lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PAU 2017: Terengganu Guna Formula 'Likable, Winnable'
Dato' Seri Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina bersama rombongan sempat meluangkan masa ke Laman Media di PWTC sempena PAU 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Formula 'likable' dan 'winnable' akan diguna pakai oleh UMNO dan Barisan (BN) Nasional Terengganu untuk memastikan isu 'cah keting' dapat diatasi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, isu tersebut adalah perkara biasa berlaku dalam PRU yang lalu, bagaimanapun ianya perlu diatasi untuk kepentingan bersama dan parti.Katanya, dalam mengatasi isu tersebut juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah mewujudkan satu jawatankuasa baru dinamakan ' Crisis Room'."Kita telah wujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan 'Crisis Room' untuk mengurangkan apa sahaja isu yang berkait dengan 'cah keting'."Kita telah kenal pasti di setiap DUN dan parlimen siapa yang akan 'cah keting'. Jadi kita sudah buat persiapan apakah tindakan yang akan di ambil atas permasalahan ini," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatanya ke Laman Media bagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat.Dalam lawatan tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan kepada media yang bertungkus-lumus membuat liputan sempena PAU 2017 tersebut.Mengulas lanjut mengenai pembangkang di Terengganu, Ahmad Razif berkata pihak UMNO negeri tidak mempunyai masalah kerana telah bersedia untuk menghadapinya.Katanya, dengan penambahan parti-parti serpihan yang baru, ianya sedikit sebanyak memberi lebih keuntungan untuk UMNO."Cuma apabila pertandingan satu lawan satu mungkinlah yang ini akan jadi 50-50 di sebahagian tempat, tetapi apabila berlaku tiga penjuru dan lebih sudah tentu insyaallah ini akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional," katanya.
08 Dec 17
124
Empty Image
PAU 2017 : UMNO Terengganu Sedia Hadapi PRU14
Ahmad Razif ketika ditemui di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.UMNO Terengganu perlu memastikan bahawa hala tuju, selain perlu membuat persediaan rapi jika mahu menang pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata persediaan rapi itu termasuklah merubah pendekatan kepada politik baharu yang boleh diterima rakyat."Jadi kerana itulah kita sudah tidak ada pilihan lagi. Kena pastikan bahawa persediaan rapi perlu dibuat dan penuh berstrategi. Yang paling utama adalah solidariti dan permuafakatan menyelesaikan segala isu dalaman dan sesama sendiri. "Hari ini kita buat persediaan jentera kita yang terkuat kerana dalam ucapan presiden parti menyatakan bahawa PRU14 ini bukan sebarang pilihan raya," katanya.Beliau ditemui pemberita di PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.Beliau yang juga Menteri Besar berkata melalui ucapan yang penuh bersemangat oleh presiden UMNO tersebut turut menekankan tentang lima perkara bagi terus mendapat sokongan dari setiap ahli."Pertama adalah berkait solidariti dimana kita mesti mempunyai kekuatan dan permuafakatan. Kedua berkait dengan berada di landasan yang betul. Seterusnya adalah memastikan dari segi penguasaan media."Seterusnya kita kena memantapkan lagi kekuatan kita (UMNO) ini dan akhirnya Insyaallah kita beristiqamah serta berserah pada Allah," katanya.
07 Dec 17
31
Empty Image
PAU 2017 : Najib PM Terbaik
Zainuddin ZainalDato' Sri Mohd Najib (Tun Abdul Razak) adalah antara Perdana Menteri terbaik sejak saya berada dalam parti politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) 60 tahun lalu, kata bekas Naib Pengerusi Veteren UMNO Selangor, Zainuddin Zainal,84.Menurutnya, pendapat dan analisa yang dibuat beliau itu mengambil kira rekod dan sejarah kepimpinan PM yang terdahulu dan tidak menafikan semua personaliti yang pernah mengetuai pentadbiran negara itu ada kelebihan masing-masing yang tidak perlu disangkal."Najib memang antara yang terbaik antara enam PM yang pernah saya bersama dan saya berani menyatakan beliau adalah PM yang bijak, berdedikasi dan tegas dalam mentadbir negara."Saya sempat bersama dengan lima orang PM sebelum sejak zaman Tunku Abdul Rahman...dan saya lihat Najib ni lain dari yang lain sebab itu saya menyokong penuh kepimpinannya,"katanya ketika ditemui Teganukita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.Zainuddin yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Kepada Mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Zain Mohammad berkata, senario PAU kali ini juga sangat berbeza kerana merupakan perhimpunan Melayu terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Hebat dan terbaik...nampak penyatuan di sini apabila orang Melayu berkumpul tanpa mengira status demi kelangsungan parti keramat UMNO."Ini juga satu petanda yang baik untuk PRU14 nanti kerana saya melihat satu semangat yang berkobar-kobar di kalangan perwakilan dan para pemerhati yang datang....dan saya yakin UMNO dan BN akan terus memerintah dan mempertahankan Putrajaya,"katanya.
