lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Amirullah Terpilih Pengerusi MBNT Yang Baharu Sesi 2018/2021
Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang baharu bagi penggal 2018/2021 pada Mesyuarat Agung MBNT Kali Ke-15 di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu hari ini.Amirullah yang juga kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu menewaskan Pengerusi Belia 4B Terengganu, Muhammad Rosdi Mat Zin dengan majoriti 25 undi dalam pertandingan dua penjuru pada pemilihan jawatankuasa badan itu dan menggantikan penyandang, Zaidi Muda yang melepasi had umur.Manakala Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Shahrul Azwan Mohamad @ Endut (Pengakap).Naib Pengerusi 1 pula dimenangi Presiden  Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, diikuti Naib Pengerusi 2, Mohd Khairil Sabri (Majlis Belia Felda Wilayah Timur), manakala Nor Aishah Hamdan dari Persatuan Pandu Puteri Negeri dipilih sebagai Naib Pengerusi 3 dan Low Jeng Haur dari Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Terengganu pula dilantik Naib Pengerusi 4.Manakala Setiausaha, Mohd Izham Ahmad (GPMS) dan Bendahari, Mohd Syahmi Ghazali (MAYC).Sementara ahli jawatankuasa pula dibarisi Muhammad Muzzammil Mokhtar, Noraini Salleh, Syahrul Mizan Salleh, Siti Norasmaliana Mohd, Muhammad Amirudin Ali Sabdi, Mohd Razali Ismail, Tuan Hazirul Tuan Mat, Rozita Razali, Khalid Muhamad, Zulkifli Abu Bakar , Mukhri Mamat, Ahmat Yazid Maliki dan Wan Mazulki Wan JusohPemeriksa Kira-kira 1, Ahmad Zol Husni  Ab Halim (Belia 4B) dan Pemeriksa Kira-kira 2 pula Nor Ayuni Diyana Mohd Amin (MAYC).Seramai 181 perwakilan hadir di persidangan yang menghimpunkan 18 badan gabungan belia seluruh Terengganu itu.Turut hadir merasmikan persidangan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Persidangan yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir sesi pengundian serta keputusan kira-kira jam 6 petang itu berlangsung dalam suasana baik dan berjalan lancar.
27 Jan 18
594
Empty Image
Elak Kongsi Kemewahan Di Laman Sosial - Jailani
Jailani beramah mesra dengan salah seorang peserta Mini Karnival Usahawan di bawah Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Berang,hari iniJadikan data peribadi sebagai komoditi berharga dan jangan sewenangnya berkongsi di laman sosial bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari berkata,  amalan berkongsi data peribadi, kemewahan dan pelbagai sambutan keraian seperti hari lahir boleh mengundang berlakunya jenayah siber dan mengancam nyawa.Jelasnya lagi, setiap pengguna perlu ada batasan untuk berkongsi dan mendedahkan apa sahaja maklumat diri dan keluarga untuk keselamatan bersama."Mungkin kita hanya berniat nak berkongsi...katakanlah ingin berkongsi gambar hari jadi kita, sambutan dalam keluarga kita tapi kita tayangkan dalam instagram atau Facebook..jadi orang boleh kenal pasti siapa dalam rumah dan implikasinya kita tak pasti."Mungkin niat setengah pihak cuma nak mempromosi perniagaan atau berkongsi aktiviti seharian tapi lain jadinya seperti kes semalam, nyawa hampir hilang kerana gemar berkongsi di Facebook, "katanya selepas merasmikan Mini  Karnival Usahawan Desa Di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang hari ini.Jailani berkata demikian ketika diminta mengulas kes seorang peniaga dalam talian yang cedera parah akibat ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.Mangsa dikatakan aktif membuat sidang video langsung di Facebook bagi jualan kosmetik, barangan kemas dan pakaian yang dijalankan secara atas atas talian.
