lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
MyBAS Elektrik Bakal Beroperasi Di Kuala Terengganu
Ahmad Razif memotong riben tanda simbolik melancarkan perkhidmatan MyBAS. Foto oleh Harish Fadzillah KassimKuala Terengganu menjadi bandar pertama di negara ini yang akan menawarkan perkhidmatan bas henti-henti mengunapakai tenaga elektrik kepada orang ramai termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman bermula April ini.Perkhidmatan bas elektrik berkenaan antara 11 bas henti-henti atau dikenali MyBAS yang akan beroperasi di tujuh laluan utama meliputi sejauh 235.9 kilometer membabitkan kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.Buat permulaan, empat myBAS akan beroperasi di laluan terpilih sebelum ditambah menjadi 11 MyBAS dan seterusnya kepada 30 buah MyBAS sehingga menjelang akhir tahun ini.Empat MyBAS itu akan melalui Kuala Terengganu (Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) menghala ke Gong Badak-Lapangan Terbang Sultan Mahmud-Jeti Merang bagi MyBAS berkod T102.MyBAS T203 pula akan melalui Kuala Terengganu-Chendering- Marang, MyBAS T202 (Kuala Terengganu-Pasir Panjang-Kampung Laut-Bukit Payung); MyBAS T201 (Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang). Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata perkhidmatan MyBas yang akan beroperasi April ini mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di tujuh laluan utama di beberapa daerah di negeri ini apabila penduduk memilih perkhidmatan awam itu.Beliau juga menyokong perkhidmatan disediakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memperkenalkan bas elektrik itu dengan memilih Kuala Terengganu sebagai bandar pertama menyediakan kemudahan itu.“Langkah itu pastinya boleh mengelak daripada pencemaran alam kerana tiada pelepasan asap dan  bebas pencemaran bunyi berikutan beroperasi secara senyap.“Tambang yang bakal dikenakan sangat berpatutanm, selain menawarkan pelbagai kelebihan pelajar sekolah, warga emas dan Orang Kelainan Upaya,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani (Mou) Kontrak Pengendalian Perkhidmatan dan Prapelancaran myBAS  di antara SPAD dan Mara Liner Sdn. Bhd di Hotel Primula, Kuala Terengganu hari ini.
17 Jan 18
838
Empty Image
Kerajaan Negeri Terima RM6.8 Juta Dari TNB
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima cek daripada Pengurus Besar Kanan TNB, Mohamad Nor. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Kerajaan negeri menerima RM6.8 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai bayaran bagi mendapatkan hak milik kekal enam lot tanah di Hulu Terengganu bagi pembinaan Empangan Tembat.Cek tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan TNB, Mohamad Nor kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Wisma Darul Iman, semalam.Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Mohd Nazri Puteh.Empangan yang terletak 429 meter dari paras laut dan dibangunkan menggunakan teknologi Jerman dan Switzerland dengan konsep empangan lencongan tersebut telah siap dibina pada 2016.Selain penjanaan tenaga, tasik yang terbentuk oleh pembinaan empangan itu juga berperanan sebagai sistem pencegahan banjir dengan mengumpul air tambahan ketika musim hujan yang lebat.
