Artikel "Utama" Terkini
Karnival Tentera Bersama Rakyat Tarik 10,000 Pengunjung
Seorang pengunjung melihat senjata yang digunakan oleh pihak tentera dalam karnival Tentera Bersama Rakyat. Foto oleh Foto Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Karnival Tentera Bersama Rakyat anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan serta agensi lain berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung.Program yang diadakan di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus tersebut menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk rakyat di sekitar DUN Seberang Takir.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan adanya program sebegitu, ianya mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat.Katanya, melalui sambutan yang menggalakkan itu, program tersebut mungkin akan diperluaskan dan untuk masa-masa akan datang."Jika kita dapat lihat di sini, sambutannya begitu baik sekali. Insyaallah kita akan jadikan program ini sebagai program tahunan, terutama di dDun Seberang Takir," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Tentera Bersama Rakyat di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Panglima Briged Ke-8 Infantri Malaysia, Brig Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Sebelum merasmikan program tersebut, Ahmad Razif turut menyertai Senamrobik TTB bersama pengunjung pada jam 7 pagi.Program yang akan berakhir pada malam ini turut menyediakan Pasar Jualan Rakyat, pameran dan pemeriksaan kesihatan, sukaneka serta pertandingan mewarna.Selain itu, cermin mata percuma turut diberikan kepada pengunjung yang layak.Istimewanya program yang diadakan di padang bola tersebut, 'foodtruck' Chicken Cottage pertama kalinya di perkenalkan kepada pengunjung selain mereka dapat menikmati makanan secara percuma.
03 Feb 18
431
Terengganu Terpilih Sertai TMM2020
Foto oleh : Zulkipli PutraTerengganu membuat persiapan rapi bermula tiga tahun dari sekarang bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) sebagaimana yang diisytiharkan Perdana Menteri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiktirafan yang diberikan terhadap sektor pelancongan negeri memerlukan kerajaan dan penggiat industri itu lebih agresif untuk merebut peluang termasuk menggandakan usaha promosi."Kita merasa amat gembira kerana Tourism Malaysia telah mengambil Terengganu sebagai sebuah negeri yang terpilih untuk sama-sama membuat promosi bagi program TMM2020 itu."Mulai tahun ini program promosi pelancongan bagi TMM akan dipergiatkan yang akan dilaksanakan di beberapa negara, akan diikuti oleh wakil dari Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, Terengganu juga tidak menetapkan tahun Visit Beautiful Terengganu kerana program seumpama itu akan diteruskan pada setiap tahun sehingga 2020.Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa projek yang sedang dan akan dibangunkan di negeri itu mampu menarik kedatangan pelancong seperti pembinaan jambatan angkat menghubungkan Kuala Terengganu-Seberang Takir yang dijangka siap pada September ini dan menjadi satu lagi mercu tanda Terengganu."Begitu juga dengan pusat pelancongan Tasik kenyir apabila kita akan mewujudkan terminal cruise di Pengkalan Gawi tahun ini selain perkedaian di kawasan bebas cukai, Pulau Bayas sebagai tarikan pelancong untuk ke negeri ini," katanya.Ahmad Razif berkata, tahun ini kerajaan negeri mensasarkan kedatangan seramai 5.5 juta pelancong berbanding lima juta pada tahun lepas, di mana jumlah itu mencapai sasaran.
02 Feb 18
70
KT City Fun Jaya Konsep Ketiga TTB
Peserta KT City Fun Run 2018 bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan larian sejauh empat kilometer di Pulau Warisan, kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli PutraProgram beriadah, KT City Fun Run 2018 mencapai konsep ketiga dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu keluarga bahagia serta penyatuan bangsa supaya kekal harmoni sampai bila-bila, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, program yang berkonsepkan riadah bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain."Selain menjadi gelombang kepada sektor pelancongan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan kerana mereka di sini juga sebagai tempat untuk bersosial."Yang paling seronok kita dapat lihat berlaku penyatuan, tidak kira bangsa dan agama, mereka dapat bersama. Inilah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ingin mempastikan kehidupan yang harmoni yang kita perjuangkan sejak dulu, kini dan selamanya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Seramai 4,000 peserta mengambil bahagian berlari mengelilingi Bandaraya Kuala Terengganu sejauh empat kilometer.Peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah utama sebuah motosikal.
