Artikel "Utama" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018 : Tuah Masitah Malam Keempat
Seorang wanita menjadi pengunjung bertuah pada malam keempat, malam tadi, apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah harian sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Dengan kemenangan itu, Masitah Mat Ail, 33, berjaya membawa pulang sebuah motosikal jenis Yamaha.Bagaimanapun, Masitah tidak hadir ketika pengumuman berkenaan dan dia akan dihubungi semula oleh pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah.Keputusan cabutan bertuah berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.Untuk mendapatkan keputusan penuh cabutan bertuah, sila tonton video di bawah. -Terengganunews
28 Feb 18
29
EKSPO TERENGGANU 2018: 205,000 Pengunjung Sehingga Hari Keempat
Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus mencatatkan lebih 205,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku PuteraTengku Awang berkata untuk hari keempat sahaja seramai 55,000 pengunjung telah direkodkan membanjiri tapak ekspo tersebut.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata, 150,000 pengunjung telah membanjiri ekspo pada tiga haripertama.Hari keempat penganjuran Ekspo Terengganu 2018 yang diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri di sini telah merekodkanseramai 55,000 pengunjung.“Sekiranya kehadiran pengunjung bertali arus terus kekal meskipun pada haribekerja, ia dijangka mengatasi sasaran awal 400,000 orang bagi tempoh tujuh hariekspo ini diadakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Beliau menambah, kehadiran pengunjung yang ramai jelas menunjukkan ekspo inimendapat sambutan meriah dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.Ekspo Terengganu 2018 menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung antaranya sebuah rumah, satu lot tanah perumahan, kereta dan pelbagai lagi.
28 Feb 18
37
EKSPO TERENGGANU 2018 : Hotel Permai Tawar Harga Sajian Lebih Murah
Hotel Permai, Kuala Terengganu menawarkan beberapa hidangan kepada pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 dengan harga istimewa yang jauh lebih murah sepanjang seminggu acara itu berlangsung.Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, antara hidangan yang menjadi pilihan adalah nasi ayam kampung penyet yang dijual pada harga RM12 berbanding nilai sebenar RM20 di hotel, di samping, burger oblong serendah RM6 (harga sebenar RM18) dan spageti bebola daging (RM6).Katanya, terdapat juga pilihan lain seperti mi calong (RM6), teh tarik special (RM3) dan air pegaga 'permai wow' bernilai RM3."Kita dapat sambutan yang hebat, luar jangkaan malah hari ini dalam tempoh satu jam bermula pukul 10 pagi, nasi ayam kampung penyet Hotel Permai licin."Pada peringkat permulaan, sebanyak 40 ekor ayam disediakan dan kita terpaksa tambah lagi 60 ekor untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai," katanya kepada pemberita di tapak pameran Ekspo Terengganu 2018, hari ini.Menurut Noralizan, harga istimewa yang ditawarkan itu setanding dengan gerai jualan lain yang terdapat di ekspo menyebabkan pengunjung menyerbu gerai jualan mereka.Katanya, ekoran sambutan menggalakkan itu, pihaknya akan menggunakan 500 ekor ayam bagi keperluan hingga hari terakhir ekspo, dengan penambahan 200 ekor ayam.Tambahnya, selain jualan makanan, Hotel Permai menawarkan harga bilik bernilai RM99 termasuk sarapan pagi bagi pelanggan sepanjang ekspo berlangsung.
