Artikel "Utama" Terkini
Chicken Cottage Lebar Sayap Perniagaan Ke Benua Afrika
Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) melebarkan sayapnya ke Benua Afrika ketika ini yang mana memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera ‘Chicken Cottage’.Pemilik restoran berkenaan, Alhaji Atiku Abubakar berkata, pihaknya merancang untuk membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Afrika Sub-Sahara.Katanya, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka cawangan Chicken Cottage di setiap negeri di Nigeria.“Selain mahu membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Sub-Sahara Afrika.“Untuk tujuan ini, saya telah memberi kelulusan kepada pihak pengurusan untuk memulakan perbincangan dengan Chicken Cottage International,” katanya dalam News Agency Of Nigeria selepas merasmikan cawangan Chicken Cottage, di negara itu, semalam. Beliau turut berjanji untuk membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik di Nigeria kerana berkeyakinan tinggi bahawa penubuhan cawangan Chicken Cottage di negeri terpilih akan membantu mengurangkan pengangguran di negara ini.“Kami turut menyasarkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap setiap negeri, langkah itu mampu membantu warga Nigeria untuk bekerja.“Kami akan menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu warga Nigeria yang akan memperolehi pendapatan (upah hidup) dan seterusnya menyumbang untuk mengurangkan pengangguran di Nigeria”, katanya.Tambahnya, Cottage Chicken juga akan menyumbang kepada pendapatan petani tempatan sebagai contoh bahan mentah utama bagi produk itu akan diperolehi dari kalangan petani tempatan, ianya termasuk hasil pertanian seperti ayam, sayuran, kentang dan beras.“Kegembiraan saya yang paling utama adalah untuk memberi nasihat kepada petani tempatan dan melihat mereka mempunyai hasil yang dibeli dan digunakan di Nigeria dan Afrika, dengan itu secara tidak langsung akan memperkasakan mereka.“Selain itu, manfaat berganda dari perusahaan ini akan diperluas kepada pengangkut, pembekal minuman, pengilang perkakas, Artisans dan juga pembuat perabot”, katanya lagi. – terengganu.news
16 Dec 17
69
Dua Kakitangan Ukom Raih Anugerah
Dato' Zubir bersama pemenang anugerah pada Malam Penghargaan Dan Anugerah Media 2017. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailDua kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu ( Ukom) memenangi dua anugerah dalam Majlis Malam Penghargaan Dan Anugerah Media 2017 anjuran Epic Berhad di Hotel Primula, Kuala Terengganu malam tadi.Pemberita, Suriati Ali memenangi tempat ketiga bagi kategori Media Cetak Dan Portal Online (Berita dan Rencana Terbaik).Manakala Jurufoto, Tengku Mohammad Syamim Tengku Ismail turut menduduki tempat ketiga bagi kategori Fotografi Terbaik.Masing-masing layak membawa pulang hadiah wang tunai RM750 beserta sijil penghargaan.Anugerah kepada pemenang disampaikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Wan Rudirman Wan Razak; Pengurus Besar Bahagian Perancagan dan Komunikasi Korporat EPIC, Abdul Adzim Abdul Hamid dan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Wan Abdul Rahman Hayat.Majlis sama turut mengiktirafkan Ketua Biro Utusan Terengganu Wan Zukifli Wan Yaakob sebagai penerima Anugerah Khas Kewartawanan, selain menggondol tempat pertama bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita Online (Berita dan Rencana).Dua penganugerahan itu melayakkan Wan Zulkifli membawa pulang hadiah wang tunai RM4,500 beserta sijil.Lebih 100 pengamal media hadir memeriahkan majlis yang turut mempertandingkan kategori Media Elektronik yang dimenangi oleh Radio Televisyen Malaysia ( RTM).Terdahulu, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam teks ucapan yang dibacakan Dato' Zubir berkata, media adalah elemen penting dalam mencorakkan kehidupan dan membentuk masyarakat."Jika sebelum ini, tumpuan media hanya terhad kepada media cetak atau media elektronik, tetapi kini sudah menjangkau ke tahap lebih tinggi iaitu media alaf baharu."Melalui media juga, pemikiran masyarakat mampu diubah. Malah paling membimbangkan, ianya mampu menjatuhkan negara, sebaliknya juga boleh membangun serta memakmurkan negara," katanya.
