 juta).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi bajet tahun depan, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM1.996 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus, diikuti RM823.43 juta untuk pembangunan dan RM3.77 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.Katanya, daripada bajet berkenaan, pendapatan daripada kategori hasil cukai adalah sebanyak RM66.42 juta, hasil bukan cukai pula sebanyak RM203.93 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.544 bilion.Daripada jumlah tersebut, 84.95 peratus adalah daripada pemberian Kerajaan Pusat.“Di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM94.6 juta ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.901 bilion ringgit untuk perbelanjaan bekalan.“Sementara perbelanjaan bekalan pula berjumlah RM286.65 juta untuk emolumen, RM202.34 juta pula untuk perkhidmatan dan bekalan, aset (RM23.72 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM1.387 bilion) termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM550 juta ringgit dan RM1.16 juta untuk lain-lain perbelanjaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, di bawah komponen pemberian dan kenaan bayaran tetap, sebanyak RM230 juta adalah bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, manakala RM149.6 juta bagi pemberian kepada pelbagai agensi dan kumpulan wang.Katanya, perbelanjaan bagi pemberian kepada pejabat daerah (RM29.97 juta), bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula (RM57.22 juta) dan pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 - Pelbagai Perkhidmatan (RM353.18 juta) dan belanja lain-lain (RM17.56 juta).Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kepimpinan negara sebenarnya merangka dan menyusun segala dasar berpandukan kerangka Maqasid Syariah ini.“Kerangka ini menyentuh tentang kepentingan menjaga kemaslahatan umat seperti keperluan-keperluan asas yang paling utama, kemudahan tertentu bagi mengelakkan kesukaran dan kesempitan serta keperluan lainnya yang menyumbang ke arah kesempurnaan hidup.“Malaysia berjaya kerana kita bijaksana dalam mengutamakan yang utama dan matang dalam mengurus kehendak kelompok masyarakat yang pelbagai,”katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian, Bajet Negeri 2018 juga haruslah memberi keutamaan kepada yang utama dan segera iaitu keperluan-keperluan dan kemudahan tertentu untuk rakyat, bagi mengurangkan bebanan dan yang menyumbang ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat.-www.terengganu.news
10 Dec 17
108
Bajet 2018 : Bajet Dirangka Ikut Kehendak Rakyat
Kerajaan mengambil kira sebanyak 537 cadangan dan isu daripada lapan siri `Jelajah Bengkel Bajet 2018' yang dilaksanakan di seluruh Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyediaan Bajet 2018 mengambil kira pandangan daripada akar umbi dan kehendak rakyat.Katanya, semestinya bajet pada kali ini berbeza kerana ianya dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak, dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahu.“Kelompok masyarakat yang diwakili oleh orang muda dan pemimpin belia, golongan petani dan nelayan, pemandu bot pelancong dan pengusaha homestay, pemaju restoran dan pemandu teksi, para guru dan kakitangan Kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, imam bilal dan pemimpin NGO melibatkan hampir 800 orang hadir’."Ianya benar-benar mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan peserta dan mereka sangat partisipatif, sangat bersungguh, sangat bersedia dengan idea dan cadangan. Ingin sekali kita ambil dan laksanakan semua cadangan yang diberi. Namun, hanya cadangan yang bersifat three-feet level, cadangan yang boleh dilaksanakan segera, yang bersifat low hanging fruits atau touch points dirangkum menjadi satu, itulah cadangan yang dapat dipersembahkan melalui Ucapan Bajet kali ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyediakan infostruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang meluas untuk rakyat mendengar dan mengikuti ucapan bajet ini dengan terus, telus dan tulus.Katanya, beliau kagum dan bangga dengan sikap rakyat Terengganu yang sentiasa positif dan sama -sama ingin bangunkan Negeri Terengganu Darul Iman dan melihat rakyatnya lebih maju.‘Inilah ilustrasi dan bukti pengamalan prinsip inklusif, sebagaimana yang terkandung dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)’‘Kerajaan benar-benar mahu mendengar, dan rakyat sungguh sungguh mahu didengari kerana Kerajaan dan Rakyat, kita bergerak seiringan dalam membina `Masa Hadapan Yang Lestari’,tambahnya lagi.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. – www.Terengganu.news
10 Dec 17
86
Bajet 2018: 14 Rekod Kejayaan Anak Terengganu