27 Jan 18
28
Empty Image
Pengguna Akaun Palsu Tiada Masa Depan - Jailani
Penggunaan akaun palsu di laman sosial terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) hanya dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai masa depan.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari berkata, tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit hanya untuk menimbulkan kekecohan di laman sosial dengan menaburkan fitnah atau berita palsu kepada para pemimpin."Kalau dia betul-betul berani,dia tidak akan menggunakan  akaun palsu .. biasalah setiap kali pilihanraya akan wujud benda-benda begini kerana dia cuba mengeruhkan keadaan atau pun mencetuskan satu situasi yang boleh membawa satu perkara yang cuba dielakkan."Jika ada pihak di luar sana yang mendapati atau pun melihat mana-mana akaun palsu yang wujud.. cuba mencetuskan perkara yang tidak elok terutama menghina pemimpin dan sebagainya...buat laporan dan kita akan ambil tindakan dibawah akta yang sedia ada,"katanya kepada pemberita selepas program ziarah kasih di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.Tambah Jailani lagi, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis mengesan kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan itu termasuk pemantauan sepanjang masa dan bukan semasa pilihanraya sahaja."Jika individu yang menggunakan akaun palsu berkenaan dapat dikesan, tindakan mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 boleh dikenakan terhadapnya,"katanya.
27 Jan 18
46
Empty Image
300 Tadika Kemas Uzur Dibaikpulih
Ahmad Razif bersama kakitangan KemasSebanyak RM9.6 juta diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaik pulih 300  Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang uzur di seluruh negara bagi  tahun ini.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Amiruddin Ariffin berkata, kerja-kerja membaik pulih kemudahan dan prasarana itu akan dilakukan secara berperingkat bermula bulan depan bagi memberi lebih keselesaan serta kelancaran dalam proses pembelajaran awal kanak-kanak."Tahun lepas kita berjaya menaik taraf 356 tabika dan tahun ini usaha tersebut bakal diteruskan melibatkan 300 buah lagi."Bangunan Kemas ada banyak kategori dan keutamaan diberikan kepada premis yang menumpang di balai raya atau dewan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Apresiasi Kemas Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar, Dato'  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari iniHadir sama, isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan Pengarah Kemas negeri, Dr. Faridah Mat.Seramai 2,500 kakitangan Kemas negeri ini berhimpun dalam majlis tersebut bagi mendengar hala tuju bagi perkhidmatan sepanjang 2018 di samping sebagai tanda kesiapsiagaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.Sementara itu, Amiruddin berkata, Kemas akan memperkasakan kempen membudayakan kebersihan dalam kalangan 220,000 muridnya di seluruh 11,206 tabika selari dengan pelancaran Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan baru-baru ini.Katanya, menerusi inisiatif itu kanak-kanak akan diberi penerangan secara terperinci tentang nilai-nilai murni yang digariskan termasuk etika kebersihan, aspek pemakaian, gaya hidup sihat, adab sebelum makan dan doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian."Kemas sentiasa membuat penambahbaikan sejajar dengan hasrat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu kita melakukan transformasi dan antara yang telah dilaksanakan adalah dari segi modul pendidikan islam, pendidikan patriotik dan keyakinan diri yang diharap dapat memberi bimbingan berkesan kepada kanak-kanak," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, Kemas sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai agensi yang membangunkan masyarakat luar bandar dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan tanpa mengira masa atau bersifat bermusim untuk PRU-14.Berdasarkan rekod, kira-kira 8,000 kakitangan Kemas di seluruh negara telah diserapkan ke jawatan tetap daripada keseluruhan 18,000 yang ada pada masa ini.
