lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
60 Petugas Media Hadir Taklimat Pilihan Raya
Nik Andy bersama petugas media sesi Taklimat Kepada Petugas Media . Foto ihsan Jabatan Penerangan Negeri TerengganuTerengganu menjadi lokasi pertama yang dipilih  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Malaysia menganjurkan Taklimat Kepada Petugas Media sempena Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.Kira-kira 60 petugas media pelbagai agensi termasuk wartawan, jurufoto dan juru kamera  dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu hadir pada sesi taklimat yang dimulakan kira-kira jam 9 pagi dan berakhir 1 petang di Auditorium Kompleks Seri  Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Mereka yang hadir  diberi penerangan secara terperinci oleh  dua pegawai dari Akademi SPR Putrajaya iaitu Pendaftar, Nik Aminudin Nik Shahar Shah dan Penolong Pengarah (Pendidikan Pengundi)  Abdul Fatah Mohd Pilus.Penerangan itu berkaitan undang-undang dan peraturan pilihan raya, apa yang perlu media tahu, peranan dan tanggungjawab media dan etika ketika berada di kawasan liputan. Hadir merasmikan taklimat, Pengarah SPR Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry.Pengamal media turut diberi peluang menjadi petugas  dan pengundi seperti suasana  di pusat mengundi sewaktu pilihan raya umum sebenar.Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, berkata dia boleh mengetahui secara tepat dan jelas mengenai peranan dan tanggungjawab media sewaktu pilihan raya nanti.“Pada masa sama lebih memahami mengenai tanggungjawab petugas SPR di mana menjalankan tugas yang sangat teliti, telus dan beretika .“Saya berharap taklimat seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi membolehkan petugas media mudah mendapatkan sumber maklumat dan  lebih faham tanggungjawab masing-masing,”katanya.
23 Jan 18
847
Empty Image
Suara Transformasi, Terbitan UKOM Tawar Hadiah Telefon Bimbit
Akhbar rasmi kerajaan negeri terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Suara Transformasi kini menawarkan hadiah istimewa kepada pemenang utama bulanan, berupa sebuah telefon bimbit bagi peraduan “CARI DAN MENANG ” menerusi ruangan peraduan setiap bulan, mulai Januari 2018. Pertandingan yang dicetak pada muka surat enam memberi peluang kepada pembaca menghantar penyertaan  ke alamat yang  disertakan sebelum 25 Januari ini pada setiap bulan dan dibuka sepanjang tahun 2018 ini.Selain itu, pelbagai informasi terkini mengenai pembangunan dalam negeri , sukan, pelancongan dan sebagainya boleh dibaca oleh semua golongan masyarakat.Iklan jawatan kosong dan temuduga terbuka juga diterbitkan di dalam akhbar ini bagi memudahkan rakyat Terengganu yang sedang mencari kerja di pelbagai sektor perkhidmatan dan pengurusan negeri.Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan naskhah akhbar ini secara percuma di Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Jalan Pejabat , Kuala Terengganu), masjid-masjid mukim, pejabat Penyelaras DUN,  pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan.
22 Jan 18
133
Empty Image
Kesedaran Elak Guna Polisterin Mulai Februari ini
Zainal menunjukan barangan terpakai yang berjaya dikumpul. Foto Zulkifli Putra Kempen kesedaran penggunaan polisterin bakal dikuatkuasakan di semua premis makanan dan kafe di bangunan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berkuatkuasa Februari ini.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata  pihaknya akan mengedarkan notis kepada semua pengusaha dalam tempoh terdekat sebagai usaha menggunakan alternatif lain bagi membungkus makanan.Katanya, langkah itu merupakan fasa pertama di Terengganu dan bakal dimulakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  dalam usaha mengurangkan penggunaan produk itu yang pastinya sukar diurai dan memberi kesan kepada alam sekitar.“Larangan penggunaan polisterin akan diperluaskan secara menyeluruh  ke semua premis makanan di negeri ini termasuk bangunan swasta pada fasa seterusnya,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kitar Semula sempena Program Pemerkasaan Amalan Reduce, Reuse, Recyle (3R) di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) cawangan Terengganu, Sharudin Hamid.Zainal turut memberitahu, melalui program itu, setiap penjawat awam di Wisma Darul Iman digalakkan membawa barangan terpakai untuk dijual kepada pengusaha barangan terpakai. “Setiap kilogram barangan akan dikira dan dinilai untuk  meraih hadiah di mana bagi kategori  jabatan yang berjaya mengumpul barangan plastik, kertas atau lain-lain terbanyak masing-masing layak memperoleh wang tunai RM2,000.“Manakala bagi kategori indiviidu bakal menerima wang tunai sekali ganda daripada nilai barangan yang dijual atau maksimum RM1,000. Keputusan pemenang akan diumumkan dalam Majlis Perhimpuan Bulanan Warga WDI,”katanya.Menurut Zainal, pihaknya menetap hari Isnin minggu pertama dan isnin minggu terakhir pada setiap bulan bagi memudahkan penjawat awam dan orang ramai menghantar barangan terpakai di perkarangan WDI.“Pertandingan seumpama ini  akan diperluaskan ke jabatan lain dan PBT di seluruh Terengganu sebagai galakan menjaga kebersihan persekitaran kerja,”katanya.