01 Feb 18
101
Bas Amfibia Menuju Ke Terengganu
Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang.Bas yang menjadi antara modal politik pembangkang, perlu melalui beberapa proses pemeriksaan teknikal oleh beberapa agensi berkaitan termasuk Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya sebelum dibawa ke Terengganu dan bakal ditempatkan di Taman Tamadun Islam Terengganu.Menurut pihak Jabatan kerja raya (JKR) Terengganu, bas amfibia itu juga perlu diperiksa dengan teliti agar mematuhi spesifikasi dan ciri-ciri yang dijanjikan oleh pembekal serta mengutamakan keselamatan pengguna.Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Khairul Azlan Mohd Yusof berkata, dalam masa terdekat, bas akan dibawa ke Terengganu dan akan singgah beberapa pusat tumpuan di daerah yang bakal ditentukan oleh jabatannya .“Ianya akan bermula dari Daerah Kemaman sehingga ke Besut dan akhirnya bas akan dipamerkan bagi tontonan umum di Ekspo Terengganu 2018 bermula pada 25 Februari sehingga 3 Mac ini,"katanya. Katanya, rakyat Terengganu pastinya sedang menantikan kemunculan bas unik itu yang akan menjadi satu tarikan baharu dalam industri pelancongan negeri.Kenderaan buatan kilang di Malta itu mampu memuatkan seramai 45 penumpang dan dua pemandu dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air, manakala di jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam.Terengganu merupakan negeri pertama yang memperkenalkan bas dua alam itu.Difahamkan, kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk majlis penyerahan Bas Amfibia berkenaan dalam masa terdekat serta sidang media mengenai kenderaan itu juga akan diadakan sebaik bas itu tiba di Terengganu nanti.-Terengganu.news
01 Feb 18
372
Jalan LTSM Ke Pusat Bandar Bakal Siap Pertengahan 2019
Ahmad Razif mengawal jengkaut sebagai gimik dalam majlis pecah tanah di Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Projek jalan 'corniche' dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) sepanjang 6.8 kilometer bakal memberi impak positif kepada rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek tersebut yang dibahagikan kepada dua fasa menelan belanja RM60 juta dan dijangka akan siap sepenuhnya pertengahan tahun hadapan.Katanya, untuk permulaan bagi fasa pertama, projek ini akan melibatkan kos sebanyak RM30 juta."Fasa pertama akan bermula dari hujung tanjung sehingga ke Teluk Ketapang dan diikuti dengan fasa kedua yang sekarang ini dalam peringkat reka bentuk untuk diteruskan sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud."Kita jangkakan keseluruhan jalan 'cornish" ini akan selesai menjelang pertengahan 2019. Untuk fasa pertama kita jangka siap pada Ogos tahun ini. Manakala jambatan angkat kita jangkakan siap hujung tahun ini," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Ahmad Razif, bagi projek tersebut, ianya tidak melibatkan sebarang pengambil alihan tanah penduduk setempat."Kawasan-kawasan yang ada rumah, kita akan alihkan (laluan), maknanya kita akan elak."Jadi, kita akan buat tambakan di kawasan laut dan pembinaan benteng. Jadi pengambil alihan tanah tidak terlibat," katanya.
