lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Bajet 2018: Terengganu Perkenal Aplikasi E-Maksiat, Kekang Jenayah Takzir
Ghazali ketika berucap dalam sesi pergulungan Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Masyarakat Islam di Terengganu diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk turut memainkan peranan bagi mencegah jenayah yang melibatkan undang-undang takzir.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan negeri telah membangunkan aplikasi khas untuk rakyat Terengganu membuat aduan tentang sebarang salah laku terutamanya bagi mencegah maksiat yang berlaku di negeri ini.Katanya, aplikasi yang dikenali sebagai e-Maksiat dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) boleh didapati secara percuma melalui 'Google Play' bagi telefon mudah alih dengan menggunakan sistem android."Melalui aplikasi tersebut, orang ramai hanya perlu menyatakan lokasi kejadian dan pihak penguatkuasa berdekatan akan ambil tindakan seterusnya."Namun demikian, kita masih dalam tempoh percubaan, jadi jangan mengharapkan satu pencapaian yang tinggi. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Bagi saya mencuba itu penting daripada tidak membuat apa-apa langsung," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi pergulungan sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Terdahulu, Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) menyuarakan mengenai masalah perlakuan sumbang di kawasan-kawasan taman permainan dan mahu perkara itu ditegah oleh pihak berkuasa.
13 Dec 17
92
Empty Image
Bajet 2018: Agih Bantuan, 'Tidak Pilih Warna'
Kerajaan negeri tidak memilih warna atau fahaman parti dalam menghulurkan sebarang bantuan, terutama berkaitan bencana dan kebakaran.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata  sehubungan itu, kerajaan sangat menggalakkan rakyat memohon bantuan melalui program-program yang disediakan kerana ia merupakan hak mereka.Katanya, mana- mana individu mempunyai masalah berkaitan tanaman, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan tampil membantu, manakala jika berdepan dengan masalah  haiwan ternakan, mereka boleh merujuk kepada Jabatan Vetarinar Negeri Terengganu.“Berkaitan banjir tahun ini pula,  kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  bersedia daripada pelbagai aspek sejak September lalu temasuk  simulasi banjir, kelengkapan, persediaan anggota dan sebagainya.“Apa yang dilakasanakan itu membuktikan kerajaan sangat cakna dan tidak pernah menilai warna sama ada biru atau hijau untuk menghulurkan bantuan, “ katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) mengenai sejauh mana kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam menghadapi banjir dan bencana di persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.
13 Dec 17
67
Empty Image
Bajet 2018 : Bertuahnya Jadi Rakyat Terengganu - Tengku Zaihan
Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan empat pe-tunjang utama dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahukan, banyak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada rakyat.“Dalam pembentangan bajet kali ini, kita lihat betapa seriusnya kerajaan negeri untuk menangani peningkatan kos sara hidup dalam pelbagai kaedah menerusi 20 `touchpoints’ antaranya projek infra niaga, program jaya diri 2018, Program Membantu Rakyat (PMR), Skim Dana Usahawan (SDU) (RM2 juta) dan Dana Raya melibatkan hampir RM100 juta untuk  264,294 penerima.“Sebab itu kalau jumpa sahabat kita dari negeri lain, mereka akan kata, `bertuahnya jadi rakyat Terengganu’. Kerajaan cakna dari awal..dari bayi yang baru lahir hinggalah ke akhir hayat,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2018, di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Tengku Zaihan, untuk pusat aktiviti warga emas, kerajaan menyediakan peruntukan RM6 juta untuk dimanfaatkan oleh 4,000 warga emas.Tambahnya, pelbagai bentuk bantuan juga disediakan untuk pembangunan belia atau anak muda di Terengganu.“Seperti kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi…InsyaAllah keharmonian dan kesentosaan hidup bermasyarakat menjadi realiti. -http: //terengganu.news
13 Dec 17
597
Empty Image
Bajet 2018 : Gen Z Diutamakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