28 Feb 18
115
EKSPO TERENGGANU 2018 : `Predator Terengganu' Tidak Digeruni
Aksi dan kelibat sekumpulan yang mengenakan kostum badut, `Predator' dan `Spiderman' di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu sentiasa mencuri tumpuan ramai terutama di kalangan kanak-kanak.Mereka kelihatan ceria melayani semua pengunjung yang mahu bergambar bersama dengan menggayakan pelbagai aksi walaupun terpaksa berada di bawah panas terik matahari.Bagi Rosli Ariffin, 31, dari Kampung Rhu Muda, Marang, yang mengenakan kostum watak Predator, filem yang popular pada 2010 itu berkata, walaupun kostumnya kelihatan menakutkan namun tetap menjadi perhatian dan tarikan ramai untuk bergambar sebagai kenangan sempena program terbesar negeri berkenaan."Saya satu-satunya `Predator' yang aktif dari Terengganu dan baru sahaja sertai kumpulan badut ini. Mereka bermula sejak 25 Februari lagi, saya baru di sini sejak dua hari lalu. Selepas ini mungkin akan bekerjasama dengan mereka untuk bergerak bersama-sama jika ada jemputan kami untuk menghimburkan semua."Lazimnya kami ambil masa dua jam bergerak dn menghiburkan semua di tapak ekspo ini untuk setiap dua sesi siang dan juga malam. Tidak boleh lebih dari tempoh masa itu, sebab kami perlu rehat dan mencari tenaga sebelum memulakan tugas semula. Maklumlah kostum Predator dan Spiderman ini agak merimaskan kerana menutup keseluruhan badan termasuk muka,"katanya ketika ditemui di tapak ekspo, hari ini.Menurutnya lagi, bahagian kepalanya juga berat seperti memakai satu biji setengah helmet dan tidak mampu bertahan lama.Dia yang memiliki pekerjaan tetap lain, berkata pekerjaan itu bermula dari suka-suka dan hanya untuk hiburan sebelum bertukar menjadi pekerjaan sambilan serta mampu menambah pendapatan keluarga.Sementara itu, satu-satunya badut wanita, Rahimah Ali, 24, berasal dari Sabah dan kini menetap di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, berkata selain di tapak ekspo itu, dia bersama lima lagi rakan badut yang lain sentiasa aktif menghiburkan orang ramai sebagai tarikan orang ramai ke sesuatu program dan acara seperti majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan, program kebajikan di hospital dan pelbagai pesta.Dia yang berkhidmat dengan syarikat pengurusan acara, Big Job Entertainment di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu, mempunyai pengalaman 10 tahun di bidang itu berkata, pekerjaan berkenaan mampu memberi pendapatan dari RM300 hingga RM400 seorang untuk sehari atau RM50 hingga RM100 setiap jam, bergantung permintaan pelanggan."Kehadiran kami sentiasa menarik perhatian ramai. Setakat ini kami gembira dengan pekerjaan kami kerana dapat menceriakan orang ramai dan mereka terhibur dengan aksi kami."Kami memang berminat dengan bidang ini dan sentiasa sabar melayan kerenah orang ramai, selain ikhlas menghiburkan mereka,"katanya yang turut dikenali dengan panggilan `Papa Elli'.
28 Feb 18
233
EKSPO TERENGGANU 2018 : Senarai Pemenang Belum Tuntut Hadiah
Berikut adalah senarai nama pengunjung yang menyertai cabutan bertuah dan belum menuntut hadiah masing-masing sempena Ekspo Terengganu 2018 bermula 25 Februari sehingga 27 Februari 2018.Pihak urusetia Ekspo Terengganu 2018 mahu semua pengunjung bertuah ini dapat menebus hadiah masing-masing di booth hadiah dibelakang pentas utama di sini. 25 Februari 2018 (Ahad BILNAMAMYKID@MYKADNO TELEFON1.Muhammad Zulkifli Bin Rifin02033011061501637407602.Nur Shahwanie Bt Mohamad Yaacob01020911035801791384383.Nur Amirah Bt Kamaruzaman98040911546801131253012 26 Februari 2018 ( Isnin) BILNAMAMYKID@MYKADNO TELEFON1.Nik Mariam binti Nik Yaacob66040703524201452958372.Muhammad Faiz Bin Ambak99122811509101480314223.Nek Mah binti Ismail68010711520601422756524.Hami bin Hussin68021511555301397445265.Ismail bin