16 Dec 17
250
Bajet 2018 : Bajet Negeri Terbaik Dalam Sejarah
Ahmad Razif selepas menamatkan sesi terakhir bagi pembentangan Sidang DUN kali ke-13 di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Bajet Terengganu 2018 adalah bajet terbaik yang dibentangkan Kerajaan Barisan Nasional dalam sejarah negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan sepanjang tahun depan itu menonjolkan kelainan apabila berasaskan 60 titik sentuhan bagi membantu semua golongan sasar."Kita buat satu kelainan kerana berasas kepada 60 'touch point' yang betul-betul tuju kepada sasaran iaitu terutama kepada B40 dan M40 .Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860, manakala M40 (pertengahan) adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319."Itu menjadi sasaran utama kerana kita yakin mereka ini adalah merupakan penjana yang boleh menggerakkan domestik ekonomi untuk Negeri Terengganu," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas tamat sesi pengulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, walaupun pembangkang menyifatkan bajet tersebut merupakan bajet untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 namun itu terpulang kepada mereka."Tiap-tiap tahun memang kita bentang bajet pilihan raya. Bukan tahun ini saja malah tahun sebelum ini memang kita bentang bajet (pilihan raya) kerana yang pertama ialah kita nak menunaikan janji kepada rakyat kerana ini kita buat semasa pilihan raya."Ini membuktikan Barisan Nasional adalah kerajaan yang membantu rakyat. Kita sudah janji tunaikan janji. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang menepati janji," katanya.
14 Dec 17
41
Bicara Bajet Terengganu 2018- Disiar Secara Langsung
Satu program bual bicara khas akan diadakan bagi membincangkan tentang Bajet Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Tingkat dua Wisma Darul Iman pada hari Isnin ini jam 9 pagi.Program dinamakan sebagai ‘Bicara Bajet Terengganu 2018’ julung kali dibuat anjuran Terengganu News dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri (UKOM).Bicara Bajet akan disiarkan secara langsung oleh portal Terengganu.news dan beberapa saluran media sosial lain.Peranan moderator akan digalas oleh Muhd Aimin Mohd Tahir dan Ridzuan Hashim manakala ahli panel terdiri daripada usahawan, ahli akademik dan wakil belia dalam tiga segmen yang berlainan. – www.Terengganu.News
14 Dec 17
83
1.7 Tan Sisa e-Waste peranti mudah alih dipungut semula
Antara kotak pengumpulan di 105 premis terpilih di seluruh Malaysia termasuk lebih 750 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara di PI1M Kampung Tok Randok,Ajil,Hulu TerengganuSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengumpul lebih daripada 1.7 tan sisa elektronik (e-Waste) peranti mudah alih melalui program Mobile e-waste "Old Phone, New Life" pada akhir September tahun lalu, sejak diperkenalkan bermula Ogos 2015.Timbalan Menterinya, Dato' Seri Jailani Johari berkata, program ini juga merupakan satu inisiatif SKMM bagi menyokong komitmen Malaysia untuk mengurangkan keupayaan pelepasan gas rumah hijau (GHG) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding dengan intensiti pengeluaran KDNK pada tahun 2005 seperti yang disahkan dalam Perjanjian Paris. Katanya, program itu mempunyai pilihan yang lebih baik untuk mengitar semula sisa elektronik (e-Waste) dengan cara membantu melindungi alam sekitar melalui budaya 3R iaitu Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula."Ini adalah sebahagian daripada program e-waste Mobile MCMC yang bertemakan "Old Phone, New Life" yang berada dalam misi untuk mengumpul peranti e-Waste mudah alih melalui program kitar semula bersama sambil mendidik orang ramai tentang kepentingan melupuskan barangan tersebut melalui alam sekitar."Orang ramai boleh membuang peranti mudah alih dan aksesori lama mereka ke dalam kotak pengumpulan di 105 premis terpilih di seluruh Malaysia termasuk lebih 750 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara,"katanya ketika ditemui pemberita di Majlis 'Back To School' Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, hari ini. Jailani berkata, komponen elektronik yang terdapat dalam peranti elektronik masa kini mengandungi bahan pencemar seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh menyebabkan masalah kesihatan serta persekitaran yang serius jika tidak berjaya dilupus dengan baik.Tambahnya, kebanyakan pengguna masih menyimpan peranti lama mereka di dalam laci mereka atau hanya membuangnya seperti sisa buangan isi rumah."Kaedah pelupusan sedemikian sangat berbahaya kerana bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari aktiviti pembakaran di tapak pelupusan akan mencemarkan alam semula jadi dan dengan itu menjejaskan kesihatan manusia."Melalui proses kitar semula, 90 peratus bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih dan aksesori boleh dipulihkan melalui proses pengekstrakan yang dikenali sebagai "perlombongan bandar,"katanya.Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada semua jenis sisa yang dihasilkan dari peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet, komputer riba, termasuk bank kuasa(power bank), pengecas, bateri dan aksesori peranti.
