lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
1,500 Warga Emas Di Besut Dapat Cermin Mata Percuma
Seramai 1,500 warga emas di Besut  berpeluang mendaftar diri untuk mendapatkan cermin mata rabun dekat secara percuma yang diadakan selama dua hari di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih, semalam.Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Syarikat Korporat itu terbuka kepada semua penduduk berumur 45 tahun ke atas.Presiden PBPM, Hussin Awang Ngah berkata, penduduk di daerah itu memberi sambutan yang menggalakkan apabila 1,500 mendaftar nama sebaik sahaja kaunter pendaftaran dibuka pada jam 9 pagi dan berakhirlapan jam kemudian.Katanya, KRT Bandar Jertih diberi tanggungjawab mendaftar orang ramai bagi mendapatkan sumbangan oleh sebuah syarikat korporat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu.Beliau berkata, penduduk pelbagai kaum di daerah berkenaan termasuk kakitangan pelbagai jabatan berebut-rebut mendaftar nama sebaik sahaja kaunter pendaftaran itu dilancarkan pagi kelmarin dan berakhir petang semalam.“Saya amat gembira melihat ramai yang berkunjung ke Pusat Rukun Tetangga berkenaan, malah ada yang meminta tempoh pendaftaran itu dilanjutkan berikutan masih ramai yang berminat menyertainya,” katanya.Hussin berkata, beliau memilih KRT Bandar Jertih untuk mendaftar permohonan kerana badan bukan kerajaan itu mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat setempat malah menerusi Program Sayangi Komuniti anjurannya sentiasa mendapat sambutan.Katanya, dia tidak menyangka dalam tempoh 18 jam kaunter pendaftaran dibuka ribuan penduduk mengambil kesempatan untuk mendapatkan cermin mata percuma itu.Beliau juga berharap supaya pendaftar bersabar menunggu proses untuk mendapatkan cermin mata terbabit daripada pihak penyumbang utama.Katanya, majlis penyerahan cermin mata terbabit kepada pemohon dijangka diadakan pada akhir Januari depan dan akan disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
26 Dec 17
230
Empty Image
4,847 Lampu Jalan Kampung Dipasang Seluruh Terengganu Sepanjang 2017
Ahmad Razif (kanan) dan Ismail Sabri merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung peringkat negeri di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.Sebanyak 4,847 unit lampu jalan kampung melibatkan kos keseluruhan RM4 juta siap dipasang di seluruh Terengganu sepanjang 2017.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada keseluruhan kemudahan yang disediakan di semua lapan parlimen itu, 447 daripadanya adalah lampu jenis LED.Katanya, Terengganu antara negeri yang seratus peratus siap pemasangan lampu untuk kemudahan penduduk setempat itu sepanjang tahun ini."Kalau ikutnya kita semua sekali terima 4,847 unit lampu jalan. Jadi purata yang dipasang adalah antara 556 hingga 557 bagi setiap parlimen."Untuk 2018 ada lagi bajet tambahan jadi sudah pasti saya nampak isu atau permasalahan lampu jalan kampung ini akan dapat selesaikan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata RM100 juta diperuntukkan untuk lampu jalan kampung iaitu pemasangan sebanyak 120,000 unit lampu jalan kampung dan 6,333 daripadanya adalah jenis LED di seluruh negara.Katanya, 81.4 peratus siap pemasangannya di seluruh negara dan dijangka sebelum 31 Disember ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menyiapkan keseluruhan termasuk Sabah dan Sarawak."Walau bagaimanapun untuk Terengganu, peruntukan sebanyak RM4 juta dengan 4,847 unit lampu jalan kampung di 799 buah kampung telah disiapkan 100 peratus oleh TNB."Cuma di Sabah yang lewat sikit tapi seperti dimaklumkan tadi sebelum 31 Disember kita siapkan kesemuanya dan untuk tahun hadapan mulakan yang baru untuk 2018," katanya.Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan sejumlah RM70 juta untuk membayar bil elektrik bagi jalan kampung sepanjang 2016. "Saya hendak maklumkan bahawa ramai yang apabila kita tawarkan lampu jalan kampung ini terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) kadang-kadang agak risau kerana takut mereka akan membayar bil elektrik tersebut. "Tapi seperti yang disebutkan oleh Menteri Besar dalam ucapannya sebentar tadi (semalam) bahawa semua lampu jalan kampung di kawasan kampung dibayar oleh kerajaan," katanya.