21 Jan 18
54
Empty Image
Tasik Kenyir Sajikan Acara Menarik Sepanjang 2018
Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bilangan pengunjung saban tahun ke Tasik Kenyir, aktiviti-aktiviti baru turut dirancang selain menambahbaik program sedia ada di pusat pelancongan tersohor itu.Katanya, antara program yang sudah dirangka dalam masa terdekat adalah Kenyir Act Tourism Seminar dan Bengkel Promosi Pemasaran & Penjanamaan Tasik Kenyir pada Februari ini."Selain itu pihak Ketengah juga telah merangka Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Kepada Penggiat Pelancongan dan Penduduk Setempat di Tasik Kenyir pada Mac ini."Ianya bertujuan untuk kita nak lebih ramai komuniti yang melibatkan diri dalam pelancongan supaya mereka boleh menjana pendapatan," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui ketika ditemui di Festival Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.Tambahnya, 'houseboat' di Tasik Kenyir juga sudah habis ditempah bagi musim cuti sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi."Buat masa sekarang, permintaan terhadap houseboat sangat tinggi terutamanya pada musim cuti menyebabkan pengunjung perlu membuat tempahan lebih awal."Pihak kami juga dalam proses untuk meningkatkan mutu perkhidmatan 'houseboat' bagi memberi kepuasan kepada pengunjung yang hadir," katanya.Dalam pada itu, Fathil berkata, Ketengah juga sedang giat mempromosikan produk pelancongan yang berada di dalam wilayahnya seperti Bukit Besi, Tasik Puteri, Hutan Lipur Chemerong dan pelbagai lagi sebagai destinasi pilihan untuk diterokai oleh pelawat dari dalam dan luar negeri.
21 Jan 18
120
Empty Image
BN Terengganu Jangka Menang Besar
Wan Abdul HakimUMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi mempertahankan dan mengukuhkan lagi kerajaan sedia ada. Ketua Penerangan UMNO negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, BN dijangka akan  meraih sekurang-kurangnya 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam daripada lapan kerusi Parlimen berdasarkan senario semasa dan bersandarkan gerak kerja parti selain  kaji selidik oleh pelbagai pihak.Pun begitu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih mengingatkan supaya semua ahli parti tidak perlu begitu yakin dan meletakkan mereka dalam zon selesa malah perlu bekerja lebih keras bagi meraih kejayaan itu.“Saya yakin kita berada di landasan yang betul dan hasil daripada kerja kuat oleh semua jentera kita selama ini, dengan permuafakatan yang terjalin, kita sudah bersedia menghadapi pilihan raya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Taklimat Kesiapsiagaan PRU-14 UMNO Bahagian Kemaman , malam semalam yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Seri Ahmad Said.Menurut Wan Abdul Hakim, dengan kewujudan dua parti baharu yang bakal bertanding, Pas tetap saingan utama UMNO dan BN, bukannya PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dianggap tidak mempunyai pengaruh.Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berharap BN dapat menguasai  semula kesemua kerusi di Kemaman dan DUN Cukai yang terlepas kepada Pas pada PRU13 dapat ditawan kembali, sekali gus membantu menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat negeri.Beliau mengingatkan biarpun laporan-laporan menunjukkan kemenangan lebih berpihak kepada BN di negeri ini, namun keyakinan itu perlu ada batasnya dengan menjadikan peristiwa 1999 sebagai contoh apabila tampuk pemerintahan jatuh kepada Pas.“Kita pernah kalah hampir semua DUN kecuali Kemasik dalam Parlimen Kemaman pada tahun 1999 sedangkan semua beranggapan Kemaman adalah benteng kekuatan UMNO negeri,” ujarnya.Sumber : Utusan Online
21 Jan 18
95
Empty Image
50 Peratus Kuota Kediaman Untuk Orang Melayu
Mohd Jidin bersama peserta Seminar Pembangunan Srata, di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, Foto Harish Fadzillah Kassim.Kerajaan melalui Dasar Perumahan Negeri menetapkan  kediaman yang mempunyai lebih 200 unit akan tertakluk kepada penetapan kuota orang Melayu iaitu sebanyak 50 peratus bagi menggalakkan pembinaan kediaman berstrata.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato Mohd Jidin Shafee berkata, bagaimanapun, pembangunan kurang daripada 200 unit pula tidak dikenakan penetapan kuota orang Melayu.Katanya, dasar itu ditetapkan bagi pembangunan perumahan swasta di atas tanah yang berkeluasan kurang tiga hektar."Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan negeri juga perlu didedahkan lebih banyak maklumat berkenaan pembangunan hartanah berstrata kerana ianya agak kompleks. Malah, PBT dan kerajaan juga hendaklah bersedia menjadi pemudah cara yang terbaik supaya pembangunan negeri menjadi lebih pantas dan memberi manfaat kepada rakyat.