Hassan68021611520701395795006.Wan Ahmad Shahril bin Wan Musa8709181158137.Nurul Akmal binti Mohd Bidi89120311548401326944308.Fatahiyyah Binti Alias@Mansor75010111732401698490459.Mohd Adib Bin Mokhtar960916026293012570069210.Abd Rahman bin Yaacob7811171150770111074788011.Mohamad Syihabuddin Putra bin Bah9611191152630112195858212.Norizan binti Yaacob56020811545013.Wan Muhammad Asyraf Bin Wan Khai041016110345017927006914.Noniyati binti Samat751028115238017927006915.Normaiza binti Idris8501131154980179326581 27 Februari 2018 (Selasa) BILNAMAMYKID@MYKADNO TELEFON1.Nur Anis Nazirah binti Ubaidillah (Motor)06050711012401992790272.Nohd Fitri bin Suhaimi031122110075011289451083.Muhammad Ammar bin Ubaidillah16041411062501992790274.Zarina binti Yahya75050111542401090024005.Che Mazenah binti Mustafa68011111551601390131566.Abdul Halim bin Abdul Rahman780826115489011161253597.Mohd Rizuwan bin Ishak80111611501101890697188.Nur Fatihah binti Yunus94082411586401752112089.Zik bin Muda620323115099014673361310.Zainab binti Salleh6105181153560113126112611.Sofea binti Mohd Saiful Kamil090102110350014527892212.Suraya Nur Qistina bt Saari0701071105620112193766013.Wan Shukrina binti Wan Endut721123115028013919395014.Halmie Sham bin Saidi860525295455013982181315.Siti Zaharah Wati bin Ibrahim810717115046018957404616.Munir Atmam010503120637013850815717.Mohd Iqbal Faris bin Mohd Yusoff0106120603030112356267818.Ausie Khaleeda binti Mohd Saiful171019110530014527892219.Ahamadi bin Awang660112115077019948969120.Che Muhammad Adam Firash bin Che141101110321019971959521.Noor Hasimah binti Salleh6101121151940111946722522.Muhammad Hisyamuddin Abror bin Ma011120110129017917082723.Zairinzin bin M. Yunus620702045113019980819624.Norazlira binti Awang820309115548012964504925.Khaira Yafi binti Ahmad Fitri100227110270016060671626.Othman bin Ali @ Muda7412071151890192200223
28 Feb 18
416
EKSPO TERENGGANU 2018 : Budu, Belacan Buatan Fatimah Laris
Pertama kali menyertai ekspo anjuran kerajaan negeri, Ekspo Terengganu 2018 membuka ruang uasahawan dari Kuala setiu untuk mengembangkan perniagaan industri desa seperti budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah ke tahap lebih tinggi.Fatimah Che Long, 63, dari Kuala Setiu, berkata sejak hari pertama di ekspo, jualannya produk industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan mampu mendapat pulangan hampir RM1,000 dalam satu hari."Makcik jual budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah yang diproses sendiri di rumah secara berperingkat, jadi hasilnya tidak sama seperti kilang yang buat pukal."Alhamdulillah, tak sangka betul bila datang kat ekspo ni, pendapatan mak cik meningkat, mak cik dapat banyak tempahan dan ada yang berminat untuk menjadi pembekal...memang syukur sangat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerai jualannya di tapak ekspo di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Menurutnya, dia dikunjungi oleh beberapa peniaga yang berminat serta menawarkan diri untuk menjadi pembekal kepada produknya bagi pasaran tempatan dan luar negeri.Dia mengusahakan perniagaan itu dengan dibantu suami, Mat Ali Ismail, 66, yang juga seorang nelayan sejak lima tahun lalu kerana terlalu minat tambahan pula kerjaya suaminya memudahkan urusan pembuatan."Sebagai tambahan, makcik juga hasilkan anyaman tikar, lekar dan badang dari daun mengkuang yang didapati dari kawasan berdekatan."Suami makcik ni nelayan, jadi sumber asas seperti ikan tak perlu nak fikir lagi cuma sekarang dalam proses menjenamakan produknya supaya lebih menarik," katanya lagi.Fatimah berkata, penganjuran ekspo seperti ini banyak membantunya menjana pendapatan dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada kerajaan negeri sekali gus mahu mengambil peluang menyertai program seumpama itu lagi pada masa depan.
