lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Latih, Tingkat Keupayaan Diri - Peserta TGTP
Maznah (empat dari kiri) bersama dengan sebahagian pelatih TGTP di Terengganu Inc. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Program Transformasi Siswazah Terengganu  (TGTP) terbukti membuka peluang kepada graduan khasnya anak Terengganu yang masih menganggur mendapat latihan dan kemahiran tambahan sebelum melangkah ke alam kerjaya yang lebih mencabar.Projek perintis yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak Oktober lalu itu sudah memulakan sesi pertama pengambilan apabila seramai 275 pelatih ditempatkan di pelbagai sektor perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan bermula Disember 2017.Di syarikat milik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), seramai 15 peserta TGTP ditempatkan di situ.Bagi seorang peserta, Nurul Wahidah Shamsudin, beliau amat teruja apabila diterima menyertai program julung kali dibuka kepada anak Terengganu selepas memohonnya menerusi pengiklanan dalam talian." Saya baru menamatkan pengajian pada Julai tahun lalu di Universiti Teknologi MARA dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi dan mengetahui program tersebut melalui media sosial Facebook."Saya terpilih untuk menyertai program ini di Terengganu Inc. Di sini, saya ditempatkan di unit Komunikasi Strategik di mana saya belajar cara untuk menguruskan acara serta membuat kertas kerja pengurusan," katanya.salah seorang pelatih, Syahin Ab Manaf menerima tunjuk ajar dari pekerja di Terengganu Inc.Bagi bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah, Wan Nor Efatul Akma Wan Adnan pula, melalui program tersebut, beliau mampu menimba pengalaman baru yang belum pernah dilalui di mana-mana tempat sebelum ini."Saya tidak mempunyai pengalaman kerja langsung lepas tamat pengajian. Setahun saya menamatkan pengajian, saya tidak ada pengalaman bekerja langsung cuma kerja di kedai-kedai sahaja."Jadi apabila diterima untuk panggilan temuduga saya amat gembira. Sebulan di Terengganu Inc dalam unit Modal Insan, banyak perkara baru yang dipelajari. Apa yang kita belajar dahulu tidak semestinya dapat digunakan dalam alam pekerjaan," katanya.Timbalan Presiden, Unit Modal Insan Terengganu Inc, Maznah Ibrahim berkata melalui program yang diinisiatifkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tersebut dapat membantu menyediakan platform kepada para graduan Terengganu untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka.Katanya, latihan yang disediakan di Terengganu Inc kepada pelatih memberikan mereka peluang untuk mencuba dan mempelajari ilmu baharu di alam pekerjaan."Di sini, kami mempunyai 15 orang pelatih. Jadi kami tempatkan mereka di beberapa unit seperti Modal Insan, Kewangan, Komunikasi Strategik, Pengurusan dan pelbagai lagi supaya para pelatih kami dapat praktikal mengikut kelayakan, minat serta potensi yang boleh digilap untuk diaplikasikan apabila keluar untuk mencari pekerjaan kelak."Selain itu, dalam tempoh enam bulan ini, pihak pengurusan akan melihat dari segi prestasi pelatih kami dimana jika didapati ada di antara mereka yang berbakat ataupun berkelayakan, mereka akan dipertimbangkan untuk diserapkan ke dalam penjawatan yang ada," katanya.
07 Jan 18
437
Empty Image
Orang Terengganu Percaya Tidak Sertai PAS Jadi Kafir?
“Masih ada orang Islam di Terengganu percaya bahawa orang UMNO dan orang lain yang tidak menyertai PAS kafir,” dakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Dakwa beliau, itu antara sebab beliau mempersoalkan mengapa masih tiada golongan mufti menolak dakwaan PAS dan `Amanat Hadi’ (ucapan lama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)Dakwa bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, jika mufti tidak menolak dakwaan PAS dan `Amanat Hadi’, maka mereka juga akan jadi kafir kerana tidak menyatakan penolakan terhadap amanat itu.“Mufti tidak harus terlibat dalam politik, tetapi apabila agama diperalatkan untuk politik dengan mengelirukan orang Islam, amatlah penting dan menjadi tanggungjawab mufti memberi penjelasan sama ada pendapat orang politik itu benar-benar berasas kepada Islam.“Hakikatnya jika orang bukan PAS temasuk saya dianggap kafir, maka mufti juga boleh dikatakan kafir kerana tidak menyertai PAS. Jika ‘Amanat Hadi’ diterima mufti bekerja dan menjadi pegawai dalam kerajaan kafir, benarkah?” dakwanya.Beliau berkata demikian dalam satu surat yang ditujukan kepada akhbar Utusan Malaysia. Mahathir meminta Utusan Malaysia menyiarkan kandungan suratnya itu dalam akhbar berkenaan.Pemimpin PAS hari ini menyangkal dakwaan Mahathir bahawa `Amanat Hadi’ menyatakan orang UMNO sebagai kafir sebaliknya cuma menjelaskan perkara yang boleh membatalkan syahadah sepanjang perimtahan Mahathir.Ungkapan menghina Islam seperti kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka kudung semua tangan orang Islam dan kalau laksana hukuman rejam, maka habis batu di jalanan antara ungkapan yang menjadikan seorang muslim jatuh kufur.