YB A.Latiff AwangKerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada Generasi Z selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.YB A.Latiff Awang (BN-Pengkalan Berangan) menjelaskan kepada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini,  Generasi Z adalah golongan yang berusia tujuh hingga 19 tahun pada 2017 dan akan menjangkau usia 15 hingga 27 tahun pada 2025.“Jika berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025, sebab itu pelan pendidikan kita mengambil kira (fokus) Generasi Z.“Pertama, kita tengok Generasi Z, mereka adalah pengguna internet sejak kecil lagi..kita boleh tengok anak-anak kita boleh main gajet dan `game’. Kedua, mereka juga amat selesa dengan penggunaan teknologi dan gajet. Ketiga , mereka juga amat gemar berkomunikasi dengan media sosial. Itu gambaran secara umum tentang Generasi Z dan sebab itu dalam penyediaan (prasarana teknologi dan program) Generasi Z yang akan hidup di alaf baru, sesuai juga dengan TN50 (Transformasi Nasional 2050), kerajaan kita mesti bagi ilmu, pendidikan kepada mereka sesuai dengan zaman mereka."Jika kita dulu belajar sesuai dengan zaman ketika itu, dan hari ini kita agak payah menyesuaikan diri dengan zaman sekarang sebab itu kita kadang-kadang bercelaru bila ada perubahan dengan teknologi, kerana kita sendiri buta dengan teknologi berbanding generasi dan bangsa lain di negara maju mereka sudah ke hadapan,”katanya.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Mohd Mahdi Musa (BN- Kota Putera) mengenai perancangan kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana, teknologi dan program kepada Generasi Z dalam menghadapi situasi perubahan teknologi, di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri itu, pendedahan awal seperti pembelajaran teknologi maklumat, perkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), memastikan penguasaan bahasa dan sebagainya antara penekanan kepada Generasi Z.- http://terengganu.news
13 Dec 17
136
Empty Image
Bajet  2018:  Terengganu Rekodkan 876 Kekosongan Jawatan Imam dan Bilal
Sebanyak 876 jawatan imam dan bilal di masjid kerajaan masih belum diisi disebabkan calon temu duga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata dua faktor utama yang menyebabkan calon gagal dipilih adalah kerana tidak melepasi syarat asas dan berada di luar di kawasan mukim.“Kesalahan semasa temuduga yang kita adakan adalah tidak menempati ciri-ciri seorang imam misalnya dari segi bacaan al -Quran, fardhu ain dan kifayah walaupun mempunyai minat untuk menjadi imam atau bilal’.“Faktor kedua ialah calon memenuhi syarat tetapi berada di luar kawasan mukim yang kita tempatkan kerana mereka tidak mahu ke tempat yang sepatutnya mereka dihantar dan kita terpaksa cari anak mukim, ini yang jadi persoalan kenapa kesukaran kita untuk memenuhi sasaran kita mempunyai tiga imam tiga bilal di setiap masjid,” katanya ketika menjawab soalan Satipul Bahri Mamat (Pas – Paka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet) hari ini.Tambahnya, kerajaan negeri akan mengadakan sesi temuduga terbaru dengan mengadakan beberapa penambahbaikan bagi mengisi kekosongan jawatan imam dan bilal.‘’Insyaallah kita akan adakan sesi temuduga dan kelemahan akan diperbaiki dengan mengadakan beberapa strategi untuk atasi seperti diberi latihan untuk membolehkan golongan yang berminat yang bersungguh tetapi menpunyai halangan dari segi keupayaan mereka dalam menguasai termasuk ilmu fardu ain dan kifayah’.‘Gaji imam dan bilal di masjid kerajaan perlu dikaji semula untuk menarik minat mereka melihat jawatan ini yang kekal sebagai sumber pendapatan insyaallah pihak kerajaan akan kaji mengikut kesusaian iaitu (dan mungkin) skim baru buleh dipertimbangkan’ tambahnya lagi. – www.Terengganu.news
13 Dec 17
76
Empty Image
Bajet 2018: Sembilan Laluan Baharu Untuk My Bus
Ir. Rosli ketika mengulas lanjut berkenaan laluan My Bus di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Sembilan laluan dikenalpasti sebagai laluan perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)  bermula  tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, sebanyak 32 buah bas disediakan termasuk lapan daripadanya adalah bas elektrik.Katanya, sebagai perintis, perkhidmatan bas tersebut hanya akan bergerak di sekitar Kuala Terengganu."Laluan T101 melibatkan Kuala Terengganu-Manir-Gong Badak-Batu Rakit, Kuala Terengganu-Seberang Takir-Gong Badak-Jeti Merang (T102), Kuala Terengganu-Tepuh-Padang Maras-Batu Rakit (T103), Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang (T201) dan Kuala Terengganu-Pasir Panjang-Kg. Laut-Bukit Payung (T202)."Seterusnya T203 akan melalui Kuala Terengganu-Panji Alam-Kedai Buluh-UCSI, Kuala Terengganu-Losong-Sg. Rengas-Rawai-Bukit Payung (T204), Kuala Terengganu-UiTM Chendering-Marang (T301) dan terakhir Kuala Terengganu City Feeder (F100)," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi soalan Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, laluan bagi bas elektrik hanya akan melibatkan laluan F100 iaitu Kuala Terengganu City Feeder."Laluan ini akan melalui Kuala Terengganu-Hospital Sultanah Nur Zahirah-Pantai Batu Buruk-Giant dan Mydin.Dalam pada itu, Rosli (BN-Kemasik) berkata tambang yang bakal dikenakan bagi perkhidmatan bas tersebut dijangka lebih murah daripada perkhidmatan bas lain.Katanya lagi, perkhidmatan bas sedia ada seperti Cas Ligas, SP Bumi dan satu syarikat daripada Besut juga turut ditawarkan untuk terlibat SBST."Namun penglibatan secara terperinci belum dikenalpasti. Berapa buah bas akan terlibat untuk syarikat bas lain masih tidak pasti," katanya.