28 Feb 18
353
EKSPO TERENGGANU 2018 : Kumpulan Dendang Anak Pukau Penonton
Kumpulan Dendang Anak Jenagor berjaya memukau pengunjung Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, dengan persembahan unik mereka tentang kebudayaan melayu dalam menyampaikan lagu bercirikan ketuhanan.Kumpulan ini menjadi perintis menggunakan kaedah muzik budaya Melayu sebahagian cara pemulihan untuk mengembalikan adat, sopan santun kepada penghuninya berpengkalan di Madrasah Khairul Insan, Jenagor,Hulu Terengganu.Pengasasnya, Zulkifle Ismail, 60, berkata asalnya terapi ini digunakan untuk penagih sebab kalau menggunakan kitab mereka mudah mengantuk, tidur dan hilang fokus.Jelasnya lagi, kaedah muzik ni bukan sahaja menjauhkan mereka dari `budaya kuning' dan tidak sihat, tetapi menerapkan nilai kemelatyuan itu sendiri."Jadi saya tulis lirik dan isinya kita ajar nama Tuhan, nasihat dalam kaedah lagu. Sudah cipta 500 lagu..muziknya sampai pagi pun tidak apa, berkesan..bukan sekadar berdendang dan menyanyi tapi kena amalkan apa yang mereka dendangkan"Contohnya nak suruh hafal Asma AlHusna ..payah nak ingat tapi saya cipta 99 lagu berdasarkan nama Tuhan, setiap satu nama satu lagu..mereka boleh hafal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak Ekspo Terengganu 2018, Kuala Nerus, hari ini.Zulkifle yang lebih dikenali sebagai Abang Ku berkata, apabila kumpulan Dendang Anak ini menjadikan muzik sebagai terapi diri dan menjadi terkenal apabila sering diundang dalam majlis perkahwinan termasuk di majlis rasmi."Bila kita buat kumpulan muzik sebagai terapi dalam diri dan akhirnya menjadi terkenal seterusnya mewakili malaysia dalam pertandingan World Muzik sebanyak empat kali dan tahun lepas mewakili Malaysia dalam pertandingan muzik di Mesir."Ini merupakan pencapaian terbaik buat bekas-bekas penagih bila mereka tidak lagi menagih, mereka mampu mewakili negara ke taraf antarabangsa."Sekarang kita ada Dendang Anak Terengganu, Dendang Anak Kedah dan juga Dendang Anak Selangor. Apabila ada acara kita akan pilih yang terbaik daripada semua yang ada untuk jadi Dendang Anak Kebangsaan," katanya lagi.Menurut Abang Ku, cawangan kumpulan Dendang Anak kini ada di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Indonesia dan matlamat utama adalah untuk menyatukan rumpun budaya Melayu dengan mengembalikan nilai-nilai Melayu kepada anak bangsa supaya tidak luput.Jelasnya lagi, kumpulan Dendang Anak Jenagor adalah perintis dan mula berkembang apabila dilantik sebagai duta kebudayaan Negeri Terengganu pada zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh oleh Kementerian Pelancongan setelah terpilih mewakili malaysia ke World Muzik ketika itu."Kalau dulu di peringkat awal kita tidak ada penari tapi selepas satu generasi ianya telah berkembang apabila anak-anak kepada bekas penghuni mula berjinak dalam bidang ini dan dilatih untuk menjadi penari untuk dendang anak."Kita wujudkan Malam Melayu Sejati setiap hujung minggu sejak lima tahun lepas untuk hidupkan budaya Melayu di mana mereka akan berpakaian busana Melayu, menari dan mendendangkan lagu Melayu....bila cuti sekolah kita buat perkampungan budaya Melayu sempena cuti sekolah selama sebulan," ujarnya.
28 Feb 18
1525
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pendapatan RM10,000 Sebulan Ternak Ikan Sangkar
Bermula sebagai pekerja kilang kelapa sawit, kini Fauzi Idris, 43, mampu tersenyum lebar apabila meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan hasil Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Sungai Como, Tasik Kenyir.Berasal dari Kampung Tapah, Hulu Terengganu, Fauzi bermula dengan empat sangkar pada tahun 2007 dan kini memiliki 60 sangkar ikan di samping dua kiosk jualan ikan sejuk beku dan salai di Sungai Gawi, Tasik Kenyir serta di Paka, Dungun.Dia berjaya membuktikannya dalam tempoh 10 tahun sahaja untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan diiktiraf sebagai antara peserta contoh program tersebut."Kalau dulu semasa kerja kilang saya cuma dapat gaji yang kecil iaitu RM900 sebulan dan saya bermula dalam program ni secara berkelompok dengan peserta yang lain."Alhamdulillah, kini sangkar meningkat daripada empat kepada 60 dan antara spesies ikan adalah baung, tilapia, lampan serta keli,"katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pemberian dividen kepada 40 peserta program itu di Dataran Shahbandar sempena Ekpo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Sumbangan dividen disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamad.Tambahnya lagi, dengan bantuan dan bimbingan Jabatan Perikanan, dia memberanikan diri membuka kiosk jualan berikutan terdapat permintaan dalam pasaran.Projek itu merupakan sebahagian daripada Program Projek Berimpak Besar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Januari 2007.Kini projek tersebut telah berjaya menghasilkan 150 tan metrik ikan pelbagai spesis dengan nilai RM4.4 juta setiap tahun.
