lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Rumah Hadiah Tahun Baru
Sambutan tahun baru 2018 bagi sepuluh keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, membawa berita menggembirakan apabila mereka bakal menetap di rumah baru di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Teluk Rebana, Apal, Besut.Penerima rumah berkenaan menyifatkan kedatangan tahun baharu sebagai anugerah paling berharga apabila impian mendapatkan rumah kediaman sendiri menjadi kenyataan selepas berpuluh tahun tinggal bersama keluarga.Majlis penyerahan replika kunci rumah dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar bersama Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar dalam satu majlis ringkas semalam.Wan Ismail berkata, pembinaan rumah berkelompok itu membantu menyelesaikan sebahagian golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi pembinaan rumah PPRT di daerah itu dan 50 rumah sudah disiapkan serta diserahkan kepada penerima yang layak.Mohd Iskandar berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan projek rumah berkenaan kerana menghadapi beberapa masalah teknikal dan bersyukur akhirnya ia dapat diselesaikan dengan sempurna.“Masih ramai golongan yang memerlukan rumah di kawasan itu, dan kerajaan akan berusaha dari masa ke semasa untuk membantu golongan terbabit,” katanya.Seorang penerima, Aida Mat Hussin, 46, berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak terbabit kerana memilihnya untuk mendapatkan rumah berkenaan.Katanya, sebelum ini beliau terpaksa menumpang di rumah ibu bapa bersama tiga anak manakala suaminya bekerja di Kemaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa.“Saya akan berpindah di rumah baru dan menganggap tahun baru membawa rezeki dan tuah kepada ahli keluarga kerana mempunyai rumah sendiri,” katanya.
01 Jan 18
485
Empty Image
Idea Kreatif Mampu Tingkat Kualiti Pelancongan
Ahmad Razif menyambut kedatangan pelancong asing- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pengusaha produk pelancongan digesa membantu kerajaan negeri menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk meningkatkan kualiti pelancongan di negeri ini sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  berkata pihak itu  tidak seharusnya bergantung kepada produk sedia ada, sebaliknya perlu menumpukan pelbagai  lokasi sejarah, produk hiliran dan kebudayaan untuk diketengahkan kepada pengunjung terutama pelancong asing.Katanya, setiap daerah di negeri ini ada keistimewaan tersendiri, sebagai contoh di kawasan Hulu Terengganu, sememangnya terkenal dengan  penemuan batu bersurat, pihak berkaitan perlu mengambil pendekatan mengilap apa yang ada itu.“Pada masa sama mencari  idea baru yang pastinya boleh boleh menarik minat pelancong ke kawasan masing-masing.“Jika di Rantau Abang, Dungun, sememangnya  terkenal dengan lokasi pendaratan penyu, memandangkan penyu semakin pupus, kerajaan bersedia mewujudkan replika penyu di kawasan tumpuan,”katanya.Beliau berkata demikian selepas menyambut kedatangan pelancong Sempena Sambutan Tahun Baharu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Ahmad Razif turut memberitahu kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Rumah Haji Su di Kampung Losong sebagai Galeri Produk Tradisional Terengganu.Katanya, rumah lama yang memperlihatkan keunikan seni bina warisan dan ketinggian seni pertukangan Melayu cukup sesuai bagi tujuan itu.“Dengan adanya galeri tersebut pelancong dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai produk tradsional, termasuk barangan kraftangan, songket dan pelbagai produk makanan di samping mengunjungi rumah tersebut,’’ katanya.Sebelum itu, Menteri Besar turut merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Kepada Pengusaha Beca dan Bot Penambang di lakosi sama,Seramai 60 pengusaha beca dan 20 bot penambang hadir  menerima insentif tertunggak RM600 daripada kerajaan negeri.