06 Dec 17
69
Empty Image
Terengganu Catat 2,475 Penduduk Terlibat Banjir Gelombang Pertama
Banjir gelombang pertama yang berlaku sepanjang sembilan hari, mulai  27 November hingga 5 Disember yang lalu melibatkan 2,475 orang  membabitkan  822 keluarga.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 74 Pusat Pemindahan Sementara (PBS) dibuka.Katanya, hampir semua daerah terlibat banjir kecuali Kemaman. PBS pertama dibuka kepada mangsa adalah di  Hulu Terengganu diikuti Besut, Setiu, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.“Kemuncak banjir adalah pada 29 November lalu sehingga mencapai 2,475 mangsa permindahan  dan seterusnya menurun pada 30 November dan 1 Disember.“Bagaimanapun pada 2 Disember jumlah  mangsa yang dipindahkan ke PBS kembali meningkat  iaitu melibatkan 1,446 orang  kepada 1,479 orang,”katanya. Katanya, pada 3 dan 4 Disember, jumlah mangsa terus menurun disebabkan cuaca yang agak pulih seperti sediakala.“Sehingga semalam (kelmarin), pusat pemindahan telah ditutup sepenuhnya,”katanya.Menurutnya, APM sentiasa bekerjasama dengan  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam semua aspek termasuk berkaitan amaran di mana sekiranya keadaan bencana dilaporkan amaran kuning  menandakan penduduk perlu berwaspada.“Apabila dinaikkan ke amaran jingga (cuaca buruk),  mangsa perlu bersedia untuk berpindah dan amaran merah menandakan paras air pada kedudukan bahaya,”katanyaBilik Gerakan Bencana Negeri di Wisma Darul Iman masih diaktifkan dalam keadaan berjaga-jaga iaitu beroperasi dalam waktu pejabat.Bagaimanapun, jika berlaku keadaan kritikal atau pemindahan, bilik gerakan bencana negeri ini akan diaktifkan semula dalam tempoh 24 jam.
06 Dec 17
21
Empty Image
Semakan Permohonan SBP Imtiaz YT Bermula 30 November ini
Semakan pusat ujian kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan semakan kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) bagi tahun 2018 boleh dibuat bagi menduduki ujian kelayakan.Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, laman sesawang semakan permohonan ke SBP dan SM Imtiaz YT telah bermula 30 November hingga 15 Disember 2017 di https://ss1.moe.gov.my/spat1_m.../ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm.Katanya, manakala tarikh menduduki UKSBP adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di 14 pusat ujian seluruh Terengganu. Semakan tawaran boleh dibuat pada 29 Disember 2017.“Manakala calon yang tidak berjaya mendapat tawaran dan yang tidak berkesempatan memohon secara online, talian e-Rayuan bagi sistem permohonan online ini akan dibuka semula pada 29 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018.“Calon boleh memohon pada tempoh tersebut di pautan www.sst1.moe.gov.my,” katanya.Menurutnya, calon yang bakal menduduki ujian UKSBP hendaklah berpakaian sopan.Selain itu, semakan permohanan kemasukan ke SM Imtiaz YT Semakan boleh dilakukan di pautan https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/edaftar/statusreg.php.