27 Feb 18
300
EKSPO TERENGGANU 2018: Hari Ketiga Rekod Lebih 100,000 Pengunjung
Orang ramai yanng mengunjungi Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Dalam tempoh tiga hari, sehingga semalam hampir 100,000 individu pelbagai peringkat umur direkod mengunjungi Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak Kuala Nerus.Timbalan Pengerusi 2 Jawankuasa Induk ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata, jumlah itu termasuk 60,000 individu yang mendaftar bagi menyertai pertandingan cabutan bertuah bagi merebit pelbagai hadiah harian dan utama.Ekspo yang bermula 25 Februari hingga 3 Mac itu, mendapat sambutan luar jangkaan apabila pengunjung tanpa menghiraukan cuaca panas membanjiri tapak ekspo bagi mendapatkan maklumat pembangunan kerajaan negeri serta menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.Pengunjung dari Kampung Bukit Payong, Marang, Zarida Zakari berkata, hadiah lumayan yang disediakan untuk cabutan bertuah boleh dianggap sebagai sumbangan berharga kepada rakyat Terengganu."Saya sangat teruja untuk datang ke ekspo ini dan sejak awal pagi tiba bersama keluarga untuk merasai sendiri apa yang disajikan kepada orang ramai," katanya ketika ditemui di tapak ekspo, semalam.Pelbagai hadiah lumayan, termasuk tanah, rumah dan kereta bernilai lebih RM1.5 juta bakal dimiliki pengunjung Ekspo Terengganu 2018.Program dan aktiviti menarik disusun sepanjang ekspo berlangsung bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kejayaan pembangunan yang dilakar Terengganu.Ekspo itu juga menyediakan lebih 200 lot jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), 64 peniaga car boot sale, 55 peniaga kenderaan saji dan 20 peniaga T-Kitchen.Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan selebriti dan atlet negara, menonton persembahan kebudayaan dan mereka yang mencari pekerjaan, boleh mengikuti temu duga terbuka. Seramai 400,000 pengunjung dijangka mengunjungi ekspo yang berlangsung selama tujuh hari itu
27 Feb 18
62
EKSPO TERENGGANU 2018: Tutup Dua Jam Untuk Solat Jumaat
Tengku Putera menikmati hidangan bersama pengamal media Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus akan ditutup sementara waktu bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang pada Jumaat ini untuk memberi ruang umat Islam menunaikan Solat Jumaat.Timbalan Pengerusi 2 Jawankuasa Induk ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat dengan berlegar- legar di ruangan pameran.Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018.“Dalam tempoh itu, mana-mana wanita atau isteri boleh berehat di kawasan pantai berdekatan sementara menunggu ekspo kembali dibuka pada jam 2.00 petang. “Pihak kami memaklumkan perkara ini kerana dibimbangi menjadi tular oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan tetap beroperasi walaupun ketika umat Islam sedang menunaikan Solat Jumaat,”katanyaBeliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, petang semalam.Tengku Putera turut memberitahu hadiah utama akan diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 10.00 malam pada hari terakhir ekspo bertempat di pentas RTM, di tapak ekspo berkenaan.“Pendekatan itu bagi memberi peluang orang ramai terus mengunjungi ekspo sehingga saat akhir sebelum ditutup pada malam 3 Mac ini,” katanya Hadiah utama bakal menanti pengunjung bertuah berupa sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
27 Feb 18
36