27 Jan 18
429
Empty Image
PBSNT Laksana Transformasi Untuk Tambah Baik Kelab
Foto oleh : Harish Fadzillah Abu KassimPersatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan pelbagai transformasi bagi menambah baik kelab-kelab di bawah naungannya.Antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat iaitu Terengganu Football Club Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan penubuhan syarikat itu, ianya akan mengurangkan kebergantungan kelab-kelab tersebut kepada kerajaan negeri terutamanya dari segi kewangan."Dengan penubuhan syarikat ini, sebenarnya kita sudah pergi ke satu konsep yang lebih profesional selain syarikat akan menguruskan lima pasukan di bawahnya."Jadi untuk kewangan selepas pada ini, mereka tidak akan bergantung 100 peratus kepada kerajaan. Mungkin selepas ini ada stadium sendiri dan ada lagi perkara-perkara yang menjana pendapatan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Memperkenalkan Pemain dan Jersi Pasukan Terengganu FC Musim 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Ahmad Razif yang juga Presiden PBSNT berkata, melalui gerakan transformasi itu, buat masa sekarang, terdapat lima kelab yang bernaung di bawah satu pengurusan."Terengganu FC dijadikan sebagai 'parents club' manakala Terengganu FC 2 sebagai 'feeder club'. Seterusnya kita ada Terengganu FC 3, Terengganu FC 4 dan Terengganu FC 5."Jadi maknanya sekarang kita ada satu sistem yang ada kesinambungan iaitu dengan menyediakan pelapis. Daripada bawah 17, bawah 19, kemudian bawah 21. Pasukan bawah 21 ini kita sediakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2018 nanti," katanya.Dalam program yang berlangsung malam tadi, ribuan peminat bola sepak Terengganu membanjiri stadium tersebut untuk menyaksikan pelancaran jersi bagi kelima-lima pasukan bagi musim 2018.
26 Jan 18
34
Empty Image
Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini
Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai Festival Peranakan Terengganu pada Ogos nanti.Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), Martin Tok berkata, program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama dari dewan berkenaan.Katanya, program tersebut bukan sekadar untuk pelancongan negeri namun ianya untuk menunjukkan solidariti antara penduduk setempat dan komuniti di kawasan tersebut."Program ini bukan hanya program pelancongan semata-mata tetapi untuk menujukkan persefahaman antara komuniti setempat dengan pelbagai kaum lain."Apabila mereka ini yang berada bukan sahaja di Malaysia namun dari luar negara seperti Australia, Hong Kong, Taiwan dan New Zealand balik kampung, kami berharap agar apabila pulang semula ke tempat mereka dan akan membawa nama Mek Awang ke sana,"Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Mek Dan Awang Balik Kampung di Kampung Cina, Kuala Terengganu.Turut hadir Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak.Tambahnya, program tersebut mampu membantu pihaknya dalam mencapai visi yang dibawa."Pertamanya, pihak DPPCT dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada peniaga setempat," katanya.Dalam pada itu, Martin berkata Mek Awang kini sudah menjadi satu jenama yang makin dikenali selepas diperkenalkan DPPCT."Jenama Mek Awang kini sudah mula dikenali bukan sahaja dalam industri pelancongan. Contohnya saya baru pulang dari Singapura bagi menghadiri mesyuarat dengan Tourism Malaysia (TM) dan mereka amat berminat untuk mengetahui dan mengenali Mek Awang ini."Jadi TM Singapura sudah mengajak kami untuk melakukan pembentangan dengan pihak mereka," katanya.Martin berkata, dengan perkembangan baik tersebut pihaknya menjangkakan lebih ramai pelancong Singapura mengunjungi Kampung Cina sempena Festival Peranakan Terengganu.