17 Jan 18
198
Empty Image
Apartment RM300,000, Lot Tanah Menanti Pengunjung Ekspo Terengganu 2018
Sebuah apartment bernilai RM300,000,  satu lot tanah kediaman, satu lot tanah pertanian, kereta  serta pacuan empat roda antara hadiah menarik menanti pengunjung yang hadir pada Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tawaran hadiah cabutan bertuah yang menarik dan luar biasa itu pastinya mampu menarik minat  lebih 100,000 pengunjung hadir sepanjang seminggu program berlangsung yang bermula 25 Februari ini.Katanya,  pihaknya tidak pernah sebelum ini, berkerjasama dengan pelbagai jabatan kerajaan untuk penganjuran program yang menawarkan hadiah cabutan bertuah sangat istimewa dan bernilai seumpama itu.“Apa yang dilaksanakan itu semata-mata mahu menarik minat orang ramai, termasuk mereka yang tinggal  di luar Terengganu hadir bagi mengetahui pelbagai program dan aktiviti yang disajikan kerajaan negeri. “Hampir semua jabatan, anak syarikat kerajaan negeri, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan dan  agensi swasta terlibat dengan pelbagai aktiviti dan pameran sepanjang ekspo nanti,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara  kerajaan negeri dan  Al Hijrah Media Corporation di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Antara aktiviti yang dirancang sempena eskpo itu jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pertanian, Food Truck, Talk Show, jualan produk T-Kitchen dan  siaran langsung Forum perdana dan Selamat Pagi Malaysi.Program lain  Sounds Of Terengganu, ramah mesra bersama selebriti dan atlet negara, persembahan kebudayaan, konsert perdana dan mestika D, Klasik.
17 Jan 18
42
Empty Image
Terbitan Megat Panji Alam Bakal Bawa Pulangan RM3.18 Juta
Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara  kerajaan negeri dan Al Hijrah Media Corporation Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri  bakal memperolehi pulangan bernilai RM3.18 juta melalui penajaan RM1.3 juta drama bersiri “Megat Panji Alam” yang bakal disiarkan melalui  saluran TV Al Hijrah tidak lama lagi.Drama bersiri 26 episod itu bukan sahaja mengupas peristiwa sejarah Terengganu dan sejarah Kesultanan Melaka di dalam versi sebenar malah menonjolkan pelbagai tempat menarik  dan lokasi bersejarah di TerengganuMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan beberapa pihak berkaitan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi mengkaji keberkesanan drama itu terhadap  orang ramai khususnya masyarakat luar Terengganu.Katanya, melihat kewajarannya,  kerajaan negeri bersetuju menerbitkan drama itu melalui kerjasama Al Hijrah Media Corporation dengan tajaan RM1.3 juta."Pendekatan itu mampu dijadikan sebagai iktibar selain memperbetulkan persepsi masyarakat, membuat olahan ketepatan dan ketulenan sejarah Megat Panji Alam termasuk kostum dan senibina zaman tersebut,"katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara  kerajaan negeri dan Al Hijrah Media Corporation di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation, Dato’ Izelan Basar.Ahmad Razif berkata, pihaknya akan memastikan lokasi penggambaran yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat itu mempunyai elemen tarikan tersendiri.“Perkara itu termasuk menonjolkan sudut keagamaan, pelancongan, seni ukiran, kostum dan fabrik busana, seni dan budaya, keindahan alam semulajadi, makanan tradisional, flora, fauna dan warisan Terengganu."Penerbitan drama itu pasti akan berlaku transformasi ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan, selain meningkatkan imej dan keunikan Terengganu Iman melalui promosi siaran media elektronik,”katanya,
17 Jan 18
701
Empty Image
Isu Rumah RM20 Juta: Rakyat Boleh Nilai Sendiri - Ahmad Razif