01 Feb 18
120
Restoran Konsep Kapal Terbang Bakal Dibina
Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihak kerajaan negeri sedang merancang untuk menambah baik Gerbang Galeri Pelancongan sedia ada untuk dijadikan restoran berkonsepkan kapal terbang.Katanya, anak syarikat Kerajaan Negeri, T-Kitchen akan ditempatkan di bahagian bawah kawasan itu bagi mengetengahkan produk makanan tradisional Terengganu."Kita akan lakukan pengubahsuaian di bahagian bawah dan akan wujudkan suasana seperti di dalam kapal terbang."Jadi sesiapa yang makan di T-Kitchen itu nanti akan terasa seperti berada di dalam kapal terbang selain turut mewujudkan pandu lalu di restoran tersebut," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata, Kerajaan negeri telah menerima cadangan dari syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, Air Asia untuk menambah penerbangan terus dari Johor Bahru ke Kuala TerengganuKatanya, buat masa sekarang penerbangan tersebut hanya tiga kali seminggu dan Air Asia bercadang ditambah kepada enam kali seminggu.
01 Feb 18
61
Jejambat Bukit Tumbuh Lancarkan Lalu Lintas
Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, baru-baru ini.Dakwaan pembangkang yang menyatakan pembinaan jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu yang beroperasi 21 Disember lalu merupakan satu pembaziran adalah tidak benar sama sekali berikutan kini menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk berulang alik ke Pusat Bandar Kuala Terengganu.Berbanding sebelum ini, mereka yang tinggal berdekatan kawasan itu terutama Tepoh , Teluk Pasu dan Batu Enam lebih gemar memilih laluan Kampung Jeram, Teluk Pasu dan Losong untuk ke tempat sama.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, pengguna mengakui pembinaan persimpangan bertingkat sepanjang 350 meter itu adalah bertepatan dengan kehendak rakyat.Katanya, sebelum ini rata-rata pengguna terpaksa berdepan masalah kesesakan lalu lintas hampir sejam untuk berulang alik ke tempat kerja di pusat bandar.Menurutnya lagi, sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, keadaan itu bertambah teruk kadang kala sesak hampir dua jam.“Menyedari keadaan itu, kerajaan mengambil pendekatan membina persimpangan membabitkan peruntukan hampir RM25 juta,” katanya.Projek mula dibina sejak November 2015 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu dibuka kepada pengguna mulai 21 Desember lalu.Sementara itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri turut merancang membina laluan bertingkat di Bandaraya Kuala Terengganu bagi mengatasi kesesakan dengan kos dianggarkan bernilai RM500 juta.Katanya, cadangan membina laluan berkenaan sudah dimajukan kepada kerajaan pusat."Laluan bertingkat itu akan dibina bermula dari persimpangan lampu isyarat Batu Buruk ke Jalan Sultan Muhammad dan pembinaannya kelak dapat menyuraikan kesesakan di Jalan Sultan Mahmud yang menjadi jalan utama untuk masuk ke Bandaraya Kuala Terengganu."Selain itu, kerajaan negeri sedang membuat persediaan menaik taraf laluan empat lorong di Jalan di Durian Burung, Teluk Pasu, Batu Enam, Tepoh ke susur Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)," katanya.