06 Dec 17
228
Empty Image
T-Kitchen Sasar Pendapatan RM2.5 Juta
Dato' Seri Ahmad Razif bersama dengan wakil dari setiap agensi dan syarikat yang mendatangani MoU dalam majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) menyasarkan jumlah keseluruhan unjuran pendapatan pada tahun pertama 2018 adalah sebanyak RM2.5juta.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara T-Kitchen dengan Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd (Brahim’s) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia(DPIM) Terengganu dapat memperluaskan lagi pasaran dua produk utama T-Kitchen.Katanya, dianggarkan unjuran jualan sebanyak RM1.3juta melalui Brahim’s Food dan unjuran jualan sebanyak RM1.2juta melalui DPIM."Kita juga melihat pada kemampuan fasiliti yang ada buat masa sekarang namun sekiranya ada keperluan atau permintaan yang tinggi maka kita tidak teragak-agak untuk menaik taraf fasiliti sedia ada."Kita mempunyai Chicken Cottage yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dimana sekarang terdapat 162 cawangan di seluruh dunia. Jadi kita akan pasarkan nasi dagang dan keropok lekor ini berasaskan di setiap cawangan disamping itu dengan bantuan daripada pihak Brahim's," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Terengganu Kitchen Sdn Bhd dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Koperasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri.Perjanjian-perjanjian tersebut ditandandatangani oleh Naib Presiden DPIMT, Dato' Dr Abdul Latiff Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Ketua Pegawai Operasi Brahim's, Mohd Zaki Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga pengerusi Terengganu Inc berkata pihaknya sekarang sedang melakukan penyelidikan untuk mengeluarkan produk baru di bawah T-Kitchen."Produk baru ini adalah termasuk makanan dan kuih tradisional dari Terengganu yang akan dijadikan sejuk beku seperti ikan celup tepung dan juga 'rojak kateh'."Kita mempunyai bahagian penyelidik di T-Kitchen itu sendiri jadi ianya masih dalam proses penyelidikan," katanya.Sejak dipasarkan, lebih 50,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen telah dipasarkan.Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.
06 Dec 17
199
Empty Image
PAU 2017: Puteri UMNO Tidak Akan Merajuk
Puteri UMNO tidak akan merajuk,tidak akan bergasak dan tidak menutup bilik gerakan sekiranya tidak terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum ke 14(PRU 14) nanti,demikian kata Ketua Puteri UMNO, Dato' Wira Mas Ermieyati Samsudin.Beliau memberi jaminan kerana sedar bahawa pilihan raya umum ke 14(PRU 14)ini adalah getir, penting dan ibu kepada segala pilihan raya."Maka Puteri UMNO  akan terus memasakkan janji dan wala' terhadap pemimpin dan parti UMNO ini bagi memenangkan Barisan Nasional." Sebab itu, Puteri tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda,"katanya pada ucapan dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.Menurut Mas Ermieyati ,YAB Presiden mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon namun pihak Puteri mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga menekankan pendekatan WLWC: (Winnable, Likeable, Workable, dan Capable)." Maksudnya calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan." Bahkan, bagi calon langsung seperti yang disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, adalah kaedah yang terbaik, Puteri UMNO mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti komponen Barisan Nasional.Katanya, dengan berbekalkan keahlian seramai 390,843 orang dan pemilih Puteri UMNO seramai 331,353 orang setakat suku tahun ke-2, Puteri UMNO akan melangkah lebih agresif selepas ini."Nilai-nilai positif ini perlulah dikekalkan. Puteri UMNO bukanlah satu medan untuk tempat kita meminta-minta jawatan, meminta-minta pangkat, meminta-meminta harta benda." Jauh sekali untuk mengejar populariti. Jadilah seperti seekor semut yang patuh pada arahan ketua, sentiasa bekerjasama dalam kumpulan dan setia berjuang memastikan sarangnya berdiri kukuh dan utuh dari pelbagai ancaman. Walaupun penghuninya bertukar ganti, sarangnya tetap kekal selamat,"ujarnya.
06 Dec 17
158
Empty Image
PAU 2017: Transformasi UMNO Tarik Golongan Muda
Iskandar JaafarUMNO kini sedang giat melakukan transformasi bagi menarik golongan muda untuk terus menyokong parti yang kini sudah melangkaui usia 71 tahun itu.Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, walaupun parti tersebut kini dilihat berusia namun kepimpinan sedang melakukan transformasi supaya kelihatan segar dan muda seiring dengan peredaran masa kini yang membawa inspirasi anak muda.Katanya, golongan muda perlu memahami dan mendalami apa yang dilakukan oleh UMNO semuanya bermatlamat untuk memberi kesenangan kepada mereka pada masa akan datang."Melalui Transformasi Negara 50 (TN50) yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merangkumi semua aspek khususnya kepada golongan muda."Mereka (pemuda) perlu faham apa yang dilakukan kini bukannya sekadar retorik yang sering dimainkan oleh pembangkang. Apa yang kita buat adalah merangkumi untuk tempoh 30 tahun akan datang," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Mengulas ucapan dasar oleh Khairy, Iskandar berkata calon-calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang perlu melibatkan golongan muda.Walaupun demikian, calon-calon lain juga perlu memainkan peranan bagi terus menarik belia untuk terus menyokong parti itu."Calon untuk PRU14 nanti perlulah terdiri daripada golongan yang segar. Paling tidak 30 peratus daripadanya adalah orang muda."Kepimpinan juga hendaklah selari dengan apa yang diingini oleh anak muda contohnya melalui media sosial, sukan dan sebagainya yang boleh mendekatkan mereka tanpa sebarang sekatan," katanya.
