Artikel "Utama" Terkini
SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN #BAJETTERENGGANU2018 - 12.12.2017
IKUTI SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN TERENGGANU MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS DI DEWAN DUN, WISMA DARUL IMAN , TERENGGANU
11 Dec 17
26
Bajet 2018 : Bajet Berasas Kehendak Rakyat
Menteri Besar menunjukkan buku Bajet Terengganu 2018 sebelum membentangkan bajet itu di Persidangan DUN Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Bajet 2018 dengan tema ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman adalah berasas kepada keinginan rakyat.Ahmad Razif berkata, intipati dan fokus bajet berkenaan berasaskan kepada bengkel yang sudah dilaksanakan bersama dengan wakil-wakil kepimpinan melibatkan semua pihak termasuk akar umbi.Katanya, melalui bengkel tersebut kerajaan negeri dapat menganalisis tiga perkara atau isu 3P yang menjadi tuntutan ataupun keperluan penting kepada rakyat.“Pertama sekali masalah menangani (Peningkatan) kos sara hidup. Yang kedua adalah masalah peluang `Pekerjaan' dan yang ketiga adalah masalah dari segi `Perumahan'.“Jadi kerana itu, bajet 2018 ini ikita hasilkan bagi mengatasi isu-isu tersebut dan ditambah dengan ‘touch point’ yang berkaitan dengan pendidikan, sukan, pertanian dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif menjelaskan, walaupun bajet yang dibentangkan pada kali ini mempunyai defisit sebanyak 10 peratus namun beliau yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan semua projek.“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum ini bajet Terengganu adalah RM2.4 bilion ke atas namun namun kerana masalah dari segi pendapatan yang diterima dari hasil petroleum ini menurun jadi kita cuba merancang perbelanjaan sedaya upaya yang mungkin sekarang.“Sepatutnya defisit kita lebih tinggi kerana kalau kita hendak meneruskan dengan bajet kita yang dulu dibandingkan yang dibuat sekarang sebanyak RM1.996 bilion dan dengan anggaran hasil kita RM1.815 bilion maka sebab itu kita hadapi 10 peratus defisit,” katanya.
11 Dec 17
30
Bajet 2018: RM1,000 Untuk Bapa, Ibu Tunggal Mahu Kahwin
Kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin tahun hadapan.Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman semasa pembentangan persidangan bajet Terengganu 2018 di sidang dewan di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan ini bagi menggalakkan institusi kekeluargaan.Bagi tujuan itu sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan dalam bajet ini untuk golongan ibu dan bapa tunggal tersebut.https://terengganu.news
11 Dec 17
33
Bajet 2018 : Wujud Pasukan Khas Realisasi Bajet 2018
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mempengerusikan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 fokus atau perkara titik sentuhan yang dianggap utama oleh rakyat pada bajet 2018 ini.Semua perkara penting yang perlu dilaksanakan dengan segera dipandu oleh empat pe-tunjang itu, turut dianggotai pegawai dan juga pakar dalam bidang masing-masing.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri menyenaraikan 60 `touchpoints’ atau perkara titik sentuhan yang menjadi keutamaan dan harus direalisasikan dengan cepat supaya memberi impak kepada golongan sasar berkenaan.“Bagi memastikan pelaksanaan Bajet 2018 benar-benar sampai dan menyentuh rakyat yang paling memerlukan bantuan, saya ingin mengumumkan penubuhan satu task force (pasukan khas) yang akan menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 touchpoints tersebut.“Task force ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan melibatkan para pegawai dan juga pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Touchpoints ini harus benar-benar mendatangkan impak kepada kelompok rakyat yang disasarkan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan bajet Terengganu 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, beliau sebelum itu sudah memberikan intipati kepada Bajet Negeri 2018 dan menghuraikan proses penyediaan bajet yang mengambil kira pendapat dan maklum balas orang ramai.Katanya, pada pembentangan bajet pada kali ini juga banyak memberi fokus kepada perkara yang mungkin dianggap kecil bagi sebilangan daripada rakyat.Tambahnya, bajet itu turut merangkumi soal nasi dagang, perkahwinan perdana, manfaat untuk penarik beca, pemandu bas, pemandu teksi, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), ibu tunggal, golongan OKU (orang kelainan upaya), imam bilal, golongan nelayan, pemandu bot penambang, jurumandi jenazah, qari dan qariah, pengusaha madu, pesakit buah pinggang, warga emas, golongan mahasiswa, golongan miskin dalam senarai e-kasih dan usahawan kecil.Menurutnya, bajet itu adalah peruntukan meliputi untuk golongan berkenaan dan beliau tidak bercakap soal yang terlalu tinggi melangit bagi memastikan mereka berpijak di bumi yang nyata.