30 Jan 18
82
KTS Tawar Perkhidmatan Terbaik
Hospital KTS menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pengunjung. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang mula beroperasi di bangunan baru terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sejak 28 Januari lalu menawarkan perkhidmatan terbaik selain menjanjikan keselesaan kepada pesakit dan pengunjung di situ.Dengan harga bermula RM100 untuk satu malam, hospital tersebut menawarkan perkhidmatan yang dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pesakit.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, hospital tersebut mula beroperasi sejak tahun 2006 dengan hanya lima katil dibuka kepada pesakit di KTS Jalan Kamarudin.Katanya, pada 2010, ianya ditambah kepada 10 katil dan sebelum berpindah dari bangunan lama, sebanyak 30 katil disediakan kepada pesakit."Di bangunan baru ini, kita menyediakan 130 katil dan semua bilik di sini adalah persendirian dan tidak mengamalkan konsep perkongsian bilik bagi memberi keselesaan kepada pelanggan kita selain menjamin keselamatan mereka daripada terkena jangkitan daripada pesakit lain."Setakat hari ini, hari ketiga (semalam) sudah penuh 42 katil. Esok (hari ini) kita akan buka 14 katil lagi. Manakala pertengahan Februari ini, kita akan buka aras enam dimana menyediakan 30 katil lagi. Selepas itu ianya akan dibuka secara berperingkat mengikut permintaan," katanya kepada Teganukita.Tambah Abel, KTS menawarkan ramai pakar bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit.Katanya, selain menyediakan pakar-pakar terbaik, teknologi yang digunakan di KTS juga adalah antara tercanggih dan terkini boleh didapati di Malaysia.Abel Ahing"Di sini, kita ada menyediakan pelbagai kepakaran seperti kepakaran penjagaan kanak-kanak, pediatrik, sakit puan, telinga, hidung dan tekak (ENT), mata, tulang dan sendi, fisioterapi, pergigian, kecantikan (aesthetics) dan pelbagai lagi."Servis-servis lain seperti radiologi, 'diagnostic imaging' contohnya 'CT Scan' di sini merupakan teknologi terbaru. 'CT Scan' yang ada di sini kita panggil '64 slice' yang mana antara terkini."Manakala, 'digital mammogram' yang kita gunakan juga merupakan antara teknologi terkini ditawarkan kepada rakyat Terengganu," katanya.Dalam pada itu, Abel berkata selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, KTS akan dijadikan sebagai Pusat Rawatan Diabetes.Tambahnya, buat masa sekarang, pihaknya telah menjalinkan kerjasama antara Universiti Sunway dan Univeristi Malaya dalam menjalankan kajian mengenai penyakit tersebut."Perkampungan di Kuala Nerus telah dipilih untuk dibuat kajian mengenai penyakit ini bemula tahun lalu dan akan berlangsung selama lima tahun."Melalui kajian ini kita akan lebih mengenali tentang penyakit ini selain memudahkan untuk kita tangani penyakit ini dikalangan penduduk di Terengganu kerana setiap kawasan mempunyai gaya hidup berlainan," katanya.
30 Jan 18
2043
Bas Amfibia Selamat Tiba
Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia.Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat masalah kelewatan sampai ke Terengganu, tidak sepertimana yang dijanjikan pembekal.Malah, isu kelewatan itu juga dijadikan antara modal di kalangan pemimpin pembangkang untuk `menghentam' Kerajaan Terengganu kononnya sebagai perjuangan mereka.Difahamkan kelewatan bas itu dihantar disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan selain masalah transit dan masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.Mengikut perjanjian terbaharu, Terengganu sepatutnya menerima bas berkenaan pada Jun lalu selepas beberapa kali tertangguh sejak 2015, namun sekali lagi ia gagal dipatuhi pihak pembekal.Pada masa yang sama, sudah banyak kali penerangan dan penjelasan dibuat namun, pembangkang dilihat degil dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Terengganu akan memastikan bas tersebut tiba ke negeri untuk ‘berkhidmat’ dengan keupayaan dan keistimewaannya.Sebelum ini pada November lalu, kerajaan negeri sudah memberi kata dua kepada pembekal bas amfibia berkenaan sama ada menghantarnya ke Terengganu selewatnya hujung tahun lalu atau bakal berdepan tindakan saman.Keputusan tegas itu dibuat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman setelah pihak pembekal beberapa kali gagal mematuhi tempoh penangguhan yang dibuat sebelum ini.-Terengganu.news
30 Jan 18
138
UniSZA Pelawa Orang Ramai Cerap Gerhana Bulan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) , Tok Jembal pada 31 Januari mulai jam 7.30 malam. Progam mesra komuniti anjuran Insititut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA itu bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena sains kepada masyarakat sekaligus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikal instrumentasi astronomi yang terdapat di ESERI UniSZA.Sebanyak enam alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh yang dijangka bermula jam 7:25 petang dan berakhir tiga jam kemudian.Selain itu, turut diadakan taklimat berkenaan fenomena gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana.
30 Jan 18
184