lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Tiada Istilah Anak Tiri Untuk Perantau Terengganu
Ahmad Razif bersama perantau dari Komuniti Anak Darul Iman Malaysia (Kadim) dalam Majlia Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.Perantau Terengganu yang menetap di luar kawasan masih menerima manfaat yang sama dari kerajaan negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun mereka menetap di luar Terengganu, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh perantau tersebut tidak diabaikan oleh mereka.Katanya, perantau merupakan antara yang banyak membantu kerajaan dan mereka masih mempunyai hak sama dengan rakyat Terengganu yang masih menetap di dalam negeri."Walaupun mereka sering dipersalahkan dalam menentukan keputusan pilihan raya namun saya yakin apa yang berlaku ini disebabkan tiada pendekatan dan kadang-kadang anak perantau rasa mereka ini macam anak tiri."Maka kerana itulah Kerajaan Negeri sekarang ini mengambil inisiatif untuk memberi peluang yang sama kepada anak-anak Terengganu dengan syarat dia mengundi di Terengganu."Kita akan pastikan bahawa apa yang rakyat Terengganu dapat, apa kemudahan yang kita dapat, apa bajet yang kita luluskan mesti anak perantau juga dapat walaupun tinggal di mana-mana tetapi dengan syarat dia mesti mengundi di Terengganu. Itu syarat kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi.Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail.Dalam majlis tersebut lebih 200 wakil daripada 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu melibatkan diri.Setiap NGO turut menerima RM10,000 bagi menguruskan kelab dan persatuan mereka selain mengadakan program-program untuk anak Terengganu di perantau.
08 Feb 18
85
Empty Image
Sekolah Menengah Baru Untuk Penduduk Kampung Serada
Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pembinaan sekolah baharu itu  berikutan pelajar dari kampung itu terpaksa bersekolah di sekolah yang agak jauh dari kampung.Antaranya mereka terpaksa bersekolah di SMK Padang Midin, SMK Seri Nilam, SMK Tun Telanai dan SMK Sultan Mansor yang jaraknya lebih 10 kilometer dari kampung atau jarak rumah.“Majoriti ibu bapa di sini bekerja sebagai petani menyebabkan mereka kurang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh.“Selain itu, berlaku kepadatan sekolah-sekolah berkenaan menyebabkan keselesaan pelajar terganggu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Parlimen Marang, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.Mahdzir berkata, SMK Serada akan dibina di atas tanah seluas 16 ekar melibatkan peruntukan sebanyak RM27 juta.“Ia akan menempatkan 18 bilik darjah, makmal sains, bilik pentadbiran, surau, dewan terbuka dan lain-lain kemudahan. Pembinaan itu dijangka siap pada 2019,” katanya.
08 Feb 18
2488
Empty Image
‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi
Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi bermula Februari 2018.Akhbar Suara Transformasi 2018 menampilkan ciri baharu apabila pembaca kini dapat melihat video melalui telefon bimbit hanya dengan mengimbas kod QR pada berita terpilih dalam akhbar tersebut.Ciri ini diperkenalkan bagi memberikan kelainan kepada pembaca agar berita yang disampaikan adalah berkualiti dan padat dengan informasi beserta paparan video.Pembaca terlebih dahulu perlu memastikan telefon bimbit dilengkapi dengan aplikasi pengimbas kod QR sebelum dapat menggunakan ciri baharu ini. Aplikasi pengimbas kod QR ini boleh dimuat turun dari Google Playstore atau AppStore.Akhbar Suara Transformasi adalah akhbar lapan muka surat keluaran Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang telah diberi nafas baharu oleh peneraju utama unit itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat.Akhbar interaktif Suara Transformasi yang menggabungkan konsep teknologi digital dalam penerbitannya bukan sahaja menawarkan kepuasan, malah turut menghargai pembaca dengan menyediakan hadiah bulanan berupa telefon bimbit kepada yang bertuah. -terengganu.news
07 Feb 18
48
Empty Image
Kerajaan BN Terus Martabat Bidang Pendidikan- Mahadzir