Kerajaan negeri menyenaraikan 14 cerita kejayaan (success stories) yang melambangkan kehebatan dan semangat juang anak-anak Terengganu di peringkat nasional dan antarabangsa.Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata antara kejayaan itu, termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berjaya mengungguli Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dengan penarafan lima bintang; Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu memenangi pingat emas sebanyak lima kali berturut-turut dalam International Convention On Quality Control Circles di Manila, Filipina.Katanya, kejayaan lain, Pejabat Kesihatan Kemaman menjadi Johan Projek Inovasi dengan produk ResQMed Trolley sempena Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 2017. “Seterusnya, J3K Kampung Baru Kemasik menjadi Johan Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017,” katanya.Menurutnya, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong menjadi johan bagi Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2017.“Perkara lain, Guru dari Sekolah Menengah IMTIAZ, Kuala Terengganu, Saripah Embong, menerima Anugerah Guru Hebat Asia Tenggara dari Princess Maha Chakri Award Foundation 2017.“Manakala, Terengganu International Endurance Park diiktiraf antara Lima Gelanggang Kuda Lasak Terbaik Dunia; Azizulhasni Awang, anak kelahiran Dungun, Juara Dunia di Kejohanan Berbasikal Dunia 2017, katanya.Katanya, perkahwinan Perdana TTB 2017, dicatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Majlis Perkahwinan Terbesar pernah diadakan denganmenghimpunkan seramai 271 pasangan.“Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Juara Dunia buat kali ke-2 sempena World Invention Creativity Contest untuk tahun 2015 dan 2017.“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, sekolah aliran Agama pertama terima pengiktirafan International Baccalaureate World School 2017,” katanya.Ahmad Razif turut memberitahu, Fatehah Mustapa, anak kelahiran Kuala Berang, berjaya mendapat empat (4) Pingat Emas dalam empat (4) acara berbasikal di Sukan Sea, Kuala Lumpur 2017.“Terengganu pengeluar benih ikan marin utama Negara, hasil kerjasama Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung Demong, Besut. Tahniah kepada Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, penternak ikan kerapu hibrid, yang dahulunya nelayan, kini bergelar usahawan.“Terengganu Hockey Team (THT) Juara Hoki Piala TNB empat (4) tahun berturut-turut sejak tahun 2014,” katanya.Ahmad Razif memberitahu, 14 kejayaan itu hanyalah sebahagian kecil daripada ratusan cerita-cerita kejayaan yang telah dirakamkan oleh rakyat Terengganu.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.- www.terengganu.news
10 Dec 17
145
Bajet 2018 : Mamogram, Pap Smear Percuma
Kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan Program Pemeriksaan Mamogram dan Pap Smear secara percuma kepada wanita yang berumur 35 tahun ke atas.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program pemeriksaan akan dilaksanakan secara Lautan Strategi Biru NBOS dengan melibatkan beberapa agensi Kerajaan Negeri serta kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Penduduk, Keluarga dan Negara (LPPKN).“Program pemeriksaan mamogram dan pap smear ini bertujuan untuk mengesan penyakit dengan awal, supaya tindakan segera dapat diambil sekiranya pesakit dikesan sebagai positif mengidap penyakit kanser.“Sebagai permulaan, kerajaan negeri dengan ini bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM500,000 bagi tujuan pemeriksaan percuma ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.- Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. www.terengganu.news
10 Dec 17
42
Bajet 2018 : Sukan Ekstrem Bukit Keluang Jadi Acara Tahunan
Kerajaan negeri akan menjadikan pelancongan ekstrem seperti hiking para gliding dan mountain bike di Bukit Keluang - Bukit Bubus, di Kota Putera sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kertas kerja dan perancangan itu kepada Kerajaan Pusat bagi melihat potensi dan kekuatan lokasi pelancongan berkenaan untuk ditambah baik pada masa depan.Katanya, kerajaan juga memberi keutamaan kepada penglibatan peserta antarabangsa bagi memastikan nama Terengganu terkenal di persada dunia sekali gus menaikkan sektor ekonomi negeri."Bagaimanapun bajet untuk setiap program dan acara itu kita tidak boleh ditentukan dan akan melihat berasaskan penglibatan peserta keseluruhan dan bagaimana ia memberi impak lebih besar kepada rakyat secara keseluruhan sebagai acara negeri." Kita akan memastikan penganjur dan penaja dapat bekerjasama dan menjayakan program pelancongan negeri sehingga mencapai sasaran,"katanya.Ahmad Razif berkata, peruntukan untuk pelancongan menerusi dua sumber kewangan iaitu negeri dan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan. -Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan, Mohd Mahdi Musa (BN-Kota Putera) di persidangan Sidang Dun Negeri Ke-13 (Bajet), di Wisma Darul Iman, hari ini.– www.Terengganu.news
10 Dec 17
80
SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN (BAJET) TERENGGANU 11.12.2017
IKUTI SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN TERENGGANU MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS DI DEWAN DUN, WISMA DARUL IMAN , TERENGGANU.