31 Dec 17
92
Empty Image
Terengganu Sambut Tahun Baru Dengan Program Keagamaan
Ahmad Razif berserta jemaah lain berdoa memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk rakyat serta negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Walaupun tiada tembakan bunga api di Terengganu oleh kerajaan negeri, Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 tetap disambut meriah oleh masyarakat di sini.Pendekatan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ke arah keagamaan memberikan dimensi baharu dalam menyambut tahun baharu di Terengganu.Dalam program Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus tersebut, pelbagai pengisian berbentuk keagaamaan dijalankan.Bermula jam 9 malam, program dimulakan dengan slot khas bersama wakil Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), forum perdana, persembahan nasyid dan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad.Tepat jam 12 malam, Ahmad Razif disertai pemimpin-pemimpin setempat menyertai solat hajat yang dipimpin oleh Penolong Pesuruhjaya II (Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Muhammad Ash-Shafie Abd. Manan.Solat hajat yang turut disertai kalangan pelajar sekolah tersebut adalah bertujuan untuk memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negeri.Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Dalam majlis yang sama, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM500,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, Hasimah Saleh.
31 Dec 17
209
Empty Image
Rombakan 44 Pegawai Tadbir Perkuatkan Pentadbiran Negeri - Ahmad Razif
Menteri Besar bergambar dengan pegawai yang terlibat dengan rombakan struktur pentadbiran kerajaan negeri yang baharu selepas majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraRombakan melibatkan 44 pegawai tadbir kerajaan negeri bermula 1 Januari ini diharap akan memmperkuatkan pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan transformasi kerajaan menerusi prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi transformasi kerajaan, kerajaan mahu memastikan asas utama iaitu menyediakan perkhidmatan berasas kepada penawaran perkhidmatan daripada pelanggan dan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.“Alhamdulillah harini kita sudah selesai majlis penyerahan tugas dan juga angkat sumpah pegawai-pegawai kanan dan untuk tahun hadapan bermula esok  seramai  44 pegawai kanan bertukar dan sebahagian besarnya ialah kenaikan pangkat. “Apabila tiga orang pegawai tertinggi kita iaitu Dato’ Pengarah PTG (Pejabat Tanah Dan Galian), Dato’ DO (pegawai daerah) Kuala Terengganu dan juga Datuk Bandar  pencen mulai 31 Disember 2017 (hari ini), maka kerana itu berlakunya rombakan dalam struktur baharu pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri dan  kita berharap dengan perubahan atau rombakan struktur ini akan memberikan satu lagi kekuatan pada pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, bagi memastikan perkhidmatan penjawat awam sentiasa berada di landasan yang tepat, sistem `star rating’ diperkenalkan kepada pengerusi dan ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan kampung (J3K) seluruh Terengganu.Tambah beliau, kerajaan negeri berharap supaya J3K akan memainkan peranan lebih komited dan aktif untuk mengenal pasti permasalahan serta isu di peringkat kampung mereka sekali gus bertindak sebagai agen penyalur maklumat kepada kerajaan.Katanya, segala permasalahan dan isu berkenaan boleh disalurkan kepada pegawai daerah di kawasan masing-masing supaya tindakan penyelesaian dapat dibuat dengan lancar dan segera untuk manfaat serta kebajikan rakyat.Menurut beliau lagi, dalam usaha memastikan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan 60 titik sentuhan dilaksanakan mengikut waktu yang tepat dan sebagaimana ditetapkan dengan sebaik mungkin, satu jawatankuasa khas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dibentuk supaya memantau serta melicinkan perkara itu.Dalam pada itu, seramai 44 pegawai tadbir negeri terbabit dalam rombakan antaranya ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim ditukarkan ke jawatan Pengarah Tanh dan Galian Terengganu, dan jawatan lama beliau akan diganti oleh Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun Salleh pula ditukarkan ke jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu manakala Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Hulu Terengganu, Azmi Razik bertukar ke jawatan sama di Kuala Terengganu.Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Marang, Zainal Abidin Mohamed ditukarkan ke jawatan yang sama di Hulu Terengganu diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok bertukar ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbiran Tanah Besut.Lain-lain adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad bertukar ke jawatan yang sama tarafnya di Marang; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A. Bakar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Wan Mohd. Anuar Wan Endut ditukarkan ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Setiausaha MBKT, Zulkafeli Omar ke jawatan baru sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.Pertukaran lain termasuk Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Anuar Awang ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Setiausaha MBKT.Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohamad A. Rahman @ Othman ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.