07 Jan 18
122
Empty Image
Banjir: JPNT Perlu RM380,000 Baiki Kerosakan Sekolah
Penerima anugerah bergambar kenanganJabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah memohon peruntukan sebanyak RM380,000 daripada Kementerian Pendidikan bagi membaiki kerosakan sekolah yang berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussain berkata kerosakan yang berlaku antaranya melibatkan pagar sekolah yang runtuh akibat arus deras dan atap serta siling sekolah yang tercabut diterbangkan angin kencang."Sebanyak enam buah sekolah di beberapa daerah antaranya sekolah di Bukit Mentok, Kemaman dan sekolah di Padang Midin telah kita dapati berlaku pelbagai kerosakan antaranya atap yang diterbangkan angin, siling kelas runtuh dan pagar yang rosak."Kita telah pun memohon peruntukan tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan kerja baik pulih kini sedang dijalankan dengan kebenaran (daripada kementerian)," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Gala TTB Kemenjadian Murid Gen-T 2017 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.Shafruddin berkata, pihaknya berjaya meminimumkan kerosakan yang melibatkan  kelengkapan sekolah kerana kakitangan sekolah telah memindahkan barangan tersebut ke tempat yang lebih tinggi dengan lebih awal."Sekolah yang biasa berdepan dengan banjir, kita sudah arahkan supaya membuat persediaan awal sebelum cuti sekolah bermula dengan mengikat perabot dan menempatkan barangan elektronik ke tempat tinggi," katanya.
06 Jan 18
94
Empty Image
Mangsa Banjir Bertambah Kepada 2,159 Orang
Pertembungan air pasang besar dengan air sungai di Kuala Kemaman malam tadi, menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu makin bertambah.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, walaupun hujan lebat sudah lama berhenti, kesan daripada pengumpulan hujan lebat di kawasan pedalaman hulu itu menyebabkan aliran sungai ke Kuala Kemaman ke laut terhalang akibat  air pasang besar malam tadi.Katanya, fenomena itu menyebabkan banyak kawasan rendah di Chukai mula dinaiki air pada awal pagi tadi."Jumlah mangsa banjir adalah 2,159 orang daripada 541 keluarga di dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun setakat 8 pagi ini berbanding 1,364 orang daripada 340 keluarga malam tadi."Terdapat 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di Terengganu ketika ini," katanya.Daerah Kemaman yang paling teruk terjejas sebelum ini terus merekodkan peningkatan mangsa kepada 1,953 orang daripada 464 keluarga di 15 PPS berbanding 1,158 mangsa (263 keluarga di 13 PPS) manakala di Dungun, jumlah mangsa kekal tidak berubah iaitu 206 mangsa (77 keluarga) masih berada di dua PPS.Manakala Masjid Haji Wan Muda, Kampung Bukit Mentok, Kemaman adalah antara masjid yang dinaiki air banjir.PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok pula turut merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 627 orang daripada 131 keluarga berbanding 473 orang (100 keluarga) malam tadi.Pertambahan mangsa turut berlaku di SK Binjai (84 orang daripada 17 keluarga) dan SK Chukai (159 orang daripada  40 keluarga).Dua PPS yang baharu dibuka di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman menempatkan 286 orang (79 keluarga) dan SK Seri Iman 195 orang (51 keluarga).PPS lain pula kekal tidak berubah iaitu Surau Pulau Tempurung menempatkan 105 orang  (18 keluarga), Masjid Kampung Batu 14  13 orang (4 keluarga), Masjid Kampung Batu 16 Tebak (50 orang daripada 14 keluarga) Dewan Sivik Felda Seberang Tayor (226 orang daripada 60 keluarga), Dewan Orang Ramai Teladas terdapat 23 orang (empat keluarga) dan Surau Haji Othman di Kampung Seberang Tayor Hulu (59 orang daripada 17 keluarga).Jumlah mangsa juga kekal di Bangunan Pusat Pemindahan Lubuk Megat (23 orang - empat keluarga), Surau Kampung Ban Ho di Air Putih (26 orang - lima keluarga), Kampung Pasir Gajah (12 orang - empat keluarga) dan Dewan Orang Ramai Batu 14 (65 orang - 16 keluarga).Di Dungun, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah di mana PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 175 orang (61 keluarga) manakala di Dewan Orang Ramai Pasir Raja masih menempatkan 77 orang (31 keluarga).-- BERNAMA
04 Jan 18
143
Empty Image
Satu Lif HSNZ Siap Diganti Baharu