Mahadzir ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang,Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meneruskan agenda pembangunan pendidikan anak bangsa yang dibina sekian lama.Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahadzir Khalid berkata, Pendidikan menjadi budaya dalam negara kita sejak 60 tahun yang lalu."Hari ini, menjadi satu kemestian untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah."Ini adalah usaha keras kerajaan dan rakyat. Untuk meneruskan kemajuan ini, kita perlukan kestabilan dalam negara."Ianya mesti didahului dengan kestabilan politik, diikuti ekonomi, keselamatan dan sebagainya," katanya ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang, pagi ini.Beliau hadir diiringi Exco Pendidikan Terengganu, A. Latiff Awang bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena lawatan kerja ke Terengganu.Projek pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Marang itu melibatkan keluasan 2.947 hektar di mukim Rusila.Projek ini dibangunkan secara berfasa di mana Fasa 1 melibatkan bangunan pentadbiran dan bangunan sokongan dengan kos berjumlah RM8,384,277.76 dijangka siap pada pertengahan tahun 2019.Manakala, Fasa 2 melibatkan dewan serbaguna akan dibangunkan pada masa akan datang.Turut hadir pagi tadi ialah Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku
07 Feb 18
73
Empty Image
Felcra Belanja Untuk Sekolah RM1.12 Juta
Anak-anak peserta Felcra bergambar bersama -sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik selepas majlis penyerahan barangan persekolahan hari iniFelcra Berhad (Felcra)melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) buat julung kali memperuntukkan  RM1.12 juta bantuan persekolahan melibatkan 3,201 penerima di enam lokasi di Terengganu.Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik berkata, penerima yang terpilih merupakan anak peserta Felcra, anak kakitangan serta penduduk berhampiran kawasan operasi Felcra. Katanya, bantuan bernilai RM350 satu keluarga tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan pelajar-pelajar melalui sesi persekolahan yang sedang berjalan."Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kelengkapan persekolahan iaitu pakaian sekolah, beg sekolah, kasut, stoking, buku latihan dan peralatan tulis.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad di Dewan Perkampungan Felcra Berhad Kawasan Bukit Kapah di Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.Seramai 86 anak peserta Felcra Bukit Kapah menerima sumbangan barangan persekolahan dan majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Menurut Zulkifli lagi, bantuan tersebut turut melibatkan semua syarikat milik kerajaan (GLC) untuk turut serta menyumbang bantuan berbentuk kebajikan kepada rakyat dan rakyat dapat menikmatinya dengan sempurna.
06 Feb 18
321
Empty Image
KB Street Ikon Baru Pelancongan Kuala Berang
Lorong laluan pejalan kaki di tengah-tengah Bandar Bawah Tasik kini berubah wajah selepas dinaik taraf menjadi pusat jualan usahawan wanita muda sekali gus ikon terbaharu pelancongan di Kuala Berang.Laluan sepanjang kira-kira 100 meter yang dijenamakan sebagai Kuala Berang  (KB) Street menjadi mini pusat perdagangan yang menempatkan sepuluh kiosk menerusi kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT).Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, sepuluh gerai di bawah pengurusan YPU dibuka kepada peniaga wanita muda umur 45 tahun ke bawah dan telah mengikuti pelbagai kursus keusahawanan.Jelasnya, KB Street bakal menjadi tempat yang memasarkan pelbagai produk makanan, kraftangan, pakaian dan hasil kraf yang dihasilkan oleh penduduk tempatan bagi memacu ekonomi setempat."Kita harap mereka ini akan menjadi peniaga besar dan berjaya satu hari nanti dengan permulaan di KB Streetsebagai  pusat perdagangan dan pertemuan peniaga."Sebagai permulaan kita beri peluang kepada usahawan-usahawan ini berniaga secara percuma tanpa membayar sewa kiosk selama setahun..selepas itu mereka hanya perlu bayar RM159 setiap bulan kepada YPU...setakat hari ini hanya perlu bayar lesen meniaga kepada MDHT sahaja," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Kiosk KB Street & Pengagihan Buku Humanity (CD Tours) Taqrib Ukhuwah OKB 2 Thailand/Laos di Kuala Berang, semalam.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Rozali Salleh; Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.Tengku Putera berkata, sebagai usahawan muda yang terlibat dalam bidang keusahawanan ini, mereka harus mempunyai kreativiti yang unik bagi memasarkan produk mereka agar mempunyai tarikan tersendiri."Jangan tunggu pelanggan tapi carilah pelanggan supaya mereka datang membeli produk yang kita jual," katanya lagi.Sementara itu,Tun Faisal turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM20,000 bagi menceriakan bangunan sekitar KB Street dengan lukisan mural 3D sekali gus menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang dan merakam kenangan ketika membeli-belah.