30 Dec 17
342
Empty Image
Nelayan, Buruh Di Seberang Takir Terima Sumbangan
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur. Foto oleh Harish Fadzillah KassimSeramai 866 nelayan,  pengusaha bot penambang dan buruh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan wang tunai RM300 serta barangan dapur dengan nilaian RM100 daripada Epic Berhad bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh berikutan keadaan ombak besar serta angin kencang.Bantuan keseluruhan  RM346,400 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  yang juga Menteri Besar.Penerima terbabit bersyukur dan juga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan itu yang memperoleh pendapatan tidak menentu.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To Puan Seri Halina ZakariaPenerima bantuan Awang Jusoh, 46, dari Kampung Baru Seberang Takir, berkata bantuan itu boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah tiga anaknya yang belajar dan juga barangan dapur"Saya tidak tahu hendak cakap kerana kita rasa terlalu gembira mendapat bantuan ini. Terima kasih kepada kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan itu petang tadi.Penerima yang juga seorang buruh Alias Ghani, 50, pula berkata bantuan itu amat penting kerana pendapatannya sebagai buruh hanya cukup makan.Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan membelanjakan lebih RM346,000 untuk membantu pengusaha bot penambang, nelayan dan buruh menerusi program tersebut dan ini merupakan tahun kesembilan ia dilaksanakan." Saya sedar mengalami kesempitan hidup pada musim tengkujuh kerana sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari rezeki, " katanya.
30 Dec 17
81
Empty Image
Bantuan Diagih Sebelum Menjelang Sesi Persekolahan-Ahmad Razif
Ahmad Razif menyarungkan beg sekolah kepada pelajar sekolah. Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri akan memastikan kesemua pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan sebelum sesi persekolahan baharu bermula Isnin ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan pelbagai skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan menerusi agensi berkaitan serta ditambah sumbangan pihak swasta adalah tidak mungkin ada pelajar yang layak tetapi tercicir daripada senarai penerima."Oleh itu pengurusan sekolah juga diminta untuk memberi kerjasama dengan mengenal pasti jika ada pelajar yang layak tetapi tidak mendapat bantuan."Sekiranya ada kita di pihak kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan khusus untuk membantu pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan ini mendapat bantuan sewajarnya."Ini kerana dengan pelbagai bantuan yang disumbangkan ramai pihak ketika ini untuk membantu meringankan beban ibu bapa untuk membeli keperluan sekolah anak-anak adalah tidak seharusnya ada penerima yang layak tidak mendapat bantuan ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Happy 2 School anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KPIM) serta Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KPIM) yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, Parlimen Kuala Nerus adalah parlimen ke-50 daripada 75 parlimen di seluruh negara yang menerima bantuan kelengkapan persekolahan.Katanya, seramai 1,000 murid Tahun Satu hingga Enam daripada keluarga yang kurang berkemampuam terpilih menerima sumbangan berkenaan dalam meringankan beban ibu bapa.