Lif nombor 5 di HSNZ siap dinaik taraf sepenuhnya.Kerja menggantikan satu lif Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi fasa pertama siap sepenuhnya hari ini.Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar berkata, lif nombor 5 itu diserahkan secara rasmi kepada pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus sebelum digunakan orang ramai.Katanya, untuk lif nombor 4 pula, peralatan 'car locking device' tingkat satu tiba di Terengganu dan dipasang hari ini."Pengujian semula lif nombor 4 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu (JKKP) akan dijalankan pada 7 Januari ini bagi memastikan keselamatan lif terjamin."Justeru itu, lif nombor 4 dijangka akan diserahkan pada 8 Januari ini kepada pihak HSNZ selaras dengan kenyataan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bahawa lif nombor 4 dan 5 akan diserahkan selewat-lewatnya pada 12 Januari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, hari ini.Tambahnya, bagi fasa kedua pula ianya akan melibatkan dua lif lagi iaitu masing-masing lif nombor 2 dan nombor 3."Pada 9 Januari ini, fasa kedua bagi dua lif akan dimulakan dan dijangka siap menjelang Mac 2018," katanya.Che Kamaruddin berkata, JKR Terengganu sangat komited dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dan diharap kemudahan tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin.Sebelum ini, Ahmad Razif melakukan lawatan di HSNZ bagi meninjau sendiri kemudahan lif di premis kesihatan itu.Empat lif awam di tingkat bawah blok utama HSNZ yang berusia antara 17 hingga 20 tahun diganti dengan kos lebih RM1.6 juta di bawah peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
04 Jan 18
1073
Empty Image
Kos Baiki Laluan Pejalan Kaki Ditanggung Kontraktor
Pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah di Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.  Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimKos pembaikian laluan pejalan kaki di Jalan Paya Keladi, Kuala Terengganu yang runtuh pada 1 Januari lalu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor yang membina kemudahan itu.Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, pada ketika ini pihak MBKT masih menyiasat  secara menyeluruh termasuk memanggil pihak yang terlibat untuk mengetahui faktor kejadian itu."Kontraktor akan dipanggil dan kontraktor akan menanggung sepenuhnya kos pembaikian walupun projek ini sudah default time sudah habis setahun."Lihat dulu spesifikasi (yang telah dibuat) iaitu spesifikasi yang perlu ikut piawaian yang kita telah luluskan diambil reka bentuk dari perunding."Kita lihat semula dalam tempoh masa kerja apabila kita keluar CPC (Perakuan Siap Kerja) adakah CPC itu mengikut spesifikasi yang telah kita sediakan berdasarkan  dari perunding dan kita masih buat siasatan terperinci untuk melihat betul atau tidak,"katanya selepas Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail petang tadi.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Razaki Putih.Samiun berkata, struktur bahagian binaan tidak dibuang tetapi dibaiki dengan berdasarkan spesifikasi yang betul dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan pada sebelum ini.Tegasnya, MBKT sedia mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melaksanakan projek berkenaan jika terbukti laluan pejalan kaki dibina tidak mengikut spesifikasi atau prosedur operasi standard yang tepat.  -http//:terengganu.news
04 Jan 18
242
Empty Image
MBKT Segera Baik Pulih Laluan Jalan Kaki
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) segera melaksanakan kerja membaik pulih laluan pejalan kaki yang runtuh akibat ribut pada Ahad lalu.Kerja-kerja baikpulih dijalankan sebelah malam bagi memastikan tidak menganggu urusan harian orang ramai yang bekerja dan melakukan urus niaga di kawasan berkenaan.Sebelum ini dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata, pihaknya akan melakukan baik pulih dengan kadar segera. - https//:terengganu.news
03 Jan 18
195
Empty Image
Lif HSNZ Akan Diganti Baharu
Lif HSNZ akan diganti baharu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMasalah kerosakan lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak lebih 15 tahun lalu sehingga menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, dijangka selesai sepenuhnya Mac ini, selepas empat lif di blok utama hospital itu diganti baharu.Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, empat lif awam di tingkat bawah blok utama HSNZ yang berusia antara 17 hingga 20 tahun diganti dengan kos lebih RM1.6 juta di bawah peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Beliau berkata, untuk fasa pertama, proses naik taraf dua lif awam berkenaan dijangka selesai 10 Januari ini, manakala dua lagi akan selesai diganti sepenuhnya Mac depan."Kita akui menerima rungutan daripada orang ramai khususnya pelawat di hospital ini mengenai masalah lif awam sehingga ia menjadi viral di laman sosial. "Sebelum ini kita mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan lif ini dari tahun ke tahun dan sudah tiba masanya ia ditukar kerana usia lif ini antara 17 hingga 31 tahun. Keupayaan perkhidmatannya tidak lagi sebaik dahulu."Justeru, langkah penggantian lif ini akan menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak belasan tahun, sekali gus menaiktaraf mutu perkhidmatan kepada pelawat HSNZ," katanya selepas majlis