“Selain itu, rakyat di negeri ini harus dididik agar bersedia dan patuh kepada peraturan serta garis panduan terutamanya berkenaan bayaran caj perkhidmatan bulanan bagi kediaman berstrata supaya bangunan dapat diselenggara dengan baik dan mengikut jadual,”katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pembangunan Srata, di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Jidin berkata, kerajaan negeri  memberi keutamaan pembangunan hartanah kediaman bersrata di kawasan bandar memandangkan kekurangan  tanah untuk pembangunan selain menjadi 'trend pembangunan' di Pantai Barat. “Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) perlu memainkan peranan kerana memiliki pengetahuan, keupayaan dan pengalaman dalam pembangunan tanah kediaman bersrata,” katanya.Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda berkata, pembangunan hartanah berstrata di Terengganu masih agak kurang berbanding negeri di Pantai Barat.Katanya, bagi pihak pemain industri, terdapat pelbagai cabaran yang harus dilalui bagi membolehkan sesuatu pembangunan berstrata itu berjaya.  "Pihak konsultan juga perlu mengambil serius setiap perubahan kehendak dalam garis panduan dan akta agar tidak memberi implikasi negatif terhadap pembangunan sesebuah projek. "Bagi pihak kerajaan dan agensi yang terlibat pula, bantuan dan sokongan berterusan amatlah diperlukan oleh pemain industri," katanya.
20 Jan 18
73
Empty Image
Ghazali Sertai Kawat Ziarah 'Pok Him Bernama'
Program Ziarah Kasih yang digerakkan Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib apabila turun padang menyertai kunjungan ke rumah bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Terengganu yang uzur, Ibrahim Bakar, hari ini.Ibrahim, 74, dikenali sebagai Pok Him di kalangan rakan media, tinggal bersama isteri, Zainu Zakaria, 60, di Kampung Ladang Sekolah, Kuala Terengganu  menghidap pelbagai penyakit dan terbaru, menghidap sakit buah pinggang serta sentiasa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.Beliau memulakan karier sebagai wartawan sambilan dengan Bernama sejak 1973 dan sudah berkhidmat di bawah 13 ketua biro.Ghazali yang juga ADUN Ajil turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pok Him manakala Kawat menyerahkan barangan keperluan harian.Timbalan Presiden Kawat, Ahmad Syafri Husnaini Mohamed berkata, ziarah dan sumbangan oleh ahli Kawat adalah tanda ingatan rakan media sebelum ini sentiasa bekerjasama dalam memastikan profesion pengamal media di pandang tinggi dan penting dalam pembangunan negeri dan juga modal insan.
20 Jan 18
248
Empty Image
Telemovie Kebaya Mek Hwa Papar Budaya, Perpaduan Di Terengganu
Sabri ketika menjayakan penggambaran telemovie Kebaya Mek Hwa di Perkampungan Cina. Telemovie `Kebaya Mek Hwa' mampu menonjolkan keunikan kehidupan masyarakat peranakan Cina dan Melayu di pelbagai lokasi menarik di Terengganu apabila bersiaran di slot cerekarama TV3 sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.Pada masa sama, drama yang berdurasi kira-kira dua jam itu mampu memupuk semangat perpaduan kerana menggabungkan barisan pelakon Cina dan Melayu seperti Pauline Tan sebagai May, Syazwan Zulkifli (Dani), Wan Hanafi Su (Pok Mat tukang bot) dan Sulaiman Yassin memegang watak nelayan yang dikenali sebagai Awang.Tiga lokasi  utama iaitu Perkampungan Cina, Jalan Bandar, perusahaan bot di Pulau Duyong (Kuala Terengganu) dan perkampungan nelayan di Jambu Bongkok, Bukit Payung (Marang)  menjadi pilihan penggambaran sesuai dengan jalan cerita dan keindahan lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ke Terengganu.Pengarah Drama,  Sabri Yunus berkata, pihaknya memilih Terengganu sebagai lokasi penggambaran kerana menyedari pelbagai keunikan budaya masyarakat peranakan Cina yang dikenali dengan panggilan Mek dan Awang serta keakraban kaum itu dengan budaya dan masyarakat Melayu sendiri.“Mek dan Awang di sini menggemari pelbagai  makanan Melayu, terutama nasi dagang dan keropok lekor dan pelbagai menu tradisional lain, selain gemar mengenakan pakaian tradisional baju kebaya.“Semua adat, budaya dan warisan itu akan dipaparkan dalam Kebaya Mek Hwa yang menggunakan hampir 85 loghat Terengganu dan dilakon oleh 15 individu dan 10 orang daripadanya adalah anak jati Terengganu,”katanya.Sabri berkata demikian kepada Teganukita ketika penggambaran telemovie itu, di Perkampungan Cina, Jalan Bandar, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, Penulis Skrip telemovie berkenaan, Mohd Syukri Mohd Sidek yang dikenali Joe Sidek berkata, naskhahnya itu nanti akan menonjolkan keistimewaan dan amalan harian masyarakat peranakan Cina Terengganu yang jarang dipertontonkan kepada umum apatah lagi dalam bentuk telemovie.“Antara yang akan ditonjolkan adalah golongan ini gemar berbaju kebaya atau dipanggil 'Baju Kebaya Potong Kot' dan kain batik jawa bagi perempuan manakala lelaki memakai kain pelekat dan baju pagoda selain kemeja apabila keluar rumah, selain fasih bertutur loghat Terengganu,”katanya.