30 Dec 17
23
Empty Image
200 Pelajar Terima Bantuan TNB
200 pelajar yang kurang berkemampuan menerima sumbangan dari TNB bagi memulakan sesi persekolahan bermula tahun hadapan. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Seramai 200 pelajar dari lima sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima sumbangan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program 'Back To School' 2018, hari ini.Dalam program yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu juga, 43 pelajar cemerlang dari dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) turut menerima sumbangan.20 pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR, masing-masing menerima RM200 dan baucer dari Kedai Kasut You manakala bagi yang mendapat keputusan 6A menerima RM300 serta baucer Kedai Kasut You bernilai RM100.Bagi lapan orang pelajar cemerlang PT3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir menerima wang tunai berjumlah RM400 berserta baucer dari Kedai Kasut You bernilai RM100.Dalam pada itu, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Terengganu, Ahmad Rashidi Ab Hamid @ Azis berkata  progran tersebut merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam bidang pendidikan.Katanya, progran bantuan kelengkapan persekolahan murid-murid tersebut bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan persekolahan."TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan dalam mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak, terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ramai anak."Program anjuran TNB ini turut dilaksanakan di 50 buah daerah di seluruh negara. Mereka menerima set kelengkapan sekolah bernilai RM200 setiap orang dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2 juta," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam program 'Back To School' di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
30 Dec 17
207
Empty Image
Pusat Hemodialisis Di Telaga Daing Dijangka Operasi Februari Ini
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut memotong rambut seorang kanak-kanak sambil diperhatikan Menteri Besar sempena Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPusat hemodalisis baharu di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus dalam proses akhir penilaian oleh Kementerian Kesihatan sebelum dijadualkan beroperasi bermula Februari ini.Kemudahan kesihatan bernilai RM1.4 juta itu kini dalam kerja-kerja akhir penilaian bagi memastikannya bebas dari kulat sebelum dibuka kepada orang ramai.Menteri Besar, Dato'  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kementerian Kesihatan perlu melaksanakan pemeriksaan secara rapi dan mengeluarkan kelulusan untuk memastikan pusat perubatan yang dilengkapi kemudahan 24 mesin dialisis itu benar-benar selamat."Pusat hemodialisis ini yang pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan secara berasingan kepada pesakit tertentu seperti kes HIV dan Hepatitis B menyebabkan kelulusan lebih terperinci dan memakan masa sebelum dibenar beroperasi."Operasi pusat ini adalah kerjasama antara Pusat Rehabilitasi dan Kementerian Kesihatan dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir Kuala Nerus, hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, karnival  yang dianjurkan Pejabat DUN Seberang Takir bersama Pemuda dan Puteri UMNO DUN itu disertai lebih 3,000 masyarakat sekitar dari golongan B40. "Puteri dan Pemuda UMNO bersama Ketua-ketua UMNO cawangan turut membantu mengagihkan pelbagai kelengkapan persekolahan seperti pakaian, beg, buku, kasut, gunting rambut dan sampul buku secara percuma kepada penduduk khususnya pelajar,"katanya.Tambahnya, segala peralatan bukan sahaja bantuan yang disediakan kerajaan negeri, malah sumbangan pelbagai badan korporat seperti Plus Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Tabung Haji bagi meringankan beban penduduk dan memastikan sesi persekolahan berjalan lancar.Katanya, seramai 33 tukang gunting kebanyakannya dari  kalangan generasi Y turut turun padang menggunting rambut 700 pelajar lelaki yang bakal memasuki persekolahan Isnin ini.
28 Dec 17
304
Empty Image
Pelajar Cemerlang KKYT Lupakan Hasrat Ke Universiti
