Artikel "Utama" Terkini
Nasib Keluarga Ahmad Fakhrurazi Dibela
Kerajaan negeri akan membela nasib keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi Shafie yang meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Kuala Ibai, semalam.Ahmad Razif ketika melawat keluarga mangsa. Foto Tg Syamim Tg IsmailMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya juga bersedia menyalurkan bantuan termasuk membiayai perbelanjaan pendidikan anak mangsaKatanya, bantuan pembelajaran itu disalurkan sehingga mereka dapat belajar ke peringkat lebih tinggi." Isteri arwah bekerja di bekerja di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, jadi tidak ada masalah untuk berbuat demikian."Saya akan minta Yayasan Terengganu melihat secara terperinci bantuan yang boleh disalirkan kepada keluarga arwah," katanya.Beliau berkata demikian ketika menziarah keluarga mangsa di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam kejadian 8.40 pagi semalam, mangsa ditemui tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya Muhammad Aqil Harith berusia tiga tahun di halaman rumah oleh anak saudaranya.Mangsa yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kuala Ibai meninggalkan seorang balu Tengku Mastura Tengku Ahmad, 38, yang mengandung empat bulan dan empat anak yang berusia tiga hingga 14 tahun.
11 Jan 18
181
THT Tidak Rela Dikecewakan Buat Kali Kedua
Ahmad Razif bersama pasukan THT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKapten Pasukan Hoki Terengganu (THT), Fitri Saari tidak rela pasukannya dikecewakan buat kali kedua ditangan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila turun membuat perhitungan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Burok, petang ini.Tonggak tengah kebangsaan itu bertekad turun dengan misi membalas dendam kekalahan 3-4 ditangan KLHC menerusi pukulan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar pada final Piala Tan Sri P Alagendra, Ahad lalu."Kami bukan saja tewas ditangan KLHC, tapi turut kehilangan piala yang dimenangi musim lalu. Jadi, misi kami mahu menebus kekecewaan yang kami alami, Ahad lalu dengan menjulang Piala Sumbangsih petang ini."Hanya Piala Sumbangsih masih belum kami kecapi dan berharap ia menjadi milik THT musim ini," katanya yang ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Pemain THT dan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) yang bermain dalam Liga Hoki Malaysia TNB/MHL 2018, malam tadi.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.Pemain tengah berusia 24 tahun itu berkata, kekalahan tempoh hari memberi pengajaran berguna buat pasukan dan tidak mahu perkara sama berulang dalam perlawanan petang ini."Sepatutnya kami mengekalkan kelebihan dua gol yang diperolehi, namun kerana keghairahan memburu jaringan ia memakan diri sendiri."Jadi, saya dan rakan sepasukan akan turun dengan semangat juang tinggi bagi memastikan misi membalas dendam kami terbalas bagi mengubat kedukaan," katanya.
11 Jan 18
48
UniSZA Jalin Kerjasama Antara Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland
Ahmad Zubaidi ketika memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), IrelandUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland bagi mengembangkan aktiviti pendidikan antara kedua-dua negara. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latiff berkata, antara bidang kerjasama yang akan diberikan tumpuan adalah pertukaran pelajar antara dua universiti serta pertukaran tenaga pengajar dan juga penyelidik.“Selain itu, kerjasama ini juga meliputi pertukaran maklumat dalam bidang akademik dan penerbitan, serta berkerjasama dalam persidangan antarabangsa”, katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan AIT, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya lagi, kerjasama dalam projek penyelidikan turut dijalankan untuk menyuntik lebih banyak elemen inovasi dan teknologi dalam menghasilkan produk lebih berkualiti antara kedua-dua buah negara. UniSZA diwakili oleh Naib Canselornya dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa, Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee manakala AIT pula diwakili Presiden, Prof. Ciaran O Cathain. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussein.Pada majlis yang sama turut diadakan MoU antara UniMAP Holdings dan AIT.