25 Jan 18
94
Empty Image
Hospital KTS Dijadual Beroperasi Ahad Ini
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang baharu di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok,  bakal beroperasi mulai Ahad ini dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan pakar yang menjanjikan suasana lebih selesa dan terbaik, di negeri ini.Bagaimanapun KTS yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri di bawah naungan TDM Berhad akan beroperasi secara berperingkat dengan pembukaan dari tingkat satu hinggal lima daripada keseluruhan lapan tingkat bangunan dalam persekitaran kawasan peranginan itu.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, pada tahun ini pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan baharu seperti pergigian, kardiologi dan kemudahan cathlab, kecantikan (aesthetics), pusat kesihatan eksekutif, fisioterapi dan pemulihan terbaru seperti ‘deep tisse laser therapy’ dan ‘electro muscular stimulation’.“Hospital ini dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan berteknologi yang terkini untuk memberi perkhidmatan lebih berkualiti kepada pelanggan,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.Sementara itu bagi mendekatkan masyarakat dengan hospital baharu ini, pada 3 Februari depan pihaknya akan mengadakan `Festival of Firsts’ yang akan dimeriahkan kepada pelbagai kegiatan.“Ini termasuklah ‘scavenger hunt’, pameran, pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan bayi comel, pertandingan nyanyian kanak-kanak bermula dari pul 9 pagi hingga 6 petang,” ujar Abel.KTS (di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd.) yang mula dibina pada tahun 2012 dengan kos awal dianggarkan RM122 juta bakal dilengkapi 130 katil, lima dewan bedah dan lima bilik bersalin) difahamkan akan beroperasi sepenuhnya pada 2019.Disasarkan awalnya dapat beroperasi selewat-lewatnya tahun lalu, namun telah dianjak kepada awal tahun ini kerana masih berdepan dengan beberapa masalah bagi mendapat kelulusan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan. - UTUSAN ONLINE
24 Jan 18
1245
Empty Image
MB Lancar Tabung Amanah Kawat
Ahmad Razif bersama para pengamal media yang mengenakan tema 'Back To School'  pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim Tabung Amanah Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) dilancarkan secara rasmi malam tadi,  sempena Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada Pengamal Media Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melancarkan tabung yang bertujuan menjaga kebajikan para pengamal media di Terengganu sekiranya ditimpa sebarang musibah sama ada kematian, kemalangan dan bencana.Sebelum itu, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata peranan media sangat besar dalam menyampaikan berita-berita benar kepada orang awam dan membentuk pemikiran rakyat serta mempengaruhi suasana politik, pembangunan fizikal mahupun ekonomi negeri."Cabaran yang dihadapi kini amat besar dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin."Media perlu memainkan peranan untuk menangkis cerita-cerita tersebut agar rakyat tahu perihal yang sebenar," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.Dalam majlis tersebut juga, Ahmad Razif turut menyumbangkan RM50,000 kepada Kawat untuk menguruskan kelab itu.Majlis yang bertemakan 'Back To School' semalam dimeriahkan dengan gelagat spontan dan bersahaja hampir 200 pengamal media dari pelbagai agensi di Terengganu yang berpakaian di alam sekolah .
24 Jan 18
79
Empty Image
Boleh Mohon Perkahwinan Perdana TTB 2018
Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ 2018. Berita baik untuk rakyat Terengganu yang masih bujang. Permohonan Perkahwinan Perdana tahun 2018 telah dibuka bermula pada 24 Januari 2018 hingga 20 Februari 2018. Borang hendaklah dihantar sebelum 20 Februari 2018 di Ibu Pejabat YPKT atau Pejabat Kawasan YPK yang berdekatan dengan kawasan rumah anda. Penyertaan adalah terhad!Syarat-Syarat Permohonan Perkahwinan Perdana 2018 Terengganu1. Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu.(Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung)2. Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.3. Perkahwinan adalah kali pertama4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.6. Pendapatan ibu bapa pasangan RM5,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM7. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.8. Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.10. Majlis Perkahwinan akan diadakan dengan 2 pilihan tarikh dan pemohon diminta memilih satu tarikh berkenaan dan BERSETUJU menyertai majlis akad nikah beramai-ramai yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu seperti berikut:a) Pilihan Pertama : 3 MAC 2018 (SABTU) b) Pilihan Kedua : 30 JUN 2018 (SABTU)11. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.12. Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih dan keputusan adalah muktamadBorang Permohonan Perkahwinan Perdana TTB 2018Sila klik Keluarga Generasi TTB : Perkahwinan Perdana 2018Tarikh permohonan dibuka24 Januari 2018Tarikh permohonan ditutup20 Februari 2018
24 Jan 18
357
Empty Image
Terengganu “Molek Doh”, Terus Cemerlang Dalam Pembangunan
Walaupun tempoh mencecah 10 tahun penulis berkhidmat di bumi Terengganu ini boleh dianggap masih terlalu hijau, sukar untuk menidakkan kenyataan bahawa bumi bertuah ini sudah melalui banyak fasa perubahan.Memulakan khidmat di negeri bertuah ini pada 2008, penulis sudah melalui era pentadbiran tiga Menteri Besar, bermula dengan Datuk Seri Idris Jusoh, diikuti Datuk Seri Ahmad Said, seterusnya Datuk Seri Ahmad Razif hingga kini.Biarpun peralihan pentadbiran yang bertukar tiga tangan dalam tempoh 10 tahun dilihat terlalu pantas dan singkat, penulis akui, tiga tokoh pemimpin ini mempunyai karisma dan kelebihan tersendiri, yang masing-masing memberi impak besar kepada kemajuan ekonomi, kepimpinan dan kemakmuran negeri ini.Sudah pasti, sebelum era tiga pemimpin ini, 25 tahun pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak dinafikan berjaya membina tapak kukuh untuk Barisan Nasional (BN) di negeri ini.Justeru, ketika membaca artikel di sebuah portal berita baru-baru ini, sukar untuk dicerakinkan dari mana sandaran ulasan yang sebegitu negatif, tidak adil dan jauh tersasar daripada hakikat sebenar kemajuan dan rahmat yang dinikmati warga Terengganu.Jika 10 tahun lalu dari Kuala Lumpur ke Terengganu penulis terpaksa memandu hingga lapan jam melalui jalan biasa, kini sudah ada Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang memendekkan masa perjalanan kepada sekitar empat jam saja.Jika 10 tahun lalu bandar raya Kuala Terengganu mati sebaik Maghrib menjelma, kini kerancakan aktiviti ekonomi dan sosial berterusan hingga ke malam. Pergilah dan lihat sendiri di beberapa lokasi antaranya KT Walk, Pasarnita, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Square.Jika dahulu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku dan papan hitam, sebahagian besar sekolah di negeri ini sudah melalui transformasi sebagai kelas maya, dengan e-book menggantikan buku teks.Itu belum masuk lagi pembangunan Kuala Terengganu City Centre yang merangkumi tiga komponen utama iaitu pusat gaya bersepadu, pusat komersial dan hab pendidikan yang bakal mewujudkan lebih 10,170 peluang pekerjaan; jambatan angkat (draw bridge) yang pertama di Asia menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir; beberapa hotel baharu; selain pembangunan Pasar Besar Kedai Payang yang akan dinaik taraf dan menjadi antara mercu tanda baharu di bandar raya ini dalam tempoh kurang daripada lima tahun.Suka untuk penulis kongsikan di sini, Terengganu yang diapit Kelantan dan Pahang bukan lagi sebuah negeri mundur seperti era 1970-an dahulu, apatah lagi jauh sekali diperkatakan sebagai antara negeri paling miskin di Malaysia.Walaupun pembangunan Terengganu terencat selama lima tahun selepas pentadbiran kerajaan diambil alih PAS selama sepenggal bermula 1999, Idris yang merampas kembali Terengganu daripada PAS pada pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 pantas membangunkan semula negeri ini, sehingga Kuala Terengganu berjaya dinaik taraf kepada bandar raya pada 2008.Mengikut rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri, pendapatan bulanan isi rumah secara purata di Terengganu ialah pada kadar RM4,816 untuk 2014 dan RM5,775 untuk 2016, sekali gus meletakkan negeri penyu ini di tangga kelapan daripada 13 negeri di Malaysia dan menangkis tuduhan bahawa Terengganu adalah antara negeri paling miskin di Malaysia.Hakikatnya, Kelantan adalah negeri paling miskin daripada segi pendapatan bulanan isi rumahnya yang secara purata direkodkan sebanyak RM3,715 pada 2014 dan RM4,214 pada 2016.Malah, kadar kemiskinan di Terengganu