taklimat pemasangan lif di HSNZ , Kuala Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir Che Kamaruddin Bahar.Ahmad Razif berkata, lima lagi lif di hospital itu akan turut diganti membabitkan lif diraja, lif barang dan lif kakitangan dan ia dijangka selesai sepenuhnya akhir tahun ini.Beliau berkata, bagi melancarkan kerja naik taraf lif berkenaan, HSNZ mengubah waktu lawatan pesakit mulai esok hingga 15 Januari ini, iaitu bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, berbanding 12 tengah hari hingga jam 2 petang ketika ini."Ini bagi memberi keutamaan laluan kegunaan lif yang terhad untuk penghantaran makanan pesakit, ubat, sisa klinikal dan sampah dari wad serta mengelak pertembungan pelawat dengan kakitangan yang bertukar syif pada waktu puncak itu."Dianggarkan HSNZ menerima antara 3,000 hingga 4,000 pelawat pada setiap sesi melawat setiap hari dan perubahan jadual lawatan ini akan memudahkan urusan hospital sepanjang kerja penggantian lif dilakukan," katanya.Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di HSNZ memberi implikasi buruk terhadap perkhidmatan hospital itu seperti kelewatan penghantaran pesakit masuk ke wad dan kecemasan, sampel ujian pesakit ke makmal dan kelewatan kakitangan masuk bertugas- Berita Harian
03 Jan 18
186
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Laksana Hasrat Kerajaan- Wan Nawawi
Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan dokumen pemotongan gaji kepada Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim untuk Tabung Darul Iman di Majlis Perhimpunan Bulanan di  Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.  Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mengajak jentera pentadbiran awam bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat memajukan Terengganu tanpa meminggirkan kebajikan rakyat.Katanya, perkara itu kerap kali dipinta Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan turut dinyatakan dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 baru-baru ini.“Manfaat yang turut diterima penjawat awam dalam pembentangan itu cukup besar nilainya dan cukup wajar menjadikan apa yang diterima itu sebagai pendorong untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam sebaik mungkin.“Tidak perlu berkira dalam melaksanakan tugas, baiki setiap kelemahan yang ada, tanam sikap mahu memajukan diri dan perlu ada sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan. "Marilah kita bersama-sama memulakan perkara itu sempena tahun baru ini, “katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi iniTurut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abdul Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Beliau turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk November hingga Januari .Wan Nawawi turut mengingatkan penjawat awam agar komited dengan tugas yang diamanahkan.“Komitmen yang jitu adalah perlu bagi memastikan apa yang diperkenalkan kerajaan diterima rakyat.“’Sebagai pelaksana kepada dasar dan polisi dibuat kerajaan, penjawat awam seharusnya memahami terlebih dahulu apa perlu disampaikan kepada rakyat,”katanya.
02 Jan 18
52
Empty Image
Pesakit Jantung Ceria Masuk Tahun Satu
Ahmad Razif berbual mesra dengan Muhammad Amirul. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah jantung yang kritikal dihadapi Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq Zamri, tidak menghalang hasrat kanak-kanak itu memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, Kuala Nerus pada sesi persekolahan 2018 yang bermula semalam.Bagaimanapun menyedari kesulitan dan penyakit yang ditanggung kanak-kanak tabah itu, pengurusan sekolah mengambil langkah awal dengan memberi lebih perhatian kepadanya.Guru Besar sekolah itu, Aznordin Jahan berkata, guru kelas sudah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi murid berkenaan supaya pengawasan dan pemantauan diberikan lebih kepadanya.Katanya, masalah yang dihadapinya menyebabkan murid itu tidak boleh terlalu aktif  bagi mengelak pendarahan  hidung serta telinga sekiranya terjatuh."Pihak sekolah akan  memandang serius dan semua guru telah dimaklumkan agar sentiasa memberi perhatian kepada murid ini."Kita juga akan pastikan dia dapat belajar dengan selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah,"katanya.Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di sekolah itu, pagi semalam  Katanya, meskipun Muhammad Amirul merupakan murid istimewa pertama yang pernah memasuki sekolah berkenaan, namun ia bukan sesuatu yang membebankan."Kita menerima semua murid yang memasuki sekolah ini dengan hati terbuka dan gembira dengan harapan mereka dapat belajar dengan dan sempurna,"katanya.Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq antara 163 murid Tahun Satu yang mendaftar di SK Tok Jembal bagi sesi persekolahan tahun ini.
02 Jan 18
73