10 Jan 18
123
UniSZA Meterai MoU dengan IPB, Indonesia
UniSZA Jalin Kerjasama dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia,Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, melibatkan beberapa kerjasama dalam bidang pertanian, bioteknologi dan teknologi makanan.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi A Latiff berkata tujuan MoU berkenaan sebagai usaha meningkatkan lagi jaringan kerjasama yang memfokuskan kepada pertanian dan perubatan veterinar.“Untuk bidang pertanian ini, kita akan lebih bekerjasama dan memberi tumpuan kepada pembiakan tumbuhan, hortikultur, patolagi tumbuhan dan perladangan” katanya.Menurutnya lagi, UniSZA juga merancang untuk mengadakan memorandum perjanjian (MoA) bersama IPB yang merangkumi program mobiliti pelajar berkredit dan tidak berkredit.“Kita juga akan berkerjasama dalam program `summer camp' serta pertukaran pensyarah jemputan dan profesor adjung” katanya dalam satu kenyataan media.MoU tersebut ditandatangani olehnya selaku Naib Canselor UniSZA, manakala pihak IPB pula diwakili Rektornya, Dr. Arif Satria
10 Jan 18
54
Terengganu Terbang Tinggi Ke Seluruh Dunia
Ahmad Razif berlatar belakangkan kapal terbang Air Asia dengan paparan Beautiful Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk mempromosikan Terengganu dalam dan luar negara melalui paparan iklan pada kapal terbang Air Asia.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, paparan beridentiti negeri serta logo Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang menarik dan bewarna-warni itu, secara tidak langsung mampu menjadi tarikan baharu yang dapat mempromosikan negeri ke peringkat antarabangsa.Katanya, inisiatif kolaborasi antara kerajaan negeri dengan Air Asia itu dapat menjana sektor pelancongan sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi negeri."Kita akan memperkenalkan Terengganu di mata dunia di atas kehebatan negeri ini yang mempunyai pantai, pulau-pulau dan tasik besar di Tasik Kenyir selain ada kekuatan dari segi makanan serta budaya."Ini merupakan satu kekuatan yang boleh kita pasarkan Terengganu ke seantero dunia. Kita akan fokus kepada pelancongan kerana ianya berganda. Contohnya, dengan belanja RM1, kita akan dapat RM3," katanya.Beliau ditemui pemberita sempena Majlis Ketibaan Penerbangan Air Asia Berpaparan Beautiful Terengganu Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Turus hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata, buat permulaan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk tempoh dua tahun bagi paparan Beautiful Terengganu di sebuah kapal terbang milik Air Asia."Selain itu, di bahagian penyimpanan barang di dalam kapal terbang turut tertera pelancongan Negeri Terengganu. Kemudian di hadapan kerusi juga turut mempunyai iklan dan akan bertukar dari semasa ke semasa."Majalah yang ada dalam kapal terbang juga akan tertera tentang pelancongan Terengganu. Jadi ini adalah merupakan satu lagi transformasi dilaksanakan," katanya.
10 Jan 18
158
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan 10 Universiti Di Jordan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan 10 buah universiti di Jordan melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Education Malaysia Jordan, Amman, Jordan, hari ini.Antara universiti yang terlibat dengan MoU tersebut adalah Jordan University of Science and Technology, Philadelphia University, Yarmouk University, Al-Zaytoonah University, Al-Ahliyya Amman University, Zarqa University, Amman Arab University, Isra University, Jadara University dan Irbid National University.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, kerjasama itu diadakan bertujuan untuk mempromosikan UniSZA khususnya bagi program di peringkat pasca ijazah iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah kepada calon-calon pelajar dari Jordan.