25 Dec 17
265
Empty Image
PB Plaza Dibuka Selewat-lewatnya Februari Ini
PB Plaza, dalam lingkaran PMINT Square di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu akan memulakan operasi bermula selewat-lewatnya Februari tahun depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembukaan tersebut dapat menutup segala polemik berhubung operasi premis perniagaan itu sebelum ini.Katanya, dua peneraju utama akan beroperasi di PB Plaza apabila dibuka kelak."PB Plaza di Terengganu bakal mempunyai Digital Mall sendiri yang akan dikendalikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara)."Selain itu, The Store turut akan dibuka di PB Plaza tersebut yang dijangkan memulakan operasinya bermula penghujung Januari ini" katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.
25 Dec 17
94
Empty Image
SPNB Bina 79 Unit Rumah Mesra Felda
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri  melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) komited memberi manfaat kepada generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) apabila membangunkan 79 unit kediaman di kawasan Felda Belara, Tepoh, Kuala Nerus,  bermula Februari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek kediaman yang dikenali sebagai Rumah Mesra Felda itu akan dibina sama seperti konsep yang diguna pakai di Kampung Chalok, Setiu iaitu pembinaan rumah akan diselia SPNB di atas tanah milik Felda.Katanya, kerajaan tiada masalah dan sangat mengalu-alukan projek kerjasama itu kerana bukan sahaja membantu generasi baharu memperoleh kediaman selesa malah dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. “Rumah Mesra Felda berkonsepkan rumah teres dengan jangkaan harga jualan sama seperti Projek Rumah Mesra Rakyat iaitu di bawah RM65,000 seunit.“Pemilik iaitu mereka yang bekerja kampung, buruh atau dikategorikan sebagai berpendapatan rendah hanya  perlu membayar pinjaman secara bulanan antara RM150 hingga RM200 sebulan,”katanya.Inisiatif itu bagi membantu pemilik yang tidak mempunyai  penyata gaji untuk memiliki rumah kerana mereka hanya perlu membayar kepada SPNB, bukan kepada bank.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  merasmikan Program Walkabout Menteri Besar Bersama Komuniti Felda Belara yang dihadiri kira- kira 1,000 penduduk setempat.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’  Basir Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd JalilSebelum itu, Ahmad Razif turut meluangkan masa lebih satu jam di felda itu untuk sarapan bersama penduduk di Kedai Kopi Pak Hasan, seterusnya  melawat dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik.
25 Dec 17
297
Empty Image
Kerajaan Negeri Biayai Kos Urus Jenazah Tiga Beradik
Ibu arwah tiga beradik terpaksa dipapah anak sulungnya sejurus tiba di kampung petang ini.Oleh : Aliffah Hanisfarhana SuhaidiKerajaan negeri bersedia membiayai  sepenuhnya kos pengurusan jenazah ketiga-tiga beradik korban nahas di Kampung Batu Putih, semalam.Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar, Dr Wan Ashaari Wan Ismail mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menziarahi dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada waris mangsa.Wan Ashaari berkata, kerajaan negeri mengucapkan takziah dengan peristiwa yang sungguh menyayat hati apabila keluarga itu kehilangan tiga anak serentak dalam nahas pagi semalam."Kerajaan negeri berharap ibu bapa mangsa Rosnani Ibrahim, 53 dan bapanya Wan Kamaruzzaman Wan Muhamad, 56, yang baru sahaja tiba dari Mekah bagi melihat jenazah buat kali terakhir memperolehi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian getir ini. Kami juga bersetuju menanggung sepenuhnya kos pengurusan tiga jenazah adik-beradik ini,"“Keluarga berkenaan turut mendapat sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri,” kata beliau selepas menziarahi keluarga arwah hari ini.Lebih 200 keluarga, saudara mara, rakan sekerja dan sahabat handai memenuhi Unit Forensik Kemaman petang tadi sebelum jenazah dibawa pulang.Dalam kejadian pagi semalam, tiga beradik maut nahas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang sebaik singgah di rumah saudara di Melaka selepas menghantar kedua ibu bapa dan seorang lagi adik beradik mereka, Wan Nur Afikah, 17, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Semua jenazah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baharu tiba dari KLIA pada jam 3.30 petang ini. Mereka selamat tiba di KLIA dari Mekah kira-kira jam 10 pagi.Sebelum itu, Wan Kamaruzzaman dan Rosnani yang tidak dapat menahan sebak terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31, dan keluarga terdekat untuk menatap tiga anak mereka sebelum menyelesaikan urusan memandi dan pengebumian.Anak mereka, Wan Nur Athirah, 27; Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Kuantan di Kampung Batu Putih, Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi semalam.Dua lagi penumpang yang bersama mereka iaitu ibu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya, Nurul Aliani Zawawi, 25, turut tercedera dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.Ketiga-tiga jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai dan disemadikan dalam satu liang lahad Tanah Perkuburan Islam Binjai selepas solat Maghrib, sebentar tadi.