14 Dec 17
175
Bajet 2018 : 107 Lokasi Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia
Terengganu membangunkan perkhidmatan WiFi secara 'hotspot' di 107 lokasi menerusi program `Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia ’ (KTW1M) di seluruh negeri bagi membolehkan pengguna menggunakan internet secara percuma. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, projek KTW1M inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital masyarakat khususnya di luar banda.Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (5), Kemaman (32), Dungun (11), Besut (10), Hulu Terengganu (18), Marang (4), Setiu (17) dan Kuala Nerus (10).“Hulu Terengganu meliputi kawasan luas sampai ke Telemong, Ajil dan ditambah dengan (pusat pelancongan) Kenyir, kawasan yang luas (luar bandar). Kemudahan yang disediakan kepada penduduk tersebut meliputi kelajuan yang cukup tinggi kerana hendak membantu keupayaan (jalur lebar) di negeri kita.“Tetapi projek pengurusan cara berbeza..Untuk di bawah SKMM secara terus dari Kerajaan Pusat, untuk Terengganu kita sedia maklum sebagaimana yang dimaksudkan oleh Alur Limbat (PAS) daripada cadangan kita dulu 680 tempat tadi. Daripada jumlah itu, kita mampu 519 sahaja,”katanya ketika menjawab soalan YB Ariffin Deraman (PAS-Alur Limbat), di sidang Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Ghazali berkata, kemampuan jalur lebar dalam jarak 250 meter yang menggunakan teknologi HTML dan VSAT itu tidak terkecuali daripada berdepan masalah teknikal dan halangan untuk membangunkan keseluruhannya dengan lancar.Tambahnya, kontraktor akan menyelesaikan masalah dengan memberi tumpuan kawasan penting seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pusat pentadbiran negeri di Wisma Darul Iman dan kawasan tumpuan pelancongan bagi dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang lebih meluas. Untuk rekod, menerusi touchpoint ke-56 dalam Bajet 2018, kerajaan negeri juga turut istiqamah untuk memperluaskan liputan capaian Terengganu Wi-Fi. Selaras dengan kejayaan penyediaan 537 jalur lebar di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu pada 2017, maka pada 2018, kerajaan negeri akan melengkapkan kemudahan ini di Dungun dan Kemaman dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit. -Terengganu.news
14 Dec 17
99
Bajet 2018: Prasarana Sempadan Terengganu- Kelantan Dinaiktaraf
Kerajaan negeri akan menaiktaraf prasarana dan landskap di sempadan Terengganu- Kelantan di Kampung Pachakan, Kuala Besut sebagai menarik minat lebih ramai pelancong ke Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata laluan empat lorong akan dinaiktaraf sepanjang 400 meter, lengkap dengan pembinaan longkang, kaki lima dan landskap.Katanya, pintu gerbang Selamat Datang akan ditambah baik dengan memasang lampu hiasan agar bersesuaian dengan kempen kerajaan negeri sempena Visit Beautiful Terengganu.“Premis perniagaan sedia ada akan dibaikpulih dan beberapa premis lain akan dibina baru supaya nampak lebih tersusun,” katanyaBeliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini
14 Dec 17
138
Bajet 2018: Kelas Maya Dinaiktaraf Kepada i-Kelas
Kelas maya dan penggunaan e-Book yang diperkenalkan kerajaan negeri di sekolah rendah sebelum ini dinaiktaraf kepada i-Kelas agar bersesuaian dengan perubahan sistem pendidikan di negera ini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek perintis itu kini diguna pakai 17 sekolah di seluruh Terengganu yang diselia dan dipantau Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Top IT melalui laman sesawang khas.Katanya, keberkesanan program i-Kelas dapat dibuktikan dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman apabila berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Digital Story Telling dan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.“Kelas maya yang dijalankan sebelum ini hanya menumpukan pembelajaran maya secara statik di dalam kelas dibantu peralatan mengajar, guru dan komputer.“Manakala i-Kelas lebih menumpukan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT, tidak bergantung kepada kesediaan internet di sekolah, proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar dan audio,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ariffin Deraman (BN-Alur Limbat) pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.A Latif turut memberitahu, peralatan yang diguna pakai bagi mengendalikan i-Kelas, termasuk projektor interaktif, komputer guru, tablet murid, akses wifi dan bahan pembelaran digital.“’Pengunaan i-Kelas akan melahirkan modal insan mempunyai kemahiran kolaboratif, komunikasi, pembinaan ilmu penggunaan ICT terkini, inovasi, menyelesai masalah dan tapis kendiri,” katanya.