“Rakyat boleh menilai sendiri tuntutan tidak masuk akal Wan Mansor Wan Yusof, 57, apabila menuntut RM20 juta sebagai pampasan untuk merobohkan rumah yang masih didiaminya di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.“Berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian Terengganu tiada bukti yang menyatakan tanah itu hak milik Wan Mansor, sebaliknya  menunjukkan rumah yang didiami keluarga berkenaan  adalah di atas tanah milik kerajaan,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Wan Mansor untuk berpindah selagi kerajaan tidak membayar pampasan sepertimana yang dituntut.Ahmad Razif berkata, jika benar tanah itu milik beliau (Wan Mansor) atau keluarga seperti yang didakwa, pihaknya meminta dia membuktikan kebenarannya,  tetapi sehingga  kini tiada keputusan.“Oleh itu, kita serah kepada rakyat Terengganu untuk menilai sendiri. Kita bersedia untuk membayar pampasan rumah dengan harga yang paling maksimum jika ada bukti.“Kerajaan negeri sudah menyerahkan sepenuhnya perkara berbangkit itu kepada mahkamah, biar undang-undang yang membuat keputusan, orang ramai tidak wajar untuk memanjangkan isu itu, “ katanyaDalam akhbar tempatan sebelum ini melaporkan rumah kayu dua tingkat berciri tradisional Melayu menjadi satu-satunya kediaman yang belum dirobohkan di kawasan yang sedang pesat membangun itu.Kediaman itu menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial dan media tempatan sehingga mencetuskan pelbagai persepsi masyarakat.Tampil menjelaskan perkara itu, Wan Mansor mendakwa tanah dan rumah itu milik arwah ayahnya, Wan Yusof  Wan Abdul Kadir yang dibeli dari ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 7 Julai 1977.Menurutnya, andaian banyak pihak termasuk melalui Facebook mengatakan keluarganya mempertahankan rumah berkenaan dari diroboh kerana mahu mengekalkan warisan adalah tidak betul.Sebaliknya, beliau memberitahu, keluarganya tiada masalah untuk berkerjasama kepada pihak yang membangunkan kawasan berkenaan namun pemberian jumlah pampasan perlu lebih adil."Pihak pemaju sebelum ini, ada menampal notis pada dinding rumah dan mengarahkan supaya kosongkan tanah serta rumah dalam tempoh tiga minggu dan bayaran pampasan ditawarkan mereka hanya RM20,000.“Bagi kami (jumlah tersebut) adalah sangatlah tidak berbaloi," katanya yang turut memaklumkan pihaknya telah menyerahkan isu tuntutan pampasan kepada mahkamah melalui peguam yang dilantik. .
16 Jan 18
349
Empty Image
Boleh Daftar Online Untuk Sertai Skuad Sukarelawan TTB
Rakyat negeri ini kini boleh mulai  mendaftar secara atas talian untuk menyertai Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB).Pendaftaran menerusi laman web rasmi https://www.ssttb.myterbuka kepada semua yang berminat menjalankan kerja kesukarelawan  bagi  membantu pelbagai misi bantuan yang digerakkan kerajaan negeri.Pegawai Eksekutif SSTTB, Muhamad Ridzuan Hashim berkata, permohonan itu dibuka kepada semua masyarakat tanpa mengira had umur.“Permohonan SSTTB  kini terbuka kepada semua golongan masyarakat terutama orang muda  dan mereka yang berminat boleh memohon dengan melayari laman web rasmi kita,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Ridzuan berkata, SSTTB  pada awalnya menumpukan kerja sukarelawan di Terengganu terutama bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Terengganu kini diperluas melepasi sempadan negeri  Terengganu serta bukan sahaja kepada misi bantuan bencana banjir semata-mata.“Khidmat sosial dan kebajikan Skuad Sukarelawan TTB bukan sahaja digerakkan dalam Terengganu sahaja, malah diperluaskan ke Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan juga ke Sabah.“Seramai 200 orang ditugaskan telah ditugaskan untuk membantu kawasan yang ditimpa banjir iaitu Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau, hujung tahun lalu.Kita juga merancang untuk menghantar sekumpulan pasukan SSTTB  ke Bangladesh bertujuan membantu pelarian Rohingya di sana,” katanya. SSTTB yang pernah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014, banjir di Pekan Januari 2015, gempa bumi di Sabah Jun 2015 dan bakal ke pusat pelarian Cox Bazar Bangladesh untuk membantu masyarakat Islam Rohingya Disember ini.Dalam pada itu, idea mewujudkan SSTTB dicetuskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu melihat anak-anak muda memberi sumbangan membantu mangsa banjir bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi juga di negeri lain dan gerak kerja pasukan itu diperluaskan untuk misi bencana alam yang lain.SKUAD SUKARELAWAN TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARUKem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin,21300 Kuala Nerus,Terengganu Darul ImanTelefon : +60 09-666 8788Faks : +60 09-662 1920Hubungi kami: ssttb2017@gmail.com
