Artikel "Utama" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018: Pembangkang Sengaja Timbul Isu Taman Ilmu
Muhammad Pehimi bersama pemenang Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda tertentu dengan mempolitikkan isu Taman Ilmu di Tembila, Besut .Setiausaha UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, Taman Ilmu sedang rancak dibangunkan, malangnya ia cuba dipolitikkan saat menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14.“Pembangkang cuba masuk kawasan larangan (Taman Ilmu). Dalam hal ini, saya serahkan kepada pihak kerajaan untuk memastikan kawasan larangan ini tidak dicerobohi kerana apabila mereka cerobohi, tentunya mereka tidak dapat maklumat yang tepat.“Kalau mereka ingin mendapatkan maklumat tepat, mereka tidak perlu ceroboh, boleh berjumpa dengan pihak kerajaan dan dapatkan apa maklumat yang diperlukan. Tidak perlu ceroboh tempat yang dilarang.“Kalau tidak, mereka masuk tanpa kebenaran. Ada apa yang mereka lihat? Ada apa yang mereka pandang? Mungkin persepsi mereka berbeza dengan keadaan sebenar dan seterusnya fakta yang dikeluarkan kepada masyarakat adalah fakta yang salah. Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Muhammad Pehimi diminta mengulas perkara itu kerana ada penganjuran konvoi ke Taman Ilmu di Tembila, Besut oleh Pemuda Pas Terengganu selepas solat Jumaat tadi.Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Asriazwa Wan Husin sebelum ini berkata, program itu akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, bagi membawa rakyat melihat projek kerajaan BN yang bermasalah.Sementara itu, jelas Pehimi, Taman Ilmu kini sedang rancak dibangunkan dan rakyat negeri ini akan mendapat berita gembira berkaitnya dalam masa terdekat.
02 Mar 18
50
EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 300,000 Dicatat Hadir Sepanjang 5 Hari
Hari kelima penganjuran Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus mencatatkan angka yang paling ramai setakat ini, iaitu 82,938 pengunjung.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku PuteraTengku Awang berkata, sepanjang lima hari hari penganjuran ekspo tersebut, seramai 300,308 orang telah dicatatkan membanjiri perkarangan kompleks itu.“Kehadiran pengunjung sangat luar biasa dan pihak penganjur jangka ia akan lebihmeningkat pada dua hari terakhir ini yang jatuh pada hari cuti hujung minggu,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Tambah beliau, para pengunjung tidak harus melepaskan peluang menghabiskandua hari terakhir dengan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.“Malam esok (hari ini) akan diadakan Konsert Pesona yang menampilkan artis-artis popular seperti Hael Husaini, Akim and The Majistret, Aiman Tino, Wany Hasrita, Haqiem Rosly, Siti Nordiana, Ameng dan Shafik Farhain, ini tidak termasuk majlis perasmian penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada hari terakhir 3 Mac nanti,” katanya.
01 Mar 18
52
Jentera BN Jangan Leka - Hishammuddin
Foto oleh Hasmizi HamidJentera Barisan Nasional (BN) Terengganu diingatkan supaya tidak berada dalam zon yang selesa bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak termasuk parti komponen perlu bersatu dan bekerja kuat bagi memastikan BN terus diberi mandat untuk mentadbir negara."Jangan melihat keadaan sekarang sebagai satu keadaan yang selesa dan ini adalah masa yang terbaik untuk kumpulkan kekuatan walaupun saya mengakui bahawa kita berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada zaman terdahulu."Kita perlu sokongan daripada semua pihak dan yang penting rakyat..kalau mereka menerima calon.. maka menanglah BN."Undi yang menentukan jatuh bangunnya BN adalah ahli kita maka dalaman perlu diperbetulkan dan elakkan 'rakan-rakannya' berperang secara bersendirian sebagaimana pembangkang...dan kita keluar dengan semangat baru dengan mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing,"katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen BN Terengganu di Hotel Primula, hari ini.Turut hadir, Pengerusi BN Negeri yang jiga Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Jailani Johari, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hishammuddin juga berkata, perjuangan UMNO dan BN Terengganu jelas menunjukkan wajah sebenar Islam justeru, jangan sesekali membiarkan emosi kemarahan, kebencian dan kepentingan peribadi menjejaskan agenda kelangsungan tersebut."Marilah bersama-sama apabila kita keluar dari dewan ini dengan semangat yang baru, dengan nafas yang baru, dengan perpaduan yang baru, semangat kemenangan yang akan dibawa balik bersama untuk digerakkan untuk pastikan mandat kemenangan milik BN ," katanya lagi.Seramai 1,100 orang ahli serta kepemimpinan parti-parti komponen BN berhimpun sempena konvensyen selama dua hari bermula hari ini, bagi mengukuhkan komitmen dalam gerak bersama seluruh jentera menjelang PRU14 nanti.