04 Feb 18
146
Empty Image
JKM Hulu Terengganu Jadi Perintis Wujud Penubuhan Hab Pemasaran OKU
Tengku Putera (tiga dari kanan) bersama Pegawai JKM Hulu Terengganu Norazmy (dua dari kanan) melihat kiosk jualan Hulu Special Hub di Majlis Pelancaran KB Street baru-barui  iniJabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu menjadi perintis dalam mewujudkan Jawatankuasa Penubuhan Hub Pemasaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Terengganu.Pegawainya, Norazmy Adenan berkata, ianya ditubuhkan setelah pihaknya mengkaji selama tiga tahun apabila menghadapi masalah untuk membantu OKU memasarkan hasil produk mereka di pasaran."Dalam tempoh tiga bulan,melalui jawatankuasa ini, pihak kami berjaya menubuhkan Hulu Special Hub pada November tahun lepas dengan gabungan elemen tradisional dan moden tidak tertumpu pemasaran setempat dan menjadi pusat sehenti tetapi juga kita melantik agen untuk pemasaran atas talian."Terkini kita juga dah memasuki jualan atas talian yang mempunyai ramai pembeli iaitu Shoppe dan Lazada pada satu Mac nanti bermakna barangan yang dihasilkan oleh OKU telah berada setanding dengan barangan lain...dan kita juga jual melalui Facebook dan Instagram."Alhamdulillah apabila kita tukar konsep pemasaran ini,pendapatan kita semakin meningkat..kita mampu tambah pendapatan dalam pusat pemulihan dalam komuniti(PDK) termasuklah kepada pelatih-pelatih yang terlibat secara khusus," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.Menurut Norazmy, terdapat 40 pelatih daripada enam PDK yang terlibat dalam kepakaran tertentu dalam menghasilkan jahitan kraftangan,karipap sejuk beku pembungkusan produk sabun,kuih tiram.Selain itu, Hulu Special Hub juga merupakan pusat sehenti untuk 'Job Coach' melatih golongan OKU bukan sahaja di PDK tetapi yang ada di seluruh Daerah Hulu Terengganu untuk masuk ke industri pekerjaan."Sebab apa kita tubuhkannya satu kerana konsep pemasaran, kedua kerana sedar yang kita bermasalah untuk tempatkan pelatih-pelatih PDK dalam industri..jadi dengan adanya hub ini, kita latih mereka untuk berniaga."Kita latih mereka menghasilkan produk, bagaimana untuk berurusan dengan pelanggan jadi Hulu Special Hub ini tidak memfokuskan penjualan dan keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada keusahawanan sosial yang mana kita selesaikan masalah ekonomi dalam OKU dan PDK selain bergantung kepada geran kerajaan," katanya lagi.Norazmy berkata konsep ini akan diperluaskan kepada semua daerah dan Hulu Special Hub akan mula memasarkan produk mereka ke Kemaman melalui penubuhan Hub di daerah tersebut bagi menempatkan OKU dalam industri perniagaan setanding dengan peniaga-peniaga yang telah ada."Bagi saya, kini keupayaan golongan OKU telah berubah kerana mereka turut mempunyai kelebihan setara dengan insan sempurna lain."OKU seringkali dipandang rendah oleh kebanyakan pihak tetapi sekurang-kurangnya, mereka ada inisiatif untuk mendapatkan duit, untuk menyara kehidupan mereka yang tidak sempurna berbanding pihak yang hanya tahu memandang sepi kewujudan golongan ini, " katanya.