sebelum minyak ditemui dan menjadi antara hasil pendapatan utama negeri adalah 68.9 peratus pada 1970-an dan menurun jauh kepada 0.4 peratus pada 2016.Hingga Disember 2017, Terengganu ialah negeri kedua tertinggi berjaya mengeluarkan bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) daripada kelompok miskin tegar mengikut senarai e-Kasih iaitu 48,940 KIR dan Terengganu juga adalah negeri bebas KIR yang dikategorikan sebagai miskin tegar.Data pendapatan isi rumah yang tinggi serta kadar kemiskinan yang rendah sudah menampakkan polisi serta pendekatan cukup mapan serta bertanggungjawab oleh kerajaan BN di Terengganu.Aspek pendidikan Terengganu yang saban tahun merekod kejayaan baharu juga tidak dilupakan. Siapa sangka, Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malek menjadi sekolah aliran agama pertama menerima pengiktirafan International Baccalaureate World School 2017, Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang menjadi juara dunia buat kali kedua sempena World Invention Creativity Contest 2015 dan 2017, selain menjuarai tangga teratas dalam kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di negara ini baik di peringkat rendah mahupun menengah.Pertumbuhan ekonomi negeri ini juga terus positif hingga meningkat kepada 3.8 peratus tahun lalu, berbanding 3.1 peratus pada tahun sebelumnya.Peratusan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi di Terengganu juga berada pada tahap 30 peratus dan ini dianggap satu aset besar selaras pelbagai usaha kerajaan negeri BN memperkasa sektor pendidikan negeri, sehingga berkembang lebih cepat daripada purata peringkat nasional iaitu 28 peratus.Pembentangan Bajet Terengganu 2018 pada Disember lalu oleh Ahmad Razif yang memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) menjadi bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan BN sentiasa berusaha menutupi lubang yang ada, bermula daripada kepentingan rakyat Terengganu dari usia bayi hinggalah ke warga emas – menepati dasar rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.Sektor perikanan, perladangan, pertanian malah pendidikan turut diperkasakan bagi membolehkan setiap golongan menikmati belanjawan yang dibentangkan.Infrastruktur yang berkesan berjaya merebakkan pembangunan ke kawasan luar bandar seperti daerah Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Marang dan Kemaman, selain daerah baharu, Kuala Nerus, dan jaringan jalan raya sehingga empat lorong berjaya meningkatkan janaan ekonomi penduduk di bandar itu.Kompleks Bebas Cukai di Tasik Kenyir, iaitu destinasi pelancongan berasaskan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu, bakal melonjakkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini yang saban tahun meningkat dari sekitar tiga juta sehingga lebih lima juta tahun lalu dan dijangka terus meningkat tahun ini.Jika Terengganu negeri yang gagal seperti didakwa sesetengah pihak, bagaimana negeri ini, mampu menyediakan dana sehingga RM5 juta menerusi Tabung Darul Iman untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang terbabit dengan bencana atau ditimpa musibah atau menderitai penyakit.Bagaimana pula dengan Dana Hari Raya, Dana Bakti Remaja, dana pendidikan, dana bantuan keusahawanan dan pelbagai lagi bantuan lain yang semuanya mencecah puluhan juta ringgit disalurkan kerajaan negeri kepada warga Terengganu segenap lapisan dalam usaha mensejahtera dan memakmurkan rakyat?Menyentuh pula soal politik, tidak dinafikan peralihan kepimpinan menjentik sedikit pergolakan dan ia berlaku dalam mana-mana parti.Namun, panas itu tidak lama dan diplomasi serta pendekatan tunduk ke bumi yang diambil Ahmad Razif merapatkan kembali jurang yang terbina, sehingga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri pernah menyatakan kekaguman jiwa besar pemimpin negeri ini melupakan sengketa demi perjuangan yang jauh lebih penting demi kesejahteraan rakyat.Justeru, adalah tidak adil jika ada pihak yang entah apa tujuannya, cuba memalit lumpur memperlekehkan Terengganu yang sudah sedia cantik ‘track recordnya’ di bawah kepimpinan BN, khususnya Ahmad Razif ketika ini.Apa yang pasti rakyat Terengganu yang sudah sekian lama menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini hasil usaha keras kerajaan BN pastinya tidak mudah terhasut oleh omong bertunjangkan iri dan dengki untuk menjatuhkan BN dan Terengganu.– BH
24 Jan 18
71