10 Dec 17
126
PAU 2017 : Ucapan Presiden Suntik Semangat Luar Biasa - Ahmad Razif
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan ucapan penggulungan Presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 mencipta satu kelainan.Beliau berkata, ianya cukup berbeza dengan ucapan di PAU sebelum ini yang mana pada PAU 2017, memberi satu semangat yang luar biasa kepada semua perwakilan."Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap UMNO di PAU 2017 amat hebat sekali dengan menyentuh dan memberi suntikan besar kepada pejuang UMNO termasuklah ucapan penggulungan daripada YAB Presiden, saya nampak satu kelainan dan semangat yang saya tak pernah lihat sebelum ini."Sebaik sahaja, mereka (perwakilan) ini pulang ke kawasan masing-masing,akan dibawa bersama 'aura' baharu bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada awal tahun hadapan berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua perwakilan, respon dan reaksi dari perwakilan-perwakilan."Saya nampak tiada masalah dalam UMNO kerana segala permasalahan sebelum ini sudah selesai dan pemilihan kepimpinan (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan) sudah tidak timbul," katanya ketika diminta mengulas mengenai Ucapan Penggulungan Presiden Parti, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.Ahmad Razif berkata, semua peringkat harus akur dengan lontaran pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Presiden Parti dan memberi tumpuan sepenuhnya pada PRU14 yang akan datang pada bila- bila masa."InsyaAllah berbekalkan semangat PAU 2017 yang diberikan kepada semua perwakilan, kami akan pulang dan membuat persiapan yang lebih baik bagi memastikan kemenangan PRU14 berpihak kepada Barisan Nasional,"ujarnya.
09 Dec 17
294
PRU 2017: Wanita Sedia Bertanding PRU14
Wanita UMNO akan mempersiapkan diri sepenuhnya dan sedia menyahut cabaran jika ditawarkan kerusi kepada calon wanita di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abdul Rahman berkata, sudah terbukti lebih 50 peratus pengundi adalah wanita dan survival mana-mana parti politik serta kerajaan akan lebih terjamin apabila pemimpin wanita dengan isu wanita diarus perdanakan.Katanya, ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 14 atau 6.3 peratus Ahli Parlimen Wanita Barisan Nasional (BN) termasuk lapan Wanita UMNO dan enam parti komponen, iaitu hanya 9.3 peratus Wanita UMNO daripada 86 Ahli Parlimen parti itu."Di Dewan Negara, wanita UMNO ada lapan dan wanita parti komponen ada tiga daripada 63 kerusi. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, kita hanya ada 25 wanita UMNO dan lima wanita parti komponen."Maka, jika diberi peluang untuk calon wanita di Terengganu terutamanya kami bukan hanya menyambut baik, malah akan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran ini."Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," katanya oleh Teganukita pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berpendapat sudah tiba masanya perubahan dilakukan di Terengganu dengan meletakkan calon wanita yang berkaliber."Kita ada ramai calon wanita yang layak dan boleh diketengahkan untuk PRU14 nanti."Mereka ini merupakan golongan profesional yang terdiri daripada peguam, guru dan ahli korporat yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan seperti formula 'likable' dan 'winnable' yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman,"ujarnya.Sementara itu, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, PRU14 kali ini memerlukan calon 'likeable' dan 'winnable' tidak kira siapa asalkan boleh memenangkan Barisan Nasional."Ini juga merupakan saranan Perdana Menteri yang mahukan calon pilihan rakyat dan jika calon wanita yang menjadi kegemaran..apa salahnya jika kita letakkan calon wanita di Terengganu pada kali ini,"katanya.
09 Dec 17
133
PAU 2017 : Menu Tradisional Terengganu Untuk Petugas Media
Petugas media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 teruja apabila dihidangkan dengan menu istimewa dari Terengganu yang dibawa khas untuk mereka.Sebanyak 1,000 bungkus nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran anak syarikat kerajaan Terengganu, Terengganu Kitchen Sdn Bhd hari ini menjadi antara hidangan pagi yang disediakan untuk petugas di Laman Media.Produk keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd dihidangkan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 hari ini di taja khas oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Bagi penerbit berita Bahasa Arab TV Alhijrah,Yusuf Hassan berkata, ini merupakan kali kedua dia dapat merasai keenakan nasi dagang sejak Februari 2017."Masa tu saya bertugas di United Kingdom dan di hidangkan dengan nasi dagang frozen oleh kawan saya yang menetap di sana."Ia mempunyai rasa yang sememangnya cukup enak,bila makan tu tak puas dan sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia, saya tercari-cari nasi dagang ni tapi tak jumpa sehinggalah hari bila Menteri Besar Terengganu mengagihkan kepada pihak media yang bertugas," katanya ketika ditemui Teganukita di Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini.Tambah Yusuf lagi, nasi dagang frozen ini senang di bawa ke mana-mana dan menarik dari segi pembungkusannya malah dia mencadangkan kerajaan negeri membuat strategi pemasaran yang lebih baik agar ianya mendapat sambutan luar biasa.Sementara itu,wartawan News Strait Times (NST), Rosela Ismail yang mencuba buat kali pertama pada hari menyatakan dia terus terpikat dengan keenakannya yang tersendiri."Selama ni hanya dengar kalau datang ke Terengganu memang wajib makan nasi dagang.Bila hari ni kami dihidangkan dengan menu nasi dagang ..dengan reaksi kawan-kawan yang menyatakan ianya enak, terus saya mencubanya...terbukti memang sedap."InsyaAllah, selepas ini saya mungkin akan menjadi pelanggan tetap nasi dagang frozen ini sebab mudah dimakan dan dibawa ke mana-mana kalau perlu,"katanya lagi.
09 Dec 17
173