16 Jan 18
1014
Empty Image
Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Lebih Selamat
Samiun ditemani pegawai-pegawainya melawat laluan pejalan kaki berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu siap dibaik pulih dengan keadaan lebih kukuh dan selamat kepada pengguna.Datuk Bandar Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, pihaknya hanya mengambil masa 15 hari dengan kos RM6,000 untuk menyelesaikan masalah tiang dan bumbung pada struktur binaan tersebut.Katanya, selepas mengalami kerosakan dan bumbung yang jatuh akibat angin kencang serta hujan lebat pada 1 Januari lalu, siasatan segeradilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian."Arahan daripada Menteri Besar telah dikeluarkan untuk menyelesaikan permasalahan ini dalam tempoh sebulan. Tapi dalam tempoh 15 hari, kita sudah menyelesaikan kesemuanya."Setelah perkara ini berlaku pada 1 Januari lalu, kita telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan dari segi forensik menyiasat kejadian ini dan punca utama kepada runtuhan adalah laluan angin yang terlalu laju pada hari kejadian."Dari segi fizikalnya apabila penambahbaikan dari segi pencahayaan iaitu kita menyediakan lampu elektrik ke laluan pejalan kaki, kita menebuk tiang yang ada di situ dan selepas itu lubangnya tidak ditutup menyebabkan ia berkarat," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam sidang media  Laluan Pejalan Kaki Berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu hari ini.Tambahnya, buat masa sekarang tumpuan diberikan kepada laluan pejalan kaki itu dan kemudian pihak MBKT akan memantau struktur-struktur lain yang berisiko kepada orang awam.Samiun berkata, bagi laluan pejalan kaki tersebut, penyelesaian yang dibuat sekarang adalah melalui jabatan."Yang pertama kita menambahkan tiang-tiang sokongan yang ada dan kedua tiang yang ada di depan itu kita tambahkan lagi ketebalan lebih kepada 5 milimeter," katanya.
16 Jan 18
688
Empty Image
Universiti Seniman Agung P. Ramlee Di Taman Ilmu
Nama lagenda Seniman Agung P. Ramlee akan diabadikan pada universiti yang bakal  beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Jertih, bagi melahirkan pelajar dalam jurusan seni dan budaya.Penubuhan universiti itu dicadangkan Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di kawasan Taman Ilmu itu berikutan ia mempunyai pelbagai kemudahan selain bangunannya yang mempunyai reka bentu menarik bercirikan budaya Melayu.Rektornya, Dato' Dr Ir Mohamad Rizon Juhari berkata, pihaknya akan mengemukakan cadan penubuhan universiti itu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri secepat mungkin.Katanya, Aswara bercadang untuk untuk nemempatkan kampus utama sekiranya mendapat kelulusan pihak berkenaan.“Saya amat tertarik dengan lokasi Taman Ilmu yang menempatkan pelbagai pusat pendidikan dan bakal melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang seni dan budaya,” Katanya ketika melawat tapak cadangan di Taman Ilmu, Jertih, hari ini.Turut hadir Menteri Mendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Mohamad Rizon berkata, ketika ini ada 1,000 pelajar jurusan seni dan budaya sedang mengikuti kursus di kampus Kuala Lumpur dan mereka akan dipindahkan ke kampus utama di Tembila Besut, sebaik sahaja proses perundingan dengan kerajaan selesai.Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut amat mengalu-alukan cadangan penubuhan universiti berkenan di Taman Ilmu kerana kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan bangunan, asrama dan perpustakaan.Ketuanya, Azizul Jasnmi Mohamad berharap cadangan itu  mendapat kelulusan segera pihak berkenaan supaya tempat itu tidak terbiar.Katanya, penubuhan universiti itu  amat wajar berdasarkan seni bina bangunan serta fasiliti yg sedia ada mempunyai ciri-ciri warisan bangsa yang cukup menarik selain lokasinya berada di daerah yang mempunyai warisan seni budaya.“Malah ia juga bersempadanan dengan negeri Kelantan yang cukup terkenal dengan produk seni dan budaya tradisional,” katanya.