“Sebaliknya, kita bercakap mengenai perkara asas, memberi lebih fokus kepada apa yang penting buat rakyat.“Isu menangani peningkatan kos sara hidup, isu peluang pekerjaan dan isu perumahan diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Mungkin kecil bagi kita, tetapi saya percaya, besar maknanya kepada rakyat,”katanya.https://terengganu.news
11 Dec 17
59
Bajet 2018: 14 Kejayaan Bukti Malaysia Tidak Gagal
Malaysia mencatat pelbagai cerita kejayaan dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2017. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti bagi menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Berikut 14 cerita kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi:Bank Negara Malaysia dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2%, satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia;Agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- (A minus) berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama;Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-23 daripada 138 buah negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) terbaharu bagi tahun 2017/2018. Kedudukan Malaysia bukan sahaja melonjak dua anak tangga daripada tahun lepas, malah Negara kita kekal berada dalam kalangan 20% negara paling berdaya saing di dunia;Malaysia berada dalam kelompok 50 terbaik dunia, yakni negara paling makmur, daripada 149 Negara lain berdasarkan Legatum Prosperity Index 2017 . Dalam kalangan Negara Asia Timur, Malaysia di tempat kelima selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan;Mengikut kajian Annual Global Retirement Index, Malaysia adalah antara 10 negara terbaik di dunia untuk menetap selepas bersara. Kuala Lumpur berada di tangga ke-6 dan satu-satunya Negara Asia yang tersenarai;Menurut Global Peace Index 2017, Malaysia adalah Negara paling aman yang ke-29 dunia daripada 163 buah Negara;Lima (5) Universiti Malaysia berada di senarai TOP 50 Asia. Dan baru-baru ini, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai antara 10 terbaik di dunia;Lapan (8) Politeknik Malaysia berada di senarai TOP 10 Politeknik di rantau Asia Pasifik;Bank Dunia dalam laporannya “Doing Business Report 2017”, meletakkan Malaysia di tangga ke-23 dunia sebagai Negara paling mesra perniagaan daripada 190 negara;Malaysia adalah Negara ke-15 daripada 137 buah negara di dunia dalam senarai kerajaan yang paling cekap berbelanja, menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF);2.26 juta peluang pekerjaan telah dicipta daripada tahun 2009 sehingga tahun 2016;Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan kenderaan di Malaysia telah meningkat 24.7% daripada Mei 2016 sehingga Mei 2017;Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya pada tahun 2017, Malaysia adalah pemimpin dunia dan penentu aras dalam bidang Kewangan Islam;Mengikut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang diterbitkan pada 29 September 2017, 76% rakyat Malaysia membeli belah secara online sekali sebulan. Ini menunjukkan kuasa beli dan kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja adalah positif dan infrastruktur seperti kemudahan jalur lebar dan jaringan internet di negara kita sangat baik. https://terengganu.news
11 Dec 17
50
Bajet 2018: Pemberian Air Percuma 20 Meter Padu
Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Terengganu, dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan bermula Januari depan.Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dengan insentif bakal membabitkan 100,000 pengguna domestik dan melibatkan peruntukkan sebanyak RM6.3 juta.“Insentif ini antara lain bertujuan menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin simpanan di kolam takungan,” katanya ketika berucap pada pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut bersetuju memperuntukkan RM47.88 juta untuk pembangunan bekalan air dan program pengurangan Non Revenue Water (NRW). https://terengganu.news