Ghazali bersama bekas pelajar KKYT selepas Majlis Konvokesyen Kali ke 5 KKYT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Foto Tengku Syamim Tengku Ismail“Saya terpaksa  mengenepikan impian untuk menyambung pelajaran ke universiti awam berikutan kedua ibu bapa yang berniaga kecil-kecilan kurang sihat dan tidak berkemampuan.“Biarpun mendapat tawaran temuduga dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), saya terpaksa melupakan hajat itu dan memilih untuk meneruskan pembelajaran di Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT),” kata penerima Anugerah Cemerlang  KKYT Maklumat Nurul Syafika Roslan.Nurul Syafika yang memiliki Diploma Pentadbiran Sistem ditemui pemberita  selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke- 5 KKYT, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Pelajar sama sebelum ini mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad, Kuantan. Nurul Syafika (kanan) bersama dua pelajar cemerlang lain. Hadir menyempurnakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Dalam majlis itu, seramai 140 pelajar berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.Nurul Syafika memberitahu, banyak keistimewaan belajar  di KKYT kerana bukan sahaja mendapat potongan pinjaman 50 peratus, dia juga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sekiranya ayah yang sakit buah pinggang  dan ibu menghidap angin medu memerlukan pertolongan.“Jarak  antara asrama di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dengan rumah di Paka, Dungun tidak jauh, mudah untuk  saya berulang-alik sekiranya ayah dan ibu memerlukan saya jika jatuh sakit.“Saya mahu  mahu melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi, bagaimanapun  buat masa sekarang memilih untuk menolong ayah dan ibu berniaga menu pagi di hadapan rumah, selain memohon pekerjaan sebagai pegawai kemahiran latihan di mana-mana  kolej kemahiran di Terengganu,” katanyaSementara bagi Penerima Anugerah Cemerlang, Mohammad Aiman Naim Mohd Sabri, 22, pula  kegagalan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia lima tahun lalu mendorong dirinya untuk berjaya  dalam pelajaran sepanjang menuntut di KKYT.“Atas kecemerlangan  itu, saya  kini bertugas sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Era Skill Collage, Ajil, Hulu Terengganu walaupun hanya memmiliki Sijil  Kemahiran Malaysia KKYT,” katanya     
27 Dec 17
685
Empty Image
Khairul Wakili Malaysia Kejohanan PES League Asia Bangkok Januari Ini
Seorang remaja tidak menyangka pembabitannya dalam permainan video bola sepak (Play Station) secara suka-suka selepas tamat persekolahan dahulu membawa tuah apabila berjaya mewakili Malaysia dalam Kejohanan Pro Evolution Soccer (PES) League 2x2 Asia di Bangkok, Thailand bulan depan.Muhammad Khairul Amin Shamsudin, 20 dari Bandar Permaisuri, Setiu, berkata, dia hanya bermain secara suka-suka selepas tamat persekolahan kerana sebelum ini dia tidak pernah mempunyai permainan `video game' itu.“Semasa tamat SPM, ayah saya belikan permainan PS3 dan pada masa itu saya bermain PES 15 mewakili Malaysia, tetapi malangnya tidak dapat meneruskan saingan mewakili Malaysia kerana tidak menang.“Saya main permainan ini secara dua lawan dua, pada mulanya dua minggu lepas ada pemilihan untuk saringan mengikut peringkat zon di Malaysia iaitu mengikut negeri,” katanya yang kini giat menjalani latihan sekiranya tiada kelas pengajian.Menurutnya, pemilihan pada masa itu dibuat di Shah Alam, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan dan pada pemilihan tersebut hanya memilih beberapa kumpulan untuk ke peringkat saringan yang dibuat di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada minggu lepas untuk saringan sekali lagi.“Pemilihan ini hanya memerlukan dua pasukan sahaja di mana terdapat dua kali saringan untuk memasuki peringkat ini.“Saringan pertama dibuat di sebuah studio di Seksyen 9, Shah Alam kerana saya belajar di Politeknik Engku Omar (Perak) dan menjalani latihan praktikal di Rawang Selangor, manakala pada hujung minggu saya akan ke sana,” katanya yang gemar bermain sukan itu pada masa lapang.Menurutnya lagi, dia akan ke Bangkok, Thailand, pada 20 Januari depan bersama rakan pasukannya bagi mewakili Malaysia ke peringkat asia yang disertai lapan buah negara termasuk Korea Selatan dan Jepun.Khairul Amin, anak sulung kepada pasangan Shamsudin Idris, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan isterinya, Hapsah Yusuff seorang guru di Sekolah Menengah Guntung, itu berkata, sebelum ini dia hanya bermain untuk satu lawan satu, bagaimanapun gagal membuktikan keupayan diri sehinggalah menyertai permainan dua lawan dua yang baru diperkenalkan untuk PES musim 2018. Tambahnya, dia bersama rakan pasukannya, Hafeez Shariffudin membuat keputusan untuk menyertai pertandingan pada kali ini memandangkan ini adalah peluang untuk mereka.“Walaupun akan berhadapan dengan pemain handalan di Asia tetapi harapan saya adalah dapat mengharumkan nama negara serta Negeri Terengganu dalam sukan itu kerana pertandingan julung kalinya disertai warga Terengganu," katanya.“Pada mulanya, ibu bapa saya tidak mengambil hal sangat pembabitan saya dalam permainan ini kerana ia hanyalah 'game' biasa tetapi selepas saya menyertai beberapa perlawanan barulah dia mula memberi perhatian dan sokongan, " katanya yang pernah mencapai beberapa kemenangan dalam sukan itu.
27 Dec 17
45