15 Jan 18
712
Empty Image
Projek Aquapolitan Di Seberang Takir Siap Pada 2020
Ahmad Razif meninjau perkembangan projek perumahan nelayan di Kg Lembah Harapan. Foto Harish Fadzillah Kassim Keseluruhan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu, Seberang Takir yang bakal dilengkapi pelbagai prasarana dan berkonsepkan Felda moden bagi membantu menaik taraf hidup nelayan akan siap selewat-lewatnya 2020.Projek yang bakal mengubah landskap kehidupan  penduduk berpendapatan rendah terutama nelayan di kawasan terlibat  lengkap dengan pembinaan 200 unit rumah teres, masjid  moden selain kemudahan jeti bagi memenuhi keperluan nelayan."Masjid bernilai kira-kira RM22 juta  yang mampu  menempatkan 1,500 jemaah dalam satu-satu masa kini dalam proses pembinaan dan  dijangka siap pada Ogos tahun depan.“Apabila siap kelak, kemudahan bakal menjadi satu lagi mercu tanda Seberang Takir di samping jambatan 'drawbridge' yang kini sedang dibina di kawasan Kuala Terengganu City Centre (KTCC)."Semua infrastruktur  ini akan memberi impak pembangunan yang pesat kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang secara tidak langsung meningkatkan sektor pelancongan dan membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan peniaga tempatan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak binaan masjid dan perumahan nelayan di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir hari ini.Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri bersetuju mengantikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dengan reka bentuk baharu dalam tempoh terdekat “’Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu telah ditugaskan untuk mereka bentuk bumbung yang sesuai dengan infrasturktur stadium berkenaan sekaligus akan memberi kemudahan lebih selesa kepada peminat sukan yang hadir ke stadium berkenaan,”katanya..
14 Jan 18
633
Empty Image
Terengganu Peruntuk RM12 Juta Untuk Tabung Darul Iman
Ahmad Razif sempat meninjau gerai-gerai yang disediakan dalam Karnival Jom Sihat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Badan Bukan Kerajaan (NGO) disarankan membantu kerajaan negeri bagi menambah dana yang ada dalam Tabung Darul Iman (TDI) untuk membantu rakyat Terengganu yang mempunyai masalah kesihatan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta sepanjang tahun lalu bagi membiayai TDI.Katanya, perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TDI kepada pesakit Terengganu yang memerlukan semakin meningkat dari hari ke hari."Sekarang ini perbelanjaan kita sebelum ini dalam RM500,000 dalam sebulan jadi kita perlukan lebih kurang RM6 juta dalam masa setahun."Tapi kebelakangan ini perbelanjaan kita sudah menjangkau RM800,000 ke RM1 juta sebulan. Jadi bermakna kita memerlukan RM12 juta sedangkan dari segi penyediaan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM3 juta setahun dan ditambah dengan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) RM3 juta."Jadi sekarang ini kita perlu dapatkan tambahan tidak kurang dari RM6 juta dan dana ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat Anjuran Lions Club Kuala Terengganu dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Martin Tok dan Presiden Lions Club of Kuala Terengganu, Kee Wei Loon.Tambahnya, kerajaan negeri kini sedang memikirkan pelbagai alternatif lain bagi menambah dana untuk TDI.Ahmad Razif berkata antara yang mungkin akan dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan menjadikan TDI lebih berdikari."Berkemungkinan, kita akan gabungkan atau melakukan kerjasama dengan  pihak-pihak lain termasuk Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan GLC lain bagi menjana pendapatan kepada TDI."Kerana jika tidak nanti, kerajaan negeri tiada keupayaan untuk menyediakan dana yang begitu besar setiap tahun," katanya.
12 Jan 18
138