14 Dec 17
57
PT3 : Terengganu Rekod 556 Pelajar Perolehi Semua A
A. Latiff mengucapkan syabas dan tahniah kepada 556 pelajar yang memperolehi semua A dalam PT3 2017. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Seramai 556 daripada 20,266 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 di Terengganu berjaya memperolehi semua A.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, mereka yang memperoleh kesemua A tersebut akan diberikan insentif sebanyak RM500 seorang dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).Katanya, keputusan pelajar PT3 tersebut bukan hanya bergantung kepada subjek yang diambil namun dimasukkan sekali dengan Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Psikometrik dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)."Ini merupaka pembelajaran alaf baru yang mana bukan saja melihat pencapaian dari segi semua A pada pelajar tersebut tetapi mengambil kira dari segi pentaksiran lain."Kepada yang tidak mendapat kesemua A, mungkin mereka cemerlang dari segi bidang kokurikulum dan ia tidak bermakna mereka tidak cemerlang," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam masa yang sama, A. Latiff turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam PT3 2017.Beliau juga berharap agar pelajar-pelajar tersebut meneruskan momentum supaya dapat mengekalkan kecemerlangan atau meraih keputusan lebih baik untuk peperiksaan akan datang."Pembelajaran di tingkatan empat dan lima amat berbeza. Jadi di sini, pelajar memerlukan motivasi dan kesedaran yang berterusan di kalangan mereka."Yang penting pelajar-pelajar harus sedar bahawa pembelajaran ini hendaklah diperbaiki jika ada kelemahan-kelemahan supaya mereka dapat mengekalkan prestasi yang baik dan akhirnya dapat melahirkan pelajar-pelajar Terengganu yang hebat dan cemerlang di peringkat yang lebih tinggi," katanya.
13 Dec 17
35
Bajet 2018 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Meningkat
ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini Terengganu merekodkan pencapaian paling tinggi bagi Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah apabila merekodkan 24.2 peratus dalam tempoh 2014 hingga 2015.Beliau ketika membahaskan Bajet 2018 menjelaskan, kajian oleh pakar ekonomi iaitu Tan Sri Profesor Dr. Noor Azlan Ghazali menerusi Laporan Jabatan Statistik mengenai Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah menunjukkan Terengganu berada di kedudukan lima terbaik, berbanding sembilan negeri yang lain.“Terengganu melebihi purata kebangsaan pada tahun 2014 dan yang paling tinggi berbanding sembilan negeri lain. Hanya di depan kita adalah Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang.“Ini adalah indikator yang lebih baik daripada pendapatan purata isi rumah. Dan ini kita dapat lihat walaupun KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) kita di ambang 3.1 hingga 3.8 peratus tetapi pendapatan rakyat sudah meningkat. Ini menunjukkan bahawa perjuangan kita (Barisan Nasional) sejak dahulu lagi, daripada Menteri Besar yang lama, yang dulu, mantan Menteri Besar , sebelah saya Adun Kijal (Dato’ Seri Ahmad Said) yang ada bersama dengan kita pada hari ini. Hasil ini hanya boleh dicapai atas perjuangan mereka sejak dahulu lagi. Syabas Kerajaan Barisan Nasional. Terima Kasih kepada semua pejuang-pejuang kita,” katanya. - http://terengganu.news
13 Dec 17
78