20 Jan 18
1456
Empty Image
Terengganu Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang 2018
Pelbagai aktiviti menarik di Terengganu bakal disajikan kepada pelancong pada setiap bulan pada sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan di negeri itu.Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak berkata, rata-rata pelancong mengenali Terengganu melalui produk pelancongan berkaitan pantai dan pulau-pulau.Katanya, selain terkenal dengan kecantikan pulaunya, kerajaan negeri kini cuba mengalihkan persepsi orang ramai bahawa negeri itu juga memiliki banyak tempat menarik dengan tawaran aktiviti memikat pelancong."Antara aktiviti bakal berlangsung pada tahun ini adalah Sounds of Terengganu, Pesta Air Terengganu, Setiu Wetlands Festival, Terengganu Bike Week, Duyong Art Festival, Karnival Makanan Terengganu, Mazu Festival, Pesta Pantai Terengganu, Festival Kenyir, Pesta Tanglung Peranakan, Moments of Unity dan macam-macam lagi," katanya.Beliau ditemui ketika ditemui di Festival Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.Sementara itu, beliau berkata JPNT kini turut melakukan kerjasama dengan hotel-hotel di negeri itu bagi memudahkan urusan berkaitan aktiviti mencandat sotong yang bakal tiba musimnya.Katanya, mereka yang berhasrat menyertai aktiviti itu boleh mula membuat tempahan yang dibuka sehingga Mac ini."Pesta mencandat sotong akan bermula bulan April sehingga Oktober. Mereka yang berminat, boleh membuat tempahan sekarang dan pakej berkenaan berserta dengan kenderaan bagi memudahkan pergerakan ke lokasi," katanya.
19 Jan 18
62
Empty Image
Sedih Tak Mampu Tatap Wajah Menteri Besar- Makcik Bidah
Ahmad Razif berbual mesra dengan Makcik Bidah. Foto Zukifli C W Putra"Makcik gembira apabila mengetahui Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri mahu datang melawat."Pada masa sama makcik berasa sedih kerana kunjungan Dato' Razif kali ini, makcik hanya mampu berbual tanpa dapat  melihat raut wajah beliau," kata Bidah Mamat, 66, dari Kampung Baru, Seberang Takir, petang ini.Makcik Bidah yang cacat penglihatan sejak lapan bulan lalu dan kudung kaki kanan hampir enam tahun akibat diabetes berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahmad Razif bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempena program Ziarah Kasih Bersama Pemimpin Setempat.Sebanyak 260 rumah golongan asnaf, warga emas, Orang Kelainan Upaya dan orang uzur membabitkan 26 kampung dikunjungi pemimpin setempat terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Cawangan UMNO.Sementara itu, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, program seumpama itu akan diteruskan dengan kekerapan dua minggu sekali melibatkan pemilihan 10 keluarga yang kurang berkemampuan bagi setiap kampung.Katanya, program itu menyasarksn sekurang- kurangnya 520 keluarga di DUN  itu dapat dikunjungi pemimpin di kawasan masing- masing dalam tempoh sebulan."Pelbagai barangan dapur dan sejumlah wang tunai diagihkan dalam kunjungan yang penuh bermakna itu."Program seumpama ini sangat wajar bukan saja mampu merapatkan hubungan antara pemimpin setempat malah dapat mengetahui apa kehendak rakyat terutama bagi mereka yang uzur dan warga emas," katanya.
18 Jan 18
311