“Kita juga akan bekerjasama dalam bidang penyelidikan antara universiti serta mengadakan pertukaran pelajar dan staf agar dapat dimanfaatkan bersama.“Saya harap dengan kerjasama ini, hubungan antara UniSZA dengan universiti di Jordan akan bertambah erat serta melancarkan proses kemasukan pelajar dari Jordan selepas ini”, katanya. Sementara itu, Ahmad Zubaidi turut memaklumkan jumlah pelajar siswazah di UniSZA sehingga kini berjumlah 1,955 orang termasuk 599 orang pelajar antarabangsa“Dari jumlah itu, seramai 209 pelajar antarabangsa adalah dari Jordan yang terdiri daripada 57 pelajar peringkat sarjana dan 152 pelajar peringkat PhD.“Peluang pengajian di peringkat PhD di Jordan agak terbatas oleh kerana limitasi program PhD yang ditawarkan oleh universiti di sana dan ini adalah satu peluang yang besar kepada UniSZA bagi menawarkan tempat kepada pensyarah serta pelajar lepasan universiti di Jordan untuk menyambung pengajian PhD di UniSZA”, katanya.Katanya lagi, tukaran mata wang yang tinggi Dinar Jordan kepada Ringgit Malaysia (RM) juga akan menjadi daya tarikan kepada bakal pelajar dari Jordan untuk belajar di UniSZA. “Program penyelidikan universiti di Jordan yang terfokus dengan teras yang jelas telah membolehkan mereka merancang dan melaksana penyelidikan dengan lebih berkesan.“Kita akan mengambil peluang ini untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang yang berkaitan bagi memantapkan lagi aktiviti penyelidikan mengikut bidang kepakaran yang telah dikenal pasti berdaya maju,'' katanya.Tambahnya lagi, jalinan hubungan dengan banyak universiti ternama di seluruh dunia akan membolehkan pelajar dan pensyarah UniSZA menjelajah dunia dalam usaha meningkatkan kecemerlangan.
10 Jan 18
221
30 Anak Terengganu Dipilih Sebagai Pembantu Sajian Di Syarikat Brahim's
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Syarikat Brahim’s SAT Food Service Sdn Bhd menyediakan peluang kepada 30 anak Terengganu berkhidmat sebagai pembantu penyajian (CA) di syarikat Brahim’s yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bermula 8 Januari lalu.Mereka terpilih daripada 216 permohonan sejak dibuka kepada rakyat Terengganu pada 30 November tahun lalu.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata kesemua yang dipilih merupakan anak Terengganu yang terdiri daripada dua orang ibu tunggal, 18 anak ibu dan bapa tunggal serta 10 orang belia dan beliawanis yang akan mengisi jawatan sebagai pembantu penyajian (CA). “Pihak kami akan mula menghantar kelompok pertama ini secara percuma menggunakan bas daripada Terengganu kepada syarikat Brahim’s nanti.“Ini adalah sebahagian daripada intipati kerjasama yang dirancang di mana YPKT akan membekalkan tenaga kerja yang berkelayakan kepada syarikat Brahim’s yang merupakan pembekal makanan inflight terbesar di negara ini dan pihak mereka akan menyediakan prasarana, pengangkutan ke tempat kerja dan kemudahan makan minum secara percuma kepada pekerja tersebut,”katanya dalam satu kenyataaan kepada media hari ini.Tambah Mohd Shafaruddin lagi,usaha murni ini adalah kesinambungan daripada majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara YPKT dan Brahim's yang ditandatangani pada 6 Disember tahun lalu dengan memberikan peluang pekerjaan kepada warga Terengganu yang berdaftar di YPKT.Katanya, antara syarat pengambilan dan kelulusan bagi perkhidmatan itu ialah minima lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan pengalaman dalam bidang penyajian hotel serta restoran umur lingkungan 20 - 35 tahun terdiri daripada belia beliawanis (bujang) atau ibu tunggal.Beliau berkata, Syarikat Brahim’s turut menawarkan pelbagai kemudahan dan faedah antaranya gaji pokok sebanyak RM1,200 sebulan dengan elaun kerja syif berjumlah RM85 hingga RM110, asrama dan pengangkutan disediakan termasuk pelbagai kemudahan lain yang bakal dinikmati oleh para pekerja nanti.