01 Mar 18
23
Formula Bersatu Padu BN Untuk Menang PRU - Ahmad Razif
Foto oleh Hasmizi HamidFormula bersatu padu perlu direalisasikan jika Barisan Nasional (BN) mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu.Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ianya perlu bagi merampas kembali beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen selain mengekalkan kemenangan sedia ada.Katanya, setiap parti komponen harus bekerja keras dan menggerakkan keseluruhan jentera pilihan raya mulai sekarang."Hasrat kita cuma satu, rapatkan hubungan antara pemimpin termasuk parti komponen dan sebagaimana yang berlaku di Dungun tadi.. semangat satu padu yang ditunjukkan oleh Dato' Din Adam dan dengan kekuatan jentera, saya percaya Dungun akan ulang sejarah untuk kita ambil balik 5-0."Begitu juga DUN-DUN lain, yang paling penting semangat jitu bersama formula satu padu, kita akan menang besar PRU14 nanti, "katanya ketika berucap sempena perasmian Konvensyen BN Terengganu, Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang tadi.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi BN, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli Majlis Tertinggi BN, Dato' Seri Ahmad Shabery Chik.Ahmad Razif turut berkata, konvensyen BN yang julung kali diadakan itu mempunyai satu matlamat iaitu berkumpul dan bersatu untuk menang besar dalam PRU14 nanti.
01 Mar 18
39
EKSPO TERENGGANU 2018: KTS Tawar Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Antara pengunjung yang hadir pada pemeriksaan kesihatan percuma oleh KTS. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung.Antara perkhidmatan yang disediakan di sini sempena ekspo tersebut adalah pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar dari Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).Menurut Ketua Unit Pemasaran KTS, Sharifah Maha Syed Mohammad Salleh, lebih 100 orang pengunjung hadir setiap hari untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di 'booth' KTS yang terletak di pavilion Terengganu Inc Group.Katanya, selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma di 'booth' terdapat pelbagai lagi perkhidmatan disediakan di situ termasuk hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung."Selain di ekspo, KTS turut menyediakan perkhidmatan 'mammogram' di hospital secara percuma. Caranya amat mudah apabila pengunjung hanya perlu mendaftarkan nama di 'booth' kami dan pihak hospital akan menghubungi mereka yang layak untuk melakukan pemeriksaan ini secara percuma."Kami juga menyediakan 10 hadiah cabutan bertuah pada setiap hari berupa pakej pemeriksaan kesihatan eksekutif dengan nilai hampir RM5,000," katanya kepada Teganukita.Tambah Maha, bermula hari pertama, pakar-pakar berlainan telah hadir untuk melakukan pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan."Untuk hari pertama dan kedua, kami menjemput pakar sakit puan manakala pada hari ketiga dan keempat pula kami menyediakan pakar mata di sini."Hari ini dan esok pula, kami sediakan pakar kesihatan dalaman manakala pada hari terakhir, pakar ENT akan berada di 'booth' kami," katanya.Selain itu, pada hari Jumaat dan Sabtu ini juga, pihaknya akan menyediakan satu slot kesihatan yang dikendalikan oleh Jabatan Fisioterapi dan Rehabilitasi KTS di situ.
01 Mar 18
385
BN Akan Kuasai DUN, Parlimen Dungun
Hishammuddin menyampaikan amanat kepada warga Dungun dengan penuh semangat. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Barisan Nasional (BN) akan menang di semua kerusi DUN di Dungun termasuk merampas semula tiga kerusi (DUN) dan parlimen selain meningkatkan majoriti DUN Bukit Besi.Katanya, bahagian itu kini mula menggerakkan jentera dan memberi petanda meyakinkan bahawa BN mampu menang di kawasan itu."Bagaimanapun, walaupun gerakan dan semangat yang kuat ianya tidak mencukupi jika tidak disandarkan pada kesedaran serta keinsafan.Kita sudah tiada masa untuk memikirkan perkara remeh-temeh, tiada masa untuk bersengketa sesama sendiri."Sekarang ini pertimbangan ialah perjuangan dan parti apabilamana jentera serta parti kita dapat didekati rakyat. Akhirnya akan menentukan jatuh bangunnya pemimpin dan juga kedudukan parti kita sendiri," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Dungun di Padang Bola Seberang Pintasan, Dungun, hari ini.Turut hadir Pengerusi BN Negeri yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi UMNO Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan serta Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta timbalannya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini sedang melakukan persiapan yang begitu teliti dalam pemilihan calon."Saya tak pernah tengok persiapan yang begini teliti samada dalam konteks calon, sentimen di peringkat bahagian dan penerimaan rakyat kepada calon-calon kita."Saya juga terlibat secara langsung dan persiapan kita hari ini, saya harap dapat dihargai oleh pemimpin-pemimpin di peringkat parlimen dan dun serta di peringkat bahagian," katanya.Tambahnya, walaupun siapa sahaja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, ianya sudah mengambil kira semua pertimbangan."Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi perjuangan dan ikrar yang dilakukan lebih penting supaya kita sedar walau siapa saja yang dicalonkan kita akan bekerja bersungguh-sungguh," katanya.