24 Dec 17
66
Empty Image
Si Kembar Cantik, Pintar Terima RM3,000 Seorang Anugerah Sarjana
“Saya gembira naik pentas bersama kembar menerima Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu. Alhamdulillah saya dapat meneruskan kecemerlangan ini bersama-sama sejak dari sekolah rendah sehingga ke menara gading.“Kami memang belajar sama-sama satu kelas tidak pernah terpisah sejak tabika dan harungi susah senang bersama hingga berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kejurulatihan dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris),”kata Faten Fazrin Mohd Sharin, 25, dari Kampung Amir, Kota Putera, Besut, semalam.Faten FazrinFaten Fazrin dan kakak kembarnya, Fatin Syafika, masing-masing mendapat RM3,000 beserta sijil dan cenderahati.Mereka termasuk di kalangan 200 pelajar yang mendapat RM5,000 seorang (36 pelajar) dan RM3,000 seorang (164 pelajar) sempena Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Pasangan kembar yang juga anak bongsu kepada pesara guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Mohd Sharin Abd Rahman, 68, serta isteri, Fatmawaty Abdullah, 58, mahu menunaikan hasrat ayah mereka supaya meneruskan legasi keluarga pendidik."Syukur dan terima kasih dengan insentif dari kerajaan negeri kepada golongan mahasiswa seperti kami. Pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk kami membalas segala sumbangan ini untuk menjadi pendidik yang cemerlang selaras kehendak pucuk pimpinan negeri dan negara.“Kami kini menunggu tawaran penempatan perkhidmatan di mana-mana sekolah. Malah, masih berharap jika mendapat peluang berkhidmat di sekolah yang sama walau kami sedar harapan itu sangat mustahil.“Apabila melangkah ke alam kerjaya dan makin dewasa, kami akur kami perlu terpisah sementara bagi mencapai cita-cita masing-masing di bidang perguruan,”kata Fatin Syafika.Fatin SyafikaMenurut Fatin Syafika lagi, walau sekuat manapun kasih-sayang mereka, ada ketika dia perlu memberi ruang kepada adik kembarnya untuk memilih jalan hidup dan kini adiknya itu sudahpun menjadi isteri orang sejak beberapa bulan lalu, juga mengahwini seorang pendidik.
24 Dec 17
272
Empty Image
Gemuroh Juara Piala UMNO Kuala Nerus 2017
Pasukan Gemuroh yang muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Taman Perumahan Telaga Daing di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Gemuroh muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus 2017 yang berlangsung di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan akhir antara Gemuroh dan Taman Perumahan Telaga Daing yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Gemuroh muncul johan selepas berjaya menundukkan pihak lawan dengan jaringan 1-0.Jaringan tunggal tersebut dihasilkan oleh Mohd Jamali Mohd Nor seminit selepas bermulanya babak kedua.Dengan kemenangan tersebut, pasukan itu membawa pulang piala kejohanan, medal serta wang tunai berjumlah RM7,000.Pasukan Taman Perumanan Telaga Daing yang merangkul gelaran naib johan pula membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM5,000.Bagi tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh pasukan Tanjung Sabtu dan Banggol Tuan Muda dengan masing-masing membawa pulang medal berserta wang tunai RM3,000 dan RM2,000 bagi setiap pasukan.Dalam perlawanan tersebut juga, Mohd Hasrol Ali dari pasukan Taman Perumahan Telaga Daing dinobatkan sebagai pemain terbaik.
23 Dec 17
162
Empty Image
1,000 Pelajar Ceria Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah PLUS
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar di Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSeramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Kuala Nerus menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada PLUS Malaysia BerhadBantuan berjumlah RM250,000 itu  bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan pendidikan untuk anak-anak pada sesi persekolahan 2018 tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, agihan secara tahunan bernilai RM250 kepada setiap pelajar itu berupa dua pasang baju sekolah, sepasang kasut dan stokin, alat tulis serta beg.Katanya, sejak 2012 sehingga kini, kira-kira RM12 juta dibelanjakan PLUS bagi menjalankan pelbagai program berteraskan komuniti seperti program kembali ke sekolah, aktiviti kebajikan dan kempen keselamatan di seluruh negara."Saya berharap orang ramai terutama keluarga penerima manfaat sebaik mungkin di atas segala sumbangan yang diterima, " katanya.Beliau berkata demikian pada  Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.