12 Dec 17
138
Empty Image
SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN #BAJETTERENGGANU2018 -13.12.2017
IKUTI SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN TERENGGANU MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS DI DEWAN DUN, WISMA DARUL IMAN , TERENGGANU 
12 Dec 17
76
Empty Image
Bajet 2018: Isu KT- Bypass, Penduduk Langgar Syarat
Ir. Rosli bercakap kepada media berhubung isu KT-Bypass pada Sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri bersedia meneliti semula rungutan dan bantahan penduduk di sekitar projek pembangunan KT-Bypass di Kuala Terengganu bagi melancarkan pembangunan infrastruktur yang bertujuan mengurangkan kesesakan di pusat bandar tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, pihaknya mendapati projek yang dibangunkan Kerajaan Pusat sejak tahun lalu itu turut terjadi perlanggaran syarat tanah apabila penduduk mendirikan kediaman di tanah pertanian.Katanya, kemudiannya penduduk mendakwa mereka tidak dibayar pampasan dengan kadar yang setimpal."Ada di kalangan yang melanggar syarat ini pada asalnya Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk membayar kalau tidak salah sekitar 30 peratus daripada jumlah harga kediaman dan tanah."Tapi itu adalah sebagai salah satu saguhati bukannya satu peraturan sebagai mengambil kira kesusahan yang mereka hadapi," katanya.Beliau berkata demikian kepada media sebagai mengulas isu KT Bypass susulan bantahan sekumpulan penduduk, selepas sesi soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, isu tersebut juga melibatkan penyewa tanah terlibat yang ingin menuntut pampasan, sedangkan mereka bukan pemilik sebenar."Bayaran yang diperakui oleh Kerajaan Pusat adalah kepada tuan tanah bukan penyewa."Jadi sekarang penyewa pula meminta hak mereka. Jadi bila berlaku hal sebegini yang dipanggil ketidak setujuan cara bayaran dan sebagainya jadi kita terpaksa tengok balik," katanya.Dalam masa yang sama, Rosli berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik kerana ianya mampu menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah ibu negeri yang mempunyai infrastruktur tersusun dan sistematik.Sebelum itu, lebih 20 penduduk kawasan terlibat dengan kawasan pembangunan KT-Bypass melakukan demonstrasi di perkarangan Wisma Darul Iman menyatakan ketidak puasan hati mereka berkenaan pampasan yang diperolehi.Untuk rekod, KT Bypass dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya sejak Julai 2016 melibatkan laluan sepanjang 5.875 km, bermula dari persimpangan Tok Molor, Jalan Tok Adis (T12) hingga ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan FT03 Kota Bharu – Kuala Terengganu.Untuk melengkapkan laluan baru ini, turut akan dibina adalah empat jambatan, dua Vehicular Box Culvert (VBC), ataupun laluan bawah, menaik taraf persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku kepada jenis bertingkat, sistem perparitan, pembentungan, lampu jalan, lampu isyarat dan kelengkapan jalan lain.Secara keseluruhannya, projek menelan belanja kira-kira RM321 juta dengan RM167 juta adalah kos kontrak manakala RM154 juta pula adalah untuk kos pengambilan tanah.