11 Dec 17
42
Bajet 2018 : Ucapan Penuh Bajet Negeri
UCAPAN PENUH BAJET NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018OlehYANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMANMenteri Besar TerengganuKETIKA MEMBENTANGKAN RANG ENAKMEN PERBEKALAN 2018DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU11 DISEMBER 2017BERSAMA MELANGKAH KE HADAPANMUQADDIMAHBismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Kain tenun pengalas meja,Kain kasa pembalut luka;Awal Bismillah pemula bicara,Gelanggang dibuka, langkah perkasa.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nahl ayat 90 yang bermaksud :“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.Syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat saya bentangkan kepada Dewan yang mulia ini, Bajet Negeri Terengganu bagi tahun 2018.Pembentangan Enakmen yang bernama Enakmen Perbekalan Tahun 2018 ini, adalah untuk mendapat pertimbangan Dewan yang mulia, bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan, untuk membiayai Perbelanjaan Bekalan, Perkhidmatan dan Pembangunan Negeri pada tahun 2018. Kenyataan lengkap cadangan untuk Bajet 2018 ini adalah sepertimana yang terkandung dalam Buku Bajet Negeri Tahun 2018.Alkisahnya, pembentangan Bajet pada kali ini, ialah Bajet yang terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14. Justeru, Kerajaan tidak dapat menghalang mana-mana pihak dari beranggapan bahawa Bajet ini 2018 adalah Bajet Pilihanraya.Kendatipun begitu, harus ditegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukanlah Kerajaan yang bermusim kerana kita percaya proses transformasi untuk mensejahterakan kehidupan rakyat perlu berterusan, bukan menabur janji menjelang Pilihanraya tiba.Inilah yang Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional perjuangkan, daripada semenjak kemerdekaan dijunjung, sehinggalah sekarang Negara kita disanjung.Perjuangan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah perjuangan yang berterusan untuk membela dan membawa kesejahteraan kepada rakyat, dari dahulu, kini dan selamanya. Natijahnya, Malaysia penuh aman dan sentosa, makmur lagi sejahtera.Alhamdulillah, rakyat Malaysia juga memainkan peranan yang sangat hebat. Adat pulau limburan pasang. Kita hidup bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin, yang berkuasa melindungi yang lemah.Masyarakat saling bermuafakat dan bersatu padu. Sepertimana pepatah Melayu, serumpun bak serai, sesusun bak sirih.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan salam yang tulus ikhlas dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Terima kasih di atas sokongan, kerjasama, maklum balas, teguran dan nasihat.Ibarat lagu dan irama. Bagai aur dengan tebing. Kerajaan dan rakyat berpisah tiada. Pertahankanlah perpaduan, keamanan dan kemakmuran ini. Dengan semangat kesatuan dan solidariti, Insya Allah kita akan sama-sama menempa lebih banyak kejayaan.Pagi ini, saya percaya, ramai yang sedang mengikuti ucapan Bajet Negeri 2018. Dari Utara sehinggalah ke Selatan, dari Besut sehinggalah ke Kemaman.Mereka menekuni persembahan ucapan ini dengan penuh tertib di dalam Dewan yang mulia ini. Mereka mendengar dengan khusyuk melalui corong radio, mereka mengikutinya dengan bersemangat di Pejabat-Pejabat Daerah.Malahan, oleh kerana Ucapan Bajet ini disiarkan secara langsung melalui alam maya, anak-anak Terengganu yang berada nun jauh di perantauan, di Kuala Lumpur, malah di London, di Kaherah, di Medan, semua mendapat maklum akan Bajet Negeri yang Kerajaan bentangkan.Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah menyediakan infostruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang merata, sehingga ramai rakyat dapat mendengar dan mengikuti ucapan ini dengan terus, dengan telus dan dengan tulus.Semestinya Bajet kali ini berbeza kerana Bajet ini dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak, dan bukannya semata-mata apa yang Kerajaan mahu.Penyediaan Bajet 2018 telah mengambilkira pandangan daripada akar umbi. Lapan (8) siri jelajah Bengkel Bajet 2018 telah dilaksanakan di seluruh lapan (8) Daerah dalam Negeri Terengganu. Kerajaan mendengar dengan sabar, mencerakin dengan teliti.Di setiap bengkel, semua kelompok masyarakat telah diwakili. Orang muda dan pemimpin belia, golongan petani dan nelayan, pemandu bot pelancong dan pengusaha homestay, pemaju restoran dan pemandu teksi, para guru dan kakitangan Kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, imam bilal dan pemimpin NGO. Hampir 800 orang semuanya yang telah hadir.Berbeza dengan siri-siri jelajah tahun-tahun yang lepas, siri jelajah Bengkel Bajet 2018 baru-baru ini, benar-benar mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan peserta. Mereka sangat partisipatif, sangat bersungguh, sangat bersedia dengan idea dan cadangan.Saya kagum dan bangga dengan sikap rakyat Terengganu yang sentiasa positif. Sama-sama ingin bangunkan Negeri Terengganu Darul Iman. Sama-sama mahu lihat rakyatnya lebih maju.Sama-sama ingin bina masa hadapan yang lebih baik untuk anak cucu kita, “Masa Hadapan Yang Lestari”.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, inilah tema Bajet kita pada kali ini.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Daripada “Jelajah Bengkel Bajet 2018” tersebut, sebanyak 537 cadangan dan isu telah diketengahkan. Kesemua cadangan dan isu telah kita ambil cakna, telah kita ambilkira, dianalisa dan dikategorikan.Ingin sekali kita ambil dan laksanakan semua cadangan yang diberi. Namun, hanya cadangan yang bersifat three-feet level, (dengan izin), cadangan yang boleh dilaksanakan segera, yang bersifat low hanging fruits atau touch points (dengan izin) dirangkum menjadi satu, itulah cadangan yang dapat dipersembahkan melalui Ucapan Bajet kali ini.Inilah ilustrasi dan bukti pengamalan prinsip inklusif, sebagaimana yang terkandung dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Kerajaan benar-benar mahu mendengar, dan rakyat sungguh-sungguh mahu didengari. Kerajaan dan Rakyat, kita bergerak seiringan dalam membina Masa Hadapan Yang Lestari.Kepada mereka yang telah memberikan pandangan, idea dan cadangan untuk Bajet Negeri 2018, saya ucapkan Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih.PRESTASI DAN CABARAN EKONOMIYang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Senario Negara Ibarat rantai besi dimakan bubuk. Mutakhir ini, terlalu banyak kenyataan yang tidak masuk akal tentang ekonomi Negara.Kononnya Malaysia sebuah Negara yang gagal (a failed state) (dengan izin). Kononnya Negara kita akan bankrap. Alhamdulillah, empat lima tahun setelah kenyataan-kenyataan pelik ini dibuat, Malaysia terbukti bukan sebuah Negara yang gagal dan Malaysia tidak bankrap.Tidak ada Negara di dunia yang mampu hidup sendirian, sementelahan sebuah Negara perdagangan atau a trading nation (dengan izin) seperti Negara Malaysia. Maka terdedahlah kita kepada turun naik perkembangan ekonomi dunia.Kalau Negara Amerika Syarikat bersin, maka seluruh dunia akan demam. Begitulah perumpamaan yang diberi. Kini, Negara China pula mempunyai pengaruh yang sama. Apabila gergasi-gergasi dunia ini mengalami masalah ekonomi, kita sebagai sebuah Negara kecil, akan terkena tempiasnya.Namun, sepertimana syair seorang Cendekiawan dan Ulama terkenal nusantara iaitu Allahyarham HAMKA:Malang dan mujur nasibnya bangsa,Turun dan naik silih berganti;Terhenyak lemah naik perkasa,Bergantung atas usaha sendiri.Kelangsungan kita sebagai sebuah Negara bangsa bergantung kepada kebijaksanaan, kemahiran dan kemampuan kita berusaha mengurus ekonomi Negara.Di saat ini, ternyata Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ini mampu mengurus ekonomi Negara dengan sangat baik walaupun landskap politik dan ekonomi sangat tidak menentu. Malaysia mampu mencatat pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang menakjubkan, sepertimana yang termazkur dalam laporan badan-badan antarabangsa, termasuklah Bank Dunia dan agensi penarafan seperti Moody’s dan Fitch.Kasihan mereka yang sentiasa merendah-rendahkan kejayaan Negara dengan pelbagai tohmahan. Yang gagal bukan Negara ini. Yang gagal ialah niat mereka untuk memburuk-burukkan tanah air