23 Dec 17
130
Empty Image
Terengganu Belanja RM5.4 Juta Untuk Anugerah Sarjana YT
Menteri Besar menyampaikan insentif kepada seorang pelajar di Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraTerengganu membelanjakan RM5.4 juta sebagai insentif Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu (YT) kepada 1,427 pelajar  sejak 1998 hingga tahun ini.Insentif itu sebagai pengiktirafan kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama, masing- masing RM5,000 bagi Anugerah Ijazah Sarjana Muda (Iktisas) dan RM3,000 untuk Ijazah SarjanaMuda (bukan Iktisas).Daripada jumlah itu, seramai 200 pelajarmenerima insentif membabitkan perbelanjaan berjumlah RM672,000 pada tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada 200 pelajar berkenaan, 36 daripadanya mendapat RM5,000 seorang menjadikan jumlah RM180,000, manakala 164 lagi menerima RM3,000 seorang dengan jumlah RM492,000."Dari tahun ke tahun jumlah insentif ini meningkat dan tiada masalah untukkita sediakan ganjaran ini walaupun kerajaan negeri berdepan kekangan kewangan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah YT, Ishamudin Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan vNegeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Dalam pada itu, Ahmad Razif juga mahu YT bersama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) supaya terus memfokus dan memantau pelajar Terengganu di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bermula dari semester pertama lagi agar mereka dapat meneruskan kecemerlangan termasuk meraih anugerah dekan."Saya juga minta Yayasan Terengganu dengan Permata memberi fokus kepada pelajar sejak semester satu, semester dua dan seterusnya supaya pantau pelajar agar kita dapat sediakan insentif dan galakan atas kejayaan mereka termasuk memperolehi anugerah dekan."Manakala pelajar universiti yang tidak berapa bagus juga dibantu sepertimana pelajar UPSR kerana kita akan terus memberi fokus kepada pelajar cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan awam sahaja, malah di peringkat universiti juga dapat kekal terbaik,"katanya.Tambah beliau, kerajaan negeri juga mahu memastikan pelaburan dalam bidang pendidikan ini mendapat pulangan setimpal dan program sifar keciciran pelajar ke universiti tercapai apabila semua pelajar dapat menempatkan diri di IPT serta pusat latihan dan pengajian termasuk di bawah kerajaan negeri seperti di Kolej Universiti Tati (TATiUC), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) dan Pusat Latihan Perkayuan Terengganu (TTITC).
23 Dec 17
532
Empty Image
Lebih Banyak Laluan Bertingkat Akan Dibina Di KualaTerengganu
Ahmad Razif memotong riben sebagai simbolik merasmikan laluan bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan bercadang membina lebih banyak laluan bertingkat di Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  buat masa sekarang, laluan bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud sudah siap dibina dan boleh digunakan serta dapat menyelesaikan kesesakan trafik di kawasan itu.Katanya, walaupun dengan adanya laluan baru seperti Jambatan Pulau Sekati serta ke Pulau Sekati ianya hanya mampu menyelesaikan dalam masa terdekat kerana pertambahan kegunaan kereta di Kuala Terengganu."Kerana itu kita sedang membuat persediaan dengan mencadangkan supaya jalan di kawasan Durian Burung, Teluk Pasu dan juga Batu Enam membawa kepada Tepoh dan juga susur ke Lebuh Raya Pantai Timur 2 untuk dibuat ke konsep jalan empat lorong ini."Melihat kepada keperluan ini maka kita perlu laksanakannya sekarang kerana kosnya lebih munasabah disebabkan beberapa faktor antaranya dari segi pengambilan tanah yang akan lebih tinggi bergantung kepada masa," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Setiausaha Negeri Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah JKR Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar.Tambah Ahmad Razif, kerajaan negeri telah menghantar permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk meluluskan projek-projek tersebut."Ini kerana saya melihat potensi Kuala Terengganu sendiri sebagai ibu negeri Terengganu untuk lebih berkembang dengan pesat."Maka kerana itu, kita perlu menyediakan infra dan juga prasana yang akan boleh memastikan bahawa ianya selaras dengan peningkatan jumlah rakyat di daerah ini," katanya.
22 Dec 17
36