12 Dec 17
184
Empty Image
Bajet 2018 : Tidak Pernah Henti Taja Pelajar Luar Negara - A. Latiff
Kerajaan negeri tidak pernah menghentikan penajaan pelajar ke luar negara seperti yang diuar-uarkan oleh segelintir pihak.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan negeri tetap meneruskan penajaan pelajar ke luar negara khususnya dalam bidang-bidang kritikal.A. Latiff (BN-Pengkalan Berangan) berkata, program penajaan pelajar ke luar negara diteruskan seperti biasa, bagaimanapun hanya berlaku pengurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya."Pada tahun 2017, seramai 13 orang telah dihantar ke luar negara dan dijangka 2018 pun begitu juga."Pengurangan ini disebabkan oleh sesetengah kos seperti perubatan dan kedoktoran di Rusia, Mesir dan sebagainya tidak dihantar lagi sebab kita mengambil kira pelajar yang belajar dalam negara sudah mencukupi," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, untuk tahun 2017, pelajar yang dihantar ke luar negara merupakan pelajar yang mengikuti kos kejuruteraan dan perakaunan.Katanya lagi, kerajaan negeri turut meneruskan biasiswa kepada mana-mana pelajar yang berkelayakan melalui Yayasan Terengganu.
12 Dec 17
36
Empty Image
Bajet 2018 : Dewan Jadi Tempat Berbalah - Hilmi
YB Hilmi (dua, dari kanan) bersama ADUN yang lain menikmati jamuan tengahari sebaik selesai sesi soalan di persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, tengahari tadi. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, sedikit tercemar apabila YB  Hilmi Harun (PAS -Manir) mengeluarkan dakwaan persidangan sebagai tempat perbalahan.Bagaimanapun, selepas ditegur Yang Dipertua (YDP) DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong, Hilmi mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan peraturan mana, beliau kemudiannya menarik balik perkataan `baloh’ dan menukarkan kepada `berbahas’.Mohd Iskandar turut meminta YB Manir itu menarik balik kata-katanya bahawa `Dewan sebagai tempat berbalah’. Susulan itu, Hilmi cuba membetulkan semula perkataan `baloh’ sebagai tempat bincang.Beliau sebelum itu berkata, `tempat ini (DUN) tempat baloh, bukan tempat makan, tempat makan.. baru tenang’.YB Ariffin Deraman (PAS-Alur Limbat) sebelum itu ditegur YDP supaya menjaga adab dan akhlak yang perlu dipatuhi di dalam Dewan berikutan sudah lima kali bangun, manakala Hilmi pula sudah tiga kali bangun untuk mencelah tanpa kebenaran sehingga mengganggu persidangan menjawab soalan pada sesi pagi tadi.Sebelum itu, Ghazali Taib (BN-Ajil)  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri berkata 13 masjid dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sehingga kini.Antaranya, Surau Maahad Tahfiz Waltarbiayah, Tok Jiring;  Surau Hijau Kampung (Kg) Padang Lalang Felda Neram 1, Kemaman; Surau Matlail Badrain, Besut; Masjid Lama Tebing Tembah, Paka; Surau Kag Tok saboh, Besut dan lain-lain lagi.  Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) berhubung berapa jumlah masjid di Terengganu dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran dan apakah status masjid itu, selain tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.Menurut Ghazali,  pada 22 Februari 2015 berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Islam Maidam  kali pertama pada 2015, tujuh daripada 13 buah masjid berkenaan diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat tertakluk kepada lima syarat.Syarat berkenaan adalah A- pihak mohon memohon perlu mendapat sekurang-kurangnya  80 tandatangan pemastautin, B- tidak menjejaskan aktiviti berjemaah di majid sedia ada, C- pihak majlis perlu mengadakan pertemuan dengan wakil masjid dan surau mengenai syarat yang perlu dipatuhi dan D,- tidak benar mempamerkan  lambang dan simbol berkaitan parti politik dan E-Maidam boleh mengawal masjid dan surau itu. Tujuh masjid/surau berkenaan adalah di Besut, iaitu Surau Kg Pak Sik Keruak, Hulu Besut; Surau Kg Tok Dat,Surau Kg Padang Landak, Surau Kg Lahar, Surau Kg Awek, Hulu Besut; Masjid Lama Kg Jabi dan Surau As Salam Kg Gong Gemuntong Jertih. Tambah Ghazali, kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan terus memantau dan institusi agama dan rumah ibadat itu tanpa mengira kepartian dan politik demi memastikan kelangsungan kemaslahatan umat Islam di negeri ini.www.terengganu.news
12 Dec 17
322