04 Feb 18
166
Empty Image
PM Rasmi Penutup Ekspo Terengganu 2018
Menteri Besar (tengah) bersama Wan Nawawi (kiri) dan Tengku Putera (kanan) mempromosikan Ekspo Terengganu 2018 pada baju T yang akan diedarkan kepada petugas program tujuh hari di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, selepas pra pelancaran program itu, di Wisma darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPerdana Menteri, Dato’ Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan menyempurnakan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 selama seminggu di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak mulai 25 Februari ini, yang akan menumpukan tiga kluster utama bagi menonjolkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada seluruh rakyat.Majlis perasmian ekspo dijadual akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Februari, manakala majlis penutup pula sebelah petang, 3 Mac.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ekspo yang menggunakan hashtag #terengganumolekdoh itu akan berkongsi serta mempersembahkan kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada orang ramai menerusi Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Daerah serta Kluster Portfolio.“Ekspo ini merupakan platform bagi kerajaan negeri untuk menyampaikan maklumat yang tepat secara langsung, terutamanya berkaitan dengan pencapaian semasanya yang akan meningkatkan keyakinan di kalangan rakyat."Ianya akan menjelaskan kepada masyarakat terutamanya generasi muda, ke mana Terengganu akan dibawa dan apakah bentuk masa depan yang bakal dicapai serta cabaran-cabaran yang perlu dilaluinya," katanya pada Majlis Pra Pelancaran Ekspo Terengganu 2018, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018.Ahmad Razif berkata, Kluster Kerajaan Negeri akan menceritakan pencapaian, perancangan dan inisiatif-inisiatif semasa kerajaan negeri, manakala Kluster Daerah mengetengahkan pencapaian dan perancangan pembangunan spesifik bagi setiap lapan daerah yang setiap satunya mempunyai keunikan dan potensi yang tersendiri."Manakala Kluster Portfolio pula dibahagikan kepada 10 portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.“Kluster ini akan memaparkan tawaran-tawaran, pelbagai insentif, skim-skim bantuan, peluang-peluang pekerjaan dan banyak lagi perkhidmatan daripada agensi-agensi yang menyertai ekspoini,” katanya.Selain aspek pameran, tambahnya pihak penganjur menawarkan pelbagai aktiviti dan program yang menarik sepanjang seminggu bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat, menikmati perkhidmatan yang ditawarkan, membeli-belah,  berhibur, beramal dan bersantai.“Antara pengisian penting dalam ekspo ini jelasnya, ialah Forum Kerjaya, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Karnival Jualan Industri Kecil dan Sederhana dan Majlis Perkahwinan Perdana yang melibatkan lebih 30 pasangan.“Aktiviti-aktiviti menarik dan santai turut tidak dilupakan, antaranya pertandingan e-sports, dan persembahan Sound of Terengganu serta penampilan artis-artis popular tanah air,” jelasnya.Beliau menambah, pihak penganjur juga menawarkan hadiah pengunjung bertuah utama di hari terakhir ekspo yang berupa sebuah rumah apartmen Ladang Tok pelam , satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda kepada pengunjung-pengunjung bertuah.“Selain itu, kita juga tawarkan hadiah-hadiah penganjur bertuah setiap hari yang berbentuksebuah motosikal, barangan-barangan elektrik dan elektronik kepada para pengunjung, justeru orang ramai tidak harus melepaskan peluang untuk hadir dan menikmati manfaat yang ditawarkan,” katanya.