01 Mar 18
315
EKSPO TERENGGANU 2018: 175 pelajar Terima Kelengkapan Sekolah
A. Latiff menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimEkuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 175 pelajar kurang berkemampuan membabitkan sembilan sekolah di negeri ini. Antara sekolah itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, SK Bukit Gemuruh, SK Paloh, SK Bukit Sawa da SK Tasik, Marang.Kelengkapan persekolahan berupa pakaian seragam sekolah berjenama Canggih, kasut dan sokin itu diagih melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT). Penyampaian sumbangan itu disempurnakan Pengerusi Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang oleh pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan pada Ekspo Terengganu 2018 di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.
01 Mar 18
35
EKSPO TERENGGANU 2018: PUGT Bimbing 40 Usahawan Baru
Rozali (paling kanan) mengiringi A. Latiff menyampaikan bantuan pakaian sekolah kepada pelajar sekolah rendah di Dataran Bidara, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimYayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu melalui Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) kini giat memberi bimbingan kepada 40 usahawan baru.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozali Salleh berkata, program yang bermula sejak November 2014 itu diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang perniagaan."YPU kini giat memberi latihan dan tunjuk ajar yang merentasi semua peringkat umur, taraf hidup dan sebagainya bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat menceburi bidang keusahawanan."Bagaimanapun, fokus kita adalah untuk menarik lebih ramai graduan terutamanya yang sukar mencari pekerjaan mengambil peluang yang ditawarkan ini,"katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Beliau sebelum itu mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa. Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang mengagihkan set pakaian sekolah kepada 175 pelajar sekolah rendah yang ditaja oleh Ekuiti Nasional Berhad melalui My-Sutera Sdn Bhd yang terkenal dengan pakaian sekolah jenama Canggih. Rozali berkata, graduan seharusnya memanfaatkan peluang untuk menceburi bidang perniagaan yang sememangnya menawarkan pulangan lumayan."Secara keseluruhan ketika ini 153 usahawan berdaftar dan berada di bawah YPU di seluruh negeri ini,"katanya.Sementara itu, Rozali turut memuji usaha Persatuan Usahawan Produk dan Perkhidmatan Beroda Terengganu (PUPBT) yang berjaya menarik ramai usahawan kenderaan saji yang rata-ratanya terdiri daipada golongan muda.
01 Mar 18
32
EKSPO TERENGGANU 2018: Food Truck Chicken Cottage Jelajah Seluruh Terengganu
Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailFood Truck Chicken Cottage akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Terengganu termasuk ke kawasan pedalaman sebagai usaha mempromosi jenama itu secara meluas kepada dalam tempoh terdekat.Perkhidmatan itu kini giat mengadakan promosi di Ekspo Terengganu 2018, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu sehingga 3 Mac ini dan mendapat sambutan luar jangkaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, produk Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) itu terus melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan perkhidmatan food truck.“Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua food truck dengan nilaian keseluruhan RM140,000 dan akan mengadakan promosi secara bergerak ke seluruh daerah dalam tempoh terdekat dan kemungkinan juga akan ke luar Terengganu.“Berdasarkan rekod jualan harian, sambutan orang ramai terhadap produk ini sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan mengakui Chicken Cottage setanding dengan jenama terkenal lain,” katanya.
28 Feb 18
803
EKSPO TERENGGANU 2018 : Kaunter PDRM Terus Diserbu Pesalah Trafik
Orang ramai tidak melepaskan peluang membuat semakan dan pembayaran saman di kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dibuka pada hari pertama sehingga kini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimLebih 20,000 pengunjung menyerbu kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dibuka pada hari pertama sehingga hari kelima untuk menyemak dan membayar setiap saman pada tawaran diskaun istimewa.Tinjauan Teganukita mendapati orang ramai berpusu-pusu dan sanggup beratur panjang bagi menyemak dan membuat bayaran saman masing-masing seawal jam 10 pagi sekali gus menyebabkan laluan pejalan kaki turut mengalami kesesakan.Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu (IPK) berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung dan pesalah trafik terus mengunjungi booth berkenaan untuk menyelesaikan jumlah saman masing-masing sepanjang tempoh tawaran yang berakhir Sabtu ini."Kami buka tawaran istimewa untuk orang awam membayar saman sehingga harga yang cukup rendah dan saya galakkan supaya orang ramai ambil peluang ini sebaik mungkin."Masa pembayaran ini akan dibuka sehingga pukul 10 malam," katanya ketika ditemui Teganukita hari ini.Selain kaunter saman dan parkir PDRM, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut membuka kaunter perkhidmatan mereka.Sementara itu, Azman Hassan, 45, dia mengambil kesempatan tersebut untuk membayar samannya yang berjumlah lebih RM30,000.Bagaimanapun selepas kemaskini, dia hanya perlu membayar lebih kurang RM15,000 sahaja."Terima kasih kepada PDRM kerana bagi tawaran diskaun istimewa ini dan juga tahniah kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd. Rahman atas kejayaan penganjuran ekspo ini untuk rakyat Terengganu," katanya.Sehingga hari keempat, hampir 5,000 pengunjung sudah menjelaskan saman mengikut kadar masing-masing.
28 Feb 18
227