09 Jan 18
81
Bantuan Tahun Baru Cina Boleh Dimohon
Permohonan bantuan Tahun Baru Cina 2018 melalui atas talian mula dibuka kepada masyarakat Cina yang berkelayakan mulai semalam berakhir 19 Januari depan.Mereka yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu tunggal dan orang miskin layak memohon sekiranya berpendapatan tidak melebihi RM3,000 berbanding hanya RM2,500 sebelum ini.Syarat lain anak jati Terengganu dan perlu mendaftar mengundi. Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.myTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan yang dibuka selama 12 hari menerusi atas talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan dan bertukar alamat.“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.“Pembahagian baucer yang diselaraskan oleh pejabat daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan masing-masing kepada penerima akan dijalankan bermula 5 Februari,” katanya kepada TeganukitaSelain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 5 Februari dan berakhir 5 Mei 2018..
08 Jan 18
83
Terengganu Sedia Timbang Permohonan Tukar Kod Kad Pengenalan
Kerajaan negeri sedia menimbang permohonan penduduk negeri ini yang memegang status rakyat negeri lain untuk menukar kod 11 dalam Mykad jika pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perkara itu sudah lama dikuatkuasa tetapi ramai yang tidak tahu untuk mendapatkan status sebagai penduduk Terengganu.Katanya, isu berkenaan timbul berikutan ramai ibu yang bersalin dari Besut dirujuk di Hospital Universiti Sains (HUSM) dan Hospital Sultanah Zainab (HSZ), Kota Bharu Kelatan dan anak dilahirkan itu didaftarkan dengan kod Negeri Kelantan (03) berdasarkan negeri kelahiran.Beliau berkata, berikutan isu itu ramai anak kelahiran negeri ini yang mempunyai kod 03 menghadapi masalah untuk mendapatkan pelbagai bantuan kerajaan negeri termasuk tanah.Muhammad Pehimi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan status kerakyatan Terengganu perlu mengisi borang yang boleh didapati di semua pejabat daerah negeri ini."Bagaimanapun, pemohon perlu mendapat sokongan dan pengesahan dari Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) setempat dan wakil rakyat,” katanya selepas menyampaikan bantuan tabung kronik kepada penerima di DUN Jertih, Besut, hari ini.Pada majlis itu, 22 pesakit kronik yang mendapat bantuan berkenaan menerima cek dan peralatan termasuk susu serta lampin pakai buang.Katanya, kerajaan sedar ramai rakyat negeri ini yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bantuan kerajaan negeri berpunca daripada Mykad yang tidak berkod 11 walaupun mereka sebenarnya rakyat negeri ini.Beliau berkata, selepas melalui beberapa proses pemohon terbabit akan diperakukan oleh Sultan Terengganu untuk mendapatkan status berkenaan.Muhammad Pehimi berkata, pihak berkuasa mengadakan dua kali mesyuarat dalam tempoh setahun untuk meluluskan permohonan yang dibuat oleh pemohon sebelum dipertimbangankan oleh Sultan.
08 Jan 18
969
PBT Diminta Tidak Berkompromi Dengan Pemaju
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan agar tidak berkompromi dengan mana-mana pemaju perumahan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan banjir apabila hujan lebat.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkara itu perlu dipandang serius bagi memastikan tidak lagi timbul masalah sistem perparitan yang kerap berlaku hingga mengakibatkan limpahan air di kawasan perumahan ketika ini.Ahmad Razif berkata, kebanyakan masalah banjir di negeri ini berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna berikutan projek yang dibangunkan tidak mematuhi syarat dan undang-undang."Kajian meliputi perancangan bandar, sistem perparitan dan sebagainya dilaksanakan PBT sebelum memulakan projek pembangunan."Bagaimanapun masalah timbul apabila ada dalam kalangan pemaju yang terlibat tidak mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan hingga mengakibatkan berlaku masalah,"katanya pada satu program baru-baru ini.Katanya, sebagai contoh pemaju tidak menambun tanah mengikut ketinggian yang ditetapkan bagi projek perumahan di kawasan rendah hingga berlakunya banjir."Jadi saya minta PBT memandang serius perkara ini dan tidak berkompromi dengan mana-mana pemaju yang melanggar syarat berkenaan."Masalah banjir yang berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna itu bukan sahaja mengakibatkan pemilik kediaman sentiasa berada dalam keresahan tetapi juga terpaksa menanggung kerugian harta benda,"katanya.
08 Jan 18
28