sendiri. Sedarlah saudara-saudaraku tiada untung mencela Negara tanah tumpah darah kita. Kita sepatutnya merasa bangga dengan Negara kita sendiri. Berpeganglah dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Malaysia menjadi sebuah Negara yang berjaya, bukan hanya terhad kepada pertumbuhan KDNK yang tinggi semata-mata. Berikut adalah secebis cerita kejayaan atau success stories (dengan izin), dalam pelbagai bidang, dan disahkan oleh pelbagai agensi antarabangsa. Kerajaan ini ternyata mampu dan berjaya mengurus Negara.KITA BUKAN NEGARA YANG GAGAL.Pertama - Bank Negara Malaysia dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2%, satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia;Kedua - Agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- (A minus) (dengan izin) berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama;Ketiga - Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-23 daripada 138 buah Negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) terbaharu bagi tahun 2017/2018.Kedudukan Malaysia bukan sahaja melonjak dua anak tangga daripada tahun lepas, malah Negara kita kekal berada dalam kalangan 20% Negara paling berdaya saing di dunia;Keempat - Malaysia berada dalam kelompok 50 terbaik dunia, yakni Negara paling makmur, daripada 149 Negara lain berdasarkan Legatum Prosperity Index 2017 (dengan izin). Dalam kalangan Negara Asia Timur, Malaysia di tempat kelima selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan;Kelima - Mengikut kajian Annual Global Retirement Index (dengan izin), Malaysia adalah antara 10 Negara terbaik di dunia untuk menetap selepas bersara. Kuala Lumpur berada di tangga ke-6 dan satu-satunya Negara Asia yang tersenarai;Keenam - Menurut Global Peace Index 2017, (dengan izin), Malaysia adalah Negara paling aman yang ke-29 dunia daripada 163 buah Negara;Ketujuh - Lima (5) Universiti Malaysia berada di senarai TOP 50 (dengan izin) Asia. Dan baru-baru ini, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai antara 10 terbaik di dunia;Kelapan - Lapan (8) Politeknik Malaysia berada di senarai TOP 10 (dengan izin) Politeknik di rantau Asia Pasifik;Kesembilan - Bank Dunia dalam laporannya “Doing Business Report 2017” (dengan izin), meletakkan Malaysia di tangga ke-23 dunia sebagai Negara paling mesra perniagaan daripada 190 Negara;Kesepuluh - Malaysia adalah Negara ke-15 daripada 137 buah Negara di dunia dalam senarai Kerajaan yang paling cekap berbelanja, menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF);Kesebelas - 2.26 juta peluang pekerjaan telah dicipta daripada tahun 2009 sehingga tahun 2016;Kedua Belas - Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan kenderaan di Malaysia telah meningkat 24.7% daripada Mei 2016 sehingga Mei 2017;Ketiga Belas - Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya pada tahun 2017, Malaysia adalah pemimpin dunia dan penentu aras dalam bidang Kewangan Islam;Dan yang Keempat Belas - Mengikut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang diterbitkan pada 29 September 2017, 76% rakyat Malaysia membeli belah secara online sekali sebulan. Ini menunjukkan kuasa beli dan kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja adalah positif dan infrastruktur seperti kemudahan jalur lebar dan jaringan internet di Negara kita sangat baik.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,Kesemua 14 bukti atau kenyataan di atas mungkin tidak memberi makna besar kepada Pak Mat, Pak Usop, Mak Cik Esah, atau Kak Nah di kampung, tetapi ianya antara beberapa bukti bagi menunjukkan bahawa Negara kita di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Saya mohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk menyentuh perkara ini. Saya perlu nyatakan, kerana gambaran yang diberi sesetengah pihak seolah-olah Negara ini sangat daif dan lemah.Semua fakta ini dinyatakan sebagai benar setelah ditafahus pelbagai pihak, baik di dalam mahupun di luar Negara. Tegasnya, kita di landasan yang betul.Kendatipun, Kerajaan sentiasa memperbaiki kelemahan dan membuat penambahbaikan secara berterusan. Jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini adalah Kerajaan yang mampu mengurus Negara dengan baik. Kita akan terus beri perhatian kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, khasnya beban yang ditanggung oleh mereka yang tergolong dalam kategori B40.Insya Allah, Kerajaan ini akan bersama-sama rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan untuk membawa Negara dan rakyat ke Masa Hadapan Yang Lestari.Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua,SENARIO NEGERINegeri Terengganu Darul Iman ibarat peribahasa Melayu, air jernih, ikannya jinak. Negeri yang aman dan teratur. Rakyatnya juga berbudi bahasa. Ya Allah, Peliharakanlah Terengganu.Dari sudut ekonomi, keadaannya bertambah baik. Pertumbuhan