06 Dec 17
38
Empty Image
Bersedia Hadapi Banjir Gelombang Kedua
Che Adam menunjukan carta pergerakan hujan. Foto Tg Syamim Tg Ismail Penduduk di Terengganu diingatkan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku tengah malam esok (7 Disember) berikutan proses pertukaran monsun.Jabatan Meteorologi (MET) menjangkakan proses pertukaran monsun akan selesai sepenuhnya pertengahan bulan ini dan akan berulang perkara sama iaitu gelombang ketiga pada awal Januari.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata, pihaknya meminta semua pihak terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar sentiasa  berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan fenomema alam itu.Katanya, amaran berkaitan kedudukan paras sungai di seluruh negeri dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu bagi memastikan penduduk berwaspada dengan situasi semasa dan mengambil langkah sepatutnya.“Antaranya, Sungai Nerus sudah melepasi paras bahaya, manakala tiga sungai iaitu Sungai Nerus, Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Penih, Felda Mengkawan serta Sungai Telemong, Kuala Ping, di  Hulu Terengganu sudah melepasi paras amaran.“Manakala, Sungai Besut, Keruak, Besut dan Sungai Dungun di Kg Pasir Raja Dungun berada di tahap paras berwaspada,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Banjir di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Che Adam turut memberitahu, Terengganu baru saja selesai berdepan banjir gelombang pertama yang berlaku dalam tempoh sembilan hari dan berakhir semalam (6 Disember).“Akibat bencana itu, seramai 2,475 mangsa membabitkan 822 keluarga di seluruh negeri terpaksa berpindah ke  74  Pusat Pemindahan Sementara sepanjang banjir baru-baru ini,”katanya.
06 Dec 17
50
Empty Image
PAU 2017 :Lembayung Arjana Bangsa
Bismillahirrahmannirrahim.Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Yang Maha Esa. Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, dan para sahabatnya, serta para tabiin yang telah mendahului kita. “Sesungguhnya Allah SWT menciptakan apa yang dirancang, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya”. (Surah Al Qasas ayat 68) Sidang perwakilan sekalian.Sesungguhnya, saya lontarkan mafhum terjemahan ayat tersebut sebagai pembuka bicara, kerana kita semua dalam Dewan Merdeka ini, adalah insan terpilih, pemimpin masyarakat akar umbi. Kitalah umara’ penyambung perjuangan menyebarkan “Risalah Nubuwwah”. Kita seharusnya menjadi pemimpin “Qudwah Hasanah”, role model yang boleh memberi teladan terbaik kepada masyarakat. Malam ini, saya berdiri di hadapan bangsa untuk mencanai minda dalam kalangan sidang perwakilan dari Bahagian Padang Besar, Perlis hingga ke Bahagian Kudat di Sabah. Kita berhimpun di rumah agam ini, dari 191 bahagian seluruh negara, membawa niat dan hajat, mendengar debat dan amanat, demi kelangsungan umat sejagat. Persidangan ini adalah himpunan suara bangsa, menyatukan minda dan idea, merentasi kepelbagaian etnik dan budaya. Inilah satu keindahan dan keunikan. Bagai, bila tabuh dipalu, tiupan nafiri dimainkan, yang capik datang bertongkat, yang buta teraba-raba, yang tuli leka bertanya, yang jarak tolak-tolakan, yang rendah bertinjau-tinjau, yang dara duduk bersimpuh, yang teruna duduk bersila. Semuanya atas satu agenda untuk menyambung wasilah perjuangan bangsa. Inilah Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017. Inilah perhimpunan kita! Sidang perwakilan sekalian.Saya tidak mahu lagi berbicara tentang 7 cabaran politik yang diutarakan dalam persidangan tahun lalu. Malam ini, saya akan bentangkan 7 manifesto bangsa yang akan menjadi satu gagasan besar. Ia juga bekalan pemikiran dan asas tindakan kita dalam menghadapi PRU ke-14. Inilah Inilah manifesto sebelum manifesto. Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat. Saya percaya 7 manifesto ini yang merangkumi 7 lembayung arjana (kejayaan) bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya. Agak-agaknya kenapalah saya memilih angka 7 ini ?  Sebenarnya  angka tujuh sering diulang dalam Al-Quran. Allah SWT menciptakan tujuh petala langit, tujuh petala bumi,Dan disempurnakan pada hari ketujuhAda 7 lautan dan ada 7 benua.Penciptaan manusia juga mempunyai tujuh fasa Pensyariatan tujuh pusingan tawaf  danTujuh kali ulang-alik bagi sa’ie  dalam ibadah haji dan umrah Melontar jamrah juga dengan tujuh biji batu Takbir pertama solat sunat hari raya  juga sebanyak tujuh kali.Dengan ketentuan Allah SWT  7 orang presiden  telah memimpin UMNO sejak 7 dekad yang lalu Pastinya, Dato’ Sri Najib sebagai Presiden UMNO ketujuh, cabarannya bukan kecil tetapi besar. Cabarannya amat berbeza dengan presiden terdahulu tambahan pula ketika ini adanya ancaman media sosial. Terima kasih aktivis media sosial prokerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu kita. Biro IT UMNO juga tidak kurang hebatnya sentiasa memberi penjelasan isu semasa, dan menangkis tohmahan pembangkang dan membalas serangan. Pada zamannya juga tercetus suatu revolusi ekonomi dan industri yang dipacu oleh ledakan teknologi digital. Kita kini memasuki Revolusi Industri Keempat, mengubah cara manusia berkomunikasi, berinteraksi dan berdagang. Ia membabitkan kemunculan teknologi baharu seperti robotik, artificial intelligence (kepintaran buatan), teknologi nano, teknologi quantum, bioteknologi, percetakan 3D dan ‘autonomous vehicles’ atau kenderaan serba canggih.Selain itu, semua peranti elektronik sama ada di rumah atau dalam industri telah dilengkapi dengan perisian dan alat pengesan perubahan (sensor) yang membolehkan peranti berkongsi dan bertukar maklumat di antara satu sama lain. Ini terkandung dalam Internet of Things atau IoT. Ia pasti memberi kesan kepada geopolitik, ekonomi, keselamatan, sosial dan pendidikan negara. Hanya sebuah parti politik yang dinamik dan progresif mampu menghadapi gelombang baharu ini. Dasar tidak pernah berubah yang berubah hanyalah pendekatan. Alhamdulillah, Dato’ Sri Presiden yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi mampu membawa kita mengharungi Revolusi Industri Keempat ini. Kita semua ahli UMNO memberikan dokongan penuh kepada panglima kita. Sidang perwakilan sekalian.Gerbang PRU 14 kian kita hampiri. Dari hitungan ‘eddah’ politik, tempoh tamat penggal ini akan berakhir pada Jun 2018. Tidak boleh lari dari jeda masa itu, kita akan turun ke gelanggang sederap serentak. Datanglah Januari, datanglah Mac, atau bulan apa pun, kita akan hadapinya. Yang penting, kita harus memiliki “winning mentality” atau mentaliti untuk menang. Ia bukan sekadar konsep, bukan sekadar falsafah tetapi memerlukan semangat, keyakinan dan tindakan. Kita tidak akan berpaling atau berundur walau setapak pun! Obor perjuangan yang kita bawa bersama persis kisah Tariq Ibni Ziyad yang tidak lari dari peperangan akan kita terjemahkan. Namun, berpaling tidak sama sekali!UMNO tidak boleh KALAH! BN tidak boleh TEWAS! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional.LEMBAYUNG KESEJAGATAN POLITIK Sidang perwakilan sekalian.UMNO adalah sebuah parti politik  yang masih bertahan dan relevan sehingga hari ini. Berbanding parti politik lain  UMNO adalah sebuah parti politik, parti keramat paling unggul
05 Dec 17
106