04 Feb 18
83
Empty Image
Hospital Kemaman Baharu Siap 2021
Hospital Kemaman baharu yang bernilai RM420 juta dijangka siap pada 19 Disember 2021 bakal menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat di daerah ini sekali gus mempengaruhi mutu perkhidmatan kesihatan di seluruh Terengganu.Ahli Parlimen Kemaman, Dato’  Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kemudahan hospital baharu serba canggih dan moden seperti Hospital Putrajaya itu juga bakal menjadi pemangkin kepada pertubuhan ekonomi lebih pesat terutamanya dalam industri minyak dan gas di daerah ini yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara."Kita amat berterima kasih terutamanya kepada Perdana Menteri kerana meluluskan permintaan penduduk di sini untuk memperoleh sebuah hospital baharu kerana hospital sedia ada amat menyedihkan."Surat kebenaran (untuk memulakan kerja pembinaan) sudah diberikan dan ia dijangka siap dalam masa empat tahun empat bulan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Kesyukuran Sempena Pembinaan Hospital Baharu  Kemaman di pekarangan Pejabat Dun Kijal di Bandar Baru Kijal, Kemaman, semalam.Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Umno Bahagian Kemaman merangkap Adun Kijal, Dato’  Seri Ahmad Said.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri yang juga Adun Kemasik, Ir Rosli Othman.Mengulas lanjut mengenai hospital baharu berkenaan, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, hospital setinggi sembilan tingkat yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 22 hektar itu akan mempunyai 300 katil."Ia akan menjadi satu hospital daerah yang besar di negeri ini," katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, dengan adanya kemudahan hospital baharu itu Kemaman akan memiliki dua hospital kerana apabila hospital baharu siap, hospital sedia ada akan dijadikan sebagai Hospital Wanita dan Kanak-kanak.Bagi hospital baharu pula, katanya, ia akan turut dilengkapi dua unit rawatan rapi (ICU) khas untuk kebakaran kerana risiko untuk berlakunya kebakaran sangat tinggi memandangkan industri petrokimia menjadi tunjang ekonomi Kemaman."Pembinaan hospital ini juga akan menaiktaraf perkhidmatan kepakaran sedia ada dari sembilan kepakaran kepada 20 kepakaran dan sub kepakaran di Hospital Kemaman sekaligus akan mengurangkan rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Tengku Ampuan Afzan  (HTAA) di Kuantan, Pahang."Hospital baharu ini sama canggih dengan hospital besar negeri dan ia juga akan menarik kehadiran pesakit dari utara Pahang," katanya.Katanya, kemudahan lain yang tersedia adalah lapan dewan bedah, unit rawatan kritikal (CCU), pusat pemulihan rawatan jantung.Mohammad berkata, kerja-kerja tanah pembinaan projek itu dijangka dimulakan pada Mac depan dan pihaknya berharap agar pihak kontraktor yang dilantik, Syarikat Ufuk Semarak Sdn Bhd dapat menyiapkan projek mega itu mengikut jadual yang ditetapkan memandangkan sebelum ini projek berkaitan hospital di seluruh Terengganu sering mengalami masalah.
03 Feb 18
2609
Empty Image
2,400 Polis Terengganu Dikerah Pada PRU14
YB Dato' Seri Jailani Johari (tengah) Bersama Anggota & KP PDRM Terengganu Dalam Simulasi PRU di Kuala Berang Water Front, Hulu Terengganu Seramai 2,400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerah dan bersiapsiaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 di Terengganu.Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, pasukannya sudah melakukan pelbagai persediaan termasuk menjalani lima fasa latihan amal pra PRU14  bagi memastikan sentiasa bersedia dan berada di tahap terbaik."Seramai 2,400 daripada 2,900 pegawai dan anggota polis Terengganu bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk kemungkinan mahupun ancaman ketenteraman awam."Dalam tempoh dua hari ini, kita menjalankan simulasi penamaan calon dan berkempen sebagai persediaan menghadapi PRU14 agar mereka dapat mengawal situasi dengan penuh profesional."Kita juga bersedia dari segi logistik dan sentiasa siap sedia untuk digunakan.Pihak kami sehingga kini masih menunggu jawapan daripada pihak Bukit Aman berkaitan penambahan 400 anggota bagi membantu negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Latih Amal Pergerakan Sepanjang Tempoh PRU14 Siri 2 di Dataran Waterfront, Kuala Berang hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari. Tambah Aidi lagi, pada simulasi siri kedua di Hulu Terenganu pada kali ini, seramai 500 pegawai dan anggota daripada Hulu Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu serta Batalion 9 Pasukan Gerakan Am terlibat sepenuhnya."Simulasi pada kali ini lebih kepada kempen yang mana ada pihak yang berkempen dan diganggu oleh sekumpulan individu serta menimbulkan keadaan huru-hara sebelum berjaya dileraikan anggota PDRM," kata Aidi.
03 Feb 18
87