10 Dec 17
186
Bajet 2018 : Kerajaan Sumbang RM500,000 Tabung Aman Palestin
Barisan kepimpinan kerajaan negeri turut serta menyumbang bagi Tabung Aman Palestin selepas selesai perasmian tabung tersebut di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri meluluskan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk Tabung Aman Palestin Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan oleh kerajaan negeri tersebut adalah untuk membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.Katanya, kutipan tersebut akan dilakukan di seluruh negeri Terengganu bagi membantu sehabis daya untuk memastikan hak rakyat Palestin dapat dikembalikan."Sebagai permulaan kita bersetuju untuk membantu apa yang telah terjadi kepada saudara kita di Palestin hari ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi RM500,000 terutama untuk membantu membina semula hospital yang telah remuk di bom."Kita akan minta semua GLC, badan berkanun, jabatan-jabatan dan sebagainya untuk mulakan pungutan mendapatkan derma daripada seluruh rakyat negeri Terengganu tidak kira Islam atau bukan kerana ini adalah soal hormat menghormati," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Aman Palestin Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.Tambahnya, kutipan yang mula dilancarkan hari ini akan diteruskan tanpa had masa."Apa yang kita dapat akan diserahkan segera kerana secara tidak langsung ia boleh membantu paling tidak hari ini untuk membangun semula bandar di Palestin."Selain itu, yang pasti hari ini adalah untuk membantu terutama saudara-saudara (sesama Islam) yang cedera, yang perlu dibela ataupun dibantu," katanya.
10 Dec 17
35
Bajet 2018 : Syarat Dana Raya, Bakti Remaja Dilonggarkan
Kerajaan negeri akan melonggarkan syarat kelayakan untuk pendapatan bagi penerima Dana Raya dan Dana Bakti Remaja bermula tahun depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, syarat pendapatan isi rumah bagi dana raya akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi dana bakti remaja dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.“Dengan kenaikan syarat pendapatan ini, bilangan penerima dana raya dianggarkan meningkat daripada 240,294 kepada 264,294 orang menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM99 juta.“Manakala bagi pemberian Dana Bakti Remaja, jumlah peruntukan meningkat daripada RM22.7 juta kepada RM27 juta,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
10 Dec 17
30
Bajet 2018: Malaysia Bukan Negara Gagal - MB Razif
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menempelak pihak pembangkang yang mendakwa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan bangkrap.Ahmad Razif menyifatkan kenyataan itu sebagai 'pelik' kerana selepas beberapa tahun dakwaan itu dibuat, negara ini bukan sahaja masih berdiri kukuh malah sentiasa mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan.“Sebagai bukti, beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2 peratus satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia."Selain itu, agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama," katanya dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Katanya, bukti-bukti ini menunjukkan pihak kerajaan mampu menguruskan ekonomi dengan naik walaupun landskap politik dan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak menentu sekaligus menunjukkan Malaysia bukan sebuah negara gagal dan bakal bangkrap."Sebaliknya, yang gagal sebenarnya adalah pihak pembangkang yang sentiasa merendah-rendahkan kejayaan Negara dengan pelbagai tohmahan. Yang gagal ialah niat mereka untuk memburuk-burukkan tanah air sendiri," katanya- www.terengganu.news
10 Dec 17
40